Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Monday, January 30, 2012

Kesengalan KEA & HAIKAL :P

“ASSALAMUALAIKUM……” Salam di ucap menandakan solat isyak berjemahan sepasang suami isteri telah berakhir. Kea raih jemari Haikal dan di kucupnya lembut tangan itu. Haikal kemudiannya mengucup dahi isterinya penuh kasih. Ubun-ubun kea di usapnya mesra.

“Aduh.”

“Kenapa Abang?” Soal Kea risau bila terdengar suaminya itu mengaduh.

“Sakit kepala sikit. Berdenyut-denyut daripada pagi tadi.” Kata Haikal sambil memegang kepalanya.

“Dari pagi? Tak beritahu Kea pun?”

“Abang tak sempat nak beritahu sayang. Kerja banyak sangat dekat office tu.”

“Erm… Jom baring atas katil, Kea picitkan kepala Abang.” Cadang Kea. Haikal menurut. Perlahan-lahan dia bangun menghampiri katil sambil di papah isterinya.

“Sini…” Haikal merebahkan tubuhnya di ribaan Kea.

“… Erm, Abang ada skip makan ubat tak hari ni?” Soalan pertama Kea bila jemarinya mula memainkan peranan.

“Tak ada pun, Abang makan pun on time hari ni.” Jujur Haikal menjawab soalan isterinya.

“Mungkin Abang letih sangat kut. Malam ni Abang tidur awallah yer...”

“Sayang?” Tiba-tiba Haikal bertanyakan tentang dirinya.

“Kenapa dengan Kea?”

“Sayang tak tidur sekali?”

“Oh. Abang tidurlah dulu. Kea ada kerja sikit nak buat, nak tolong Mak Esah dengan Mama siapkan goodie bag untuk majlis tu nanti.” Terang Kea.

“Erm, Kea pun janganlah buat kerja teruk sangat Sayang… Abang tengok lately ni Kea busy je. Balik dari hospital terus tolong Mama. Kesihatan Kea pun perlu di jaga. Abang tak nak Kea jatuh sakit nanti.” Kea tertawa kecil, entah apa yang lawaknya. Dia rasa agar kelakar bila Haikal tiba-tiba membebel soal kesihatan dengan dirinya. Bukan nak cakap yang dia lagi arif bab-bab macam ni, tapi sebab tone suara Haikal tu baginya lawak. Dah macam bapak budak!

“Baiklah Papa!” Tiba-tiba terkeluar panggilan itu dari mulut Kea. Mereka terdiam macam ada Malaikat yang menumpang lalu.

“Papa? Erm… Teringin nak ada orang panggil Abang macam tu.” Haikal mula bersuara. Kea melopong. ‘Aiseyman! Aku salah cakap ke apa ni!?’ Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Err… Maksud Abang?” Soalnya, nak kata yang dia tak tahu atau buat-buat tak tahu, dia sendiri tak pasti. Blur sekejap!

“Maksudnya… Abang teringin nak ada anaklah Sayang. Seronok kan dah ada anak sendiri.” Haikal mula pasang angan-angan. Tersenyum-senyum dia sendiri.

“Erm… Belum ada rezeki lagi Abang. Kita doa banyak-banyak ya, semoga Allah cepat-cepat berikan kita rezeki untuk ada anak sendiri.” Balas Kea.

“Tapi kalau berdoa je tak boleh juga sayang, kena usaha jugak.” Usik Haikal, di dongakkan kepala untuk memandang isterinya yang malu-malu bila di usik begitu.

“… Ha, Abang sakit kepala lagi tak ni? Kalau dah okay Abang rehatlah. Kea nak turun bawah tengok apa yang patut.” Kea cuba berdalih. Haikal ketawa.

“Sayang ni mulalah tu nak lari! Abang bergurau je Sayang. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita nak ada baby, adalah tu nanti…” Kata-kata Haikal membuatkan Kea berasa sedikit lega. Mereka ketawa. Tapi tak lama kemudian Haikal tiba-tiba bangun berlari terus ke bilik air.

“ Eh Abang, kenapa!?” Kea panik, Haikal muntah-muntah!

“… Abang, okay tak ni?” Kea menggosok-gosok belakang suaminya. Bunyi nak muntah je kuat, tapi tak keluar apa pun.

“Loyalah tekak Abang, Sayang…”

“Loya?? Erm, tadi sakit kepala. Mungkin sebab perut Abang masuk angin kut. Kita jumpa Doktor Yusoff nak tak?” Cadang Kea. Haikal menggeleng.

“Tak apalah Sayang… Dah lewat ni, kalau tak okay lagi esok jelah Abang pergi jumpa Doktor Yusoff tu. Kalau tak, tunggu jelah sampai next appointment.”

“Takkan nak tunggu dah teruk baru nak jumpa… Hish, Abang ni degil!”

“Tapi tak sedegil Sayang kan?” Kea ketap bibir, balik-balik aku jugak yang kena!

“Eeeii… Janganlah nak kaitkan Kea pulak! Sentaplah Kea macam nihh!!” Bentaknya. Haikal ketawa.

“Yelah, yelahhh. Abang gurau je pun. Ish, sikit-sikit nak sentap.” Haikal pantas mencubit pipi isterinya itu.

“…. Eh Sayang, tapikan… Dah banyak kali tau Abang rasa loya-loya ni. Pening-pening kepala. Haa… Entah-entah….” Haikal mula buat andaian nujum Pak Belalangnya. Mereka terdiam memikirkan rasionalnya andaian Haikal itu sambil berpandangan sesama-sendiri.

“Erm, tapikan kalau betullah kata-kata Abang tu, takkanlah Kea tak rasa apa-apa?”

“Ha’ah kan, betul juga tu! Hmm… Tak mungkin, tak mungkin…”

“Em… Tak mungkin.” Kea mengajuk cakap suaminya.

“Eh! ke baby salah masuk perut!? Sebab tu Abang je yang rasa!” Haikal tiba-tiba mengeluarkan statement yang membuatkan Kea ketawa mengekek.

“Abanggg!!!” Terbahak-bahak dia mengetawakan Haikal yang sedang terpingga-pingga memandangnya. Geli hati Kea mendengar ayat suaminya yang tak masuk akal tu.’salah masuk perut!?? Haish, kadang-kadang suami aku ni pun bingai jugakkan!’ Kehkehkeh! - Sedutan KEA 35 (Haikal yang sengal!)

+++++++++++++++++++++++++++

Nota Kaki : Dear Readers, sorry entry sebelum ni (Sedutan) terpaksa 'disembunyikan' dulu..huhu. Siapa2 yg belum baca, mohon ampun maaf di pinta. :D

Thank you.

Love,
Ara :)

2 comments:

kathy said...

salah masuk perut lah pulak..hahaha..dpt dibayangkan situasi dorang berdua masa tu ;D

AraSharrina said...

kathy : edited sikit..haha. dua2 kalau sengal mmg mcm tu la gaya nye..huhu.