Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Wednesday, January 23, 2013

MEMOIR OF KEA :)


*Assalammualaikum*

Siapa rindu KEA dan HAIKAL!!?
Yer. Yer. I miss them too. sobs.
So kesan daripada kerinduan yang mendalam dan melimpah ruah ke ladang gandum! Dengan rendah diri dan hati yang penuh dengan kasih sayang, I'll present you "MEMOIR OF KEA". Bukan salah eja ye. Dia memang MEMOIR atau dalam bahasa melayunya MEMORI. Saje je nak feeling bahasa asing sikit. Heh!

"MEMOIR OF KEA" ni macam selingan-selingan di antara bab yang telah di publishkan di dalam novel. Dia bukan kesinambungan KEA yer, dia hanya tambahan bab saja. Maknanya bab-bab yang tak ada dalam novel, atau yang tidak di publishkan di dalam novel.

So melalui series ni, KEA's readers boleh lah imbau-imbau kembali saat-saat Kea dengan Haikal ni berjumpa, bergaduh, bercinta, berkahwin, berbulan madu ehem ehem dan juga berdapat twins. amboi berdapat -..-'

Fyi, hasil idea kreatif ni (Budget kreatif) terhasil sebab sekarang ni Ara tengah busy sikit nak menyudahkan manuskrip A.D.A (Aiseyman, Driver Aje), tu yang pasal tak ada entry baru. Nak cepat-cepat siapkan A.D.A then bagi publisher then baru sambung upload kat sini. So apabila tertension sikit dengan hal Irham yang sengal tu,maka terhasil lah series ini. Suka tak? Suka tak? :P

Untuk "MEMOIR OF KEA - PART 1 (MEET POINT)" malam ni Ara akan upload. Kenapa malam? Sebab sengaja nak memalamkan dia. haha.

So before upload full part, jom baca teaser sikit.

“Ma-ria... Mar…” Kea yang masih lagi dalam keadaan tidak berdaya memanggil Maria yang mula meninggalkannya. Dia cuba bangun, namun kepalanya masih berpusing.

“She’s leaving you. Oh gosh, apa semua ni? Apa yang korang buat ni?” Tingkah lelaki yang sedari tadi hanya mendiamkan diri di sisi Kea. Lelaki yang Maria minta tolong untuk jagakan Kea. “… and you? Kea? Doktor Kea? My referral doc? Like whattttttt?”

Anak mata Kea mencerun memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri tegak dihadapannya itu. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Kerja aku? “… Err. Encik Haikal? Haikal Hakimi? Is that you?” Kea mula mengamati wajah dan suara lelaki itu.

“Yes, I am! What are you guys doing here? And in my office??”

“Err… Your office??” Soal Kea. Pandangannya yang tadi kabur kini mula terang. Matanya yang sepet dibulatkan.

“In front of my officeee!”

“Oh my……” Kea pejam mata. Rapat dan kejap. Tidak sanggup rasanya untuk berdepan dengan keadaan ini. Segala sakit, pening dan loya yang dirasanya tadi hilang serta merta. Hilang ghaib entah ke mana!


++++++


“Nah air.”

Kea berkira-kira untuk mengambil mug yang dihulurkan oleh Haikal. Lelaki itu senyum sinis memerhatikan keadaannya.

Benci. Tak payah nak senyum macam tu boleh!? Guman Kea dalam hati. Dirinya sudah semakin baik. Kepalanya juga sudah kurang peningnya.

“Nah… Ambillah. Jangan malu.” Ulang Haikal lagi. Dengan itonasi yang sama dan senyum sinis yang sama.

Kea juih bibir. Perlahan-lahan dia menyambut huluran mug dari tangan Haikal.

“… Misai nak jatuh tu.” Tegur Haikal tiba-tiba. Sekaligus membuatkan adrenalin darah Kea memuncak naik ke muka.

Aaaaaaa’ Malunyaaaaaaaaaa!! Batinnya menjerit. Cepat-cepat dia cabut misai yang masih melekat di atas bibirnya. Ngeng! Macam mana boleh lupa nieee!!

Ha Ha Ha. Seketika kemudian kedengaran pula suara Haikal mengetawakannya. Seronok benar gelaknya sampai terkeluar-keluar air mata. Tak sangka dia perlu berdepan dengan seorang doktor yang bersifat kebudak-budakkan.

“… Tak payah nak gelak sangat boleh tak?” Tingkah Kea. Wajahnya pamer reaksi bengang.

“Nak jadi spy konon! Baru naik lif dua puluh tingkat pun dah macam apa, ada hati nak jadi James bond! Siap pakai suit, misai jambang segala. Ha Ha Ha!” Sambung Haikal lagi. Tak sudah-sudah dia mengutuk Kea. Gadis itu hanya diam mengetap bibir.

“Sudahlah tuuuu… Tak payah nak mengutuk orang sangat boleh tak? Encik Haikal bolehlah cakap macam-macam, sebab Encik Haikal tak tahu apa-apa.” Balas Kea cuba untuk mempertahankan dirinya.

“Kalau I tahu pun, I tak akan fikir nak jadi spy atau james bond atau apa ajelah yang ada dalam kepala korang tu! Crazy. Orang tak matang aje yang buat semua ni.” Pedas betul kata-kata Haikal.

Makin panjang muncung Kea ketika ini. Matang tak matanglah kan. Tak payah nak sibuk! Monolognya sendiri.

“Hm. Sudahlah. Malas I nak layan you. Buang masa!” Haikal mula melangkah ingin meninggalkannya.

Kea terkesima bila melihat Haikal menekan butang lif. Jantungnya kembali berdegup pantas. Macam mana ni. Maria mana? Kea rasa nak menangis. Wajahnya keruh. Matanya mula berkaca.

Pintu lif terbuka. Kea sekadar memerhati langkah Haikal yang sudah pun memasuki lif.

“… I pergi dulu. Kawan you nanti datang kan?” Soal Haikal sebaik saja dia berada di dalam lif. Hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap hati bila melihat Kea. Wajah gadis itu kelihatan suram. Cepat-cepat dia menekan butang buka bila pintu lif itu hampir tertutup. “You okay tak ni?” Soalnya pada Kea.
Kea hanya mendiamkan diri sebelum akhirnya mengangguk perlahan. “I’m okay. Don’t worry. You may leave…” Tuturnya pasrah. Itonasi suaranya mendatar.

“Hm. Okay. As you said.” Balas Haikal. Egonya masih bersisa.

“Erm…” Keluh Kea perlahan.

Untuk seketika mereka terdiam. Haikal berkira-kira samada mahu meninggalkan Kea atau sebaliknya.

“Hurmmm… Jomlah turun.” Tingkah Haikal tiba-tiba. Dia keluar dari dalam lif dan berjalan ke arah Kea. “Jom” Dia hulurkan tangannya kepada gadis itu. Niatnya tiada lain, hanya ingin membantu.

“Err…”

“Dah lewat malam ni. Lagipun tak tahu kawan you tu nak settle pukul berapa. Kalau you nak tunggu dia pun, boleh aje tunggu kat bawah. Ada orang. Kat sini dah tak ada orang. Tak takut?”

“Err… Tapi I takut nak naik lif.” Jujur Kea memberitahu.

Haikal mengeluh. Dia lupa pula yang gadis itu sangat fobia untuk menaiki lif. Entah apa yang ditakutkannya. Haikal sendiri kurang pasti. Tapi jelaslah ada cerita di sebaliknya. Dia teringat kembali sewaktu pertama kali mereka berjumpa. Di dalam lif di hospital tempat dia menjalankan rawatan dan tempat Kea menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor pelatih. Keadaan kelam kabut bila secara tiba-tiba lif yang mereka naiki tersekat di separuh jalan. Keadaan cemas bila melihat gadis itu dilanda ketakutan dan perasaan luar biasa yang dialaminya saat gadis itu meminta dia untuk memegangnya…

To be continue.... :))

No comments: