**KLIK : K.E.A 15
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“HAIKAL….” Lemah anggota badan Kea bila melihatkan Haikal yang terbaring lesu di atas katil. Mukanya nampak pucat. Tak terasa ada setitik darah pun yang berani melalui wajahnya ketika ini. Kea terpandang juga dahi Haikal yang berkerut, Mungkin dia menahan sakit yang amat sangat. Ubun-ubun lelaki itu disentuhnya perlahan dan diusap lembut rambut yang jatuh mengenai dahinya.
Sudah hampir separuh hari lelaki itu tidak sedarkan diri dan sejak dari itu jugalah Kea setia menemaninya di sini. Memang agak kekok duduk terlalu lama di dalam bilik itu, lama juga dia berkira-kira untuk duduk menyimpuh di sisi katil lelaki itu, tapi akhirnya dia nekad, dia tetap tak mahu berganjak dari situ. Dia mahu berada disisi Haikal sehinggalah lelaki itu sedar. Dipegangnya pergelangan tangan dan leher Haikal untuk mengesan tekanan nadinya. Dihalakan juga telescop ke dada Haikal. Alhamdulilah… sudah beransur stabil. Hatinya sedikit lega. Tidak seperti pagi tadi, tekanan darah dan nadinya sangat rendah. Mungkin juga ditambah dengan demam yang tiba-tiba datang menyerang. Tangan Haikal digenggamnya erat.
“Haikal… Kuatkan semangat ye sayang, I tau you kuat…” Bisik Kea ke telinga Haikal. Tanpa di duga air mata jernih jatuh menitis mengenai pipinya. ‘Ya Allah… Kau berikanlah kekuatan kepada Haikal. Kerana sesungguhnya aku sangat menyayangi lelaki ini….’ Kea berdoa mengharap kuasa magik dari Maha Pencipta. Dia tak sanggup melihat Haikal menderita menanggung sakit seorang diri. Kalaulah dia mempunyai kuasa, sudah pasti dia akan menghapuskan semua penyakit yang ada di dalam muka bumi ini. Hmm… tapi siapalah dia untuk merubah keadaan, dia cuma manusia biasa yang hanya mempunyai perasaan untuk merasa dan membentak. Dia tidak mempunyai kuasa sedikit pun untuk menyempurnakan impiannya. Direbahkan kepalanya disisi Haikal, lama.. sehinggalah suatu saat dia terlena.
“KEA… Maaf.” Hanya perkataan itu yang mampu diucapkan oleh Doktor Yusoff. Kea terpana!
“No Doktor! Please say nothing happens to him. Please doctor…”
“Kea, harap awak faham. Kami telah berusaha sedaya mampu. Yang boleh kita buat sekarang, hanya berdoa. Haikal terlalu lemah untuk bertahan. Pergilah tengok dia, mungkin ada kata-kata terakhir yang ingin disampaikan…”
“Kata-kata terakhir??? Tak! Tak mungkin Doktor….. Haikal akan selamat! I sangat yakin tentang tu!” Kea pantas berlari mendapatkan Haikal. Dibiarkan Doktor Yusoff yang tertunduk menekur lantai. Tidak dihiraukan langsung orang sekitar yang memerhatikannya.
“Haikal…Haikal…!” Nama Haikal berkali-kali diserunya. Namun sepi tak berjawab, ditolaknya tirai yang menutupi katil Haikal. Seakan mahu luruh jantungnya bila terpandangkan wajah Haikal ketika itu. ‘Bersabar Kea… Dia akan selamat.’ Pujuk hatinya.
“K..ea….” Dengan segala kudrat yang masih bersisa, Haikal memanggil namanya. Dengan berat hati Kea melangkah menghampiri lelaki itu.
“Ye sayang…. I’m here..” Jari jemari lelaki itu dikucupnya. Hampir saja dia menitiskan air mata bila melihatkan keadaan Haikal yang lemah tak berdaya. Dia rindukan Haikal yang dulu. Haikal yang selalu menyakatnya. Haikal yang selalu tersenyum melayan kerenahnya.
“I… i.. sa..yang y..ou ke..a…”
“Me too Haikal… Haikal, please bertahan. Tolong bertahan untuk I, untuk kita. Please Haikal… I need you…” Air mata Kea sudah tak dapat dibendung lagi. Jatuh berjujuran membasahi pipinya. Haikal juga begitu. Dia juga tidak mampu menahan perasaannya lagi. Dibiarkan air mata lelakinya itu menitis di depan insan yang dia sayang.
“Haikal… Please….” Teresak-esak Kea menahan tangis. Dia sedar dia memang tak boleh hidup tanpa lelaki itu disampingnya.
“Maaf..kan I sa..yan.g…….. I tak mam..pu..” Terputus-putus ayatnya disitu. Nafasnya turun naik.
“K..ea ja..galah di..ri ba.i.k-b.aik un..tuk Ke.a dan un..tuk orang-orang yang sa….yang Ke..a…”
“Haikal please… Berhenti cakap yang bukan-bukan. I kenal you. I tahu you kuat. I need you too much Haikal... I can’t live without you…” Tubuh Haikal dipeluknya. Semahu-mahunya dia menangis di dada bidang lelaki itu.
“Please………” Terasa kejap pegangan Haikal membalas pelukkan Kea. Terlalu kejap sehinggakan tiba-tiba dia merasakan pelukan itu menjadi renggang dan akhirnya terlepas.
‘Ma…afkan Hai..kal, sa..yang….’
“Haikal! Haikal! Bangun Haikal! Jangan tinggalkan I, bangunnn!! Haikal please jangan buat I macam ni.. Haikal……” Tubuh yang sudah tak bernyawa itu digoncang-goncangnya sekuat hati...
“Doktor Kea, maaf… Pesakit… dah tiada,…”
“What!? No!! He still here. Please do something! Please!! Panggil Doktot Yusoff! Panggil!!”
“Kea, betul kata nurse tu. Haikal sudah tiada… Bersabarlah, Allah lebih menyayanginya…”
“NO!! Tak Doktor. Haikal masih ada… Dia masih hidup… Haikal, bangun Haikal.. tolonglah…….
……….. “KEA… Kea… Hey, kenapa ni?”
“Haikal..!”
“Yes, I’m here… Kenapa? You mimpi ni….”
“Haikal, you ke ni??” Kea mengamati wajah lelaki dihadapannya itu.
…..“Yes you!! Ya Allah…” Lelaki itu terus dipeluknya. ‘Haikal masih hidup. Alhamdulilah… Terima kasih Ya Allah! Terima kasih…’ Aku bermimpi rupanya... Kea menarik nafas lega. Pelukkannya masih erat. Dia tak mahu melepaskan Haikal. Haikal terpinga-pinga melihat keadaan Kea. Dah kena sampuk ke minah ni? Dia berteka-teki di dalam hati, tapi tak juga dileraikan pelukan Kea tu. ‘Best juga!’ Hati nakalnya berdetik.
“Kea… Kenapa ni? Tulah dah senja you tidur…” Sayu pula hati Haikal bila melihatkan Kea yang memeluknya sambil menangis teresak-esak. Entah apalah yang di mimpikannya tu.
“I sayang you Haikal….” Terkejut Haikal bila terdengarkan ungkapan itu. Walaupun dalam nada perlahan seakan berbisik, dia masih dapat mendengarnya dengan jelas. Tersentuh hatinya di saat itu. Hatinya terdetik untuk membalas. Tapi tak! Tak mungkin dia akan membalasnya walaupun dia tahu, dia juga turut menyayangi gadis itu. Dibiarkan Kea menghabiskan sisa tangisannya yang masih berbaki.
“Kea… Sudahlah tu, kenapa sedih sangat ni, you mimpi apa tadi? Come, tell me…” Haikal meleraikan pelukan Kea. Dia bangun dan duduk betul-betul di sebelah Kea yang masih bersimpuh di kaki katilnya. Dipusingkan badan Kea dan kepala gadis itu di dongakkan sedikit menghadapnya. Rambut gadis itu diusap lembut. Air matanya masih lagi mengalir membasahi pipi mulusnya. Sembam di mata sudah pun mula kelihatan, mungkin terlalu lama dia menangis. Diperhatikan wajah gadis itu setiap inci. Ternyata doktornya ini memang cantik. Sangat cantik bagi pandangan matanya. Pasti menenangkan setiap mata yang memandang. Dia terfikir, adakah dia akan mempunyai peluang untuk kehidupan kedua? Kehidupan di mana dia kembali menjadi insan biasa yang sihat fizikal badannya? Kehidupan di mana dia dan Kea akan di perkenalkan dalam suasana yang berbeda? Alangkah bagusnya jika kehidupan itu ada... Dia pastilah akan menjadi salah seorang insan yang paling bahagia didalam dunia ini…
Kea masih diam. Tangisannya juga sudah berhenti. Perlahan-lahan dia memberanikan diri memandang Haikal. Haikal tersenyum manis ke arahnya. Lega hati Kea bila melihatkan senyuman itu. Muka Haikal juga sudah berseri, tidak seperti tadi pucat lesi. Tangannya diangkat dan diletakkan ke dahi lelaki itu. Masih panas, mungkin suhu badannya masih belum surut.
“You dah okay?” Soalan pertama yang diajukan Kea selepas agak lama dia diam menangis. Haikal masih lagi tersenyum memandang Kea. Dia mengganguk perlahan.
“Dah kurang sikit…”
“Alhamdulilah… tapi demam you masih ada ni. You tunggu jap, I nak amik towel dan air. Nak dituamkan di kepala you. Mungkin nanti panasnya akan keluar.” Kea bingkas bangun. Haikal dengan cepat menarik tangan Kea. Langkahnya terhenti.
“Kea… Tak apalah. Jangan susah-susah. I boleh buat sendiri nanti.” Ujar Haikal.
“It’s okay, I want to…, No extra charge.” Kea sempat bergurau. Sebenarnya dia agak malu dengan kejadian tadi. Jelaslah boleh lihat dari wajanhya yang sudah pun kemerah-merahan. Dengan matanya yang sembam lagi. Dahlah mata sepet, lagilah langsung tak boleh nak buka. Err…
“Tak apa ke ni?” Soal Haikal lagi, bimbang dia akan menyusahkan gadis itu.
“Tak apa my dear. Please, this time let me take care of you…” Kata-kata Kea seakan ungkapan indah yang berbisik melalui telinganya. Dia tersenyum mengganguk. Kea sudah pun hilang dari pandangan matanya. Mungkin ke dapur untuk mencari benda yang diperlukan. Untuk seketika, perasaannya gembira. ‘Please hati, let me feel this moment, walaupun hanya sekejap…’ Desisnya.
“ASSALAMMUALAIKUM….”
“Waalaikummusalam… Eh, cik…..
“Saya Kea. Maaf tak sempat nak kenalkan diri tadi…” Kea tersenyum memandang Mak Esah yang terpinga-pinga melihatnya.
“Oh Kea… Panggil je Makcik, Mak Esah.. Mak Esah pun tadi tak sempat nak tanya apa-apa. Kelam kabut dengan hal Haikal. Emm… Macam mana keadaan dia?”
“Alhamdulillah… Dah beransur baik, cuma demam je yang belum kebah lagi. Ni saya nak minta air sejuk dengan towel nak tuam panas dia. Ada tak?”
“Ada… Sekejap ye Mak Esah ambilkan. Duduklah dulu… Nak air? Kalau nak Mak Esah buatkan…” Mesra wanita itu melayan Kea. Kea hanya menggeleng.
“Tak apalah Makcik, belum dahaga lagi.” Ujar Kea sambil memerhatikan Mak Esah yang sedang menuang air sejuk ke dalam bekas. Tertib orang tua itu melakukan kerjanya.
“Makcik ni Ibu Haikal ya?” Tiba-tiba hati Kea terdetik untuk bertanyakan soalan itu. Diperhatinya sekeliling. Rumah ni besar, tapi kosong. Sunyi je.
“Eh bukan… Mak Esah ni orang gaji dia je. Dari kecil Mak Esah lah yang jaga dia. Sampailah dah besar ni ha.., dia memang tak ada siapa-siapa. Kalau ada pun cuma Papanya, Dato’ Ashraf. Mamanya tak tahulah kemana… Sejak bercerai dengan Papanya si Haikal, dah tak pernah nampak batang hidung… Tak tahulah hidup ke tak. Papanya pun sibuk memanjang. Memang jarang sangat ada di rumah ni, selalunya Mak Esah berdua jelah dengan dia…”
“Oh… kesiannya Haikal. So selama ni dia sorang-sorang jelah?” Kea begitu berminat untuk mengetahui sejarah Haikal.
“Erm.. Tak juga, dulu dia ramai kawan, rumah ni tak pernahnya tak ada orang. Ada saja kawan yang dibawa baliknya. Cuma semenjak dua menjak ni, dah kurang. Bukan kuranglah, tak ada langsung. Haikal pun dah tak banyak cakap, balik kerja je terus naik bilik…” Mak Esah meluahkan rasa hati. Terangguk-angguk Kea mendengar cerita wanita itu.
….“Mungkin sebab dia sakit kot.” Tingkah Kea tiba-tiba.
“Sakit? Dia sakit apa? Mak Esah tak tahu apa-apa pun.” Kea agak tersentak dengan jawapan Mak Esah. ‘Eh, takkanlah Haikal tak beritahu keluarga tentang penyakitnya? Erk..! Aku dah terlepas cakap ke!?’
“Eh... Err.. Tak, sebab dia demam tulah, mungkin sebab tu dia dah kurang bercakap...” Heii… Nampak nau tipunyeee! Berkerut dahi Mak Esah memandang Kea. Aisey…tertangkap!
“Eh, Mak Esah... Saya naik dululah. Risau juga nanti kalau apa-apa jadi kat Haikal. Emm... Bagi saya air dengan towelnya tu.” Dengan cepat dia mengambil bekas air dari tangan Mak Esah. Dia tak mahu tertangkap banyak kali. Lagi lama dia disitu. Lagi banyak rahsia yang akan dibocorkannya.
“Terima kasih Mak Esah….” Katanya sambil berlalu. Mak Esah hanya mengganguk sambil tersenyum. Manis budaknya. Mungkin kekasih Haikal.. Ewah! Pandai-pandai je dia meneka.
“BARINGLAH…” Kea dengan lembut menyuruh Haikal merebahkan badannya. Haikal teragak-agak untuk berbuat demikian. Di pandangnya Kea yang turut memandangnya.
“Erm… Baringlah, kenapa? Takut I buat apa-apa kat you eh?” Kea cuba mengusik.
“Hish… I lagi suka kalau you buat ‘apa-apa’ kat I…” Melopong Kea mendengarkan kata-kata nakal yang keluar dari mulut lelaki itu.
“Amboi! Sakit-sakit masih nak menggatal ye!” Haikal tersengih ke arah Kea sambil membaringkan dirinya ke atas katil.
“Duduk diam-diam.” Arah Kea. Tangannya mula membilas towel dari air sejuk yang dibawanya.
“Ermm... Baik.” Haikal seakan anak kecil yang menurut saja arahan ibunya.
Dengan lembut Kea menyelak anak rambut Haikal dan meletakkan towel basah ke dahinya. “Buat dua tiga kali, kuranglah sikit panas ni…” Ujarnya. Haikal hanya memejamkan mata, rapat. Untuk pertama kalinya Kea dapat melihat wajah Haikal dengan jelas. Dia tak nafikan yang Haikal sangat kacak. Raut wajahnya nampak matang. Kea suka bila Haikal tersenyum. Matanya akan sentiasa bersinar, lagi-lagi bila dia ketawa.
“Untung I dapat Doktor macam you. Kalau I mati pun, I takkan menyesal pernah berkenalan dengan you and kalau I nak menyesal pun mungkin sebab I kena tinggalkan you….”
Berderau darah Kea bila mendengar kata-kata Haikal. Lantas saja dia teringatkan hal mimpinya tadi. Mukanya mula diurung mendung.
“Haikal… Kenapa cakap macam tu. Macam orang dah putus asa, I tak sukalah…”
“Itu hakikat Kea. You lebih tahukan..” Haikal membuka matanya dan merenung tepat ke anak mata Kea.
“Tapi…..
“I yang tanggung sakit ni Kea… I lebih tahu kemampuan badan I. I tak rasa, I akan hidup lama. I redha Kea…” Sayu saja suaranya.
“Then… You sanggup tinggalkan I?” Soalan yang tak diduga!
“You ada Izat kan…” Kea mendengus perlahan. Kenapa nama Izat pula yang dia sebutnya.
“Dia nampak sempurna kalau nak dibandingkan dengan I…”
“Semua orang tak sempurna Haikal, dan I bukan pencari kesempurnaan. I cuma perlukan seseorang untuk melengkapkan ketidaksempurnaan I ni…”
“Dengan memilih I?” Kea tergamam. Ah~ Haikal sengaja mengenakan aku.
“Dengan memilih I yang akan pergi buat selamanya dan meninggalkan you untuk bersendirian sorang diri? atau yang hanya boleh menyusahkan you seumur hidup?? Come on Kea…”
Kea tiba-tiba bangun.
“Dahlah. I nak balik..” Katanya ringkas. Dia tak suka mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Haikal.
Haikal mengeluh…
“Kea.., Please…”
“Haikal listen... I yakin dengan diri you. I sangat yakin yang you akan selamat dan akan dapat bertahan sampai bila-bila pun. I percaya dengan you Haikal. Tolonglah.. kuatkan diri you… Kalau bukan untuk you, Please do it for me… Hmm… Okaylah. I nak balik, nanti risau pula Maria kat rumah. You jaga diri baik-baik... Call me kalau ada apa-apa, and remember you always can count on me…” Kea pantas berlalu meninggalkan Haikal yang termanggu-manggu di atas katilnya. Dibiarkan saja Kea pergi meninggalkannya. Dia tak mahu untuk menahan. ‘Pergilah Kea… Pergilah mencari lelaki yang lebih baik untuk menjaga you...’
“EH, nak balik dah?” Mak Esah menegur Kea yang tergesa-gesa menuruni tangga. Kea menoleh, langkah kakinya dihentikan.
“Ha’ah Mak Esah… Haikal pun dah kurang sikit demamnya. Kalau ada apa-apa Mak Esah call saya ya.”
“Lar… Makanlah dulu. Kea dari tengah hari tadi tak makan apa-apa kan? Minum pun tak. Lagipun Mak Esah dah masak banyak tu. Mari makan dulu.” Pelawa Mak Esah.
“Emm... Tak apalah Mak Esah, Kea tak lapar…” Dengan lembut Kea menolak pelawaan Mak Esah. Dia bukan tak sudi, cuma… Hmm, entahlah.
“Janganlah macam tu Kea… Serba salah Mak Esah dibuatnya, ada apa-apa jadi ke?”
“Em… Tak ada apalah Mak …….
“Kea, temankan I makan…” Haikal tiba-tiba muncul. Kea terkejut. Dia sebenarnya terdengarkan perbualan di antara Kea dan Mak Esah. Kesian Kea, sebab menjaga aku, dia tak makan. Dilupakan egonya, dan turun ke bawah untuk mengajak gadis itu makan bersamanya.
“Jom….” Haikal menarik tangan Kea ke arah meja makan. Kea terkedu. Nak di tolak tak sampai hati. Sudahnya sekarang dia sudah pun terduduk di sebelah lelaki itu.
“Err... I tak mahu makan… I nak balik.”
“Kenapa? Tak sudi nak makan dengan I?” Haikal menyoal keras. Dicedukkannya nasi ke pinggan Kea.
“Errmm… bukan... I, I……..
“Dah, makanlah. Jangan di ikutkan sangat degil you tu. Tak nak makan banyak sikit pun jadilah. Penat Mak Esah masak…” Giliran Haikal pula cuba memujuk. Kea masih teragak-agak. ‘Aku ke yang degil? Atau dia? Emm…’
“Nak lauk apa?” Soal Haikal.
“Err….”
“Sup ayam nak? Tak pedas… yang lain nampak macam pedas.” Belum sempat Kea menjawab, Haikal dah pun menyenduk sup ke dalam mangkuk dan diletakkan di sebelah pinggannya.
“Kea tak makan pedas ya?” Soal Mak Esah yang sedari tadi asyik memerhatikan gelagat mereka berdua.
“Tak Mak Esah, nanti kalau makan, satu gallon air pun tak cukup…” Haikal menjawab bagi pihak Kea. Kea hanya tersenyum sinis mengiyakan kata-kata Haikal. Tangan lelaki itu disikunya. ‘Eh, mamat ni! Nak peril-perli orang pulak’
“Oh, maaflah… Mak Esah tak tahu, Haikal ni suka makan pedas. Erm... Makanlah dulu ye, Mak Esah nak bersihkan dapur.”
“Eh, Mak Esah tak makan?” Soal Kea.
“Mak Esah dah makan tadi. Kamu berdua makanlah kenyang-kenyang ye.” Jawab Mak Esah sambil berlalu meninggalkan mereka berdua. Suasana sepi seketika.
“Nah… Cuba rasa ni, Aaaa…” Haikal tiba-tiba menyuakan makanan ke arah Kea, bukan untuk diambil ye, tapi untuk disuap. Kea sekali lagi terkesima dengan tindakan Haikal. ‘Kenapalah kau ni tiba-tiba nak jadi sweet nie, haishh… Lemah jantung den!’ Tingkah hatinya. Akhirnya dia akur. ‘Dahlah! Letih nak merajuk lagi. Eh, aku merajuk ke? Kehkehkeh!’
Di bukanya mulut, dan dengan cepat Haikal menyuapkan nasi ke mulut Kea.
“Ermm... Dapnyee!! Dapnyee! Nak lagi Papa! Nak lagi!” Kea merengek membuat lagak anak kecil yang di suap makan oleh ayahnya. Haikal ketawa.
“Amboi… Dahlah. Mengada ye!” Haikal pula yang jadi malu dek telatah Kea.
“Alaa... Nak lar! Nak! Please…” Kea membuat lagak dan memek muka comel di hadapan Haikal. Sengaja saja dia mengelip-ngelipkan mata sepetnya memandang lelaki itu. ‘Aduh..~’ Mahu tercabut jantung Haikal saat tu.
“Last one, okay?” Kea mengganguk gembira.
“Baiklah!” Balasnya.
Satu lagi suapan masuk ke mulut Kea. Kea tersengih manja. Dia sengaja. ‘Mahu sangat jadi sweet dengan aku kan, aku pun boleh tauuu…’ Haikal tersenyum memandang Kea, tidak semena-mena Haikal merapati Kea dan secara spontan dia mencium dahi gadis tu sambil mengelus lembut rambutnya. Mesra, nampak penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
“Manja ni… Dah cukup? Nak lagi?” Soal Haikal sambil mengangkat keningnya. Kea tergamam.
“Erk! Dah... Dah, cukup, tak nak lagi… I boleh makan sendiri...” Jawabnya tersangkut-sangkut. ‘Ibu, Along, Nek Cuu…Waaa, Kea maluuu….’ Semua nama diserunya. ‘Ha, tulahh... Padan muka aku!’ Dipalingkan mukanya membelakangkan Haikal dan diraup mukanya dengan tangan. Aisey~ Haikal disebelah selamba menyambung suapannya yang terbantut. Dia tahu Kea malu, tapi dibiarkan saja. Dalam hati, Tuhan je yang tahu betapa gembiranya dia. Kegembiraan hati jelas lah terpancar di wajahnya.
‘Ya Allah… Kaulah yang Maha mengetahui, betapa besarnya sayang ku pada dia….’
* * * * *
“HISHH… Mana kunci kereta ni!? Time nak cepat time tulah dia hilang…’ Kea membelek-belek beg tangannya. Habis semua isi kandungan beg itu diselongkarnya. ‘Hmm. Tak ada! Mana nih.’ Entah mana dia cicirkan kunci keretanya. Dekat drawer? Tak mungkin, sebab sebelum balik tadi dia dah geledah semua kabinet. Dekat rumah? Eh! Takkanlah pulak, habis tadi aku start kereta dengan apa! Hmm.. mana nak cari nih. ‘Kunci.. oh kunci… Dimanakah kau?’ Dipandangnya sekeliling. Takkan nak cari satu hospital ni?? Fuhhh, puas dia memerhati kawasan sekitar hospital. besar tuhhh!!~ tempat letak kereta ni pun kalau nak cari, puas memusing nih! Rungutnya.
Dalam kekalutan mencari kunci, tiba-tiba beg tangan Kea direntap.
“MasyaAllah, beg aku!! Tolong!!! Tolong!!” Kea dengan cepat mengejar lelaki yang mencuri beg tangannya. Tetapi disebabkan kasut tumit tinggi yang di pakai, lariannya terbatas. Lelaki itu makin jauh meninggalkannya.
“Tolongg.. tolongg!!” Kea menjerit sekuat hati, ‘Ya Allah, banyak benda dalam tu….’
“Eh, Kea kenapa??”
“Izat! Izat tolong aku kena ragut. Tolong aku kejar budak laki tuh!!” Kea menundingkan jarinya ke arah si pencuri.
“Hahhhh!?? Kau tunggu sini!” Izat tanpa berlengah terus berlari laju. Terlalu pantas, sekejapan saja mereka hilang dari pandangan Kea.
“KEA, I’m sorry, I didn’t manage to catch him!” Izat kembali dengan perasaan yang hampa. Memang pencuri itu terlalu cepat, sekejap saja dia hilang. Puas dah dia mencari di sekeliling bangunan hospital. Namun hasilnya tetap mengecewakan.
Kea terduduk sedih di tepi keretanya. Dia redha. Nak buat macam mana benda
dah nak jadi. Cuma yang dia terkilan, ada banyak document dan kad penting dalam beg tu. Menyesal dia tak keluarkannya semalam. Hmmm…
“Kita buat report polis ya? Aku teman kau……
* * * * *
“DOKTOR KEA ada?” Soa Haikal kepada jururawat yang bertugas. Di tangannya ada sebuah patung bear kecil dan sekotak coklat ferrero rocher. Niat hati nak diberikan pada Kea, sebagai tanda terima kasih atas susah payah menjaganya tempoh hari. Ececeh.. ye ke??
“Doktor Kea dah balik…” ‘Alar...’ Punah harapan Haikal untuk berjumpa dengan Doktor hatinya tu.
“Dah lama ke?”
“Adalah dalam setengah jam tadi..”
“Oh. Tak apalah. Terima kasih...” Lemah saja langkah kakinya meninggalkan kaunter itu. Jururawat tadi hanya tersenyum. Terdengar juga bisik-bisik mereka bercerita mengenai Haikal, entah apalah yang mereka ngumpatkannya tu.
‘Hmm… Mungkin tak ade rezeki. Tak apalah mungkin lain kali...’ Pujuk hatinya. Dihayunkan kaki meninggalkan hospital dengan perasaan hampa. Dahla tak dapat berjumpa dengan si pujaan hati, ni nak menapak ke tempat letak kereta satu hal lagi ni!
* * * * *
“TAK apalah Izat, Aku tak nak susahkan kau. Aku boleh pergi sendiri.” Jawab Kea. Dia tak mahu susahkan lelaki itu. Dipandangnya Izat yang nampak agak kecewa bila perlawaannya ditolak. ‘Kenapalah lelaki ni selalu saja ada bila aku ditimpa masalah? Kebetulan ke? Atau…. Jodoh? Hmm… Jodoh?’ Entah kenapa dia terfikirkan hal itu. Di imbas kembali sejarah lepas, memang Izat akan selalu ada bila dia berada di dalam kesulitan. Tak kiralah kehadirannya membantu atau tak, tapi yang pasti, dia ada.
“Are you sure?.. I’m ok if you want me to…” Izat masih tak berputus asa. Kea tersenyum. Walaupun hambar, tetap manis.
“I’m sure! don’t worries. Hey, Aku dah besarlah…” Jawab Kea sambil memukul perlahan bahu Izat. Mereka tertawa.
“Dah besar pun, tapi kau selalu cuai. Aku rasa sekarang kau dah kena cari seseorang untuk tengok-tengokkan kau, yang boleh jaga kau….” Izat cuba bermain kata.
“Eleh, Aku kan ada Ibu, Along, Haa.. Maria pun ada. Ramai kut yang jaga aku…” Kea memulangkan kenyataan sarkastik.
“Err… Tapi dorang tak selalu ada dengan kau kan? Maksudnya Ibu kau kat seremban, Along pun tak lama lagi nak khawin, and Maria pun entah esok lusa akan ikut suami dia. Seseorang tu aku maksudkan lelaki atau kata lainnya boyfriend atau kalau lebih serius lagi suami.” Tersentak Kea bila mendengarkan perkataan suami. ‘Erk! Seserius itu ke??’
“Err… Kau serius sangat ni Zat!” Dia cuba untuk berdalih.
“Taklah, aku cakap betul ni. Kau tak nak ada someone yang betul-betul mahu jaga kau ke? Yang akan sayang kau sampai akhir hayat kau? Kalau kau nak, aku ada calon…”
“Calon? Siapa?” ‘Ah~ siapa pulaklah yang nak dicalonkan untuk aku nih..’
“Aku!” laju saja Izat mencalonkan dirinya. Kea tercengang. ‘Budak ni biar betul!!’
“Kau??”
“Yes me. Why? Kau tak nak? Hello… Aku tak adalah teruk mana pun.” Izat berseloroh tapi dalam nada serius. Lama Kea terdiam memikirkan kata untuk membalas.
“Hish… Siapa kata kau teruk? Aku tak cakap apa-apa lagi kan…”
“Okay, tak cakap apa-apa lagi. So?”
“So apa so?? Dahlah, kau ni ada-ada je. Aku nak gerak sekarang. Nak pergi buat report dan hal-hal yang berkaitan. Anyway, thanks tau…” Kea mematikan perbualan diantara mereka. Dia malas mahu memanjangkan bab-bab perasaan ni. It’s too complicated.
“Kea tunggu…” Izat cuba menahan Kea dari meninggalkannya. Langkah Kea terhenti.
“Apa lagi Zat, aku dah lambat ni. Aku nak cari kunci kereta lagi…………
“Jap... Jap. Hmm.., Aku nak kau fikir balik kata-kata aku tadi, jangan terus endahkannya. Aku serius nak jaga kau. Atleast, bagi aku peluang…” Rintih saja kata-kata Izat. Kea mengeluh. Dia pun dah jadi serba salah.
“Hmm… I need time to think about this. Please understand me..”
“Okay, ambil masa sebanyak mana yang kau mahu… Aku sanggup tunggu. Aku tak kisah. Tapi, Aku harap jawapannya nanti tak mengecewakan...”
“Hmm.. Aku tak boleh nak janji apa-apa Zat… and again, aku harap kau boleh faham aku. No matter what, aku akan selalu sayang kau sebagai kawan yang selalu tolong dan care pasal aku…” Kata Kea sambil berlalu meninggalkan Izat yang masih ragu-ragu dengan penerimaan gadis itu.
ADIK… Nah~ Abang bagi chocolate and bear ni, Adik cepat-cepat sembuh okay” Gembira anak kecil itu bila mendapat hadiah. Laju saja dia mengambilnya dari tangan Haikal.
“Okay, terima kasih Abang…. Tapi kenapa Abang bagi saya? Saya tak kenal Abang pun… Ermm… tapi tak apalah.” Dengan senang hati anak kecil itu berjalan mendapatkan kawan-kawannya. Tak sabar betul dia ingin tunjukkan hadiah yang baru saja dia dapat dari orang yang tak dikenalinya.
‘Abang bagi sebab penerima sebenar tak lagi perlukannya….’ Dan air jernih itu mengalir lagi. Entah kenapa dia memang tak bisa untuk melawan perasaannya terhadap gadis itu. Kata orang air mata lelaki sangat mahal dan dia tak pernah sekali membiarkan air mata berharganya itu jatuh membazir begitu saja. Tapi tidak untuk gadis itu. Dia nampak dan dengar semuanya. SEMUANYAA... Hmm.. Sekali lagi dia akur dengan kata hatinya dahulu, ‘Sayang tak semestinya memiliki….’
No comments: