Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Thursday, August 29, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 25"

“KAKAK… Terima kasih sebab belikan Alice banyak baju tadi…” Tutur Alice perlahan.

“Eh… Apa pula terima kasih pada kakak. Alice kena terima kasih pada Papa Ir. Tu semua Papa Ir yang belikan untuk Alice tau. Kakak tak buat apa-apa pun. Kakak tak mampu lagi nak belikan Alice baju-baju tu semua” Balas Pelangi mesra. Kedua-dua tangan Alice dicapai dan diusapnya lembut. “… Erm, Alice suka semua baju-baju tu?” sambungnya lagi.

Anak gadis itu mengangguk seraya tersenyum. “Suka. Alice suka semuanya. Lagipun dah lama Alice tak ada baju baru…” Tingkah Alice teruja.

Pelangi juga turut tersenyum bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Alice. “Okey, kalau macam tu, esok pagi-pagi Alice kena ucap terima kasih dekat Papa Ir ya? Ha, mana tahu nanti Papa Ir belikan Alice banyak baju lagi… Boleh?” Duga Pelangi sengaja mahu menguji akal anak kecil itu.

Alice terdiam lama sebelum akhirnya tersengih menampakan giginya yang putih bersih. “Erm, esok Alice cakap tima kacih banyak-banyak dekat Papa Ir” Jawabnya penuh yakin.

“Janji?”

“Janji!”

“Good girl! So sekarang Alice tidur dulu. Dah lewat ni, esok kita sambung lagi ya… Ingat janji Alice tadi tau…” Ulang Pelangi mengingatkan Alice.

“Okiesss! Night kakak…” Ucapnya seraya menutup matanya rapat.

Pelangi tersenyum melihat gelagat Alice. Jarang dia segembira ini. “Good night Alice…” Dahi anak gadis itu dikucup lembut. “Mimpi indah sayang…” sambungnya lagi.

Setelah berpuas hati dengan keadaan Alice, Pelangi bingkas bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari bilik itu. Kini tiba gilirannya pula untuk merehatkan diri.

Arghh! Tak sabarnya nak tidur!

Dear pillow and bed, please wait for me. I’m cominggg!!


GEDEGANGGG!

“Aduhhh!!”

Irham terkejut bila terdengar bunyi hentakkan yang kuat dari bahagian dapur. Dia bingkas bangun. “Hishh, apa lagi la ni!!” Rengusnya. Ada saja yang menganggu waktu senangnya saat ini. Dari jauh Irham sudah ternampak kelibat Pelangi yang sedang terbaring di tepi tangga sambil mengerang kesakitan.

“Ya Allah Pelangi! Apa yang kau cuba nak buat ni? Duk terlentang macam nak renang kuak kupu-kupu aje gayanya? Dah tak larat sangat ke sampai tak sempat nak masuk ke bilik?” Sindir Irham tatkala melihat keadaan Pelangi ketika itu.

“Aduhh! Orang jatuh tanggalah! Tolonglah, tak boleh nak bangun ni!!” Keluh Pelangi sambil mengerang kesakitan. Aduh sakitnya kaki aku………..! dah patah dua ke, tiga ke, empat ni??

“Hish tak kuasa aku!” Jawab Irham selamba seraya berpaling untuk pergi.

Pelangi tercengang. Gila keji perangai dia ni!!

“Encik Irham, tolonglah! Saya betul-betul tak boleh bangun ni” Rayu Pelangi lagi. Dia tak peduli. Takkan nak tidur kat sini pulak kan! Oh no! I need my bed!!

Langkah Irham terhenti. Dia kembali berpaling menghadap Pelangi yang masih lagi mengerang kesakitan.

“Kau ni memang clumsy kan! Kalau tak menyusahkan aku satu hari memang tak sah yer? Jalan tak tengok bawah! Mata kau letak kat mana? lutut? Ni satu hal pulak aku nak kena angkat kau!” Bebelnya memarahi gadis itu. Pelangi dicepungnya. Cepat-cepat dikendungnya gadis itu ke atas sofa. “Hish! Kau ni beratlah! Berat dosa ke apa ni!?”

Pelangi jeling tajam. Ish, dia ni memanglah hidup macam tak ada perasaan! Tak payahlah nak membebel! Aku minta tolong aje pun, bukannya minta duit! Haishh… Kecik besar, kecik besar aje aku tengok kau ni tahu tak! Gerutu Pelangi geram.

“… Nasib baiklah kau ni orang, kalau barang tadi memang dah lama aku buat kau jadi bola lambung-lambung.” Tak habis-habis lagi Irham membebel. Dia memang sengaja nak sakitkan lagi hati gadis itu.

Pelangi tidak mengendahkan rungutan Irham, dibenamkan mukanya ke bantal kecil, nampak teruk sangat sakitnya tu.

“Kau okey ke tak? Nak aku bawa pergi hospital?” Dalam pada nak merungut tu, terbit juga rasa risau di hati Irham bila melihatkan keadaan Pelangi ketika itu. Matanya jatuh fokus pada kaki Pelangi yang sudah mula merah dan membengkak.

“Tak, tak payah. Nanti saya urut, okeylah.”

“Nanti, nanti, nak tunggu bila?? Nak tunggu kaki tu membengkak macam kaki gajah??” sinis saja kata-kata lelaki itu. Dia bangun mencari sesuatu. Habis semua kabinet dibukannya. Seketika kemudian dia tersenyum, mungkin telah berjumpa dengan barang yang dicari.

“Ni” Irham tayang sengih. Minyak gamat rupanya. Pelangi dihampirinya perlahan. Diangkat sedikit kaki gadis itu dan diletakkan ke atas ribanya. “Ni aku nak sapu minyak ni, jangan ingat aku nak rogol kau pulak!” Sempat Irham bersarkastik dengannya. Perlahan tangan Irham melekap pada kaki Pelangi, sesekali terdengar gadis itu mengadu kesakitan.

Pelangi membiarkan saja Irham mengurut kakinya. Bila lama-lama disitu, terdetik juga di hati Pelangi untuk meragui bantuan yang sedang dihulurkan oleh tuan besarnya itu. Entah nak belagak concerns atau ada agenda di sebaliknya? Duganya sendiri.

“Ok dah!”

Hai, cepat aje urutnya. Minyak pun tak habis meresap lagi. Ala! Nak lagi! Nak lagi! Tingkah Pelangi di dalam hati. Dalam hati ajelah pun yang dia berani. Ceh!

“… Kalau nak lebih-lebih bayar lah!” Kata Irham seakan tahu saja apa yang dibisikkan oleh Pelangi.

“Err.. terima kasihlah Encik Irham, buat susah-susah aje.”

“Memang susah pun! Jangan ingat terima kasih kau tu laku dengan aku yer. Nanti bila kau dah okey, aku tuntut. Apa yang aku nak, kau bagi! Tak ada benda free dalam dunia ni, so aku tak nak nanti kau terhutang budi dengan aku! Faham?” Bagai tiada rasa bersalah Irham mengungkapkan permintaan itu.

Terkebil-kebil mata Pelangi memandang lelaki dihadapannya itu. Erk! Macam ni pun ada ke? Apa punya oranglah tuan besar aku ni?? Haishh, payah! Pelangi mengomel sendiri. Perlahan-lahan dia cuba bangun. Dah tak sanggup rasanya nak melayan kerenah tuan besarnya yang banyak songeh itu. Bukan banyak, melampau! Melampau banyak tahap gaban!! Huh!

“Ha itu nak pergi mana pulak tu??” Soal Irham keras.

Pelangi hanya membatukan diri. Sibuk nak tanya! getusnya. Namun kakinya masih tidak kuat untuk bertahan lama, sekejap saja dia dapat berdiri tegak, beberapa saat selepas itu dia jatuh kembali.

“Aduh!”

“Ha Itulah! Jadi manusia tu jangan nak bodoh sombong, kalau nak minta tolong, cakap!” Irham menarik Pelangi dalam rangkulannya. Gadis itu didukungnya. Kejap sekali pegangan tangan Irham sehingga Pelangi dapat rasa degupan jantung tuan besarnya itu. Dia tiba-tiba jadi malu. Muka Irham pun tak sanggup untuk dipandangnya. Aisey…


PERLAHAN-LAHAN Irham membaringkan Pelangi di atas katilnya. Bantal kekabu yang menjadi alas tidur di tepuk-tepuknya perlahan. Nak hilangkan hama agaknya. Setelah selesai, dia baringkan pula Pelangi, sempat anak mata gadis itu dia tenung. “… Kau ni memang kesian kan, hari tu kepala ni berbonjol, sekarang kaki pulak… Lepas ni agak-agak bahagian badan yang mana satu yang kau dah tak sayang? Boleh aku ‘uruskan’ cepat-cepat. Senang! Kau pun tak adalah nak menyusahkan aku banyak kali. All in one time!” Perli Irham.

Pelangi buat muka bengang. Nak balas memang tak terbalas. Sudahnya hanya memek muka annoying yang mampu dia pamerkan.

Irham mengambil selimut tebal dan meletakannya ke tubuh Pelangi. Pelangi hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan gerak geri lelaki itu. Pelik! Tiba-tiba jadi baik. Dah tersampuk dengan hantu jebon ke apa dia ni? Err...Minta simpang…

“… Dah, kau tidur. Kalau ada apa-apa kau jerit aje. Kalau aku tak dengar atau aku pura-pura tak dengar, kau jerit aje sampai hilang suara. Jangan menggatal nak bangun! Faham?” Tegas Irham dalam memberikan arahan. Raut wajahnya serius walaupun ayatnya kelakar.

“Err… Faham. Faham” Jawab Pelangi terputus-putus.

“Bagus. Aku kat ruang tamu depan nak tengok bola. Kalau kau tak nak aku ‘bolakan’ kau nanti, ingat, jangan gatal-gatal nak bangun. kau duduk aje diam-diam dalam bilik ni...” tambah Irham lagi dan kemudiannya berlalu meninggalkan Pelangi yang termanggu-manggu sendiri.

“Aa’ okey, Encik Irham…”

“Good!”


TIDAK senang duduk Irham ketika ni. Posisi badannya berubah-ubah, kejap ke kiri, kejap ke kanan. Hish! dia rimas. Jarang sekali dia mengendahkan pasukan kegemarannya beraksi. Dikerlingnya jam di tangan, pukul dua pagi. Dah tidur ke minah ni? Senyap aje. Dipusingkan badanya menghadap ke bilik Pelangi. Terang lagi. Dia tak tidur lagi ke? Err… atau aku yang tak tutup lampu tadi??

Hishhh… Nak pergi sana tak? Nanti takut menggangu pulak, atau lebih teruk dia akan ingat aku nak rogol dia. Irham serba salah. Perasaannya bercelaru. Risau ke? Atau apa?

Ishhh… Pergi ajelahh! banyak sangat yang nak difikirnya. Pusing! Rumah aku kut, so bilik tu pun consider bilik aku jugak lah! Apa ada hal.


PINTU bilik dikuaknya perlahan bimbang kalau-kalau dia menggangu si penghuni bilik. Dijengketkan sedikit kaki dan dipanjangkan lehernya menjenguk masuk ke ruang bilik. Tak puas! Jauh sangat jarak di antara mereka. Perlahan-lahan dia mengatur langkah untuk menghampiri Pelangi. Dilihatnya sekeliling katil. Ish! Ish! Lasaknya budak ni tidur. Bantal-bantal habis berselerak jatuh ke lantai. Dikutipnya satu persatu dan disusunnya di hujung katil. Comforter yang menutup kaki Pelangi yang tercedera diselak. Dibelek-belek dan diteliti, Emm.. dah kurang sikit bengkaknya. Dia tersenyum puas. Pandai jugak aku mengurut orang…ihiks!

Irham melabuhkan punggungnya di sisi Pelangi, dibetul-betulkan comforter yang sudah separuh pinggang bawah jatuhnya. Setelah puas, dia alihkan pula pandangan matanya ke wajah Pelangi. Dirinya terpanar sebentar bila melihat wajah Pelangi sehampir ini.

Cantiknya dia…

Hatinya terdetik sendiri. Sejuk hati bila terpandangkannya walaupun dalam keadaan tidur. Wajah itu nampak menyenangkan. Entah kenapa Irham ingin sekali menyentuh pipi mulus itu. Tanpa sedar tangannya diangkat dan dihalakan ke wajah Pelangi, tetapi selepas seketika niatnya terhenti. Dia bagai tersedar ke alam realiti.

Eh! Kenapa dengan aku ni!? Nak pegang dia? Nak sentuh dia? Nak? Erkkk… Huk Aloh! Irham cepat-cepat bangun dan keluar dari bilik Pelangi. Dah angau ke apa aku ni? Parah! Parah!!

Irham, kau jangan nak layan sangat dengan permainan hati kau ni ya! Tadi pagi di mall, sekarang dekat rumah kau pulak. Ah, sudah. Kau memang dah gila. Confirm gila! She’s not even your cup of tea!


Bersambung.... :D

++++++++++

Thank you, readers! <3

4 comments:

baby mio said...

best...

Qairunniesa said...

bestnya...ego betul laki sorg nie...ish2...nk lagi

AraSharrina said...

@baby mio

Thank you, baby mio! :D

AraSharrina said...

@Qairunniesa

Thank u, Qairunniesa... :)) <3