Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Wednesday, December 5, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 11



“Pelangi, ambil duit seribu ni lepas tu pergi beli barang dapur.” Arah Irham sambil menghulurkan sepuluh keping not kertas seratus.

Juling mata Pelangi melihat kepingan-kepingan kertas dihadapannya itu. “Seribu ni nak buat apa?” Soalnya. Tapi dalam masa yang sama dia mengambil duit itu dan terus mengiranya. Depan – depan!! Seribu tuuu, kalau tak cukup matilah nak ganti balik! Gumannya.

“Kan dah cakap tadi nak beli barang dapur.” Jawab Irham datar. Rambut dan pakaiannya dikemaskan serba sedikit.

“Beli barang dapur sampai seribu!? Nak beli apa?” Pelangi menyoal lagi. Ishhh…. Agak-agaklah nak shopping barang dapur sampai seribu. Nak suruh aku beli kerbau sekor ke apa ni!?

“Manalah aku tahu… Kau beli ajelah apa-apa ikut suka kau. Barang kering ke barang basah ke, separuh kering separuh basah ke… Tak kisahlah. Lepas tu kau terus hantar ke saujana apartment.”

“Saujana Apartment?” Dahi Pelangi sedikit berkerut bila teringatkan kembali tempat itu.

“Yes. Saujana Apartment… Kau ingat lagi kan tempat tu?”

“Erm… Ingat kut.” Lambat-lambat Pelangi membalas. “Tapi Encik Irham... Banyak sangat ni seribu, barang dapur pun bukannya mahal sangat. Nah, saya pulangkan lima ratus dulu. Nanti kalau ada lebih saya pulangkan lagi.” Saran Pelangi. Lima keping duit not seratus dikembalikan ke Irham.

“Serius ke cukup? Kalau tak cukup macam mana? Kau ada ke duit nak bayar?”

“Err…” Soalan Irham membuatkan Pelangi berfikir sejenak.

“Hmm… Ambil ajelah duit tu semua. Kalau ada lebih kau simpanlah buat upah kau tolong aku…” Irham bersuara mengendur. Entah kenapa dia malas nak berkira sangat dengan gadis itu hari ini. Fikirannya lebih kepada Bella dan Alice.

“Erk!” Pelangi sedikit tersentak. Apa dia cakap tadi? Kalau ada lebih simpan?? Pelangi berteka-teki sendiri.

“Okaylah, aku masuk ofis dulu. Ingat, lepas beli barang kau terus hantar ke apartment dia. Dah settle everything baru datang sini ambil aku. Aku mungkin balik lewat hari ni… Banyak benda nak buat.” Pesan Irham. Pelangi sekadar mengangguk perlahan. Dia perasan akan nada suara Irham yang tidak seperti selalu. Biasanya cuma jeritan dan tengkingan saja yang menjadi ‘breakfast’nya setiap hari, tapi berlainan pula keadaan tuan besarnya pagi ini.

Hmm… Biarlah. Adalah tu yang merunsingkan hatinya. Akhir Pelangi sendiri malas nak berfikiran yang bukan-bukan. Daripada dia duk fikir masalah tuan besarnya itu, lebih baik dia fikirkan masalahnya sendiri!


++++++++++++++++++++


TROLI yang sudah sarat dengan barang-barang basah dan kering dipandang Pelangi berkali-kali. Ni kalau tambah dua tiga barang lagi memang roboh terus ni!

“Apa lagi nak beli? Apa lagi?” Dia berkira-kira sendiri sambil melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Duit masih berbaki banyak. Nak ambil semua duit tu memang tak akan lah, nanti mana yang balance tu akan dipulangkan kembali pada tuan besarnya itu.

“Ahah!” Tiba-tiba mata Pelangi terpandangkan sesuatu yang sangat menarik perhatiannya. Dengan cepat troli yang sarat dengan barang muatan itu dia tolak ke bahagian kanak-kanak.

“Alolo comelnyaa!” Ayat pertama yang keluar dari mulut Pelangi. Sepasang klip rambut berserta dengan riben bunga berwarna pink dicapainya. Bibirnya mengukir senyum sebaris. Boleh beli untuk anak Encik Irham. Sesuai sangat! Desis hatinya. Pandai - pandai saja dia buat conclusion sendiri, sejak dari pertemuan pertama dia sudah menganggap gadis kecil yang dilihatnya tempoh hari ialah anak kepada Encik Haikal dan wanita ‘gila hot’ itu.

+++++++++++

“Bro!”

Sergahan itu mengejutkan Irham yang sedang leka membelek email di komputer ribanya. Hampir saja kerusi yang diduduknya itu melantun ke belakang. ‘Double cheese punya kawan! Masuk tak bagi salam!’ Gerutunya geram.

“Hoi mangkuk! Terkejut aku!” Begitulah reaksi Irham bila terlihat Amer yang sedang berdiri sambil mengetawakannya. Segera dia bangun dan berjalan ke arah temannya itu.

“Datang tak beritahu!’ Bahu Amer ditepuknya. “Come, have a seat.” Irham mengajak Amer ke sofa, lebih relaks kalau bercerita di situ. Amer hanya menurut.

“Takkan aku pun kau nak suruh buat appointment? Hah?” Mata Amer tajam menjeling ke arah temannya itu.

“Bukanlah sampai nak buat appointment, tapi beritahulah aku dulu. Ni main sergah aje, kut – kut lah aku ada meeting ke, tak ada kat office ke apa… Tak ke naya.” Bebel Irham. Amer sekadar tersenyum mengangguk.

“Well, my bad. Aku jumpa client aku depan office kau tadi. Saja dropped by. Ha, ni kau busy ke tak? If yes, aku chow!” Soal Amer mendatar. Irham angkat kening sebelah.

“Cececeh! Nak sentap pula. Backhand kang!” Ugutnya, Amer sengih. Bibirnya dicebikkan. “You need something? Coffee, tea?” Tambah Irham lagi. Jemarinya sudah bersedia di keypad telefon untuk memanggil setiausahanya.

“Nope, thanks. Baru lepas.” Jawab Amer jujur.

“Serius?”

“Yup!” Amer sengih lagi. Suka sangat menyengih mamat sorang ni. Irham akur dan turut tersenyum.

“So, anything?” Irham mula bicara. Lawyer segak di hadapannya dipandang tenang.

“Jom hiking!?”

“Erk!” Mata Irham membulat. Segala kenangan lama terimbas kembali. Lama tak lama lah, it was seven to eight years ago kut! Dia, Amer dan Bella, waktu belajar dahulu suka sangat bab panjat – panjat ni. Panjat gununglah, panjat bukitlah, spider-wipe lah, tanggalah… Pendek kata semua benda yang boleh dipanjat, mereka akan redah. Tapi mereka bertiga aje lah, nak harap Alan memang mati hidup semula pun dia tidak mahu. Dia tu ‘panjat’ orang bolehlahhh…

“Apsal kau buat muka terkejut macam tu? Macam tak biasa!” Dahi Amer berkerut.

“Kau lah! Apa mimpi tiba-tiba nak hiking? Aku dah lama gila tak panjat – panjat ni. Stamina pun dah macam harem ni!” Balas Irham sambil membengkokan tangannya untuk mencari ‘muscle’ tersembunyi. Amer pecah ketawa. Then Irham juga turut serta ketawa bila muscle yang hendak dicari tidak dapat ditemui. Damn! No more abang body badan ketak – ketak no more! Phiewww~ Keluhnya. Memang sudah lama kut dia tidak keluar buat aktiviti-aktiviti outdoor macam tu. Rasanya sejak dia start bekerja dan sibuk dengan hal syarikat. Bukan setakat nak outdoor, indoor pun yang ada ajelah dia nak buat. Tu trademill depan mata, boleh dikira dengan jari berapa kali dia naik. Itu belum lagi tengok ‘dumbbell’ dia yang bersepah-sepah dekat rumah, memang dah jadi perhiasan ajelah tu.

“For fun lah, workload makes me sick! Macam nak minta nyawa, I need a fresh air!!” Tingkah Amer sambil buat memek muka kelemasan. Irham senyum senget.

“Nak fun cari chic lah, fresh meat! Tapi bab tu kau jangan cari aku lah, kau cari Alan. Dia expert!!” Balas Irham seloroh. Mereka serentak ketawa.

Amer geleng kepala. “Well, waktu tu dah lama ‘end’ untuk aku.” Ucapnya dengan senyum nipis sebaris dan tersirat.
“Cececeh… Amer the greatest dah turn to Amer Al-ustaz!!” Usik Irham sengaja. Tapi dalam diam dia sebenarnya respect dengan niat kawannya itu untuk berubah. Bukan mudah. Kena kuat dan cekal. Kena istiqamah dan berterusan. Ewah Irham… Pandai pula kau bercakap tentang soal ‘istiqamah’ ni, diri sendiri entah nak jadi apa. Hint depan mata dah ada, buat – buat tak nampak atau memang belum nampak? Atau kau nak tunggu seseorang atau sesuatu ‘nampakkan’ kau?? Kata hatinya memerli. Tajam!

“Ha Ha Ha!” Amer gelak sinis. “Kau tu aje yang belum sedar. Masih lagi dengan kisah duniawi kau tu…” Juih bibir Amer membalas, letih dah. Banyak kali bagi nasihat, tapi macam siram air atas daun keladi aje result-nya. Irham… Irhammm… Dari kaca mata Amer, kawannya yang sorang ni memang dah boleh masuk kategori ‘complete set!’, apa yang tak ada dengan lelaki bernama Irham Alfie Bin Dato’ Affandy ni, semua lengkap. Rupa, harta, Cuma… Agama saja yang dia kurang sikit. Err… Tak. Kurang banyak!

“Ya, ya, ya… Bla, bla, bla… Stop and next please!” Cepat – cepat Irham menghentikan kata – kata Amer. Dia bukan apa, bab – bab macam ni dia memang lemah. Dia agak ego bila ada orang cuba untuk membetulkan dirinya. Baginya apa yang dia ada, dan apa yang dia buat sekarang ni memang dah cukup baik. Dia tak kacau orang, tak pergi merompak, tak bunuh orang. Kan? Dah baik.

“So, nak tak pergi ni?” Amer kembali pada perbualan asal. Dia juga malas nak meneruskan topik tadi. Nasihat sudah diberi, hint sudah ada depan mata. Terpulang. Irham bukan budak kecil lagi yang perlu difahamkan dan diterangkan satu persatu. Kawannya tu sudah besar panjang, sudah cukup ‘baliqh’ untuk fikir mana yang baik dan buruk untuk dirinya sendiri.

“Ermm… Siapa lagi nak pergi?” Soal Irham dengan dahi yang sedikit berkerut.

“Siapa lagi yang selalu pergi. Aku, kau dengan Bella ajelah!” Cadang Amer dengan riak teruja. Sudah terbayang keadaannya nanti macam mana. Hirup udara segar, nyaman, release tension, release otak, badan. Di tambah pula dengan kehadiran teman rapat. Wah, heaven!

“Err… Bella? Bell?” Irham teragak-agak.

Amer buat muka pelik. “Yes, Bell. The only rose among bugs!” Terangnya cuba mengingatkan Irham tentang kewujudan Anabella binti Abdul Rahman, teman tapi mesra yang ditatang Irham bagai minyak yang penuh tu!

Dengar saja nama ‘Bella’, Irham terus terdiam. Diam memikirkan sesuatu.

“Hel-lo… Anybody home!? Kau mengelamun apa ni??” Amer tepuk bahu Irham. Lelaki itu kelihatan sedikit tersentak. Amer jadi makin curious, riak wajah Irham jelas kelihatan sesuatu. “Bro, kau okey ke? Kenapa bila aku sebut aje nama Bella kau dah jadi semacam ni? There’s anything yang aku miss? Huh?” Mata Amer mencerun ke arah Irham.

Irham kelihatan resah. Duduknya juga sudah tidak tentu arah. Untuk berlaga mata, melawan vibrate dari pandangan Amer. Hundred percent sure dia akan kalah! Damn!!

“Bro, apa yang kau nak sembunyikan ni? Apa jadi dengan Bell?” Amer jadi hilang sabar. Suaranya sudah sedikit meninggi.

“Err… Bell…”

“Yes, Bell?”

Ayat Irham terhenti.

“Hey, what is happening ni? What is wrong with Bell?”

Tanpa sedar Irham mengeluh, dengan sedikit keberanian yang ada dia memandang ke arah Amer. “Err… She… She… –

Riak wajah Amer kelihatan sangat tidak sabar.

“She… She is now dying with….. –

“Woo… Woo! Come again… Dying? What do you mean by dying? Dying with what??”

“Hurmmm… Okay Am, listen here…”

Irham tarik nafas panjang. Dia nekad. Now or never!

Amer hela nafas geram.


++++++++++++++++


“Hooo-Maiii! Patah tulang rusuk aku nak angkat barang – barang ni semua!!” Ngomel Pelangi sambil memerhatikan plastik – plastik TESCO yang sudah tersusun cantik depan mata. Matanya sudah berkali – kali dipejam dan dicelikkan. Sah! Ini memang reality hidup, bukan reality TV. Ini juga bukan dugaan pendekar bujang lapuk, ini memang betul – betul… Memang jelas kelihatan ‘sekumpulan’ plastik – plastik yang sedang menunggu Pelangi untuk membawa ‘mereka’ kepada tuan-tanah-ke-daunnya. Pelangi kesat peluh di dahi. Belum apa – apa peluh dah mula banyak keluar. Phieww!~ Tadi memang tak nampak sangat berapa banyak dan seberapa beratnya plastik – plastik ni semua sebab baik aje ‘dorang’ ni duk tersusun dalam troli. Nak transfer dari troli ke bonet kereta pun tak adalah payah benar sebab distance pun tak jauh. Tapiiii…. Sekarang ni……. Err!! Mahunya kena ada dua, tiga, empat, lima enam round nak hangkut semua barang ni. “Hishhh, kenapalah aku tak bawak sekali troli TESCO tu datang sini. Al-Begok betul lah kau ni Pelangi Abdullahhhh!~

Pandangan matanya dilarikan ke tempat rumah yang hendak dituju. Yer, memang tak nampak dari pandangan mata kasarnya sebab rumah tu tersorok dan nun hujung jauh ke belakang. Plus! Dia hanya nak estimate, nak membayangkan saja kesusahan yang bakal dia hadapi dan sedang berkira – kira nak sediakan berapa banyak baldi untuk peluh - peluh yang akan dia bazirkan nanti!

“Sengal ubi betullah lelaki ni! Patutlah tadi baik punya pesan, nanti dah beli barang terus hantar ke sini, rupa – rupanya nak lepas tangan macam tu aje! Yang aku ni pun memang al-begok bin al-bodros mengikut. Lupa dengan job duty sendiri yang hanya bekerja sebagai seorang pemandu. Ye, pemandu. Bukan pembeli atau pembawa kepada barang – barang dapur!”

‘Ahhh, kuang ajaqqq!!’ Seakan itulah kata – kata semangat dan motivasi untuk dirinya sendiri, Pelangi mula mencapai satu persatu plastik di hadapannya itu.

Tarik nafas, hembusss… Tarikkkk… Okey hembusss… Tarik lagi dan lagi… dan lagi… Steady Pelangi, steady! You can do it!! Go!~ –


+++++++++++++++

“This is crazy, man!! Unbelievable!” Berkali – kali Amer menggelengkan kepalanya. Kata – kata Irham susah nak diterima oleh akalnya. “Goshhh! Unexpected!” Tingkahnya lagi.

“Yeah, you should believe it. I swear to God!” Irham juga seperti Amer pada mulanya, tapi kejadian tu memang betul – betul terjadi depan mata dia dan Bella juga yang mengiakan semuannya. “Aku pun tak akan percaya kalau benda tu tak jadi depan mata kepala aku. Tapi, things was real. She called me dan dia berterus terang depan aku. Depan anak dia.”

“Then, Alice macam mana? She can take it?”

“I am not sure now macam mana. Tapi Alice tu kecil lagi, dia tak akan faham apa – apa kalau kita beritahu dia sekarang.”

“Hurmmm…. You are right. Poor little girl…” Amer tunduk merenung lantai. “Kenapalah semuanya berakhir macam ni. They used to be a lovely couple last time...” Kesalnya. Dia memang susah nak terima keadaan Bella ketika ini, susah! Sebab dia juga sama – sama ada dalam kisah bahagia di antara mereka berdua. Dia nampak macam mana bahagianya mereka used to be.

“I am worried about Bell… And more worried about Alice…” Tambah Irham lagi.

Serta merta Amer alih pandang ke arah Irham. “What should we do now?” Soalnya.

“Your plan?” Soalan yang bermaksud serupa Irham ajukan kembali pada Amer.

Dua-dua terdiam.

“Hurmmm…” Dan mengeluh.


++++++++++++++

DING DONG!

Termasuk ‘ding dong’ yang itu, entah ini butang loceng yang kali ke berapa dia tekan.

DING DONG!

“Assalamualaikummm… Hello…Hello…” Ungkapan itu juga sudah beratus kali dia ucapkan.

Hishhh… Mana semua orang ni!! Mata tak lepas – lepas dari memerhatikan keadaan sekeliling. Dahlah sunyi aje kawasan sekitar. Risau betul! Tak, bukan risau tentang orang yang dalam. Tapi orang yang luar ni haaa… Dia lebih risaukan dirinya sendiri. Manalah tahu kan tiba – tiba nanti tersembul muka penjahat ke, perompak ke, perogol bersiri ke… Err!! Jangan Pelangi, jangannn… Jangan minta yang bukan – bukan!

“Hellooooo!! Ada orang tak kat dalam ni!?? Kat luar ni ada orang nak hantar barang… Bukalah pintuuu…” Terjerit – jerit Pelangi memanggil tuan rumah. Ni kalau ada pak guard ni, sure akan di soal siasat. Mana taknye, dah nak dekat setengah jam dia bertenggek kat depan pintu rumah orang sambil terjerit – jerit macam orang tak betul.

Dah tahu tak ada orang nak menyahut, tak reti – reti lagi nak blah si Pelangi ni…
Oh tidakkk… Banana tidak akan berbuah dua kali. Tidak mungkin dia akan patah balik dan tidak mungkin juga dia akan mengangkut plastik – plastik TESCO ni balik ke kereta. No way! Monolog dalamannya yang tidak sudah – sudah berlawan sesama sendiri.

Dalam sibuk – sibuk menekan loceng dan memberi salam, tanpa sengaja Pelangi tertolak pintu gate dan tidak semena – mena pintu itu terbuka.

“Larrr… Tak kunci rupanya.” Pelangi tepuk dahi. Mula melangkah setapak ke pintu kayu di hadapannya. Tombol pintu dipulas.

Klik!

Aha! Pintu ini juga tidak berkunci. Perlahan – lahan dia kuak pintu sehingga menampakan sebahagian daripada isi rumah. Masya-Allah, bersepahnya!! Hatinya terdetik sendiri. Serius memang bersepah macam dilanggar tsunami. Lagi teruk daripada keadaan sebelumnya. Hidungnya juga kuat menangkap bau busuk yang datang dari rumah itu. Entah bau apa. Dia tidak pasti. Yang jelas memang sangat – sangat busuk!

“Assalamualaikummm…. Err, ada orang tak ni? Saya Pelangi, driver Encik Irham. Datang nak hantar barang dapur.” Tanpa di suruh Pelangi memperkenalkan dirinya sendiri. Tujuan kedatangannya juga siap diberitahu sekali, dengan harapan akan ada orang yang mendengar.

“Hellooo… Saya masuk ya?” Pelangi masih tidak mengalah. “Ermmm… Kalau tak menyahut tak apa… Tapi saya letak barang ni semua di dapur ya…” Still, Pelangi masih tak mengalah. Gila nak mengalah! Dia lebih rela bawa barang – barang ni semua ke dapur instead of bawa ke kereta. Again, no way!

Dengan kedua – dua belah tangan penuh menjinjing beg plastik, dia mula melangkah perlahan ke dapur. Dalam sibuk mengemas barang, tiba – tiba telinganya menangkap suara orang menangis. Kedengaran macam suara kanak – kanak, sayu dan agak menyeramkan sebab bunyinya agak mendayu dan nyaring. Hati Pelangi mula berdebar – debar. Ya Allah… Apa pula kali ni. Janganlah yang bukan – bukan. Bisik hatinya. Melilau matanya memerhatikan keadaan sekeliling. Gerakan tangannya semakin dicepatkan. Dia mahu cepat selesai dan mahu cepat keluar dari rumah itu.

Suara kanak – kanak yang menangis kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat dan sangat jelas di pendengarannya. Jantung Pelangi berdegup kencang. “Siapa!?” Soalnya. Dia cuba memberanikan diri untuk melihat keadaan di luar dapur. Selangkah demi langkah dia menolak dirinya sehingga sampai ke ruang tamu. Keadaan sunyi, yang jelas kedengaran hanya bunyi degupan jantungnya sendiri dan bunyi esakkan.

“Siapa tu? Jangan main – main? Saya ada tali pinggang hitam ni…” Dalam takut dia cuba buat lawak. Tapi bukan lawak sebenarnya yang dia cuba buat, kenyataan itu secara tidak sengaja terlantun keluar dari bibirnya. Ada sangat tali pinggang hitam si Pelangi ni, tali pinggan warna – warni adalah kat rumahnya tu. Dirinya mengutuk sendiri. Ceh!

Bunyi esak tangis semakin menjadi – jadi. Pelangi kembali memasang telinga. Bunyi itu kedengaran kuat dari arah bilik utama. Pelangi cemas. Nak pergi atau tak. Kalau tak pergi tak tahu, kalau nak pergi… Ya Allah, takut! Dah macam aksi dalam cerita momok dah keadaan dia sekarang ni. Takutnya hingga membuatkan tubuh Pelangi mengigil, peluh dingin tak usah cakaplah. Basah habis dah baju ni, atas bawah, dalam luar semua habis. Tinggal nak pengsan kejang je lagi ni!!

Pelangi tadah tangan… “Ya Allah, Ya Tuhan ku… Kuatkanlah semangat ku… Lindungilah aku dari perkara – perkara yang buruk… Aminnn…” Usai berdoa, tangannya diraup ke muka. Untuk seketika dia hanya tegak berdiri, memerhatikan keadaan sekeliling sambil mengumpul kembali semangat yang hampir hilang. Setelah berpuas hati dengan keadaan diri, kakinya mula dihayun menghampiri ke bilik utama. Semakin dekat, semakin kuat bunyi tangisan dan makin jelas juga di pendengaran Pelangi yang tangisan itu memang tangisan dari seorang kanak – kanak. Dia yakin! Jantungnya makin pantas berdegup, kali ini bukan kerana takut tetapi kerana bimbangkan sesuatu. Dia teringatkan anak kecil itu. Anak kecil yang dilihatnya bersama – sama dengan Irham tempoh hari. “Ya Allah… Moga – moga apa yang bermain di fikirannya ketika ini tidak terjadi…”

Kini dia sudah berada betul – betul berhadapan dengan pintu bilik utama. Tombol pintu dipegang. ‘Bismillahirahmanirahimmm…’ Dengan lafaz kalimah Allah, tombol itu terus dipulas dan pintu itu terus ditolak kuat.

“Ya Allah!!” Pelangi panar dengan apa yang dilihatnya.


+++++++++++++++


BERSAMBUNG :D

Nota Kaki : Dear readers, please show me some love. Turunkan lah 'jejak-jejak' anda supaya ara tau ada orang yang baca entry ni..hehehe..

Take care everyone <3

9 comments:

CikLaila said...

wah suspen..... sambung la lg cepat2.... sy suka sgt ngn cite nie... smbung lg ye :)

kiki said...

kesian alice

Anonymous said...

Aduhai..apa dah jadi?...tak sabar nk tunggu next chapter...Cik Writer pleaseeee..jangan la peram citer lama sangat...rugi tau..

AraSharrina said...

Cik Laila - baiklaaah dear.. thank u tauuu... :))

Kiki - hehe.. Last week kesian kat Lani, dis week Alice pulak..hihi.

Anonymous - Baik! InsyaAllah, bagi double entry dis week.. thank you! :))

hk said...

misteri jugak kisah bella ni.. Alice tu x de kitan dgn Irham kan???

arasharrina said...

Hk : ada atau tidak kaitannya nanti akan ara ceritakan...ecewah..hehe

aqilah said...

i followwwwwwwwww

Unknown said...

apa dh jd pd alice?? jgn bella bunuh diri sdh ar... cian kt alice...

farisyah said...

i follow you ... hahaha