Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Monday, September 5, 2011

K.E.A 32

** KLIK : K.E.A 31

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“SAYANG, kita nak buat apa kat sini?” Soal Haikal bila tiba-tiba Kea memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah orang-orang tua. Melilau matanya memerhatikan sekeliling. Kea tarik nafas panjang, nak tak nak dia perlu juga berterus terang dengan Haikal. Di capainya tangan Haikal. Suaminya itu kelihatan pelik, dahinya berkerut.

“Abang… Kita nak jumpa Mama.” Ucapnya tenang. Haikal angkat kening.

“Makcik Zulaikha kerja sini?” Soalnya, masih lagi tak dapat menangkap maksud Kea.

“Bukan… Ermm… Ma... Mama duduk sini.” Luah Kea tersekat-sekat. Haikal terkejut.

“Apa?? Kea main-main ke? Kata Mama duduk dengan kawan dia…” Kea garu kepala.

“Abang, maafkan Kea…” Hanya itu yang mampu dia ucapkan. Perasaan bersalah kerana tidak berterus terang kini membelengunya.

“Kea kenapa? Abang tak faham…”

“Abang, Mama Zulaikha tinggal sini. Kea berbohong dengan Abang, dengan Papa dulu, Mama yang suruh Kea sembunyikan hal ni. Dia malu nak terus terang, Kea pun tak fikir panjang masa tu, terus ikut je. Hmm… Maaf Bang…” Luhur Kea mengungkap kata. Haikal mengeluh.

“…Abang, sorry….” Di goncang perlahan lengan Haikal, dia bimbang kalau Haikal terasa hati dengannya. Haikal memandang isterinya, nak marah pun tak guna.

“Tak apalah Sayang… Bukan salah Kea pun, Emm… Dahlah, Jom kita masuk.” Putusnya. Kea mengganguk, mereka keluar dari perut kereta dan berjalan beriringan memasuki perkarangan rumah.



“ABANG, tu Mama….” Kea menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang sedang asyik memandang ke hadapan. Langkah kaki Haikal terhenti, dia turut memandang ke arah yang di tunjukkan Kea.

“Abang pergilah jumpa Mama dulu. Kea nak jumpa orang-orang kat sini.” Arah Kea, sengaja memberi peluang kepada mereka berdua.

“Eh, kita pergi sekali lah…” Pinta Haikal, tak tahu apa yang akan mereka bualkan kalau hanya berdua. Mesti semuanya akan nampak kaku dan kekok. Kea mengusap lembut lengan Haikal.

“Abang pergilah, mungkin lebih baik kalau Abang saja yang jumpa Mama, lebih senang kalau nak berbicara jika tiada yang menggangu. Kea yakin ada sesuatu yang Mama ingin sampaikan pada Abang. Abang pergilah ya…” Pujuk Kea. Wajah lelaki itu di pandang penuh harap. Haikal menghela nafas panjang.

“Tapi Kea nak pergi mana?”

“Sayang… I’ll be around here je. Nak jumpa penghuni lain, lagi pun Kea dah lama tak ke sini.”

“Hmm… Okaylah, promise jangan lama tau.” Ucap Haikal, Kea senyum mengganguk.

“Promise bosss!!” Tingkahnya sambil mengangkat tangan dan di letakkan ke dahi seakan tanda hormat. Haikal menarik hidung Kea.

“Memain!” Katanya. Kea tersengih.

“Dah, dah… pergi, syuhh!” Dia membuat memek muka menghalau pula. Haikal bagi signal mata geram dengan tingkah isterinya.

“Siap you nanti!” Dia mengugut. Kea masih seperti tadi, menyengih hingga tak nampak mata. Ish! Kea mengekori langkah Haikal dengan ekor matanya. Dia berharap semuanya akan berjalan lancar.

“Amboiii… Romantiknya!” Kea terkejut bila ada suara yang menyapa. Dia menoleh.

“Eh, Yana!” Rupa-rupanya gadis itu yang menyapa, di peluknya gadis itu mesra, memang sudah agak lama mereka tak bersua.

“Siapa tu Kak?” Soal Yana. Matanya masih lagi memandang Haikal yang kini sudah pun berdua dengan Makcik Zulaikha. Dari raut wajahnya Kea dapat menggangak ada beribu soalan yang bermain di fikiran gadis itu. Dia tersenyum.

“Yana, jom duduk luar… Kita sembang-sembang kat sana.” Ajak Kea. Gadis itu menurut.


“ASSALAMMUALAIKUM….” Akhirnya selepas agak lama duduk berdiri memerhatikan Makcik Zulaikha dia mampu bersuara. Wanita itu memusingkan badan memandangnya.

“Waalaikumussalam…… Err..” Jelas wanita itu terkejut dengan kehadiran Haikal.

“Makcik apa khabar?” Soal Haikal.

“Err… Haikal… Macam mana kamu? Kamu….

“Kea bawa saya ke sini Makcik..” Jawab Haikal seperti tahu apa yang ingin di sampaikan oleh Makcik Zulaikha.

“Oh… Kea mana?” Soal Makcik Zulaikha agak gugup.

“Entah, somewhere here. Katanya nak melawat kawan-kawan dia..” Jawab Haikal. Mereka terdiam. Segala tindak-tanduk mereka nampak kekok dan terbatas.

“… Makcik kenapa tak datang majlis kami?” Soalan Haikal membuatkan Makcik Zulaikha berada di dalam keadaan yang serba salah. Entah jawapan apa yang mahu di beri.

“Err…. Mama sibuk. Maaf.” Jawabnya ringkas.

“Sibuk atau tak sudi nak lihat kami bersanding? Kesian Kea asyik bertanyakan soal Makcik. Keluarganya pun sama. ” Tutur Haikal, nada suaranya masih seperti tadi sopan dan perlahan.

“Bukan macam tu Haikal… Mama betul-betul tak dapat pergi. Ada hal lain yang perlu di uruskan disini..” Jawab Makcik Zulaikha telus. Wajah Haikal di renungnya lembut.

“Hmm…”

“….. Kea saja yang inginkan Mama di sana, Haikal tak mahu bukan? Mama tahu Haikal dan Papa akan rasa tak selesa kalau Mama di sana. Tak mengapalah, biarlah Mama tak pergi, tak penting pun Mama di sana…” Kata-kata Makcik Zulaikha kedengaran sayu di telinga Haikal. Dia sendiri tak pasti bagaimana perasaannya terhadap wanita itu. Baginya ada atau tidak Makcik Zulaikha tidak mengubah apa-apa.

“Ke mana Makcik pergi selepas Makcik tinggalkan kami?” Soalan sinis Haikal yang secara tiba-tiba itu membuatkan jantung Makcik Zulaikha berdegup kencang. Terasa darahnya sudah berhenti dari mengalir. Di pandangnya Haikal dengan pandangan yang agak tajam.

“… Makcik tahu tak Papa betul-betul menderita selepas Makcik tinggalkan dia? Selama beberapa tahun Haikal hidup terkontang kanting sorang diri, Papa sendiri mengendahkan Haikal… Dia hanya mengabdikan dirinya dengan kerja. Walaupun duduk sebumbung, memang jarang sekali kami dapat berjumpa. Even sebulan sekali pun belum tentu. Papa tak boleh tinggal lama dalam rumah tu sebab kata Mak Esah terlalu banyak kenangan dia bersama Makcik. Mak Esah ada beritahu Haikal, pernah juga Papa keluar berhari-hari untuk mencari Makcik, tapi malang tak pernah berjumpa. Pernah juga Papa gagal dalam hidup dia dan pernah juga kami hidup susah sekejap. Haikal tahu Papa terseksa, tapi pada masa yang sama Haikal benci pada dia, pada Makcik sebab buat hidup Haikal merana. I have nothing. Mujurlah Mak Esah selalu ada di samping Haikal. Tanpa dia, Haikal tak rasa Haikal boleh hidup sampai sekarang ni. Bagi Haikal, Mama tak pernah wujud dalam hidup Haikal, tak pernah ada. Mak Esahlah Mama Haikal selama ni...” Luah Haikal. Sudah terlalu lama dia memendam perasaaannya sendiri. Hari ini dia lega sebab dapat meluahkan segalanya.

“Haikal, maafkan Mama Nak…. Mama tak tahu kamu berdua akan sederita itu...”

“Hurmm… Papa tak pernah cerita pasal Makcik dekat Haikal. Mak Esah yang ceritakan segalanya…”

“Mak Esah…. Wanita itu terlalu mulia, kalau saja Mama dengar kata-katanya dahulu. Hmm… Mama juga sudah terima balasan kesan daripada tindakkan Mama dulu, Haikal. Waktu itu Mama tinggalkan Papa sebab Mama tak tahan dengan perangai Papa yang terlalu pentingkan kerjanya. Mama selalu di tinggalkan seorang diri di rumah, bukan sehari, tapi berhari-hari dan ada kalanya sampai berbulan-bulan. Mama rasa sunyi Haikal, Mama perlukan teman. Tiada siapa yang faham perasaan Mama ketika itu, Kebetulan pula waktu itu Mama berkenalan dengan seorang lelaki yang menjanjikan Mama macam-macam kebahagiaan. Mama lupa Haikal, Mama lupa pada Tuhan, Mama lupa Mama sudah ada suami dan anak. Dengan dia, Mama rasa sangat di hargai, di sayangi, Mama dapat apa yang Mama tak dapat dari Papa kamu. Sebab terlalu bahagia dan mahu bersama dia, Mama buat cerita supaya Papa kamu ceraikan Mama, Mama tuduh Papa kamu macam-macam, Mama tak nampak kebaikan yang dia pernah buat untuk Mama dahulu. Mama berdosa Haikal… “ Tersedu-sedu Makcik Zulaikha menahan esak tangisnya sendiri. Seperti Haikal, dia juga ada kisahnya sendiri, dia juga ada kisah yang sudah lama dia pendamkan. Haikal terdiam mendengar luahan Makcik Zulaikha, di raup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Hatinya juga berkecai bila mendapat tahu hal yang sebenarnya. Dia tak tahu siapa yang harus di persalahkan. Buat masa sekarang, sudah pasti kebenaran memihak pada Papanya. Di pandang Makcik Zulaikha yang masih menangis, hiba pula rasa hati Haikal pabila melihat keadaan Makcik Zulaikha begitu. Walaupun kemarahannya masih belum reda, dia tak begitu kejam untuk membiarkan wanita itu begitu. Di hampiri Makcik Zulaikha dan disentuh lembut bahu wanita itu.

“Mana lelaki tu sekarang?” Soal Haikal ingin dapatkan lebih kepastian.

“Lelaki mana?” Soalnya.

“Lelaki selepas Papa. Lelaki yang membuatkan Makcik tinggalkan Papa.” Makcik Zulaikha menghela nafas panjang, terlalu sukar baginya untuk berceritakan hal silamnya. Tapi dia perlu cekalkan hati, Haikal perlu tahu. Sekurang-kurangnya anak lelakinya itu sedar apa yang pernah dilalui oleh Mamanya dahulu.

“Dia juga tinggalkan Mama tak lama lepas Mama tinggalkan Papa dan kamu. Allah bayar tunai. Kami sempat berkahwin dan hubungan kami hanya bertahan lebih kurang setahun saja. Dia juga tinggalkan Mama untuk perempuan lain. Dia ceraikan Mama dengan talak tiga, dari situ baru Mama sedar dia hanya mahukan duit Mama saja...”

“Kenapa Makcik tak cari Papa balik??”

“Selepas dari hal itu, Mama dah tiada tempat nak tuju, nak balik pada Papa kamu, Mama malu… Hidup Mama terumbang-ambing masa tu. Mama memang tiada siapa di dunia ni selain Papa, kamu dan lelaki itu. Di sebabkan terlalu tertekan, Mama nyaris gila, Mama berjalan mengikut arah kaki Mama saja. Di mana kaki Mama berhenti, di situlah tempat Mama merehatkan diri hinggalah suatu hari tu orang-orang dari kebajikan masyarakat jumpa Mama di tempat pembuangan sampah dan hantar Mama ke rumah orang sakit jiwa…………..” Ayat Makcik Zulaikha terhenti di situ. Air matanya mengalir lagi. Sebak pula rasa hati bila mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Tanpa sedar Haikal juga mengalirkan air mata. Tapi cepat-cepat di kesatnya, dia tak mahu Makcik Zulaikha tahu perasaannya yang sebenar, dia tak sangka Mamanya itu pernah mengalami zaman kegelapan yang sangat teruk.

“Sudahlah… Semua yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya. Kita berdua sudah cukup matang untuk berfikir secara baik dan rasional. Haikal tak mungkin akan lupakan Makcik terus. Cuma, Haikal masih perlukan waktu untuk menerima Makcik sebagai Mama Haikal. Semuanya berlaku terlalu pantas. Haikal harap Makcik faham…” Pujuk Haikal. Makcik Zulaikha mengesat air matanya.

“Hmm… Mama tak akan salahkan Haikal, waktu itu kamu terlalu kecil untul mengerti semuanya. Mama redha atas semua yang berlaku.” Makcik Zulaikha kelihatan pasrah, kudrat tuanya tidak mengizinkan dia untuk terus berjuang mendapatkan haknya.

“… Mama benar-benar kesal dengan apa yang jadi. Mama tahu Mama dah terlambat untuk berpatah balik…. Mama memang menyesal Haikal… Mama berdosa pada kamu dan Papa… Mama minta maaf…”

“Hmm….” Haikal melepaskan keluhan berat.

“Mama minta maaf Haikal….” Bersungguh-sungguh wanita itu memohon maaf.

“… Tiada apa yang perlu di maafkan, semua orang berhak diberikan peluang kedua. Mungkin tiba masa untuk kita sekeluarga berkumpul semula. Semua yang berlaku, sudah pun berlaku… Kita tak boleh nak undur masa…” Balas Haikal. Makcik Zulaikha yang masih lagi di dalam sedu di hampirinya perlahan. Dengan tertib tubuh wanita itu di raih dalam pelukkannya. Hatinya juga rapuh bila mengenangkan kehidupan yang di tempuh oleh ibu kandungnya sendiri. Dapat dia rasakan getaran dalam pelukkan itu.

“Bantu Haikal Mama…. Bantu Haikal untuk terima Mama dalam hidup Haikal kembali….” Bisik Haikal ke telinga Makcik Zulaikha. Memang semua orang patut di berikan peluang kedua, begitu juga dengan dirinya, dia juga sudah sepatutnya memberikan peluang kedua buat ibu kandungnya sendiri. Tiada apa atau siapa yang akan rugi, sebaliknya dia akan menjadi semakin tenang.
Hampir luluh jantung Makcik Zulaikha bila Haikal sudah mula memanggilnya dengan panggilan Mama, panggilan yang ditunggu-tunggu selama ini. ‘Ya Allah, SubhanaAllah…….’ Air mata itu mengalir semakin laju.

“Mama cuba sayang, Mama cuba… Mama akan bantu Haikal……”



DARI jauh Kea dapat melihat Haikal dan Mamanya saling berpelukan. Terharu rasa hati… ‘Ya Allah, semoga yang baik-baik saja hendaknya…’ Doanya di dalam hati

“Eh, Kenapa Kak Kea menangis?” Soal Yana pelik. Kea geleng kepala, airmata yang jatuh membasahi pipinya di kesat perlahan.

“Tak ada apa-apa, Akak bahagia bila melihatkan hati Ibu dan anaknya dapat di satukan.” Jawabnya, pandangannya masih tak lepas dari memerhatikan mereka berdua. Yana mengekor pandangan Kea dengan ekor matanya.

“Suami akak tu anaknya Makcik Zulaikha??” Soalnya. Kea mengganguk perlahan.

“Ha’ah. Anak yang sudah lama di pisahkan dari Ibunya.” Jawab Kea.

“Ya Allah, kecil je dunia ni kan… Tak sangka Akak ni menantu Makcik Zulaikha!” Yana seakan tak percaya dengan apa yang di lihat. Bibir Kea menguntum senyum.

“Tiada yang mustahil Yana, yang penting kita jangan pernah berputus asa untuk berusaha dan berdoa. Allah tu Maha Adil, Dia takkan menghampakan hambaNya” Pesan Kea pada gadis itu.

“Betul kak, mungkin Allah sudah makbulkan doa Makcik Zulaikha untuk bertemu dengan anaknya, lihat saja sekarang, Makcik Zulaikha pasti gembira.”

“Boleh lihatkan dari raut wajah Makcik Zulaikha?” Soal Kea. Terangguk-angguk gadis itu mengiakan kata-katanya.

“… Kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka ya.” Yana senyum manis ke arah Kea.

“InsyaAllah… Eh, tapikan…, Suami akak tu handsome lah! Pandai akak cari.” Pujinya.

“Handsome kan? Tengoklah suami siapa.” Balas Kea, bukan nak bermegah. Tapi adalah sikit. Kah kah kah. Berdekah-dekah mereka ketawa.

“Akak pun cantik sangat… Memang sepadan! Masa Akak masuk tadi pun orang-orang kat sini dah sibuk berbisik, dorang mesti cemburu. Termasuklah saya.”

“Eh, nak cemburu kenapa. Alhamdullilah, mungkin rezeki Akak untuk dapat suami macam tu. Ha, Yana punya rezeki kita tak tahu lagikan… Manalah tahu nanti dapat Anak Raja….” Duga Kea. Gadis itu tersipu-sipu malu bila mendengarkan tekaan Kea.

“Aminnnnnn………..” Jawabnya. Mereka kembali menyambung sisa tawa yang masih berbaki.

“Sayang… Amboi gelak sakan!”

“Eh, Abang… Mama.” Terkejut Kea bila di sapa. Tahu-tahu saja Haikal dan Makcik Zulaikha sudah berada di hadapan mereka. Entah bila masanya mereka berjalan ke situ. Kea lantas bangun bersalaman dengan Ibu mertuanya. Tanpa di paksa, Makcik Zulaikha dengan erat memeluk Kea.

“Menantu Mama ni sihat?” Soal Makcik Zulaikha.

“Sihat Ma, Mama sihat? Hari tu tak datang pun majlis kami…”

“Maaf Kea, Mama….

“Tak mengapa Mama, Kea faham…” Potong Kea. Dia tak mahu mengungkit kembali perkara yang telah berlaku. Makcik Zulaikha menguntum senyum. ‘Baiknya menantu aku ni…’ Mungkin itu yang Kea bayangkan… Hamboi bayangkan je pun nak melebih!~

“Mama, kami balik dulu ya… Sebab dah janji dengan Papa nak sampai sana sebelum malam.” Haikal minta izin untuk pulang, dia bimbang Papanya akan mencari.

“Baiklah. Tak mengapa, baliklah dulu. Risau Papa kamu nanti, kirim salam dekat dia ya. Ada masa kamu berdua boleh singgah sini lagi…” Balas Makcik Zulaikha. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

“Ma, nanti Haikal bawa Mama keluar dari sini ya… Bagi Haikal masa untuk bincang dengan Papa…” Haikal tak sampai hati untuk membiarkan Mamanya terus tinggal di rumah orang-orang tua itu.

“Eh, tak apalah Haikal. Jangan susah-susah, Mama selesa tinggal di sini. Kawan-kawan pun ramai. Tak payahlah ya.” Makcik Zulaikha mengelak. Dia tak mahu mereka bersusah payah untuk dirinya. Pandailah dia jaga diri.

“Ala Mama… Apa salahnya, mungkin Haikal nak tinggal dengan Mama, mesti lagi seronok kalau dapat tinggal serumah..” Kea mencelah. Haikal mengganguk.

“Tapi Mama tak mahu kamu berdua susah nanti.”

“Mana ada susah Ma, InsyaAllah, Haikal akan cuba buat yang terbaik untuk Mama… Mama jangan risau ya.” Tambah Haikal meyakinkan Makcik Zulaikha.

“Hmm… Kalau dah begitu katanya, Mama tak boleh nak cakap apa. Kamu buatlah mana yang terbaik.” Putus Makcik Zulaikha akhirnya. Jauh di sudut hatinya dia juga turut gembira dengan penerimaan Haikal terhadapnya. Syukur Alhamdullilah, Allah tu Maha Besar.

“Haaa… Kan senang, lega hati Haikal sekarang!” Ucap Haikal. Hatinya kini benar-benar tenang. Perasaan benci dan dendam atau segala macam perasaan yang tak patut ada dalam dirinya sudah beransur-ansur hilang. Di pandang Kea yang masih setia bersamanya di sisi. Tak tahu apa yang akan jadi jika tiada dia, tanpanya mungkin banyak perkara yang tak dapat dia lakukan sendiri. Dia mungkin tidak sempurna, dan dia sangat yakin yang Kea adalah pelengkap kepada ketidaksempurnaannya itu. Kea memang tercipta untuknya... Tanpa ayat sebarang kata, Kea memandang Haikal, bola mata mereka berlaga dan seperti faham apa yang sedang bermain di fikiran Haikal, Kea menguntum sebuah senyuman tersirat……

No comments: