Assalamualaikum Dear Readers...!! Hiee...
ok. ok. upload senyap-senyap sebab menghilangkan diri hampir 8 bulan.. Maafkan saye! Huhu.
Now, lets sambung! (Walaupun ada yang dah lupa jalan cerita dia, kalau rajin sila mengulang ya. hik!)
+++++++++++++++++++++++++
“ALAH!” Pelangi tepuk dahi.
Irham yang sedang sibuk memasang seat belt ke tubuh Alice terus menoleh memandang ke arah gadis itu. “Kenapa lagi?” Soalnya.
Dahi Pelangi berkerut, perlahan-lahan dia memberanikan dirinya memandang Irham. Mulutnya terkunci tatkala mata mereka bertentangan. Wajah lelaki itu masih mencuka. Ni mesti sebab kes tadi. Kes marah tak bertempat.
“Kenapa?” Soal Irham lagi.
“Err…” Nak beritahu atau tak? Nanti kalau tidak diberitahu takut ‘bersepai’ kat sini kang. Fikirnya. Lama Pelangi terdiam sebelum akhirnya teragak-agak menyuakan jari kelingkingnya. Harap-harap dia faham. Desis Pelangi.
Irham kehairanan. “Apa!?” Dahinya berkerut.
Urghh! Connection error. Irham tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Pelangi. “Nature call.” Beritahunya dengan tone suara mendatar.
Irham mengelengkan kepalanya. “Dan-dan time ni jugalah kau nak membuang bagai, tadi tak nak pulak.” Marahnya.
“Alah… Mana nak tahu. Dah nama pun nature call. Datang tanpa diundang.”
“Hmm… Pergilah. Cepat! Jangan nak terhegeh-hegeh.” Pesan Irham tegas.
Pelangi senyum sampai ke telinga. Pandangannya tumpah pada Alice yang sedari tadi mendiamkan diri. “Alice tunggu kakak kejap tau.” Pesannya. Anak kecil itu hanya mengangguk perlahan. Anak rambut Alice yang terjuntai di dahi Pelangi sisir ke tepi.
“Ishhh… Cepatlahhh!!” Tudia siren dah berbunyi.
Pelangi dan Alice agak terperanjat, serentak mereka menekup telinga. “… Papa Ir ni bising laaa…” Tanpa di duga bibir Alice menuturkan ayat itu. Wajahnya pamer reaksi kosong. Irham dan Pelangi berpandangan sesama sendiri.
“Err… Err… Saya pergi dulu Encik Irham.” Tanpa sempat dibalas, Pelangi terus berlari menghilangkan diri. Tak sanggup rasanya untuk menunggu reaksi Irham terhadap omelan Alice sebentar tadi. Phiew!~
Irham sekadar memerhati gelagat Pelangi yang semakin hilang dari pandangannya. Macam dikejar hantu jebon, berdesup perginya. Haishh! Dia toleh pula pada Alice yang duduk diam di sebelahnya. Kecil-kecil cili padi. Dalam diam tak sangka anak kecil ini berani mengenakannya.
“Ohhh… Alice kenakan Papa Ir ya??”
Alice angkat bahu sambil buat memek muka tak bersalah. “Papa Ir garang…” Tuturnya mendatar.
Irham kerut dahi. “Err… Mana ada sayang. Papa Ir ni baik tau.” Beritahu Irham. Bimbang jika Alice memikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya.
“Kesian kakak sebab you always scold her…” Alice pamer pula raut wajah mendung.
Irham jadi tidak senang duduk. Tak sangka gerak geri dia terhadap Pelangi diperhatikan anak kecil itu. “Alice…” Panggil Irham lembut.
Alice mengangkat mukanya memandang Irham. “Papa Ir sorry okay?”
Alice diam. Tak bagi respons.
“Alice… Sorry? Okey?” Irham cuba lagi.
Alice menoleh memandang ke arah Irham. Matanya tidak sedikit pun berkelip.
“Sorry? Pleaseee…” Mendayu-dayu pula lenggok suara Irham.
“Erm… Okay” Jawapan Alice membuatkan hati Irham lega. Pantas pipi gebu anak kecil itu dia cubit perlahan. “Thank you, sayanggg...”
“Emm…” Sahut Alice acuh tak acuh. Wajah Irham tidak sedikit pun dipandangnya.
Irham terkebil-kebil sendiri. Emm? Emm aje dia dapat? Aisey, diva tau budak kecil ni… Memang sebiji saling tak tumpah macam you, Bella! Diva Bella! Gumannya sendiri.
“Papa Ir… Beg kakak oyak” Beritahu Alice secara tiba-tiba sambil menunding jari ke arah beg galas Pelangi yang berada di sebelah tempat duduknya.
“Koyak? Mana?” Soal Irham ingin tahu.
“Ni…” Alice capai pula beg galas itu dan diserahkan kepada Irham.
Irham menyambutnya dengan dahi yang berkerut. Beg galas hitam yang kelihatan sangat uzur itu diperhatikan Irham dengan teliti. Seketika kemudian, dia pamer senyum sinis. Entah brand apa, design siapa? Tak ada taste langsung beli beg buruk macam ni. Ngomel Irham sendiri. Haishhh… Banyak-banyak beg, beg recycle ni jugak kau nak pakai Pelangi… Dah tu, sanggup pula dijahit balik tempat yang dah koyak. Ishhh… Memalukan betul!
“Papa Ir nanti elikan beg bawu for kakak ya?” Pinta Alice dengan muka penuh harap.
Irham agak terkejut mendengar permintaan itu. Dahinya berkerut. Dah kenapa pulak aku kena belikan Pelangi beg baru?? Driver aku je pun, bukannya girlfriend! Wajah Alice dan beg galas milik Pelangi dipandangnya silih berganti.
Patut ke aku penuhi permintaan Alice?
Patut ke aku belikan beg baru untuk Pelangi?
Err… I mean, perlu ke?
Alice – Beg – Pelangi
Ahh!
Irham pening.
Seketika kemudian kelihatan kelibat Pelangi sedang berjalan menghampiri mereka. Tergesa-gesa Irham meletakan kembali beg galas itu di tempatnya.
“I’ll think about it” Bisik Irham pada Alice lalu membetulkan posture duduknya.
“Okay, done! Sorry ya sebab kena tunggu lama… Hiee..” Sampai-sampai saja di kereta Pelangi terus tersengih sambil tayang muka tak bersalahnya.
Irham bengang. “Kau boleh je sengih macam tu lepas buat aku tunggu kau kan?? Cepatlah! Kau nak suruh satu mall tu tunggu kau pulak ke?” Tingkah Irham kemudiannya.
“Eh… Yer, yer. Saya nak cepatlah ni…” Pelangi dengan pantas berjalan ke tempat pemandu. Hatinya sedikit terkesan. Kesian.., nak buang air pun kena marah.
Pelangi kemudiannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sedih betul! Buat itu kena marah, buat ini kena marah.
Bammm!
Tanpa sedar pintu kereta dihentak dengan kuat.
Gulp!
Pelangi telan air liur. Masak! Kena lagi ni kang…
“PE…-
“Papa Ir…”
Seakan tahu apa yang akan terjadi, Alice dengan segera menarik tangan Irham.
Irham menoleh ke arah Alice. Mata mereka bertentangan.
“Papa Ir dah pomish…”
Irham kelu.
Pelangi jungkit kening. Janji apa? Soalnya sendiri.
“Hurmmm… Okay” Putus Irham. Janji dengan budak kecil ni lain sikit, tak boleh kalau tak ikut. Payah nanti. Dia palingkan mukanya ke luar tingkap. “Don’t do anything stupid. Start the car and move.” Seakan berbisik Irham memberi arahan.
Pelangi diam tak terkata apa. Hatinya rasa tidak sedap hati. Ada lagi yang tak settle ni… Desisnya sendiri.
“Nah! Ambil beg buruk kau ni!”
Haaa… Kan dah cakap!
Pelangi melopong. Matanya mencerun ke arah beg galasnya yang dibaling Irham.
Hailaaaaaa! Dengan beg buruk aku ni pun kau nak buat hal, tuan besar?? Dia bukan usik kau pun! Ishhh… Sakit usus aku dibuatnya!!
+++++++++++
“Comelnya dress nieeee!!” Tingkah Pelangi teruja mengalahkan Alice. Dress kanak-kanak berwarna pink bercorak polkadot biru muda yang tergantung dicapainya.
Dia menoleh mencari Alice. “Alice… Come.” Panggil Pelangi.
Anak kecil itu hanya menurut dan berjalan merapati Pelangi.
Pelangi senyum lebar. Dress comel yang berada di tangannya disarungkan ke tubuh anak kecil itu.
“Wahhh, adorable!” Tingkahnya. “Alice, you like this?” Soalnya pada Alice yang turut tersenyum melayan tingkah ‘kakak Pelangi’ yang kelihatan sungguh teruja berbanding dirinya.
“Alice suka?” Soal Pelangi lagi bila soalan pertamanya tidak dijawab.
“Yesh!” Balas Alice. Raut wajahnya berseri-seri.
“Okay good. Kita…-
“Dah habis shopping?” Teguran yang secara tiba-tiba itu mengejutkan Alice dan Pelangi. Mereka serentak menoleh mencari si empunya suara.
Ler, tuan besar rupanya. Kurang adab ni tiba-tiba terjah orang macam tu aje. Ish.
“Encik Irham…” Pelangi yang masih lagi di dalam mood teruja cuba menarik perhatian Irham dengan baju-baju yang dipilihnya.
“Encik Irham apanya? Dah habis shopping ke belum? Lama betul! Dah macam nak berkampung dekat sini” Sinis Irham. Sedikit pun dia tidak tertarik untuk melihat baju-baju yang ditunjukan Pelangi.
“Encik Irham, cantik tak?” Pelangi cuba sekali lagi.
“Erm” Irham maju setapak. Dia tarik sehelai baju di tangan Pelangi. Dipusingkan baju tu depan belakang, luar dalam. “Hm, bolehlah.” Beritahunya ringkas lantas mencampak baju itu ke muka Pelangi.
Kuang ajaq! Marah Pelangi di dalam hati.
“Dah habis shopping ke belum ni? Banyak lagi tempat nak kena pergi”
Pelangi mencebik. “Dah” Jawabnya ringkas. Dia berpaling membelakangkan Irham. “Boleh bayar…” Sambungnya lagi sambil berjalan ke arah cashier. Marahnya masih berbakul-bakul.
Irham sengih. Dia puas dapat mengusik Pelangi. Boleh tahan juga taste Pelangi tu sebenarnya. Tapi, biarlah. Minah tu bukan boleh sangat kena puji. Setaman kembangnya nanti!
“Papa Ir…” Panggil Alice. Tangan Irham ditarik seakan mahu meminta sesuatu.
Irham membongkok sedikit “Yes sayang…” Sahutnya sambil mengelus mesra pipi gebu anak kecil itu.
“Buy beg for kakak…” Alice mengingatkan Irham, suaranya perlahan seakan berbisik.
“Err…” Irham hilang kata. Dia sendiri belum lupa tentang perkara itu.
“Papa Ir… You pomish me…-
“Yes, I know darling… Later okay? Pomish…” Irham berjanji lagi.
“BRO!!”
Irham sedikit terdorong ke hadapan bila ada seseorang yang tiba-tiba menepuk belakangnya.
“Hoi! Ya Allah, terkejut aku! Apa kau buat dekat sini!?”
Amer yang entah dari mana datangnya muncul secara tiba-tiba.
“Saje je lalu-lalu tadi then nampak kau. Apa buat bro? Shopping dengan anak ke?” Usik Amer. “Heeeello Alice…” Sapanya sambil mengusap ubun-ubun anak kecil itu mesra.
“Ello uncle…” Jawab Alice ringkas.
“Amboi, happy semacam. Baru kena loteri ke? Atau baru lepas dating dengan awek hot?’ Seloroh Irham.
Amer ketawa besar. “Takdelah… Aku…-
“Lar… Encik Irham kat sini lagi rupanya, lama saya tunggu kat cashier tu…” Rungut Pelangi dengan muka yang mencuka. Tadi beria sangat nak cepat, last-last dia pula yang terhegeh-hegeh. Cis!
“Hai Pelangi!” Sapa Amer. Riaknya teruja!
“Err… Eh… Encik Amer? Eh Amer. Hai… Buat apa dekat sini?” Soalnya tersekat-sekat. Ni dari mana pula datangnya mamat ni? Tetiba aje dah terpacak depan mata?? Irham di sebelah ditoleh sekilas. Kosong. Pandangannya dialihkan kembali ke Amer.
“Saya saja je jalan-jalan tadi, tak sangka pula boleh jumpa Pelangi di sini.” Jawab Amer tersenyum manis. Pelangi juga turut tersenyum. Tanpa sengaja mata mereka berlaga dan kemudiannya bertaut. Lama…
Uhuk.Uhukk…
Sebelum Irham terbatuk kecil. Okey tak. Pura-pura batuk kecil.
“Oh… Okey.” Pelangi hilang kata. Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Sungguhlah dia tidak selesa dengan keadaan ini.
“Macam berjodoh aje kita ni kan?” Tak semena-mena Amer keluar statement tricky!
Irham tersentak.
Pelangi buat muka innocent. “Err… Jodoh?” Ape ke jodoh pulak perginya ni?
“Ialah, jodoh… Orang kata kalau kita terjumpa dengan orang yang kita rindu, itu maknanya dah jodohlah tu…” Beritahu Amer. Confident!
“Err…” Pelangi garu kepalanya yang tidak gatal. “Err… Maksudnya apa tu? Siapa yang rindu siapa?” Soal Pelangi. Dahinya berkerut. Sumpah tak faham!
“Come on, Pelangi… Mestilah saya yang rindukan awak. Nak harap awak rindukan saya memang taklah. Kan?” Amer cuba memancing.
“Oh. Sa… Saya…-
“Ah, dah sudah! Tak payah nak berjodoh-jodoh bagailah. Rindu la, apalah… Kau cakap tadi nak jalan kan? So pergilah jalan” Celah Irham tiba-tiba. Entah kenapa telinganya rasa nak berasap aje bila dengar ayat-ayat nak mengayat Amer. Dengan driver aku pun kau nak cuba, Am? Huh!
“Eh, tuan besar marah? Takkan cemburu kot?” Duga Amer sinis.
What? Irham Alfie cemburu? Itu mustahil. Ya! Mustahil nak admit!
“Cemburu kejadahnya. Kitaorang nak cepat ni.”
“Eceh, kalau tak cemburu. Relakslah… Awal lagi kot. Jom dinner dulu ke. Lagipun dah nak…-
“Sorry lah bro! Dah janji nak dinner dengan Bonda kat rumah tadi. Next time okey? Dah Pelangi, bawak Alice ke cashier. Tunggu aku dekat sana.” Arah Irham sambil beri signal mata agar Pelangi segera beredar dari situ.
“Err… Baik. Jom Alice”
Alice hanya diam menurut.
“Lerrr, tak muda lah kau ni. Kejaplah. Ish, Pelangi. Stop.” Amer dengan pantas memegang bahu Pelangi sehingga membuatkan langkah gadis itu terhenti.
“Erm, esok kita keluar. Nak?” Amer mula mengayat. Dia sendiri tidak tahu kenapa semenjak pertemuan mereka di hospital tempoh hari, hati lelakinya itu jadi tidak keruan. Entah mentera apa yang gadis itu pakai, hampir setiap hari dia termimpikan gadis itu. Itu Pelangi, ini Pelangi. Kalau boleh semuanya lah mahu dikaitkan dengan Pelangi. Jujur cakap, ini first time dalam hidupnya, pertama kali mendambakan seorang gadis yang belum pasti asal usulnya. Cinta pandang pertama? Mungkin. Itu yang sering kali bermain difikirannya.
“Pelangi? Sudi keluar dengan saya esok?” Ulang Amer lagi. Habis gentle dah ni. Depan-depan Irham pulak tu. Itu first time juga tu. Demi Pelangi, hilang semua rasa malu.
Pelangi terkedu. Lelaki itu dipandang atas bawah. Dah kenapa mamat ni?
Hati Irham semakin panas. Ini sudah lebih nieee… “Kau…-
“Bro, boleh aku pinjam driver kau esok?” Tak sempat Irham nak kata apa, Amer cepat memotong. Hampir tersembul biji mata Irham ketika itu.
“Hah? Kau giler ke? Aku nak gerak macam mana nanti?”
“Alaaa… Naik teksilah. Sekejap je bro. ” Mudah saja Amer memberi cadangan.
Irham terdiam memikir kata. Pelangi dan Amer dipandangnya silih berganti.
Nak biarkan Pelangi dengan Amer berdua-duaan? No way!
“Nope, too bad. Esok tak boleh. Aku ada meeting dekat Melaka. So, nak tak nak dia kena drive aku ke sana. Better luck next time la bro!” Irham memberi alasan. Wajah Pelangi dipandang sekilas.
Pelangi yang mendengar terpingga-pingga. Sejak bila? Irham tak pernah cakap pun nak pergi Melaka? Hatinya berdetik sendiri.
“Ishhh. Kedekut dowh!”
“Kedekut tak kedekut. Dia staff aku kut. Aku bayar dia. So semuanya terpulang pada aku kan? Enough lah… Kau pergi ajak chic kau yang lain. Kau ni dah high sangat eh sampai driver aku pun kau nak angkut? Parah!”
Pergh!
“Ayat makan dalam bro!” Tingkah Amer.
“Dalam tak dalam. Sendiri mau ingat laaa… Okeylah, we got to go now. Jom Pelangi” Tanpa sedar Irham menarik tangan gadis itu.
Pelangi sekali lagi tersentak. Melihatkan tangannya yang berada di genggaman Irham membuatkan hatinya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Oh My God! Oh My God! ni nak menangis ke nak gembira ni?? Sempat dia confius dengan perasaannya sendiri.
Amer yang melihat adegan itu turut tersentak. Tidak sedikit pun matanya berkelip. Betul ke yang aku lihat ni?? Irham pegang tangan Pelangi??
“Err… Err… Kami pergi dulu, assalamualaikum…” Ucap Pelangi sekadar menjaga hati. Itu pun dah hampir separuh jalan dia meninggalkan Amer yang tergamam.
“A’hahh, okey. Okey. Take care. Jaga diri… Wassalam…”
Aisey, umpan tak mengena! Bapak singa sudah mula nak tunjuk taring – Amer
Take care? Take care konon. Pui! – Irham
Sekarang ni dah kenapa? Adakah aku sedang menjadi rebutan?? Ecewahhh! – Pelangi
No comment. Masalah orang tuaaa… - Alice
Bersambung... :D
++++++++++
Thank you, people!
No comments: