**KLIK : K.E.A 23
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….
Ya Allah Ya Tuhanku…
PadaMu aku bersujud Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat ku untuk menghadapi semua ini… HambaMu yang kerdil ini merayu agar di permudahkan perjalanan hidupnya diatas muka bumi ini…
Ya Allah…
Kau selamatkanlah Haikal Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakitnya…
Aku tak sanggup untuk melihat dirinya menderita Ya Allah. Berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi dugaan Mu ini. Seandainya telah Engkau catatkan, dia milikku, tercipta buatku, Kau satukanlah hatinya dengan Hatiku… Aku benar-benar ikhlas untuk menjaganya hingga hujung waktu ku…
Kau titipkanlah kebahagiaan di antara kami…
Ya Allah…
Kau Ampunkanah dosa-dosa Ibu ku...
Kau lembutkanlah hatiNya Ya Allah…
Kau lembutkanlah hati Ibu untuk menerima Haikal dalam hidupnya Ya Allah…
Sesungguhnya mereka adalah anugerah terindah yang telah Engkau kurniakan padaku…
Janganlah diambil mereka dari hidup ku kerana aku tak akan mampu untuk teruskan hidup tanpa kehadiran mereka di sisiku…
Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku..
Engkau dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini, jangan Engkau biarkan aku sendirian Ya Allahhh……
Aminn… Aminn…. Ya Rabbal’aalamin…..”
Air mata Kea berjurai-jurai jatuh membasahi pipinya. Mungkin sudah lama dia memendam rasa. Di dalam surau hospital itu dia menangis semahu-mahunya. Mujurlah, tiada siapa di situ, kebetulan pula waktu melawat sudah habis. Dapat jugalah dia duduk berteleku menghabiskan sisa-sisa tangisannya. Hatinya betul-betul tak tenang sekarang, Haikal kini berada di dalam keadaan kritikal dan di jaga di bawah pengawasan Doktor Yusoff. Kea menyalahkan dirinya sendiri kerana mendengar kata Haikal untuk membawanya pulang. Kalaulah dia tahu akan jadi begini, sudah pasti awal-awal lagi dia tak akan mengendahkan pujukkan lelaki itu. Dia yang menjadi punca keadaan Haikal menjadi semakin teruk!
“Kea….” Kea tersentak mendengar seseorang memanggil namanya. Dia sangat mengenali suara lembut itu. Dia menoleh. “Ibu….” Hatinya sangat tersentuh bila terlihatkan Ibu yang tersenyum mesra memandangnya.
“… Maria call Ibu, dia beritahu Ibu pasal keadaan Haikal. Erm… Along, Kak Saleha dengan Nek Cu pun ada. Kami datang melawat… Nek Cu beria nak jumpa Haikal.” Terang Ibunya. Kea hanya menunduk. Mungkin malu kalau Ibunya terlihat matanya yang bengkak kerana menangis.
“Kea okay ke sayang? Kenapa sorang-sorang kat sini? Ibu call pun tak angkat. Marahkan Ibu?” Kea masih lagi berdiam diri. Berlagak tenang, walaupun dia tahu dia pasti akan gagal menahan perasaannya sendiri.
“Kea… Kea dah tak mahu cakap dengan Ibu ya?”
Kea masih lagi berdiam diri. Hatinya ingin menyatakan sesuatu, tapi mulutnya terkunci.
“… Kalau Kea marahkan Ibu, Ibu minta maaf ya.” Pujuk Ibunya lagi. Kea jadi bersalah membiarkan soalan Ibunya sepi tanpa jawapan. Dengan perlahan-lahan dia mengangkat mukanya memandang wajah Ibu. Dia hanya mampu bertahan untuk seketika, dan tanpa sebarang kata Kea terus memeluk Ibunya dengan erat. Di bahu Ibu, Kea menangis lagi. Kali ini di selangi esak tangis yang sangat meruntunkan hati sesiapa yang mendengarnya. Sungguh, gadis ini sangat menderita.
“Sabarlah Nak… Anak Ibu ni kuatkan… “ Pujuk Ibunya. Matanya juga turut berkaca bila melihatkan keadaan Kea. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita sebegini.
“Kea sayangkan Haikal Ibu… Kea tak sanggup lihat Haikal macam tu… Kea mahu menjaga dia. Tolonglah Ibu…” Rayu Kea dengan esak tangisnya. Tubuh Ibunya masih lagi erat dalam pelukkannya.
“Kea tak boleh biarkan Haikal menderita seorang diri Ibu… Dia perlukan Kea.”
Secara perlahan Ibu meleraikan pelukkan Kea. Wajah anak perempuannya itu di tatap penuh kasih. Dia tak pasti keputusan apa yang harus dia ambil. Dia tak mahu Kea nanti senasib dengan dirinya. ‘Hmmm…. Apa yang perlu Zah lakukan Bang….’
“Kea….” Panggilnya.
“Ye Bu…” Sahut Kea perlahan. Suaranya hampir saja tidak kedengaran, tenggelam dek esak tangisannya.
“Kea pasti apa yang Kea mahukan? Kea dah habis fikir tentang keputusan Kea?” Soal Ibunya sambil mengesat lembut air mata Kea yang masih lagi mengalir laju.
Kea mengganguk.
“Kea pasti Ibu… Kea dah fikir masak-masak. Izinkan Kea untuk bersama dia. Kea janji dengan Ibu, jika apa-apa terjadi nanti, Kea takkan mengeluh…”
“Kea yakin Kea akan bersedia untuk terima sebarang kemungkinan?” Soal Ibunya lagi.
“Kea yakin Ibu, Kea yakin Haikal akan selamat. Kalau betul pun di takdirkan umur Haikal tak panjang, Kea pasrah… Kea janji Kea akan teruskan hidup Kea macam biasa… Kea janji Bu… Kea cintakan dia.” Dalam sedu sedan bersungguh-sungguh Kea memujuk Ibunya.
“Hmm… Sayang.., untuk menjayakan sebuah hubungan, kita bukan saja perlukan cinta, tapi perlukan juga kekuatan. Memang Ibu tak nafikan dari mata dan gerak geri anak ibu ni, ibu dapat baca betapa Kea sangat sayang dan mencintai dia. Tapi Kea tahu kan keadaan dia bagaimana? Kea tahu risiko yang bakal Kea hadapi bila bersuamikan dia kelak? Ibu tahu Kea kuat, tapi Ibu tak pasti seberapa kuatnya Kea untuk menghadapi hal itu nanti…”
“InsyaAllah Ibu, sejak kecil Kea belajar dari Ibu tentang erti sebenar kekuatan, mungkin takdir yang bawa Kea ke pilihan ini. Tapi, Kea tak akan salahkan takdir Ibu, Kea tahu ini ujian dari Allah, Dia mahu menguji sejauh mana kekuatan Kea untuk menghadapi dugaannya yang satu ni, Kea mahu jadi Ibu, Kea mahu ambil kekuatan Ibu……”
“Anak Ibu.…” Kea di raih dalam pelukkan Ibunya. Kali ini mereka menangis bersama-sama. Terlalu syahdu. Tidak pernah terfikir yang anak perempuannya ini juga mungkin akan senasib dengannya.
“Hmmm…. Baiklah sayang...” Ayat Ibu termati di situ. Dia perlu mengumpul kudrat untuk meneruskan katanya. “…… Ibu izinkan Kea untuk bersama Haikal… Ibu restu. Ibu akan selalu mendoakan Kea bahagia bersama dia……” Akhirnya terucap juga perkataan itu dari mulut Ibu.
‘Ya Allah…….. Terima kasih Ya Allah…. Terima kasih kerana mengabulkan doaku…’ Hati Kea berbunga. Dia sangat lega bila Ibu merestui niatnya, niatnya untuk bersama lelaki yang di sayanginya… “Terima kasih Ibu, terima kasih sebab percayakan Kea…”
“AWATLAH Haikal tak beritahu Nek Cu pasal sakit dia ni? Haikal sakit apa Along?” Soal Nek Cu. Ubun-ubun rambut Haikal di usapnya. Nalurinya tersentuh tatkala melihat keadaan Haikal, wayar sana sini menjalar di seluruh badannya.
Along Aiman teragak-agak untuk menjawab. Dia sudah berjanji pada Kea untuk mendiamkan hal ni dari pengetahuan Nek Cu. Tapi tak sampai pula rasa hati ni…
“Along… Baik kamu terus terang dengan Nek Cu. Tak usahlah nak simpan-simpan… Haikal sakit apa?” Sekali lagi Nek Cu bertanya. Muka Along di tenungnya lama.
“Err… Haikal ada kanser Nek Cu…”
“Hahh?? Ya Allah Haikal…… Patutlahhh…. Ya Allah kesianlah cucu Nek Cu yang sorang ni…. Haikal, bangun Cu… Nek Cu datang ni…” Panggil Nek Cu perlahan. Bergetar nada suaranya. Mungkin menahan sebak di hati.
Along hanya memerhatikan dari jauh gelagat Nek Cu, dia tahu Nek Cu terkejut, tapi sampai bila perkara ni mahu di rahsiakan dari pengetahuannya. Lambat laun pasti akan ketahuaan jua.
“Nek Cu….”
“Ea..., Haikal... Dia…” Terketar-ketar suara orang tua itu menyambut panggilan Kea. Kea hanya tersenyum tawar menyambut kata-kata Nek Cu. Tangan Nek Cu di salam dan di ciumnya.
“Sejak bila dia sakit Ea?” Soal Nek Cu. Hati tuanya itu meronta-ronta inginkan penjelasan.
“Dah lama Nek Cu…” Jawab Kea jujur.
“Ya Allah…. Maknanya, masa dia dia kampung hari tu, dia dah sakit?”
Kea mengganguk.
“Ibu dan Along dah tahu?”
“… Kami baru je tahu Mak.” Sahut Ibu. Nek Cu mengeluh. Lengan Kea dipukulnya.
“Awatlah rahsiakan perkara ni Ea…. Ini bukan perkara main-main. Mak ayah Haikal dah tahu?”
“Err… Be……..
Uhukk! Uhukkk!
Tiba-tiba kedengaran Haikal terbatuk kecil. Mereka berpaling serentak ke arah lelaki itu.
“Haikal!” Nek Cu lebih pantas dari mereka semua. Tahu-tahu saja dia sudah berada di tepi katil lelaki itu. Dengan bersusah payah Haikal membuka matanya memandang sekeliling.
“Nek Cu….” Perlahan suaranya memanggil wanita yang sudah di anggapnya sebagai neneknya sendiri. Wajahnya terukir senyuman.
“Haikal dah sedar? Nek Cu datang ni… Ibu dengan Along pun ada…” Ujar Nek Cu. Haikal memerhatikan keadaan sekitarnya.
“Saya di mana?” Soalnya.
“You di hospital Haikal… Semalam you pengsan...” Jawab Kea. Haikal kelihatan sedikit terkejut mendengar jawapan Kea.
“Aduhh!” Haikal memegang kepalanya. Mukanya berkerut menahan sakit.
“Haikal, jangan banyak bergerak… Kamu rehatlah dulu..” Nek Cu mengarah. Risau dia melihatkan keadaan Haikal.
“Tak apalah Nek Cu, sikit je ni. Haikal kan kuat... Lagipun Haikal rindu dekat Nek Cu…” Haikal masih cuba untuk bergurau.
“Betul ke? Nek Cu pun rindukan Haikal… Kenapa lama datang rumah Nek Cu?”
“Kea tak mahu bawa…” Kea tersentak bila namanya disebut. Katil Haikal di hampirinya. Along dan Ibu hanya tersenyum memerhati mereka.
“You dah sihat nanti, I bawa pergi rumah Nek Cu ya…” Kea mula bersuara. Dia cuba untuk menjadi seceria mungkin. Dia tak mahu Haikal lihatnya bersedih.
“Kalau sempat I nak pergi lagi rumah Nek Cu, bersiar-siar naik motor dengan you… Jumpa Pak Lang Aziz….” Ujar Haikal. Dia masih tetap tersenyum walaupun payah buat dirinya
“Syhh… Haikal, tak baik cakap macm tu…” Ibu pula menyampuk. Kea di pandangnya, seperti tadi anak gadisnya itu masih cuba untuk menahan air matanya daripada keluar.
“Makcik… Saya akan pergi. Halalkan makan minum saya semasa di kampung dahulu. Nek Cu dan Along pun ya… Saya minta di halalkan semuanya. Kalau kata-kata saya ada yang terasa di mana-mana, saya minta maaf… Tolong iringi pemergian saya nanti dengan doa. Saya dah tiada siapa-siapa lagi selain Mak Esah dan keluarga ni. Saya sangat-sangat sayangkan keluarga ni…” Ucap Haikal sambil tersenyum dalam kelesuan. Nek Cu cium lembut dahi Haikal, hatinya sangat terusik.
Kea pegang erat jari jemari Haikal. Dia diam tanpa suara. Ya Allah! Tabahkanlah hati ku!
“Haikal, jangan cakap macam tu. InsyaAllah, kamu akan selamat…” Giliran Along mencelah. Sedari tadi dia dan tunangnya hanya mendiamkan diri di hujung katil. Mereka juga lagaknya masih terkejut dengan apa yang sedang terjadi.
“Saya redha Along…” Jawabnya. “Oh ya! In advance, saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat Along dengan bakal isteri. Maaflah sebab tak sempat nak sediakan apa-apa…”
“Haikal, awat kamu tak beritahu kami awal-awal? Ibu bapa Haikal? Mereka kat mana? Kenapa langsung tak nampak muka?” Soal Nek Cu.
“Haikal cuma ada Papa je Nek Cu, Ibu tak tahulah… Ada atau tidak, Haikal tak tahu. Papa pula dah lama Haikal tak jumpa, mungkin dia sibuk dengan kerjanya. Hmm… Tak apalah Nek Cu, hidup atau mati Haikal ni dah tak penting buat mereka. Lagipun buat apa Haikal susahkan orang dengan masalah Haikal. Lagipun, kalau Haikal tak beritahu, jika dah memang tertulis dah sampai masa Haikal, Haikal tetap akan pergi juga…”
“Haikal… You dah terlalu banyak bercakap... Cukuplah…” Kea tiba-tiba bersuara. Tidak mampu rasanya dia untuk terus menerus mendengar kata-kata Haikal yang membuatnya menjadi lebih sedih.
“You marahkan I kea?” Haikal senyum mengusik. Dia masih lagi ingin bergurau. Kea senyap.
“Nanti bila I dah tiada, Kea jaga diri baik-baik ya... Jangan menangis. I tak suka kalau you menangisi pemergian I, tengok macam sekarang ni, belum apa-apa mata you dah macam panda, dah tak cantik… Janji tau?” Haikal kesat perlahan air mata yang berjuraian di pipi gadis itu. Kea hanya membiarkannya. Dia tahu Haikal juga sedang sedaya upaya menahan perasaannya sendiri.
“… Haikal, I sayangkan you… Tolong jangan tinggalkan I…” Dalam sedu sedan Kea mengucapkan ayat itu.
“Sayang… Trust me, pemergian I nanti pasti ada penggantinya. Siapa tahu penggantinya nanti lebih baik dari I, dan mungkin masa tu you pun dah lupakan I, sebab dah terlalu bahagia bersama dia…”
“Tak akan Haikal, tak mungkin! I tak akan jumpa pengganti sebaik you, dan tiada siapa yang boleh gantikan tempat you di hati I... Tolonglah faham I… I tak boleh hidup tanpa you.” Tanpa segan silu, Kea menyuarakan rasa hatinya. Biarlah, biarlah semua orang tahu betapa sayangnya dia pada Haikal.
“Sayang……
“Dah! Dah cukup Haikal… I dah tak nak dengar apa-apa lagi. I dah pernah berjanji yang I akan menjaga you, sekarang, I nak minta tolong you untuk tolong I kotakan janji I tu. I nak minta sesuatu dari you…”
“Minta apa Kea? kalau I mampu, I akan tunaikan…..”
“Hmm… I dah pernah minta sebelum ni, dan hari ni, di waktu ni, depan Ibu, Along, Nek Cu dan semua yang ada disini, I nak minta you halalkan hubungan kita, I mahu kita berkahwin! I mahu you jadi suami I yang sah… I mahu menjaga dan mencintai you seumur hidup I… I perlukan you Haikal…”
Air mata Haikal sudah mula bergenang. Nafasnya turun naik, dadanya berombak menahan nafas yang tersekat-sekat. Denyutan nadinya bergerak perlahan secara tiba-tiba. Semua yang ada kelihatan cemas.
“Haikal! Haikal…. Kenapa ni? Haikal…”
“Doktor! panggil Doktor!!” Jeritnya. Haikal sudah tak bergerak. Nafasnya juga terhenti!
“Haikal bangunnn!” Kea mengoncang tubuh Haikal. Haikal tidak sedikit pun menunjukkan sebarang tindak balas.
“Haikal…. Jangan buat I macam ni, Jangan tinggalkan I… Haikal…” Tubuh Haikal di goncang lagi.
…… Dan untuk seketika, mata Haikal yang sebentar tadi tertutup rapat, perlahan-lahan terbuka. “Ke….a” Tersekat-sekat suaranya memanggil Kea.
“Ye sayang, I di sini… Jangan takutkan I Haikal…” ‘Ya Allah…’ Jantung Kea terasa mahu keluar dari tempatnya.
“I…..” Haikal sedaya upaya mencuba untuk menuturkan sesuatu, Kea mendekatkan telinganya ke mulut lelaki itu.
“I dapat rasa… Allah beri I peluang….., DIA… DIA beri I peluang untuk mati sebagai suami kepada Kea Alyissa……….” Dan mata itu kembali tertutup rapat.
No comments: