Introduction of MEMOIR OF KEA
+++++++++++++
Special dedicated to KEA's Lover.
Enjoy reading guys!
*Bismillah*
“KEA!!”
Kea Alyissa terkejut bila disergah temannya. Lime juice yang berada di tangan habis tertumpah mengenai baju yang dipakainya. “Aaaaa’ Mariaaaa! Terkejut aku tahu tak!!” Ishh! Gadis manis kacukan melayu-cina itu dengan cepat memukul bahu Maria. Berkali-kali dia mengurut dada.
“Aduh! Sakitlah Kea…” Tingkah Maria. Dia tidak sempat mengelak. Terasa pijar kulitnya terkena pukulan Kea.
“Tahu pun sakit. Tengok apa yang kau dah buat ni, habis baju aku kotor!” Marahnya geram. Dengan cermat dia mengeluarkan tisu dari tas tangannya dan mengelap serpihan air yang mengenai baju dan buku kuliahnya.
“Ala Kea, biarkan dulu baju kau tu. Bukannya air kopi. Tak nampak kesan pun… Ni, ni kau dengar sini… Aku ni ada perkara lebih penting nak beritahu kau. Sangat sangat penting plus very-the-very-the urgent!” Bersungguh-sungguh Maria meyakinkan temannya itu. Habis semua double triple perkataan yang digunakannya. Rosak bahasa!
“Penting pun takkanlah sampai nak terjah aku macam tu!” Bebel Kea lagi, wajahnya masih masam mencuka.
Maria juih bibir. “Alaaa… Tak payah nak propa sangat boleh tak? Air limau aje kot. Bukannya ada warna.” Kata Maria sambil memerhatikan gelagat Kea yang masih sibuk mengelap tumpahan air di bajunya. “Hishh… Ialah, ialahhh… Balik nanti aku basuhkan baju kau tu.” Putusnya cuba mengumpan Kea. Susah betul perempuan ni. Huh!
Kea terkedu bila mendengar umpan yang disebutkan oleh temannya itu. Bagai mengantuk disogokkan bantal. Matanya mengecil memandang Maria. “Betul ni Mar?? Kau nak basuhkan baju aku?” Soalnya sambil merenung dalam anak mata gadis itu.
“Iyer…” Jawab Maria sambil buat muka bersahaja. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan temannya itu.
Kea senyum meleret. Bagus! “Baju ni plus baju aku yang satu baldi lagi tu. Deal!” Putus Kea sendiri. Maria ketap bibir. Tak sempat dia nak kata apa-apa. Kea yang masih tersengih dia jeling tajam, kurang asam keping punya kawan! Guman hatinya geram.
“… Ah, hari ni pun dah hari khamis. Alang-alang, kau tunggu sampai esok baru basuh baju aku. Senangkan. All in.” Selamba Kea menuturkan ayat itu.
“Hoi!” Pantas tangan Maria menepuk belakang Kea.
“Auch!”
“Bagi betis nak peha… Kau jangan sampai aku siram kau dengan air panas pulak kang!” Ugut Maria. Kea telan air liur.
“Alahhh… Nak manja-manja sikit pun tak boleh.” Omel Kea. Bibir nipisnya sengaja dimuncungkan.
“Itu bukan nak manja, itu nak menyeksa namanya!”
“Ala… Kan aku cakap alang-alang.” Sangkal Kea masih cuba untuk memujuk Maria.
“Alang tak alang. Baju ni aje aku basuh, yang lain basuh sendiri.
“Aa—‘
“Tak ada Aa’ aa’.” Potong Maria pantas sambil merenung tajam ke arah Kea. Keningnya dijongketkan sedikit.
“Eleh. Takpe. Takpe. Aku tahulah nanti macam mana nak pujuk kau.” Sahut Kea penuh yakin. kata-kata Maria tidak sedikit pun terkesan di hatinya.
“Eh… Kau jangan macam-macam ok?” Maria sedikit bimbang. Kea ni bukan boleh, nanti adalah tu akalnya nak mengenakan dia.
“Well. Well. Well. Will see how!” Balas Kea penuh dengan makna tersirat, lime juice yang masih bersisa dia teguk perlahan. Sambil minum sambil pandang sekeliling. Uish, ramainya manusia dekat food court ni. Baru perasan. Tadi rasanya dua tiga meja aje yang terisi, ni dah penuh semua. Ish. Kea kerling jam di pergelangan tangannya. Erk! Dah waktu lunch hour. Patut laaa…
“Eh, Kea!” Tiba-tiba Maria menjerit. Kali ini lengan Kea pula yang menjadi mangsa.
“Ha, buat lagi!” Kea jegilkan matanya. Tak serik-serik pula si Maria nie.
Maria dengan cepat menarik tangannya dari lengan Kea. “Ops. Sorry.” Tuturnya.
“Hmm” Kea mengeluh perlahan. “Ada apanya kau call aku tadi? Tak sempat-sempat nak bincang kat rumah.” Bebelnya.
“Memang tak sempat! Ni pasal hal hidup dan mati!!” Ucap Maria tegas. Raut wajahnya serius. Tapi serius Maria tu apa lah sangat di mata Kea kan.
“Amboi apa yang serius sangat tu?? Kau ni bukan boleh, kadang-kadang terpijak semut pun kau cakap hal hidup dan mati. Itu belum lagi hal kau terjatuh waktu dating dengan Ijam. Bla.bla.bla…” Sindir Kea sambil senyum senget.
Maria jeling tajam. “Sempat nak perli aku!” Getusnya.
Kea ketawa melihat reaksi Maria. “Sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak sentap. Ha cepat, beritahu aku hal apa yang besar sangat sampai boleh melibatkan hidup dan mati kawan aku sorang ni? Cer citer, cer citer…” Pujuk Kea dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.
“Ni pasal Ijam lah ni!!” Bentak Maria sambil buat muka geram plus sedih.
Kea jongket kedua-dua belah keningnya. “Ni dah kenapa buat muka seposen pulak ni? Kenapa dengan Ijam? Dia buat apa dengan kau? Korang bergaduh? Ke dia ajak kahwin?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Kea. Maria dan Ijam, pasangan yang dahulunya sejoli, tapi sekarang dah tak berapa nak joli. Hubungan mereka dan macam hidup segan mati tak mahu bak kata pepatah. Amboi pepatah. Sejak dua menjak ni Kea sering kali diperdengarkan dengan kisah ‘rumahtangga’ mereka yang sedang dilanggar todak. Kucar-kacir. Hari-hari bergaduh. Entah di mana silapnya, bercinta bertahun-tahun bagai nak rak, tapi sekarang jadi macam ni…
“Hello Keaaaa…~” Maria melambai-lambaikan tangannya di depan muka Kea. “Kau mengelamun ke!? Ishhh”
“Eh. Eh. Sorry. Hieee…” Ah sudah, kenapa tiba-tiba aku nak buat flashback pulak nihhh. Kea pandang Maria, kemudian tersengih sendiri. “Okay. Okay, sambung.” Putusnya.
“Haila kau ni. Sempat khayal! Tarik rambut baru tahu!” Ugut Maria dalam nada berseloroh tapi serius.
Kea sengih lagi. Tarik rambut? Entah kenapa dia rasa kelakar mendengar ayat itu. Rasa nak ketawa besar. Tapi cepat-cepat dia tahan, kang tak pasal-pasal minah ni melenting lagi. “Kenapa dengan Ijam?” Soalnya cuba me’neutralkan kembali keadaan.
Maria hela nafas berat. Kea sekadar diam memerhati. Macam serius aje masalah temannya itu. Lain benar hela nafasnya.
“Ijam main kayu tiga. Dia ada scandal dengan budak office dia.” Tutur Maria perlahan.
“Err… Kau biar betul??” Kea agak terkejut mendengar pengakuan Maria. First time dia dengar Ijam buat hal. Selalunya gaduh-gaduh manja aje. Ni main kayu tiga? Pasang scandal? Ish.
“Aku dapat info dari kawan satu course. Dia nampak Ijam jalan berpegangan tangan dengan perempuan lain.” Raut wajah Maria kian mendung.
Kea mengeluh. “Kau serius ke ni, Mar? Entah-entah kawan kau tu sengaje kut nak mainkan kau. Kau bukan tak tahu satu kampus ni cemburu dengan relationship korang berdua.” Pujuk Kea sengaja bermulut manis. Ya cemburu, kadang-kadang annoying. Heh!
“Aku tak tahulah Kea… Tapi lately ni aku dengan dia pun asyik nak bergaduh aje. Sikit-sikit dia nak marah aku. Sikit-sikit aku nak marah dia. Okay tak yang part marah, dia memang sikit, aku yang banyak…” Maria tunduk mengaku sendiri. Dahi Kea sedikit berkerut. Rasa macam nak bagi back-hand bila mendengar pengakuan Maria yang jujur itu, tapi kang kalau bagi takut meraung pulak dia kat sini. Haishh..
“… Aaaa’ tapi itu bukan masalahnya. Kami dah bercinta lama kut. Takkan sebab tu dia nak main perempuan lain!!” Bentak Maria kuat.
Kea mengurut dada. Terperanjat aku! Tiba-tiba tone suara Maria berubah. Dari mendatar terus keluar tone suara soprano-nya! “Mar… Chill-lah. Kalau nak meroyan pun kita meroyan nanti. Kat rumah. Ni kat public. Kau jangan sampai aku buat-buat tak kenal kau pulak!” Usik Kea. Muka Maria semakin mencuka.
“Habis tu macam mana ni Kea? Takkan aku nak biarkan aje…”
“Hmm…” Kea diam memikirkan sesuatu. Dagunya digosok perlahan, berharap agar akal geliganya akan terpacul keluar. “Aha!” Kurang sepuluh saat Kea terus mendapat idea. Matanya diangkat turun naik berulang kali sambil tersenyum meleret memandang Maria.
“Apa hal kau ni? Dah macam menurun pulak dahhh…” Duga Maria.
“Aku ada idea! Sini… Sini.” Tingkah Kea sambil mendekatkan bibirnya ke pendengaran temannya itu. Maria menurut, dia turut mendekatkan dirinya dengan Kea.
Mereka berbisik seketika sebelum…
“James Bond!?” Maria melopong.
“Yup!” Kea kenyit mata.
“James Bond apa-ke-benda-nya kau ni?” Maria masih blur. Kea ketap bibir. Geram. Apa ke lembab sangat minah ni.
“James Bond laa… Kita intip dia. Jadi Spy! Haduiih.” Kali ni dahi Maria pula yang jadi mangsa tangan Kea. Berkedip mata gadis itu menahan sakit. Tak adalah sakit sangat. Manja-manja aje.
“Wow! I loikeee~” Anak mata Maria bersinar-sinar mendengar cadangan temannya itu. Walaupun agak tak masuk akal, tapi… Erm, bolehlah daripada tak ada.
“Okay. Let’s go!” Kea bingkas bangun seraya menarik Maria untuk mengikutinya.
“Pergi mana?” Maria yang memang sejak azali blur, tertanya-tanya.
“Cari baju lah! Takkan nak pakai skirt. Kita bukan nak jadi pom-pom girl, kita nak jadi spy! Bila namanya spy, kena lah tukar identity. Kena cari suit. Jom! Jom!”
Walaupun dalam keadaan terpingga-pingga Maria tetap menurut. Dia bangun dan melangkah selari mengejar Kea yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk menjadi spy. Dalam kekalutan mengejar gadis itu, dia sempat terfikirkan sesuatu. Spy ni mesti cita-cita masa kecik dia ni. Duga Maria.
“Weh, cepatlahhh! Kau ni kang Ijam hilang kanggg…” Laung Kea yang sudah sebatu meninggalkan Maria.
Maria tersentak. Ijam hilang? Oh No! Ijam… Miamor…~ Langkah kaki dipercepatkan. No. No. Sayang ku Ijam. Jangan Hilang…~ Maria kian resah.
++++++++
“Weh Kea! Kau serius ke kita nak keluar macam ni?” Maria pandang Kea atas bawah. Biar betul minah ni!! Suit hitam milik Izat kelihatan terletak ditubuh gadis itu. Tapi tidak pula di tubuhnya. Terasa macam ketat kat bahagian peha, ni mesti peha izat yang kecik bukan peha dia yang besar. Kan?
“Hishh…. Betullah! Nah pakai misai ni.” Selamba saja Kea menghulurkan misai tiruan ke arah Maria yang masih tidak percaya dengan apa yang bakal mereka lakukan sebentar nanti. “Er… Ke kau nak pakai jambang ni?”
“Err… Kenapa sampai nak pakai misai jambang semua ni?? Pakai suit ni sudahlahhh…” Rungut Maria. Dalam-dalam nak merungut tu sempat juga dia capai jambang dari tangan Kea.
“Ialah… Kau pernah nampak James Bond yang jambu cun melecun macam kita ni? Ha? Ha? Tak pernah kan?” Kea jungkit kening memandang ke arah Maria yang masih tidak pasti dengan cadangannya.
“Ish. Tapi…”
“Dah. Dah. Tak ada tapi, tapi lagi. Now pakai! Kau pakai jambang lah, muka aku tak sesuai la pakai jambang ni…”
“Habis tu muka aku sesuai pulak kan pakai jambang ni…”
“Ala sesuai… Cer try dulu.” Cepat Kea memotong.
“Hishhh!”
“Aip, jangan merungut… Nak Ijam tak?” Kea sengaja mengumpan Maria. Gadis itu jeling geram. Jambang tiruan itu diajukan ke bawah dagunya.
“Woah! Perfecto!!”
“Kau tak payah nak perfecto kan aku eh. Cepat pakai misai tu. Aku nak tengok pulak.” Bising mulut Maria membebel. Cepat-cepat Kea meletakkan misai tiruan tu ke atas bibirnya. Lepas diyakini misai itu melekat dengan sempurna, dia toleh memandang cermin. “Oh maigaddd!!” Dia terjerit kecil melihat perubahan di wajahnya.
Maria ketawa. “Hah… Tu lah. Aku dah cakap. Buruklahhh! Kau tak ada idea bernas yang lain ke?? Ni bukan setakat Ijam, aku tengok pun aku geli. Eeuwww!”
“Ishh… Bukanlahh!” Tingkah Kea tiba-tiba.
Maria buat muka pelik.“Bukanlah apa?”
“Ni ha… Lepas pakai misai ni, aku nampak handsome duh!” Kembang kembis hidung Kea memuji dirinya sendiri.
Maria cebik bibir. Lidahnya dikeluarkan signal nak muntah. “Muntah darah on off aku dibuat kau, Kea. Uwekk!”
Ha Ha Ha! Kea ketawa besar. Seketika kemudian Maria mengikut. Alih-alihnya mereka tertawa sendiri melihat keadaan diri masing-masing. Teruk betul… Punyalah desperate nak jadi spy!
“Ahhh, Sudah! Kau sure ke dia tak balik dari office lagi ni?” Kea kembali serius.
Maria terdiam sambil mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. “Betul! Ni mesej dari dia sebagai bukti.” Maria menghalakan telefon bimbitnya ke wajah Kea.
Anak mata Kea mengecil memandang Maria. “Mar… Sekarang ni pukul berapa? Soalnya.
Maria toleh jam di tangannya. “Pukul 9.30 malam.” Jawabnya ringkas.
“Emm… 9.30 yer. Sekarang tengok mesej ni. Pukul berapa dia hantar?”
“Err… Pukul 7.30 malam.” Maria garu kepalanya yang tak gatal.
“Aduhh! Susah betullah ber-spy dengan kau ni Marr!! Dush. Dush!” Kea pukul perlahan lengan Maria. Geram betul dia dengan minah ni. Tak serius! Boyfriend siapa sebenarnya niee… Nampak aku aje yang beria. Huh!
“Ala Kea.., confirm dia ada. Aku tahu lah, boyfriend aku kannn.” Bersungguh-sungguh Maria meyakinkan temannya itu.
Kea membatukan diri.
“Keaaa… Janganlah macam ni. Trust me. Dia ada… Tolonglah aku. Kau tak kesiankan aku ke?” Maria mula buat muka sedih. Dia tunduk merenung lantai.
Kea menoleh memerhatikan lagak temannya itu. “Hish, kalau buat muka macam tu pandai pula!” Guman Kea marah. Maria masih tunduk. “Hm. Yelah, yelah. Jom! Kalau tak ada siap kau yer” Sambungnya lagi.
Mata Maria kembali bersinar. “Yeayy! Thank you Kea!! Aku tahu kau sayang aku… Kan? Kan?” Lengan Kea dipeluknya.
Kea buat muka. “Sayang tak sayanglah kan… Malam-malam buta macam ni pergi redah office orang memang cari nahas kut! So bersedialah nak ditahan pak guard ke apa ya. Ingat, kau kena belagak tenang aje nanti. Tak payah nak tunjuk muka cuak kau tu. Faham tak?” Dah macam komander askar Kea memberikan arahan.
“Yes mam!”
+++++++
Jejakkan saja kaki ke dalam bangunan itu Kea dan Maria terus mengigil kesejukan. Angin dingin dari air-cond yang menyentuh kulit mereka terasa sangat sejuk sehingga ke tulang hitam.
“Sejuknya!” Kea mula bersuara dalam nada suara yang ditahan. Dia mula memerhatikan keadaan sekeliling. “Senyap sunyi aje. Mana semua orang? Guard pun tak nampak.” Soalnya. Terasa senang pula jadi spy kali ni.
“Memanglah sunyi. Dah malam kut, semua orang dah balik.” Beritahu Maria. Dia berjalan mengekori Kea.
“Oh. Patutlah. Kita aje yang ber-spy kat sini.” Jawab Kea.
Maria angguk mengiakan kata-kata temannya itu. “Aduh… Sakit pula pinggang aku ni. Yang kita nak bongkok sangat ni kenapa eh?” Soalnya. Dahinya berkerut.
“Entah. Dalam james bond dorang buat macam ni.”
“Erk! Itu james bond. Kita tak payahlah ikut. Kau ni Keaaa. Grr!”
“Mana nak tahu. Kata nak jadi spy, kenalah masuk dalam karakter.” Balas Kea sambil menoleh memandang ke arah Maria. “Eh, jambang kau nak jatuh dah tu!” Tingkahnya. Cepat-cepat dia membetulkan letak jambang di wajah Maria.
“Huh, Rimas!” Rungut temannya itu.
Kea tenung anak mata Maria. “Nak Ijam tak?” Umpannya lagi.
“Hm. Nak.” Jawabnya malas. Kalau tak disebabkan lelaki itu tak ada kejadahnya dia nak buat benda-benda ni semua. Menyusahkan orang betul!
“Eh, tingkat berapa office si Ijam ni?” Soal Kea dalam nada suara sedikit cemas. Langkah kakinya terhenti tatkala menghampiri lif.
“Tingkat dua puluh.”
“Ibu!” Kea kehilangan kata.
“Hah, mana ibu?”
“Hishhh… Bukan ibu tu lahh! Mar, kau serius tingkat dua puluh ni?? Macam mana aku nak naik!?? Kau bukan tak tahu aku nie… Ha, malaslah nak cakap kannn!” Lif dan tangga yang kurang semeter dengannya dia pandang berkali-kali. Perutnya mula nak meragam. Peluh dingin mula memercik keluar dari tubuhnya. Kakinya tak usah cakap. Menggeletar dah macam sakit parkison.
“Kenapanya? Nak pakai lif lah. Kau gila nak naik pakai tangga. Seminggu belum tentu sampai.” Amboi seminggu. Extreme sangat tu Mar…~
“Mar!!” Kea tarik lengan Maria. “… Kau takkan tak tahu aku takut nak naik lif ni! Hishh!”
“Lar! Bukannya ada apa-apa pun. Naik lif aje kot, bukan naik roller coaster. Kau jangan nak macam-macam yer. Mission belum settle lagi ni!” Tingkah Maria sambil dengan ringan tangannya menekan button naik.
Kea semakin kecut perut. Dadanya berombak. Nafasnya turun naik.
“Dua puluh tingkat tu Mar!! Dua tingkat pun aku dah rasa macam nak meninggal. Ni kan pulak dua puluh!!”
“Alaaa… Baru dua puluh, bukan dua ratus!!”
“Marr!”
Belum pun sempat Maria membuka mulut , pintu lif sudah terbuka luas.
“Hah jom masuk! Apa ni, mana ada james bond takut naik lif.” Sindir Maria. Dia mula melangkah ke dalam lif. Kea masih di tempat yang sama. Tak terangkat rasa kakinya ketika ini. Rasa macam dah digam dengan gam gajah, tak cukup dengan gam. Rasa macam dipahat-pahat dengan paku pun ada ni!
Maria yang sudah berada di dalam lif menoleh memandang ke arah Kea. “Apa lagi tu? Cepatlah!” Panggilnya.
Kea pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. “Aku tunggu kat bawah ajelah!” putusnya. Tak sanggup nak mendaki ke tingkat dua puluh walaupun mendaki pakai lif.
“Ah, takde. Takde. Cepat!!” Pantas Maria menarik tangan Kea untuk masuk ke dalam lif bersama-sama dengannya. Sekali tarik aje Kea sudah berada di dalam lif. Maria pantas menekan button tutup. Kea terdiam. Mukanya pucat lesi. Tiada darah yang berani melalui saluran darahnya ketika ini.
Selang beberapa tingkat lif bergerak, Kea mula rasa nak pitam. Kepalanya berpusing 360 darjah.
“Maria… Aku peninglah. Nak pitam ni…” Keluh Kea. Matanya dipejam rapat. Kedua-dua belah tangannya tercari-cari tempat untuk berpaut.
“Eh. Kau serius ke ni Kea?” Maria mula risau. Takkan fobia KEA dengan lif seteruk ini? Dia berteka-teki sendiri.
“Aku serius ni… Aduh. Nak muntah pulak.” Beritahu Kea. Leher dan dadanya digosok-gosok berulang kali. Rasa loya sudah mula menguasai diri.
“Ah sudah! Kau boleh tahan tak ni??” Maria makin cemas. Keadaan Kea makin teruk. “Kea… Aku sorry. Aku tak tahu pula fobia kau dengan lif seteruk ini. Err…” Maria paut tubuh Kea kuat, dia pandang sekeliling. Tingkat lima belas. “Kea, dah nak sampai. Kau bertahan ok. Lagi lima. Hah… Hah. Lagi tiga.” Kelam kabut Maria menenangkan temannya yang hampir terkulai layu tu.
Ting!
“Hah. Okay dah sampai! Jom Kea kita keluar.” Pintu lif terbuka luas. Maria memapah Kea keluar dari lif. Lembik terus gadis itu. Ijam ke mana, spy ke mana. James bond dah kalah. Kasihan mereka berdua.
“Aduh… Sorry Maria.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Kea.
“Hmm… It’s okay. Kau tu yang lagi penting.” Balas Maria sambil memapah Kea hingga ke kerusi tetamu. “Kau rest dekat sini dulu. Erm. Nak apa-apa tak? Air?”
“Air kosong.” Jawab Kea ringkas.
Maria mengangguk perlahan. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Cuba untuk mencari sesuatu. Cahaya sekitar agak terang tetapi kelibat seorang manusia pun dia tidak nampak. Dalam sibuk-sibuk mencari bantuan Maria terpandangkan seseorang yang sedang berjalan menuju ke lif. “Eh, Kea… Ada orang datang. Aku minta tolong dengan dia ya?” Cadang Maria. Kea hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu lagi untuk bersuara. Apa-apa ajelah Maria… Bisik hatinya.
“Err… Encik.” Panggil Maria.
Lelaki yang masih berada agak jauh dari tempat mereka berdiri itu serentak berpaling. Langkahnya terhenti. Matanya mengecil mengamati si pemanggil yang tiba-tiba menyapa. “Yes!?” Sahutnya.
“Encik… Nak minta tolong, dekat mana saya boleh dapatkan air kosong ya? Mineral water or something?” Terus saja Maria mengajukan soalan.
Lelaki itu mula mengatur langkah dan berjalan menghampiri mereka. Semakin dekat semakin jelas kelihatan raut wajah lelaki itu. Maria telan air liur. Mak ai, kacaknya! Sempat Maria memuji. Tapi serius kut, handsome weh! Berpinar-pinar mata ni haaa.
Lelaki itu kini sudah berdiri tegak di hadapan mereka. Dahinya berkerut. “Ada apa yang saya boleh tolong… Err… Encik? Cik? Er. Cik ke encik ni?” Lelaki itu agak keliru.
“Eh. Eh! Cik!” Cepat Maria menanggalkan jambang tiruannya. “Cik.” Ulangnya lagi.
Lelaki itu tercengang. Dia kelihatan agak terkejut. “What is this!?” Soal lelaki itu. Suaranya agak meninggi. Mungkin bimbang ada sesuatu yang sedang berlaku. Perempuan menyamar jadi lelaki. Siap berjambang dan bersuit semua bagai. Must be something! Desis hatinya. Matanya tunduk pula ke arah seorang lagi encik or cik 'whatever-they-called-it' yang kelihatan lemah di sisi gadis yang menyamar itu.
“Err… Bukan. Jangan salah faham encik. Kami…-
“… Sayang, kita nak dinner di mana malam ni?” Maria tidak sempat menghabiskan ayatnya bila secara tidak sengaja dia terdengarkan suara seseorang. Suara itu sangat jelas dan tidak asing di pendengarannya. Ijam? Pantas dia menoleh mencari si empunya suara. Ijam!? di suatu sudut dia terpandangkan kelibat seseorang yang menyerupai teman lelakinya. Menyerupai atau….
“Izam?” Maria memberanikan diri untuk menegur. Suaranya terlalu perlahan dan hampir saja tidak kedengaran. Dia tarik nafas panjang dan kakinya mula diatur perlahan. “Encik… Encik tolong tengokkan kawan saya ni sekejap. Kalau boleh tolong bagi dia air.” Tanpa rasa bersalah dia sempat menyuruh lelaki tadi membantunya untuk menjaga Kea. “Kea… Aku tinggalkan kau sekejap.” Kata Maria pula pada temannya itu. Otaknya tidak boleh berfungsi ketika ini. Apa yang dia fikir dan nampak hanya Ijam. Ijam dan Ijam. Ya Allah… Dia sangat berharap kelibat lelaki yang dia nampak tadi tu bukan Ijam. Bukan dia. Bukan cinta hatinya. Bukan.
“MOHD IZAM SUFFIAN!!”
“Err. B. Baby…”
“How could you did this to me Izam!?? Siapa perempuan ni!?” Soal Maria dengan suara yang meninggi. Dia jadi hilang sabar. Kedua-dua manusia di hadapannya itu ditenung tajam.
“Sayang! Apa ni??” Wanita yang berdiri di sisi Izam juga sudah mula bersuara. Maria dipandang tanpa berkelip.
“Okay. We can settle this.”
+++++
“Ma-ria... Mar…” Kea yang masih lagi dalam keadaan tidak berdaya memanggil Maria yang semakin jauh meninggalkannya. Dia cuba bangun, namun kepalanya masih berpusing.
“She’s leaving you. Oh gosh, apa semua ni? Apa yang korang buat ni?” Tingkah lelaki yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Lelaki yang tadinya Maria panggil untuk meminta bantuan. “… and you? You Kea kan? Doktor Kea? My referral doc? Like whattttttt?”
Anak mata Kea mencerun memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri tegak dihadapannya itu. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Kerja aku? “… Err. Encik Haikal? Haikal Hakimi? Is that you?” Kea mula mengamati wajah dan suara lelaki itu.
“Yes, I am! What are you guys doing here? And in my office??”
“Err… Your office??” Soal Kea. Pandangannya yang tadi kabur kini semakin terang. Matanya yang sepet cuba dibulatkan.
“Yes! You are in front of my office right now!”
“Oh my……” Kea pejam mata. Rapat dan kejap. Dia tidak sanggup rasanya untuk berdepan dengan keadaan ini. Segala sakit, pening dan loya yang dirasanya tadi hilang serta merta. Hilang ghaib entah ke mana!
++++++
“Nah air.”
Kea berkira-kira untuk mengambil mug yang dihulurkan oleh Haikal. Lelaki itu senyum sinis memerhatikan keadaannya.
Kea mencebik. Benci! Tak payah nak senyum macam tu boleh!? Guman Kea sendiri. Keadaan dirinya sudah semakin baik. Kepalanya juga sudah kurang peningnya.
“Nah… Ambillah. Bukannya letak racun pun!” Ulang Haikal lagi. Dengan itonasi yang sama dan senyum sinis yang sama.
Kea juih bibir. Perlahan-lahan dia menyambut huluran mug dari tangan Haikal.
“… Misai nak jatuh tu.” Tegur Haikal tiba-tiba. Sekaligus membuatkan adrenalin darah Kea memuncak naik ke muka.
Aaaaaaa’ Malunyaaaaaaaaaa!! Batinnya menjerit. Misai tiruan yang masih melekat kukuh di atas bibirnya ditarik serta merta. Ngeng! Macam mana boleh lupa nieee!!
Ha Ha Ha. Seketika kemudian kedengaran pula suara Haikal terkekek-kekek mengetawakannya. Seronok benar gelaknya sampai terkeluar-keluar air mata. “Konon nak mengintip orang sampai sanggup transform diri jadi lelaki. Tak padan badan tu ‘berketul’ sana sini.” Sarkastik sangat bunyi perlian Haikal ketika itu. Tahan sabar ajelah Kea dengan lelaki itu. Tak daya rasanya nak bangun dan melawan. Tapi kalau melawan pun, memang dah tahu siapa yang akan kalah. Sudahnya dia biarkan saja Haikal mengetawakannya.
“… Tak payah nak gelak sangat boleh tak?” Tingkah Kea. Wajahnya pamer reaksi bengang.
“…You tahu tak, first time I kenal orang yang macam you ni. Doktor want-to-be tapi sikap masih kebudak-budakkan. Sungguh tak professional!”
Kea jeling tajam ke arah Haikal. Eeeei, dia ni memang belum kenal erti penyesalan agaknya! Bentaknya marah. Sakit hatinya dengan ayat-ayat yang dilemparkan Haikal kepadanya. Kalau cakap tu tak pernah nak berlapik!
“Nak jadi spy konon! Baru naik lif dua puluh tingkat pun dah macam apa, ada hati nak jadi James bond! Siap pakai suit, misai jambang segala. Ha Ha Ha!” Sambung Haikal lagi. Tak sudah-sudah dia mengutuk Kea. Gadis itu hanya diam mengetap bibir.
“Sudahlah tuuuu… Tak payah nak mengutuk orang sangat boleh tak? Encik Haikal bolehlah cakap macam-macam, sebab Encik Haikal tak tahu apa-apa.” Balas Kea cuba untuk mempertahankan dirinya.
“Kalau I tahu pun, I tak akan fikir nak jadi spy atau james bond atau apa ajelah yang ada dalam kepala korang tu! Crazy. Orang tak matang aje yang buat semua ni.” Pedas betul kata-kata Haikal.
Kea jadi makin bengang. Matang tak matanglah kan. Tak payah nak sibuk hal orang!
“Hurm… Sukalah kan dapat kenakan orang. Ketawalah. Ketawalah lagi. Bagi satu bangunan ni tahu apa yang jadi. Kalau boleh pergi beritahu satu dunia. Pergi buat report dekat media, stesen TV, pergi call semua media cetak, media elektronik. Pergilah. Pergi!” Tingkah Kea. Hatinya panas membara. Tak habis-habis lelaki itu nak menyakitkan hatinya.
Haikal yang terdengar amarah Kea terus berhenti dari ketawa. Tapi sekejap saja dia mampu bertahan, sudahnya tawa yang masih lagi bersisa terhambur lagi. Dia bukan nak bersarkastik sangat pun dengan Kea, tapi tak tahulah kenapa mulut dia ni ringan sangat nak mengusik. Lagi-lagi nak mengusik gadis yang bernama Kea Alyissa. Terasa macam heavan sangat!
“Hm. Sudahlah. Malas I nak layan you. Buang masa!” Kea pantas bangun. Mula melangkah untuk meninggalkan Haikal.
“Ha tu nak pergi mana tu? Berani ke nak naik lift tu? Tak takut ke ada ‘momok’ dalam tu?” Gertak Haikal dengan senyum sinisnya.
Langkah kaki Kea terhenti. Dia berdiri sejenak sebelum kembali duduk di tempatnya. Mar… Mana kau ni… Rintih hatinya memanggil temannya itu. Dia pandang sekeliling tercari-cari kelibat Maria.
“Masalah dia belum settle lagi tu.” Tutur Haikal seakan dapat membaca isi hati Kea.
Kea menjuihkan bibirnya. Sibuk! Desis hatinya.
“You nak ikut I turun tak?” Pelawa Haikal. Kea mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu. Riak wajah Haikal sukar untuk difahami. Entah serius entah main-main.
Haikal angkat kening bila melihat Kea memerhatikannya. “Nak ke tak nak?” Soalnya lagi. Kali ni dengan senyuman sinisnya.
Kea hela nafas panjang. Nampak sangat lelaki ini nak mainkan dia lagi. Arghh!
“Okay fine. Kalau tak nak. I blah dulu. You tunggulah sini sorang-sorang.” Agah Haikal sambil mula melangkah ingin meninggalkannya.
Kea terkesima bila melihat Haikal menekan butang lif. Jantungnya kembali berdegup pantas. Macam mana ni. Maria mana? Takkan dia nak tinggal sorang-sorang di sini. Kea rasa nak menangis. Wajahnya keruh. Matanya mula berkaca.
Pintu lif tiba-tiba terbuka. Kea sekadar memerhati langkah Haikal yang sudah pun memasuki lif.
“… Confirm-kan kawan you tu nak datang sini balik nanti?” Soal Haikal sebaik saja dia berada di dalam lif.
Kea terdiam sebelum mengangguk lemah. “Erm.” Jawabnya ringkas.
“Okay. I pergi dulu tau. Pandai-pandailah you.” Akhiri Haikal. Pintu lif semakin tertutup. Hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap hati bila melihat Kea. Perasaan serba salah mula menghantui diri. Wajah gadis itu kelihatan suram. Cepat-cepat dia menekan butang buka bila pintu lif itu hampir tertutup. “You okay tak ni?” Soalnya pada Kea.
Kea hanya mendiamkan diri sebelum akhirnya mengangguk lagi. “I’m okay. Don’t worry. You may leave…” Tuturnya pasrah. Itonasi suaranya mendatar.
“Hm. Okay. As you said.” Balas Haikal. Egonya masih bersisa. Tapi pada masa yang sama simpatinya terhadap gadis itu semakin berbuku.
“Erm…” Keluh Kea perlahan.
Untuk seketika mereka terdiam. Haikal berkira-kira samada mahu meninggalkan Kea atau sebaliknya.
“Hurmmm… Jomlah turun.” Tingkah Haikal tiba-tiba. Dia keluar dari dalam lif dan berjalan ke arah Kea. “Jom” Dia hulurkan tangannya kepada gadis itu. Niatnya tiada lain, hanya ingin membantu.
“Err…”
“Dah lewat malam ni. Lagipun tak tahu kawan you tu nak settle pukul berapa. Kalau you nak tunggu dia pun, boleh aje tunggu kat bawah. Ada orang. Kat sini dah tak ada orang. Tak takut?”
“Err… Tapi I takut nak naik lif.” Jujur Kea memberitahu.
Haikal mengeluh. Dia lupa pula yang gadis itu sangat fobia untuk menaiki lif. Entah apa yang ditakutkannya. Haikal sendiri kurang pasti. Tapi jelaslah ada cerita di sebaliknya. Dia teringat kembali sewaktu pertama kali mereka berjumpa. Di dalam lif di hospital tempat dia menjalankan rawatan dan tempat Kea menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor pelatih. Keadaan kelam kabut bila secara tiba-tiba lif yang mereka naiki tersekat di separuh jalan. Keadaan cemas bila melihat gadis itu dilanda ketakutan dan perasaan luar biasa yang dialaminya saat gadis itu meminta dia untuk memegangnya…
“… Tak apalah. Encik Haikal turun dulu. Tak perlu hiraukan I. Nanti mesti kawan I tu naik balik ambil I.”
Kata-kata Kea mematikan lamunan Haikal. Tanpa banyak soal, dia terus memegang tangan gadis itu. Haikal tidak tahu bagaimana sebenarnya perasaannya ketika ini, tapi yang pasti dia tidak akan meninggalkan gadis itu sendiri. Biar pun pada orang lain, fobia dengan lif itu adalah masalah yang tidak ada apa-apa atau di anggap remeh. Namun tidak baginya. Jika gadis dihadapannya itu jujur mengaku yang dia takut, bermakna dia memang takut dan setelah melihat keadaanya tempoh hari dan ketika ini dia sangat pasti yang gadis itu tidak berpura-pura dengannya.
“Bangun.” Pergelangan tangan Kea kemas berada di pegangan Haikal.
Kea terpingga-pingga.
“I said bangun. Kawan you tu tengah serabut. Tak ada maknanya dia nak datang balik cari you. Dahlah. I bawa you turun. Jangan risau. Tak ada apa-apa akan berlaku…” Bersungguh-sungguh Haikal meyakinkan Kea.
“Tapi…”
“Trust me. I’ll take care of you.” Tutur Haikal perlahan. Matanya tepat merenung ke anak mata Kea. “Trust me okay?” Sambungnya lagi. Itonasi suaranya masih seperti tadi.
Kea masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
“If I told you I’ll take care of you that’s mean, I will. So, don’t worry. I’ll make sure you safe.” Pujuk Haikal lagi. Dia benar-benar berharap agar Kea mempercayakannya. Tadi mungkin salahnya sebab bersikap agak kurang ajar dengannya, tapi tidak pada kali ini. Dia serius mahu membantu gadis itu. Jangan ditanya kenapa.
Dia tidak tahu, yang dia tahu, dia rasa gadis itu seperti berada di bawah tanggungjawabnya dan apa yang berlaku dengan gadis itu ketika ini dia perlu bertanggungjawab. Walau pun pada hakikatnya dia tidak perlu. “Hmm… Come. You can hold my hand.” Sambung Haikal lagi sambil menyuakan pula tangan kirinya pula.
Kea yang mulanya teragak-agak akhirnya akur. Perlahan-lahan dia mula menurut. Tangan Haikal dipegangnya. “I hate to do this. But I have no choice…” Tuturnya perlahan.
Haikal tersenyum puas bila Kea mengikut katanya. Dalam menurut ada juga degilnya. Dia membalas pegangan Kea dengan memeluk lengannya lembut. Bila mereka sudah berada betul-betul di hadapan pintu lif, dia menarik perlahan tubuh Kea agar selari dengan langkah kakinya. “A little bit more.” Katanya dan kini mereka sudah berada di dalam lif. Haikal menekan butang close dan Kea selamat berada dengannya. “Well… You should not be afraid of them. They won’t eat you. If they do, don’t worry. I’ll bite them.” Dengan senyuman yang terukir manis di bibir Haikal menuturkan ayat itu.
Entah kenapa Kea rasa sebak. Hatinya tiba-tiba rasa sayu dengan kebaikan yang ditunjukan oleh lelaki dihadapannya ini. Baru saja beberapa hari lalu mereka berkelahi, bergaduh sesama sendiri. Ketika itu Kea hampir berputus asa untuk terus menjadi doktor referral kepada Haikal. Tapi hari ini lain pula yang jadi. Sikap yang ditunjukan Haikal walau hanya untuk seminit dua ini berjaya memujuk hatinya untuk terus berdampingan dengan lelaki itu. Sebenarnya dari dulu lagi dia yakin yang Haikal bukan lelaki yang kasar dan panas baran tidak tentu hala. Dia jadi begitu di sebabkan oleh penyakit yang sedang dihidapinya. Untuk hari itu, Kea mula sedar akan sikap lain yang ada di dalam diri lelaki itu. Haikal yang bertimbang rasa. Haikal yang penyayang.
‘I’ll take care of you…’ Kata-kata yang diucapkan Haikal sebentar tadi kedengaran indah di pendengaran Kea. Dia merasa tenang dan selamat. Dia tahu Haikal yang ini ialah Haikal yang sedang dan akan ‘menjaganya’ dengan baik…
++++++++++++++++++
End of KEA’S MEMOIR : PART 1 (Meet Point)
Entry ini merupakan entry selingan kepada bab 8 dan 9.
Detik-detik awal KEA & Haikal bertemu.
Bibit-bibit awal kemesraan yang terjalin di antara mereka.
Next entry will be MEMOIR OF KEA : PART 11 (Love). Stay tuned!
Love,
Ara :)
3 comments:
ohhh!!! Haikal sugguhla gentleman...
@hk
Yes, he is :)
ohh my...melting sudah ! abam Haikal ni, suka tau cairkan ai....