Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Saturday, December 15, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 18


BAB 18


“PELANGI, masuklah. Jangan malu-malu…” Pelawa Datin Yuhanis dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

Pelangi sekadar mengangguk dan pamer senyum sebaris. Senyum malu. Jelas riak gelisah di wajahnya ketika itu. Pelangi pandang kosong pada Irham yang baru saja selesai membuka kasut dan stokin. Wajah lelaki itu sedari tadi masam mencuka. Bercakap dengannya pun tidak mahu. Selalunya mulut lelaki itu lah yang paling bising mahu mengajaknya berkelahi, ada saja benda yang nak digaduhkan. Macam hal kelmarin sewaktu mereka berhenti di lampu merah. Adalah sebuah kereta ni, kereta kancil aje pun, tapi accessories dalam dan luar memang tak usah cakaplah sampai tak nampak kusyen. Itu pun Irham nak membebel marah – marah, buang duitlah, buang masa lah, macam budak – budaklah. Bising mulutnya tu sampai ke office. Tak cukup office, waktu balik kerja pun dia sempat sambung. Bagi Pelangi lah kan, suka hati mak bapak empunya kereta tu lah nak hias kereta dia macam mana pun. Nak letak kusyen kat atas bumbung ke, belakang bonet ke, suka hati lahhh… Bukan pakai duit kau punnn!! Eh, emo.



Ingatannya terhenti serta merta bila Irham secara tiba - tiba berdiri tegak dihadapannya. Matanya tajam merenung Pelangi. Err… Dia tak suka ke aku tinggal di sini? Sejak dalam kereta tadi hanya soalan itu yang bermain – main di fikirannya. Betul ke tuan besarnya itu tak suka dia tinggal di situ. Kalau suka, takkan dia nak buat muka macam ni kan? Kalau tak suka pula, kenapa tidak ditolak saja cadangan Datin Yuhanis tempoh hari. Alalala… Janganlah buat aku yang jadi mangsa keadaan. Aku baru nak bersenang lenang sikit ni~

“Ir, bawa beg Pelangi tu ke bilik dia.” Arah Datin Yuhanis lembut.

“Alaaa, Bondaaa….” Balas Irham sambil buat muka tanda protes. Tak ada kerja pula kan aku nak angkat beg minah ni, dahlah menumpang aje! Bebel Irham dalam hati. Wajah polos Pelangi sekali lagi dia tenung tajam. Biarkan. Biar berkali – kali dia nak tenung Pelangi dengan pandangan begitu. Biar dia tak selesa. Biar dia cepat – cepat keluar dari rumah ni. Biarkan!

“Eh, eh… Tak apa Auntie. Pelangi boleh bawa sendiri, tak banyak barang pun.” Pelangi semakin rasa tidak sedap hati. Dia berkira-kira sendiri sama ada keputusannya untuk tinggal serumah dengan tuan besarnya itu adalah sesuatu yang betul, atau….. dipandangnya Irham yang masih lagi tajam memerhati gerak-gerinya. Err... Sah, sah! Keputusannya salah! Farishhhh…. Hatinya menjerit memanggil nama itu.


“Erm… Pelangi? Pelangi okey ke? Lain macam aje muka tu? Pelangi tak selesa?” Tegur Datin Yuhanis prihatin. Bahu Pelangi digosok-gosoknya mesra.

“Err…” Pelangi hilang kata. Wajah lembut Datin Yuhanis dia pandang tanpa kelip. Allah… Kenapalah baik sangat Datin ni. Tersentuh rasa hati ni. Untung betul tuan besarnya dapat beribukan wanita ini. Monolog Pelangi sendiri. Perasaan cemburunya mula penuh di hati.

“Pelangi jangan risau. In Shaa Allah, Pelangi akan selesa di sini. Mula – mula aje Pelangi akan rasa tak sedap hati. Lepas tu sure Pelangi happy.” Pujuk Datin Yuhanis lagi. Sedaya upaya dia cuba untuk menenangkan hati Pelangi. Gadis itu sekadar senyum dan tunduk mengangguk. Apa yang tersirat di hati dibiarkan saja terkubur.

Datin Yuhanis mengukir senyum bila melihat Pelangi. Semenjak hari pertama dia bertemu dengan gadis itu, hatinya sudah terpaut. Segala tindak tanduk Pelangi entah kenapa sangat menyenangkan hatinya. “Good girl. Macam tu lah… Jangan risau apa – apa ya…”

“Bonda dah habis orentasi ke belum? Ir letih ni. Badan dah melekit dah ni. Ir nak naik mandi…” Tiba – tiba Irham bersuara merosakan suasana. Suara tidak puas hatinya bergema di setiap ruang.

Datin Yuhanis mengalihkan wajahnya ke arah Irham. “Haishh… budak ni, kot ia pun nak mandi, cubalah cakap baik – baik…” Tegur Datin Yuhanis.

Irham telan air liur. Ish, terkena lagi. “Ir cakap baik – baiklah ni… Bonda tu lambat sangat. Esok lusalah pula sambung. Banyak nyamuk kat luar ni. Kalau lama lagi, Ir masuk dululah…” Rungutnya.

“Nyamuk apanya Irham sayang? Bukan ke sekarang ni tengah hari buta? Bukan tengah malam…”

Aisey! Irham kantoi tersalah kata. Ha’ahkan… Kenapa pula dia tersebut nyamuk? Patutnya dia kena sebut ‘panas’ sebab tengah hari, ada juga kena mengenanya. Irham termalu sendiri. Sebab malu dia terus senyap tak terkata apa.

Menggeleng – geleng kepala Datin Yuhanis bila melihat kelakuan anaknya itu. Macam budak – budak. Perangai tak seiring dengan usia. Pelangi yang sedari tadi berdiri di sisinya hanya mampu mengutuk dalam hati. Sengal! Tu nak cakap aku nyamuklah tu sampai malam siang pun tak kenal. Gumannya.

“Pelangi jalan-jalan dulu di sekitar rumah ni ya. Tengoklah apa – apa yang patut. Biasakan diri. Auntie nak keluar sekejap, ada hal di butik…” Beritahu Datin Yuhanis ramah.

“Err… Baik Datin. Eh, auntie.” Balas Pelangi. Mati! Takkan nak biar aku tinggal berdua aje dengan lelaki ni. Pelangi semakin gelisah. Nafasnya turun naik.

“Irham, nanti bawa Pelangi jalan – jalan sekitar rumah…” Pesan Datin Yuhanis sambil menyarungkan kasut ke kakinya.

“Erk! Kenapa Ir?”

“Ir… Sudah – sudahlah tu ya. Ir temankan Pelangi. Dia kan nak tolong kita.” Pujuk Datin Yuhanis lembut. Irham tarik muka lagi. Asyik – asyik dia yang kena. Asyik – asyik dia! “Irham… Jangan macam ni. Ir tolong bonda ya?” Sambung Datin Yuhanis lagi sambil mengusap mesra pipi anak lelakinya itu.

“Hmm… Yelahhh.” Jawab Irham acuh tak acuh. Dia memang kalah bila bondanya itu bercakap dengan tone suara yang macam tu. Di tambah pula bila pipinya diusap – usap begitu, lemah longlai rasa hatinya!

Tanpa sedar Pelangi meletakkan tangannya ke dada. Entah kenapa dia rasa sangat sebak bila melihat kemesraan yang terjalin di antara Irham dan bondanya. Sungguh dia sangat menginginkan keadaan begitu. Sangat… Sangat mahu.

“Pelangi… Auntie pergi dulu ya.”

“Err...” Belum sempat Pelangi menjawab, Datin Yuhanis sudah pun menghilang ke dalam kereta. “Baik……” Tuturnya perlahan.

Untuk seketika, keadaan menjadi hening. Sunyi… Senyap dan sepi. Pelangi jadi makin tidak selesa. Apatah lagi bila berduaan begitu. Bukan… Bukan tak pernah berdua. Tapi perasaan waktu itu lain. Sekarang ni lain. Nak – nak bila berdua sendiri di dalam rumah besar gedabak macam ni. Mahu tak sesak nafas ni.

“Hoi Pelangi.” Sergah Irham tiba – tiba.

Pelangi tersentak seraya mengurut dada. Kurang asam. Terkejut aku! “Ye.” Jawabnya ringkas.

“Wahhh… Makin lemaklah kau bila datin selalu back up kau kan?? Hishhh!! Memang kecik besar, kecik besar aje aku tengok kau ni.” Suara Irham berubah nada. Kasar!

Pelangi hanya diam memerhati tuan besarnya itu dengan ekor mata. Ishhh… Tolong ye Encik Irham, bukan aku yang nak tinggal di sini, tapi bonda kau yang beria – ia minta tolong dari aku! Banyak bunyi plak kau~’ Bentak Pelangi dalam hati.

“Kalau Encik Irham tak suka, saya boleh pergi sekarang. Okey, kita jumpa esok pagi.” Ujar Pelangi seraya mengangkat beg bajunya untuk berlalu. Tubuhnya dipaling membelakangkan tuan besarnya. Dalam hati dia berdoa. Janganlah dia dibiarkan berlalu. Mana nak tinggal oi!? Jangan buat main, dia dah memang officially pindah keluar dari rumah sewanya sekarang ni. Matanya dipejam menunggu reaksi dari Irham.

“Dah! Kau tak payah nak main tarik tali pula dengan aku! Kau suka lah kan kalau nanti datin marahkan aku sebab kau. Kau puas hati lah kan?” Tuduhan Irham semakin menjadi – jadi.

Pelangi ketap bibir. Tak terluah apa yang hendak di kata. Wahai hati, sila bersabar! Kau perlukan tempat ini untuk menumpang teduh. Kau jangan balas apa – apa pun yang dia cakap. Jangan melawan! Kau lepak chill aje dekat situ. Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus… Monolog Pelangi memujuk dirinya sendiri.

“Fine! Suka hati kau lah nak buat macam mana pun. Cuma satu perkara yang aku nak ingatkan kau… Dekat luar atau dekar rumah, inside – outside, waktu bekerja atau bukan, aku ni tetap majikan kau. Walaupun kau dah setuju nak tolong aku, itu bukan bermakna yang hati aku ni akan lemah cair dengan kononnya kebaikan kau tu. Aku tahu kau, kau tahu aku. Kau perlukan duit bukan? Perlukan tempat tinggal? Here you go. Win – win situation. Aku tolong kau, kau tolong aku. Simple kan? Tak ada istilah nak kenang budi ke apa and please don’t expect more than this! Most important is jangan harap aku akan tatang kau bagai minyak yang penuh. That is a deal! Kau nak terima kenyataan ini atau tidak, itu terpulang. I have nothing to say.” Panjang lebar Irham bermukadimah memberi amaran dan peringatan.

Hurmmm… Pelangi tunduk merenung lantai. Rasa macam dia pula yang terhegeh – hegeh nak minta pertolongan dari lelaki itu.

Sabarlah Pelangi… Sabar.


+++++++++++++




PELANGI berlegar – legar di sekeliling bilik. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sedang – sedang untuknya. Fully furnished and just nice. Di matanya bilik tetamu itu memang sangat cantik dan selesa. Tuan rumah pasti sangat menjaga ‘privacy’ tetamu - tetamu yang hadir ke rumah mereka. Bilik ini dibina di bahagian luar banglo, tepi swimming pool. Tetapi tidaklah diasingkan sepenuhnya dari bangunan asal. Walaupun di luar, bilik ini tidak langsung kelihatan seperti bilik untuk orang gaji atau bilik untuk tukang kebun. Still nampak mewah. Rekaan sebegini memang sangat jarang dibuat di Malaysia. Kalau ada pun mungkin orang – orang kaya saja yang mampu membinanya.

Melihat saja keadaan bilik itu, sebuah senyuman terukir di bibir Pelangi. Senyuman gembira. Alhamdulillah… Allah memudahkan segalanya. Tidak mengapa jika dia perlu membalasnya dengan menggunakan keringat mudanya untuk menjaga Alice. Dia akur dan In Shaa Allah akan redha dan ikhlas untuk menjalankan tugas barunya itu.

“PELANGI!” Kedatangan Irham yang secara tiba – tiba membuatkan Pelangi tersentak. Matanya jatuh terpaku pada baju – baju yang berada di tangan tuan besarnya itu. Ni bala apa pula nak datang ni! Duganya.

“Nah!” Irham campak selonggok baju ke arah Pelangi.

Pelangi sekadar memerhati baju – baju yang sudah pun berselerak di atas katilnya. “Apa ni Encik Irham?” Soal Pelangi hairan.

“Baju aku untuk seminggu.” Jawabnya bersahaja.

“Nak buat apa dengan baju Encik Irham ni? Saya dah ada baju sendiri.” Balas Pelangi tanpa tahu niat sebenar tuan besarnya itu.

“Siapa kata aku nak bagi kau pakai baju – baju ni? Aku nak suruh kau iron semua baju ni!”

“Hah!?” Pelangi melopong.

“Apa hah? Hah? Jangan ingat aku nak bagi kau duduk bersenang – lenang aje kat sini.”

Bagai nak jatuh rahang Pelangi ketika itu. “Mak Munah mana?” Soalnya. Iron baju!? Hishh! Aku bukan orang gaji kau lah! Aku ada banyak kerja lain lagi nak buat tahu tak!

“Dia aku dah suruh berehat.” Jawab Irham dengan riak muka tidak bersalah. Tangannya disilangkan ke dada. Memang gaya bos kuku besi. “Alah! takkan dengan orang tua pun kau nak berkira?” Tambahnya lagi. Riak wajah Pelangi dipandang dengan sebelah mata. Dia ketawa di dalam hati. Puas hatinya dapat mengenakan gadis itu.

Muncung Pelangi sudah ditarik panjang, mukanya sudah merah menahan marah. Lambat – lambat dia mengambil baju yang dicampakan di atas katilnya. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah tuan besarnya itu. Tak guna! Tak guna! Kau ingat aku tak ada kerja lain selain nak melayan perangai budak – budak kau ni ke?? Aku nak buat assignment lah!

“Tak payah nak sumpah seranah aku sangatlah Pelangi, ambil aje baju tu! Buat tu biar ikhlas, kang kalau terbakar baju aku tu, gaji kau sebulan pun belum tentu boleh bayar!” Sindir Irham keras.

Pelangi hanya buat tak tak dengar. Berlagak!! Aku bakar betul-betul nanti baru kau tau! Marahnya di dalam hati Kalau diikutkan hatinya yang marah, memang dah lama baju tu dia campak balik ke muka Irham. Lelaki ni memang betul – betul dah melampau!

“Kau nak buat atau tak!?”

“Kalau saya kata saya tak nak buat, Encik Irham tetap akan suruh saya buat juga kan?” Balas Pelangi. Entah kenapa ringan pula mulutnya untuk menjawab.

“Apa? Melawan! Melawan! Berani kau nak melawan cakap aku Pelangi!?”

“Well Okey.” Pelangi bangun seraya menuju ke almari bajunya. Beg pakaian yang dibawanya tengah hari tadi terus disumbat masuk ke dalam almari itu. Hilang sudah mood-nya untuk mengemas. “Nanti dah siap, saya panggil.” Tambahnya mengalah. Malas nak melayan tuan besarnya yang banyak kerenah tu. Lagi dilayan, lagi dia sakit hati.

“Tak payah nak panggil-panggil. Letak aje dalam wardrobe aku. Aku nak tidur sekarang. Ingat, gosok sampai habis! Selagi tak siap, jangan tidur. Dan lagi, esok aku ada meeting dengan client penting, so kita keluar awal. Make sure pukul tujuh pagi tepat-tepat kau dah siap kat luar!”

“Okey Encik Irham.” Ringkas saja jawapan yang diberikan Pelangi. Lelaki itu pun tidak sikit dipandangnya. Dia jeling jam di dinding, lagi sepuluh minit nak masuk pukul dua belas malam. Nak gosok baju sebeban ni pun dah makan masa sejam lebih. Dia mendongakan mukanya mencari kelibat Irham yang sudah pun menghilang entah ke mana. Pandai! Dah puas cari pasal dengan aku, lepas tu blah macam tu aje. Petang tadi tak nak pula dia campak semua baju - baju ni dekat aku, dah malam – malam buta macam ni barulah terhegeh – hegeh nak bagi. Memang sengajalah kan! Rungut Pelangi. Dia alihkan pula pandangannya pada beg sandang yang penuh terisi kertas – kertas assignment, semua tu pun masih menunggu ‘turn’ untuk disiapkan. Hmm… Sabar ya assignment, nanti aku siapkan kau pula…



++++++++++++++++++

BERSAMBUNG :)


++++++++++++++++++


Nota Kaki : Dear Readers, sorry entry kali ni sangat pendek... baru balik dari "last minute" trainig... so ini yang mampu..hehe. Hope enjoy ya! :)

Take care aite. <3

10 comments:

Anonymous said...

ishh3x..kecik besar,kecik besar je saya tengok En Irham nie...melampau betul..sian kat Pelangi..dia terima tawaran Datin Yuhanis untuk tinggal kat situ sbb nak jdi pengasuh Alice..alih2,dia dah jdi org gaji untuk si Irham plak..mmg tak patut..huhuhu

kak Ara:it'okay lah sama ada entry nie pendek atau panjang..dah tau akak sekarang sibuk kan..asalkan ada entry itu sudah memadai..thank u so much...<3

Anonymous said...

ishh3x..kecik besar,kecik besar je saya tengok En Irham nie...melampau betul..sian kat Pelangi..dia terima tawaran Datin Yuhanis untuk tinggal kat situ sbb nak jdi pengasuh Alice..alih2,dia dah jdi org gaji untuk si Irham plak..mmg tak patut..huhuhu

kak Ara:it'okay lah sama ada entry nie pendek atau panjang..dah tau akak sekarang sibuk kan..asalkan ada entry itu sudah memadai..thank u so much...<3

Unknown said...

adoi..geram kat irham tapi hati ni dah tak sbar nak n3 seterusnya... bila lah irham nak jatuh cinta kat pelangi ni..hahahaha....

Unknown said...

hampeh tul lh irham neh,tk dek perasaan punya babun!!!cian kat pelangi....perangai irham ne cam org tk cukup umur!pape sabar bebnyk ye pelangi..tabah kn jer hati tu pelngi sampai bile die nk buli pelangi...jgn makan diri tuan irham dh lh...

Unknown said...

Kenapa Pelangi x sumbat je baju2 tu dlm mulut laser c Irham!

farisya said...

ishhhh mlampau y si irham nie ...
kcian pelangi bru s'hri duduk an irham dh kne buli ...
best ...

محمد رازيق said...

terbaik. tulisan menarik. frst time sy dtg sini.

Aalia Shahira said...

hampeh irham . haha sabar ye pelangi .

p/s : si raziq nie mesti tekan link dari blog aku .

AraSharrina said...

Salam :))

Izzati : thanks byk2 sbb faham sis.. <3 hehe..

Amila : sabar2, hehehe..

Kak norihan : hehe. Adehh.. Lawak bace komen akak.. Penuh perasaan.. Thank u kak! :))

Kak norbiha : ingat mmg nak buat mcm tu kak, tapi kang kena halau xde umah plak nak duduk..hihi..

Farisya : kannn... Poor pelangi.. :(

Mohd raziq : terima kasih sbb menyinggah... And thank u sbb sudi baca.. Saya pun baru lps visit blog u. Impressive. Suka ayat2 u. Simple tp padat. Teruskan berblog ya.. :))

Aalia : thank u letak link blog ara kat blog u.. :))

Thank u so much all readers <3<3<3

AraSharrina said...

@Norbiha Hj. Sabtu

Hahaha.. meh kita sumbatkan nak kak? :P