Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Saturday, January 21, 2012

TEASER - Aiseyman, Driver Jer! (ADJ) :D

Diadaptasi dari cerpen - Aiseyman, Driver Jer! E-novel kedua selepas KEA.

************

“Hoi! Aku lapar!”

‘Erk! Kuss semangat!~ Dia ni sesuka hati dia je masuk tak bagi salam. Nasib baiklah aku tengah tak buat apa-apa. Kalau aku tengah tukar baju ke apa tadi, tak ke naya! Tuan besar yang berdiri tegak depan pintu ala-ala tentera tertelan tulang ikan ku jeling maut. Maut kata kau!~

“Suruhlah Mak Munah sediakan.” Jawabku sambil bangun membetulkan rambut ku yang ku rasa agak serabai. Sedikit pun tidak ku pandang dirinya.

“Mak Munah tak ada!”

“So? Pergilah makan kat luar.”

“Alah, Aku malaslah! Kau pergilah masak!” Arahnya. Hampir terbeliak mataku mendengar ‘arahan’ tu. ‘Amboiii… aku ni driver kau je Tuan Besar! Bukan tukang masak’ Bisikku didalam hati.

“Saya mana reti masak. Err.. Masak air pun kadang-kadang kering macam tu je.” Aku cuba untuk mengelak.

“Ahh!!~ Aku tak kira! Orang perempuan kalau tak pandai masak, baik direjam je dalam sungai!! Cepatlahh! Cepattt!! Aku laparrrr!!!” Tanpa di sedari Tuan Besarnya itu merengek seakan anak kecil.

“Cepattt!!!” Tak cukup dengan itu, tangan Aku pula yang menjadi mangsa tarikannya.

“Hishh!!” Rungut ku. Perangai macam budak kecil! Terlebih manja agaknya dia nih!

“Okayy… Okayyy… tak payahlah tarik-tarik tangan saya ni. Nak pakai lama tahu?” Farid dengan cepat melepaskan tanganku. Ha, tau takut!~

“Cepat, Aku tunggu kat bawah!” Arahnya agak kasar lantas berjalan keluar dari bilik ku. Hayunan langkah kakinya ku pandang dengan pandangan yang meluat. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Agaknya dulu time aku takde, macam manalah perangai dia ni yer?? Grr!~

……………………………………

“Nak masak apa Encik Farid? takde benda pun dalam fridge ni.” Soalku, habis semua tempat aku geledah. Telur dengan susu adelah. Takkan Tuan besar nak makan omelets pula!

“Alah, takkan takde… Ikan? Ayam?” Soal lelaki itu.

“Yer… takde, Encik Farid tengoklah sendiri kalau tak percaya.” Ujarku. Tuan Besar perlahan-lahan merapatiku. Fridge yang sememangnya kosong dipandang hampa.

“Hmm! Kau siaplah cepat, kita pergi groceries.” Katanya. Aku hanya mengganguk lemah. Dia ni dari tadi duk cepat! Cepat! Entah apa yang nak dicepatkan sangat pun tak tahulahh… Hmm.. Tapi, oh ya! Aku pun ada benda ‘secret’ nak beli, ah~ alang-alang…

…………………………………………………

Troli yang sudah sarat dengan barang-barang dan rencah masakkan ku pandang berkali-kali. Penuh! Itu yang dapat aku katakan. Ni nak masak buat kenduri seratus orang pun lepas nih! dugaku.

“Err.. Encik Farid, saya rasa cukuplah ni… Banyak sangatlah, makan untuk malam ni je kut…” Kata-kata ku disambut dengan jelingan tajam. Lelaki itu seakan masih tak berpuas hati. Selagi boleh dia nak kaut semua barang yang ada, mahu saja aku cadangkan untuk beli saja kedai ni, kang dikata lawan tokey pulak. Haish!

“Aku nak makan kenyang-kenyang malam ni. So apa yang aku beli, pandai-pandailah kau masak.” Jawabnya. Aku hanya mengeluh. Sah-sahlah lepas masak aku akan terbongkang keletihan, ataupun terus pengsan dua hari tak bangun-bangun!! Erk, tak, tak, imaginasi terlalu extreme pun tak boleh jugak kan!

“Ermm… Okay dah. Jom bayar!”

“Err… Encik Farid, saya ada benda nak beli. Apa kata Encik Farid yang tolak troli ni sampai ke cashier, nanti kita jumpa kat luar…”

“Beli apa?” Soalnya tegas. Terjegil anak matanya memandangku.

“Err… Adalah, nak beli ‘barang secret’!” Jawabku sambil terus berlalu meninggalkan Tuan Besar yang ku rasa sedang terkebil-kebil melihat gelagat ku sekarang.

…………………………………………………

“Hishh! Time nak pakai, time tu lah takde!” Bebelku sendirian. Pack-pack tuala wanita ku belek lagi. Aku nak cari yang overnight punya, tapi takde pulak, yang ada pun semuanya ber-wing, Hmmm… tak suka pakai yang ada wing! Boleh je nak pakai yang daily use punya, tapi takut bocor pula. Dahlah first day…

“Lar! Ni ‘barang secret’ yang kau cari-cari tadi?” Terkejut aku bila ditegur secara tiba-tiba.

‘Erk!! Tuan Besar!!!’

“Err…Err…

“Kenapa? ‘Jepun’ tengah menyerang ke?? Kesian…” Sindir lelaki itu. Aku hanya mencebik. Macam tak biasa! Tingkahku.

“Haa… Apa lagi, cepatlah ambil. Aku dah lapar sangat ni, kang kau aku makan!” ugutnya.

“Takpelah, apa yang saya nak takde. Jom bayar.” Jawab ku ringkas. Aisey~ Aku pun tahu malu bila berduaan dengan lelaki di ‘tempat secret’ macam ni. Sumpah! Tak pernah buat sebelum ni, malu mak, Nyah!!

“Apa yang kau cari takde? Ni berlambak-lambak ni, pilih jelahh…”

“Haa… nah! Yang ni bagus, boleh serap banyak-banyak, ada ruang bebas udara lagi… Erm, ha, ada sayap pulak tu, boleh bawak kau terbang bila pakai.” Lelaki dihadapannya cuba untuk membuat lawak yang ku rasa agak bodoh dan sempal! Sempat juga dia belek-belek plastic packaging ‘benda alah’ tu… Ish, dia ni tak tahu malu ke?? Aku pulak yang tersipu-sipu niieee…

“Ha, yang ni pun bagus… nipis dan selesa. Siap ada corak bunga-bunga lagi…. Ambil jelah, Nah, ambil dua-dua.”

“Err… tapi saya nak yang takde wing.” Jawab ku jujur. Kedua-dua ‘barang secret’ tu aku letakkan balik ke tempat asalnya.

“……Dahlah Encik Farid, jomlah… Seganlah saya Encik buat macam ni.” Aku yakin sekarang ni muka aku dah merah menyala menahan malu.

“Nak segan buat apa?? Bukannya apa pun, dan lagi, apsal kau taknak pakai yang ada wing? Kau tu tidur lasak tahu tak. Kang… ha, malaslah aku nak cakap apa-apakan, lu fikirlah sendiri. Dah-dah, ambil jer!” Keras ayatnya, ‘benda secret’ yang tadinya ku letak, diambilnya balik dan terus dilmasukkannya ke dalam troli.

‘Adoii dia nihhh!!’ Aku tepuk dahi, memang dah dalam kategori malu nak mampus dah ni!

“Dah, dah, jomm!” Aku hanya menurut. Mahu saja aku sorokkan diriku ke dalam timbunan barang-barang yang ada dalam troli tu sekarang nih! Err, tapikann… tapikan…, macam mana dia tahu aku tidur lasak??? Haa… musykil-musykil.

………………………………………………………………………

Suasana di dapur menjadi lintang pukang, kenapa? Oh mestilah disebabkan aku, almaklumlah dah lama dah tak masuk dapur. Nasiblah Tuan Besar ooi, aku dah kata aku tak pandai masak. Apa yang aku ingat, itu yang aku buat, selebihnya terpulang…

“Hoi, hoii! Apa yang bising sangat kat dapur nih?? Kau tengah berperang ke Pelangi???” Aku disergah dari arah belakang.

“Masaklah, takkan tanam pokok!” Jawabku selamba seraya memasukkan ikan bawal yang sudah siap di siang ke dalam kuali. Niat di hati nak masak sweet sour resepi Mak Munah. Tapi tak tahulah jadi ke tak. Ntah-ntah sour je, sweetnya hilang. Hihi. Aku sengih.

“Eh, Kau main masuk je? Tak letak garam kunyit??” Soalnya. Aku tutup mulut, buat gaya ala-ala terkejut.

“Alaaa! Lupa!!!” dengan cepat aku mengambil sudip untuk mengeluarkan ikan yang sudah pun digoreng separuh badan. Macam manalah aku boleh lupa, err… macam betul-betul kena rejam dalam sungai nih!!

“Ya Allah Pelangi!! Aduhaiii…”


- To be continue :)

p.s : Semoga readers kesayangan Ara support ADJ mcm support KEA juga... Thank you. :)

<3, Ara

1 comment:

Anonymous said...

sesbest punya cite ni sis...
lanjutin lagi ya...
ditunggu loh,jangan lama2 ya sis..
^_^...
by oryn