Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "ATEH AIN"


SURAT CINTA UNTUK KEA


Assalamualaikum...

Ke hadapan pemerintah Bearland, Kak Arasharrina dan dayang-dayangnya. (ini memang betul-betul format surat...)

Terlebih dahulu Ateh Ain(A.A) nak ucapkan jutaan tahniah pada Kak Ara sebab dapat menghasilkan sebuah novel yang lengkap dengan rencah dan perasanya. Cukup dengan rencah kasih dan sayang, sedih, suka dan duka seterusnya konflik yang menyebatikan adunan, walla sangat seronok baca novel nie. Disamping itu, bagi A.A novel ini telah berjaya membuatkan A.A adakalanya suka sampai terbahak-bahak gelak. Adakalanya menangis meratapi nasib si heroin yang dihalau oleh si hero sewaktu mengandung dan macam lagi. (acececeh meratapi, bahasa nak tinggi aje)

Ok la dh byak A.A mengarut kat atas tu Sekrang A.A nak buat review tentang novel hot yangg A.A dh bce nie...mmg terbaik owesome. A.A nk bg 5*...

Pagi-pagi beli ikan keli,

Beli bersama tali raffia,

Kea alyissa tajuk diberi,

Ara sharrina penulisnya.


Tue dia pantun bagai no... ok la untuk review novel kea nie . Yang pertama skali novel kea ini tersangat la bestttt...bagi A.A pada page 1 pun dah blh bt a.a ketawa sampai klua air mata... walaupun pada masa 2 a.a brada di depan pntu pagar U di depan pondok jaga. A.a ingatkan a.a jer yg baca page 1 ketawa sampai mengalir air mata,rupa-rupanya kawan a.a yang xbrapa mnt pada novel 2 pun ketawa sampai pecah perut...nak tau part mne yg kitorang ketawa terbahak-bahak 2... part yg nie “ Bangun!!! Bangun !!! Bangun !!! Bilik kita terbakar Bangun!!!...” ha nie part yang Maria kejutkan Kea...perhh lau a.a la kejutkan roommate cm nie mmg lempang la makan nye..hehehhe..nk tau aper reaksi kea apabila kea bgun tdo trus kea mnjerit suh panggil polis,bomba ckp blk die terbakar...sdgkan maria tgh meroyan sukakan kea yang mengelabah tahap gaban...hhahahha mmg terbaikla..

Ok la bgi a.a novel kea memang menyeronokkan ...xrugi a.a beli ngn harga 27 hinggt...sgt2 berbaloi...dalam novel Kea ...penulis kak Ara telah mengetengahkan penulisan yang sempoi dan jalan cerita yang sangat menarik dan mempunyai plot-plot yang mudah difahami dan dibayangkan...

Kea mengisahkan seorang gadis yang bernama kea Alyissa yang merupakan seorang bakal doctor yang mempunyai seorang pesakit bernama Haikal Hakimi. Haikal Hakimi seorang penghidap barah otak yang dirawat oleh Dr yusoff dan di bantu oleh Kea. Dalam novel ini Kea sanggup melakukan apa sahaja semata untuk memastikan Haikal sembuh daripada barah otak. Hal ini kerana baba Kea meninggal disebabkan oleh penyakit barah jugak. Haikal plak drpada seorang yang bengis bertukar mnjadi seorang yang ceria oleh kerana seorang wanita yang bernama Kea Alyissa. Perhubungan antara Kea dengan Haikal menjadi serius apabila masing2 menyimpan perasaan dalm diam. Bagi Kea cinta yang dihulurkan oleh Izat tidak mendatangkan rasa getar didada kerana dimata Kea hanya wajah Haikal yang sentiasa muncul. Bagi Haikal pula apabila perasan cemburu timbul apabila melihat kemesraan antara Kea dengan Izat semasa berada dihospital. Sehinggakan Haikal sanggup menyuruh Sofea berlakon sebagai girlfriend Haikal.

Dengan segala kesabaran dan ketabahan walaupun pada awalnya Kea mndapat tentangan daripada ibu nya puan Zahara untuk hidup bersama hingga akhir hayat bersama Haikal, Kea dapt menyakinkan pn. Zahara melalui abangnya aiman. Tetapi sebelum Haikal dan Kea disatukan dalam ikatan perkahwinan, Haikal mendapat tau bahawa baba Kea juga dahulu meninggal disebabkan barah,hati Haikal mula bercelaru dan membuatkan malam sebelum Haikal menggenggam tangan tok kadi. Haikal telah pergi ke rumah Kea semata-mata untuk mengetahui perasaan Kea sama ada perasaan Kea kepada Haikal hanya simpati ataupun Kea betul2 cintakan Haikal. Terbukti cinta Kea terhadap Haikal bukan berlandaskan simpati semata-mata tetapi cinta Kea kepada Haikal adalah cinta yang maha agung.

Selepas semua selesai Kea dan Haikal disatukan dalam keredhaanNya. Kea dan Haikal menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang sangat bahagia walaupun pun kadang2 penyakit Haikal dating tanpa memberi isyarat dan Kea tabah mengharungi dugaan itu. Walaubagaimana pun konflik yang paling besar berlaku apabila munculnya Zarif yang kematian atilia. Zarif menyangka Kea adalah Atilia oleh kerana wajah Kea seiras dengan Atili. Paling sedih sehingga mengalirkan air mata dimana Kea dihalau oleh Haikal yang menyangka Kea menipunya. Dah la mase tu Kea tengah mengandung. Apa yang terkejutnya sanggup Haikal tidak mengaku yang Kea mengandungkan anaknya. How dare U Haikal ...

Ok la smpai sini dulu yang mampu a.a review...bukan xnak crter banyak...takut nanti kalau a.a cter dengan lebih byk xde org nk bli Kea sbb dh tau keseluruhan cter Kea..hehehe...so sapa yang nk tau cter selanjutnya samaada Kea akan berbaik semula dengan Haikal ataupun apa yang akan terjadi dengan kondisi kesihatan Haikal beli la novel Kea ...gerenti puas hati tau..apa yang terbaik dalam novel Kea adalah nilai persahabatan antara Kea,Maria dan Izat...ketiga-tiga watak ini sangat memberi impak yang besar ...

Semoga, kita akan bertemu lagi di lain warkah... setakat ni je yang mampu... but i’ve prepared something tapi tak taulah akan menjadi atau tidak... Sekian...

Yang benar,
Siti Nor Ain Bt Ibrahim

+++++++++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People <3


No comments: