Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 6

** KLIK : K.E.A 5


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


++ Kea sorry due to some emergency matter, I need to postpone today’s appointment… I did call you twice, but no body pickup.. ++

Sticker notes di depan pintu bilik doktor Yusoff dicabut lemah.

‘Penat je terkejar-kejar datang sini! Siap stucked dalam lift lagi!’ Bisik hatinya. Mata liar memerhati sekeliling. Sepi! Susah betul kalau tak ada phone ni!. Sekarang nak buat apa?? Nak roger-roger member pun tak dapat. Takkan nak balik rumah, awal lagi kut! Maria pun entah ke mana. Argh! bosan!!

“Kea!!”

‘Macam ku kenal je suara tu!’ Dipalingkan mukanya ke belakang.

‘Eh, super hero ku!’ Terkesima Kea pabila melihat Izat yang sedang berlari-lari anak menghampirinya. ‘Bagus betul budak ni! Ada je di saat aku memerlukan teman’ Cececeh! Maria selalu cakap Kea cuba untuk mempergunakan Izat, tapi tak langsung ye… Tak pernah pula rasanya Kea pergi mencari Izat, selalunya Izat yang selalu datang ke tempat Kea dan kebetulan dia datang waktu Kea sedang memerlukan seseorang untuk membantu. Kebetulan tau~

“Izat…” Sapanya dulu. Lirih sahaja bunyinya. Terasa mahu gugur jantung Izat tatkala mendengar intonasi yang sebegitu. Tapi di-cool kan lagaknya. Cover beb!

“Hai, lain benar aku tengok muka kau hari ni Kea, ketat je… Period pain ke?” Soalnya. ‘Erk! Apa kejadanya soalan PMS yang aku tanya ni!!’ Kea hanya tersenyum sinis mendengar soalan Izat yang macam dah-tak-ada-soalan-lain-nak-tanya-dalam-dunia-ni! Huh!

“Hello dude! Widen your mind please.., Typical kut, kalau perempuan muka ketat je, you all ingat period pain, pms… Hmm. I’m not! Letih je, sepatutnya ada appointment dengan my supervisor, tapi last minute cancel pula. Peluh pun tak sempat kering lagi ni…”

“Lar… Dia tak call dulu ke? Why suddenly?”

“Doktor tu ada call, tapi handphone aku kat kedai, repair, screen problem lar…!” Jawab Kea, sebuah keluhan panjang dilepaskan. Entah kenapa dia rasa sangat letih hari ni, rasanya belum sampai setengah hari lagi ni. Peluh memercik keluar macam baru lepas lari marathon. Di pandangnya Izat.

“Aku hauslah Zat…”

“Haus? Nak pi pekena dulu ke?” Guman Izat, keningnya di angkat signal pelawaan. Kea senyum mengganguk.

“Mesti mauuuu…!” Tingkah Kea kuat, lagaknya seakan anak kecil yang minta mamanya belikan jajan. Izat tergelak melihat gelagat Kea yang keanak-anakkan itu.

“Ok jom!” Izat menarik buku di tangan Kea, Kea tak lepas.

“Its okay Izat, aku boleh bawa sendiri…” Err… Malunya! Tanpa melanjutkan bicara, mereka terus berjalan seiringan menuju ke café. Tiba-tiba, erkk! Kea lupa dia perlu menaiki lif sekali lagi. Lengan Izat di rangkul kemas. Izat pelik.

“Kau okay ke Kea? kenapa tiba-tiba pucat ni?” Jemari gadis itu di capai. Kea tersedar yang dia sudah terlebih, cepat-cepat di tarik balik tangannya dari lengan lelaki itu.

“Eh… Tak ada apa-apa” Kelat senyumannya. Dapat di rasakan darahnya berhenti berjalan, peluh sudah mula membasahi muka dan seluruh badannya.
TING!! Pintu lif sudah terbuka luas untuk mereka berdua. Izat mengambil langkah pertama dengan memasuki lif terlebih dahulu, manakala Kea…

“Kea…, Larr apa yang kau duk terjegat kat situ, masuklah..”

“Erm... Kenapa tak nak turun pakai tangga? Excersice lah sikit. Hari-hari naik lif, mana nak sihat dan kuat... bla... bla...” Bebel Kea. Izat hanya tercengang memandang gadis di hadapannya itu.

“Dah kenapa kau ni Kea? Sembilan tingkat kut! Agak-agaklah kalau nak exercise pun…” Balas Izat. Curiga dengan sikap Kea yang berubah secara tiba-tiba. Kea terdiam sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘Hishh... macam mana ni!? memang aku bencilah kat siapa-siapa yang perkenalkan lif ni kan!’

“Maaf.” Serentak dengan itu mereka berdua menoleh ke arah suara yang menyapa.

“Maaf cik, nak naik tak? Lama sangat tahan ni...” ‘Ingat aku ada banyak masa nak tengok drama depan lif ni??’ Agaknya itu yang di bisikkan oleh pemuda yang menegur mereka sebentar tadi.

“Eh, nak, nak. Kea cepatlah…” Mudah saja Izat menarik Kea masuk ke dalam lif. Sepantas itu jugalah pemuda tadi menekan butang tutup. Nampak benar bengangnya!

Kecut perut Kea tatkala lift bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Dipandangnya sekeliling. Rapat betul kedudukan Kea dengan Izat ketika ini, janganlah Izat menoleh, kalau tak pasti sebuah ciuman akan singgah melekat kat mana-mana jelah sekitar mukanya tu. ‘Oh~ tak sanggup mak!’ Di anjakkan sikit badannya kebelakang. Eh! Mungkin terlalu jauh kebelakang sehingga dia dapat mendengar deruan nafas si pemuda yang sama-sama dengan mereka di dalam lift tu. Okay, tinggal 4 tingkat lagi. Dicapainya tisu, niat hati ingin membuang masa mengeringkan peluh yang membasahi muka dan lehernya. Tiba-tiba dia tersedar akan sesuatu yang hilang dari badannya. Leher jinjangnya disentuh,

“Ibu punya necklace!!” Jerit Kea tiba-tiba mengejutkan kedua-dua pemuda yang ada bersamannya.

“Kenapa Kea?” Soal Izat ‘Dah kena sampuk ke budak ni? Pelik sangat rupanya sejak masuk dalam lif ni’ Monolog Izat.

“Izat, rantai Ibu aku… Dah hilang!” Kea panik. Rantai itu pemberian dari Ibunya ketika ulangtahun kelahiran Kea yang ke lima tahun. Sudah lama rantai tu bersamanya, tak pernah tanggal. Kalau hilang tiba-tiba macam ni, sah-sahlah Kea akan rasa ralat dan terkilan. Matanya sudah mula bertakung dengan air mata. Dicarinya diseluruh lift. Izat juga turut membantu, tidak dihiraukan perasaan takut yang menghantui dirinya sebentar tadi. Rantai pemberian Ibu lebih penting!

TING! Pintu lift sudah terbuka menandakan mereka sudah sampai ke tingkat yang ingin ditujui. Rantai Kea masih belum dijumpai. Rasa longlai seluruh badan Kea untuk melangkah keluar dari lift tu. Izat yang cuba untuk memeluk bahunya ditepis lembut. ‘Hai. Cepat betul tangan kau ni Zat’ Gumannya di dalam hati.

“Aku okay, jomlah… Mungkin dah tak ada rezeki aku nak jumpa rantai tu” Lemah saja tutur perkataannya. Izat hanya menuruti langkah Kea, tak tahu bagaimana mahu memujuk gadis itu. Dengan hanya melihat keadaan Kea sekarang ni, dia sudah dapat mengagak yang gadis itu sedang cuba untuk mengawal perasaannya sendiri.

“Nanti aku belikan yang baru ya.” Kata Izat cuba menenangkan hati Kea. Kea hanya tersenyum pahit. Dalam hati Allah sajalah tahu macam mana sedihnya dia ketika ini. Memanglah boleh beli yang baru, tapi sentimental value yang ada pada rantai itu mana nak cari. Hmm… satu keluhan berat dilepaskan………



BUTANG aircond BMW miliknya di tekan kuat, kalau boleh sehingga tahap maksimum. Di campaknya fail dan briefcase nya ke belakang seat. Panas! Hatinya panas bila appointment nya dengan Doktor Yusoff terpaksa di tangguhkan. Bukan nak marahkan sangat pun doktornya tu, tapi tak tahulah, sejak kebelakangan ni dia selalu gagal mengawal emosinya sendiri. Mudah marah, pantang je orang buat salah sikit, habis semua kena sembur.

“Arghhhhhhhh!!!!!!!” Kali ini coat yang dipakainya pula menjadi mangsa balingan. Di campaknya ke seat co-pilot. Ketika hendak menghidupkan enjin kereta, dia terpandangkan sesuatu yang menarik perhatiannya. Coat jenama Misty harbor yang di belinya tempoh hari di capai.

“Eh!” Dia terkejut tatkala melihat seutas rantai emas yang sudah pun putus tersangkut di butang coatnya. Loket yang melekat pada rantai itu diteliti, mungkin ada tanda si pemakai. Tulisan ‘Kea Alyissa’ tertera di bahagian depan loket itu.

‘Mungkin kepunyaan gadis tadi.’ Lantas saja dia teringatkan gadis itu, gadis dengan pandangan berkaca yang sama-sama terperangkap dengannya di dalam lift pagi tadi. Erm, tak sempat ditanya namanya. Fikirannya melayang seketika tatkala teringatkan peristiwa pagi tadi. Gadis manis yang bersikap keanak-anakkan. Raut wajah gadis itu sangat menyenangkannya. Gementar hati tatkala memaut tangan gadis itu masih lagi bersisa sehingga sekarang. Dia hairan, tidak pernah pula rasanya dia berperasaan sebegini dengan mana-mana perempuan yang mendekatinya bahkan tidak juga pada perempuan yang pernah dikenalinya. ‘Ada sesuatu dengan gadis itu…’ Fikirnya tiba-tiba. Tanpa di sedari sebuah senyuman terukir di wajahnya. Rantai emas dan loket itu digenggam erat. ‘Ada hari esok’ untuk di pulangkan kepada si empunya. Senyumannya makin meleret.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..apa tu O.M.JAYY? hmm.. kelakar..cool tul la Haikal.. akak suke..

Wassalam
MyHoney

AraSharrina said...

Wslm, kak honey, O.M.JAYY tu mcm O.M.G tapi dalam versi gedik2 budak muda sekarang.. hehehe