Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Wednesday, December 12, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 17


BAB 17

PELANGI melangkah lambat menyusuri laluan pejalan kaki dari dewan kuliah ke perpustakaan. Kelasnya baru bermula dan baru saja selesai untuk hari ini. Okey. Not bad untuk percubaan pertama sebagai student part time. Kawan baru, pensyarah baru dan suasana baru. Langkah kakinya dihayun berhati – hati. Bumi Allah baru sahaja dibasahi hujan. Hujan rahmat. Pelangi senyum tawar sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Cuaca mendung, semendung hatinya.

“Auntie harap Pelangi boleh pertimbangkan permintaan auntie ni dan auntie harap sangat Pelangi setuju. Auntie berani jamin Irham tak akan buat apa – apa perkara yang tidak baik dengan Pelangi.”

Permintaan – Setuju – Jamin

“Hmm...” Pelangi meraup mukanya. Sukar betul untuk buat keputusan. Dia bukan tak nak pindah masuk ke rumah tuan besarnya itu. Tapi… Tak selesa kut! Lagi – lagi bila terpaksa berhadapan dengan lelaki itu siang malam. Tahu – tahu sajalah mereka berdua ni, macam anjing dan kucing, takkan hari – hari nak bergaduh, bertegang urat dengan dia. Hishhh, bosanlah!

“Waktu siang Pelangi jadi driver, malam pula Pelangi tolong tengok – tengokkan Alice. Pagi tu auntie akan suruh Mak Munah tolong jagakan Alice. Tak pun bila auntie free, auntie pun akan jaga Alice. Tapi Pelangi jangan risau sebab kami akan upah seorang lagi pembantu untuk tolong Pelangi. Auntie faham yang Pelangi ni masih lagi student, jadi kami janji kami tak akan ganggu waktu belajar Pelangi. Lagipun, cuma untuk sementara waktu saja. Bila Bella dah sedar dan benar – benar sihat, Pelangi dah tak perlu buat kerja ni lagi… Erm, macam mana? Boleh?”
“Macam mana? Boleh?” Ayat terakhir dari Datin Yuhanis itu sering menganggu fikirannya. Jika ditanya macam mana, entah dia sendiri tidak tahu nak buat macam mana. Jika ditanya boleh atau tidak. Dia sendiri juga tidak pasti dia boleh atau tidak menjaga Alice seperti yang diharapkan oleh Datin Yuhanis tu. Ye, memang Datin Yuhanis sahaja yang bermulut manis berbincang dengannya berkenaan dengan Alice. Nak harap Irham, memang langsung tak boleh haraplah. Muka kering aje macam tak ada apa – apa yang berlaku. Padahal ni masalah dia ni! Bergantung sangat dengan bondanya. Satu perkara yang Pelangi notice tentang Irham melainkan sikap panas baran dan cepat marahnya ialah tuan besarnya itu sangat manja dengan bondanya. Sangat rapat. Senang cerita, anak mak. Tak sangka dalam hati tuan besarnya itu juga ada terselit sebuah taman, taman rashidah utama nyanyian wings namanya. Wah gitewww, tajuk lagu dan penyanyi siap! Sangkanya hati tuan besarnya itu hanya dipenuhi dengan hutan belukar aje. Tapi silap!

Aduh! Dalam tak ada sesiapa yang mengusik tu, boleh pula Pelangi mengaduh sendiri. Kurang ajaq punya batu bata! Kat sini jugaklah kau nak landing kannn! Pelangi tendang batu itu ke tepi. Alahai, slow sangat! Tak sampai dua inci pun batu tu bergerak. Pelangi termalu sendiri. Batu tu pun nak buat perangai dengannya.

Hai-laaa hati. Cepatlah buat keputusan… Serabut!



SAMPAI saja di perpustakaan, Pelangi terus menuju ke meja kosong yang berada di belakang sekali. Paling tersorok. Paling sukar untuk dijumpai oleh sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengannya. Biasanya bila dia jejakkan saja kaki di perpustakaan itu, pasti ada yang datang menyapa. Nak kata dia artis memang tak akanlah, artiskustik pun jauh menyimpang! Mungkin sebab dulu dia pernah involved dalam satu pertandingan melukis potret. Entah potret siapa yang dia lukis, tahu – tahu aje dia menang. First prize lagi tu. Kau? Ada? Dan sejak dari itu namanya terus naik dan secaraiba – tiba saja dia dapat ramai adik angkat, kakak angkat, abang angkat, mak ayah angkat. Haishh, pakat – pakat semualah nak ‘berangkat’ dengannya. Selalunya dia memang rajin juga nak melayan. Tapi hari ini, NO WAY! Dia malas nak disapa atau menyapa sesiapa, nak jumpa orang pun dia malas. Motifnya ke situ hanya untuk berehat. Err… berehat dalam perpustakaan? Bukan contoh yang baik ya adik – adik sekalian.

“Hurmmm…” Masuk kali ini rasanya dah sepuluh kali dia mengeluh. Dia buang pandang ke luar cermin, kedua – dua tangannya disilangkan di atas meja, kemudian kepalanya pula dibaringkan di atas tangannya yang bersilang. “Hurmmm…” Sekali lagi dia mengeluh untuk kali yang ke sebelas!

“Hoi perempuannn!!”

Dia dah mai dah… Dia dah mai dahhh!! Pelangi toleh seinci kepalanya untuk melihat wajah si empunya suara ‘kepit’ yang memang tidak langsung asing dipendengarannya. “Hoi lelaki!” Entah kenapa ‘hoi lelaki’ yang dia gunakan untuk memanggil Farish yang sedang terkedek – kedek berjalan ke arahnya. Sungguh macam pelik! Badannya dipusingkan sedikit memerhatikan gerak geri temannya itu Kepalanya masih tidak berganjak dari tangannya… Dahinya berkerut sedikit bila melihat gelagat Farish. Farish oh Farishhh… Kenapalah kau jalan lenggang lenggok macam tu sayang, kejap ke kanan, kejap ke kiri, cuba jalan molek – molek sikit. Dah macam babun tonggek dah aku tengok kau ni… Haishh, manusia akhir zaman. Rosak!

“Weh perempuan, kau tak bagitahu aku pun kau nak ke sini kan? Sentap mak tau!” Tak sempat punggung si Farish tu nak berlabuh di kerusi, mulutnya terus pot-pet-pot-pet macam bertih jagung. Bukan nak berlabuh, nak tarik kerusi tu keluar dari meja pun tak sempat. Punyalah kelam kabut dia nak bercakap.

Pelangi tenung temannya itu atas bawah. Entah baju zaman bilalah yang dia pakai ni. Ropol – ropol sana sini, warna baju dan seluar yang dipakainya memang tak match langsung. T-shirt hijau dengan seluar slack merah darah. Tak ke macam bangla jual karpet aje rupanya ni? Hailah Farish… Apa nak jadi dengan kawan aku sorang ni… letih! “Hmm… Aku tak bagitahu pun, kau dah ada aje depan mata aku ni… Membazir kredit aku aje nanti.” Balas Pelangi dengan tone suara yang malas. Pandangannya dialihkan kembali ke luar cermin. Kan dah kata dia memang malas nak jumpa sesiapa, so bila dah terjumpa dengan sesiapa tak kiralah siapa pun sesiapa tu memang macam itulah layanannya.

“Amboi… Mulut perempuan nieee! Nak kenalah tu.” Farish tarik tocang Pelangi. Matanya membulat, geram dengan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh kawannya itu.

“Aduhhh, sakitlah!” Pelangi segera angkat muka. Menjeling ke arah Farish yang hanya buat muka selamba badak. Hishhh, benci! Tingkah Pelangi. Mukanya ditarik. Masam mencuka!

Farish tahu mood Pelangi tidak baik sekarang ni. “Yang… Apa kau buat kat sini? Kau tak kerja ke hari ni?” Tegurnya dengan nada suara yang lembut cuba memujuk hati Pelangi.

“Kau tu yang apa buat kat sini. Hari ni bukan hari ahad ke…” Tak itu bukan ayat soalan, tapi ayat penyata. Selalunya hari – hari ahad begini dan waktu macam ni, Farish masih tidur terbongkang lagi dalam biliknya.

“Kalau kau dah nampak aku kat sini, tak ada lain lah yang aku buat Lani… Cari laki mak lah!! Hik hik hik!” Farish buat ketawa comel sambil mengelip – ngelipkan matanya.

Budak ni kalau aku lempang kang! Hilang gigi atas! Pelangi tajam merenung ke arah Farish.

Tawa Farish terhenti serta merta. “Err… Mak buat assignment lah! Kau ingat kalau tak kerana assignment yang dah bertimbun tu, aku rajin nak datang sini hari – hari cuti macam ni??” Jawabnya sinis.

Pelangi juih bibir. Kembali menyilang tangan dan membaringkan kepalanya di atas meja.

“Haishhh… Lemah betul mak tengok perempuan sorang nieee!! Kau ni dah kenapa Lani? Nak kata mati laki, belum ada laki. Muka sememeh macam tu… Tak lalu aku nak tengok tau!” Bebel Farish.

“Tak lalu jangan tengok” Jawan Pelangi ringkas. Tak kuasa nak melayan.

“Hmm… Okey, okey. Serius! Kau kenapa? Ada problem dengan tempat kerja?” Soalnya dengan nada suara yang serius dan mengunakan tone suara lelaki asli, bukan lelaki kepit. Pelangi diam. “Lani…” Farish cuba sekali lagi. Reaksi Pelangi masih sama. Wajah Farish langsung tidak dipandangnya.

Farish mengeluh perlahan. Tapi dia tidak mengalah. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke sebelah kiri Pelangi. Di sebelah cermin. Dia tarik kerusi dan duduk. Dia tarik nafas panjang kemudian membaringkan mukanya ke atas meja bertentangan dengan muka Pelangi. Kedudukan dia dan Pelangi ketika ini sangat dekat. Selang satu meter aje lagi muka mereka nak melekat. Ni kalau kepalanya ditolak dari belakang, sah – sah boleh tercium. Pelangi terkejut. Pantas dia mengangkat muka. POKK! Tangan dihayun ke kepala Farish.

“Bodoh!” Marahnya. Kalau tercium tadi tak ke naya. Hilang beribu – ribu duit hantarannya nanti.

Farish mengaduh sakit. Dalam mengaduh dia sempat ketawa.

“Aku serabutlahhh… Datin Yuhanis suruh aku pindah masuk rumah dia…” Lancar mulutnya mengadu.

Farish jongket kening. “Datin Yuhanis? Siapakah dia?” Terasa asing pula nama itu dipendengaran lelaki itu.

“Datin Yuhanis tu mak Irham. Tuan besar aku tu lah!” Jelas Pelangi.

“Oh.” Farish mengangguk perlahan. “Eh, tapi apa hal pula dia nak suruh kau pindah masuk rumah dia? Err… Tuan besar kau tu pun duduk sekali kan??” Soal Farish.

“Hmm… Ialah tu. Sekali dengan anaknya yang macam singa kelaparan tu.” Pelangi mengiakan kata – kata Farish. “… Dia nak minta tolong aku jagakan cucu dia sementara mak budak tu di hospital. Kiranya nanti aku jadi driver cum baby sitter lah.” Sambung Pelangi lagi. Selamba dia iktiraf Alice tu sebagai cucu Datin Yuhanis.

“Cucu!?” Soal Farish pelik. Setahu dia tuan besar Pelangi tu satu – satunya anak tunggal dalam keluarganya dan setahunya lagi lelaki itu masih bujang dan tidak pernah berkahwin. Ni mana datang pula hal cucu ni?

“Cucu angkat!” Balas Pelangi cepat.

“Cucu angkat!?” Farish masih lagi tak puas hati.

“Haishhh… Tak kisahlah cucu betul ke, cucu angkat ke, cucu cicit ke, yang penting sekarang ni macam mana? Kau rasa patut tak aku setuju dengan permintaan dia?”

Untuk seketika Farish mendiamkan diri. Mencari di mana rasionalnya permintaan Datin Yuhanis itu. “Em… Kau dah dapat rumah sewa?” Soalnya out of topic.

Pelangi kerut dahi. “Apa kena mengena rumah sewa dan baby sitter?” Soalnya dengan muka blur tak sudah. Rumah sewa? Baby sitter? Rumah? Baby? Ahhh… Otaknya tak dapat nak fikir langsung!

“Haishh… Lembab jugak kawan aku sorang ni…”

POKK! Untuk kali kedua tangan Pelangi dihayun lagi ke kepala Farish.

“Aduhhh! Hoi perempuan! Bebal otak aku ni kalau hari – hari jadi mangsa hayunan tangan kau tahu tak!” Rungut Farish sambil mengosok – gosok kepalanya.

“Padan muka! Cakap aku lembab lagiii!”

“Yelah! Habis tu benda yang simple macam tu pun kau tak boleh nak relate! Masa kau tu dah suntuk tahu tak? Kau janji dengan kak Yana kau nak pindah keluar bulan depan kan? Bulan depan tu lusa! Lagi dua hari lagi. So, aku cadangkan…” Ayat Farish mati di situ. Menunggu reaksi dari Pelangi yang masih kelihatan terpinga – pinga.

“Apa cadangan kau?” Soal gadis itu dengan anak mata yang mengecil. Kut – kutlah bila mata mengecil, bahagian otak untuk berfikir boleh membesar. So semua perkara dapat dicerna dengan cepat. Entah teori mana si Pelangi ni pakai. Astalavista betul!

“Aku cadangkan kau setuju aje dengan permintaan Datin Yuhanis tu. Lagipun kejap aje kan? Bukannya kau kena sign kontrak sampai mati punnn… Lepas mak budak tu keluar dari hospital, kau chow-lah! Sementara kau duduk kat rumah tu, kau jangan duk goyang kaki pula… Kau search google, buat research sikit cari mana – mana rumah atau bilik yang nak disewa. Ini namanya strategi menyelam sambil minum air. Bukan menyelam dan lemas! Kau faham tak?”

POKKK!

“Aduhhh! Yang kau ketuk aku lagi ni kenapa!??”

Pelangi pandang Farish dengan mata yang bersinar. “Genius! Geniusss!” Tingkahnya dengan senyuman meleret.

“Apa yang genius!?” Soal Farish. “… yang kau ni dah tersengeh – sengah macam kerang busuk ni kenapa? Dah nak meroyan pulak ke??”

Dengar saja statement nak meroyan tu, Pelangi terus angkat tangan nak menghayun lagi. “Nak kena lagi!?” Keningnya di angkat sebelah.

“Err… Tak nak… Tak nak…” Farish cepat menggeleng. Sekali lagi kalau dia terkena hayunan tu, bukan Pelangi yang meroyan. Tapi dia yang terus masuk wad gila!

Pelangi pantas berdiri. “Jom!” Ajaknya.

“Jom? Jom pergi mana?” Soal Farish dengan riak muka hairan.

“Di sebabkan idea kau yang genius, brilliant dan seangkatan dengannya tu. Aku berbesar hati untuk belanja kau makan lunch hari ini…” Terangnya. Beg galas dicapai dan kaki mula melangkah.

“Wahhh!” Farish berwajah teruja. “Kalau macam tu, aku nak makan yang sedap – sedaplahhh… Bukan senang nak merasa duit cik Pelangi Abdullah kita ni…”

“Ah takde! Roti canai kosong sekeping dengan air kosong aje!”

“Alahhh! Roti canai sardinlah… Air teh kosong.”

“No. No. No… Idea kau tak sampai tahap roti canai sardin plus air teh kosong lagi. Cuba lagi di masa hadapan. Cepat!!”

“Cisss, berkira!”

“Berkira tak kira! Aku cancel kang…” Ugut Pelangi.

“Kalau macam tu baik aku aje yang belanja kau. Jom kita makan MCD!”

“Hahhh! Itu yang aku nak dengar. Jom! Jom!” Pantas saja Pelangi menarik tangan Farish.

“Eeeiii… Perempuan ni plastik betul lahhh!!”

Pelangi hanya tersenyum mendengar kata – kata Farish. Kali ni senyumannya meleret – leret sampai ke telinga. Plastik tak plastik… Janji segala semak yang bersarang di kepalanya ni, SETTLE!

++++++++++++++++

BERSAMBUNG ! :D

++++++++++++++++

Nota Kaki : Readers, you okay tak kalau ara update macam ni? i mean update hari - hari tapi dalam entry yang tak panjang la... sbb dia bab by bab kan. Atau you nak ara update entry panjang? Kalau entry panjang, ada 2 -3 bab dalam satu entry. But to be honest memang tak mampu la nak update hari - hari... hihi. so apa kata anda wahai si gula - gula hati? Ecece.. :P

psst : Jangan lupa tolong Ara buat statistik dekat bhgian header belah kiri tu yaa? Maceh. :D

Thanks love,
Ara <3

10 comments:

eija said...

mna2 jer ara... xde hal pye...ikut msa awk..

a.mimi said...

Ikut kelapanganlh lg pjg lgi bagus hari2pun ok jugak janji ade idea ade cite . Anyway tahniah cite ni menarik dan menghiborkn.

kak nora said...

kalo boleh nak tiap2 ari n panjang2..kalauuuuuu bolehhhh lerrr...kannnn

Unknown said...

hehe....lawak nyer depa berdua neh..but so cute lani.. dek kalu nk hari2 n panjanggggg gak bolih tk?tamak kn dek...tk sabar tau nk tunggu saat2 irham terjatuh meroyan kat lani....

hk said...

update hari2 e3 pendek2 pun ok.. janji ada.. beggars cannot be choosers..hehe :)

Aalia Shahira said...

update hari2 la ara sebab i bosan time cuti2 nie . haha

Anonymous said...

Izzati:

hahaha..lawak betul Lani dgn Farish a.k.a Farisha tu...setuju jelah Lani sementara nak dpatkan rumah sewa tu..lagipun dduk kat rumah En Irham untuk jaga Alice je kan..dpat jugak duit poket..:)

to kak Ara:izzati tak kisah akak nak update hari2 atau nak buat entry panjang2..asalkan akak rasa bagus dan tak mengganggu masa kerja akak...:)

Anonymous said...

Izzati:

hahaha..lawak betul Lani dgn Farish a.k.a Farisha tu...setuju jelah Lani sementara nak dpatkan rumah sewa tu..lagipun dduk kat rumah En Irham untuk jaga Alice je kan..dpat jugak duit poket..:)

to kak Ara:izzati tak kisah akak nak update hari2 atau nak buat entry panjang2..asalkan akak rasa bagus dan tak mengganggu masa kerja akak...:)

Unknown said...

Best!! Kelakar giler!!

AraSharrina said...

Assalamualaikum... :)

Eija : baik.. Thanks ya.. :))

A.mimi : thank u dear.. Hopefully akan menarik dan menghiburkan until last chapter.. :))

Kak nora : in shaa Allah kak... Hehe.. Thank u.. ;))

Kak norihan : kak norihan, boleh kalau ara sempat.. Ni pun smlm dah missed 1 chapter..hehe. Part yg meroyan tu sabar k.. So soon.. Kot. :p

Hk : so sorry, ysterday dah missed 1 chapter... :'(

Aalia shahira : sorry jgk sbb smlm xblh nak me-release-kan kebosanan awk sbb xsempat nak buat entry... :(

Izzati : thank u syg sudi dropped by here n comments..sis appreciated sgt ni.. :')

Kak norbiha : entry ni mmg ara buat ikut kepala ara je kak...hehehe..

# Dear readers, sorry ysterday ara xdpt nak update entry sbb last minute ena pegi meeting n mmg no pc, laptop at all.. So xdpt nak update.. InsyaAllah, malam ni ara akan usahakan ya... :))

Take care everyone.. <3