Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Thursday, November 22, 2012

"Sayang Awak, Cinta Dia" - Prolog

PROLOG

“I LOVE YOU...”

Aimar Alfian tersentak bila ada suara berbisik ke telinganya. Bisikkan itu menghentikannya dari lamunan yang panjang. Lamunan yang dahulunya realiti ngeri yang membelenggu hidupnya. Selepas seketika dia tersedar dan kemudiannya mengurut dada. Belakang tubuhnya terasa dipeluk oleh seseorang... Dia tahu siapa gerangannya. Bibirnya mula menguntum senyum. Bisikkan tadi dibiarkan tidak berbalas, dia hanya mahu membiarkan dirinya menikmati saat ini. Hatinya tenang, dadanya lapang. Dia gembira! Bukan saja dengan keadaan itu, tetapi untuk semuanya. Hatta dengan membayangkan perjalanan hidupnya kini dan nanti juga sudah mampu membuatkannya tersenyum bahagia.

“I love you… Don’t you love me too?” Suara yang tadinya berbisik merdu kini kedengaran mendatar. Aimar Alfian melebarkan senyumannya.

“I love you too, sayang…” Balasnya.

“Ialah tu... Entah siapa yang dia duk menungkan tadi. Aulia sampai pun Abang tak sedar.” Ngomel Aulia Safira sengaja ingin bermanja dengan suaminya. Aimar memusingkan tubuh menatap wajah kesayangannya, Aulia Safira. Aulia yang menjadi kawannya, Aulia yang menjadi isteri dan peneman yang ingin dibawanya hingga ke syurga.

“Pandai ya sayang nak kenakan Abang.” Hidung Aulia dicuitnya mesra. Aulia cuba tepis, tapi Aimar lebih cepat menangkap tangannya.

“Dah salah masih nak pukul Abang lagi?” Soal Aimar berwajah serius. Kedua-dua belah tangan Aulia kini berada di dalam genggamannya. Mata mereka bertentangan. Aulia cuba untuk melepaskan diri, tapi tak berjaya. Pegangan Aimar terlalu kejap.

“Abang nak buli Aulia ya?”

“Well, depends.”

“Abang tak sayang Aulia ke?”

“You know the answer, Honey.”
Aulia ingin membuat muka bila Aimar mula bermain tarik tali dengannya. Pandangan matanya diredupkan seakan ada angin mendung yang ingin melaluinya.

“Okay, please stop. It doesn’t work on me.”

“Hmm…”

“Nope, don’t pout.” Tingkah Aimar. Aulia mengeluh kecil.

“Don’t sigh.”

“Okay, fine. I am sorry.” Akhirnya perkataan itu terpacul juga dari mulut Aulia.

“Minta maaf sebab?” Aimar masih lagi ingin menduga isterinya.

“Sebab biarkan Abang menunggu lama…”

“Lama?” Soal Aimar bila terasa ada yang kurang dalam pengakuan Aulia.

“Erm, okay. Terlalu lama…” Akui Aulia. Aimar senyum dalam hati. Lima puluh peratus kemenangan sudah berada di dalam genggamannya.

“Lagi?” Tambah Aimar masih tidak puas hati. Raut wajah Aulia mula berona merah.

“… Lagi?” Aimar tidak menghiraukan ketegangan isterinya.

“Sorry sebab buat Abang risau. Aulia janji Aulia tak buat lagi.”
Suasana jadi sepi untuk seketika. Aimar memandang Aulia yang hanya tunduk merenung bawah. Kasihan pula bila melihat isterinya begitu. Tak sampai hati rasanya ingin terus menerus menghukum Aulia. Jemari isterinya dibawa ke bibir dan dikucupnya penuh kasih.

“Hmm… Come.” Tubuh Aulia dipeluk erat. Aulia membalas kembali pelukan suaminya. Tubuhnya yang kecil itu seakan hilang disebalik tubuh sasa Aimar.

“I’m sorry…” Suara Aulia merintih sedih. Terasa besar salahnya terhadap lelaki itu.

“No next time okay? Aulia tahukan Abang risaukan Aulia…”

“Tahu…” Jawab Aulia seakan anak kecil yang baru saja dimarahi oleh bapanya. Aimar meleraikan pelukan. Wajah isterinya ditatap lagi. Rindu dan sayangnya pada Aulia semakin hari semakin menebal di dalam diri.

“Okay, Abang percayakan sayang.” Dengar saja ungkapan itu mata Aulia terus bersinar. “Thank you…” Ucapnya. Aimar hanya tersenyum mengangguk.

“Eh, ni ubat dah makan ke belum?”

“Err…”

“Ha, ni yang Abang nak……

“Aimar, your turn in five minutes from now!”

“Aa’… Okay!”

“Ha, Your turn! Best of luck! Muka ni senyum sikit. Tak nak masam-masam. Nanti fans Abang ingat Aulia buli Abang…” Aulia Safira menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Dia pura-pura sibuk membetulkan kolar dan baju yang dipakai suaminya.

“Eei, pandai ya dia. It’s okay. I’ll be back after this. Kena sayang dengan Abang nanti.”

“Okay. Okay. Tak apa, lepas ni baru kena. Sekarang Abang get ready dulu ya. Abang……” Belum sempat Aulia menghabiskan ayat, Aimar lebih pantas mencubit pipinya. “Ouch!! Sakitlah!” Aimar tertawa kecil bila melihat muka Aulia yang sudah merah. Panjang muncung isterinya hingga boleh digantung kuali.

“I Love you, Aulia Safira. Sayang tunggu Abang ya…” Terus sejuk hati Aulia bila Aimar membisikkan kata itu. Berderai rasa jantungnya. Terasa diri berada di awangan, lantas bibirnya mengukir senyum.

“Yelaaa…” Balasnya.

“Aimar, hurry up!”

“Ya, ya okay… wait!”

“Dahlah Abang, Abang pergilah cepat. Jangan risau, Aulia tak pergi mana. Aulia tunggu je Abang, Aulia ada je dekat sini. Aulia janji.” Aimar tenung dalam anak mata isterinya. Cuba untuk mencari kekuatan diri. Dia tahu isterinya itu pasti akan menunggunya. Dia pasti ketakutan yang pernah menghantuinya suatu masa dahulu sedang berlalu mengikut waktu. Ubun-ubun Aulia dikucup lama…


“Walau aku tahu kau tak sempurna,
Ianya takkan membuat aku jauh darimu,
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu..
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia, dia kekasihku, kan tetap selamanya milikku…”


+++++++++++++++++++++++++

Prolog End - Continue to Bab 1 :D

3 comments:

Unknown said...

cam sedeh jer dek crite neh but best...

Anonymous said...

salah lirik daa...

AraSharrina said...

@Anonymous

hihihi.. bukan salah syg. tapi sengaja disalahkan... :P