Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "NADIRAH ANINA"


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Dear Kak Ara,


Guess what I am doing now? AHAH, you got it. Saya tengah tulis surat cinta untuk akak ni. Oh, seumur hidup saya, saya tak pernah pun tulis surat cinta and this is my first time and it is specially for you. =). First of all, saya nak congratulate akak for doing such an interesting book, romantic and touch our nerve, of course. Untuk pengetahuan akak, saya beli buku akak masa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 2012. Saya memang meminati novel dan ada Small Office, Home Office (SOHO) kononnyalah yang menempatkan pelbagai novel disitu. Sewaktu di PWTC, saya merasakan bahawa buku akak amat interesting untuk dibaca tapi saya tak sempat nak beli pun sebab waktu tu, seriously dah kehabisan duit. HAHA. Tapi, saya kirim kepada adik saya yang kebetulannya akan ke PWTC dengan rombongan sekolahnya pada hari Sabtu yang terakhir tu dan akhirnya saya berjaya mendapatkan buku akak dan telah pun habis membacanya.




Dalam buku KEA, saya rasa you have done well by giving hope kepada pesakit - pesakit kanser untuk tak menyerah kalah dan terus berusaha untuk melawan penyakit mereka. Mungkin di luar sana (termasuk saya) tak tahu bahawa setiap pesakit yang menghidap kanser ada harapan untuk sembuh selepas pembedahan dan rawatan kimoterapi. Ya benar, bukan semua orang dapat hidup lebih lama selepas mengetahui yang diri mereka menghidap kanser tetapi dengan teknologi sekarang yang semakin maju dan canggih, InsyaAllah. Selagi kita bersandar pada Allah, meminta pada DIA yang satu pasti Allah akan beri jika itu yang terbaik untuk kita because HE knows better than us do. And it makes me hold for the words, ‘Never Give Up’.


“So verily, with the hardship there is relief, verily, with the hardship, there is relief”
(Ash – Sharh 94:5-6)


I guess inilah satu benda yang akak nak ketengah kan dalam novel akak bagi tatapan pembaca dan agar para pembaca menyedari bahawa pegangan seperti ini sepatutnya diterapkan dalam diri kita.

Selain itu, saya sangat gemar dengan cara akak menemukan kedua – dua hero serta heroin dalam novel ini ( Haikal dan Kea). Memang betul kadang – kadang kita tak tahu siapakah soul mate kita, husband to be, seseorang yang ditakdirkan Allah untuk kita dan yang sewaktu dengannya, kan? Kadang – kadang orang tersebut (jodoh kita) adalah orang yang tiap - tiap hari kita jumpa kat tempat kerja atau waktu belajar, mungkin juga lecturer atau guru kita, boleh jadi juga jiran sebelah rumah, teman sepermainan atau seseorang yang tak pernah kita jumpa for the entire life dan mungkin juga dari pilihan keluarga kita kerana jodoh itu rahsia Allah. And you also did the same way. Menemukan Haikal dan Kea selaku pesakit- doctor. It’s sweet, really. And it happened that they fell in love for each other.


Akak juga telah menjadikan watak Kea sebagai seorang yang akan sentiasa berada disisi Haikal dalam apa situasi sekalipun. Bermula dengan sebagai doctor, Kea sentiasa memastikan kesihatan haikal berada pada paras yang baik dan sentiasa tidak lupa untuk mengambil ubatnya. Kemudian sebagai isteri, Kea sentiasa ingin memastikan agar Haikal berasa selesa dan sentiasa menjaga perasaan Haikal yang tidak boleh sentiasa penat. Sebagai contohnya, sewaktu mereka berbulan madu di Switzerland, Kea tetap mengambil kira kesihatan Haikal sebelum membuat keputusan. Kea rela mengatakan dirinya tidak larat untuk keluar jalan- jalan pada hari mereka sampai disana kerana risau Haikal akan penat dan seterusnya menjejaskan kesihatan Haikal. Situasi ini buat saya teringat dekat satu quote by Frederick L. Collins,

“There are two types of people, first those who come into a room and say, ’ Well, here I am ’ and those who come in and say, ‘ Ah, there you are’.”


And you made Kea as well-here-I-am type of people. Saya sangat – sangat lah berharap agar saya pun mempunyai sifat seperti itu and not the other way around.

So, inilah sebab – sebab saya meminati karya akak, KEA. Sebuah buku yang informatif, romantik, sangat menarik dan AWESOME! Teruskan berkarya. Akak ada ‘something’ yang boleh tarik orang untuk membaca karya akak, jadi jangan berhenti.

But, there is no matter how beautiful the love letter was, how thoughtful it was and how meaningful it was for you, jangan lupa dengan love letter yang diberi Allah untuk kita, those yang Muslim (Al – Quran).

Love is a moment that lasts forever – Julie Wittie.


Dan kecintaan saya terhadap novel juga tidak akan berubah, InsyaAllah. Saya akhiri surat saya dengan satu ayat dari Jason Jordan yang saya rasa amat comel sekali.


“Love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly”



Ah, touché. =D


Hingga kita bertemu ya Kak Ara. Salam sayang dari saya.



(NADIRAH ANINA BINTI ABDUL HAFIDZI)


* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3






1 comment: