Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Monday, September 2, 2013

"Aiseyman, Driver Aje! - Bab 26"

“HOI PEREMPUAN!”

Pelangi tersenyum lebar bila mendengar panggilan itu. Sah!

“Farishhh!!” Dia turut melaung. Tangannya diangkat. Memanggil Farish supaya menghampirinya.

Kalau sombong dengan aku, jangan harap bila kau kahwin aku nak datang!

Begitulah mesej terakhir yang diterima daripada temannya itu. Dua bulan lalu. Ya! Dah dua bulan aku tak jumpa kau, Farish! Rinduuu!

“Farishhhh….” Panggil Pelangi lagi bila temannya itu sudah berdiri betul-betul di depan mata.

Kendengaran Farish mendengus. “Apa Farish, Farish!?” Tingkah lelaki itu. Mukanya mencuka. Merajuk.

Pelangi tergelak kecil. “Aku rindu giler dekat kau, Farish…” Beritahunya.

“Ah! Boleh blah laaa… Rindu aku tapi mesej tak berbalas, call tak angkat! Sakit hati kita ni tau tak!” Rajuk Farish memberitahu.

“Alala… Jangan merajuk. Aku bukan sengaja. Tak sempat! Aku…-

“Tak sempat ke-hape! Sibuk sangat melayan tuan besar kau tu, sampai aku pun kau buat tak tahu! Aku ni dah macam melukut di tepi gantang tahu tak, dah macam lagu Francisca Peter tu, sekadar di pinggiran, dicari bila perlu, ditinggalkan bila tak mahu. Sedih mak, sampai hati!”

Amboi habis semua ayat sedih duk pakat-pakat nak keluar! Hampir berderai tawa Pelangi mendengar ngomelan Farish ketika itu. Cepat-cepat dia tutup mulut. Tahan Pelangi, tahannn… Bahaya! Emosi mamat ni tak stabil lagi ni. Nahas kalau tersalah kata!

“Ala beb! Jangan macam ni… Kau kena faham, aku sibuk. Aku…-

“Sibuk, sibuk! Orang lain pun sibuk jugak! Tapi sempat je nak tanya khabar, teman keluar minum semua. Kau tu je yang…-

“Ia… Aku tahu aku salah. Sorry lah Farish ku sayang… Banyak sangat benda yang jadi lately. Aku ni pun dah dua tiga kali asyik accident je. Kejap kepala berbenjol lah, kaki terseliuh lah. Macam-macam. Tambah pula sekarang ni aku dah jadi driver cum baby sitter, student part-time lagi, tak menang tangan aku dibuatnya Farish. Kau janganlah marah dengan aku, Farish… Kata ‘bff’…”

“Hah kenapa dengan kepala kau? Kaki pun? Mana, mana? Nak tengok!” Bila dapat tahu saja Pelangi accident, beria-ia Farish nak melihat. Dia bukan apa. Risau!

“Ishh… Dah okey dah. Tinggal nak tunggu kaki ni je pulih sepenuhnya, kepala dah okey. Kau jangan risau yer…” Terang Pelangi sambil tersenyum manis ke arah Farish.

Farish pula masih seperti tadi, muncung tu kalau di buat ampaian boleh muat basuhan untuk seminggu.

“Dah tau sakit macam tu tak reti pulak kau nak call aku kan?”

“Err… Lupa! Sowieee…”

“Sorry, sorry! Padanlah tu. Kerja kuat sangat. Memang mendapatlah kannn! Semua benda kau nak buat,. Orang nak tolong tak bagi. Degil! Ego pun satu tu…” Marah betul si Farish ni dengan Pelangi. Habis semua dia luah!

“Hishhh… Dahlah! Kalau jumpa aku nak marah-marah, baik tak payah jumpa. Aku baliklahhh…” Service bertukar tangan. Kali ini Pelangi pula yang merajuk. Bingit betul telinganya! Pura-pura dia capai topi keledarnya ingin berlalu.

“Eh Laniii!” Farish tarik tangan Pelangi.

Pelangi sengih. Proud winner! Ehe.

“Hah ape!? Nak bebel-bebel lagi? Aku balik ni, aku balikk…”

“Alah janganlahhh… Sorry. Sorry. Aku tak marah kau lagi…” Pujuk Farish pula.

Makin lebar sengih Pelangi. “Promise?”

“Pinky promishhh!” Farish tunjuk jari kelingking.

“Okey, pinky promise!”

“Erm…”

Suasana jadi senyap tiba-tiba.

“Farish!”

“Lani!”

Serentak mereka memanggil.

“Err…”

“Okey, kau dulu.” Pelangi mengalah.

Senyap lagi.

“Err… Apsal rasa awkward sangat dowh!?” Tempelak Pelangi tak semena-mena. Serius! Rasa macam kekok giler!

“Itulah tuuu… Baru dua bulan kut tak jumpa, kalau dua tahun tak tahulah aku. Tak bercakap langsung agaknya. Pandang muka pun tak!” Farish menambah. Pelangi sekadar mengangguk mengiakan kata-kata Farish.

“Eh, tapi janganlah sampai macam tu!”

“Manalah nak tahu. kau tu yang si…-

“Hah, jangan mula! Aku balik kang…” Ugut Pelangi lagi.

“Hishh… Ialahh, ialahh…” Farish mengalah. Memang begitulah lazimnya. Apa pun yang berlaku di antara mereka, memang Farish lah yang akan mengalah. Nak harapkan Pelangi, memang taklah! Ego melangit!

“Rindu aku tak?” Duga Pelangi.

Farish pantas mengangguk. “Sangat kut! Rindu nak meninggal!”

Pelangi pecah tawa. “Alaa… Janganlah sampai nak meninggal pulak, sian kat aku nanti takde kawannn…” Lirih Pelangi. Saje nak manja-manja dengan temannya itu.

Farish juga turut ketawa, geli hati dengan ayatnya sendiri. “Kau kena faham, mak ni memang extreme! Ha Ha Ha.”

“Kau memang! Cerita tak ada apa, exaggerate je lebih!” Tokok Pelangi sambil menyambung sisa tawanya.

“Of courseee! Ha, Kau? Kau rindu aku tak?”

“Kau rasa?” Pelangi jongket kening.

“Giler tak rindu, rindulah! Kan? Kau rindu aku kan? Kan??”

Pokk!

Pelangi ketuk kepala Farish.

“Aduhh! Kau ketuk kepala aku kenapa!??” Rungut Farish. Kepalanya digosok-gosok dengan telapak tangan.

“Saje! Rindulah… Rindu nak ketuk kepala kau macam selalu, rindu nak sakat kau, rindu nak dengar suara kepit kau, rindu nak tengok muka kau, rindu, rindu, ishh… Rindu semualahhh!”

“Baguslah macam tu. Bolej belajar.” Tiba-tiba suara Farish berubah nada. Sedikit serius.

“Belajar? Maksud kau?” Pelangi garu kepalanya yang tak gatal. Tak faham!

“Belajar untuk rindu aku lah…”

“Dah kenapa pulak aku kena belajar untuk rindu kau? Takde keje aku!”

“Kau kena!”

“Kenapa pulak??”

“Sebab…-“ Ayat Farish mati di situ.

“Sebab?” Dahi Pelangi berkerut.

“Sebabbb… Tak lama lagi aku dah jadi macam kau!! So, kau dah tak jumpa la Farish yang macam ni lagiii… Yahooo!” Tingkah Farish happy semacam.

“Err… Jadi macam aku? Jadi macam mana tu?” Pelangi masih lagi tertanya-tanya.

“Alahhh, lembab pulak orang tua ni! Jadi macam kau lah, jadi perempuan tulen.”

“Hah!? Perempuan tulen??”

“Yup, yup! Aku dah buat keputusan muktamad. Aku nak jadi Farisha. No more Farish, Farish.”

Pelangi tergamam. “Err…” Otaknya cuba mencerna kenyataan yang baru saja dia dengar.

“Kau happy tak? Mesti kau happy kan? Lepas ni kita boleh pakai baju sama-sama, boleh tukar kasut sama-sama, ehhh… tak boleh, tak boleh, kau tu bukan nak pakai kasut tinggi pun, kan?? Ishhh… Tak kisahlahhh. Tapi kau mesti support aku tau, support luar dalam, kau kena…-

“Eh, jap, jap. Kau nak buat pembedahan tukar jantina ke ape ni?” Pelangi cuba meneka. Suaranya perlahan seakan berbisik. Harap-harap tidak seperti yang dia maksudkan. Takkanlah Farish nak…- Ish, bukan… Bukann… Pelangi cuba sedapkan hati sendiri.

“Ha’ah! Kau happy kan? Aku akan buat di overseas… Aku…-

“Whatt!??” Seakan terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi reaksi Pelangi ketika itu. “Kepala ‘Brain’ kauuu! Kau dah gila? Akal letak mana sampai boleh fikir macam tu?” Habis semua sumpah seranahnya keluar. Hilang sudah keayuannya sebagai gadis melayu terakhir.

“Lar… Kenapa? Tak salah kut. Aku nak cari happiness aku. Bukan nak pergi bunuh orang. Lagipun aku dah lama fikir, ini yang aku nak selama ni, yang aku tunggu-tunggu. Aku nak gembira Lani, aku nak jadi macam kau. Macam perempuan lain. Aku perlukan semua ni… Aku…-

“Kau ni cakap macam tak ada agama kan? Kau lupa ke kau tu orang islam? Ada Tuhan? Kau lupa? Think Farish, think. Jangan buat keputusan melulu… Itu semua nafsu kau aje. Lagipun semua tu bahaya!” Marah Pelangi. Dia tidak pernah sangka, teman baiknya itu sanggup berfikiran begitu.

“Aku dah habis fikir, Lani. Soal bahaya atau tak, itu aku tolak ke tepi dulu. Aku dah buat research semua. Aku dah tanya kawan-kawan aku yang dah buat, semuanya berjaya. Aku yakin Pelangi, aku yakin. Sekarang aku hanya perlukan kau untuk support aku. Itu saja. Lagipun, takkanlah kau tak suka kalau aku dah sama dengan kau nanti, kan?”

Astaghfiruallahalazimmm…

Pelangi mengucap seraya menghela sebuah keluhan berat. Bukan sama atau tidak yang menjadi persoalannya sekarang, Farish… Hmm…

Suasana hening.

Pelangi tunduk, menguis tanah. Dia telan air liurnya sendiri. Perit. Tak terluah rasanya ke anak tekak.

“Lani…” Panggil Farish.

Pelangi angkat muka dan merenung tepat ke anak mata lelaki itu. Sedih! Sedih rasa hatinya bila Farish tewas dengan nafsunya sendiri.

“Please Lani… Cakaplah dengan aku. I need you. Please…”

“Semua ni kerja bodoh, Farish. Kerja sia-sia…” Pelangi mengeluh lagi. Pandangannya dilemparkan jauh. Air mata yang ditahannya sedikit demi sedikit jatuh. Bukan berita ini yang ingin dia dengar setelah hampir dua bulan tidak bersua. Bukan Farish, bukan.

“Tapi ini semua untuk kebahagian aku, Lani. Kau kena faham.”

“Kebahagian apa yang kau mahu kan, Farish? Kebahagian yang bagaimana? Kebahagian yang akan buat kau menderita di kemudian hari? Yang akan buat kau menyesal satu hari nanti? Macam tu? Kau perlu sedar yang semua ni nonsense! Aku… Aku tak boleh terima!”

“Lani, look. I’m happy with my decision. This is all I want. Aku pasti tak ada apa yang akan aku sesalkan nanti. Cuma sekarang ni aku perlukan sokongan moral daripada kau, dari teman susah senang aku. Itu saja. Susah ke, Lani? Susah ke kau nak tunaikan permintaan aku ni? Susah ke?”

“Sokongan untuk kerja bodoh ni?? Kau patut tahu jawapan aku sebelum kau minta aku tunaikan permintaan kau ni semua!” Pelangi merengus kasar. Perkara ni memang tak boleh dipandang ringan! Farish perlu disedarkan!

“Tapi kenapa, Lani? Kau tak nak tengok aku happy ke? Kau tak suka kalau teman baik kau dah semakin hampir nak capai cita-cita yang selama ini dia idam-idamkan? Kau tak suka?” Farish bersungguh-sungguh meyakinkan Pelangi.

“No, Farish. Mustahil! Mustahil aku nak sokong kau untuk perkara sebegini. Aku… Aku kecewa dengan kau, Farish. Sangat kecewa… Aku tak sangka kau boleh terfikir untuk buat kerja ni… Farish…-” Ayat Pelangi putus di situ, jemari temannya itu dicapai dan digenggam erat.. “Kau boleh patah balik, Farish. Kau boleh lupakan semua ni. Aku boleh tolong kau untuk berubah. Kita cuba. Kita…-

“No! Aku tak nak! Aku tetap dengan keputusan aku!” Farish masih berkeras.
“Farish… Please, kau tahu kan semua ni salah. Berdosa Farish. Berdosa. Nabi tak mengaku umat. Cuba bawa mengucap. Istighfar, Farish. Aku sayang kau, aku tak nak kau jadi hamba pada nafsu kau sendiri. Istighfar…”

“Well, it’s okay. Kalau macam ni lah penerimaan kau. Sampai sini ajelah persahabatan kita. Aku tak perlukan kawan yang tak boleh nak terima aku seadaanya, yang tak boleh nak sokong aku, tak boleh bersama dengan susah senang aku…” Ucap Farish. Pegangan Pelangi dileraikannya. Dia berpaling membelakangi gadis itu.

“Farish… Bukan macam tu. Kau kenal aku kan? Aku terima kau seadannya, Aku boleh susah senang dengan kau. Aku cuma tak mahu kau menyesal. Ini semua dah jadi tanggungjawab aku untuk mengingatkan kau. Kau dah jauh, Farish. Terlalu jauh sehingga kau tak perasan apa yang sedang kau buat dan fikirkan. Wake up, Farish. Wake up! Selama ni aku senang berkawan dengan kau, kau lah satu-satunya kawan dunia akhirat aku. Aku tak perlukan Farisha. Aku perlukan Farish. Meor Mohd Farish… Aku…-

“Keputusan aku muktamad!”

“Farish… Istighfar Farish, Istighfar…”

“Flight aku hujung minggu ni. Kalau kau masih anggap aku kawan baik kau, kau datang hantar aku atau kau tak akan nampak aku lagi selepas hari ini. Aku balik dulu…” Putus Farish akhirnya sambil berlalu.

“Farishhh…” Pelangi terduduk. Farish tidak sedikit pun berpaling. Setelah bertahun-tahun berkawan, itulah kali pertama mereka bertengkar dan berada di dalam situasi yang sangat tegang seperti itu.

Ya Allah… Lembutkanlah hatinya, Ya Allah… Masukanlah iman ke dalam hatinya.

Farish…

++++++++

Bersambung :D

** Sneak Peak Next Entry!

“Siapa Farish tu sebenarnya? Boyfriend kau? Tunang? Atau suami kau?” Sergah Irham.

“Eh… Tak, tak. Dia cuma kawan baik saya saja. Dia. Dia nak…-“ Kali ini Pelangi tidak menghabiskan ayatnya. Dia terdiam. Air matanya menitik. Dia teresak kecil. Allah… Susahnya nak terangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu tuan besarnya itu tahu apa yang terjadi di antara dia dan Farish. Melihatkan dari gaya Irham, dia tahu apa yang bakal dikatakan oleh lelaki itu dan dia tak mahu Farish kelihatan sangat teruk di mata Irham. Farish tak salah. Dia cuma… Dia cuma keliru. Ya! Keliru.

Irham sedikit tersentak bila melihat Pelangi menangis. Apa aku dah buat?

“… yang kau menangis ni kenapa? Ada aku usik kau?”

“Tak…” Suara Pelangi bergetar. Air mata yang jatuh dia kesat dengan belakang tangan. “Saya… Saya nak jumpa dia…” Dalam sedu sedan Pelangi menyampaikan hasratnya. Sedih betul bila melihatkan keadaannya ketika itu.

Hati Irham sedikit terkesan bila melihat Pelangi dalam keadaan begitu. Siapa Farish ni sebenarnya? Istimewa sangatkah dia sehingga mampu membuatkan airmata seorang gadis yang bernama Pelangi ni tumpah? Soalan itu berlegar-legar di fikiran Irham.

Thank you, readers! :))

6 comments:

lee jee joong said...

Aaarrrraaaaa nak lg !!!!!!!!!!!!!!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! Nak lg!!!!!!!!!!!!!

Aida Sherry said...

makin menarik...... harap2 farish sedar akan kesilapannya dan berubah menjadi lelaki sejati...

AraSharrina said...

@lee jee joong

Tu.Tu. dah masuk dah... pi bace.. hihi

AraSharrina said...

@Aida Sherry

Hopefully.......aminn.. :))

Anonymous said...

dik.. best citer ni... new n3 cepat2 ya.. tq

AraSharrina said...

@Anonymous
hehe.. thank u sis! Inshaa'Allah... :))