Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 21

**KLIK : K.E.A 20

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“OKAY selesai… Nenek kena makan ubat ni dua kali sehari tau, makan lepas makan pagi dan malam. InsyaAllah, kuranglah asma Nenek tu nanti. Tapi nenek kena janji untuk makan ubat tu ye…” Terangguk-angguk orang tua itu bila mendengar pesanan yang di berikan oleh Kea.

“Terima kasih Doktor…” Ujarnya dengan senyuman manis terukir di wajah. Kea turut membalas senyuman itu. Tiba-tiba dia teringatkan Nek Cu di kampung, gelagat nenek di depannya ini saling tak tumpah macam Nek Cu, bila di suruh makan ubat terangguk-angguk, tapi bila di periksa, langsung tak di sentuhnya. Bila di bebel, mulalah Nek Cu cari alasan, lupalah, terlalu besar la, tak tertelan, itulah, inilah. Lepas tu, terpaksalah pula dia paksa Nek Cu makan ubat di depannya. Haish… Nek Cu, Nek Cu kadang-kadang ketawa sendiri bila teringatkan telatahnya yang seakan keanak-anakkan, maklumlah kata kiasan semakin berumur seseorang itu semakin dia kembali pada keadaan asalnya.

“… Doktor Kea, pergilah makan dulu.” Anis jururawat yang datang menemaninya menegur.

“Eh, dah pukul berapa dah ni?”

“Dah nak dekat pukul 3 dah, tadi saya ajak Doktor makan, Doktor cakap later, later, ni sekarang dah jadi makan petang dah ni…” Tersenyum Kea mendengar ngomelan itu. Bahu gadis itu di cuitnya.

“Amboi, garangnya Cik adik manis kita ni! Ye.., saya pergi makan sekarang, awak tolong tengok-tengokkan tempat ni dulu ya? Eh, Faezah dan Normah mana?”

“Faezah solat, Normah mungkin ke toilet, kejap lagi baliklah tu.”

“Oh okay, awak tolong tengok-tengokkan ya, saya nak pergi makan, lepas tu mungkin nak jalan-jalan melawat sekitar rumah ni. Kalau ada apa-apa call, okay?” Pesan Kea. Sudah hampir satu hari dia berada di rumah orang-orang tua kampung Sri Cempaka ni untuk aktiviti perkhidmatan sosialnya, selain memberi talk dan ceramah, mereka juga di berikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan di bekalkan ubat secara percuma. Dari pagi tadi sampai sekarang dia dan jururawat yang menemaninya hanya duduk menunggu di bilik yang di sediakan, naik kematu dah pungkuq’ ni! Eloklah kalau nak lari sekejap untuk menghidup udara luar dan pada masa yang sama boleh juga dia melawat kawasan sekitar sini.

“Jangan risau Doktor, semuanya akan selamat di tangan saya!” Jawab Anis dengan memek muka yang sengaja di comelkan.

“Bagusss! Tak rugi kita bekerjasama kan…” Ucap Kea, tersengih-sengih anis senyum.

“Hati-hati tau Doktor, jangan sampai di ngorat.”

“Alah, siapalah yang nak ngorat saya ni Anis… Semua orang pun takut nak dekat.” Jawab Kea bersahaja. Anis ketawa.

‘Takkanlah tiada siapa yang nak ngorat Doktor aku nih, hot stuff kot!~ Dahlah cun, penyayang pulak tu, haii… untung badanlah siapa yang dapat!’ Anis bermonolog sendiri seraya menyoroti langkah Kea yang semakin hilang dari pandangannya.



SEDANG asyik memerhatikan keadaan sekeliling, Kea tiba-tiba teringat akan SMS dari Haikal yang belum di balasnya. Lantas tangan mengeluarkan telefon bimbit dari poket uniform yang di pakainya.

+ Honey, where are you? I woke up and found you not beside me :(

‘Alahai manja betul dia ni’ Mungkin betul kata Mak Esah, walaupun hidupnya di penuhi dengan segalanya tapi perkara yang ini Kea sangat pasti dia masih kurang, kasih sayang.

- Haikal dear… So sorry, I didn’t manage to inform you. I’ll be back only tomorrow Honey, got things to do. Promise will visit you later… :)

Teragak-agak Kea untuk membalas SMS Haikal. Selepas selesai aktivitinya di sini, dia perlu bergegas pula ke lapangan terbang untuk menghantar Izat yang akan menyambung latihan klinikalnya di Indonesia. Walaupun dia sedar dia telah mengecewakan lelaki tu, tapi sebagai kawan, dia perlu juga melakukannya. Dia tak mahu Izat pergi untuk selama-selamanya, dia dah berjanji pada dirinya dan secara tak langsung pada Izat, sampai bila-bila pun Izat akan sentiasa menjadi kawan baik atau lebih tepat super hero nya. Terpulanglah pada Izat untuk berfikir apa tentang dirinya, tapi yang pasti dia sangat menghargai persahabatannya dengan lelaki itu.

“… Makcik, makanlah sikit, dari pagi tadi Makcik tak makan, nanti Makcik sakit…”

“Tak nak! Aku kata tak nak, tak naklah! Kau tak faham bahasa melayu ke!??”
Lamunan Kea terganggu dengan perbualan itu. Matanya terarah ke suatu sudut di hadapannya, kelihatan seorang gadis yang mungkin pekerja atau sukarelawan di situ dan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50an. Mungkin gadis itu sedang cuba untuk memujuk wanita itu untuk makan. Duganya. Entah kenapa ringan saja kaki ni bergerak menghampiri mereka.

“Assalamualaikum….” Ucapnya. Serentak dengan itu suasana menjadi sepi. Mungkin mereka terkejut dengan kedatangan tetamu yang tak diundang.

“Err… Waalaikummusalam…” Tersekat-sekat gadis itu menjawab salam yang di berikan Kea. Macam nampak hantu je reaksinya ketika itu.

“Maaf menggangu, saya Kea, Ada apa yang boleh saya bantu?” Soalnya ramah.

“Saya Yana, sukarelawan kat sini. Akak ni Doktor ke?” Tanya gadis itu, mungkin ternampak pada uniform atau name tag yang di pakainya.

“InsyaAllah, Doktor soon to be. Erm, akak pun sukarelawan kat sini, datang pun untuk buat pemeriksaan kesihatan percuma untuk penghuni di sini.” Terang Kea, sempat juga di kerling pada wanita yang sedang duduk membelakanginya.

“Ini Makcik Zulaikha. Dah hampir 5 tahun dah dia jadi penghuni di sini, pihak kebajikan masyarakat yang bawa dia ke mari. Kesian Kak, Makcik ni dulu dia orang jumpa kat tempat buangan sampah je. Tapi nasib baiklah tak ada apa-apa yang jadi kat dia…” Ujar Yana mesra.

“Oh kasihannya… Erm, makcik apa khabar?” Soal Kea ingin cuba beramah, tapi tidak sedikit pun wanita itu ambil peduli dengan kedatangannya di situ.

“Makcik, ada tetamu ni…..

“Eh, tak apalah Yana, mungkin akak datang bukan pada masanya…” Pintas Kea, dia tak mahu kedatangannya di situ menggangu mereka.

“Makcik Zulaikha memang macam ni Kak, dingin sikit… tapi sebenarnya dia baik, luaran saja nampak kasar…”

“Biasalah Yana, orang tua perangainya memang macam tu, kita yang muda ni kenalah banyak bersabar ye…”

“… Kau orang ni nak bising-bising boleh pergi tempat lain?? Bingit telinga aku ni tahu tak??” Bentak Makcik Zulaikha tiba-tiba. Kuss semangat!! Mengurut dada Kea dan Yana bila di tengking begitu.

“Syhh… Syhh.. Anak Mama tidur ya, ni dia orang ni memekak je kat sini. Syhh... Tidur ya sayang…” terkebil-kebil mata Kea memandang wanita itu, di pangkuaanya kelihatan anak patung mainan dan baju baby yang sudah lusuh warnanya. Beberapa kali wanita itu menepuk-nepuk belakang patung itu dan sesekali terdengar dia mendodoikannya.

“Itu dia fikir anak dia Kak…” Bisik Yana.

“Anak??”

“Ha’ah. Dengar kata dulu Makcik Zulaikha ni ada anak lelaki yang di tinggalkannya sejak kecil. Adalah juga orang di sini pergi mencari, tapi tak tahulah apa kisahnya. Tiba-tiba senyap macam tu je.. Ha, tu sakit dia dah datang baliklah tu…” Terang Yana.

“Dia sakit apa Yana?”

“Macam mental disorderlah, tapi tak serius, tak sampai gila lah. Kadang-kadang je akan jadi macam ni, dulu akibat depression Makcik ni pernah kena tahan sekejap dekat hospital bahagia, tapi tak lama lepas tu, Doktor decide nak keluarkan dia sebab keadaannya dah beransur baik. Dia tak bahaya Kak, cuma sekarang ni mungkin dia tengah tension sebab saya paksa-paksa dia makan…” Sambung Yana lagi, khusyuk Kea mendengarnya. Kasihan dia melihat keadaan wanita itu.

“Comelnya… Anak siapa ni Makcik?” Umpan Kea, entah kenapa dia terfikirkan cara untuk mengumpan wanita itu. Bersinar mata Makcik Zulaikha bila ada orang yang memuji ‘anaknya’.

“Ini ‘anak’ aku, comelkan dia? Nanti dah besar mesti dia handsome macam bapak dia!” Ah! umpan Kea menjadi, Makcik Zulaikha sudah mula untuk bercakap dengannya.

“Ye ke? Siapa nama dia Makcik?” Sambung Kea lagi, sengaja mahu di agah wanita tua itu.

“Nama dia?? Ermm… Ahmad.” Jawab Makcik Zulaikha.

“Ahmad? Sedapnya nama dia…” Puji Kea.

“Siapa Ahmad?? Nama anak aku Firdauslah. Aku panggil dia Daus. Dia budak baik, selalu dengar cakap aku. Nanti dia datang aku kenalkan dia kat kau.”

‘Eh, makcik ni kejap Ahmad, kejap Firdaus, pastu siap nak kenalkan aku dengan anak dia lagi… ish..ish.. Makcik ni.. eh, tak baik, tak baik… no, no, no Kea…’

“Oh, jadi nama dia Ahmad Firdauslah ye…” Kea selagi boleh mahu melayan wanita itu. Entah kenapa dari raut wajahnya dia lihat ada sesuatu yang membuatkannya tertarik untuk mendekatinya. ‘Wajah Makcik Zulaikha ni mirip seseorang’ Bisik hati kecilnya.

“Bukan ‘AHMAD FIRDAUSLAH YE’ lah, AHMAD FIRDAUS! Kau tak pergi sekolah eh dulu? Kesian kau… Anak aku ni pandai tau, dia dulu aku hantar belajar kat sekolah mahal.”

‘Lah pulak makcik ni, aku pulak yang di katanya tak pergi sekolah. Grr!~’ Terkekek-kekek Yana ketawa bila mendengarkan kata-kata Makcik Zulaikha. Kea pula sekadar tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘Boleh tahan juga makcik ni…’

“Ok, Ahmad Firdaus, sedap juga tu nama dia, pandai Makcik pilih….”

“Sedapkan… Akulah yang pilih nama tu, kalau tak suami aku nak bagi dia nama Haikal. Ceh! Tak sedap langsung. Puii!”

‘Hahh!!’ Terbeliak mata Kea bila Makcik Zulaikha menyebut nama Haikal. Eh! Relaks Kea, kau ingat boyfriend kau sorang je nama Haikal dalam dunia nihh???

“Ye! Haikal. Tak sedap kan??”

“Err… Ha’ah, tak sedap langsung!” ‘Err, sorry sayang ku Haikal, you know I love you kan?? kan?’

“Haa, tulah aku dah cakap tak sedap, tapi dia nak letak jugak! Semua orang kata tak sedap, suami aku tu dulu tak guna, asyik kerja je memanjang, sampai aku dengan anak aku pun terbengkalai. Kau dah kahwin?” Makcik Zulaikha tiba-tiba bertanyakan soalan cepumas!

“Err… belum lagi makcik..” Jawab Kea jujur.

“Ha bagus! Tak payah kahwin, nanti kau dapat laki tak guna macam suami aku!” Amboi marah benar reaksi muka Makcik Zulaikha bila bercerita tentang perihal suaminya dulu. Terpercik-percik api kemarahan di wajahnya. Ok tak! Itu bohong.

“Apa nama penuh anak makcik yang tak sedap tu?” Soalnya, seronok pula dia melayan orang tua ni.

“Haikal Hakimi Ashraf…”

“Hahhhhhhhhhhh!!!” Menggeletar seluruh tubuh Kea bila terdengarkan nama itu……



“KEA, terima kasih sudi hantar aku.”

“Tak ada apalah Izat, my pleasure. Kau kat sana nanti jaga diri baik-baik tau. Kalau ada apa-apa call lah aku, jangan lupakan aku ye...” Pesan Kea.

“Aku tak pernah lupakan kau Kea, tak akan… tapi tak tahulah kau.” Jawab Izat di selangi dengan kata-kata sinis.

“Err, semua barang dah ready? Dah periksa semua?” Soal Kea, sengaja mengubah topik perbualan mereka.

“Kea, aku sayang kau. Kau kena ingat tu ye…”

“Hmmm… Aku pun sayangkan kau Izat, tapi sayang aku tak pernah lebih dari seorang kawan. Dahlah, tak sesuai kita cerita hal ni lagi. Aku….

“Aku pun dah ada orang lain, begitu?” Izat memintas kata-kata Kea.

“Hmm Izat… Baiklah, kalau ini yang kau nak aku cakap. Aku cintakan dia Izat, dan aku bahagia. Aku harap kau faham dan takkan lagi memaksa aku untuk menerima kau. Aku sayangkan hubungan persahabatan kita ni, dan aku nak selamanya berkawan dengan kau…”

“Walaupun kau tahu umurnya tak panjang?” Gertakkan Izat membuatkan Kea tersentak.

“Izat, kenapa kau cakap macam tu? Takkan kau tak tahu itu dah melanggar etika kerja kita?? Kita bukan Tuhan Izat, kita tak berhak untuk cakap macam tu… Ya, memang betul kita boleh meramal, tapi bukan macam ni caranya, walau seteruk mana pun keadaan seseorang tu, mereka semua berhak untuk hidup dan kecapi waktu bahagia Izat…”

“Astaghfirullahalazimm…” Izat mengucap perlahan. Wajahnya di raup dengan kedua belah tangan.

“… Hmm, maafkan aku Kea.” Ujar Izat menyesal dengan kealpaan diri, betul kata orang, cinta ni bisa membutakan mata hati seseorang, dengan cinta kita sanggup untuk berbuat apa sahaja.

“Sudahlah Izat, lupakanlah hal ni… InsyaAllah satu masa nanti kau akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari aku. Yang penting sekarang ni, kau kena fokuskan dulu dengan internship dan kerjaya kau nanti. Okay?”

“Aku cuba Kea, aku akan cuba untuk lupakan kau yang pernah singgah dalam hati aku ni, dan aku akan cuba juga untuk menganggap kau sebagai kawan hidup dan akhirat aku…” Lega hati Kea bila mendengarnya. Dia harap Izat maksudkan apa yang dia cakapkan. Dia sentiasa akan mendoakan Izat supaya cepat-cepat bertemu dengan seseorang yang boleh menyayanginya dengan sepenuh hati.

“Okaylah Izat, I wish you all the best!” Tersenyum manis Kea mengungkapkan kata-kata itu. Izat hanya mengganguk menurut.

“Oh, come on! Bersemangatlah sikittt!! Chaiyok Izatt!! You can do it, go Izat goooooooo!!” Tingkah Kea dah macam pom-pom girl, sayang tak ada Maria, kalau ada mesti lagi havoc!

Tergelak Izat melihat gelagat temannya itu. ‘Kea, Kea, ada saja tingkah kau yang membuatkan aku gembira… Hmm, tak apalah, mungkin dah tiada jodoh untuk aku memiliki kau… tapi percayalah, kau akan selalu ada dalam hati aku, selamanya, takkan ada siapa pun yang boleh menggantikan tempat kau di hati aku…’ Bisik hati kecilnya.

2 comments:

Anonymous said...

kiut larh... love Kea and Haikal...
Haikal... Stay strong!!! I noe u can do it!!!(semangant apa nie ye??)

syabas ara... wa bangga sama lu... hik hik

AraSharrina said...

Nadine : kiut kannn?? ahha. thank u Nadine, lets pray hoping that Haikal n Kea will together ever after.. *pray* :)

Thanks utk semangatnya.. terharu wehh!~ hehe. <3