** KLIK : K.E.A 32
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SEISI rumah bergegar dengan gelak tawa Haikal.
“Eh Abang, inikan cerita hantu… Terkejut Kea! Yang Abang tiba-tiba gelak ni kenapa?” Soal Kea hairan dengan tingkah suaminya. Pelik memang pelik, aku yang duk berkelumbung dalam selimut sebab menahan takut yang amat sangat, dia boleh ketawa bahagia pula.
“Hahahahaha…..” Ewah, lagi kuat!
“Abangggg….” Kea geram, lengan Haikal di pukulnya. Suami aku ni dah kena sampuk ke?? Fikirnya. Hilang sudah fokusnya untuk menonton cerita tu, cerita yang sememangnya sudah lapuk, hanya Kea saja yang belum dan bersungguh-sungguh untuk menontonnya. Kesiannn….
“Kelakarlah sayang, cuba tengok hantu Ju-on tu….” Arah Haikal. Kea menurut, Hantu Ju-On yang di tunjuk Haikal di tenungnya lama. Ish, seram! Cepat-cepat di alihkan pandangan matanya.
“Apa Abang ni, tak ada apa pun yang boleh di gelakkan. Seram je Kea tengok. Abang tak sihat ya?” Ujar Kea, di letakkan telapak tangannya di dahi Haikal. Eh, okay! Tak panas, suam-suam kuku pun tak.
“Ye ke tak kelakar? Oh, Abang silaplah ni.” Jawab Haikal bersahaja.
“Ha. Ni mesti Abang gelak pasal hal lain?” Duga Kea.
“Mana ada, Abang kan tengah tengok cerita ni.” Haikal cuba berdalih. Bahu Kea di peluknya.
“Tak, mesti tak. Baik Abang cakap, Abang fikir pasal apa?” Kea masih tak mengalah.
“Haish… Tak nak kalah Isteri Abang ni. Hm, Okay! Tapi janji Kea jangan marah Abang…” Ha, see! Kan dah kata mesti ada apa-apa. Kea mengganguk.
“Promise?” Jari kelingking Haikal disuakan pada Kea.
“Eh jap! Pasal apa ni??” Tiba-tiba Kea rasa tak sedap hati. ‘Kang kalau tiba-tiba Haikal cakap nak kahwin dengan orang lain, takkan aku tak marah kan?? Uwaaa!! Tak nak! Tak nak!!...’
“Sayang….. Hey, mengelamun pula dia!” Haikal tarik lembut hidung isterinya. Kea agak tersentak. ‘Eh, apa kau ni Kea, extreme sangat fikirannya! Hish!’ Desis hatinya.
“Hmm… Okay, promise.” Putus Kea, jari kelingkingnya di satukan dengan jari Haikal. Resah menanti apa yang bakal di katakan Haikal.
“Okay… Abang tiba-tiba teringatkan hal dalam kereta tadi.” Tutur Haikal. Kea angkat kening.
“Hal dalam kereta? Hal yang mana? Abang ni pelik-peliklah…” Balasnya.
“Alah, Hal yang Kea terkejut sampai terhantuk kat bumbung kereta tu lahhh… Hahahahaaa…”
“Aaaaaaaa’ Ceh! Itu je? Apa pun tak bolehlah Abang ni!!” Rungut Kea. ‘Sebab tu saja gelak aku kemain, bikin hati ni panas jerr!’
“Sayang, sorryyyy! Tapi serius reaksi sayang kelakar waktu tu. Teringat waktu malam yang sayang ikut Abang pergi Cherating dulu… Sayang ingat lagi tak?” Kea ketap bibir. ‘Alah dia ni…, nak buat kisah imbas kembali pulak!’
“… Tapi comel kan? Thank you Abang, dah sila fokus pada TV.” Ucap Kea, malas nak layan suaminya yang sejak kebelakangan ini suka saja nak mengenakan dia.
“Comel, memang comel. Geram rasa nak gigit-gigit!” Tambah Haikal lagi. Tawanya masih belum reda. Kea buat muka tak tahu.
“….. Sayang masih malu dengan Abang ya? Come, pandang muka Abang…, beritahu Abang kenapa Sayang masih malu? Kita dah jadi suami isteri yang sah tahu…” Pujuk Haikal, tubuh isterinya di palingkan menghadapnya.
“Come, tell me…” Kea angkat sedikit wajahnya mengadap lelaki itu, dapat di rasakan mukanya kini sudah berubah rona. ‘Aduhh… terseksa mak nyah!’ hish, sempat lagi! Ju-On entah kemana, yang dia pasti Haikal kini mula berubah menjadi seorang yang serius. Gugup!
“Tak tahu, mungkin Kea memang pemalu orangnya…” Haikal senyum, anak rambut Kea di usapnya lembut.
“Sayang masih belum selesa dengan Abang?” Soalnya lagi.
“Aaaa…’ Kea tak tahu nak react macam mana, Kea tak biasa.” Balas Kea. Dia memang begitu, susah nak mulakan sesuatu yang baru.
“…… Maafkan Kea sebab belum sepenuhnya menjalankan tanggungjawab Kea sebagai seorang isteri. Kea tahu Kea bukan isteri yang baik, tapi Kea sedang cuba…” Ucapnya, sedikit rasa bersalah sudah mula terpalit dalam dirinya. Haikal capai jemari Kea.
“Syhh… Sayang jangan cakap macam tu, Abang tahu Kea sedang mencuba, Abang tahu isteri Abang ni mampu untuk jadi Isteri yang terbaik… Abang cuma mahu Kea selesa dengan Abang, kalau ada apa-apa jangan simpan sorang-sorang. Apa pun hal yang berkaitan Kea, Abang perlu tahu, semuanya… Ha, tapi jangan fikir Abang nak mengongkong Kea pula, walaupun mungkin hanya sekejap, Abang nak rasa macam mana jadinya suami, macam mana tanggungjawab seorang suami pada isterinya…...”
“Hmm… Abang janganlah cakap macam tu, Kea tak suka! Kea nak hidup lama dengan Abang, sampai nafas terakhir, sampai syurga. Okay, Kea faham. Kea cuba ya, Abang pun tolong Kea untuk tolong Abang jalankan tanggungjawab Abang sebagai suami. Kita tolong sama-sama.” Jawab Kea. Tubuh lelaki itu di peluk kemas. Haikal turut membalas pelukan Isterinya itu dengan erat.
“Okay, kita mula dengan langkah pertama.” Akal Haikal. Pelukkan di renggangkan.
“Langkah pertama? Maksudnya?” Soal Kea, apa lagilah akal suaminya ni.
“Bila sayang nak pakai baju seksi-seksi? Kea tak nak goda Abang ke??” Kea melopong. Haikal kenyit mata nakal.
“Err… Abang serius ke ni?” Kea sudah mula tak tentu arah. Haikal tenung anak mata Kea dengan pandangan yang menggoda.
“Kalau Abang serius, Kea dah bersedia ke?”
“Err… Kea, Ke..a……
…… “Ha, kat sini rupanya kamu berdua. Puas Papa cari.” ‘Alamak Papa ni kacau daun jer!’ Mereka berdua tersengih memandang Dato’ Ashraf yang sudah pun terduduk di sofa hadapan mereka. Kea menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Haikal. Tanpa sedar, Haikal kembali mendekatkan jaraknya dengan Kea. Kea jeling Haikal. Mata bertentang mata. Kea bagi signal mata, tapi Haikal buat tak kisah. ‘Haish, Haikal ni… Aku pula yang dah tersipu-sipu malu dengan Papanya!’
“Hai amboi Haikal… Tak boleh berenggang dah?” Usik Dato’ Ashraf. Kea tambah malu.
“Mana boleh Papa, nanti Kea lari.” Haikal sambut kata-kata Papanya dengan gurauan. Kemudian meletus tawa mereka anak beranak. Mahu saja Kea bangun dan membiarkan mereka berdua. Tapi, sabar Kea, sabar….
“… Ha, kamu berdua sudah ada plan nak pergi honeymoon ke?” Soal Dato’ Ashraf. Kea dan Haikal berpandangan sesama sendiri.
“Err… Belum Papa, belum fikirkan lagi.” Jawab Haikal. Kea hanya mengganguk mengiakan kata-kata suaminya itu.
“Kea masih dalam internship kan?” Soal Dato’ Ashraf lagi.
“Ha’ah Papa, tapi Kea hold dulu…, Nanti baru nak bincang balik dengan Doktor internship Kea.”
“Erm… Okay, baguslah tu. Haikal, Papa bagi kamu rehat lagi seminggu dua. Kerja-kerja di ofis biar Papa yang selesaikan. Nah…” Dato’ Ashraf menghulurkan sampul surat kepada Haikal. Terketar-ketar tangan Haikal menyambutnya. Takkan surat berhenti kerja kut! Dia mula tak keruan. Kea juga kelihatan gelisah. Dengan perlahan mereka berdua membuka sampul surat itu. Untuk seketika mereka terdiam membaca isi kandungannya.
“Woww!!” Tingkah Haikal tiba-tiba. Terlalu gembira nampaknya dia selepas mengetahui isinya.
“…. Betul ke ni Papa??” Soalnya. Dato’ Ashraf tersenyum mengganguk.
“Papa tahu, tak mungkin hanya dengan benda itu kamu dapat memaafkan semua
kesalahan Papa, tapi Papa harap kamu berdua suka. Papa cuma harap kamu berdua gembira.” Ucapnya.
“Mestilah kami suka Papa!! Thanks so much!” Haikal bangun berdakapan dengan Dato’ Ashraf.
“Terima kasih Papa…” Kea menambah. Dia gembira tapi….
“Okay! I’m done here. Enjoy yourself. I should make a move now. Takut nanti menggangu pasangan pengantin baru pula.” Ucapnya lantas berlalu pergi meninggalkan Haikal dan Kea yang masih lagi tak percaya dengan apa yang baru saja mereka dapat.
“Honeymoon package for two weeks!~ What a suprisee!” Tingkah Haikal, dia kelihatan sangat gembira.
“…Sayang, switzerland will be the place for our honeymoonnn… Don’t you feel excited huh?” Soalnya pada Kea, isterinya itu hanya senyum kelat.
“Err… Abang, too far… plus, Abang tak rasa ke terlalu jauh?” Balas Kea, dia lebih risaukan kesihatan Haikal. Soal berbulan madu ni tak mengapa, boleh di tangguh. Raut wajah Haikal mula berubah.
“… Mungkin kita boleh tangguh sampai kesihatan Abang dah benar-benar pulih.” Tambah Kea lagi.
“Tapi.., Abang nak pergi. Please… Abang tahu Kea boleh jaga Abang di sana. Lagipun Abang nak berdua dengan sayang. Only us, Please.” Rayu Haikal.
“… And I promise you, I’ll behave myself. Please sayang…” Sambungnya lagi. Kea hela nafas panjang. Arggh! Apa nak buat ni?? Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia juga ingin pergi, tapi dia risau jika keadaan di sana akan lebih memudaratkan Haikal, lagi pula mereka tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Bukan hanya mahu berfikiran negatif, Cuma… Oh. Come on, we never know!
“Sayang….” Panggil Haikal. Tak puas rasa hati bila Kea hanya mendiamkan diri. Aaa’ tidak Eee’ pun tidak.
“Hurmmm… Okaylah.” Putusnya. Tak sampai hatilah! Bulat mata Haikal bila mendengar signal kebenaran yang keluar dari mulut isterinya itu. Terus saja tubuh Kea di peluknya.
“But, But… Promise me….” Kea mahu meletakkan syarat.
“On what?”
“Kita jumpa Doktor Yusoff dulu. Biar dia decide sama ada Abang boleh pergi atau tak.” Haikal kerut dahi.
“… Deal?” Sambung Kea lagi.
“Erm, okay. Deal!!” Balas Haikal. ‘Aduh!’ Kea masih ragu-ragu lagi dengan persetujuannya. ‘Minta-mintalah tak lepas!’ Doanya dalam hati.
“Yeay… Yeayy! Dapat pergi Switzerland dengan Sayang!” Tingkah Haikal terloncat-loncat sambil tersengih memandang isterinya. Kea geleng kepala, Lagak suaminya itu tak ubah seperti anak kecil yang baru saja di umpan gula-gula bayar 20sen dapat 5 biji, oh tak, sekarang 4 biji je. Eh ke 3 biji untuk 20sen? Err…
“Eh Abang, belum confirm lagi ya. Jangan terlalu suka. Takmo, takmo…”
“Eleh!” Sangkal Haikal. Dia merapati Kea, dan untuk pertama kalinya tak semena-mena sebuah kucupan singgah di bibir Kea.
“Chupp! Saaaayang isteri Abang nii!!’ Dengan cepat Haikal melarikan diri daripada Kea. Dia tahu isterinya itu akan melatah.
“Err, Abangggg!!”
……. Dan terjadilah adegan kejar-mengejar ala-ala cerita bollywood ‘Pariyappa’ diantara mereka. How sweet… kan!?
+++++++++++
BERSAMBUNG :)
Nota Kaki : E-novel ini akan dibukukan, insyaAllah akan berada di pasaran tidak lama lagi...
Thanks Love,
Ara
2 comments:
hehehe..serius!novel ni best..
tp,akak ni doktor ke?
Anonymous...
thank u dear sbb suka.. alhmdullilahhh... :))
Bukan syg, akak bukan doktor.. xpernah berangan pun nak jadi doktor..hehehe..