Assalamualaikum Dear Readers...
Here tidbits baru :)
Enjoy reading !~
******************************************
“HAINA, later you pass me the report of the minutes meeting okay?”
“Okay Encik Haikal.” Balas Haina. Meeting yang memakan masa hampir separuh hari akhirnya berakhir dengan jayanya. Tender yang di idam-idamkan juga telah sah menjadi milik mereka sepenuhnya. Haikal melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu dengan perasaan puas dan gembira. Papa pasti akan bangga dengan keupayaannya mengendali syarikat itu sendiri. Fikir Haikal sambil tersenyum hingga ke telinga. “Eh, Encik Haikal. Sorry. I forgot to inform you that this morning Encik Amran dari Subha holdings called untuk confirm lunch appointment today.” Beritahu Haina mengingatkan majikannya. Haikal kerut dahi.
“Erm… Can you do me a favor?” Soal Haikal pada setiausahannya.
“Yes, anything?” Balas Haina. Dalam hati dia sudah dapat mengagak apa sebenarnya yang sedang di fikirkan oleh lelaki itu.
“Create reason untuk cancel the appointment. I nak lunch dengan my wife la…” Ujar Haikal sambil tersengih. Last minute plan, selesai je mesyuarat sebentar tadi dia terus terfikirkan Kea. Tak sabar rasanya hendak memberitahu berita gembira itu padanya. Dahlah pagi tadi ‘bye’ pun tidak. Almaklumlah kelam kabut sebab dah terlambat nak pergi kerja. Lagipun dia juga rasa bersalah pada Kea sebab membiarkan isterinya itu berjaga sehingga lewat malam.
“No problem!” Haina yang sememangnya sudah terbiasa meng’create reason untuk back up majikannya yang sorang ni terus saja mengangguk tanda setuju. Haikal kenyit mata. “Alrite! Today’s lunch bill on me.” Balasnya sambil melangkah pergi meninggalkan Haina yang tersengih-sengih seorang diri.
“Small the matter-lah!~” Bisik hatinya.
* * * * *
“Cik Anis ku sayang, ada apa-apa mesej atau surat-surat cinta untuk I tak hari ni?” Soal Kea pada Anis, jururawat yang paling rapat dengannya di hospital itu.
“Tak ada. Doktor Yusoff pun tak masuk hari ni. Dia on call dari rumah saja. Anak dia yang belajar di Jepun tu dah balik hari ni.” Terang Anis sambil tersenyum manis.
“Wah, tak tahu pulak I Doktor Yusoff tu ada anak di overseas. Lelaki ke perempuan?” Soal Kea lagi teruja.
“Lelaki and handsome.” Balas Anis ringkas.
“Amboi, siap tahu handsome atau tak ni. Awak dah pernah jumpa dia ke??” Soal Kea, matanya di jungkit beberapa kali.
“Of course lah. Dia pernah datang sini dulu.”
“Then, tak terpaut ke?” Kea masih lagi ingin mengusik gadis comel itu.
“Kalau saya terpaut pun, dia tak, tak boleh jugak Doktor… Lagipun siapalah saya ni. Jururawat biasa je, tak setanding dengannya.” Balas Anis merendah diri. Kea tertawa kecil.
“Ala… Kenapa cakap macam tu pula? We never know our rezeki tau. Kalau tak mula langkah pertama mana nak tahu langkah seterusnya apa. Ye tak? Jangan merendah diri sangat okay. Awak pun ada kekuatan awak sendiri.” Kata Kea meyakinkan gadis itu.
“Yup, totally agreed! Tapikan, takkanlah perigi nak cari timba. Malulah sayee…”
“Ala tak apa. Itu bisa di atur. Nanti I ajar!” Pelawa Kea dan kemudiannya mereka sama-sama tertawa. ‘Ajarlah sangatkan…’ Bisik Kea dalam hati.
“… Ehem.” Gelak tawa mereka terhenti bila terdengar bunyi orang berdehem dari arah belakang. Kea dan Anis menoleh serentak mencari si empunya suara.
“… Amboi, seronoknya bergelak sakan yer…” Kea sedikit terkejut bila melihat kehadiran Haikal di situ. Di tangannya kelihatan sejambak bunga carnation yang berwarna-warni. Haikal sengih sambil mengajukan bunga itu kepadanya.
“Wahhh… Romantiknya Encik Haikal ni. Untunglah Doktor dapat suami macam Encik Haikal.” Puji Anis. Kea dan Haikal tersipu-sipu malu.
“Awak kahwinlah cepat. Bukan setakat bunga sejambak ni, berpasu-pasu nanti awak dapat dari suami awak, silap-silap satu kedai bunga tu dia bagi.” Seloroh Haikal sambil tergelak kecil mendengar lawaknya sendiri. Anis turut ketawa. ‘Aaa’ jealous. Jealous. Nak jugak bungaaa!’ Mungkin itu yang sedang gadis itu fikirkan bila melihat kemesraan yang terjalin di antara pasangan itu. Kea memukul perlahan lengan suaminya itu. Pandai je nak menyakat orang dia ni.
“Abang tak kerja ke? Apa mimpi tiba-tiba datang sini?” Soal Kea. Terkejut juga dia bila melihat suaminya itu tanpa signal tiba-tiba sudah tercegat di depan mata. “Anis, I keluar ya. Anything call me.” Sambungnya lagi. Anis sekadar tersenyum mengangguk sambil memerhatikan Haikal dan Kea melangkah pergi meninggalkan kaunter.
“Rindu Kea.” Balas suaminya ringkas. Kea ketawa mendengar kata-kata suaminya.
“Main-main ya Abang, cakaplah betul-betul.”
“Betullah… Abang rindu Kea. Kea tak rindu Abang ke?” Soal Haikal ingin menguji isterinya itu.
“Tak punnn…”
“Serius Kea tak rindu Abang ni?”
Kea mengeleng. “Nope.”
“Erm… Okaylah. Kalau tak suka Abang kat sini, Abang baliklahhh…” Rajuk Haikal.
“Eh, Abang!” Kea tarik tangan suaminya. “Mengada-ngada kan.” Sambungnya. Haikal sengih menampakkan giginya yang cantik tersusun.
“Tahu pun takut.”
“Mana ada takut.” Kea masih lagi berdalih.
“So, rindu Abang tak??” Soal Haikal lagi. Selagi perkataan rindu itu tak keluar dari mulut Kea, selagi itulah Haikal masih tak berpuas hati.
“Yer… Rindu. Rindu sesangat rinduuu….” Jawab Kea geram. Haikal senyum puas hati. Pinggang Kea di peluknya.
“Eh Abang, kita dekat hospital ni.” Kea tepis perlahan tangan suaminya. Haikal tak peduli. Makin kuat pula pautannya di pinggang Kea.
“Bukan salah pun. Sah kut.” Balasnya selamba.
“Abang…”
“Sayang lepas ni ada kerja lagi tak?” Soal Haikal tanpa menghiraukan kata-kata isterinya.
“Rasanya tak ada lagi. Kenapa? Abang?”
“Good. Jom teman Abang makan. Then kita pergi jalan-jalan. Abang pun rasa malas nak masuk office-lah” Cadang Haikal. Kea kerut dahi. ‘Tahulah bos. Malas-malas pula.’ Getusnya.
“Jalan-jalan? Nak jalan ke mana?” Soal Kea.
“Mana-mana pun boleh asalkan berdua.” Balas Haikal. Kea diam sejenak. Mungkin sedang berkira-kira untuk menurut.
“Okay Jom! Kea nak tengok wayang.” Tingkah Kea seakan anak kecil. Lengan Haikal di pautnya. Haikal tenung dalam wajah Kea. Cepat saja isterinya itu berubah perangai. Tadi ke main serius lagi. Pegang pinggang sikit pun tak boleh. Ni lain pula yang jadi.
“Sayang, kita kan dekat hospital ni. Orang nampak.” Haikal balas balik kata-kata Kea sebentar tadi sambil senyum mengajuk. Kea cebik bibir.
“Tadi kita dekat perkarangan hospital. Sekarang dah kat luar. So, tak apalah. Bukan salah pun. Dah sah kut!” Kea balas pula dengan jawapan Haikal. Serentak itu mereka ketawa.
“Amboiii! Pandai ya. Tunggulah nanti Abang kiss sayang depan-depan patient sayang tu. Abang nak tengok juga macam mana sayang nak tepis Abang nanti.” Ugut Haikal. Kea jelir lidah. “Try test tengokkk!” Jawabnya dengan nada yang berlagak. Haikal geram. Hidung isterinya itu di tarik perlahan.
“Gigit hidung baru tahu!” Katanya. Kea sengih. “Tadi tu Kea kena jaga kelakuan Kea.. Kea kan internship je dekat sini, baru nak jadi doktor, So nak tak nak kenalah behave. Tak bolehlah nak manja-manja sangat. Abang faham-fahamlah ye…” Balas Kea bimbang jika perbuatannya sebentar tadi meninggalkan kesan di hati suaminya itu. Haikal angguk mengiakan kata-kata Kea. Sebenarnya dia faham, tapi sengaja buat-buat tak faham.
“Baiklah Tuan putriku…” Jawabnya. “Dahlah, cepatlah… Abang dah lapar dan lagi Abang ada something nak beritahu Kea. tapi tu nanti dulu. Surprise. Surprise!”
“Eleh Abang tu, selalu sangat nak ber’surprise dengan Kea.”
“Eh mestilah. Kea kan isteri Abang.”
“Tak ada kena mengena isteri dengan surprise ye.”
“Apa pulak tak ada? Mestilah ada…”
“Tak ada, tak ada.”
“Ada!”
‘Tak ada!”
“Adalah!”
“Nope!”
“Ishh…” Haikal ketap bibir.
“Game over. Abang kalah!” Kea ketawa mengekek seraya berlalu meninggalkan Haikal yang terpingga-pingga seorang diri. ‘Nasib baiklah isteri.’ Desis Haikal di dalam hati.
“Cepatlah Abangggg!” Laung Kea.
“Eh, ye.ye.” Bergegas Haikal berlari mendapatkan isterinya itu.
* * * * *
“Nak tengok cerita apa ni??” Berpinar mata Kea memandang sekeliling. Ramainya orang! Berpusu-pusu orang nak beli tiket.
“… Eh sayang. Orang nak lalu tu, sini sikit.” Tanpa sempat dibalas, Haikal dengan cepat menarik tubuh Kea dekat dengannya. Kuat jugalah sehingga dia sendiri terdorong sedikit ke belakang. Entah orang negro mana, jalan melulu tak tengok orang. Ni kalau di langgarnya Kea mahu terpelanting isterinya itu. “Sayang, pegang Abang…” Arah Haikal lagi, risau tentang keselamatan Kea.
“Okay.” Balas Kea ringkas sambil kuat memegang lengan Haikal. “… Abang, tak payahlah tengok wayang. Ramai sangat ni.” Kata Kea mengalah. Dah ramai-ramai macam ni, nak tengok wayang pun tak ada mood.
“Lar… Then kita nak pergi mana?”
“Erm…” Kea pandang sekeliling. Tiba-tiba matanya terpaku pada sesuatu. “Aha!” Tingkahnya.
“Kenapa?” Soal Haikal.
“Kita main ice skating.” Cadang Kea. Haikal jegil mata.
“No!” Balasnya.
“Alah, kenapa?” Soal Kea. Haikal tetap menggelengkan kepala.
“Sayang, you know kan. Last time kita main di Switzerland dulu berapa kali Kea jatuh. Tak ingat lebam-lebam kat badan tu dulu?” Balas Haikal. Teringat kembali saat-saat sewaktu dia mengajak Kea bermain ice skating di Switzerland dahulu. Tak tahu main tapi nak main, sudahnya memang banyak kali jugalah dia jatuh tersungkur. Haikal tak mahu kejadian itu berulang lagi.
“Alaa… Itu dulu. Masa tu Kea tak tahu main lagi. Sekarang dah okay. Dah terror. Jomlah Abang…” Pujuk Kea. Haikal tetap berkeras seperti tadi.
“Please, Kea boleh minta apa saja yang Kea nak. Tapi bukan yang itu. Abang tak sanggup tau nak tengok badan Kea lebam-lebam sebab jatuh. Lagi satu, tempat tu lantainya keras. Tak macam kat Switzerland, lantai salji…” Terang Haikal. Kea masam mencuka bila permintaannya tak di penuhi. Haikal mengeluh. “Sayang… Please. Janganlah degil.”
“Abang tak sayang Kea.”
“Bukan macam tu. Sebab sayanglah Abang tak nak Kea main benda tu. Nanti jatuh lagi macam mana? Please sayang…”
“Kalau takut Kea jatuh Abang jagalah Kea…”
“Hmm… Sayang…” Haikal hilang kata. Isterinya ni memang sangat-sangat degil. “Okay. Okay..” Putusnya. Dengar saja perkataan ‘okay’ yang keluar dari mulut Haikal, Kea terus tersenyum sampai ke telinga.
“But, but… Bukan sekarang.” Tambah Haikal lagi. Kea kerut dahi.
“Hah? Then??”
“Abang hantar Kea ikut class.”
“Ikut class? Maksudnya?” Kea masih kurang jelas dengan apa yang cuba di sampaikan oleh suaminya itu. Anak mata Haikal di tenung tajam. Lelaki itu menghela nafas panjang.
“Class untuk belajar cara skating dengan betul…”
“Hahhh? Sampai macam tu sekali? Err…” Kea mula rasa berbelah-bahagi.
“Habis tu, Kea nak main sangat kan? Dah betul-betul mahir baru Abang lepas Kea. If not then have to wait until you really, really master on skating… Deal?” Haikal angkat kening. Kea telan air liur. Gulp! Takkan seserius itu!?
**********
Bersambung :)
Nota Kaki : Bagaimana pula nanti bila KEA nak belajar main ice skate kan?? :P
Thanks Love,
Ara :D
4 comments:
nak main gak..
tp,,tak pandai!!
huuu
xpe, kea..masuk je kelas mcm yg disarankan oleh haikal tu..hehe..
Salam..Alhamdulillah selesai bc..hmm..suka sinambungannya.. tp pendek sangat rasanya..xsempat nak feeling2..hehe..tp ada kesalahan tatabahasala dik..especially penggunaan 'di'..yg sepatutnya didekatkan tp kamu jauhkan..setahu akak kata kerja kena dekatkan n kata nama dijauhkan.. itu yg diajar oleh cikgu akak dulula..hehe..mungkin akak salah..dlm byk2 tatabahasa, ini yg paling akak ingat sebab selalu kena denda ngan cikgu sebab salah buat karangan dolu2.. :)
No offense ye dik..akak sekadar berkongsi ilmu yg seciput akak ada.. :)lgpun nantipun kamu akan edit jgkkan..
Lepas ni sambung lg ye.. hehe..lama sgtla nak tunggu lg 2 bln.. :)
Wassalam
best sgt2.. smbung la lg.. x sbrnya nk tnggu KEA.. sweet la diaorg.. :D