Apa itu kronologi? Dia macam summary la yer.. :))
Here you go! ;D
“Dia seorang anak yang baik dan lincah…” – Kata Ibu.
“Dia seorang adik yang manja dan degil…” – Kata Along Aiman.
“Dia seorang cucu yang nakal dan suka mengusik…” – Kata Nek Cu.
“Dia teman sehidup dan semati…” – kata Maria.
“Dia gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya…” – kata Izat Afifi.
“Dia gadis jujur dengan pandangan berkaca…” – Kata Haikal Hakimi.
S: Dia… Siapa DIA?
A: Dia KEA Alyissa…
S: Siapa KEA Alyissa? Tak kenal pun…
A: Memanglah tak kenal. Sebab Dia bukan sesiapa, bukan artis mahu pun penulis. Ehem! :P Dia hanya seorang gadis biasa yang hidup untuk melihat orang-orang disayanginya bahagia dan gembira.
S: Jadi… Ada apa dengan KEA? Sana-sini orang asyik bercerita tentangnya…
A: Tiada apa-apa dengan KEA.
Dia cuma gadis itu... Gadis yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor di waktu kecil yang pada mulanya hanya hangat-hangat t*** ayam dan akhirnya telah kembali ke pangkal jalan dan berusaha gigih untuk menjadikan cita-citanya itu sebagai realiti.
S: Heh! Buat lawak pula!~
A: Siapa kata buat lawak? KEA memang gadis itu. Gadis yang hidup dalam dunianya yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang sehinggalah pada suatu saat takdir telah menemukan KEA dengan lelaki itu dalam keadaan yang OH-SO-NOT-COOL!
“Hey! You buta ke? Tak nampak orang? Mata letak kat lutut ke!?”
“Hamboi sedara, mulut tu ada insurance ke tak? Siapa yang langgar siapa ni”
“Nak takut apa? Kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh!”
“Amboi you ni kalau bercakap memang main sedap mulut je kan!”
… Dan takdir juga telah menemukan mereka dalam keadaan yang tidak di sangka-sangka. Lelaki itu merupakan yang pertama. Yang pertama sebagai pesakitnya (Ha.. ingat pertama sebagai kekasihlah tu. Bukan ye...)
“Ok Kea, He suffered primary brain tumor early stage 2 and I wish to hand over this case to you…,”
…Akan tetapi lelaki itu mempunyai ego yang sangat tinggi melangit.
“Second referral doctor? and with this lady? The internship doctor? You must be kidding me, right doctor… She is not eligible! NOT AT ALL”
…Semenjak dari itu mereka sering berkelahi atau kata kasarnya ‘bertekak’ (Oh, sungguh kasar!)
“You… Janganlah stress, kan I dah suruh you free kan diri. I can’t find any of your blood vessels, please...”
“Eh you kan doktor! Takkan tak tahu macam mana nak cari!”
Again ^_^”
“Hey… I cakap dengan you! You ingat I suka ber’sayang-sayang’, ber’abang-abang’ bagai? Lagi-lagi dengan you. I sengaja nak cover you, tak nak bagi pelayan tu tengok muka you yang dah macam kerang busuk tu… Lagipun you kan freshie kat sini, I tak naklah orang cakap you berlagak!”
“What do you want??”
“I tanya you dah habis cakap ke belum, itu saja. Susah sangat ke nak jawab?? Ke you tak faham bahasa melayu?”
“You nak belanja I, sebab nak buat macam ni ke? Nak sakitkan hati I? atau nak malukan I? I peliklah, apa ntah salah I dengan you. Kalau you tak nak I jadi doktor referral you, you cakap, I boleh inform Doktor Yusoff untuk tukar. I don’t mind at all…”
Pelbagai cara yang diwujudkan oleh lelaki itu untuk menambahkan lagi ke’bengang’an KEA atau kata baiknya untuk menguji kekuatan iman dan semangat KEA (Ok! Ini memang baik…) Tapi di sebabkan KEA adalah gadis itu. Gadis yang tidak pernah kenal erti berputus asa dan mengalah, lantas…
“Hey, what are you doing here?”
“I nak ikut you…”
“Ikut I?? You nak buat apa? Dah! Keluar dari kereta I sekarang!”
“Please… I nak ikut you, You nak pergi mana pun you pergilah. I takkan halang. But please let me follow you, I cuma nak pastikan you okay. I tak nak you sorang-sorang, I akan ikut you… Titikk!”
… Dan di tempat itu segalanya bermula.
“Kea… Bangun, kita dah sampai…”
“Kita kat mana ni?”
“Cherating.”
… Di situ juga jurang perbezaan di antara doktor dan pesakit semakin jauh mereka tinggalkan.
“Kea tolonglah jangan buat I macam ni… Bagi I tolong you. Pleasee…”
“Pusing belakang… I berat… Jangan jatuhkan I..”
“Perlahan-lahan…”
Selepas dari hari itu KEA terjerat dalam percintaan yang penuh risiko dan tanda tanya.
S: Err… Siapa lelaki itu?
A: Lelaki itu… Haikal Hakimi Ashraf, seorang pemuda yang di anugerahkan kehidupan yang kaya raya, dan raut wajah yang tampan tetapi di uji Allah dengan dugaan yang dianggap telah mengelapkan masa depannya…
“Nama pesakit, Haikal Hakimi Ashraf, 28 tahun, suffered primary brain tumor early stage 2, kondisi pesakit tidak terlalu baik, kemurungan dan depression…”
“Melalui keputusan report secara menyeluruh, pesakit sebenarnya menghidap kanser otak dan sekarang sel-sel kanser pesakit sudah mula merebak ke bahagian lain…”
Dia menghidap brain tumor pada mulanya sehinggalah akhirnya disahkan menghidapi kanser otak yang serius. Disebabkan penyakitnya itu, Haikal menjadi panas baran dan sering memendam rasa. Dia jadi putus asa untuk teruskan hidup dan bagi lelaki itu hidupnya sudah berakhir sehinggalah KEA muncul di depan mata menyuntikkan semangat baru ke dalam kehidupannya. Tapi bagi Haikal, Kea datang bukan pada waktunya…….
Direnungnya wajah gadis itu dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Setiap inci wajah gadis itu di telitinya. Pasti dia akan merindui gadis ini nanti. Petah ucap perkataannya, sifat manja, kenakalan dan penyayangnya. Sejak perkenalan mereka, tak pernah sekali dia merasa kurang dengan kasih sayang Kea. Dia bersyukur dapat mengenali gadis itu, walaupun hanya untuk seketika.
Hmmm…. Kenapalah gadis ini hadir di saat-saat begini. Di saat di mana umur ku sudah hampir sampai ke penghujungnya? Kalaulah Kea tahu yang diriku sangat-sangat menyayangi dan mencintai dirinya. Pasti susah dia mahu melepaskan ku pergi… Pasti dia akan menangis sehingga kekeringan air mata. Tidak! aku tak akan biarkan dia menangisi pemergian ku… Aku mahu melihat dia sentiasa tersenyum gembira menikmati hidupnya, walaupun tanpa aku. Semoga gadis kesayangannya ini akan berjumpa dengan seseorang yang lebih sempurna untuk menjaganya hingga hujung nyawa.
…Dan pada waktu itu KEA juga tidak pasti tentang perasaannya terhadap lelaki itu.
‘Kenapalah dengan aku ni! Kau nak marah dengan tindakkan Haikal yang mengendahkan kau? Merajuk?? Ada hati nak bercinta dengan pesakit sendiri?? What do you expect Kea?? Nak jadi kekasih dia pulak?? Kau betul-betul dah suka dia atau kau hanya kasihan dengan keadaan dia?? Kau nak tebus balik ‘masa’ yang kau tak dapat waktu dengan Arwah Baba dulu?? Come on Kea… Dengar kata hati sendiri! Apa yang kau mahukan sebenarnya??’
… Tetapi walau sesusah mana pun mereka cuba untuk menidakkan, tanpa sedar banyak perkara yang mereka telah lakukan bersama…
# Di Cherating
“ERM, I je yang boleh makan maggi okay, you tak boleh. I buatkan you sandwich tuna. Nah!”
“Kenapa I tak boleh makan maggi?”
“Sebab tak eloklah… Tak baik untuk kesihatan you. I tak apa, sebab dah dua tiga tahun I tinggalkan maggi ni.”
“You lapar eh? Ke roti yang I buat tu sedap?”
“Kalau sedap pun bukannya you yang buat. Dah nama pun tuna segera kan.”
‘Hailah~ nak kerek pula dengan aku! Memanglah tuna segera, tapi siapa yang buka tutup tin? Tolong sapukan dekat roti? Dan siapa yang lipat-lipatkan roti tu jadi macam tu? Aku kan??’ Marahnya di dalam hati. Malas nak cakap terang-terang, nanti menjadi-jadi sindiran Haikal.
“You memang selalu ikut orang yang you tak kenal eh?”
“Kenapa you tanya soalan macam tu? Ingat I ni perempuan apa? Ikut strangers sesuka hati.”
“Habis tu you ikut I kan sekarang? Dah sampai Cherating pun, and I am stranger! We never know each other before…”
# Di kampung KEA
“Apa lagi, bawaklah.”
“Err… Sebenarnya I tak reti bawa motor dan tak pernah naik pun.”
“Ha’elah… kesiaannya you niee…!! Kenapa tak pernah? Takut?”
“Bukannya takut, tak ada orang nak ajar or bawak. Last-last sampai ke tua lah tak tahu. Dah-dah, tak payah nak seronok sangat gelakkan I ye. Cepatlah!”
“Haish… Marah pulak. Okay, okay… Naiklah, biar I yang bawa you.”
“Letak kaki kat pedal ni.”
“Err.. Okay, tangan? Mana nak letak?”
“Erm.. Letak kat besi penghadang belakang motor tu.”
“Eh! Macam ni ke you?”
‘Erkk!! Buruk nauuu! Haha!
“Haish, payah betullah you ni. Bak sini tangan tu!”
“Dua-dua tanganlah!”
“Nak buat apa!?”
“Bagi jelahhh!”
“Nahh!”
“Hahh! Jangan fikir lain ye. I’m not trying to amik kesempatan. Ini namanya, ‘Safety First’. I tak nak tiba-tiba nanti kena kutip you dari dalam longkang pulak!”
“You takut apa-apa jadi kat I kan? Atau you sebenarnya dah sayang kat I?”
“Mana adalah! Jangan nak perasan ye. Dah! Pegang I kuat-kuat, I nak merempit ni!!”
“Alaaa… You malu lah tu… Okay, okay.., Cepat-cepat!”
“Oii! Pegang pinggang I jelahhh, bukan peluk I… Ini suday lebey niee!”
# Di banglo Haikal
“Dah, makanlah. Jangan di ikutkan sangat degil you tu. Tak nak makan banyak sikit pun jadilah. Penat Mak Esah masak…”
‘Aku ke yang degil? Atau dia? Emm…’
“Nak lauk apa?” Soal Haikal.
“Err….”
“Sup ayam nak? Tak pedas… yang lain nampak macam pedas… Nah, Cuba rasa ni, Aaaa…”
“Ermm... Dapnyee!! Dapnyee! Nak lagi Papa! Nak lagi!”
“Amboi… Dahlah. Mengada ye!”
“Alaa... Nak lar! Nak! Please…”
“Last one, okay?”
“Baiklah!”
Satu lagi suapan masuk ke mulut Kea. Kea tersengih manja. Dia sengaja. ‘Mahu sangat jadi sweet dengan aku kan, aku pun boleh tauuu…’ Haikal tersenyum memandang Kea, tidak semena-mena Haikal merapati Kea dan secara spontan dia mencium dahi gadis tu sambil mengelus lembut rambutnya. Mesra, nampak penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
“Manja ni… Dah cukup? Nak lagi?”
“Erk! Dah... Dah, cukup, tak nak lagi… I boleh makan sendiri...” Jawabnya tersangkut-sangkut. ‘Ibu, Along, Nek Cuu…Waaa, Kea maluuu….’ Semua nama diserunya.
# Di dalam kereta
Situasi 1
“Eh, dah lepas dah R&R tu. Kenapa tak tinggalkan I kat situ je, nanti Encik Haikal kata I menyusahkan Encik pula.”
“You nak I masuk penjara ke sebab biarkan anak dara orang tengah-tengah highway macam tu? I belum hilang akal lagi lah!”
“Alah… Cakap jelah Encik Haikal takut drive sorang-sorang, tak pun Encik Haikal risau apa-apa akan jadi kat I kan? Kan??”
“Malas I nak layan you. Better you behave, kalau tak………”
“Kalau tak apa?? Nak jual I pula? Eleh, pandai-pandai je nak ugut orang. I baru je nak try Encik tadi, baru buat muka kesian sikit Encik Haikal dah menggelabah.”
“Ewah! You jangan lupa yang you tu pendatang asing, tak ada IC, phone pun tak ada, nanti kalau tiba-tiba ada roadblock kat depan tu, memang you dulu yang I offer kat polis-polis tu semua. Haa... Jangan cakap besar sangat, menyesal tak sudah nanti…”
“Eleh, Encik Haikal takkan berani buat macam tu kat I…”
“Eeii.. Dia ni!!”
“… Dah! Dah! Eh, kita nak pergi mana ni??”
“Eh, boleh senyap pula dia. You nak bawa I pergi mana ni Encik Haikal?”
“I have no idea. You duduk jelah diam-diam, bila I rasa I nak berhenti, I berhentilah. You yang sibuk nak ikutkan, nah sekarang you ikutlah. Jangan banyak bunyi.”
“Ermm…”
“… Dan lagi satu, tak payah nak bahasakan Encik, Encik dengan I, rimas tahu!?”
“Eleh… Tanya tu je pun nak marah, sikit-sikit nak sentap! Sikit-sikit nak tinggi suara! I hormat Encik Haikal tau, sebab tu ber’encik’-encik. Haa, Encik Haikal ni asyik nak marah je kan, tak elok tahu? Nanti belum tua muka dah berkedut seribu. Eh, tapi… Kalau nak di kirakan umur, Encik Haikal dah patut kahwin tau sekarang ni. Haaa… Ni mesti sebab Encik Haikal selalu marah-marah, perempuan pun takut nak dekat.”
“Tak payah kahwin, I pun bukannya lama lagi nak hidup. Entah esok lusa sampailah ajal I tu… and Sekali lagi, don’t call me ‘ENCIK HAIKAL’!”
“Err… Yelah! Yelahhh! Hmm… Eh, kereta you ni tak ada radio ke? Kereta besar, tapi…”
“Ada tu, kalau nak dengar, bukalah sendiri.”
“Err… I tak tahu bukalah! Kereta I myvi je. You bukakan lah…”
“Ehhhh! Ehhhh!”
“Kenapa lagi ni youu??”
“Err... Tak ada apa-apa, I nak cakap I suka lagu ni. Boleh tolong kuatkan sikit tak?”
: Senyummmm… Tak perlu kata apa-apa~
: Senyummm… Tak perlu kata apa-apa~
: Senyummmmmmm……..~
Situasi 2
“Kita pergi makan ais krim nak?”
“Nak!! Nakk!! Nak aiskrim baskin robbin tau.. Tapi you yang kena belanja sebab I dah tak ada duit”
“Ye… Duduk diam-diam. I tengah drive ni, kang langgar tembok. Aiskrim baskin robbin entah kemana, you pun entah ke mana…”
“Err… Kalau tak nak duduk diam?”
“You want me to kiss you like what I did before?”
“Erk! Okay, Fineeeeee!!”
… Sehinggalah mereka tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan dan akhirnya akur dengan kata hati masing-masing…
“Haikal… Hey… You menangis?”
“Kenapa ni sayang, lelaki tak boleh menangis tau… You kan kuat, lelaki kuat mana boleh nangis. Tak handsome lah nanti…”
“Tapi I bukan lelaki itu, I tak kuat Kea……
“…… I, I… sa..yangkan you Kea… Tapi I tak mampu… I tak tahu sampai bila I boleh bertahan hidup dalam keadaan macam nie. I ada kanser Kea… Bila-bila masa saja I akan mati. I terlalu sayangkan you sehingga ada kalanya I terbuat perkara yang memalukan diri I sendiri. I terlalu pentingkan diri sehingga terpaksa melukakan perasaan you… I marah pada diri I sendiri sebab buat you macam tu, tapi hati I sakit Kea, sakit sebab tak dapat memiliki you… I need you so badly, I cintakan you, tapi I tahu I takkan boleh… I tak mampu… tak mampu... I tak sempurna macam lelaki lain Kea…”
“Haikal… Sometimes, there are things that we don’t want to happen but we have to accept, things that we don’t want to know but we have to face it… I juga sayang dan cinta pada you, Haikal. Trust me, we can handle this…”
“Kea, mencintai dan di cintai oleh you adalah suatu kemewahan yang sukar dan mustahil untuk I kecapi.. I tahu cinta dan sayang you kuat pada I, tapi I lemah, hati I lemah, tubuh I lemah… Everything about me is nothing…”
“Hmm Haikal… Come, pandang mata I.”
“… Jika you pandang dengan mata hati you, you akan nampak keikhlasan I untuk menerima diri you seadanya. I tak perlukan kesempurnaan itu, Haikal. Semuanya akan kelihatan sempurna jika kita dapat mengatasinya bersama.… Dan hati ini, hati ini berdegup untuk you… dan ianya akan selalu begitu. Sampai bila-bila…”
“Kea…..”
“I serius Haikal... We should stop planning the future, stop figure out precisely how we feel and stop deciding what we want our heart to feel… Sometimes we just have to go with… What happenes, happened. We can’t change the destiny, but we can live with it… Percayalah pada diri you Haikal, you boleh. I akan selalu ada untuk you sebab hati dan perasaan I ada dengan You, dan sememangnya ia akan sentiasa menjadi milik You…”
“Kea…. Terima Kasih Sayang……”
… Sayangnya KEA pada Haikal sehingga dia sanggup meminta Haikal untuk mengambilnya sebagai isteri...
“Dah! Dah cukup Haikal… I dah tak nak dengar apa-apa lagi. I dah pernah berjanji yang I akan menjaga you, sekarang, I nak minta tolong you untuk tolong I kotakan janji I tu. I nak minta sesuatu dari you…”
“Minta apa Kea? kalau I mampu, I akan tunaikan…..”
“Hmm… I dah pernah minta sebelum ni, dan hari ni, di waktu ni, I nak minta you halalkan hubungan kita, I mahu kita berkahwin! Tolong ambil I sebagai isteri you… I mahu menjaga dan mencintai you seumur hidup I… I perlukan you Haikal…”
Air mata Haikal sudah mula bergenang. Nafasnya turun naik, dadanya berombak menahan nafas yang tersekat-sekat. Denyutan nadinya bergerak perlahan secara tiba-tiba. Semua yang ada kelihatan cemas.
“Haikal! Haikal…. Kenapa ni? Haikal…”
“Doktor! panggil Doktor!!”
“Haikal bangunnn!”
“Haikal…. Jangan buat I macam ni, Jangan tinggalkan I… Haikal…”
…… Dan untuk seketika, mata Haikal yang sebentar tadi tertutup rapat, perlahan-lahan terbuka. “Ke….a” Tersekat-sekat suaranya memanggil Kea.
“Ye sayang, I di sini… Jangan takutkan I Haikal…” ‘Ya Allah…’
“I…..”
“I dapat rasa… Allah beri I peluang….., DIA… DIA beri I peluang untuk mati sebagai suami kepada Kea Alyissa……….” Dan mata itu kembali tertutup rapat.
… Walaupun mendapat tentangan dari Ibu KEA sendiri,
“IBU tak izinkan kamu berkahwin dengan Haikal!”
“Ibu… Apa salah Haikal Ibu? Dia…….
“Dia tak salah apa-apa, Ibu tak suka kamu kahwin dengan Haikal di sebabkan penyakitnya tu. Dia ada kanser Kea… kamu tahu macammana keadaan dia. Kamu tahu macam mana Baba kamu menderita di sebabkan penyakit itu. Ibu tak mahu kamu lalui hal yang sama seperti mana ibu pernah lalui dulu. Hidup sorang membesarkan kamu dan Along… Ibu tak sanggup nak lihat anak Ibu menderita di kemudian hari. Tolonglah Kea, tolong jangan paksa Ibu untuk menerima dia dalam keluarga kita.”
“Tapi Kea yakin Haikal masih boleh di selamatkan… Penyakitnya belum sampai di tahap serius. Lagipun, InsyaAllah kalau jadi apa-apa, Kea janji Kea akan redha… Kea akan sedia mental dan fizikal Kea untuk menghadapi sebarang kemungkinan… Percayalah Kea Bu…”
“Memang mudah bila bercakap Kea, tapi kamu belum rasa apa yang Ibu rasa. Kamu tak tahu bagaimana perasaannya hidup bila di tinggalkan suami, nanti bila dah ada anak, anak-anak tak dapat cukup kasih sayang dari ayahnya, macam-macam Kea. Kamu tak tahu macam mana susahnya hidup Ibu bila Baba kamu meninggal dahulu. Sudahlah, Ibu tetap takkan benarkan kamu berkahwin dengan dia.”
“Along… Tolong Kea cakap dengan Ibu…”
“Ibu… bagilah mereka berdua peluang. Ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah Bu… InsyaAllah, ada jalan keluarnya nanti.”
“Along, sepatutnya kamu menyebelahi Ibu! Kamu mahu adik kamu nanti hidup merana? Kamu mahu adik kamu jadi janda muda?? Hmm… Ibu bukan mendoakan, tapi benda tu tak mustahil untuk jadi. Ibu dah boleh jangka!”
“Bukan macam tu Bu… Kea….
“Sudahlah! Keputusan Ibu muktamad!!”
Dan dihimpit dengan perasan bersalahnya pada Izat Afifi, lelaki yang mencintainya dalam diam.
“TAK apalah Izat, Aku tak nak susahkan kau. Aku boleh pergi sendiri.”
“Are you sure?.. I’m ok if you want me to…”
“I’m sure! don’t worries. Hey, Aku dah besarlah…”
“Dah besar pun, tapi kau selalu cuai. Aku rasa sekarang kau dah kena cari seseorang untuk tengok-tengokkan kau, yang boleh jaga kau….”
“Eleh, Aku kan ada Ibu, Along, Haa.. Maria pun ada. Ramai kut yang jaga aku…”
“Err… Tapi dorang tak selalu ada dengan kau kan? Maksudnya Ibu kau kat seremban, Along pun tak lama lagi nak khawin, and Maria pun entah esok lusa akan ikut suami dia. Seseorang tu aku maksudkan lelaki atau kata lainnya boyfriend atau kalau lebih serius lagi suami.”
“Err… Kau serius sangat ni Zat!”
“Taklah, aku cakap betul ni. Kau tak nak ada someone yang betul-betul mahu jaga kau ke? Yang akan sayang kau sampai akhir hayat kau? Kalau kau nak, aku ada calon…”
“Calon? Siapa?” ‘Ah~ siapa pulaklah yang nak dicalonkan untuk aku nih..’
“Aku!”
“Kau??”
“Yes me. Why? Kau tak nak? Hello… Aku tak adalah teruk mana pun.”
“Hish… Siapa kata kau teruk? Aku tak cakap apa-apa lagi kan…”
“Okay, tak cakap apa-apa lagi. So?”
“So apa so?? Dahlah, kau ni ada-ada je. Aku nak gerak sekarang. Nak pergi buat report dan hal-hal yang berkaitan. Anyway, thanks tau…”
“Kea tunggu…”
“Apa lagi Zat, aku dah lambat ni. Aku nak cari kunci kereta lagi…………
“Jap... Jap. Hmm.., Aku nak kau fikir balik kata-kata aku tadi, jangan terus endahkannya. Aku serius nak jaga kau. Atleast, bagi aku peluang…”
“Hmm… I need time to think about this. Please understand me..”
“Okay, ambil masa sebanyak mana yang kau mahu… Aku sanggup tunggu. Aku tak kisah. Tapi, Aku harap jawapannya nanti tak mengecewakan...”
“Hmm.. Aku tak boleh nak janji apa-apa Zat… and again, aku harap kau boleh faham aku. No matter what, aku akan selalu sayang kau sebagai kawan yang selalu tolong dan care pasal aku…”
***********
“Aku takkan lupakan kau, Kea. Kau tahu betapa aku nak sentiasa bersama-sama dengan kau setiap masa kan? Kau kena tahu tu… and until now aku masih menunggu jawapan daripada kau.” “Izat, please…..
“Tak apa, aku akan tunggu…”
“Sampai bila kau sanggup tunggu aku?”
“Sampai bila-bila, sampai kau sedia untuk terima aku...”
“Kalau aku tak terima kau dan pergi dengan lelaki lain?”
“Aku akan anggap diri aku bernasib malang, dan akan teruskan hidup aku seperti biasa…”
“Izat, jangan macam tu. Kita kawan, sampai mati pun aku akan anggap kau sebagai kawan aku. Aku tak boleh nak anggap kau lebih dari itu. Please faham aku Izat…”
“Kau bukan tak boleh, tapi kau tak pernah nak mencuba, kau selalu ignore perasaan kau untuk aku, kau tak pernah nak bagi peluang untuk diri kau menerima aku. Kenapa Kea? teruk sangat ke aku di mata kau? Aku tak layak ke untuk kau? Hina sangat ke aku nie?”
Kea agak tersentak. Izat terlalu serius bila bercerita soal hati!
“Izat…..
“Hmm... Sorry, mungkin aku terlalu emotional. Aku sayangkan kau Kea. Kau selalu suruh aku faham kau, but please untuk kali ini, cubalah kau faham aku pula. Tak banyak yang aku minta, cubalah sedikit untuk faham perasaan orang yang sayangkan kau…”
“Izat, I’m off. Aku tak tahu nak cakap apa lagi.”
‘Maaf Izat, hati aku hanya terbuka untuk Haikal, dan sekarang setelah apa yang berlaku, ianya masih lagi untuk lelaki itu… aku tak sanggup untuk mengkhianati perasaan aku padanya… ’
Tapi kata ALLAH S.W.T, jodoh pertemuan tu semua di tanganNYA…
“Hmmm…. Baiklah sayang... Ibu izinkan Kea untuk bersama Haikal… Ibu restu. Ibu akan selalu mendoakan Kea bahagia bersama dia……”
Akhirnya terucap juga perkataan itu dari mulut Ibu. Dan Izat?
‘Kea, Kea, ada saja tingkah kau yang membuatkan aku gembira… Hmm, tak apalah, mungkin dah tiada jodoh untuk aku memiliki kau… tapi percayalah, kau akan selalu ada dalam hati aku, selamanya, takkan ada siapa pun yang boleh menggantikan tempat kau di hati aku…’ Dia rela dalam paksa.
Kata KEA,
“Sometimes, there are things that we don’t want to happen but we have to accept, things that we don’t want to know but we have to face it… We should stop planning the future, stop figure out precisely how we feel and stop deciding what we want our heart to feel… Sometimes we just have to go with… What happenes, happened. We can’t change the destiny, but we can live with it…
… Dan kata KEA lagi,
“Jika I di beri peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Si Pencipta mengenai you, ianya adalah ‘Adakah you di takdirkan untuk I”, jika DIA berkata ya, I akan mencintaimu dengan sepenuh hati I, tapi jika DIA berkata tidak, I akan terus mencintai mu sehingga DIA setuju untuk menyatukan kita berdua…”
… Dan ALLAH S.W.T menjawab YA untuk soalan mereka…
“Saudara Haikal Hakimi bin Ashraf….”
“Err… Ye, ye saya….”
“Sudah bersedia?”
“Err… Su.. su..dah..”
“Bersedia atau tidak ni??”
“Sudah ustaz, saya sudah bersedia, InsyaAllah…”
“Kita mulakan sekarang ya? Wakil pengantin?”
“Pegang tangan saya, dan ikut apa yang saya ucapkan ya.”
“Ye, baik…”
“Bismillahirahmannirahim…..
“….. Haikal Hakimi bin Ashraf… Aku nikahkan dikau dengan Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit Malaysia tunai!”
Haikal sempat menarik nafasnya, sebelum….. “Aku terima nikahnya Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan Mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…..!,”
“Saksi, sah??”
“Sah, Ustaz!”
“Sah!”
“Alhamdulillah…………”
Akhirnya, Tambatan janji di meterai! Takdir Illahi akhirnya mereka di satukan… KEA dan Haikal sah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Sejak hari itu, mereka hidup bahagia… dan Haikal menyentuh hati KEA dengan bait-bait cintanya…
“Dear my sweetest Sweetheart….
Remember today? Today is a day when I fall for you. The day when we both got caught in a lift, the day when you ask me to hold you tight, the day when I found something special about you and the day when I really want to be with you…,
In my eyes you are so beautiful, your clear eyes, your sweet smile, your caring, your attitudes…, for me you are so perfect, starting from that day, you always made me adore you, every move I made, I always think of you, You've brightened my world with the warmth of your presence...
You hold my hand when I am weak and falling, you whisper words and it vanishe all my regret… Every moment spent with you is like a beautiful dream come true... and until now, I cannot imagine my life without you, your warms love…. Please, please do not leave me, I don’t know how I am, who I am without you being there with me, you are my blood, you are my heart, you are my life, you complete me completely…,
My love, I love you with everything I am, and more than anyone ever thought possible... I want to be with you for the rest of my life…., I love you Kea Alyissa…”
Love,
Haikal :')
Namun, seperti pasangan lain. Mahligai syurga yang sedang dibina juga tidak terlepas dari ujian Yang Maha Esa. Zarif Zaquan muncul melengkapkan cerita,
“Aduhhh!!!”
“Eh, maaf cik. Maaf… tak, tak sengaja.”
“Hmm… tak mengapalah. My bad, mungkin saya yang jalan tak pandang orang. Sorry ya.”
“Eh, Atilia???”
“Err… Maafkan saya?”
“Awak Atilia? Lia??”
“Err sorry… Are you referring to me? Err…”
“Yes!”
“No, I’m not. Maybe you salah orang. Okaylah.., got to go, and sorry again.”
“Hey, Lia!”
“Aduh, sakitlah!! Apa ni, lepaslah!”
“Sayang…, ni saya, Zarif. Don’t you remember me?”
“Sorry! I bukan sayang you and I laaaangsung tak kenal you, lepaskan I atau you nak I jerit?”
“…. Ishhh, lepaskan I!!”
“Lia, sampai hati awak tinggalkan saya… Selama ni kami ingat awak dah……..
“Oii please lah! I bukan Lia, I kea! let me go!!”
“Lia…..”
“I am not Lia…., Awak tak faham bahasa ke!!?? Let-Me-Go!! Gila!!”
“ATILIA!!”
…Dan disebabkan janji dan dendamnya,
ZARIF kumpul semua gambar-gambar lamanya ketika bersama Atilia di dalam sebuah bekas yang cantik buatannya. Dia mahu gunakan ini sebagai bukti untuk meyakinkan seseorang yang Kea tu adalah Lia, dan sebaliknya. Dia yakin semuanya akan terungkai bila lelaki itu melihat gambar-gambar mesranya dengan gadis itu. Jika bukan dia, memang tak akan ada sesiapa yang dapat memiliki gadis itu. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri, dia akan pastikan gadis itu menderita di atas perbuatannya. Perbuatan menipu dan meninggalkannya serta pergi bersama dengan lelaki lain…
Hubungan KEA dan Haikal menjadi huru-hara,
“KEAA!!”
“Ya Allah, apa lagilah si Haikal ni terjerit-jerit kat luar tu.”
“Kea tak tahu Mak Esah…”
“Hey perempuan! Kau bangun!!”
“Aduhh!! Apa Abang ni? Sakitlah!”
“Ya Allah Haikal! Kenapa kamu ni. Kenapa buat Kea macam tu? Kamu dah gila ke??”
“Ye! Memang saya dah gila Mak Esah!! Saya dah gila di sebabkan perempuan ni!!”
“Abang apa Abang cakapkan ni? Kea tak faham…”
“Kau tak faham atau pura-pura tak faham!??”
“Apa Abang cakap ni? Ish, kenapa sebenarnya dengan Abang ni??”
“Ini!! Ini yang kau kata kau tak faham!?”
“Ya Allah Abang… Ini bukan Kea, ini Atilia…”
“Mak Esah… Betul Mak Esah, Kea tak tipu, ini bukan Kea. Ini Atilia, kekasih lelaki ni yang dah meninggal dunia. Rupa kami saja yang sama, tapi memang itu bukan Kea. Mak Esah tolonglah percayakan Kea… Abang… Tolonglah, dengar dulu apa yang Kea nak cakapkan ni.” Rayu Kea, air matanya sudah mula jatuh berguguran.
“Atilia ke Kea ke aku tak peduli!! Kau dah mainkan aku! Kau tipu aku Kea!! Kau dan lelaki itu dah tipu aku hidup-hidup!!”
“Haikal, dengar dulu apa yang isteri kamu nak cakap ni. Duduk dulu, berbincang baik-baik. Mesti ada yang tak kena. Mak Esah yakin itu bukan Kea… Sabar dulu Nak…”
“Haikal dah tak nak dengar apa-apa lagi Mak Esah! Sebab duit, perempuan ni sanggup buat apa saja. Dia sanggup tipu kita Mak Esah. Dia sanggup lukakan hati Haikal!. Dia sanggup tipu Papa dan Mama Haikal. Dia perempuan murahan Mak Esah, dia tak patut ada dalam keluarga kita!”
“Abang!! Sumpah! Kea tak buat benda tu. Jangan tuduh Kea macam tu Abang, Kea bukan seperti apa yang Abang fikirkan. Perempuan dalam gambar itu memang bukan Kea, dan Kea tak kenal langsung dengan lelaki itu… Tolonglah Abang, jangan buat Kea macam ni. Tolonglah…”
“Kau tak kenal lelaki tu?? Ini apa? Ini apa!!? Kau tak kenal atau kau dah berpakat dengan dia untuk pretend yang korang tak kenal di antara satu sama lain!??”
“Ya Allah!”
“Ya Allah apa!? Dah terbukti kau curang di belakang aku! Pura-pura baik di depan aku, tapi….. Huh!!”
“Abang, Kea minta maaf. Kea memang ada berjumpa dengan lelaki ini. Tapi masa tu Kea….
“Dahlah, kau tak payah nak terang apa-apa lagi. Aku dah tak nak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Kau boleh berambus keluar dari sini!”
“Aduhh!!”
“Haikal, bawak mengucap Haikal. Cuba kawal sikit baran kamu tu!!”
“Ah!! Aku tak nak dengar apa-apa lagi, mulai hari ni aku tak nak tengok muka kau di sini lagi! Kau boleh angkut barang-barang kau dah keluar dari rumah ni sekarang!”
Di situ cerita mereka terhenti…
S: Dah Habis?
A: Belum lagi… Cerita KEA akan di sambung dalam versi cetak pula. Yang itu online novel saja. Tapikan, kalau nak baca kisah dari mula boleh klik K.E.A
ATAU Klik sini 'Penulisan2u'
S: Tapi kat situ separuh je kan?
A: Ha’ah… Kalau nak tahu kisah selanjutnya, kenalah beli NOVEL-nya ya? Hihi.
S: Dah dengar syok-syok kena tunggu pula!~ T_T
A: Tehee… Ampun maaf di pintaaa... :p
NOTA KAKI :
Dear my lovely readers… Dah tak sabar nak tahu kisah kasih sayang dan kisah manis (sweet) di antara KEA & HAIKAL? Sobar, sobar… Ara pun dah tak sabar juga ni… -_-“
Nothing to say, tak nak buat ucapan panjang2, nak cakap terima kasih sebab sanggup menunggu KEA sehingga ke hari ini… Yang mengenali KEA dari Penulisan2u, terima kasih dengan setulus hati ku ini… Yang baru nak mengenali KEA juga terima kasih kerana anda sudi untuk mengikuti dan sekarang kena tunggu juga seperti follower lama (Oh-sungguh-tak-suka! T_T)
Again, seperti yang Ara beritahu dulu…
“I have no words to express my gratitude to you… Its Endless!! Sob…”
Melalui KEA, Ara kenal ramai orang… Ara dapat ramai adik, kakak dan ada juga yang sebaya. Which I never imagined pun sebelum ni. Walau ada yang tak pernah bersua, tapi awak semua baik dengan Ara and I felt your love spinning around my heart and it’s growing… Really! Tak tipu punya, and bukan nak mengampu tau… InsyaAllah for the friendship you have offered, I'll treasure it in my heart and will always remember that once in my life, I've known someone like you. (Hoi! Apa pula bagi ucapan sedih ni. Muahaha.. – Nah tissue!)
Okaylah, tak nak type panjang-panjang walaupun dah dekat satu page ara buat esei. Ara harap fans KEA dapat tunggu untuk sedikit masa lagi. Trust me, very soon. Ye ke? InsyaAllah…
Until now jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal, Kalau TER-tak jaga diri baik-baik, dan TER-jatuh tunggu orang tak ada dulu baru bangun okay? Takut malu.ahhah)
Dan lagi, kalau ada kasih sayang yang lebih-lebih dalam diri awak tu, janganlah lupa untuk ‘Spread the Love’ ya... Sharing tu kan caring. Kan?
Be good & healthy!
Saaaaayang semua <3,
Ara :)
8 comments:
makin buat mcm ni makin x sabar nak tunggu KEA keluar.. entri ni je bila baca terus sampai ke hati..ntah mcm mana pulak kalau dh baca versi bercetak pulak kan? (^^,)
x sangka kan Ara, sebab KEA ni lah kita bertemu dan terus berkawan..harap2 hubungan ni sampai bila2 ye..sy akan sokong awak mcm mana awak sokong saya.. dan sy doakan semoga awak dan 'KEA' akan terus sukses sampai bila2..amin :')
kathy........... :')
InsyaAllah dear. terima kasih. terharu pulak bace komen awk ni..hehe.. kita same2 support each other k.. hugss!~
sebab KEA la lia jumpa akak and akak jumpa budak comot nie kan? HEHE
tak sabar nak tunggu KEA versi cetak. tak sabar nk peluk cium Haikal dgn Kea. pendek kata tak sabar semuanya lahhh :D
good luck akak. good for KEA. good luck in your life. good luck semuanya lahhh :')
wahh so touching!
Nur Alia... nape buat ayat touching ni dear? buat sis nak nangis la..hihi.
Thank u dear, comot2 pun sis syg jgk.. :D Terima kasih atas doanya.. terima kasih buat semuanya, terima kasih sbb support sis dari mulanya kea sampai la skrng..
Saaaaaaaaaaaaaayang lia. :!!~ :D
Chen2_tan.. i still remembered ur 1st comment at my blog. i cried on that time..hihi. silly me! ;P Well, thank u so much dear for the friendship u have offered. :))
Hugs! :D
Salam.. Alhamdulillah..akhirnya selesai juga akak bc kronologi ni.. memang detail..akak siapblh flashback lagi tiap bahagian dlm kronologi ni.. :)
xde apa yg akak blh komen kecuali ada sedikit kesalahan penggunaan tatabahasa..hahaha..itu je yg akak nampak.. :) membc sambil diiringi muzik memang membuai dibuatnya.. rasa sedih, lucu, lawak,geram memang ada bila bc kronologi ni..
tak sangkakan..kita bertemu disebabkan KEA. walaupun di alam maya.. hehe..mungkin sebelum ni kita pernah bertemu, berselisih ataupun bergaduh rebu parking kt shopping complex.. haha.. but at that time we not realize it.. disebabkan KEA juga kita jd mesra.. :)
apa yg akak boleh katakan, hanya doa yg mampu akak berikan wat kamu semoga kebahagian itu milik kamu dan semoga Allah permudahkan segala urusan kamu dan berada di dlm rahmatNya dan semoga semua doa kamu dimustajabkan..Amin.. :)
Wassalam
Kak Honey...
Terima kasih :') Entry ni buat org sedih ke? ara pun asyik sedih je lps bace komen org2..hehe..
Kan! Sebab Kea ara jumpa kak honey, siap pergi mencari lagi siapalah kak honey ni.. sampai satu saat tu ara mmg dah xlarat nak masukkan entry tapi lepas bace komen kak honey kat penulisan2u terus ara buka laptop dan sambung tulis..hehe.. ingat2 balik, mmg klakar glr.. tu la penangan ayat kak honey.. :P