Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Wednesday, July 18, 2012

"Aiseyman, Driver Aje" - [Bab 4]

Bab 4



“ADUHHH! Lapan sepuluh minit dah ni. Heshh! Hari ni pulaklah kau nak bangun lambat Lani… Selalunya elok aje kau bangun pagi-pagi!” Bebel Pelangi memarahi dirinya sendiri, dengan langkah yang tergesa-gesa dia keluar dari rumah sewanya. “Habis aku hari ni, first day kerja dah lambat!!” Sambungnya lagi, kelam kabut dia menghidupkan enjin skuter pemberian Pak Malik padanya. Pak Malik… Bicara saja tentang lelaki itu pasti membuatkan Pelangi tersenyum sendiri. Tukang kebun panti asuhan yang sangat rapat dengannya. Walaupun tiada ikatan darah, Pak Malik sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Dahulu sebelum dia mengambil keputusan untuk merantau di Kuala Lumpur Pak Malik lah tempat dia menumpang kasih. Apa saja yang terbuku di hati pasti akan diluahkan padanya. Skuter ini pun dia yang belikan, walaupun hanya skuter biasa, Pelangi tetap berbesar hati untuk menerimanya.

Pak Malik… Rindu Pelangi dengan Pak Malik… Hmm…, “Ehh!” Pelangi tepuk dahinya sendiri. “Kenapa ada flashback pulak ni!! Teruklah kau ni Pelangiii… Dalam lambat-lambat sempat juga nak buat flashback segala!” Pelangi pandang sekilas jam di tangannya, ada dua puluh minit lagi untuk dia sampai ke banglo mewah majikannya. Sempatkah?? Sempatkah?? Dia berkira-kira sendiri.


DARI jauh Pelangi sudah nampak kelibat Irham yang sedang berdiri memeluk tubuh di hadapan pintu banglonya, mukanya tak usah cakaplah, ketat! Pelangi gementar. Jam di tangan dikerlingnya sekilas, lambat 10 minit!

Pelangi memberhentikan skuternya betul-betul bertentangan dengan lelaki itu. Dengan lagak bersahaja, dia mematikan enjin dan berjalan tenang ke arah Irham.

“Morning Encik Irham” Ucapnya tatkala briefcase sudah berada di tangan. Tuan besarnya itu hanya mendiamkan diri. Aaa’ tidak, Eee’ pun tidak. Mukanya masam mencuka!

“Eh, Encik Irham tak baik bermasam muka pagi-pagi ni. Rezeki tak masuk. Cuba senyum…” Akal Pelangi cuba untuk menghangatkan suasana yang dingin.

Irham tetap mendiamkan diri. Pelangi termalu bila sapaannya tidak diendahkan. Malas nak dipanjangkan cerita, dia dengan cepat membuka pintu belakang kereta yang akan dipandunya. BMW series, fuh! Berdesup aku bawa kejap lagi. Alas tempat duduk ditepuk-tepuk agar tuan besarnya dapat duduk dengan selesa. Ah! Time-time macam ni jugaklah kau nak menepuk Pelangi…

Selang beberapa saat, dia dapat merasakan tubuh Irham terlalu dekat menghampirinya. Pelangi resah. ‘nak good morning kiss kah dia?’ desis hati nakalnya.

“Pelangi… Pelangi…” Terasa meremang satu badan Pelangi bila panggilan itu menyentuh sistem pendengarannya. ‘Kenapa lain macam ni…’ Pelangi mula resah. Tubuhnya dan tubuh Irham terlalu rapat ketika ini.

“Er… Er... Ya saya, ada apa Encik Irham?” Soalnya terketar-ketar. Matanya dipejam kejap, tak berani langsung untuk menatap wajah Irham ketika itu.

“Erm… Ada apa yer…”

“Err… Yer…”

“Kau tahu tak yang kau dah terlambat?” Soalan itu masih diajukan dalam itonasi suara yang masih sama. Lembut dan mengasyikkan.

“Err… Tahu Encik Irham. Maafkan saya…. Saya……..

“KAU TAHU TAK YANG KAU DAH LAMBAT SEPULUH MINIT!!? KAU INGAT KAU BOS NAK SURUH AKU TUNGGU KAU LAMA-LAMA MACAM NI!!??”

Kuss semangat! Macam nak pecah gegendang telinga Pelangi bila mendengar pekikan dari majikannya itu. Telinganya digosok berulang kali, panas berdesing! ‘Dia ni pun tak beragaklah, aku bukannya jauh sampai dia nak menjerit-jerit macam ni. Suara macam petir! Bukannya aku lambat sepuluh jam, sepuluh minit je pun! Rungutnya di dalam hati.

“Maaf Encik. Jalan jammed tadi….”

“Jalan jammed ke, jalan terbakar ke, jalan itu ke, ini ke, aku tak peduli! Aku dah banyak kali remind kau kan, lapan se..te..ngah mesti dah sampai sini. Bukannya lapan setengah baru terhegeh-hegeh nak masuk pintu pagar rumah aku tu! Aku memang pantang kalau nak kena menunggu ni!”

“Tapi encik…..

“Ahh! Aku tak kira! Ingat, kau masih ada dua peluang lagi! Cepat masuk! Kau ingat semua orang nak tunggu kau ke??” Bidas Irham kasar. Tak bagi peluang langsung untuk gadis itu membela diri.

Cepat-cepat Pelangi masuk ke dalam kereta. Hamboi. Garang betul! Mentang-mentanglah kau ni boss! Enjin kereta dihidupkan. Lama dia terdiam sebelum..

“Encik Irham… seat belt..” Tegur Pelangi lembut. Dia memang berani dan tak makan saman.

“Kau siapa nak suruh aku buat macam-macam!”

‘Wah! Lagak boss zaman terrorist tau dia ni!’ Pelangi jeling sekilas pada cermin pandang belakang. Dia tarik nafas perlahan sebelum mula mengatur kata.

“Encik Irham, jangan macam tu. Encik sekarang di bawah tanggungjawab saya. Saya tak mahu jadi apa-apa dekat encik nanti ((walaupun aku rasa macam nak kick je kau keluar. Huh!))

Irham pura-pura tidak mendengar. Tapi secara perlahan-lahan tangannya menarik seat belt dan akhirnya dipasang pada badannya.

Pelangi tersenyum puas, untuk hari ini dia belajar, tuan besarnya ini ialah seorang yang sangat ego! Kereta mula bergerak perlahan. Nak dengar radiolah. Bisik hatinya. Tangan terdorong ke arah butang buka.

“JANGAN PANDAI-PANDAI KAU NAK BUKA RADIO!!”

Erk.. Ya Allahh~ Pelangi urut dada. Sekali lagi dia tergamam. Kalau lama-lama aku kerja kat sini, memang sahih mati dalam keadaan terkejut! Getusnya.

Perjalanan mereka diteruskan lagi, Pelangi diam tidak terkata apa, dikerling pada Irham yang sibuk membaca surat khabar. Tiada sebarang bunyi yang keluar selepas itu sehinggalah akhirnya mereka tiba ke destinasi yang hendak dituju.

“DATIN discharge wad hari ni, pukul lima petang kau mesti dah ada di sini. Jangan nak terhegeh-hegeh macam tadi. Ingat!” Irham memberi amaran.

“Err… Maksudnya saya kena tunggu sini sampai pukul lima petang ke?” Soal Pelangi teragak-agak.

Tuan besarnya itu hanya membulatkan mata. “Aduhhh! Sesak nafas aku dapat driver macam kau ni Pelangi… Susah sangat ke nak faham arahan aku? Dah berapa lama jadi driver??” Marah Irham makin meluap-luap.

“Err… dua hari.” Jawab Pelangi ringkas dan bersahaja.

“Menjawab! Menjawab! Suka hati kaulah nak buat apa atau pergi mana lepas ni..., yang aku tahu, bila aku perlukan kau, kau dah kena siap-siap standby untuk aku. Kalau aku kata kau kena ambil aku pukul berapa pun, kau kena datang tepat-tepat! Maintenance kereta pun kau kena jaga. Kalau ada apa-apa, pergi hantar bengkel. Kalau tak ada duit ke apa, pergi minta dari Safiya. Itu tugas kau, senang kan!?” Irham pandang tepat anak mata Pelangi yang masih lagi terpinga-pinga. Lama sebelum akhirnya dia sendiri yang melarikan pandangan matanya.

“Erm… Baik Encik.” Jawabnya perlahan.

“Bagus! Kau muda lagi kan?”

“Err… Ya. Ya…”

“Then kenapa kau sibuk nak kerja?” Soal Irham sengaja nak tahu.

“Sebab… Erm, sa..ya, saya perlukan duit untuk hidup.”

“Heshh, benci betul aku dengar jawapan kau tu! Perempuan dan duit memang tak boleh dipisahkan! Jawapan kau tu klise tahu tak, perempuan macam kau ni mesti sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit kan!?” Irham tiba-tiba naik angin. Dia memang benci kalau ada perempuan yang cakap dia perlukan duit untuk hidup. Nampak sangat murahnya nilai seorang perempuan itu di matanya. Bagi Irham, duit bukan segala-galanya. Untuk hidup manusia tu tak semestinya perlukan duit!

Pelangi buat muka pelik. Salah ke apa yang aku jawab tadi? Apa yang klise? Dia masih tak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh tuan besarnya itu. Memanglah hidup ni perlukan duit. Kau takpelah, dah kaya. Duit tak pernah habis! Janganlah nak disamakan dengan dia.

“Err… Tapi saya tak maksudkan…

“Ah, sudahlah! End of the story… Conclusion-nya aku dah tahu kau ni perempuan jenis macam mana. Ingat ke pakai nerd macam ni, ada lah sikit lainnya dari perempuan-perempuan yang aku kenal. Tapi kau pun sama! Betullah orang cakap, zaman sekarang ni memang tak boleh nak pandang pada luaran saje…” Bebel Irham entah marah pada siapa.

Pelangi hanya diam tak terkata apa. Mungkin lelaki di hadapannya ini sedang ingin meluahkan perasaan tak puas hatinya. So, dia hanya layankan sajelah…~

“Kau nampak dashboard tu?” Irham tunding jari ke arah dashboard keretanya.
Pelangi menghalakan pandangannya ke arah tempat yang dimaksudkan
Irham. “Erm, nampak…” Jawabnya.

“Buka.” Arah Irham tegas.

Perlahan-lahan Pelangi membuka penutup dashboard itu. Ada kotak kecil berwarna hitam. Dia pandang Irham yang sedang memerhatikan gerak-gerinya.

“Ambil kotak hitam tu.” Arah Irham lagi. Kali ini Pelangi teragak-agak untuk menurut. Bimbang kalau-kalau tuan besarnya itu sengaja mahu mengenakannya. Manalah tahu dalam tu ada bom tangan ke, periuk api ke atau apa saja benda-benda yang boleh membahayakan nyawanya.

“Apa tunggu lagi. Ambillah!” Jerkahan Irham mengejutkan Pelangi, sepantas kilat kotak hitam itu berada di tangannya.

“Tunggu apa lagi, bukalah.”

“Err…” Pelangi resah. Kotak itu dibelek-beleknya berulang kali. Perlahan-lahan dia buka penutupnya. ‘Eh, Handphone?’ Hatinya berdetik bila ternampak logo handphone blackberry di kotak itu. Dialihkan pandangannya pada Irham. “Handphone?” Soalnya penuh tanda tanya.

“Boleh pun. Yang kau takut sangat tu kenapa? Takut ada bom dalam tu?” Soal Irham keras sambil menunggu reaksi daripada Pelangi. Gadis itu hanya mendiamkan diri. ‘Apa motif dia tunjuk aku kotak handphone ni?’ Pelangi makin musykil.

Irham rampas kotak itu kasar. Pelangi terkedu. ‘Heshh dia ni, dahlah ego! Kasar pulak tu!’ Guman hatinya geram dengah tingkah Irham yang menyakitkan hati. Dia lihat Irham mengeluarkan handphone itu dari kotaknya… “Handphone ni untuk kemudahan kau, nah ambil!” Tanpa signal terus saja dicampaknya handphone itu ke arah Pelangi.

“Err… Maksudnya?” Soal Pelangi.

“Maksudnya, kau pakailah handphone ni dulu. Senang aku nak call nanti. Tapi ingat, kau kena selalu on, jangan sesekali off. Ingat!”

“Ta.. Tapi saya dah ada handphone sendiri Encik Irham.”

“Handphone apa kau ada?” Soal Irham. Pelangi dengan cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg sandang yang dibawanya dan terus saja disuakan pada tuan besarnya itu. Irham ambil telefon itu dari tangan Pelangi.

“Handphone ni saja yang kau mampu?” Handphone lama entah dari zaman bila dibeleknya. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia pandang Pelangi sekilas dan sepantas kilat dia membuka cermin dan terus mencampak telefon bimbit itu keluar dari dalam kereta.

“Eh Encik Irhammm! Handphone saya tuuu…” Belum sempat Pelangi menghalang, telefon bimbit itu sudah pun selamat sampai, berderai di atas tar jalan. “Encik….” Pelangi tak mampu untuk berkata apa.

“Dah! Kau tak payah nak buat muka macam tu, handphone yang aku bagi tu lagi mahal dari handphone yang kau ada. Kau sekarang driver kepada Irham Alfie Bin Dato’ Affandy, CEO Khazanah Co., kau jangan nak malukan aku dengan pakai handphone murah macam tu. Nanti jumpa Safiya minta uniform dan sign offer letter. Faham?” Pelangi hanya mendiamkan diri. Hatinya sakit. Matanya berair menahan marah.

“Kau faham tak!?” Soal Irham lagi. Pelangi angguk perlahan. Airmata yang hampir jatuh dikesat dengan jemarinya.

“Faham…” Jawabnya antara dengar tak dengar. Tak apalah Pelangi… Sabar. Pujuk hatinya sendiri.

“Hurmm!” Kedengaran suara Irham mendengus. Puas hatinya ketika itu. Penat menunggu tadi berbaloi bila terlihat telefon bimbit itu pecah berderai macam tu. Ditambah pula bila melihat muka Pelangi yang kemerahan begitu, lagi puas hatinya!

“Eh, kau ni boleh pantas bergerak tak!!?? Aku ada meeting nih! Cepat buka pintu!!”

“Err, saya ke yang kena buka pintu tu, Encik Irham?” Soal Pelangi. Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.

“Oh My God!! Are you crazy?? Macam manalah aku boleh hired kau ni Pelangiii!!?”

“Errkk… Okey. Okey.” Tergesa-gesa Pelangi keluar dari kereta dan terus berlari membuka pintu tuan besarnya itu. Bingit telinganya bila terdengar pekik jerit Irham, ‘Lelaki ni memang menjengkelkan betullahhh! Dahlah sombong, berlagak! Bongkak! Lepas tu suka cakap terjerit-jerit, memang dah lama hidup agaknya dia ni!’ Marahnya di dalam hati. Baru dua tiga tapak Irham melangkah dia berpaling mengadap Pelangi yang masih lagi tercegat di belakangnya.

“Ingat, pukul lima!” Ulangnya lagi dengan memek muka yang dah macam singa kelaparan!

“Yer…” Pelangi sekadar menjawab perlahan. Langkah kaki majikannya hanya disoroti melalui ekor mata. Selepas hilang dari pandangan, dengan langkah berat dia berjalan lemah ke arah telefon bimbitnya yang sudah pun pecah. Memanglah murah, tapi handphone ni handphone pertama yang dibelinya. Penat lelah mengumpul duit untuk membelinya pun masih belum hilang lagi. Dia tunduk mengenang nasib yang malang. Mahu saja airmatanya mengalir ketika itu. Tapi dia tahan, tak perlu membazir untuk benda buang masa macam tu. Sekarang kan dia kerja, dan bila dah bekerja dia kena kuat! Ya, kau kena kuat Pelangi! Desisnya cuba untuk memotivasikan dirinya yang telah pun demotivated dek kerana insiden tadi. Lama dia berdiri di situ cuba untuk mengumpul kembali kekuatan yang telah hilang.



“ASSALAMUALAIKUM Kak Safiya…” Ucap Pelangi lembut.

“Waalaikumussalam… Eh Pelangi! Come. Tadi Encik Irham ada beritahu akak pasal Pelangi… Erm… Tunggu sekejap ya kak Fiya nak ambil surat awak… Duduklah dulu.” Ramah Safiya menyambut kedatangan Pelangi. Tidak seperti Encik Irham yang sombong! Pelangi menganggukkan kepalanya dan kemudian mengambil tempat di sofa berhampiran. Sempat juga matanya melilau memerhatikan kawasan sekeliling. Cantik tempat ni, simple but elegant.

“… Pelangi, ni offer letter dan uniform. Offer letter tu Pelangi baca dulu kemudian baru tandatangan.” Arah Safiya, Pelangi mengambil surat itu dengan tenang. Perlahan-lahan dia membaca isi kandungannya.

“Err… Pelangi faham bahasa English kan?” Tegur Safiya tiba-tiba. Mungkin resah melihat Pelangi yang terkebil-kebil meneliti surat itu.

Pelangi hanya tersenyum sekaligus menjawab soalan dari setiausaha tuan besarnya itu. Safiya, wanita dalam lingkungan usia tiga puluh tahun dan manis bertudung litup. Sangat murah dengan senyuman.

“InsyaAllah saya faham kak Fiya…” Balasnya. Tidak sampai hati pula membalas dengan hanya senyuman.

“Bagus.. Pelangi ni umur berapa ya? Tinggal di mana?”

“Pelangi baru dua puluh tahun kak… Tinggal di sekitar cheras, menyewa.”
“Ha… Dua puluh tahun!?” Safiya seakan terkejut bila mengetahui yang pemandu peribadi majikannya itu sebenarnya masih muda dan masih terlalu awal untuk bekerja. Apatah lagi bekerja sebagai seorang pemandu.

“Ha’ah kak… Kenapa?” Soal Pelangi ingin tahu.

“Err… tak adalah. Erm, Cuma… Ibubapa Pelangi okey ke kalau Pelangi kerja macam ni?”

“Oh… Ibu bapa Pelangi dah………

“Safiya! Mana fail yang I suruh you simpankan hari tu??” Jerkahan Irham mengejutkan mereka berdua. Masing-masing terdiam mengurut dada.

“Err… Ada. Ada Encik Irham.” Pantas Safiya membuka almari dan mencari fail yang diperlukan.

“Cepat!” Arah Irham dengan anak mata yang tajam menjeling ke arah Pelangi yang sedang meneliti surat tawaran kerjanya. “… Tak payah nak baca sangat, jadi driver aje pun. Bukannya kerja ofis.” Kata-kata pedas dari Irham menusuk terus ke hati Pelangi.

‘Ishhh! Ada saja dia ni nak kenakan aku!’ Pelangi mendiamkan diri berpura-pura tidak mendengar apa yang baru saja dikatakan oleh Irham sebentar tadi. Irham juga diam tidak tahu tahu mahu berlawan apa, ada sesuatu yang lebih mustahak berbanding driver barunya itu.

“Encik Irham, ni fail yang Encik perlukan.” Irham hanya memandang sekilas dan terus mengambil fail itu dari tangan Safiya.

“Thanks.”

“Eh Encik Irham, jangan lupa petang ni pukul lima Datin Yuhanis discharge…” Pesan Safiya.

“Ya, I know!” Balas Irham tanpa sedikit pun memalingkan mukanya ke arah Safiya.

“… Dan lagi, malam ni Encik ada dinner dengan Encik Amer dan Puan Bella.” Sambung Safiya lagi.

“Oh Shit!” Irham mula teringatkan sesuatu. Dia benar-benar lupa tentang temujanjinya itu. “What time Fiya?” Soalnya.

“Pukul lapan malam, Encik Irham.”

“Okey, Please cancel all appointments this evening, I’ll dismiss early. Please compile everything and pass to me as soon as possible.” Arahnya. Safiya hanya menganggukkan kepala tanda faham. Kalau A kata majikannya, A lah jawapannya. Jangan pandai-pandai nak buat B. Buruk padahnya!

“… and kau Pelangi, get ready by three!” Sambungnya sambil berlalu. Pelangi dan Safiya hanya terdiam sehingga Irham menghilangkan diri ke dalam biliknya.

“… Hmm, Encik Irham memang macam tu Pelangi. Tu adalah tu yang menggangu fikiran dia. Sebab tu menyinga aje. Erm, dah siap baca offer letter tu?”

“Dah-dah. Ini suratnya.” Pelangi menghulurkan kembali surat tawaran kerja yang baru ditandatanganinya. “Dia memang garang ya kak?” Soalnya.

“Garang bila anginnya tak baik. Kalau datang angin tak baik dia tu, awak pun dia boleh baling keluar dari pejabat ni.” Jawab Safiya ingin bergurau.

“Hah!” Pelangi telan air liur. Teringat kembali kejadian Irham membaling telefonnya ke luar tingkap kereta pagi tadi. Dan terbayang-bayang lagi rupa bentuk telefonnya selepas dibaling.

‘Oh, tidakkkk!!!’ Jerit hatinya.


+++++++++++++++++++++


Bersambung… :)



Happy reading guys…~

Sorry ya, entry pendek je. InsyaAllah, Ara akan update A.D.A sekerap yang mungkin. Tunggu. <3


7 comments:

Far Away said...

dia ni kan!!! hahaha... pendek!!!

eija said...

gila garang...mau kecut perut kalo dpt mjikan mcm 2....

Unknown said...

nak lagi

Dya Ezlia said...

Perghhh, if i was Lani, dah lama tersentap dengan ayat2 Irham tu! Saja buat orang panas hati, ish3! Kot ye pun lambat, tak payah lah nak jerit cenggitu! Lani tu baru je mula kerja! huhu! Panas baran punya mamat! -,-

Azieya ... said...

Kak ara nk lagii...nak lagiii...huhuhuhu... Garang gilerr si irham tu..asik nk mnjerit jek..cian lani...boleh pekak telinga...hehehe...<3<3 kak ara

lee jee joong said...

Best ;-)

Anonymous said...

Assalam..

hmmm..dah kul 1.07 pg..mata ngantuk..esok nk kena msuk keja kul 7.30..semoga tak terbabas la hendaknya..hehe..k..akak komen ye..:)

1) kamu ni memang ratu double 'k' n 'g' la dik..hehe..'menyinga' ye n bukannya 'menyingga'.. hehe

2) ada juga beberapa kesalahan tatabahasa yg minor..

3) memang n3 kli ni pendek..tp penuh ngan emosi..good job dik..kamu berjaya menggambarkan watak Irham yg mcm singa lapar..pendapatt akak ye..

kesimpulannya..bab ini tentang Irham yg baran..kuat menjerit, pemusnah, ego, tak respect org langsung..ciri2 lelaki yg tak leh wat suami or calon menantu..hahaha..but still karektor Pelangi tak kuar lagi..akak harap tiada persamaan dgn mana2 novel terdahulu ya dik.. :)mcm yg akak pernah ckp dulu..

Luv u..Lillahitaala

Wassalam