BAB 15
HEY LITTLE FIGHTER,
I know you’re probably asking yourself why you have to go through so much pain, so much hate, and things like that… You have to know this though—this is your fate. Destiny chose you to go through this, and though you probably can’t see the reason why yet, I know you’ll see it soon. Giving up may seem like the easiest thing to do, but don’t do it!! You’re stronger and braver than you may think; believe in yourself and keeping moving forward. It will work out eventually.
Please remember you are not alone. So many people believe in you and support you, never forget that.
Don’t give up, love!! Believe in yourself, and I’m positive everything will work out, kay?
Love blink – blink,
From your sweet friend, sweet yang paling dan sangat sweet!
Farish a.k.a Farisha ;p
# JANGAN LAMA – LAMA MERAJUK OKEY? PINKY PROMISEEE!?
MAK SAYANG KAU KETAT – KETAT!
PELANGI BTE ABDULLAH
PELANGI senyum lebar bila terpandangkan email itu. Farish… Suaranya lirih menyebut nama itu. Ada – ada saja lelaki itu untuk memujuknya. Dia kerling pada kalendar yang tergantung di dinding. Oh. Masuk hari ini dah lebih tiga hari dia tidak menghubungi temannya itu. Ha’ah kannn, sejak kejadian di belakang sekolah lama mereka tempoh hari.
“Patutlah meroyannn…” Bibir Pelangi menguntum senyum. Dia bangun dari meja komputernya lalu melangkah ke katil. Memang itu kelazimannya pagi – pagi. Check email. Bila semua email dah diperiksa dan dibalas, barulah hatinya tenang untuk melangkah keluar memulakan harinya.
Telefon bimbit di tepi bantal dicapainya. Cepat jemarinya menekan keypad untuk menghantar mesej kepada Farish.
Aku pun sayang kau ketat – ketak jugak! Thanks untuk ayat bunga – bunga kau tu. Tersentuh hati mak pagi – pagi buta ni, nokss! Ahhah.
Sent! Pelangi menanti Farish untuk membalas mesejnya.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Empat saat.
Lima saat.
Pelangi berkira – kira sendiri.
Ting! Senyumannya makin melebar. Tak sampai sepuluh saat. Laju saja budak ni reply mesej dia. Tak tidur ke apa!? Tapi dia memang tak heran sangat pun dengan Farish, sejak dari zaman sekolah lagi temannya itu memang ada masalah ‘insomnia’. Lagi satu, dua jam nak masuk azan subuh atau satu jam nak sampai waktu sekolah baru matanya terhegeh – hegeh nak lelap. Ha ni baru pukul lima pagi. Kejap lagi pengsan lah tu!
Lega hati mak! Mak rindu kau!! Sob.Sob.Sob!
Bila free? Jom, aku belanja kau makan burger kat tempat baru.
Pelangi tergelak besar. Budak ni tak habis – habis dengan burger dia. Selain insomnia, Farish juga memang digelarnya sebagai hantu burger! Pantang ada tempat baru, pasti dia akan serang. Dah tu kalau nak serang, bukannya dia nak pergi serang sorang – sorang. Sekali dengan Pelangi diangkutnya! Tembun dia, tembunlah Pelangi!
Okey, set! Aku call kau bila free nanti.
Benci!! Sekarang nak keluar date dengan kau pun kena buat appointment.
Benci! Benci! Benci!
Kau tak payah nak drama sangatlah! Tunggu okey. Aku kena gerak ni. Take care tau!
Hmm… okey! You too!
Pelangi campak kembali telefon bimbitnya ke hujung katil. Dia bangun cergas mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu. Sekejap lagi azan. Mandi dulu, solat, then zoommm! Akan ke hospital. Mood-nya sangat baik pagi itu. Email dari Farish betul – betul membuatkan moodnya kembali sihat.
Move on, Pelangi! Move on!!
++++++++++++++
ALICE SOFEA
PELANGI terpegun sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Fuhh! Besar betul bilik ni. Dah macam hotel mewah dahhh! Pelangi memerhatikan sekeliling. Semalam dia tidak sempat singgah ke sini. Bila sampai saja tadi, dia terus melulu masuk ke bilik Alice yang lama. Mana dia tahu tuan besarnya itu dah transfer Alice ke bilik yang besar gedabak macam ni! Tuan besarnya itu bukan nak call atau mesej beritahu. Nasib baik ada jururawat yang terserempak dengannya di luar bilik tadi. Kalau tidak, sampai sudahlah dia duk ‘melanguk’ menunggu mereka di bilik lama. Sedang asyik memerhati keindahan bilik itu, matanya jatuh terpaku pada Irham. Tuan besarnya itu masih tidur. Seketika matanya terhenti di situ sebelum dengan perlahan dialihkan pula pada Alice. Anak kecil itu juga masih lena. Pelangi tersenyum. Pandangannya pada Irham dan Alice silih berganti. Ni kalau orang kata mereka ni anak beranak pun memang tak akan ada sesiapa yang tak percaya. Memang sebiji! Dua – dua muka mat saleh celup! Comel!
Pelangi berjalan perlahan menghampiri Alice. Ubun – ubun anak kecil itu diusap lembut. Simpatinya terhadap Alice tumpah serta merta bila terlihat kesan lebam di pipi dan tepi bibirnya. Dengan cermat dia mengusap kesan – kesan itu. Poor Alice… Kecil – kecil lagi sudah menjadi mangsa keganasan. Dia betulkan selimut yang menutupi tubuh Alice. Dahinya Pelangi kucup mesra.
Puas melihat anak kecil itu, Pelangi berjalan pula menghampiri tuan besarnya. Yang sorang ni pun kasihan juga. Menjadi mangsa keadaan. Eh! Pandai – pandai aje aku ni serkap jarang. Entah betul atau tidak dia yang menjadi mangsa keadaan atau dia sebenarnya pencetus keadaan? Pelangi menggeleng kepala melihat gesture tubuh Irham ketika itu. Tak tahu nak describe macam mana. Dah macam kambing nak beranak pun ada ni. Senget benget kedudukannya. Hmm… Pelangi tunduk mengutip sweater yang jatuh menutupi kaki Irham. Sweater hitam ‘double-breasted jacket’ itu ditepuk – tepuk sikit untuk membuang habuk.
Okay dah… Dengan berhati – hati Pelangi meletakkan kembali sweater itu di badan tuan besarnya. Dia tidak mahu gerak gerinya mengejutkan lelaki itu. Kalau boleh biarlah tuan besarnya itu tidur sampai puas dahulu. Pelangi kerling jam di dinding, baru pukul enam setengah pagi. Kemudian dia berpaling kembali ke arah Irham. Entah kenapa dia terasa mahu melihat wajah lelaki itu secara dekat. Amboi, gatal kau ni Pelangi! Dia tunduk merenung Irham. Untuk pertama kalinya dia dapat menatap wajah Irham sedekat itu. Keningnya, alis matanya, hidungnya… Bibirnya yang merah… Huh! Bergetar jantung. Tuan besarnya itu memang kacak habisss! Ditambah pula dengan lesung pipit di kedua – dua belah pipinya. Memang berkacak – kacak lah jadinya. Sedang kusyuk dia memerhatikan setiap inci wajah tuan besarnya itu, tanpa sedar lelaki itu membuka mata.
“Oh mak kau!” Pelangi terperanjat. Dengan serta merta tanpa dapat ditahan, tubuhnya dan tubuh tuan besarnya itu bersatu. Pelangi jatuh betul – betul di atas badan Irham. Kedua –dua tangannya terletak baik di bahu Irham. Tangan Irham pula berlabuh baik di pinggang Pelangi. Mata mereka bertaut sekali lagi. Masing – masing terkesima. Diam membisu sambil memandang sesama sendiri.
“… Breakfast…” Tiba – tiba pintu dikuak. “Oppsss! Sorry.”
Pelangi terkesima. Kelam kabut dia bangun dari tubuh Irham. Lelaki itu juga turut sama bangun. Suasana masih senyap seperti tadi.
“Err… Break-fast. Breakfast.” Tergagap – gagap jururawat itu memberitahu. Masih terkejut dengan apa yang dilihatnya. Agak – agaklah ‘nak buat’ punnn… Mungkin itu yang bermain difikirnya.
“Letak saja di situ.” Irham bersuara ringkas sambil membetulkan kolar bajunya. Dia kelihatan sedikit tenang jika hendak dibandingkan dengan Pelangi yang sudah pun berpeluh – peluh menahan malu. Jururawat itu akur. Dulang yang penuh berisi menu sarapan pagi itu dia letak cermat di atas meja berhadapan dengannya. “Err… Saya keluar dulu.” Katanya sambil dengan pantas melangkah keluar dari bilik itu. Panas! Panas! Gosip panas!
Irham sekadar mengangguk. Sekejap lagi pasti kejadian itu akan tersebar luas di segenap ceruk hospital itu. Damn!!
Pelangi cepat – cepat melarikan dirinya ke katil Alice. Malu! Malu! Malu! Dia pejam matanya rapat – rapat. Tolong! Tolong! Tolonglah hilangkan ingatannya untuk dua minit. Mana nak sorok muka ni?? Bawah katil? Dalam almari? Atau selubung sekali dalam selimut Alice?? Oh Myyyy…
“Kau nak buat apa dengan aku tadi?” Bisik Irham ke telinganya. Gemersik sungguh nada suaranya. Lagi – lagi dengan suara bangun tidurnya itu. Walawey! Cair!!
Erk! Sejak bila dia menempel dekat belakang aku ni!! Pelangi ketap bibir.
“Kau ni kurang kasih sayang eh?”
Pergh! Ayat makan dalam. Itu fitnah tu, Encik Irham!!
“Err…” Pelangi menarik nafas dalam. “Ma-af, maaf saya tak sengaja tadi…” Terketar – ketar suarannya memberitahu. Tidak sedikit pun dia mahu memalingkan mukanya mengadap lelaki itu. Peluh di dahi dikesat dengan hujung baju yang dipakainya. Itu baru peluh di dahi, peluh yang di dalam tu tak tahu lagi. Menitik – nitik dah tu!
“Ceh… Tak sengaja konon! Kalau dah tak tahan sangat pergi settle sendiri lah! Cari aku buat apa!?” Berdesing telinga Pelangi bila mendengar kelancangan mulut tuan besarnya itu. “Dah, aku nak mandi.” Ujar Irham sambil mengeluarkan towel dari beg sandangnya. “Nak ikut?” Sambungnya sinis sambil ketawa mengejek.
Urghhh! Kurang ajar betul lah mulut samdol nieeee!!! Pelangi menyumpah – nyumpah di dalam hati. Tanpa sengaja dia tertolak sudu dan garfu yang berada di atas meja. Berdeting bunyi nya bila berlaga dengan lantai marmar. Cepat – cepat dia tunduk untuk mengutip kembali sudu dan garfu itu. Eeishh! Ini semua gara – gara mamat sengal tu!! Dalam nak mengutip tu sempat juga dia menyambung sisa – sisa sumpahannya.
“Mummy… No mummy! No!! Sakit mummy, sakittt!!” Pelangi tersentak bila terdengar suara Alice menjerit. Kelam kabut dia bangun. Dang!! Aduhhh! Kepalanya terhantuk pula pada bucu kabinet. Dia buat lagi. Dia buat lagi! Sindrom darah gemuruhnya sudah mula kembali aktif. Pelangi pegang bahagian kepala yang terkena bucu tadi. Sakitnya bukan kepalang!! Berair jugalah matanya menahan kebas.
“Mommmm!! No mommm!!”
“Eh… Eh… Alice. Alice…” Pelangi baru tersedar tentang kehadiran anak kecil itu. Soal sakitnya, dia tolak ke tepi dulu.
“No mommm… No… Stop it! You hurt me!” Teresak – esak Alice menangis sambil menjerit – jerit menyuruh ibunya berhenti dari memukulnya.
“Alice… Alice… syhhh… Jangan macam ni. You are safe now. Jangan menangis sayang…” Lembut Pelangi memujuk anak kecil itu. Tubuh Alice ditarik dan dipeluknya erat.
“Sakit… Don’t hurt me…” Rintih bunyi suara Alice ketika itu. Mendayu – dayu tangisannya.
Sayu hati Pelangi bila mendengar tangisan Alice itu. Sungguhlah anak kecil ini menderita. Belakang tubuh Alice dia gosok perlahan. “Syhhh… Alice selamat sekarang... Mummy not here... Jangan menangis ya…” Pujuk Pelangi lagi. Tangannya terus mengosok bahu dan belakang badan Alice. Tubuh anak kecil itu mengigil ketakutan.
“Mummy wants to kill me…” Suara itu merintih lagi. “She doesn’t love me…”
“Hey honey… Don’t say that. Mummy loves you…” Pelangi cuba untuk meyakinkan Alice walau dia tahu hakikatnya tidak begitu.
“No… Mommy hates me…” Sambung Alice lagi. Tanpa sedar dia memeluk pinggang Pelangi kuat. Mungkin anak kecil itu terasa selamat seketika bila berada di dalam pelukan gadis itu.
Hmmm… Pelangi melepaskan keluhan berat. Tidak tahu mahu dibalas apa. Alice bukan terlalu kecil untuk faham apa yang sebenarnya yang terjadi dengan dirinya. Pelukannya dieratkan.
IRHAM ALFIE BIN DATO' AFFANDY
“Hey, what happened!?” Irham yang muncul tiba – tiba dari bilik air terus mengajukan soalan. Dengan pantas dia berjalan menghampiri Pelangi dan Alice.
“Erkk! Encik Irham!?” Pelangi kaku bila terpandangkan tubuh Irham yang hanya bertowel menutup sebahagian daripada tubuhnya. Cepat – cepat dia mengalihkan matanya. Aurat! Aurat!
“Why??” Soal Irham. Tubuhnya dipandang atas bawah. Kenapa? Kan dah tutup dengan towel ni… Bukannya naked! Getusnya pelik dengan reaksi Pelangi tatkala melihatnya.
“Err… Encik Irham pergi pakai baju dulu.” Arahnya. Tidak sanggup untuk menatap tubuh tuan besarnya itu.
“Kenapa!? Bukannya aku bogel pun!! Kenapa dengan Alice tu? Dia dah sedar?? Alice… Alice… Are you okay?” Irham tidak peduli dengan arahan Pelangi. Lengan Alice ditariknya.
“Encik Irham, please. Tak elok kalau Alice tengok Encik Irham macam ni… She’s only a baby. Please.” Pelangi ulang kata. Sedikit pun dia tidak toleh memandang ke arah Irham. Tuan besarnya ini memang tak makan saman! Dia yang dah dewasa ni pun tahu malu, apatah lagi kanak – kanak macam Alice tu. Dahlah sekarang dia tengah dalam keadaan tidak baik, kejap lagi bila tertengok Irham berkeadaan macam ni entah apa lagi yang akan jadi dengan anak kecil itu. Pengsan terus kut!
“Hurmmm…” Irham merengus kasar. “Yelah! Yelah!!” Putusnya. Beg sandang yang berada di atas sofa dicapainya. Jeans lusuh berwarna kelabu dan t-shirt putih dikeluarkan. Badannya membongkok… –
“Err…”
Gerak geri Irham terhenti. Matanya mencerun memandang Pelangi. “Apa lagi yang tak kena?” Soalnya.
“Err… Boleh pakai dalam toilet tak?” Pintanya. Kening Irham terangkat sedikit. “Please.” Sambung Pelangi lagi. Entah, dia memang tak biasa bila dalam keadaan begitu. Bukannya selalu pun lelaki nak pakai baju ke apa depan – depan dia macam ni. Tak pernah kut!
Sungguh dia tak selesa!
“Hishhh… Aku rasa kan bukan Alice yang lebih – lebih. Tapi kau tu… –
‘Terpulang… Kalau jadi apa – apa dengan Alice lepas dia tengok Encik Irham buat perangai macam ni, saya tak tahu apa – apa.” Ugut Pelangi. Berani pula dia memotong cakap tuan besarnya itu.
“Ishhh… Kecik besar, kecik besar aje aku tengok kau ni kannn!!” Irham akur. Dia capai kasar baju dan seluarnya dan terus berjalan menuju ke toilet. “Kampung betul!!” Sempat dia memaki hamun gadis itu.
Pelangi sekadar senyum mencebik. Kampung, kampung pun aku tahu juga maksud malu. Kau? Tahu?? Hmm…
“Alice…” Panggil Pelangi. Sejak Irham muncul tadi, suara anak kecil itu tidak lagi kedengaran. “Alice…” Pelangi goncang sikit tubuhnya. “Lar… Tidur?” Pelangi senyum sebaris sambil dengan perlahan merebahkan anak kecil itu kembali ke baringannya. Seketika kemudian dia terdengar pintu bilik air yang dibuka perlahan.
“Dah. Puas hati?” Suara itu kedengaran sinis di pendengarannya.
“Hm… Baru handsome.” Balasnya. Membulat mata Irham bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis itu. Terasa sesuatu di hati, tapi dibiarkan berlalu.
“Alice dah tidur balik?” Irham merapati Alice. Dia duduk di bahagian kiri katil. Pipi anak kecil itu diciumnya dan rambut Alice diusapnya lembut.
Pelangi angguk. Dia bangun dari duduknya. Tak selesa. Macam pelik pula bila berkeadaan begitu. Irham duduk di bahagian kiri katil dan dia pula duduk di bahagian kanan katil. Dah macammm… ecececeh! Pelangi jangan nak berangan lebih – lebih. Jangan ada hati sikit pun dengan lelaki di depan kau ni. Jangan! Never! Don’t!
“Kenapa dengan dia tadi?” Soal Irham. Nada suaranya perlahan.
“Dia terkejut… mungkin dia mimpi kena pukul dengan ibunya.” Jawabnya lancar. “Erm… Encik Irham masuk ofis tak hari ni?” Soal Pelangi.
“Mungkin tak.” Jawabnya ringkas. “Kejap lagi Amer datang ganti tempat aku. Kau hantar aku balik rumah, aku nak rest kejap. Lepas tu kau datang sini balik. Gantikan Amer pula. Boleh?” Irham tenung wajah gadis dihadapannya itu. Menunggu reaksi selanjutnya.
Pelangi sekadar mengangguk perlahan. “Boleh.” Balasnya tanpa dipaksa. Orang tengah susah tak akan dia tak nak tolong pula kan.
“Sorry sebab terpaksa involve kau dalam hal ni. Bagi aku sikit masa untuk cari pengasuh Alice.” Terang Irham senada. Jemarinya mengusap lembut pipi Alice.
“Err… Tak apa. Saya faham.”
“Kau pergilah siap – siap apa yang patut dulu. Kejap lagi Amer sampai. Lepas tu kita gerak.” Arah Irham tanpa memandangnya.
Siap – siap? Pelangi garu kepalanya yang tak gatal. Nak siap apa? “Erm, okey…” Okey sajalah Pelangi, orang dah tengah serabut kau jangan nak tambah lagi serabutnya. Pelangi melurut rambutnya ke belakang. Rimas pula bila terjuntai macam tu. “Aduh!” Tiba – tiba dia mengaduh. Dia lupa tentang perihal kepalanya yang terhantuk sebentar tadi. Bila dah teringat mulalah rasa berdenyut – denyut.
Irham menoleh memandang ke arah Pelangi. “Kau kenapa?” Soalnya bila terdengar gadis itu mengaduh. Macam – macam. Desis hatinya.
Pelangi sedikit tersentak. “Err… Tak ada apa – apa. Saya masuk toilet kejap.” Putusnya.
Irham diam. Anak matanya tajam merenung ke arah gadis itu. Tiba – tiba dia terpandangkan sesuatu. “Eh, Pelangi!” Panggilnya.
Langkah kaki Pelangi terhenti. “Apa?” Sahutnya.
“Kejap.” Irham bangun dari tempat duduknya dan berjalan menghampiri gadis itu. Belakang kepala Pelangi disentuh dengan jarinya.
“Err… Kenapa?” Soal Pelangi pelik.
“Ni.” Irham tunjuk jarinya yang dibasahi darah. Hampir kering.
Erkk! Darah!! Aku cedera parah! Dan tentu arah!! Badannya berpusing – pusing cuba melihat belakang kepalanya. Haishhh… Pelangi… Pelangi… Itu mesti butang kelam kabutnya dah di on balik, mustahil lah dia dapat lihat belakang kepalanya sendiri…
“Stop! Stop! Stop!” Arah Irham sambil kedua – dua tangannya memegang lengan Pelangi. Gadis itu diam membeku. Kuat pegangan Irham di lengannya. Pelangi tunduk merenung lantai. Malu!
“Stop.” Arah Irham lagi. Pening kepalanya bila melihat keadaan Pelangi yang berpusing – pusing macam tu tadi. “Kenapa dengan kepala kau ni?” Soalnya tiba – tiba prihatin.
“Err…” Pelangi terpanar sekejap bila dilayan begitu.
“Kenapa?” Ulang Irham lagi sambil menolak dagu Pelangi memandangnya. Susah betul nak bercakap kalau mata tu dah pandang bawah. Entah pandang apa, buruk sangat ke muka aku ni sampai kau tak nak pandang? Monolog Irham sendiri.
“Err… Ter-Terhantuk tadi.” Jawab Pelangi tergagap – gagap. Wah. Wahhh. Dah berani tolak dagunya pulakk!
Irham kerut dahi. “Bila? Dekat mana?” Soalnya. Riak wajahnya kelihatan sedikit risau.
“Tadi… Masa Alice menangis. Dekat bucu kabinet tu.” Jawab Pelangi satu persatu. Seronok pula bila ada orang yang bertanyakan soalan macam tu. Lagi – lagi bila tuan besarnya itu sendiri yang melakukan hal itu. Wah! Wah! Terawang – awang sekejap.
“Ish… Banyak juga darah yang keluar ni.” Tegur Irham sambil membelek – belek luka di kepala Pelangi. “Sakit tak?” Soalnya tanpa memandang ke wajah gadis itu.
Pelangi diam dengan senyum meleret.
“Pelangi?” Panggil Irham lagi. Kali ini wajah gadis itu dipandangnya. Pelangi masih seperti tadi. Berkhayal!
“Hey, Pelangi!” Sergah Irham.
Pelangi tersentak. “Ye, ye saya…”
“Kau ni laaa… Tak habis – habis nak berangan!” Sergahan Irham mengejutkan Pelangi dari khayalannya. “Nah ambil ni. Pergi bersihkan sendiri dalam toilet tu!” Irham meletakkan sekotak tisu di tangannya.
Aisey, spoiled! Tolonglah bersihkan sekali… Hmm… Pelangi hanya mampu meminta melalui kata – kata hatinya sahaja. Itulah… Berangan lagi tadi. Sekarang ni kau makan asap ajelah Pelangi!
“Apa lagi terjegat kat situ? Nak aku dukung kau pula masuk toilet!?”
“Err… Tak. Tak.” Pelangi juih bibir sambil berlalu. Tadi macam betul – betul nak concerns. Ni dah macam alang – alang menyeluk perkasam, biar sampai pangkal jari aje! Tak sampai pun lengannn!!
Cheese, cheese, double cheese!
+++++++++++++++++
BERSAMBUNG! :)
9 comments:
Hahaaa. Seyes lawak pelangi nie..
Tq writer. Nk lagiiii hehe
Hahaaa. Seyes lawak pelangi nie..
Tq writer. Nk lagiiii hehe
WOW...NEXT N3 PLEASE...
sweet... tapi irhsm x de kaitan apa2 dgn alice kan?? i hope not...
best cite ni!!!!!!!!!!!!!!
i followwwwwwwwwwwww
haha klakar larh pelangi nie ...
asik dtg je drh gemuruh dy 2 ..,
best
Salam :)
Miss_Adikimi : My pleasure, my dear. Thanks sbb follow. <3
Amila : baik. So soon.. :D
hk : Kena tunggu lagi untuk tahu kait berkait ni... heheh. :))
Aqilah : Thank u dearie sbb follow. Terharu & malu ^__^"
Farisyah : ni Farish farisha juga ke ni? Anyoo.. comel! hihi.
Thanks all, silent readers too. love you! <3
wah!cam best jer bile boss take care cam tuh.....pelangi jgn lh dok berangan jer..sampai pala tu dh darah cam tu still leh layan khayal..so cute lh pelangi ne dh sama cam alice lak...manja2 gitu!best sngt lh dk nakkkkkk ggggg dek hehe...
bestnye dpt bos yg hensem...cepat2 new n3 pls..