Flight aku pukul 4.30 petang ni. Hi atau bye!
Mesej berbaur ugutan yang dihantar oleh Farish pagi tadi membuatkan Pelangi tidak senang duduk. Dikerling jam ditangan. Dah pukul satu petang. Ah, nak pergi atau tidak ni?? Dia jadi serba tidak kena. Resah! Bimbang jika Farish benar-benar maksudkan semua benda yang diberitahunya tempoh hari.
“Punggung kau ada bisul eh.?”
Suara garau tiba-tiba menyapa. Sinis sekali sapaannya!
“Eh, tak adalah. Kenapa.?”
“Habis tu macam tak senang duduk je aku tengok.”
Eh. Dalam duk sibuk-sibuk tu, sempat lagi rupanya mamat ni memerhatikan aku.
“Err… Nothing.” Balas Pelangi ringkas.
“Betul nothing?”
“Yup.”
“Are you serious?” Irham mengulang lagi. Organizer nya ditutup dan diletakan ke tepi.
Pelangi senyum. Dikerling sekilas pada Irham yang sedang memandangnya. Kenapa tiba-tiba nak concerns? Hatinya berbisik sendiri.
Irham jongket kening bila melihat Pelangi memandangnya. “Why?” Soalnya.
“Nope. Nothing. Seriously, tak ada apa-apa…” Bibir itu menguntum senyum manis.
“Okay as you said.” Putus Irham. Pelangi masih tersenyum. Hatinya sedikit terusik. Sejak dua tiga hari ni jarang sekali tuan besarnya itu meninggikan suara dengannya.
Beep. Beep.
Seketika kemudian handphone Pelangi berbunyi.
Ada mesej! Seakan sudah tahu siapa penghantarnya, Pelangi segera mengeluarkan telefon itu dari beg galasnya.
Ehem!
“Err… Nak baca mesej sekejap, Encik Irham. Urgent” Beritahu Pelangi bila Irham berdehem. Dia sedia maklum yang tuan besarnya itu tidak suka bila dia menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu. Pantang katanya.
Mesej dibuka. Dari Farish!
Aku…-
“Urgent sangat ke sampai tak boleh nak tunggu?” Soal Irham bernada tinggi.
Aisey! Dapat baca sikit aje! Pelangi kembali berpaling ke arah Irham. “Ha’ah. Antara hidup dan mati.” Balasnya dengan riak yang serius.
“Hurm. Berhenti tepi!” Arah Irham. Kalau dah namanya soal hidup dan mati nak digaduh apa?
“Eh… Tak payahlah, sikit…-
“I said berhenti!” Irham bertegas.
Pelangi mengalah. “Okey, okey.” Ada betul juga kata tuan besarnya itu. Mencegah lebih baik daripada merawat. Signal ke kiri diberikan. Mujurlah tak banyak kereta yang lalu. Sekejap saja mereka sudah berada di bahu jalan.
Aku dah sampai di KLIA. Aku tunggu kau. Jangan kecewakan aku. Please come…
“Farish…” Nama itu meniti di bibir Pelangi. Perlahan seakan merintih.
“Farish? Siapa Farish?” Soal Irham dengan wajah yang serius. Dia pantang betul bila Pelangi menyebut nama mana-mana lelaki di hadapannya.
Pelangi berkira-kira untuk menjawab. “Erm. Kawan.” Jawabnya ringkas. Telefon bimbitnya masih berada di tangan. Dia jadi serba salah. Mahu dibalas atau tidak? Mahu pergi atau…? Haishh!
“So?”
“Err… Encik Irham… Erm, Encik Irham ada benda urgent tak kejap lagi?” Soal Pelangi tersekat-sekat.
“Maksudnya?” Sepatah-sepatah Irham menjawab. Menambahkan lagi kegusaran di hati Pelangi.
“Err… Boleh tak. Boleh tak kalau kita singgah KLIA sekejap. Sekejap je, Encik Irham. Boleh tak?” Banyak kali perkataan ‘boleh’ itu diulang Pelangi.
“Nak buat apa? Aku ada hal kejap lagi!”
“Saya nak jumpa kawan saya sekejap. Dia nak travel-
“Kawan kau yang nama Farish tu?” Tak sempat Pelangi nak menghabiskan ayatnya. Irham dengan pantas memotong.
“Err… Ha’ah. Dia-
“Tak payah! Gerak sekarang! Tak ada masa aku nak layan kau.” Terus-menerus ayat Pelangi dipotong Irham. Pelangi gigit bibir. Tiba-tiba hatinya jadi sebak. Farish…
“Tapi, encik…-“ Pelangi masih tak putus asa.
“Siapa Farish tu sebenarnya? Boyfriend kau? Tunang? Atau suami kau?” Sergah Irham.
“Eh… Tak, tak. Dia cuma kawan baik saya saja. Dia. Dia nak…-“ Kali ini Pelangi tidak menghabiskan ayatnya. Dia terdiam. Air matanya menitik. Dia teresak kecil. Allah… Susahnya nak terangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu tuan besarnya itu tahu apa yang terjadi di antara dia dan Farish. Melihatkan dari gaya Irham, dia tahu apa yang bakal dikatakan oleh lelaki itu dan dia tak mahu Farish kelihatan sangat teruk di mata Irham. Farish tak salah. Dia cuma… Dia cuma keliru. Ya! Keliru.
Irham sedikit tersentak bila melihat Pelangi menangis. Apa aku dah buat?
“… yang kau menangis ni kenapa? Ada aku usik kau?”
“Tak…” Suara Pelangi bergetar. Air mata yang jatuh dia kesat dengan belakang tangan. “Saya… Saya nak jumpa dia…” Dalam sedu sedan Pelangi menyampaikan hasratnya. Sedih betul bila melihatkan keadaannya ketika itu.
Hati Irham sedikit terkesan bila melihat Pelangi dalam keadaan begitu. Siapa Farish ni sebenarnya? Istimewa sangatkah dia sehingga mampu membuatkan airmata seorang gadis yang bernama Pelangi ni tumpah? Soalan itu berlegar-legar di fikiran Irham.
“Hurmmm…” Irham hela nafas panjang. “Kau memang nak pergi sangat ke?” Aduh, lain difikir lain pula yang diluah. Izinkan sajalah Irhammm… Banyak betul soalannya!
Pelangi angguk. Dengan mata yang masih berlinang dia memandang Irham.
Irham terpaku. Aisey… Jangan nak buat muka macam tu boleh? Lemah rasa satu badan...
“Boleh ke, Encik…” Pelangi bertanya lagi.
“Erm… pergilah!” Putus Irham akhirnya.
“Ser…-
“Tapi. Tapi! Bersyarat.”
“Baik. Baik, apa saja syaratnya saya akan buat.” Pelangi kesat airmatanya yang masih bersisa. Raut wajahnya sudah kembali ceria.
“Not more than ten minutes!”
Dahi Pelangi berkerut. “Sepuluh minit je?”
“That is the deal. Aku ni dah cukup baik dah nak izinkan kau jumpa entah siapa kawan kau tu. Aku-
“Okey! Okey! Saya janji. Not more than ten minutes. Terima kasih, Encik Irham. Encik lah satu-satunya bos yang paling baik sekali di dalam duniaaa… Terima kasih!” Amboi melambung pujian yang diberikan Pelangi.
“Time macam ni lah baru kau nak puji aku baik segala. It doesn’t work on me, Pelangi. Now, move your car and settle it fast!” Arah Irham kasar. Dah macam nak telan orang aje lagaknya!
“Baik… Terima kasih, Encik.” Ulang Pelangi lembut. Sebuah senyuman yang dirasakan paling manis dihadiakan kepada tuan besarnya itu.
“Erm” Sahut Irham tanpa sedikit pun memandang ke arah Pelangi yang sudah kembali fokus pada pemanduannya. Dia buang pandang ke luar tingkap. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Perasaannya indah. Dia akui senyuman itu membuatkan hatinya tenang. Sangat tenang sehingga membuatkan dirinya terbuai-buai. Err… Okey, itu over. Dia senyum je Irham oi, bukannya peluk atau cium kau pun! Seakan baru terkena ketukan hammer, Irham tersedar. Dia terbatuk kecil dan segera membetulkan posture duduknya.
Kau dah parah ni Irham!
++++++++
“KAU betul-betul nak pergi?”
“Yes!”
“Tapi Farish…” Pelangi dah rasa nak menangis.
“Don’t start.”
“… sempat lagi kalau nak patah balik.” Pelangi masih berharap. Airmatanya jatuh lagi.
“Lani… Please lah. Janganlah menangis!”
Pelangi diam. Teresak-esak dia menangis. Tidak dihirau pada mata yang memandang.
“Aku… Aku sedih…”
Farish mengosok lembut belakang tubuh temannya itu. Bahunya dipeluk erat. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Selepas seketika Farish melepaskan Pelangi. Dia tidak mahu hanyut dengan perasaannya. Dia juga perlu kuatkan hati demi cita-cita yang diimpikannya selama ini.
“Hmm. I have to go… Aku tak tahu nak cakap apa lagi...”
“Farish… Aku tak boleh kehilangan kau.” Dalam sedu sedan Pelangi memberitahu.
“Aku tak hilang, Lani. Aku masih Farish. Kawan baik kau. Aku cuma nak cari hidup aku yang hilang, identiti aku. Aku…-
“Tapi bukan dengan cara ni, Farish. Sedarlah….”
“This is the only way yang aku dapat fikir. The only way! Sudahlah. Kau doakan jelah aku. Inshaa’Allah, kalau ada umur panjang, kita jumpa lagi. Aku akan cari kau Lani. Aku janji!”
“Farish…”
“Sudahlah Lani… Hmm. Nah, ambil ni.” Farish meletakkan sesuatu ke tangan Pelangi.
“Apa ni?”
“Ambillah… Hadiah dari aku. Aku mungkin pergi lama nanti. Kau gunakan cek tu sebaik mungkin ya…”
“Aku tak nak!”
“Ambil!”
“Aku-
“Kalau kau nak jumpa aku lagi, kau ambil.”
“Kenapa kau buat aku macam ni, Farish. Kau kenal aku kan… Kau-
“Sebab aku kenal kau lah aku hadiahkan kau dengan duit tu. Kau perlukannya, Lani. Tolong terima…”
“Tapi…
“Okay enough. I shall move now.”
“Farish…”
“Kau jaga diri. Please really take good care of yourself and please always remember, apa pun yang jadi kau tetap kawan aku dunia akhirat. Aku pergi sekarang ya.”
“Farish…”
“Bye!”
Farish melangkah dan tidak berpaling lagi selepas itu. Hatinya keras! Pelangi terduduk lemah. Dia dah kalah. Dia tak mampu untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh temannya itu. Dia gagal… Farish… Semua ni salah, Farish. Salah!
“Tisu...”
Suara yang kedengaran secara tiba-tiba membuatkan Pelangi tersentak. Dia mendongakan sedikit wajahnya. Penglihatannya jadi kurang jelas disebabkan oleh tangisannya sebentar tadi. Kelibat seseorang yang sedang berdiri di hadapannya nampak kabur.
“Dahlah… Tak payah menangis lagi. Buruk tahu tak bila kau menangis macam tu. Kawan kau tu bukan nak tinggalkan kau terus kan?”
Irham!
Pelangi sangat kenal dengan suara itu. Dia kesat airmatanya. Perasaan malu serta merta datang menerpa. Wajahnya segera dipalingkan daripada lelaki itu.
“Tak payahlah nak malu sangat. Aku dah nampak dah semua. Menangis macam orang mati laki!” Irham cuba memujuk walaupun dia tahu pujukannya itu keras. “Nah, ambil tisu ni.” sambungnya lagi.
Pelangi dengan perlahan menyambut tisu yang dihulurkan Irham. “Terima kasih…” . Ucapnya lembut. Air mata yang masih bersisa dia kesat perlahan.
Irham sekadar memerhatikan gerak geri Pelangi. Menawan. Itu yang dia nampak di sebalik kesedihan itu. “… Tu air kat hidung tu pun lap sekali.” Irham cuba bergurau.
Pelangi tergelak kecil. Tanpa sedar dia memukul lembut lengan tuan besarnya itu.
Irham sedikit tersentak. Suatu perasaan aneh tiba-tiba menyelinap masuk ke hatinya. Tak semena-mena jantungnya berdegup kencang. Err.
“Encik Irham.”
“Pelangi.”
Mereka bersuara serentak.
“Erm, go ahead.” Irham mengalah.
“Err… Encik Irham cakap dulu.” Pelangi jadi serba tak kena.
Sunyi. Terdiam sejenak.
“Nak makan aiskrim?” Pelawa Irham mematikan suasana kaku. Entah kenapa tiba-tiba moodnya jadi baik begitu. Penangan senyuman tadi ke? Ehem.
“Aiskrim?” Dahi Pelangi berkerut.
“Yup! Nak ke?”
“Kenapa aiskrim? Encik Irham nak makan ke?”
“Taklah. Kau lah yang nak makan. Kau kan tengah sedih.”
“Oh, kalau sedih kena makan aiskrim yer?”
Kali ini dahi Irham pula yang berkerut. “Bukan ke kalau perempuan sedih dia suka makan aiskrim?”
“Cliché!” Tingkah Pelangi.
“Cliché? Pergh! Sombong giler ayat kau!”
“Bukan sombong, cuma saya ni orang miskin, selalu sedih. Kalau dah setiap kali sedih takkanlah setiap kali tu jugak nak kena pujuk dengan aiskrim. Saya mana mampu…” Jawab Pelangi jujur. Dia sudah kelihatan tenang berbanding tadi. Pandai Irham pujuk. Cewah!
“Betul jugak tu. Erm, so, nak ke tak nak ni?” Irham mengulang. Sekali pujuk sudah. Dua tiga kali jangan harap!
“Takpelah, Encik Irham… Tak rasa nak makan… Terima kasih.”
“Eleh, jual mahal!”
“Bukan jual mahal. Saya…-
“Okey. Okey, kalau kau tak nak, tak apa. Tak payah nak explain macam-macam…” Celah Irham malas nak dengar gadis itu membebel. “Tapi… bagus jugak kalau kau tak nak, jimat duit aku.” Sambungnya lagi sambil tayang muka bajet comel.
Dengan ekor mata Pelangi menjeling ke arah Irham.
Ceh! Tak ikhlassss…!
“Ha ni kau dah okey lah kan?”
Pelangi angguk. “Okey” jawabnya perlahan.
Irham sengih. Sengih semacam. Sengih yang ada makna!
“Good. Now move! Aku cakap sepuluh minit je tadi kan? Sekarang ni dah lebih sepuluh minit. Dah nak dekat setengah jam dah pun! Kau ingat aku tak ada kerja lain selain nak layan kau?” Suara Irham tak pasal-pasal kembali meninggi.
Pelangi terkejut. Apakah…!?
“Dah… Dah! Tak payah nak buat terkejut sangat. Cepat!”
Pelangi merenung Irham atas bawah. Terkulat-kulat dia memerhatikan lelaki itu. Mamat ni betul ke tak betul ni!?
“Kenapa? Handsome sangat ke aku sampai kau pandang macam tu?”
“Hah!?” Pelangi melopong.
Irham jongket kening. “Handsome kan? kan? Kan?”
“Eee….euwww! Vomit blood!” Pelangi buat memek muka nak muntah.
“Ha Ha Ha! Dah, jom blah!” Irham gelak besar. Bahu Pelangi ditariknya agar berjalan seiring dengannya. Gadis itu terdorong sedikit kehadapan. “Kau tu dahlah katik! KLIA ni ramai orang. Kang kalau hilang, tak pasal-pasal aku kena cari driver baru! Jalan sebelah aku sini!”
Hailahhhh! Pelangi mengipas-ngipas mukanya yang tengah membahang. Dikerling sedikit pada Irham yang masih tersengih-sengih.
Lelaki ni memang tak kenal apa itu erti penyesalan agaknya! Grr!!
Bersambung :D
+++++++++++++++++++
Sneak Peak Next Entry!
Lesung pipit itu… Ah, indah! Tak payah nak beria senyum bagai. Duk diam tidur macam tu pun dah boleh nampak lesung pipitnya. Eeii… Comelnya! Geram! Terasa mahu disentuh dan dicubit-cubit pipi itu. Perlahan dia menghampiri Irham. Di tepi sofa itu dia duduk bersimpuh mengadap lelaki itu.
Memang ramai perempuan yang tergila-gilakan tuan besar kita tu. Tapi semuanya tak dilayan. Encik Irham tu bukan suka nak ada commitment dengan mana-mana perempuan. Kalau hari ni awak nampak dia dengan perempuan rambut panjang, esok jangan terperanjatlah kalau nampak dia dengan perempuan rambut pendek pula! Erm… Tak payah tunggu esoklah, pagi petang pun dah boleh nampak… Macam tulah perangainya, suka bertukar-tukar perempuan. Ni mata ni dah hari-hari tengok. Dah muak! Tapi Pelangi jangan risau… Encik Irham tu sebenarnya baik hati. Peramah. Penyayang. Tengok sajalah layanannya pada datin. Kadang-kadang kita yang tak ada kena mengena ni pun boleh tersentuh. Memang beruntunglah perempuan yang berjaya melembutkan hatinya nanti.. Ha, Pelangi tak mahu cuba? Mana tahu nasib badan dapat bersuamikan orang kaya… Akak tengok Encik Irham tu suka pada Pelangi…
Suka pada aku? Ihiksss… Tak semena-mena bibirnya menguntum senyum. Tak pasal-pasal! Perbualannya bersama kak Saffiya tempoh hari membuatkan hatinya terbuai seketika. Irham suka pada aku? Pelangi senyum lagi. Makin diulang makin meleret pula senyumannya.
“Kau kenapa senyum sorang-sorang ni? Berangan?”
Tup. Tup. Irham terjaga. Pelangi termalu sendiri. Cepat-cepat dia bangun, berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
Terpisat-pisat Irham menggosok mata. “Dah siap masak?” Soalnya perlahan seakan berbisik.
“Err… Apa?”
“Dah siap masak ke belum!? Haishh… Nak ditengking baru jalan!” Suara Irham meninggi.
“Ohh… Dah siap dah. Encik Irham cakap macam dalam kelambu, mana nak dengar.” Ngomel Pelangi.
“Menjawab. Menjawab! Tarik telinga tu baru tahu!” Irham bangun. Menggeliat. “Aku nak makan.” Sambungnya lagi.
“Okey. Okey. Jom!” Tingkah Pelangi seraya berjalan mendahului Irham.
Irham geleng kepala. Siapa yang lapar sebenarnya ni? Gumannya sendiri.
++++++++++++++++++++
Readers yang baik hati silalah komen banyak-banyak yer. Nanti ara masuk entry laju-laju lagi. Pinky pomishh! hieeeee..
Jaga diri! :))
9 comments:
Best ler...klaka gak..plz smbg laju2..yea..
Best ler...klaka gak..plz smbg laju2..yea..
best......ler nak lagi.
@Kiki Wafa
Haha. Inshaa'Allah dear! :D 3 Kali seminggu. so next entry jumaat ya.. sabtu ahad cuti. :)
@baby mio
Jumaat pulak yer... :)) Thank you baby mio. ara noticed you since novel kea lagi..hehe..
cair jugak si irham ni dgn pelangi, ingatkan hati batu. Rupanya hati strawberry jelly :D
@hk
Siapalah yang tak cair bila tengok Pelangi yg innocent tu kannn..haha
baru berkesempatan baca....best giler=)))))
@azza thank u soooooo much, azza! :D