Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
Friday, December 7, 2012
"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 12
Bab 12
“Pelangi!”
Pelangi berpaling. “Encik Irham…” Suara Pelangi antara keluar dan tidak. Entah kenapa hatinya jadi sebak bila melihat kelibat tuan besarnya itu. Rasa hendak menangis pun ada ni. Perasaannya jadi berbelah bahagi. Selain Irham, Pelangi nampak ada lelaki lain bersamanya. Tidak tahu siapa, samar.
“Pelangi, how’s Bella and Alice!?” Suara Irham kedengaran sangat cemas.
Bella? Alice? Pelangi diam sejenak. Berfikir. Otaknya seakan tidak dapat mencerna kedua – dua nama itu. Siapakah?
“Bella… Alice…” Dan secara tidak sengaja nama – nama itu terluncur keluar dari bibirnya.
“Yes Pelangi. Bella and Alice! Mana dorang? How’s everything??” Nada Irham masih sama seperti tadi. Matanya sempat melilau memerhatikan keadaan sekeliling.
“Ir… Cool down.” Celah Amer cuba untuk menenangkan Irham.
“Err… Yang mana satu Bella dan Alice?” Soal Pelangi.
Irham tepuk dahi. “Ya Allah Pelangiii…” Dia hilang sabar. Matanya tajam merenung gadis di hadapannya itu.
Pelangi hanya buat muka innocent. Betul lah! Kenapa pandang macam tu? Tanya pun salah ke? Irham bukannya pernah kenalkan dorang dekat dia.
“Pelangi… Bella mak and Alice tu anak dia. Where’s them?” Amer cuba mengawal keadaan. Irham ni bukan boleh. Barannya tak mengenal tempat. Sebelum terjadi apa – apa baik dia bersuara.
Pelangi berpaling memandang lelaki di sebelah Irham. Lelaki ini lebih tenang berbanding Irham. Senang cerita, lebih rasional. Dahinya berkerut. Rasa macam pernah jumpa, tapi tak pasti di mana. “Hm… Cik Bella masih dalam bilik ICU dan Alice ada di ward kanak – kanak. Tadi masa saya tinggalkan dia, dia sedang tidur. Mungkin kesan ubat.” Beritahu Pelangi. Suaranya datar.
Keadaan sunyi seketika. Pelangi tunduk terasa hati. Dia yang letih ni terkejar – kejar ke sana ke mari sikit pun tidak ada siapa nak ambil peduli. Cuba sampai – sampai tadi terus tanya, ‘How are you, Pelangi?’ ke, you okey ke? Hmm… Harapan tinggal harapan ajelah!
“Apa yang jadi sebenarnya?” Irham mula bersuara setelah perasaannya dapat dikawal. Riak wajahnya sedikit tenang daripada tadi.
Pelangi mengeluh perlahan. Wajahnya didongakkan sedikit memandang ke arah Irham. Sebelah kening lelaki itu terangkat menunggu jawapan daripada Pelangi.
Gadis itu tarik nafas panjang cuba untuk mengingati kembali kejadian yang membawanya ke sini “… Emm, masa tu saya nak hantar barang ke dapur… Lepas beberapa minit, saya terdengar suara budak menangis dalam bilik utama. Saya pergilah tengok. Then nampak Alice sedang menangis. Badan cik Bella waktu tu dah penuh dengan darah. Mulut dia berbuih. Masa tu tak tahu lagi darah tu datang dari mana. Cik Bella pun masa tu memang tak bergerak, saya memang ingat cik Bella dah tak ada sebab darah memang banyak sangat. Saya panik sebab tu terus call Encik Irham…” Terang Pelangi satu persatu. Suaranya bergetar dan hatinya berdebar – debar bila menceritakan kembali keadaan itu. Pertama dalam sejarah hidupnya!
“Hello”
“Hello! Encik Irham tolong!! Isteri encik bunuh diri!!”
“Hah!? Isteri!?”
“Yelahhh, isteri Encik Irham lah. Takkan isteri saya pulak!”
“Erk! Apa yang kau merepek ni Pelangi??”
“Ya Allah, betul encik saya tak tipu. Isteri encik ada dengan saya ni. Anak encik pun ada sekali. Tengah nangis. Encik dengar tak!??”
“Hishh… Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni Pelangi!? Isteri siapa yang nak bunuh diri? Anak siapa yang menangis!? Kau kat mana ni!??”
“Saya dekat saujana apartment lah!!”
“Hahh!!??”
“Encik cepat datang sini… Saya tak tahu nak buat apa ni. Saya panik!!”
“Kau sure ke kau jumpa orang yang betul? Yang sama?”
“Ye, ye! Cepatlah encikkk!”
“Okey, okey, kau call ambulans dulu. Tunggu aku kat hospital! Aku datang sekarang”
“Tapi encik…-
“Ikut ajelah cakap aku, aku call kau nanti. Pantas!”
“Pelangi!?” Bahu Pelangi digoncang perlahan. Tersentak dia seketika.
“Hishhh! Orang tengah kecemasan, dia sempat pula nak mengelamun. Habis tu doktor cakap apa?” Soal Irham sempat memerli Pelangi.
“Tanya tentang siapa? Cik Bella ke Alice?”
“Both!”
“Kalau Alice, dia stabil. Cuma takut nanti dia trauma. Tapi masih tak boleh confirm… Kita kena tunggu dia sedar.” Jawab Pelangi tenang. “… Erm, cik Bella pula saya tak tahu. Sebab dari tadi belum keluar…” Sambungnya kemudian.
“Teruk ke keadaan dorang, Pelangi?” Amer menyampuk. Riak wajahnya juga kelihatan sangat risau.
“Teruk! Saya rasa Cik Bella ada makan racun atau overdose ubat. Sebab saya ada nampak beberapa botol, macam botol ubatlah. Tapi tak sure racun ke atau ubat apa. Lepas tu yang berdarah – darah tu pun saya tak tahu datang dari mana. Keadaan Alice pun sangat teruk tadi. Dahinya luka. Bibir dia pun saya nampak macam pecah dan lebam teruk. Pasal Alice, doktor ada beritahu tadi….-“ Ayatnya tiba – tiba mati di situ.
“Beritahu apa?” Soal Irham penuh rasa ingin tahu. Matanya mengecil memandang Pelangi, sedang kusyuk dengar boleh pula kau cut cerita macam tu aje kan!
“Err… Alice… A-lice macam kena dera. Ada banyak kesan pukul dekat badan dia. Kesan lama, kesan baru. Err… tadi doktor tu suruh saya call polis… Tapi saya kata saya nak tunggu ayah dia dulu…”
“Ayah?” Serentak Irham dan Amer berpandangan sesama sendiri.
“Ha’ah. Encik Irham lah tu… Err… Kan?” Lepas melihat reaksi dari dua lelaki di hadapannya itu. Pelangi mula rasa tak sedap hati. Betul ke Encik Irham bapa kepada Alice dan isteri kepada Cik Bella? Dia berteka – teki sendiri.
“Ir? Ayah?? Okay guys, I need explanation here.” Amer pandang Irham dengan pandangan tersirat.
“Hey, this is not like what you think okay? Don’t ever jump to that stupid conclusion.” Balas Irham cuba meyakinkan temannya.
“But… –
“Never!” Pantas Irham membidas kata – kata Amer. Dia berpaling ke arah Pelangi yang masih tercegat berdiri di hadapannya. “Eei, kau ni kan… Suka – suka aje…–
“… Siapa keluarga pesakit yang bernama Bella?” Tiba – tiba ada suara lain datang menyapa. Serentak semua berpaling.
Pelangi urut dada. Phiew!~ Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan.
“Yes, kami kawan dia.” Sahut Irham. Amer sekadar mengangguk. Pelangi pula hanya buat muka. Muka tak tahu. Nope, she’s not friend. Bercakap pun tak pernah. Hatinya nakal berdesis.
Doktor dan jururawat yang tadinya menyapa, terdiam seketika. Memandang ke arah mereka bertiga seakan ada perkara yang tidak kena.
“Anything? How’s she?” Tambah Irham lagi. Seperti biasa sikap tidak sabarnya kembali mengawal diri.
“Suami Pun Bella ada? Atau family members?” Kening doktor itu terangkat sedikit. Matanya mencerun ke arah mereka bertiga.
“Erm… Suami dia outstation dan keluarga dia tak tinggal di sini. Takes time kalau nak datang pun. It’s okay doc, you boleh cakap dengan kami. Sebab kami memang kenalan dia since kecil.” Bersungguh – sungguh Irham meyakinkan doktor di hadapannya itu.
Doktor itu mengangguk perlahan. “Well, kita discuss di bilik saya.” Putusnya.
Irham senyum segaris bersetuju dengan cadangan doktor itu. Signal diberi pada Amer supaya menurut.
“Okey, aku ikut.” Sahutnya.
“Err… Saya?” Pelangi bersuara. Sebenarnya dia bukan nak sangat ikut. Tapi kalau boleh, dia nak balik rumahnya sendiri. Badannya letih. Dia nak rest. Nak tidur! Pleaseee…
“You’ll stay here until everything settle.” Arah Irham sambil mula mengatur langkah. Amer di sebelah hanya mengikut.
Pelangi cebik bibir. Alaaaaah! Benci betul! Keluhnya sendiri. “Hm. Okey...” Ucapnya tiada nada. Kecewa. Lambat – lambat dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Membiarkan lelaki – lelaki itu menghilang dari pandangan matanya.
Pelangi pejam mata rapat.
Aaaa’… Nak balik………–
++++++++++++++
“Doktor, bagaimana keadaan Bella?” Soal Irham sebaik pintu bilik doktor muda itu ditutup. Doktor Hadi. Nama itu yang tertera di hadapan pintu biliknya.
“Too bad. Kandungan dia tak dapat nak diselamatkan.” Jawab Doktor itu tenang. Menunggu reaksi dari lelaki – lelaki dihadapannya.
“Kandungan??” Irham dan Amer serentak mengajukan soalan yang sama.
“Yes, two months old. Kesan racun yang diambil oleh Puan Bella terlalu kuat and I think, she did it on purpose.” Tambah doktor itu lagi. Beberapa helai file kertas yang tersusun kemas di atas mejanya dicapai satu persatu.
“Maksud doktor, dia cuba nak gugurkan kandungannya sendiri?” Giliran Amer pula mengajukan soalan. Irham di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia masih dalam keadaan terkejut.
“… Or mungkin untuk ‘gugurkan’ nyawanya juga.”
“Ya Allah!” Irham tersentak.
“…. Keadaan Puan Bella terlalu lemah. Everything is not in the right place. She’s depressed. Mengalami tekanan emosi dan perasaan yang sangat teruk. Mentally, physically out. Dan kesannya memang jelas, apatah lagi bila melihat keadaan Puan Bella itu sendiri… Dan jangan terkejut kalau saya katakan, yang anaknya juga menerima tempias yang sama. Anaknya didera dengan teruk. Externally yes, kita boleh nampak sekarang, tapi internally kita perlu tunggu keputusan lab... Please expect unexpected, keputusannya nanti mungkin tidak terlalu baik.”
“Gosh!!” Tempik Irham. “Takkan seteruk itu, doktor??” Dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Inikah Bella yang dia kenal? Bella yang kuat? Bella yang sudah di anggap sebagai saudara rapatnya? Mukanya diraup perlahan. Fikirannya jadi bercelaru.
“Ir… Relaks... Control yourself.” Amer gosok bahu Irham perlahan. Lelaki ini memang perlu ditenangkan jika tak mahu meja di hadapan mereka melayang. “Erm… So doktor? What should we do now? I mean, dia perlu lakukan apa – apa pembedahan untuk keluarkan kandungan dia tu?”
“Well, semuanya dah dilakukan tadi. She is fine now. Tapi masih perlukan rawatan rapi dari doktor. Mungkin akan ditahan satu hingga dua minggu lagi untuk rawatan susulan… Walau macam mana pun, kita masih belum tahu apa sebenarnya yang berlaku dengan Puan Bella. Possibility sangat banyak. Ia atau tidak Puan Bella cuba untuk mengugurkan kandungannya atau mencederakan dirinya sendiri, hanya dia sendiri yang tahu. Saya bercakap ni berdasarkan pengalaman dan keadaan pesakit…” Terang doktor Hadi dengan panjang lebar.
“How’s Alice?” Secara tiba – tiba Irham bertanyakan perihal anak kecil itu.
“Alice? You mean her daughter?”
“Yes.”
Dahi doktor Hadi sedikit berkerut. “… Tentang anaknya, I think we need someone to look after her. Kita takut dia akan mengalami kesan trauma yang teruk bila dia sedar nanti…” Kata – katanya terhenti. Menarik nafas sedalam mungkin. “Bukan bermaksud kami tidak boleh menjaganya. Tapi, untuk pulihkan semangatnya, dia perlukan orang – orang yang dia kenal. Orang – orang rapat yang ada di sekelilingnya. Maybe her father or close family. She really needs it.”
Irham dan Amer berpandangan sesama sendiri. Father and close family? Yeah right… Masing – masing mengeluh sendiri.
Mana nak cari!??
+++++++++++++
BERSAMBUNG :))
** Oh, maafkan saya kerana membuatkan adrenalin awak bergerak laju. tehee! To be continue... Sila doa supaya ara dapat siapkan entry cepat - cepat! :P
Take care <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Huuh suspen betul, Bella pragnent anak sape plak? Janganlah plak si Pelangi kena jaga Alice...sian dia.
dah tentu pelangi yg jadi mangsa jaga Alicekan?..tapi takpe..kesian Alice...Cik Writer cepat sambung ye..tak sabar nak baca..teruja sangat ni...
erm kcian pelangi mst dpt keje tmbhan ....
best cpt smbg ea ...
mana nak cari???
cari pelangi la apa lg...hehe
hehe.. macam semua dah blh agak siapa yg akan menjaga Alice kan.. well, the thing xdelah semudah itu.. kita buat jalan jauh dulu, then baru short-cut.hihi.
anyway, thank u dear readers sbb sudi baca dan komen2... ara sgt2 menghargai.. :')
alice dh pasti2 nyer tugas si pelangi....oh betapa!!!teruja nye nk tau cam ner pelangi nk curah kn kasih syg kat alice....pity to alice...