Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, August 27, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 24"

“ASSALAMUALAIKUM…” Sapa Mak Munah mesra menyambut kepulangan mereka. “Alice…” Tegurnya. Raut wajah anak kecil itu kelihatan lesu dan tidak bermaya. Keletihan barangkali.

“Waalaikummusalam…” Jawab Irham dan Pelangi serentak. Kedua-duanya juga kelihatan letih dan tidak bermaya. Di tangan masing-masing penuh dengan paper bag yang beraneka jenis dan warna.

“Pelangi, bawa ni!” Arah Irham sambil menghulurkan kesemua paper bag yang dipegangnya kepada Pelangi.

“Alahhh…. Tangan saya pun penuh ni Encik Irham…” Rungut Pelangi.

Irham menjegilkan matanya. “Apa!? Cakap sekali lagi. Aku tak dengar!”
Pelangi tarik muncung panjang. Dia toleh memandang Irham yang merenungnya. Seakan terkena panahan sihir, Pelangi terus saja mengambil kesemua paper bag itu dari tangan Irham.

Berkerut dahi Mak Munah melihat gelagat mereka berdua. Dalam penat-penat macam ni pun sempat lagi nak bergaduh. Bisik hati kecilnya. “Pelangi… Mari Mak Munah tolong.” Pelawanya. Sekilas dia jeling pada Irham yang sudah pun berjalan masuk ke ruang tamu. Bertuah punya budak, tu sengaja lah tu nak buli si Pelangi ni. Gumannya perlahan.

“Terima kasih, Mak Munah…” Ucap Pelangi lembut.

Mak Munah mengangguk perlahan. Dia hanya mampu membalasnya dengan senyuman. Terusik sedikit hati kecilnya bila melihat raut wajah Pelangi ketika itu. Lembut dan tenang. Ditoleh pula pada Irham yang hanya bersahaja duduk di sofa. Pelik. Dia tak nampak atau pura-pura tak nampak? Gadis seperti Pelangi sanggup dia layan begini. Hmm.

“Err… Mak Munah?” Panggil Pelangi bila melihat wanita itu seakan hilang dalam khayalan.

“Eh, ya, ya. Berangan sekejap Mak Munah.” Jawab Mak Munah sambil tersengih.

Pelangi membalasnya dengan senyuman. Sempat berangan! Desis hatinya.

“Amboi… Banyak shopping ni? Patutlah dah lewat malam baru nampak muka…” Tegur Mak Munah seraya mengambil sebahagian daripada paper bag dari tangan Pelangi.

“Ini semua kepunyaan Alice, Mak Munah…” Beritahu Pelangi. Sempat dia toleh pada Alice yang sedang duduk di sisi Irham.

“Bonda mana Mak Munah? Senyap aje?” Soal Irham tiba-tiba.

“Datin ada dinner dengan kawan-kawan butik. Tapi Mak Munah tak tahu pulak kat mana tempatnya. Datin pergi tadi pun tergesa-gesa. Eh, Irham dan Pelangi dah makan? Kalau belum Mak Munah sediakan” Soal Mak Munah.

“Em. Boleh juga Mak Munah.” Jawab Irham tanpa berfikir panjang.

“Alice… Alice nak makan?” Soalan yang sama diajukan kepada Alice. Anak gadis itu hanya mengelengkan kepalanya.

“Erm… Kalau macam tu Mak Munah ke dapur dulu. Bila dah siap nanti Mak Munah panggil” Beritahu wanita itu lantas dengan tergesa-gesa menghilangkan diri ke dapur.

“Alice… You want to eat something?” Soal Irham untuk kali kedua. Prihatin.

“I don’t want!” Kali ini Alice menjawab dengan nada suara yang sedikit meninggi. Mungkin geram bila diajukan soalan yang sama berulang kali.

“Ish. Garangnya Alice dengan Papa Ir… Okey, okey, kalau tak mahu makan Alice naik atas dulu. Mandi then tidur ya?” Arah Irham lembut. Anak gadis itu mengangguk perlahan lalu berjalan menuju ke tangga untuk ke biliknya.

Irham dan Pelangi hanya menyoroti langkah Alice dengan ekor mata. “Careful” Sempat lagi Irham memberikan pesanan sebelum Alice hilang dari pandangan mereka.

Pelangi yang sedari tadi menjadi pemerhati, hanya mendiamkan diri. Hatinya sebenarnya sedikit cemburu bila melihat layanan yang diberikan Irham kepada Mak Munah sebentar tadi. Bahasanya sangat lembut dan sopan. Layanan yang diberikannya kepada Alice pula membuatkan lelaki itu kelihatan seperti seorang lelaki budiman. Tapi dia hairan, kenapa layanan seperti itu tidak ada untuk dirinya? Selalu sangat dia terasa hati dengan perangai tuan besarnya itu, hina sangat ke statusnya sebagai seorang pemandu di mata Irham? Atau ada conflict apa yang sedang lelaki itu cipta untuknya?

“Kau apa tercegat lagi dekat situ?” Soalan Irham mengejutkan Pelangi dari lamunannya. Bengangnya pada kejadian di mall petang tadi masih lagi bersisa.

Pelangi tersentak. “Err... kalau tak ada apa-apa, saya masuk bilik dulu.” Jawabnya sedikit gugup.

“Siapa suruh kau masuk bilik? Bonda takde, so sekarang kau kena teman aku makan. Jom!”

Erk! Ini adalah suatu arahan atau…? Pelangi ketap bibir.

“Cepatlahhh!!”

Hishhh!! Aku penatlah giler!! bentak Pelangi di dalam hati. Geram sungguh dia dengan kelakuan Irham yang seakan anak kecil itu. Dahlah suka menjerit, lepas tu merengek-rengek macam apa. Pelangi tarik nafas dalam. Dia sedaya upaya cuba menyembunyikan perasaan marahnya yang bila-bila masa saja boleh meletup.

“… Tapi Encik Irham, saya…-”

“Tak ada tapi-tapi, cepat! Masa tak tunggu kau!” Tengking Irham seraya berlalu.

Pelangi hela nafas kuat. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah lelaki itu. Selama aku tak ada boleh pulak kau makan sorang-sorang kan? Sekarang nak mengada-ngada pulak kenapa!? Grr!


“KAU depan rezeki boleh buat muka elok sikit tak? Kalau dah macam tempoyak baik kau tak payah duduk sini! Bubuh nasi dalam pinggan aku ni. Pantas! Hish!” Bebel Irham memarahi Pelangi. Dia sengaja, dia tahu Pelangi memang sudah tidak larat nak melayannya. Dia tak kisah!

“Encik Irham ni boleh tak cakap baik-baik? Depan rezeki ni tak baik cakap kasar dan lagi satu, cuba perlahankan sikit volume suara Encik Irham tu. Telinga saya ni nak pakai lama lagi tau.” Sindir Pelangi. Lantaklah tuan besarnya itu nak fikir apa. Ini dah tahap maksimum dah ni. Dah tak tahan sangat dah ni!

Dalam marah-marah, Pelangi sempat mencedokkan sambal udang ke pinggan Irham. “… Nampak pedas sambal ni. Kalau TAK TAHAN jangan MAKAN!” Pedas sambal udang tu, pedas lagi sindiran Pelangi. Sengaja ayat itu ditekan-tekankannya.

Mak Munah yang sedang menuangkan air ke dalah gelas, hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Padanlah Irham… Baru kena buku dan ruas. Suka sangat menyakat, kan dah kena batang hidung sendiri. Bisiknya sendiri.

Irham tambah berang. “Amboii.. lawan tokey nampak!? Ha Mak Munah, duduklah makan sekali. Hilang selera kalau makan berdua dengan dugong terlepas ni!”

“Yelah Mak Munah, saya pun tak ada selera nak makan berdua dengan babun bontot merah ni!” Hambik! Aku memang dah letih sangat dah nak melayan kerenah kau ni, tuan besar!

Irham kehilangan kata. Untuk seketika dia mati akal untuk membalas sindiran keras itu. Gelas berisi air dicapai dan diteguknya laju. Wajah Pelangi dipandang sekilas. Wajah gadis itu hanya bersahaja menjamah makanan. Eeeii, geram betul tengok muka innocent minah ni! Dia boleh buat selamba aje. Hey, hey! Tak takut ke? Tak rasa tergugat ke dengan kehadiran aku kat sebelah ni?? Irham bermonolog sendiri. Pandangannya masih tidak dialihkan dari wajah Pelangi.

“Kenapa Encik Irham? Nak sambal lagi?”

Sarcastik lagi pertanyaan Pelangi. Irham tertangkap. Cepat-cepat dia alihkan pandangannya.

“… Kalau tak nak, encik kena cepat-cepat habiskan nasi dalam pinggan tu. Malam ni Encik Irham kena tidur awal, esok nak
ke Melaka kan? Erm, jauh jugak nak jalan tu…” Sindir Pelangi. Dia tahu Irham berbohong petang tadi. Tapi bagus juga Irham berbohong, dia pun bukan nak sangat keluar berdua dengan kawan tuan besarnya itu. Bercakap baru sepatah dua, dah pandai-pandai nak ajak dia keluar. Sorry lah, tak layan…

“Eh, betul ke Irham nak pergi Melaka esok? Bukan ke kata hari tu nak teman Datin ke butik?” Datang pula Mak Munah menyambung.

Eh. Eh. Ada yang back up!? Berkerut-kerut dahi dan muka Irham nak menjawab.

Pelangi tersedak. Dia terasa mahu ketawa mengekek. Sempat dia mengenyit mata ke arah Mak Munah yang tersengih.

“Diamlah Pelangi…” Akhirnya Irham mengalah dan memang untuk pertama kalinya dia terasa dirinya macam orang yang baru kalah main judi. Cabut baju seluar semua, yang tinggal hanya kotak kecil yang menutup sebahagian dari tubuhnya.

Oh. Oh. Shame on you, Irhammm…

Akhirnya makan malam untuk hari itu dilalui dalam suasana yang sangat sepi dan tegang!


Bersambung :)

+++++++++++

Nota Kaki :

Ara akan upload "A.D.A" di blog sehingga Bab 36 : Bermakna akan ada 10 Bab lagi sebelum e-novel ini akan dihentikan serta merta. Lepas tu awak semua boleh "peluk" they all terus... Inshaa'Allah! :D

Well! untuk itu. Ara ada good news utk awak semua. Ada sesuatu yang menarik sedang menanti untuk readers yang selalu ada dengan ara, selalu dropped me comments atau apa-apa sajalah yang berkaitan dengannya sepanjang tempoh ara menulis A.D.A. tak kiralah di blog/fb/group/page. You know who you are. Tapi kalau u tak tahu pun takpe, sebab i know you. Thank you :D

More good news to come! Mohon kesabaran yang tinggi ya! :D

Terima Kasih,
Ara <3

2 comments:

Unknown said...

lama menyepi dek...ade n3 baru dr u...ilang rindu akk...me kasih...nk lg bleh...

AraSharrina said...

Kak Norihan... Itulah tu. skrng gigih nak panjat balik nie...hehehe.. Inshaa'Allah kak, boleh.. terima kasih sbb masih menunggu dan akan menunggu.. saaaaaaaaaaaaayang akak! :D