Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Thursday, December 20, 2012

TEASER - A.D.A Bab 21


BAB 21

“PELANG BINTI ABDULLAH!!!!!”

“OH MAK KAUU!” Jeritan seakan bunyi guruh itu mengejutkan Pelangi dari tidurnya. Tegak dia berdiri dan pada masa yang sama berlari ke hulu ke hilir mencari sesuatu. “Dah lambat! Dah lambat! Ah, mana pulak towel nie!!?” Habis setiap penjuru bilik dia geledahnya, padahal towel yang dicari sudah tersedia tersangkut di tepi almari. Itulah, bila butang kelam kabutnya sudah diaktifkan, memang begitulah jadinya. Bunyi barang jatuh tak usah cakap, bergema satu bilik! Habis semua barang hendak dilanggarnya. Nasib tak ada barang kaca, kalau ada… Hish, takut nak bayang apa yang akan jadi. Di suatu sudut kelihatan seorang lelaki yang sedang asyik mengetawakannya. Seronok betul dia ketawa sehingga keluar-keluar air mata. Lelaki itulah tu, lelaki yang suka buat onar dalam hidup Pelangi.

BUKKK!

“Aduhhh!” Pelangi terduduk di atas lantai. Cantik ‘landing’nya, sempat bersila.

“Oh My God!” Ketawa Irham terhenti. Tergesa-gesa dia berlari ke arah gadis itu. “Hey, are you okay?” Pantas lengan Pelangi dipegangnya.

“Sakitlah!” Suaranya sedikit meninggi. Tanpa sengaja Pelangi menepis pegangan Irham. Pegangan itu seakan kejutan elektrik buatnya. Irham yang pada mulanya ingin melawan, akhirnya menurut. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari gadis itu.

“Aduh…” Sekali lagi kedengaran suara Pelangi mengaduh. Suaranya bergetar menahan sakit. Dalam keadaan kelam kabut tadi secara tidak sengaja dahinya telah terhantuk di bucu almari. Bunyi hantukkan itu sangat kuat dan jelaslah akan merasa kesakitan yang amat sangat.

“Pelangi, kau okey ke tak?” Soal Irham. Dia mula rasa tak senang duduk. Rasa bersalah sudah mula ingin meresap masuk ke dalam diri. Tapi rasa ajelah, nak buka mulut untuk minta maaf, memang mustahil untuk lelaki seperti dia.

Pelangi diam. Dia hanya tunduk sambil sebelah tangannya memeluk lutut dan sebelah lagi menekup muka.

“Hmm… Itulah kau. Kelam kabut sangat. Aku baru sergah sikit macam tu kau dah tak tentu arah… Lain kali… –

“No kidding. It’s hurt.” Tanpa sempat Irham menghabiskan ayatnya, Pelangi mencelah.

Irham terdiam.

Suasana sepi.

Seketika kemudian terdengar esakkan kecil yang datang dari arah Pelangi. Irham memasang telinga. Memang! Jelas bunyi orang menangis. Pelangi menangis? Gadis itu menangis? Irham tambah resah. Peluh dingin sudah mula keluar dari tubuhnya.

“Kau menangis kenapa?” Ah! Lain yang difikir, lain pula yang diluah.

Perlahan Pelangi mendongakkan wajahnya memandang Irham. Lelaki itu terkesima, mata bundar Pelangi digenangi Air.

“Saa…kit…” Tutur Pelangi. Air matanya semakin banyak merembes keluar.

“Err…” Irham panar. Dia hanya mampu berdiri tegak di tempatnya. Bukan tidak mahu menolong, dia tidak tahu bagaimana hendak mulakan. Perasaan simpatinya sebagai seorang manusia dan perasaan egonya sebagai seorang majikan bercampur-aduk di kepalanya.

Keadaan menjadi agak kekok.

Suasana kembali sepi.

Selepas tiada apa reaksi yang diberikan oleh tuan besarnya itu. Pelangi akhirnya akur, lelaki itu memang egonya tinggi melangit. Jangan kata hendak menolong, mahu meminta maaf juga dia tidak mahu. Hurmm… Pelangi mengeluh, air mata yang masih keluar dia kesat perlahan. Jarang dia menangis di depan orang. Jarang yang sangat jarang. Lagipun sejak dahulu lagi, dia sudah mendisiplinkan dirinya agar jangan menangis di depan orang, jangan manja. Jangan buat orang nampak kita lemah. Jangan! Tapi… kali ini, dia kalah. Kalah dengan kesakitannya sendiri.

Pelangi tidak mahu menunggu lama, perlahan–lahan dia bangun. Cubaan pertamanya, gagal. Dia terduduk kembali. Namun bukan sikap dia untuk mengalah. Sekali lagi Pelangi mencuba. Walau dalam payah, akhirnya dia berjaya untuk berdiri sendiri.

“Err… Kau okey?” Soal Irham lagi.

Pelangi diam tidak membalas. Tidak perlu bermanis mulut jika pertolongan kecil ini pun dia tidak mampu untuk berikan. Langkah pertamanya diatur. Namun hanya untuk seketika dia mampu bertahan. Pandangannya jadi kabur. Kepalanya terasa berpusing 360 darjah. Dahinya berdenyut-denyut.

Sakitnya Ya Allah… Keluh Pelangi.

Irham menyoroti langkah gadis itu dengan ekor mata. Entah kenapa dia rasakan langkah Pelangi ketika itu tidak stabil dan terhuyung–hayang.

“Pelangi…” Tegur Irham sedikit cemas. This is not good! Hatinya berbisik tatkala melihat keadaan tubuh Pelangi yang sedikit goyah. Pantas dia berjalan menghampirinya.

“Pelangi…” Panggil Irham lagi.

“En…cik Ir…–

“Pelangi!” Dan seperti dijangka, Pelangi rebah di pangkuannya.


+++++++++


“KENAPA dengan dia, Doktor?” Soal Irham sebaik saja Doktor Luqman, doktor keluarganya keluar dari bilik Pelangi. Raut wajahnya kelihatan sedikit tenang berbanding tadi.

“Dia…–

Tanpa sempat doktor Luqman membalas, lelaki itu sudah hilang ke bilik Pelangi. Doktor Luqman memandang Irham dengan senyum sebaris. “You buli dia ke?” Soalan yang keluar dari mulut doktor itu membuatkan Irham tersentak.

“Err… Why?”

“She is exhausted...” Beritahu Doktor Luqman. Irham jongket kening. “…But, don’t worry. She’s fine. Cuma itulah… Badannya terlalu letih.” Sambung Doktor Luqman kemudiannya sambil mengemas serba sedikit peralatan hospital yang dibawanya. Masih terngiang-ngiang lagi suara Irham sewaktu menghubunginya tadi.

“Doktor, where are you?”
“Hospital, why?”
“Emergency. Please come here as soon as you can!”
“Come here, where??”
“Here!”
“Ialah, here tu di mana? Irham… Take a deep breath. Kenapa ni?”
“My driver, she fainted! Come here now! To my housee!!”

Bila teringat kembali akan perbualan ringkas di antaranya dengan Irham ketika itu, pasti ada senyuman yang akan terukir di wajahnya. ‘My driver, she’s fainted’. Suara cemas Irham bila ‘driver’nya, which is seorang perempuan pengsan. His reactions and the moment bila dia sampai saja di perkarangan banglo itu tadi membuatkannya berfikir. Siapa gadis itu di hati Irham? Istimewa sangat ke drivernya itu sehingga Irham berkelakuan sebegitu? Soalan itu berlegar-legar di segenap ruang pemikirannya.

“So, what should I do now? Err… Ni dahi dia ni bila nak kurang bengkak? Dah merah sangat dah ni… Nanti jadi lebam kan ni?” Soal Irham bila terpandangkan dahi Pelangi yang sudah pun membengkak dan berubah warna. Tanpa ada siapa yang memaksa, secara spontan dia mengusap lembut ubun-ubun gadis itu.

Doktor Luqman pamer lagi senyum sebarisnya bila mendengar soalan Irham. Dia toleh memandang ke arah lelaki itu. “Mungkin ambil masa seminggu juga nak hilang semua tu… Erm. Irham.”

Irham menoleh memandang ke arah doktor Luqman. “Yes?” Sahutnya ringkas.

“Itu yang dekat dahi dia tu bukan you yang buat kan?” Duga Doktor Luqman. Matanya mencerun memandang tepat ke wajah lelaki itu.

“Erk. Mana ada doc! Dia ni yang jalan tak pandang depan.” Tingkah Irham. Secara automatik tangannya diangkat dari kepala Pelangi.

“Are you sure?” Soal doktor itu lagi.

Irham mula rasa tidak senang duduk bila diasak begitu. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Doktor Luqman. “Yes! Very sure!” Sahutnya dengan yakin walaupun hakikatnya tidaklah seperti yang dikatakan.

“Well kalau macam tu tak apalah…” Balasnya seraya mengeluarkan beberapa jenis ubat dan dihulurkan kepada Irham. “Ini ubat-ubat dia. Pastikan dia makan on time.” Pesan doktor itu.

Irham hanya mengangguk perlahan. “Will surely do.” Jawabnya. Ubat-ubat yang berada di tangannya diteliti satu persatu. Dahinya berkerut. “Banyaknya…” Desisnya.

“… and again, ‘pastikan’ bukan ‘paksaan’.” Ulang Doktor Luqman lagi. Irham menoleh memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan tersirat. “Well, it’s just a reminder. Don’t take it serious.” Beritahu Doktor Luqman sambil kedua-dua belah keningnya diangkat.

“Sarkastik sangat tu…” Gerutu Irham sambil merengus kasar. Doktor Luqman pecah tawa. “So, anything else selain ‘passsstikan’ dia makan ubat ni?” Tanya Irham. Perkataan ‘pastikan’ sengaja ditekan ketika menyebutnya.

Doktor Luqman sambung ketawa. “Well, anything else tu depends lah pada orang yang akan menjaganya nanti. I am confident, ‘that’ person will surely know how to handle her better.” Balas doktor itu seraya berlalu meninggalkan Irham yang terkebil-kebil seorang diri. Dia buang pandang ke arah Pelangi yang masih belum sedarkan diri. Am I too bad? Soalan itu diajukan kepada dirinya sendiri. Atau… perempuan ni yang lemah sangat? Hmm… Irham meraup mukanya berulang kali.

“Irhammm…” Panggilan dari luar membuatkan lelaki itu tersentak.

“Oh my God!” Irham tepuk dahi. “Bonda!?” Melalui cermin sliding door dia dapat lihat kelibat Datin Yuhanis yang sedang tergesa-gesa menuju ke arahnya. Bala… Bala… Pelangiii… cepatlah bangun!

“Irham Alfie, please explain!” Tingkah Datin Yuhanis sebaik saja dia menjejakan kakinya ke dalam bilik itu. Riak wajahnya kelihatan serius.

Irham terkedu.

“Irham?”

“Err…” Irham tunduk merenung lantai. Okay now I’m dead! Keluhnya sambil melangkah lemah menghampiri Datin Yuhanis.


BERSAMBUNG :)


++++++++


Nota Kaki : Saja bagi TEASER dulu :P

6 comments:

Unknown said...

Wow bestnya, Irham dalam hati ada taman taknak mengaku...

kak na said...

irham takut dgn bonda ke?
berani buat berani la tanggung kan
cian pelangi...

Noraini Rahim said...

Haha! Irham, kantoi~~

hk said...

omo!!!! the teaser is sooooooooo exciting!!!!

kak ida said...

Pergh..akak suka..Irham yg cuba untuk menyakat pelangi..menyebabkan penyakit kelam kabut berakhir dengan pelangi ditimpa kemalangan kecil yg menyebakan gaids itu pengsan..tak patut betulkan si irham tu ..best juga mamat tu dah hendak ditakzirahkan oleh bondanya..

Anonymous said...

laaaa teaser rupanya, patut la x puas baca....bg si irham tu giler byg kat drebarnye, nxt n3 pls