Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
Tuesday, July 3, 2012
SURAT CINTA UNTUK KEA - "AZIERA KAMARUZAMAN"
Assalamualaikum, Kak Ara!
Sorry sebab dalam surat ni baru ada kesempatan nak say hai to kak Ara. Padahal dah lama add kak Ara kat FB. Sorry.. Okey… terus kepada review novel KEA. Review Rara ada 3 part. Part 1 dengan 2, Rara akan share babak yang paling Rara suka and bagi kesan kat diri Rara. Part 3 pulak, Rara akan komen secara menyeluruh…
Part 1 ( Bab 1-42 )
Rara start baca novel KEA pada 16.06.2012 tepat jam 12.45 a.m.. Mula-mula baca memang dah kelakar dengan gelagat si Kea dengan Maria. Ada je dua orang kawan tu kan.. hehe.. lepas tu, nak tergelak tergolek jugaklah masa Kea terjatuh kerusi dalam hall tu.. sampai terjatuh gara2 nak tgk mamat handsome.. mesti dia malukan masa tu.. hehe… sekalinye lelaki tu si Haikal..
Next, masa part dalam lif tu.. beria-ia Kea marah Haikal tapi bila dah datang takutnya, dekat Haikal tu jugak dia mintak tolong. Siap mintak pegang lagi! Adoi! Nampak sangat dia dh terpengaruh dengan citer hantu dalam lif.. hehe.. Tapi, Haikal tetap jugak pegang tangan si Kea. Agak2nye kan, kalau Rara buat macam Kea tu bila stuck dalam lif, ada x lelaki macam haikal? Haha.. terberangan pulak!
Lagi, part masa kat Cherating (m/s 81), haha.. xtau la apa yang lawak. Tapi, bila Rara baca memang kelakar. Ayat ni :
Haikal > Ha... ada apa cik doktor?
Kea > You.. I ada apa-apa...
Hehe.. Rara pun xtau apa yang lawaknya, tapi perbualan tu buat Rara gelak sorang2. Lagi satu bila part Kea geram tu.. dekat m/s 87.. ayat dia macam ni..
Kea ; Bukan main gelak kau, ye! Dah macam puntianak pondan tertelan biji durian!
Ayat tu memang buat Rara tergelak sampai tutup mulut. Tak pasal2 kena marah dengan my mom. Dahlah baca pagi2 buta. Nanti my mom ingat Rara ni pulak puntianak yg tercekik durian. Hehe…
Still lagi kat part Cherating.. di m/s 91-95... part ni geram sangat dekat Haikal and kesian dekat Kea. Sampai tercucuk duri kaki dia sebab nak selamatkan Haikal yg mengada-ada lemas nk kenakan Kea. Bila Kea dah cedera, baru Haikal sibuk2 nak rasa bersalah. Huh! Tak suka haikal! (masa tu jelah) Masa Haikal nak cabut duri tu, adoi! Rara dapat rasakan betapa sakitnya kaki Kea masa tu. Mesti sakit sangat! Tapi, rasa geram dekat Haikal hilang bila part Haikal dukung Kea tu.. Ala.. jelesnya masa tu! jeles sangat! Rara rasa macam nak kena cucuk duri jugaklah.. Nak kena dukung jugak! Hahaha...
Part masa dekat rumah Nek Cu.. haha... memang x boleh blah la bila Haikal mengeliat tu. Bak kata Kea, macam anak dugong terlepas and terkapai-kapai dekat tepi pantai! Bunyi dia... buat Rara ketawa. hahaha!
Haikal mengeliat (m/s 118) > Huwarrrggghhh..... Hiyarrrkkk!!!
Lagi satu part masa Haikal nak breakfast tu.. yang dia keluar bilik pakai kain pelikat tapi ikat macam kain batik Haha.. ayat perli Nek Cu kelakarlah.. Gelak sampai guling2 dibuatnya..
Nek Cu (m/s 119) > Amboi Haikal....! ikat kain pelikat teknik baru ke?
Seterusnya, masa sesi meluahkan rasa cinta.. dekat m/s 211-213.. part ni memang Rara tahan air mata.. Sedih! Rara dapat rasa betapa seksanya Haikal nak cakap yang dia cintakan Kea. Tapi, dalam masa yg sama dia sedar diri dia sakit n dia sndri xpasti dia boleh bahagiakan Kea atau x. Menahan perasaan drpd diluahkan kerana kekurangan yang ada pada diri sendiri, memang sangat menyakitkan! Ayat dia ni…
Haikal > I tak mampu, Kea… I tak tahu sampai bila I boleh bertahan hidup dalam keadaan macam ni. I ada kanser, Kea… Bila-bila masa saja I akan mati. I terlalu sayangkan you sehingga ada kalanya I terbuat perkara yang memalukan diri I sendiri. I terlalu pentingkan diri sehingga terpaksa melukakan perasaan you… I marah pada diri I sendiri sebab buat you macam tu, tapi hati I sakit, Kea… sakit sebab tak dapat memiliki you… I need you so bad. I cintakan you, tapi I tahu I takkan boleh! I tak mampu… tak mampu…! I tak sempurna macam lelaki lain, Kea…
Tapi, Rara tabik dengan sikap Kea. Dia tetap cintakan Haikal walaupun dia tahu keadaan macam mana Haikal masa tu. Fuh! Sakit tahan perasaan drpd sebak masa ni..
Part yang ni, memang Rara mengaku part yang paling sedih. Part yang paling banyak Rara keluarkan air mata. Cewah! Part dr m/s 252-262, Haikal masuk hospital lepas pengsan dekat rumah tu. Sebak sangat bila ibu Kea datang masa Kea lepas solat tu. Ibu mana yang sanggup tengok anak dia sedih. Part ni jugak ibu Kea setuju Kea kahwin dengan Haikal. Sebelum ni kan ibu Kea tak setuju Kea nak kahwin dengan Haikal sebab Haikal ada kanser. Kesian sangat dekat Kea masa ni. Mesti dia risau fikirkan Haikal yang sakit masa tu. Dengan tak dapat restu ibu nak kahwin dengan Haikal. Dia nak sangat jaga Haikal sebagai seorang isteri.. Masa Haikal dah sedar tu, ayat yang dia cakap... wua! Memang sedih. Memangis Rara masa ni.. dia cakap macam dia dah nak ‘pergi’ jer.. huh! Part ni memang sangat100x sedih.
Okey.. tepat jam 5.24a.m, Rara stop baca.. dah penat nangis, rasa mengantuk pulak.. hehe..
Part2. ( Bab 42-84 )
Okey.. Rara sambung baca novel KEA pd 19.06.2012 jam 12.45 a.m jugak.. masa ni Haikal dengan Kea dah kahwin! Alhamdulillah... panjang jugak jodoh diorang..
Bab 47 di m/s 407… Hmm.. part ni memang 100% Rara salahkan Haikal. Kesian kea sampai tertidur tunggu Haikal balik. Siap masakkan untuk Haikal lagi. Kalau ye pun Haikal tu nak balik lambat, dia kenalah bagitau Kea dulu. Call ke, SMS ke.. ini tak! Main balik lambat aje. Eee! Tapi, masa Haikal nak pujuk tu, n masa Kea terus je peluk Haikal tu, memang Rara touching sangat2… ;(
Haikal > Kenapa ni, sayang? Kenapa sedih sangat ni? Marahkan abang, ya? Abang minta maaf. Abang bukan sengaja nak buat sayang tertunggu-tunggu…. Abang minta maaf…
Kea > Kea risaukan abang….
Lagi satu, Rara suka dialog ni.. m/s 417..
Haikal > Walaupun abang tak call Kea, atau tak balas mesej Kea, tak bermakna abang tak sayangkan Kea, atau lupakan Kea. The truth is I can’t even stop thinking of you… since the very first time, first time we met, when I’m all alone, I always close my eyes and think about you. Everytime when I miss you, for sure I’ll close my eyes and think of you… Sayang nak tahu kenapa?
Kea > Kenapa?
Haikal > sebab… the thought of your love warms me inside and always make happy…
Ni pun ayat Haikal yang Rara suka.. adoi! Wat Rara tangkap leleh dengan Haikal! ;p
Haikal > Kea… if only you know, I always wish that my arms are long enough… long enough to touch the east and the west because only then I’m able to show you how much I love you…
Seterusnya, mula kat m/s 439… ni masa Haikal nak buat surprise utk Kea.. Rara suka sangat love messages yg Haikal bagi.. Rara pulak yg berdebar-debar bila baca.. kenapa Haikal tu romantik sangat?! Hehe… nak hubby macam Haikal.. Nanti dapat naik heli.. hehe.. ;p
Kat m/s 458… adoi! Haikal buat kejutan dgn love letter pulak… Kalau masa tu Kea dah touching, Rara yg bce lagilah ter’touching2’… sangat suka part ni!
Haikal > Dear my sweetest Sweetheart….
Remember today? Today is a day when I fall for you. The day when we both got caught in a lift, the day when you ask me to hold you tight, the day when I found something special about you and the day when I really want to be with you…
In my eyes you are so beautiful, your clear eyes, your sweet smile, your caring, your attitudes…, for me you are so perfect, starting from that day, you always made me adore you, every move I made, I always think of you, You've brightened my world with the warmth of your presence...
You hold my hand when I am weak and falling, you whisper words and it vanishe all my regret… Every moment spent with you is like a beautiful dream come true... and until now, I cannot imagine my life without you, your warms love…. Please, please do not leave me, I don’t know how I am, who I am without you being there with me, you are my blood, you are my heart, you are my life, you complete me completely…
My love, I love you with everything I am, and more than anyone ever thought possible... I want to be with you for the rest of my life… I love you Kea Alyissa..
Love,
Haikal.
Ayat terakhir yang Rara suka…
Haikal > True love is to give all you have for the other, even your life…
Kea > True love is not to live oneself but for the sake of the other…
Akhirnya… tepat jam 5.29 a.m, Rara berjaya tamatkan novel Kea.. Lepas tu terus tido dgn hrpn dpt mimpikan Haikal.. haha..
Part 3 (Review secara menyeluruh)
Buat Kak Ara… TAHNIAH!! Novel KEA ni sangat2 BEST! Daripada 10 bintang, Rara bagi 9.5.. Secara jujurnya, ini first time Rara baca novel yang hero dia sakit. Sakit kanser otak pulak tu. Penyakit bahaya tu! Sebelum Rara beli, Rara rasa mungkin Haikal ni akan mati and akan ada hero baru yang ganti. Tapi, Rara silap rupanya.
Watak > Kea!
Rara suka watak Kea yang manja2 gitu.. comel aje.. tapi, kadang2 manja Kea tu macam budak2 sangat.. so, rara x brape suka bila macam tu. Tapi, x kisahlah pasal tu. Kea ni bila merajuk atau marah kat Haikal, mesti cepat aje terpujuk. Haikal pujuk sikit, dah okey.. sebenarnya, Rara xsuka Kea macam tu. Rara nak Haikal pujuk Kea sungguh2.. biarlah Kea tu merajuk lama2.. sebab Rara suka bila Haikal pujuk Kea.. Ayat Haikal masa pujuk Kea mesti boleh buat Rara pun terpujuk.. haha..
Lagi satu yang Rara xsuka pasal Kea bila dia xmahu bagitahu Haikal pasal Zarif. Rara memang tak setuju 100% dgn tindakan Kea tu. Sepatutnya Kea bagitahu awal2… Alasan Kea, sebab dia xnak kesihatan Haikal terganggu. X salah kalau Kea bagitahu awal2.. yg penting, Haikal kena tahu.. bila Haikal dpt tahu drpd org lain, tu yg jadi masalah. Cuba kalau Kea bagitau awal2, mesti masalh tu xkan terjadi. Tp kalau bagitau awal2, mesti xjd konflik pulak kn.. hehe..
Watak > Haikal!
Haikal… hmm… mula2 mmg xsuka betul perangai sombong dia ni.. tapi, yelah.. dia ni pesakit kanser. Mahunya x tension bila tahu dia ada penyakit berbahaya.. tp, bila dia dah bercinta dgn si Kea, adoiyai… kejiwangannya mula terserlah1 haha… memang jatuh hati dgn dia! Lagi2 bila dia layan Kea masa surprise tu. n masa honeymoon... adoi! romantik giler!
Tapi… xsuka sangat kat Haikal bila dia tuduh Kea pasal dgn Zarif tu. tanpa berfikir panjang, terus buat keputusan halau Kea. Dahlah masa tu Kea tgh pregnant! Disebabkan rasa marah, semua rasa cinta, kasih, sayang, rindu hilang macam tu je! Huh!
Watak > Zarif!
Ala.. pasal mamat ni memang malaslah nak ulas… sakit hati! bila ingat jer dia ni, dalam kepala mesti set ‘gila! bengong! and benci!’ hehe… kejam ke ayat tu? x sangat kn… mamat nilah punca segala punca hubungan Haikal n Kea bermasalah. Sibuk ingatkan si Kea tu arwah awek dia… bukannya nak siasat dulu ke apa. merosakkan rumah tangga orang je! Tapi nasib baik lastnya dia meninggal. N hubungn Kea n Haikal okey balik..
Watak > Maria & Izat!
Bagi Rara, dia orang nilah sahabat sejati. Ada masa suka n duka.. sanggup tolong Kea lepas Kea kena halau dgn Haikal n berusaha cari jalan untuk sedarkan Haikal. N paling best lastnya dia orang kahwin! Tak sangka ada jodoh dia orang ni.. Haha!
Okey… secara keseluruhannya, bagi Rara, jalan cerita novel ni memang sangat100x sesuai dengan tajuk dia. KEA. Kenapa Rara cakap macam tu? Sebab… dalam novel ni mmg jelas lagi nyata menceritakan betapa kuat dan tabahnya seorang perempuan bernama KEA ALYISSA. Semuanya kerana cinta dia kepada HAIKAL HAKIMI. Bermula bila Kea jatuh hati dengan pesakit dia sendiri. Sedangkan dia tahu pesakit dia tu, Haikal menghidap penyakit yang paling sukar untuk dirawat. Kanser otak. Rara dapat bayangkan betapa banyak kebimbangan yang perlu Kea hadapi apabila memilih Haikal sebagai kekasih hati. Betapa kuat mental dan fizikalnya untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada Haikal. Lebih2 lagi, Kea sendiri yang jadi doktor Haikal. Segala kesakitan yang dilalui oleh Haikal disaksikan sendiri dengan matanya. Bukan semua orang dapat buat macam tu. Melihat orang yang paling kita sayang, sakit dan menderita di depan mata kita sendiri. Rara pun tak sanggup! Tapi, dalam novel ni Kea boleh! Memang kuat dan tabah hati dia!
Rara jugak suka sikap Kea yang sudi terima kekurangan yang ada pada Haikal. Dekat situ, nampak keikhlasan cinta Kea. Dia bukan mencari kesempurnaan. Tapi dia mencari seseorang untuk melengkapkan kekurangan yang ada pada diri dia.
Dalam novel ni, banyak benda yg boleh Rara belajar. Antara ilmu yang Rara dapat adalah pasal kanser otak. Sebelum ni, mana pernah tahu sangat.. hehe… selain tu, banyak benda jugak yang boleh kita ambik iktibar. Contoh, sikap pemaaf Kea. Walaupun Haikal dah halau dia, tuduh dia macam2, tapi dia tetap maafkan suami dia ni n lupakan apa yang pernah terjadi. Bagus, kan? Selain tu, kesetiaan Kea sebagai seorang isteri. Walaupun dah dihalau, tapi dia tetap ambik tahu tentang keaadan Haikal melalui Mak Esah.
Lagi, sikap tak pernah putus asa dan berhenti berharap Kea. Walaupun keadaan Haikal semakin membimbangkan, tapi Kea tetap terus berdoa dan berusaha untuk bantu Haikal sampai sembuh. Setia bersama dengan Haikal walau apa pun yang bakal terjadi. Tapi, yelah.. Hidup, mati, jodoh dan pertemuan.. Semuanya di tangan Ilahi. Selagi belum sampai ajal Haikal, dia takkan pergi walaupun dia menghidap penyakit yg berbahaya and terpaksa lalu macam2 yang menyakitkan.
Untuk endingnya, Rara suka sangat! Walaupun Haikal tak sembuh sepenuhnya, tapi Rara berharap sangat2 Haikal akan sembuh dan hidup bahagia dengan Kea n anak2 dia.. Kea dan Haikal memang berhak hidup bahagia lepas apa yang dah dia orang dah lalui. Selalunya, perempuan yang akan bergantung kpd lelaki. Tapi, dalam novel ni, Haikal yang memerlukan sokongan daripada Kea. Jadi, bayangkanlah bagaimana seorang perempuan yang lemah menjadi kuat untuk orang yang disayangi. Daripada novel ni jugak, Rara dapat bayangkan apa yg dilalui oleh orang lain dekat luar sana bila orang yang disayangi menderita sakit seperti Haikal. Orang tersayang tak semestinya kekasih. Mungkin juga suami, isteri, sahabat atau keluarga. Dan Rara tabik untuk mereka yang kuat demi orang yang tersayang. Kalau Rara, mungkin Rara x sekuat Kea. Huhuhu…
Satu lagi yang Rara perasan.. Ubat yang paling mujarab x semestinya ubat yang doktor suruh kita makan tu. Dalam novel ni, ubat untuk Haikal datangnya daripada kasih sayang dan cinta Kea. Bukan daripada Kea je, tapi daripada orang2 yang menyayangi Haikal. Contohnya, papa n mama Haikal, Mak Esah, along dan ibu. Bila Haikal ada dengan Kea, dia macam tak nampak sakit. Contohnya, masa part Haikal kena ‘denda’ dengan Kea n masa pergi honeymoon. Haikal macam okey je.. Yang jelas Haikal masa tu happy n bahagia.. Semuanya sebab Kea ada dengan dia. Cinta, kasih sayang, n sokongan yang Kea bagi dekat Haikal, itulah ‘ubat’ yang menguatkan semangat Haikal dan membuatkan dia berusaha untuk sembuh. Lagi2 bila Kea dah pregnant, semangat Haikal makin kuat untuk sembuh sebab dia nk jaga bakal anak2 dia.. Kadang2 bukan semua penyakit disembuhkan dengan ubat yg perlu kita makan, tapi ia datang daripada orang yang kita sayang. Selain tu, sudah semestinya disertakan dengan doa yang tidak henti kepada Allah.
Bagi Rara, RM27 yang Rara guna utk beli novel ni memang sangat2 berbaloi. Macam iklan dalam tv tu.. Berbaloi-baloi! Pandangan Rara, novel ni boleh bagi inspirasi kepada orang lain untuk berjuang demi org yg tersayang. Berjuang dan terus berjuang untuk menjadi kuat, cekal, tabah dan sabar agar orang yang kita sayangi sentiasa tahu kita sentiasa berada di sisi mereka. So, sampai sini jelah surat cinta Rara.. Dah panjang sangat ni.. hehe.. Buat Kak Ara, thanks sebab hasilkan novel KEA ni. Thanks sebab buat Rara jatuh hati dkt Kea n Haikal. Kea dah pun masuk list dalam novel favourite Rara. Dan, Rara tunggu novel kedua Kak Ara pulak tau… Okeylah… Rara dh habis review.. undur diri dulu.. Daa.. ;)
Novel KEA ; Kesungguhanmu menawanku… Cinta itu adalah medan perjuangan untuk mereka yang sanggup berjuang!
Wassalam…
Salam sayang ; rara.. <3!
+++++++++++
* Please Drop Some Love :)
Thank you People! <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
love love love...
i'm lovin it