Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Friday, April 6, 2012

Entry 'HADIAH' ! ;D

** Entry Hadiah untuk KEA's Lover yang sabar menanti kehadirannya secara reality.. Silalah, sila..

Enjoy and Happy reading! ;D

++++++++++++++++++++++++++++

“ABANG nak makan sambal tumis udang yang Abang masak!”

“Hah!? Mana Abang reti masak sayang… Suruh Mak Esah okay? Tak pun Mama. Boleh?”

“Tak nak! Tak nak! Nak Abang jugak yang masak…”

“Tapi Abang tak reti masak sayang…”

“Alaa… Tak nak yang Mak Esah atau Mama masak, nak yang Abang masak. Tak apalah kalau tak sedap pun, tapi Kea nak rasa masakan dari air tangan Abang. Please…” Kea seakan merayu. Haikal gelisah mendengar permintaan isterinya. Sumpah seumur hidupnya masak air pun dia tak pernah, inikan pula nak masak sambal tumis. Mahu bertumis aku kat dapur tu nanti! Getusnya. Di pandang pada Kea yang masam mencuka.

“Sayang… Jangan macam ni, nanti Abang suruh Mama masakan ya?” Pujuk Haikal lagi. Kea geleng kepala.

“Erm, tak pun Abang suruh Ibu masakan, Nek Cu ke. Kea nak?” Haikal tak putus asa, putri hatinya perlu di pujuk, kalau tak mahu kat luar tidurnya malam ni. Kea masih seperti tadi, tetap berdegil mahu Haikal yang memasakan untuknya.

“Tak apalah. Kea tak mahu makan.” Rajuk Kea, dia bangun dan berjalan ke arah balkoni. Kini dia berdiri membelakangkan suaminya. Haikal mengeluh. Tubuh isterinya di peluk dari arah belakang, Kea menepis..

“Abang jangan peluk Kea!” Tingkahnya, Haikal agak terkejut bila Kea menepis tangannya, hampir saja dia ingin ketawa tapi cepat-cepat di tahan. Tak pernah-pernah pula isterinya berperangai sebegini. Pembawakan budak agaknya. Haikal meneka sendiri.

“Garangnya isteri Abang ni.” Haikal cuba mengusik, Kea buat tak tahu. “Hurmm… Sayang…” Haikal hilang kata bila Kea tak mempedulikannya, tubuh isterinya itu di pusingkan mengadapnya. Dalam kesamaran malam, Haikal nampak ada butiran jernih mengalir di pipi isterinya. Hatinya berderau.

“Sayang menangis?” Soalnya. Kea diam.

“Sayang… Kenapa ni? Janganlah menangis. Abang ada buat salah apa?”

“Abang tak nak masakan untuk Kea.” Jawab Kea perlahan. Sesekali kelihatan dia mengesat air matanya. Haikal tepuk dahi, “Laa… Sebab tu je ke sayang menangis?” Kea angguk kepala. Berkerut dahi Haikal ketika itu. ‘Payah nih!’, isterinya itu di pandang lagi, tak sampai hati pula nak biarkan Kea begitu. “Hmm… Okay, okaylah… Abang masak…” Putusnya. Kea yang mendengar terus senyum sampai ke telinga. Untunglah jadi wanita, ada air mata sebagai senjata!

“Sukalah tu orang ikut cakap dia.” Kata Haikal seraya menarik hidung isterinya.

“Mestilah suka…” Sahut Kea sengih manja. Haikal sekadar tersenyum. Penat seharian bekerja terus hilang bila melihat telatah manja Kea. Ni belum ada baby lagi ni, kalau dah ada tak tahulah macam mana gayanya nanti. Kalau dapat Kea’s junior, lagilah… Agaknya pengsan terus!

*****

“EH, macam mana nak siang udang ni sayang??” Soal Haikal pada Kea yang sedang duduk di meja makan, bersilang kaki ala-ala mak datin yang sedang menunggu makanan untuk di hidang. Udang galah sekilo yang di beli dari pasar pagi sudah pun siap tersedia di depan mata. Haikal hanya sentuh dengan hujung jarinya saja. Sesekali kelihatan dia mengerutkan dahinya. Mungkin geli-geleman melihat lendir dan bau hanyir dari udang itu, almaklumlah selama ni dia hanya tahu makan saje, tak pernah sekali pun dia masuk ke dapur. Sekarang rasakan! Kea bangun dari tempat duduknya dan berjalan menghampiri Haikal yang sedang terkontang-kanting seorang diri di depan sinki. Dia sisir lengan baju suaminya itu hingga ke paras siku, “Abang ni, nak masak pun pakai baju canti-cantik” Tegurnya. Kemudian dia keluarkan pula apron yang masih bersih berlipat di dalam kabinet, di buka dan di pakaikan ke tubuh Haikal. Haikal hanya memerhati gerak-geri isterinya.

“Nak pakai topi chef tak? Kalau nak Kea carikan…” Seloroh Kea, Haikal ketawa.

“Suka ye nak kenakan Abang…”

“Ala, sekali sekala.”

“Hmm, Sayang… Betul ke apa yang kita buat ni?” Soal Haikal tiba-tiba.

“Buat apa?”

“Masaklah… Abang tak yakinlah nak masak… Kita suruh Mak Esah jelah okay?” Haikal masih cuba untuk mengelak.

“Nope. Mak Esah tak ada, Kea dah suruh dia pergi shopping.”

“Amboi shopping! Patutlah dari tadi tak nampak kelibat Mak Esah. Ha, ni kalau lepas Abang masak, Kea sakit-sakit perut macam mana??” Haikal mencuba lagi. Serius kalau Kea kena keracunan makanan ke apa ke, Haa… Tak pasal-pasal je kan!

“Nope. No more reasons. Nah, pegang ni. Pegang dekat daging dia…” Kea tetap berdegil. Di hulurkan seekor udang galah sebesar ibu jari kepada Haikal.

“Daging!?”

“Alahai… Ni hah kat perut dia ni…”

“Oh, nak ajar orang pun salah. Ada pulak daging…” Perli Haikal.

“Kalau bukan daging apa? Tulang belakang?” Kea buat lawak. Dia pun sebenarnya kurang arif bahagian-bahagian udang ni, kalau bahagian badan manusia lainlah.

“Isi udanglah…” Jawab Haikal. Kea agak terpegun, matanya mengedip. Eh! Pandai pula suami aku ni. Kea sengih lagi.

“Okay, pegang isi udang ni macam ni… Pegang kat bahagian tengah.” Kea mula memberi tunjuk ajar. Walaupun dalam geli-gelinya, Haikal tetap mengikut. Apa boleh buat, untuk isteri tersayang, Di gagahkan jugalah.

“Okay then, buang kepala dengan janggut-janggut udang ni macam ni.” Haikal menurut lagi. Kea tersenyum dalam hati. ‘Bagus cepat belajar!’

“Lepas tu kulit dia pulak. Macam ni…” Kea tunjuk pula cara untuk menanggalkan kulit udang tu, habis bersih tak ada apa yang tinggal.

“… Err, macam ni ke sayang?” Soal Haikal sambil menunjukkan isi udang yang sudah di siangnya.

“Yup, pandainyeee…”

“Eh, tapi bukan ke kita kena tinggalkan sikit kulit dia… Abang rasa, setakat ni kalau Abang makan lauk udang yang Mak Esah masak, Abang kena buang kulit dulu.” Haikal mula rasa ada yang tak kena. Di belek-belek lagi udang yang baru saja di siangnya.

“Boleh juga kalau nak tinggalkan sikit, tapi Kea malas nak kopek waktu makan nanti, kalau Abang nak tolong Kea kopekkan Abang tinggalkanlah sikit kulit dia..” Jawab Kea sengaja mahu mengacah suaminya.

“Erm okay. Kita buang kulit terus. Kasi licin habisss…” Laju aje Haikal membalas. Kea di sebelah ketawa besar.

“Tahu takut. Dah, cepat-cepat siapkan. Kea dah lapar.” Kata Kea sambil menepuk perutnya.

“Eh, Pandai ye nak ngelat.”

“Erm, Abang buat dululah… Nanti dah siap, panggil Kea ya. Kea nak ke depan, nak tengok TV.” Kea mula melangkah meninggalkan Haikal yang terpinga-pinga.

“Eh sayang… Takkan nak tinggalkan Abang sorang-sorang siang udang ni?? Ni sampai esok pun Kea tak boleh makan. Mana aciii…” Tingkah Haikal kuat. Kea buat endah tah endah. Langkah kaki terus dihayun.

“Aci tak aci. Masak sedap-sedap. See you.” Sahutnya sambil melambai tangan. Haikal tersandar di tepi kabinet. Hish… Tak boleh jadi ni!! Talian hayat di perlukan segera.

‘Mak Esahhhhhhhh……….’

*****

“SAYANG…” Haikal kejut perlahan isterinya. Lama sangat menunggu sampai tertidur-tidur. Kea menggerakkan sedikit badannya. Matanya terbuka, dia pandang Haikal yang sedang berdiri tercegat di hadapannya. Sebuah senyuman di hadiakan kepada lelaki itu.

“… Abang ni masak ke berperang?” Dalam keadaan yang masih mamai, dia masih mampu untuk mengusik suaminya. Mana taknya, muka berminyak, apron penuh dengan cili blender, tu belum lagi tengok rambutnya, entah kunyit atau tepung yang melekat. Pelik, masak sambal je pun. Haikal ketawa.

“Am I look that bad!?” Soalnya dengan tawa yang masih bersisa.

“Tak apa, buruk macam mana pun Kea tetap sayang Abang…” Ucap Kea lembut. “… Abang dah siap masak ke?” Soalnya.

“Sudah sayang… Special dinner untuk isteri Abang tercinta…” Kea senyum lirih sampai ke telinga.

“Kesianlah suami Kea ni… Come, duduk sebelah Kea.” Panggilnya. Haikal hanya menurut, lemah lesu rasa badan ni. Amboi, baru masak satu lauk dah macam masak untuk satu kampung. Penatnya kemain! Erm… Tak apa, tak apa, your first time kan Haikal? Tak apa, kami faham... Setelah Haikal duduk bersandar di atas sofa, Kea bangun dan capai beberapa keping tisu lembap untuk membersihkan muka suaminya. Apron yang masih lagi melekat di tubuh Haikal di ambil keluar. Haikal hanya membiarkan Kea, rasa seronok bila di manja begitu, lagi-lagi selepas penat bertungkus lumus di dapur.

“… Erm, Okay. Dah siap. Haa… Barulah suami Kea.” Tingkah Kea. Hilang sudah rasa penatnya menunggu Haikal memasak. Dia kerling jam di dinding, dah hampir pukul enam petang, dari pukul dua Haikal mula masak, tolak, tambah, darab, bahagi, amboiii… Masak satu lauk sampai empat jam! Tiba-tiba perutnya berkeroncong, tahu-tahu aje tiba masa untuk diisi…

“Erm, jom makan!” Ajak Kea. Haikal angguk, lantas dia berdiri mendahului Kea.

“Di persilakan dengan segala hormatnya Tuan Putri…” Gurau Haikal. Kea tergelak kecil. Geli hati melihat telatah suaminya.


“WAHHH sedapnyaaa!” Kea bersuara girang bila melihat hidangan yang dia inginkan sudah siap tersedia di depan mata. Ada nasi putih, sambal tumis udang, ada telur goreng walaupun macam telur hancur, ada ikan goreng walaupun kepala dah hilang, ada sayur walaupun tak pasti sayur apa, dan lastly ada satu jag fresh oranges yang cair macam tak cukup warna. Di toleh pada Haikal yang sedang berpeluh. Mahu terhambur gelaknya ketika itu tapi cuba di tahan.

“Sayang, don’t expected too much okay. Kalau agak-agak tak boleh nak telan tu. Just leave it there. Okay?” Pesan Haikal. Risau kalau-kalau masakannya tidak memenuhi citarasa Kea.

“Abang, it’s okay. I’ll eat until finish. Thank you Abang sebab masakan untuk Kea.” Ucap Kea sambil tersenyum manis. Di kucupnya mesra kedua-dua belah pipi Haikal.

“I hope the food taklah teruk sangat.” Haikal masih kurang yakin dengan masakannya. Mujur ada Mak Esah untuk membantu, walau hanya berkomunikasi melalui telefon dan walaupun banyak pinggan mangkuk yang sudah pecah terbarai kat belakang tu, Haikal tetap gigih mahu menyiapkannya. Dan untuk sekelian kalinya, Mak Esahlah yang selalu menjadi penyelamat terbaiknya sejak dari dahulu, kalau tak kerana wanita itu pasti makanan tu semua tak siap terhidang di situ.

“Kea rasa dulu ya sambal tumis Abang ni… Bau dah harum semerbak dah ni…” Kata Kea sambil mencedok beberapa ekor udang ke dalam pinggannya.

“Bismillahirahmannirahimmm…” Haikal pejam mata, tak sanggup nak lihat reaksi Kea selepas memakannya. Untuk seketika, Kea hanya sepi tanpa suara. Tapi kesepiaan itu tidak bertahan lama………

“Abangggg!!”

“Hah sayang, kenapa?? Kenapa? Tak boleh makan? Pedas sangat ke?? Sorry! Sorry...” Haikal jadi tak tentu arah bila Kea menjerit. “Nah, nah, minum air ni.” Kea ketawa mengekek bila melihat keadaan Haikal yang huru hara.

Bersambung... :D

Apa agaknya yang jadi lepas KEA makan masakan suaminya itu ya? dan kenapalah Kea ni tiba2 jadi manja nak makan masakan yang dimasak oleh suaminya saja? Jeng Jeng Jeng.. Muahaha. Tunggu sikit lagi ya sayang2 ku, tak lama lagi KEA akan keluar menemui anda..cececeh! ;D


Thank u so much Love!,
Ara

7 comments:

kathy said...

KEA mengidam eh? hehe.. dapat bayangkan keadaan haikal kat dapur masa tu.. senyum2 je baca..

tahniah KEA sbb pandai menggambarkan keadaan di dapur tu dengan sempurna..bila sy baca, sy rasa sy ada dalam tu sekali ^^

btw, dah x sabar nak peluk KEA..harap2 kita dapat jumpa nanti ye..pertemuan antara CQ dan KEA + pertemuan Ara dan KT..ewah ;D

chenta said...

adeh...Kea mnja2 ngn Haikal mybe tol la kot tekaan Haikal sal pembawakan budak 2...wah..xlma ag da baby la dorg ye..hehe..sweet sgttt....n pe la ase mskn yg Haikal msak 2 ye..mst Kea nk usik Haikal ag neh..hehe..wah..xsbr nk tggu nvel ni kuar...

AraSharrina said...

Kathy... Ececeh. Haha. Xsabarkan! Me tooooo... Tak sbr nak tunggu Kea, xsbr nak tunggu CQ, tak sbr nak peluk cik kathy.... :')

AraSharrina said...

CC : i buat pun, i malu2 tau.. Nenade kea nih nk manje2 ngn haikal..hehe. Thank u dear, sabar sikit lagi okay.. Psl pembawakan budak tu kan, tett.. Biarlah rahsiaa...hihihi.

Anonymous said...

Ya ALLAH...sabaq jaa laa wahai hati..walau tak sabaq nak tau rasa masakan HAIKAL....Ara..awak buat hati kak tak keharuan..kalau orang penang kata taktentuhalatuju,,....

AraSharrina said...

kak anonymous ku syg... siapakah geranganya ini? Nape tak letak name kak? Susah ara nak kenal pasti..hihi. Sabaq sikit kak naa, sat lagi boleh peluk depa berdua.. Aiceh, speaking utara kite..hehe..

Anonymous said...

Salam..maaf ye akak lambat bc n3 kamu ni..so, akak mula komen ye..hahaha

permulaan ayat sepatutnya after Abang kena ada tanda kome ','.

mahu berkungfu Haikal kat dapur nampak gayanya..hehe..

ada typo la dik..tatabahasapun ada silap kalu tak salah akak la..sepatutnya 'memasakkan' sebab menunjukkan perbuatan. n 'masakan' adalah satu kata nama..so,perkataan yg betul base on ayat adalah 'masakkan'yg mana ianya menunjukkan perbuatan..klu tak silap akakla.. hehe

kata kerja yg mana menunjukkan perlakuan sipelaku perlu didekatkan bila menggunakan 'di' di hadapan..

Kea junior? hehe..suka ayat gelaran tu.. :)tak lama lagi la tu..mesti Kea ngandungkan..hehe..bestnyer dpt suami mcm Haikal ni..sanggup berperang kt dapur demi isteri tercinta..:)

sampai empat jam kat dapur..zuhur ngan asar mcm mana? :)

tak sabar rasanya nk pegang buku kamu ni dik.. :)

Wassalam