Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
Tuesday, July 3, 2012
SURAT CINTA UNTUK KEA - "NORHAPISAH ASMUNI"
Novel karya Sarrah Sharrina atau lebih dikenali Arrasharrina terbitan Kakinovel memang terbaik. Novel 766 muka surat memang best. Banyak babak yang mencuit hati dan tak kurangnya juga babak lelehan air mata.
Novel ini mengisahkan tentang seorang bakal doktor yang menjalankan program internship nya di sebuah hospital. Kea Alyissa, seorang gadis kacukan Melayu-Cina yang happy go lucky terpaksa berdepan dengan pesakit lelakinya yang pertama, Haikal Hakimi Ashraf. Haikal pada awalnya seorang kasanova mula berubah kepada kehidupan yang lebih baik selepas mengetahui dirinya menghidap kanser otak. Perkenalan mereka yang haru biru, hubungan doktor-pesakit benar2 mencuit perasaan. Untuk menghalalkan hubungan kasih mereka dan kerana ingin menjaga Haikal, Kea sanggup berkahwin dan berdepan dengan kehilangan Haikal. Setelah berkahwin, muncul pula Zarif yang menganggap Kea Alyissa sebagai kekasihnya Atilia yang telah meninggal. Hubungan Kea dan Haikal kembali keruh.
Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.
Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!
“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.
“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.
Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.
“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.
Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?
“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.
Petikan- petikan menarik dari Novel ini.
“YA ALLAH……. Handphone aku!!!” Jerit Kea, tapi sudah terlambat bila melihat handphone pemberian Along sudah pun tersadai ‘baek punyee’ di tepi longkang.
“Hey! You buta ke? Tak nampak orang? Mata letak kat lutut ke!?” Marah satu suara. Berasap telinga Kea mendengar amarah dari pemuda di hadapannya itu. ‘Ewah! Marah kau je yang kau tahu ya, kau tak dengar lagi marah aku macam mana!’
“Hamboi sedara, mulut tu ada insurance ke tak? Siapa yang langgar siapa ni? dan tengok sekarang handphone siapa yang tersadai kat bawah tu?” Balas Kea keras, di bongkokkan badannya untuk mengambil handphone di tanah dan bagai nak luruh jantung bila melihat skrin handphone yang sudah pun retak. Matanya mula di genangi air, tunggu masa saja untuk tumpah! Pemuda dihadapan ditenung dengan pandangan yang berkaca. ‘Apalah malang nasib kau hari ni Kea… Sah-sah tadi jatuh, sekarang di timpa tangga pula!’
“Dah! You tak payah nak menangis-nangis bagai, simpan saja airmata simpati you tu. I’m leaving now!” Kasar sahaja lelaki itu menuturkan kata seraya berlalu meninggalkan Kea yang masih termanggu-manggu. Kea hanya mendiamkan diri, tak terjawab herdikkan yang diterima daripada pemuda yang baru saja melanggarnya. Di soroti langkah pemuda itu dengan linangan air mata, ‘Tak guna punya jantan!’ Di pandangnya lagi pada pemuda itu sehingga hilang kelibatnya, dan tidak semena-mena hatinya berdebar-debar. Eh! Lelaki tu… teringat kembali peristiwa di dewan, lelaki yang ingin dilihatnya dan lelaki yang baru sahaja meninggalkannya adalah lelaki yang sama! ‘Ya Tuhan… Minta simpang, janganlah dia jadi jodoh aku nanti! Akhirinya sambil berlalu dengan perasaan yang berbelah bahagi. ‘Jodoh?’ Hmm. Kau tak payah nak berangan sangatlah Keaaa!!
“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”
“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….” balas Kea sambil tersenyum manja disisi suaminya.
“Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….” tambah Haikal lagi.
“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….” jawap Kea tidak mahu kalah.
“Terima kasih untuk malam tadi….” usik Haikal sambil tersengih menampakkan gigimya yang putih bersih.
Kea pula diam tidak terkata apa. Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!
"Kenapa senyap?" tanya Haikal.
“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.
Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.
“SAYANG… Minum susu ni.” Haikal menghulurkan segelas susu kepada isterinya. Kea menyambutnya dengan senyuman manis terukir di bibir. Dia kemudian meletakkan gelas susu tersebut di atas meja di sebelahnya.
“Kenapa simpan pula susu tu? Minum sekarang…” Arah Haikal. Dia ambil balik gelas susu itu dan dihulurkan kembali pada isterinya.
“Alah… Kea tak nak tidur lag...i, Nanti kalau minum Kea jadi kenyang, lepas tu nak tidur. Awal lagi sekarang ni. Nantilah, nak tidur nanti Kea minum…” Sahut Kea.
“Nope!” Haikal mengoyangkan jari telunjuknya di hadapan muka Kea. “ Awal apa ni, dah pukul sepuluh malam dah. Ibu mengandung kena tidur awal. Lepas minum susu terus tidur okay. Nah, minum…”
“Alaaaa…”
“Sayang… Kenapa degil ni. Tak sayang baby dalam kandungan tu ye?” Umpan Haikal. Kea cebik bibir. Sepi tanpa kata dia mengambil gelas susu itu dari tangan Haikal dan terus meminumnya. Haikal senyum puas.
“Minum sampai habis…” Katanya sambil memerhati Kea menghabiskan susunya. Tiba-tiba matanya jatuh terpaku pada kaki Kea yang membengkak.
“Ya Allah Sayang… Kenapa ni? Terseliuh ke??” Haikal yang tak pernah melihat kaki orang mengandung terus bertanyakan soalan itu. Pantas tangannya menyentuh kaki Kea yang membengkak.
“Bukanlah Abang… Tulah…” Ayat Kea terhenti di situ. Nyaris dia mahu mengungkit kembali hal itu. “Err… Ini sebabnya kaki masuk angin, sebab bawa baby kan. Sebab tu lah dia membengkak macam ni…” Beritahu Kea sambil meletakkan gelas susu yang telah kosong di atas meja sebelahnya.
“Masuk angin? Macam mana boleh masuk angin? Angin tu masuk kat mana??” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada isterinya itu. Kea tepuk dahi. Payah ni kalau nak terangkan, kena buka buku sakit puan balik.
“Erm, kaki bengkak sebab……” Kea sedang susun ayat agar suaminya itu dapat memahaminya dengan lebih jelas.
“Bengkak sebab?”
“Okay macam ni, bila Kea mengandung, perut Kea besarkan? So, bila perut besar, dia macam bagi tekanan kat kaki untuk menampung tubuh Kea yang dah mengembang dua kali ganda ni… Dalam term medik kan, kaki bengkak ni di panggil sebagai ‘edema’… Ha, jadi kalau Abang perasan, kaki-kaki Ibu mengandung semua membengkak macam ni. Termasuklah kaki Mama waktu mengandungkan Abang… Faham?”
“Ohhh… Faham. Tapi kesiannya… Berat ye perut tu? Bengkak teruk kaki ni.” Haikal pangku kaki Kea dan diusapnya lembut. Barulah dia tahu betapa teruknya keadaan seorang Ibu sewaktu mengandungkan anaknya. Jadi anak-anak, silalah jangan melawan cakap Ibu kita. Kenanglah jasa mereka susah payah mengandungkan kita selama sembilan bulan. Kea ketawa mendengar kata-kata suaminya itu.
“Berat… Sebab dalam perut Kea ni, ada dua nyawa. Jadi Abang bayangkanlah sendiri beratnya macam mana…” Balas Kea. Redup muka Haikal memandang isterinya.
“Sayang… Kalaulah Abang dapat rasa apa yang sayang rasa sekarang ni…”
“Tak apa… Inilah salah satu keistimewaan seorang wanita, seorang isteri, seorang Ibu… Apabila seorang wanita itu mengandung, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya dan Allah s.w.t akan mencatit untuknya seribu pahala dan kebajikan serta menghapuskan seribu dosa yang wanita itu pernah buat…” Terang Kea sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada suaminya. Haikal juga turut tersenyum mendengar kata-kata Kea. Dia pegang kepala Kea lembut dan mengucup mesra dahinya. Kemudian dia belai pula anak rambut isterinya itu.
“Abang doakan semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa isteri Abang ni, dan semoga nanti tempat Kea adalah di syurga dan di sisi Allah s.w.t... Aminnnn…”
“Aminnnn… Mudah-mudahan…” Sahut Kea. “Eh, Abang! Baby tendang perut, cepat pegang!” Kea cepat-cepat tarik tangan Haikal untuk memegang perutnya.
“Dapat rasa tak? Dapat tak?” Jelas kelihatan Kea yang teruja untuk melihat reaksi Haikal. Lelaki itu tertawa besar. Dia juga turut merasa keterujaan isterinya itu
“Dapat, dapat! Wahh… Anak-anak Papa ni nakal ke?”
“Ye Pa… Anak-anak Papa ni nakal… Dia suka buli Ibu. Hari-hari dorang buli Ibu.” Jawab Kea.
“Ye ke anak-anak Papa suka buli Ibu ni? Janganlah macam tu, kesian Ibu tau…” Suasana sepi seketika. Mereka terdiam menunggu reaksi daripada janin yang berada di dalam kandungan Kea.
“… Hah, dah tak tendang dah. Bagus anak-anak Ibu, dengar cakap Papa dia…” Tingkah Kea dan akhirnya mereka ketawa bersama. Boleh pula macam tu, kan!?
“Abang, jom tidur.” Pinta Kea. Masuk kali ni dah berapa kali dah dia menguap. Haikal sekadar tersenyum melihat tingkah isterinya. Nampak comel pula bila isterinya bila berbadan dua. Pipi tu macam di pam-pam!
“Okay sayang. Kita tidur ya.” Haikal tepuk-tepuk bantal yang akan di gunakan oleh isterinya itu. “Dah, tidur sini…” Arahnya. Kea tersenyum sambil merebahkan dirinya seperti apa yang di suruh oleh suaminya itu. Haikal capai pula comforter dan di selimutkan pada Kea.
“Erm… Kejap.” Haikal bangun pula dan berjalan ke arah almari baju. Di keluarkan sesuatu dari laci almari itu dan kemudiannya berjalan balik ke arah Kea.
“Abang ambil apa tu?” Soal Kea.
“Ni, stokin.” Jawab Haikal.
“Stokin? Nak buat apa dengan stokin tu?” Kea kehairanan. Entah apalah yang nak di buat lagi oleh suaminya itu.
“Nak pakaikan untuk sayanglah… Sejuk ni, takut kaki sayang masuk angin. Bengkak lagi kaki tu nanti.” ‘Wah!’ Terbuai lagi perasaan Kea ketika ini. Dia terasa betul-betul di hargai oleh suaminya sendiri. Senyumannya meleret sampai ke telinga.
“Okay dah, jom tidur!” Haikal tutup lampu dan merebahkan badannya di sisi Kea.
“Hmm… Selesa betul dapat tidur di katil sendiri…”
“Memanglah selesa, lagipun memang tempat tidur sayang di sini kan. Di sisi Abang.”
“Yelah… Rindu sangat pada bantal busuk Kea ni… Nak peluk!” Ucap Kea sengaja ingin bermanja. Haikal tersenyum. Dalam gelap-gelap ni Kea masih lagi ingin bergurau dengannya.
“Bantal busuk ye… Bantal busuk ni lah yang awak nak peluk tahu…” Balas Haikal sambil memeluk isterinya. Tapi tiba-tiba… “Eh, sayang!”
“Aaaa’ kenapa lagi ni?” Kea ingin bangun, tapi cepat-cepat Haikal tahan.
“… Tangan Abang tak sampai nak peluk isteri Abang ni, perut Kea dah besar!” Seloroh Haikal. Kea ketap bibir.
“Abanggg!!” Dan bergemalah malam itu dengan gelak tawa Haikal yang bersilih ganti dengan bunyi cengkerik, unggas, dan serangga-serangga malam.
‘Hmm… Haikal ni memang sedih, perut isterinya pun dia nak buat main!’
+++++++++++++++++++++++
* Please Drop Some Love :)
Thank you People! <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
thanks ara ... kerana sudi terima
GudLuck juga