3 entries per week, sabtu ahad cuti ya...hihi.
Enjoy reading guys!
Bismillah..
+++++++++++++++++++++++
“HOI! Aku lapar!”
Erk! Kuss semangat!
Dia ni sesuka hati aje nak masuk bilik orang tak bagi salam. Nasib baiklah aku tengah tak buat apa-apa. Kalau tengah tukar baju ke apa tadi, tak ke naya! Rungut Pelangi. Cepat-cepat dia bangun dari baringannya. Tuan besar yang berdiri tegak di depan pintu ala-ala tentera tidak cukup zat Pelangi jeling tajam.
“Encik Irham tak malu ke masuk bilik perempuan macam ni?” Tegurnya sambil membetulkan ikatan rambut yang sudah hampir terburai.
“Kau tu yang tak tahu malu biarkan pintu ni tak berkunci siapa suruh?” Jawab Irham selamba.
Pelangi mati kata. Pandai. Jawapan yang ada point. Dia terasa nak ketuk kepalanya sendiri. Balik-balik memang aku jugalah yang kena!
“… Erm. Kenapa Encik Irham cari saya?” Soalnya malas nak dipanjangkan cerita tadi.
“Aku lapar.” Jawab Irham ringkas. Siap dengan riak muka sekali. Habis berkerut-kerut dahi, hidung semua. Betullah dia memang lapar sungguh ni.
Pelangi kerling jam di dinding. Baru pukul 11.30 pagi. Ni mesti kes tak bangun breakfast ni. Tulah! Membuta aje kerja kau kan, mendapat lahh!
“Suruhlah Mak Munah sediakan.”
“Mak Munah tak ada! Entah mana dia pergi jalan-jalan dengan Alice.”
“So? Pergilah makan kat luar.” Jawab Pelangi acuh tak acuh. Dah besar panjang pun tak tahu nak cari makan sendiri. Manja!
“Alah, Aku malaslah! Kau pergilah masak!” Arah Irham.
Membulat mata Pelangi bila mendengar ‘arahan’ yang keluar dari mulut tuan besarnya itu. Amboiii… aku ni driver kau je Encik Irham! Bukan tukang masak! Bebelnya di dalam hati.
“Saya mana reti masak. Err.. Masak air pun kadang-kadang kering macam tu aje.” Jawab Pelangi ingin mengelak. Tak ada kerja aku nak masakan untuk kau. Di luar bidang kerja plus not even in my JD okay!
“Ahh! Aku tak kira! Orang perempuan kalau tak pandai masak, baik direjam aje dalam sungai yang ada buaya! Cepatlahh! Cepatt!! Aku laparrrr!” Tanpa sedar Irham merengek seakan anak kecil. “Cepat…” Tak cukup dengan itu, tangan Pelangi juga turut ditariknya.
“Hishh!!” Rungut Pelangi. Perangai macam budak kecil! Alice pun tak teruk meroyan macam ni.
“Okeyy… Okeyy…! Tapi tak payahlah sampai nak tarik-tarik tangan saya macam ni. Haram tahu tak? Masuk neraka.” Spontas Pelangi menghambur kata.
Irham dengan cepat melepaskan tangan Pelangi.. Ha, tau takut! “Cepat, Aku tunggu kau kat bawah!” Arahnya agak kasar lantas berjalan keluar dari bilik Pelangi. Hayunan langkah kakinya Pelangi pandang dengan pandangan yang meluat. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Arghh! Tensionnn!
“NAK masak apa ni, Encik Irham? Tak ada benda pun dalam fridge ni.” Beritahu Pelangi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal, habis semua tempat dia geledah. Telur dengan susu adalah. Takkan Irham nak makan omelets pula tengah-tengah hari buta macam ni.
“Alah, takkan tak ada apa-apa… Ikan? Ayam?” Soal lelaki itu kembali.
“Yer… Betul. Tak ada apa-apa ni. Encik Irham tengoklah sendiri kalau tak percaya.”
Irham dengan perlahan merapati Pelangi. Fridge yang sememangnya kosong dipandang hampa.
“Hmm! Kau siaplah cepat, kita pergi groceries.” Putusnya.
Pelangi hanya mengeluh dan mengangguk lemah.
Bala baru dah maiii…!
“Cepatlahhh! Yang kau duk buat muka dekat situ buat apa? Nanti kalau aku mati kebulur kau juga yang menyesal!”
Pelangi mencebik. Tak ada maknanya kalau tak makan setengah hari boleh mati kebulur!
“Cepat….!!”
Hailahhh… Dia ni dari tadi duk cepat! Cepat! Entah apa yang nak dicepatkan sangat pun tak tahulahh. Hmm... Tapi, takpelah. Aku pun ada benda nak beli. Ah, alang-alang… Pelangi bermonolog sendiri.
TROLI yang sudah sarat dengan barang-barang dan rencah masakan Pelangi pandang berkali-kali. Penuh! Itu yang dapat dia lampiaskan melalui kata-kata. Ni nak masak buat kenduri seratus orang pun lepas nih! Omelnya sendiri.
“Err.. Encik Irham, saya rasa cukuplah ni… Banyak sangatlah, makan untuk tengah hari ni je kut…”
Kata-kata Pelangi disambut dengan jelingan tajam. Lelaki itu seakan masih tidak berpuas hati. Selagi troli ni tak patah riuk, selagi ada barang dalam kedai tu, selagi tu lah tuan besarnya itu nak kaut semua. Mahu saja dicadangnya agar terus saja dibeli kedai ni, nanti takut dikata lawan tokey pulak. Haish!
“Aku nak makan kenyang-kenyang tengah hari ni. So apa yang aku beli, pandai-pandailah kau masak.” Jawab Irham selamba.
Sigh! Pelangi melepaskan keluhan berat. Sah-sahlah lepas masak nanti aku akan kaku terbongkang keletihan, atau pun terus pengsan dua hari tak bangun-bangun!! Ataupun… Erk, tak, tak, imaginasi terlalu extreme pun tak boleh jugak kan!
“Ermm… Okay dah. Jom bayar!”
“Err… Encik Irham, saya ada benda nak beli. Apa kata Encik Irham yang tolak troli ni sampai ke cashier, nanti kita jumpa di luar…”
“Beli apa?” Soalnya tegas. Terjegil anak matanya memandang Pelangi.
“Err… Adalah, nak beli ‘barang secret’!” Jawab Pelangi sambil terus berlalu meninggalkan Irham yang sedang terkebil-kebil menyoroti langkahnya.
“HISHH! Time nak pakai, time tu lah tak ada!” Bebel Pelangi sendirian. Pack-pack tuala wanita yang disusun kemas di atas rak Pelangi belek lagi. Dia nak cari yang overnight punya, tapi tak ada pulak, yang ada pun semuanya bersayap, Hmmm… tak suka pakai yang ada wing! Boleh je nak pakai yang daily use punya, tapi takut bocor pula. Dahlah first day… Eh. Eh. Details pula explanation kau ni Pelangi…
“Lar! Ni ‘barang secret’ yang kau cari-cari tadi?” Pelangi terkejut bila disergah secara tiba-tiba.
Erk!! Encik Irhammm…!
“Err…Err…-
“Kenapa? ‘Jepun’ tengah menyerang ke?? Kesian…” Sindir lelaki itu.
Pelangi hanya menjuih bibir. Sibuk! Gumannya.
“Haa… Apa lagi, cepatlah ambil. Aku dah lapar sangat ni, kang kalau aku pengsan, tak larat pulak kau nak handle!” Ugut Irham sambil memandang Pelangi dengan pandangan yang tersirat.
Pelangi ketap bibir. Kalau dah pengsan nak handle ape-ke-benda-nye lagi! Tinggal ajelah kau kat situ tuan besar!
“Hm. Tak apalah, apa yang saya nak tak ada. Jom bayar.” Balasnya ringkas. Malas dan malu. Mukanya dah rasa tebal berinci-inci. Aisey… Aku pun tahu malu bila berduaan dengan lelaki di tempat yang macam ni. Sumpah! Tak pernah buat pun sebelum ni, malu mak, nyah!!
“Apa yang kau cari takde? Ni berlambak-lambak ni, pilih ajelahh…” Potong Irham. Pantas saja tangannya mencapai salah satu pack tuala wanita itu dan dihulurkan kepada Pelangi.
“Haa… Nah! Yang ni bagus, boleh serap banyak-banyak, ada ruang bebas udara lagi… Erm, ha, ada sayap pulak tu, boleh bawak kau terbang bila pakai.” Irham cuba buat lawak yang Pelangi rasa agak bodoh dan sengal! Matanya mengecil memerhatikan gelagat Irham. Sempat juga lelaki itu membelek-belek plastic packaging benda alah tu…
Ish, dia ni tak tahu malu ke?? Aku pulak yang dah tersipu-sipu nieee…
“Ha, yang ni pun bagus… nipis dan selesa. Siap ada corak bunga-bunga lagi…. Ambil jelah, Nah, ambil dua-dua.” Sambung Irham lagi.
“Err…” Pelangi jadi lagi tidak tentu arah. Lelaki di hadapannya itu direnung dengan pandangan yang tajam. Melayang jugak backhand aku ni kang! “Memanglah ada… Tapi saya nak yang tak ada wing.” Akhirnya dia mengalah. Dia ambil kedua-dua pack yang dihulurkan Irham dan meletakkan kembali ke tempat asalnya. “…… Dahlah Encik Irham, jomlah… Seganlah saya Encik buat macam ni.”
“Nak segan buat apa?? Bukannya apa pun, dan lagi, apsal kau tak nak pakai yang ada wing? Kau tu tidur lasak tahu tak. Nanti… ha, malaslah aku nak cakap apa-apakan, lu fikirlah sendiri. Dah-dah, ambil aje dua-dua ni!” Keras dan sarkastik sekali bunyi ayatnya.
Adoii dia ni laaa…...! Pelangi tepuk dahi. Ni memang dah dalam kategori malu nak mampus dah ni! “Dahlah.., dah, jomm!” Dia akhirnya menurut. Sekaligus mematikan perbalahan di antara mereka. Dia berjalan tegak, menonong ke kaunter bayaran. Sedikit pun tidak ditoleh ke belakang. Mahu saja disorokkan dirinya di sebalik timbunan barang-barang yang sarat di dalam troli itu. Err, tapikann… Langkah Pelangi terhenti. Dia terfikirkan sesuatu. Sekilas dia menoleh kembali ke arah Irham.
“Apahal?” Irham angkat kening membalas pandangan Pelangi.
“Err… Macam mana, encik…- Erm, nothing.” Pelangi segera memalingkan kembali wajahnya.
“Nothing. Nothing. Adalah tu yang tak puas hati…” Balas Irham senada.
Hurmm… Macam mana dia tahu aku tidur lasak ya? Pelangi berteka-teki sendiri. Eh… Takkan dia skodeng aku tidur?? Haaa… Takkan kut. Dahinya berkerut. Err, tapi… Tak mustahil kut. Ah! Musykil-musykil.
IKAN patin masak lemak cili padi, sup ayam, sayur kailan goreng belacan, telur dadar, sambal belacan, siap!
Pelangi tersenyum puas di sisi meja makan. Menu kampung. Itu aje yang mampu dia masak. Kalau nak makan chicken chop ke, lamb chop ke, chopstick ke, sorry tak pandai buat. Peluh di dahi dan mukanya dikesat dengan hujung baju. Ni kalau Irham tak kenyang, tak tahulah! Sempat dia mengomel sendiri.
“Encik Irham… Makanan tengah hari dah siap!” Laung Pelangi dari dalam dapur.
Sepi. Tiada jawapan.
“Encik Irham…!” Pelangi mengulang sekali lagi.
Senyap lagi.
“Encik Irham?” Ish… Mana pulak pergi mamat ni? Jangan cakap dia pergi makan kat luar pulak kannn… Memang cari nahas lah! Pelangi bergegas ke ruang tamu untuk mencari kelibat Irham.
“Lar… Tidur.” Pelangi mengurut dada. Lega. Setidak-tidaknya dia tahu Irham sedang menunggu masakannya. Segera dia berjalan merapati Irham yang sedang mengerekot tidur di atas sofa. Bergetar hatinya saat terpandang Irham yang sedang nyenyak tidur. Perasaan yang sama dia rasa sewaktu mereka berada di hospital dahulu.
Lesung pipit itu… Ah, indah! Tak payah nak beria senyum bagai. Duk diam tidur macam tu pun dah boleh nampak lesung pipitnya. Eeii… Comelnya! Geram! Terasa mahu disentuh dan dicubit-cubit pipi itu. Perlahan dia menghampiri Irham. Di tepi sofa itu dia duduk bersimpuh mengadap lelaki itu.
Memang ramai perempuan yang tergila-gilakan tuan besar kita tu. Tapi semuanya tak dilayan. Encik Irham tu bukan suka nak ada commitment dengan mana-mana perempuan. Kalau hari ni awak nampak dia dengan perempuan rambut panjang, esok jangan terperanjatlah kalau nampak dia dengan perempuan rambut pendek pula! Erm… Tak payah tunggu esoklah, pagi petang pun dah boleh nampak… Macam tulah perangainya, suka bertukar-tukar perempuan. Ni mata ni dah hari-hari tengok. Dah muak! Tapi Pelangi jangan risau… Encik Irham tu sebenarnya baik hati. Peramah. Penyayang. Tengok sajalah layanannya pada datin. Kadang-kadang kita yang tak ada kena mengena ni pun boleh tersentuh. Memang beruntunglah perempuan yang berjaya melembutkan hatinya nanti.. Ha, Pelangi tak mahu cuba? Mana tahu nasib badan dapat bersuamikan orang kaya… Akak tengok Encik Irham tu suka pada Pelangi…Suka pada aku? Ihiksss… Tak semena-mena bibirnya menguntum senyum. Tak pasal-pasal! Perbualannya bersama kak Saffiya tempoh hari membuatkan hatinya terbuai seketika. Irham suka pada aku? Pelangi senyum lagi. Makin diulang makin meleret pula senyumannya.
“Kau kenapa senyum sorang-sorang ni? Berangan?”
Tup. Tup. Irham terjaga. Pelangi termalu sendiri. Cepat-cepat dia bangun, berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
Terpisat-pisat Irham menggosok mata. “Dah siap masak?” Soalnya perlahan seakan berbisik.
“Err… Apa?”
“Dah siap masak ke belum!? Haishh… Nak ditengking baru jalan!” Suara Irham meninggi.
“Ohh… Dah siap dah. Encik Irham cakap macam dalam kelambu, mana nak dengar.” Ngomel Pelangi.
“Menjawab. Menjawab! Tarik telinga tu baru tahu!” Irham bangun. Menggeliat. “Aku nak makan.” Sambungnya lagi.
“Okey. Okey. Jom!” Tingkah Pelangi seraya berjalan mendahului Irham.
Irham geleng kepala. Siapa yang lapar sebenarnya ni? Gumannya sendiri.
DI dapur, sedang Pelangi menuangkan air ke dalam gelas, tidak semena-mena telefon Irham berdering. Sempat juga dia menjeling. Entah siapa yang menggangu Irham di waktu-waktu begini.
“… Dari hospital ni.” Beritahu Irham seakan tahu apa yang difikirkan oleh Pelangi. “Erm. Hello?” Irham bangun dan menjauhkan sedikit tubuhnya daripada meja makan. Lama juga dia menjawab panggilan tersebut. Selang beberapa minit kemudian dia kembali dalam keadaan tergesa-gesa.
“Pelangi, kita pergi hospital sekarang!”
Pelangi tersentak. Dah kenapa pulak ni? Makanan pun tak sempat nak jamah lagi.
“Ada apa, Encik Irham? Tak nak makan dulu? Tak sedap…-
“Bella dah sedar!”
Oh. Dengar saja nama Bella, hati Pelangi sedikit terusik. Patutlah tergesa-gesa…
“Cepatlah! Biar aje makanan tu kat sini. Nanti pandai-pandailah Mak Munah uruskan.”
Uruskan? Apa maksud dia uruskan? Peluh aku pun tak sempat kering lagi ni. Pelangi seakan kecewa. Tak terasa nak berganjak pun dari tempat duduknya. Penat tau aku masak semua ni... Keluhnya.
“Pelangi, kau nak aku dukung kau ke ape ni? Boleh tak cepat sikit. Nanti balik aku makanlah…”
“Betul Encik Irham akan makan?” Soal Pelangi ingin mendapatkan kepastian.
Irham diam. Berfikir sesuatu. “Erm, tengoklah!” Jawabnya seraya berlalu.
Hmm. Pelangi menghela nafas panjang. Tengoklah. Tengoklah. Maknanya taklah tu! Dia pasrah. Lauk pauk yang sudah tersedia di depan mata dipandangnya sayu.
“Tak apalah lauk-lauk ku yang sedap yang dimasak oleh aku dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang… Jangan bersedih. Balik nanti aku ngap kau ya! Sila bertabah!” Pelangi berbisik seakan mahu memujuk hatinya sendiri. Dia bingkas bangun. Membetulkan baju yang dipakainya.
“PELANGI…….!! Kau nak suruh Bella tunggu kau pulak ke!??”
Hishhh… Siren dah berbunyi. Bising betul lah dia ni…
“Yer…… Kejap. Kejap!”
Bella. Bella. Oh Bella. Diva Bellaaa!
Mata ke atas, tangan ke bahu. Huh…!
Bersambung :D
+++++++++++++
Sneak Peak Next Entry:
“Awak sedar tak yang awak ni adorable Pelangi…” Puji Amer. Dia tersenyum penuh makna.
Serta merta Pelangi rasa semua darahnya menyerbu naik ke muka. Dia memang malu kalau dipuji depan-depan begitu. Sumpah ini yang pertama. Cute tu dah biasa, tapi adorable tu yang tak menahan… Mahu senyum sampai ke telinga!
“Eh. Ada-ada saja awak ni, Amer.”
“Tak serius ni. Saya puji bukan saja-saja nak ambil hati awak ke apa. Tapi jujur saya cakap, awak cantik, Pelangi. Tenang hati saya bila lihat muka awak. Takkanlah Irham tak pernah puji awak apa-apa…”
Erk, Irham? lelaki sombong tu? Nak puji aku? Memang masuk kubur keluar kubur pun jangan haraplah dia nak puji. Bukan setakat puji, nak cakap terima kasih pun nan hado ajelah!
Hah… Kenapa senyap pula ni? Saya ada salah cakap ke?”
“Eh. Takde pape. Terkejut bila ada orang puji tiba-tiba. Erm… Awak pergilah lawat Bella dulu…”
“Hai menghalau?”
“Eh, bukan menghalau. Cuma…-
Tak, tak. Saya bergurau saja. Okeylah. Saya masuk dulu ya. Hati-hati. Orang cantik ni selalu kena culik.”
“Kalau saya kena culik memang butalah si penculik tu!” Sempat Pelangi menambah.
Amer berpaling. Dia tersenyum manis.
Pelangi terkesima. Oh, memang sangat manis! Awak… saya nak sikit manis tu boleh tak? nak buat air. Ehe!
“You will never know, sweetie… You will never know.” Jawab Amer. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir. “So.., until we meet again ya!” Dia kemudiannya mengangkat tangan signal melambai.
Pelangi turut membalas sambil tersenyum. Wajahnya ceria. Terpujuk sikit hatinya ketika itu. Dia memerhatikan kelibat lelaki itu sehingga hilang dari pandangannya. Hmm… Sebenarnya boleh tahan juga kawan tuan besarnya itu. Kenapa ya sebelum ini aku selalu fikirkan perkara-perkara yang tidak baik tentangnya? Silap aku sebab menilai terlalu cepat? Atau silap dia sebab terlalu manis?
Awak cantik, Pelangi. Awak cantik…Senyuman Pelangi semakin meleret. Matanya dipejam rapat-rapat.
Ah! tak salah kalau nak perasan sekejap. Bukan selalu. Well… Kalau tuan besar tak sudi, tuan kecil pun bolehlah!
++++++++++++++++++
Awak baik hati kalau komen banyak-banyak. Hieee... Jaga diri baik2 aite? :D
4 comments:
BEST...
Aduss...monday..monday... Lmbt la plak rasenye..
@baby mio\
Thanks baby mio.. :)
@akma hussin
kejap je inshaa'Allah, pejam celik, pejam celik je...hehehe