Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Saturday, August 13, 2011

K.E.A 3

** KLIK : K.E.A 2

"IZAT AFIFI"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KEA kerling jam di tangan. Cantik, jam tangan buatan Itali di belek lagi. Di belakang jam tercoret tulisan ‘Kea Alyissa, from Ibu with love’ Oh! Ibu sangat sweet. Sengihnya sendirian. Entah kenapa hatinya sangat merindukan ibu. Di pandang lemah Tuan Zaki di hadapan, hari ni hari terakhir taklimat untuk pelajar-pelajar yang bakal menjalani Latihan Klinikal. Selepas ini para pelajar akan di tugaskan untuk membantu doktor-doktor yang telah tersedia dijadualkan untuk mereka. Dari situ nanti bermulalah detik baru mereka sebagai doktor pelatih. Hmm... Di alih pula pandangannya ke arah Izat yang sedang tekun mendengar dan menyalin nota ‘Yelah tu menyalin, entah-entah sama spesis dengan aku! Eh, Kea jangan menuduh bukan-bukan, tak mahu… Tak mahu.’ Setelah di rasa tiada apa lagi yang menarik perhatiannya di dalam dewan itu, Kea mengarahkan pula penglihatannya ke luar dewan. Tiba-tiba matanya terpaku ke arah sesusuk tubuh yang sedang duduk membelakanginya. ‘Dari belakang nampak sempurna!’ Desis hati nakalnya. Teringin sekali dipandang muka si empunya badan. Di jongketkan sedikit kerusi dan kakinya, di panjangkan lehernya dengan harapan penglihatannya akan menjadi lebih jelas. Tapi langit tak selalunya cerah dan BUKKK!! Terduduk Kea di lantai dewan itu. Sepantas itu juga dewan bergema dengan gelak tawa rakan-rakan seperjuangan. Kea terkesima, dapat di rasakan adrenalin darahnya bergerak laju naik ke muka. Di cekup muka dengan kedua-dua belah tapak tangannya. ‘Ibuuuuuu! Malunya Kea… Okay! Okay! Relaks Kea, relaks. Tarik nafassss… Nak menangiskah? Nak pura-pura pengsankah?’ Akalnya bagi menyembunyikan perasaan malu yang sedang bermaharaja lela.

“Kea, kenapa ni?.” Terasa seseorang memaut lembut lengannya untuk bangun. Perlahan-lahan Kea menurunkan tangan yang menutupi mukanya. Izat! Super hero dah datang. “Kea… Mari bangun, aku tolong.” Okay, super hero sudah mula memainkan peranan dan seperti anak kecil Kea menuruti arahan super hero nya. Dikibas-kibas belakang seluar yang kotor dek habuk lantai. Nasib baik aku pakai seluar, kalau skirt tadi. Erk... Tak dapat nak di bayangkan malu yang akan di tanggungnya jika… Ah! Tak mahu bayangkanlah! Bentaknya dalam hati. Di beranikan diri mengangkat muka bagi membalas setiap mata yang memandang. Si super hero pula sibuk menolak lembut helaian rambut yang jatuh mengenai dahinya. Nampak tidak kemas. Mungkin itu yang di pikirkan oleh super hero nya itu.

“Kea, kenapa dengan awak? Awak okay?” Tegur Tuan Zaki selepas keadaan menjadi tenang, lembut saja itonasi suarannya.

“Err… Err… I’m sorry sir, pening sikit.” Tipu Kea, tipu sunat!

“Serius?? You need rest?”

“Erm… Mungkin saya perlukan ‘masa rehat’ sekejap. Boleh saya off to ladies Sir?” Pinta Kea untuk lari daripada situasi yang memalukan itu. Tuan Zaki hanya menganggukkan kepala tanda kebenaran.

“Okay, you may go…”

‘Yes!!’ Kea jerit dalam hati. Di kemas serba sedikit barang di atas meja, di capainya handbag dan handpone blackberry torch pemberian Along Aimannya. ‘Wajib inform Maria ni!’

“Hati-hati…” Erk! Alamak!! Kea tepuk dahi, dia terlupa akan super hero yang masih setia terjegat di sebelahnya.

“Thank you so much my dear, aku belanja kau makan nanti okay?” Meremang bulu roma Izat tatkala Kea membisikkan ungkapan itu, bukan yang “AKU BELANJA KAU MAKAN” tu tau, yang “MY DEAR” tu. Hai… bilalah hati kau dapat aku miliki Kea.


“HELLO” Panggilan disahut.

“Maria! Oh Maria! Where are you? Kau busy tak? Aku ada gosip terbaru tentang diri aku ni! Hello? Hello?”

“Yes Kea, kenapa kau? Aku ada ni, slowly talk boleh? Kau kena kejar hantu kum-kum ke?” Gurau Maria dihujung talian.

“Hantu kum-kum? Ape kejadahnya tu? Ahh~ Mar… Aku jatuh kerusi tadi, and things happened at hall time aku tengah dengar taklimat! Malu tahap anjing laut ni… Mar….” Rengeknya.

“Hahhhh! Ya Allah! Macammana boleh jatuh? Kau tengah berkhayal ke? Atau…” Maria tak sempat menghabiskan ayat, telefon sudah di matikan. “Hello..hello! Kea, you there? Kea! Ish, habis kredit ke minah ni?’ Nombor Kea dihubunginya.

‘Harap maaf, nombor yang anda panggil………………………………..’ Ah! kakak operator pula yang jawab.



“YA ALLAH……. Handphone aku!!!” Jerit Kea, tapi sudah terlambat bila melihat handphone pemberian Along sudah pun tersadai ‘baek punyee’ di tepi longkang.

“Hey! You buta ke? Tak nampak orang? Mata letak kat lutut ke!?” Marah satu suara. Berasap telinga Kea mendengar amarah dari pemuda di hadapannya itu. ‘Ewah! Marah kau je yang kau tahu ya, kau tak dengar lagi marah aku macam mana!’

“Hamboi sedara, mulut tu ada insurance ke tak? Siapa yang langgar siapa ni? dan tengok sekarang handphone siapa yang tersadai kat bawah tu?” Balas Kea keras, di bongkokkan badannya untuk mengambil handphone di tanah dan bagai nak luruh jantung bila melihat skrin handphone yang sudah pun retak. Matanya mula di genangi air, tunggu masa saja untuk tumpah! Pemuda dihadapan ditenung dengan pandangan yang berkaca. ‘Apalah malang nasib kau hari ni Kea… Sah-sah tadi jatuh, sekarang di timpa tangga pula!’

“Dah! You tak payah nak menangis-nangis bagai, simpan saja airmata simpati you tu. I’m leaving now!” Kasar sahaja lelaki itu menuturkan kata seraya berlalu meninggalkan Kea yang masih termanggu-manggu. Kea hanya mendiamkan diri, tak terjawab herdikkan yang diterima daripada pemuda yang baru saja melanggarnya. Di soroti langkah pemuda itu dengan linangan air mata, ‘Tak guna punya jantan!’ Di pandangnya lagi pada pemuda itu sehingga hilang kelibatnya, dan tidak semena-mena hatinya berdebar-debar. Eh! Lelaki tu… teringat kembali peristiwa di dewan, lelaki yang ingin dilihatnya dan lelaki yang baru sahaja meninggalkannya adalah lelaki yang sama! ‘Ya Tuhan… Minta simpang, janganlah dia jadi jodoh aku nanti! Akhirinya sambil berlalu dengan perasaan yang berbelah bahagi. ‘Jodoh?’ Hmm. Kau tak payah nak berangan sangatlah Keaaa!!

3 comments:

Anonymous said...

ingatkan kea nak baca doa makan...
hehehe...
~RED~

Anonymous said...

Salam.. fikiran akak sama ngan RED berkenaan doa tu.. x sangka doa sebegitu.. hehe.. sempat lg tu.. memang santai penulisan kamu Ara.. tp akak rasa perkataan 'God' tu seeloknya gunakan 'ALLAH' ..my opi ye dik, sebab lebih bermakna.. :)

akak suke tul ngan watak Kea ni, seorg yg happy go lucky.. :)

Wassalam
MyHoney

AraSharrina said...

Wslm, Kak Honey... Ara akan tukar 'GOD' kepada 'Allah' dalam versi bercetak nanti. InsyaAllah. terima kasih atas ingatannya tau..

Erm, saya pun suka watak 'KEA' tu... sweetkan. haha ;P