"KEA ALYISSA"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“PAPA dengar kau tak datang ke pejabat tadi?” Soal Dato’ Ashraf kepada anak terunanya, Haikal Hakimi, The only son in the family. Dialah racun dialah madu. Haikal hanya mendiamkan diri. Makanan yang terhidang tidak sedikit pun menggoda nafsu makannya. Fikirannya jauh melayang kepada peristiwa perlanggaran petang tadi. ‘Aku ke yang salah?’ Detik hatinya. Garfu dan sudu yang dipegangnya dilagakan sama sendiri. Dia tidak tahu kenapa mindanya tidak berhenti daripada memikirkan gadis itu. Ya! Gadis manis dengan pandangan berkaca.
“Haikal! Papa tanya ni. Senyap pula dia. Kenapa tak datang office pagi tadi? Papa tengok sejak kebelakangan ni kau macam tak bersemangat saja. Kenapa? Tak happy dengan kerja-kerja di office? Atau kau bergaduh dengan sesiapa dekat office tu??” Teguran papanya disambut dengan senyuman sinis. Meluat pun ada! Sejak dari dulu lagi papanya langsung tak pedulikan halnya. Semuanya diuruskan sendiri. Papanya hanya mementingkan syarikatnya saja. Kata Mak Esah, Mama Haikal bercerai dengan papa pun dibsebabkan oleh sikapnya yang workaholic. Rumah tangga terabai, yang papa tahu hanya kerja, kerja, kerja!
“Haikal tak ada mood nak kerja!” Ringkas saja jawapannya. “I’m done.” Tambahnya lagi seraya bangun meninggalkan Papanya bersendirian di meja makan. Dia malas nak memanjangkan perbalahan diantara mereka. Dato’ Ashraf hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak bujangnya itu. Ditegur salah, tak ditegur lagilah salah.
HAIKAL lontar badan ke atas sofa. Wajah Gadis itu sekali lagi berlegar-legar di ruang matanya. Pelik! Perempuan tu dah mandremkan aku kah? Soalnya dalam hati. Memang selepas daripada kejadian itu, wajah gadis itu ada dimana-mana, masih terbayang lagi mata sepet milik gadis itu, kulit mukanya yang kemerahan, hidung yang cantik terletak, gigi yang putih tersusun cantik, rambut ikal yang nampak lembut berhayun, memang indah ciptaan Tuhan. Ah! Kenapa dengan aku ni! Di capai organizer dari atas mejanya, helaian kertas diselak satu persatu, keluhan panjang kedengaran tatkala melihat coretan dakwat merah pada bukunya itu. ‘Appointment with Dr. Yusoff – 10.30am’ Organizer kulit yang di gunakannya sejak zaman kolej di tutup rapi. Walaupun hanya sebuah buku, ianya telah banyak berjasa kepada dirinya. Organizer itu seakan diari yang tersimpan seribu satu rahsia.
* * * * *
Sedihnya hati bila melihat handphone pemberian Along rosak. Uwaa! Menangis air mata darah sekalipun bukannya handphone tu dapat kembali ke rupa asal balik. Waktu ni mulalah membayangkan diri sebagai pari-pari kecil dengan tongkat saktinya. Kan senang kalau benda itu wujud. Rosak sikit je, ka..ching! ada orang buat hal sikit je, ka..ching! aku sumpah kau jadi beruang kutub. Ok dah! Bab melalut kau memang nombor satu. Eh tak! Nombor dua, nombor satu Maria…kekeke. Dipandang Maria yang sudah lena di buai mimpi, dah ke mana dah kau kan Maria, agaknya dah termasuk dalam mimpi si Ijam, Maria’s boyfriend. Tersengih Kea bila terbayangkan perbualan di antara pasangan kekasih tu… “Okay sayang… Good night, sweet dreams… Malam nanti yayang masuk dalam mimpi yaying eh… eh..? Okay tak! ‘yaying’ tu aku tipu!’ hampir setiap malam mereka akan begitu, berdesing telinga ni tatkala terdengar ayat-ayat geli-geli yang keluar dari pasangan kekasih yang mereka sendiri ibaratkan sebagai romeo and Juliet tu. Uwekk! Muntah darah ‘on off’ aku di buatnya!
Handphone di meja di pandang lagi. Di pegang dan di godek-godek. Dan akhirnya satu keluhan berat dilepaskan…… “Hishh!! Kalau aku jumpa lagi mamat tu, akan ku tuntut ganti rugi!” Aduh, geramnya pada lelaki itu memang tak habis lagi. Bayangkanlah dia boleh blah macam tu je. Air mata aku pun tak sempat nak gugur, budget bila dah meleleh-leleh air mata dan air hidung ni dapatlah raih simpati, tapi, haremm… Bukan simpati yang aku dapat, tapi tempikkan sedas dua. Hambik! Padan muka kau Kea, berangan mesti nak lebih! Yang aku ni pun satu, cepat betul lepaskan dia pergi. Er… Tapi mungkin sebab dia handsome kot! Kahkahkah! (Gelak evil) Tapi lelaki tu memang kacak sangat weh, Tahap, Tahap... Argh! Susah untuk di interpritasikan tahap kekacakkannya, cececeh… Vocabulary aku memang makin menjadi-jadi sekarang ni, biasalah doktor wannabe lah katakan! ‘Eh, Kea… Jangan berlagak sangat!’ Suara ibu seakan berbisik memberi amaran, ‘Erk!!’ Baik ibu. Desisnya perlahan.
Tiba-tiba…… Ding! Dia baru teringatkan kes yang diberikan oleh doktor pemerhatinya petang tadi. Fail kertas berwarna coklat tertera nama HAIKAL HAKIMI ASHRAF di amati lama. Tak! bukan nak cakap namanya sedap, sedap lagi nama aku kan, cuma, kata-kata pesanan yang diberikan oleh doktor itu benar-benar meninggalkan kesan di hatinya.
'Ok Kea, Nama pesakit, Haikal Hakimi Ashraf, 28 tahun, suffered primary brain tumor early stage 2, kondisi pesakit tidak terlalu baik, kemurungan dan depression. I nak you study case ni and take it as your first baby, I mean, handle it as serious as you can, bear in mind even without any concerns from patient, he actually need us to help him. Bukan saja dari sudut physical saja tapi mental juga, so, since you have no other commitment, I wish to hand over this case to you, be extra focus okay?’
Begitulah tanggungjawab yang telah di amanatkan untuknya. Takut juga bila dengar doktor tu cakap nak hand over, berpinar-pinar mata den ni hah! tapi nasib baik doktor tu cepat-cepat cover dan betulkan ayatnya; I wish to hand over it to you, but of course with my 100% supervision…
Fuhhh! Lega! Agaknya doktor tu pun tak berapa yakin nak lepaskan kes dia dekat aku. Budak internship yang baru nak merangkak-rangkak dengan ilmu kedoktoran ni, jangan kata doktor tu, aku sendiri pun tak yakin dengan diri aku sendiri!
1 comment:
Salam.. lawak..memang lawak.. walaupun sebelum ni dah bc kt p2u but still akak leh ketawa lg.. comel tul watak Kea tu..sesuai sesangat..klu akak la confirm malu setahun bila alami accident jth dlm kelas cam Kea tu..
betul Ara pendpt akak better tukar God to ALLAH.. ada beberapa kesalahn tatabahasa.. yg BM la yg BI ni akak terlebih terror..so, akak abaikankan la yg BI tu.. hehe.. tapi bukankah 'tanda' ngan 'signal' tu membawa maksud yg sama?
pasti ada aura pada mamat tu kan..sampaikan Kea leh terjatuh kerusi semata2 nak tgk siapa dia..
akak betul2 suka citer ni n watak Kea dlm citer ni.. akak doakan semoga Ara diberikan ilham utk menulis cerita ini hingga ke akhir cerita.. :)
Wassalam
MyHoney