** KLIK : K.E.A 28
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“HAIKAL, boleh batalkan air sembahyang pengantin kamu sekarang…” Kata Ibu sejurus selepas Haikal selesai menyempurnakan sujud syukurnya. Haikal senyum mengganguk. Dengan perlahan dia bangun dan melangkah menghampiri Kea dengan penuh tertib. Kea di sana menunggu dengan debaran yang memuncak. Hatinya berdegup pantas menanti lelaki yang sangat di kasihinya itu tiba.
“Sayang….” Haikal menyapa mesra. Kea di pandangnya dengan penuh kasih sayang. Terkedu lidah Kea untuk menjawab. Mata tetamu yang memandang sudah lama jatuh ke arah pasangan pengantin. Mereka menanti dengan penuh sabar. Haikal mencapai jari jemari Kea untuk di sarungkan cincin dan gelang tangan. Cincin dan gelang berlian yang bertaktakan permata menjadi pilihannya. Kata Haikal, dia tempah khas cincin dan gelang ni daripada pereka yang terkenal, biarlah yang lain sederhana, tapi yang ini dia mahu sesuati yang infiniti. Sesuatu untuk seseorang yang sangat bermakna di dalam hidupnya. Di sarungkan perlahan ke jari manis Kea. Kea tersenyum malu tapi bahagia. Selain dua barang itu, Haikal ada sesuatu lagi untuk mengejutkan Isterinya. Tangannya di seluk ke dalam kocek baju, seutas rantai emas di keluarkan dari dalamnya. Kea agak tersentak melihatkan rantai itu…
“Rantai Ibu yang hilang dulu?...” Bisiknya kepada Haikal. Lelaki itu mengganguk seraya tersenyum manis ke arahnya.
“Mana dapat?” Soalnya lagi.
“Syhh… Nanti I cerita.. Mari sayang, I pakaikan…” Balas Haikal, Kea hanya menurut.
“Kea… Salam suami kamu tu…” Ibu mencelah.
“Err.. Haikal..” Kea menjadi kekok tiba-tiba.
“Apa pula Haikal, panggillah Abang, Kea… No more Haikal Haikal ni…” Tegur Alongnya pula, muka Kea berona merah. ‘Along nihh! Malu la Keaaa… Mana nak biasa panggil dia Abang. Grr!’ Getusnya di dalam hati. Along di jelingnya tajam.
“Ha’ah Ea, dah jadi suami kamu dah pun Si Haikal tu… Tak elok panggil nama, panggil Abangkan lagi manis.” Nek Cu menambah. ‘Hamboii, depa ni pakat-pakat nak kenakan aku lah nii..’ Wajah Haikal di pandangnya, lelaki itu hanya tersengih membalas pandangan Kea. Mata mereka berlaga. ‘Haikal, please help!~’ Hatinya merayu, mengharap Haikal untuk mendengar.
“Tak mengapalah Along, Nek Cu… Saya tak akan paksa Kea, saya tunggu bila-bila masa saja bila dia dah bersedia, saya mahu dia selesa dengan cara dia sendiri…” Aduh! Kata-kata Haikal menggetarkan jantungnya. ‘Baik sangatlah pulak~ ni yang buat aku jadi serba salah ni!! okay, Abang Haikal, eh, Abang… ehem.. 1,2,3 testing.. testing…~’ Kea bermonolog di dalam hati. ‘Bismillahirahmannirahim…’ Bisiknya.
“Abang…..” Akhirnya dia mampu memanggil Haikal dengan panggilan itu. Tangan di hulur menyambut salam si suami yang sedang tersenyum bangga di sisi.
“Ha, apa lagi Haikal… dah dapat lesen besar tuu!” Along tak habis-habis nak mengusik adiknya. Haikal tertawa kecil, tetamu yang ada turut ketawa mendengar usikkan Along.
“Sayang, izinkan Abang…..” Pinta Haikal, Kea tunduk menahan malu, lagi-lagi bila mendengar Haikal membahasakan dirinya sebagai ‘Abang’, hilang arah di buatnya, tak tahu reaksi apa yang mahu di pamerkan, sudahnya hanya matanya saja yang di pejamkan rapat. Haikal tersenyum melihat gelagat Kea, dia kenal Kea, dia tahu isterinya tu sedang menahan rasa malu yang amat sangat, dengan perlahan Haikal merapati Kea, wajah Kea dan wajahnya kini terlalu hampir. Di angkat sedikit dagu Kea memandangnya, tidak lama dia menunggu, akhirnya kucupan mesra si suami hinggap lembut di dahi dan kedua-dua belah pipi Kea. ‘Alolo, sweetnyaaaaa….’ Mungkin itu yang di bisikkan oleh tetamu yang ada. Tak kurang juga ada di antara mereka yang bertepuk tangan.
“I love you sayang…” Sempat juga Haikal membisikkan kata-kata keramat itu ke telinga Kea.
“I love you too…” Balas Kea tersenyum manja di sisi suaminya.
“Alahai, nanti-nantilah nak bermanja-manja tu. Jom tangkap gambar dulu!” ‘Alahh! Along ni sengaja tauuu…….’ Marah Kea, ada saja akal lelaki itu untuk mengenakannya.
“Ibuu….” Panggilnya.
“Aipp! Pengantin mana boleh marah-marah, hilang seri nanti…” Tak habis-habis lagi Kea di usik. Haikal ketawa melihat gelagat mereka berdua.
“Sudahlah Sayang, Along mengusik saja tu… Jomlah..” Pujuk Haikal bila melihatkan Kea yang sudah sedepa panjang muncungnya. Kea bangun menurut, tangannya di genggam kemas oleh Haikal. Seiring langkah kaki dihayun sambil beriringan tangan. Untuk pertama kali mereka berasa sangat lega dapat berbuat begitu, lensa kamera kedengaran sana sini di petik bagi merakam kenangan terindah mereka. Ucapan tahniah usah di cakaplah, kalau boleh hendak di rekodkan. Memang jelas kelihatan raut gembira di wajah masing-masing, lebih-lebih lagi Haikal, tak sangka Allah masih lagi memberikannya peluang untuk bernafas dan menjadi suami kepada Kea Alyissa. Walaupun sesaat selepas ini, nyawanya di rentap daripada tubuh, dia redha. Dari kejauhan, kelihatan seorang wanita yang sedang menitiskan air mata, barangkali air mata gembira tatkala melihat anak perempuannya yang sedang meniti kehidupan bahagia bersama lelaki yang di kasihinya.
‘Ibu doakan Kea bahagia dengan jalan hidup yang Kea pilih… Ibu yakin Haikal akan menjaga Kea sebaik Ibu, Ibu akan selalu bersama Kea walau apa pun keadaannya nanti, Ibu tahu anak Ibu tabah dan kuat semangat….’ Bisik hati kecilnya seraya melambaikan tangan sambil tersenyum ke arah Kea yang memandangnya.
‘Ibu… Terima kasih sebab percayakan Kea… Kea janji Kea tak akan mengecewakan Ibu, Kea janji Kea akan berusaha untuk menyelamatkan suami Kea. Walau apa pun keadaannya nanti, Kea janji Kea akan redha… Kea akan jadi sekuat Ibu.. Kea sayang Ibu………….’
“HELLO Pengantin perempuan dah siap ke? Dalam 10 minit lagi, majlis mula ya… Pihak lelaki dah on the way!” Maria mencelah membingitkan lagi suasana. Kesian Mar, sejak dari mulanya planning untuk berkahwin, hinggalah malam ni, dialah kawan yang paling sibuk menguruskan hal Kea, dari make up, baju, hinggalah pelamin dan cathering, dialah yang paling banyak membantu… Kea tahu Maria sukar untuk melepaskannya pergi bersama Haikal, tapi dia juga tahu dalam kesukaran itu, Maria akan sentiasa ada dengannya dan akan selalu menyokongnya, Maria kan pom-pom girl Kea… Sampai mati pun Kea akan selalu menghargai persahabatannya dengan gadis itu.
“Wahhh! Kea…. Cantiknya kau! Macam bidadari turun dari kayangan!!! Kawan aku ke niiieee?? Nyaris tak kenal! Bangga weh, bangga! Untunglah Haikal….” Anak mata Maria terpaku memandang Kea. Tergelak kecil Kea bila mendengar pujian dari teman baiknya itu. Malam ni malam resepsi untuk perkahwinannya, satu dan sekali di gabungkan dengan resepsi dari pihak lelaki. Seri pengantin masih terserlah di wajah Kea, membuak-buak hingga membuatkan bukan saja Maria malah semua yang ada turut terpesona dengan kecantikkannya. Lagi-lagi bila Kea mengenakan busana pengantin berwarna pastel dan lembut yang sememangnya sangat kena dengan raut wajah dan karakternya, mahu gugur jantung Haikal bila melihatnya nanti.
“Kau dah pernah nampak bidadari ke yang nak samakan aku ni?” Soalnya. Maria memukul lengan Kea.
“Dah nak jadi bini orang pun masih nak loyar buruk lagi kan!” Tingkah Maria. “….. Kea, tapi sumpah! kau nampak cantik sangat malam ni… cantik sangat……” Kali ini Maria kelihatan serius. Di belek-beleknya veil yang di pakai oleh Kea. Semua yang di pakainya pada malam itu cantik terletak di tubuh Kea. Dari makhota, veil, baju hinggalah kasut, semuanya nampak indah. “…. Warna peach pink ni memang kena sangat dengan kau Kea, macam manalah rupa Haikal nanti bila terpandangkan kau kan, mahu jalan langgar dinding kejap lagi!” Maria buat lawak, pecah tawa Kea ketika itu! Aisey~ Baru nak pura-pura jadi perempuan melayu terakhir!
“Oii, Oiii!! Cover sikit gelak tu dik! Awak tu pengantin!!” Kak Zurina, Mak andam Kea memberi isyarat.
“Aaa… Opps, Sorry!! Kaulah Mar, sajakan nak usik aku…!” Lengan Maria di cubitnya.
“Auch!! Kaulah, tak beragak nak gelak! Aku pulak yang kenaaa…” Balas Maria.
“Pengantin dah siap, pengapit nak make up tak??” Soal Kak Zurina. Mereka berpandangan, ‘Eh! ye tak ye jugakan, lupa sebentar yang Maria tu adalah pengapit Kea.’
“Ha, Mar~ duduklah… Your turn.” Arah Kea. Maria tersenyum menurut.
“Kak Zurina, make up cantik-cantik tau, kalahkan pengantin!” Dia berseloroh. Kea hanya tertawa kecil mendengarnya. ‘Ada-ada saja minah ni!’ Desisnya. Laju betul Mak Andamnya menyolekkan Maria, laju tapi berkualiti, sekejap saja Maria sudah siap di dandankan. Simple but nice.
“Pengantin lelaki dah sampaiiiii!!!” Laungan dari tingkat bawah membuatkan Kea menelan air liur. Gulpp!!~
“HAIKAL, pengantin kamu….” Dato’ Ashraf membisikkannya di telinga Haikal, Haikal mengganguk seraya anak matanya terarah pada Kea yang sedang menuruni tangga. Darahnya berderau tatkala terpandangkan Kea, hatinya berdebar.
‘Subhanallah…..’ Hanya itu yang mampu di ucapkan dengan kata-kata. Matanya terpaku melihat susuk tubuh itu. Sungguh indah ciptaan Tuhan… Dari atas tangga, Kea melambai sambil tersenyum manis ke arahnya. Senyumannya meleret menandakan yang dia bahagia. Haikal juga turut tersenyum menyambut Kea yang semakin hampir kepadanya.
“Tumpang lalu, tumpang lalu… Bidadari nak turun dari kayangannnn!!” Laung Maria, Kea ketawa! ‘Ada saja budak ni!’ getusnya. Tetamu yang ada cepat memberikan respons, laju saja mereka membukakan ruang untuk Kea melaluinya. Mata setiap seorang tak berkelip memandang pengantin, siap ada yang ternganga mulut lagi… tutup sikit mulut tu kak! Masuk lalat nanti~… Dengan tertib dan sopan santunnya Kea sampai juga kepada Haikal yang sedang menunggu. Mereka kini berdiri di hadapan satu sama lain. ‘Fuh!~ jenuh betul, gaun ni pun berat bebenau, Susah nak jalan!’ Keluhnya. Berpeluh jugalah Kea sekarang ni, kalau di ikutkan hati mahu saja dia angkat gaunnya tu dan berlari mendapatkan Haikal. Ecewah! Budget filem omputih!~
“Ibuu…” Melilau mata Kea mencari kelibat Ibunya. Haikal juga menurut, bola matanya juga ligat mencari Ibu mertuanya.
“Haii, dah kahwin pun masih nak Ibu lagi??” Nek Cu bersuara.
“Ibu kat sini Kea…” Ibu yang dari mana datangnya, tiba-tiba keluar dari kumpulan tetamu dan berjalan merapati mereka. Kea tersenyum puas. ‘Tak kisahlah nak fikir apa, tapi Ibu mesti ada di sebelah Kea…’ Bisik hati kecilnya.
“… Ha, ada apa cari Ibu lagi?” Soal Ibunya. Nak mengusik jugalah tu! Kea tersengih.
“Ibu sini dengan Kea…” Jawabnya. Tangan Ibu di tarik perlahan.
“Eh, apa pula duk pegang tangan Ibu lagi.. Ni ha, suami dah depan mata, peganglah tangan dia!” Kata Ibu seraya menyatukan tangan Kea dengan Haikal. Tetamu yang ada bersorak gembira. Haikal dan Kea tertunduk malu.
“Haikal, pegang erat tangan Kea ya… Apa pun yang berlaku jangan lepaskan dia sorang-sorang, walau susah macam mana pun nanti, biarlah berdua… Ingat pesan Ibu ni..” Bisik Ibu ke telinga Haikal. Tersentuh Kea waktu itu, hampir saja dia menitiskan air mata, tapi di tahannya. Haikal tersenyum mengganguk dan pada masa yang sama, Kea dapat rasakan genggaman tangan Haikal semakin erat menggenggam tanggannya.
“Haikal janji Ibu, Haikal takkan biarkan Isteri Haikal sorang-sorang… Haikal akan selalu bersama Kea hingga hujung nyawa Haikal… InsyaAllah..” Jawabnya. Ibu tiba-tiba menjadi sebak, mungkin tak dapat mengawal perasaannya sendiri. Di peluknya Kea dan Haikal dengan linangan air mata.
“Ibu doakan Kea dan Haikal berbahagia hingga hujung nyawa…” Tuturnya.
“… Dah-dah apa lagi tu, pengantin dah tak sabar dah nak duduk atas pelamin tuuu!!” Pak Lang Aziz pula mencelah, mungkin tak mahu meneruskan babak sedih yang sedang di lihatnya. Ibu meleraikan pelukkannya.
“Ibu, sudah ya…” Kata Kea sambil mengesat perlahan air mata Ibunya.
“Dah… Maria, bawa mereka ke pelamin..” Arah Ibu. Maria menurut.
“Tepi, tepiii!! Bidadari nak turun lagiiii!!” Jeritnya menggamatkan lagi suasana yang suram. Haikal dan Kea tergelak melihat tingkah Maria. ‘Suka hati kaulah Mar~…’ Kaki di hayun perlahan menghampiri pelamin yang tersergam indah di hadapan mereka.
“You are so beautiful sayang...” Sempat juga Haikal memuji setelah mereka selamat duduk diatas singgahsana itu. Kea menoleh, “You pun kacak sangat!” Balasnya, terlakar jelas senyuman tersirat di wajah masing-masing. Tidak tahu apa yang mereka fikirkan, tapi yang pasti mereka sedang bahagia dan sudah tak sabar untuk melayari bahtera syurga bersama-sama. Percaya pada yang Satu, dan yakinlah Allah sedang menggaturkan sesuatu buat mereka... Believe in one, everything happens for a reason. JanjiNya adalah pasti, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Percayalah…
* * * * *
“Hai pengantin lelaki masih belum tidur lagi?” Haikal kelihatan seakan terkejut bila Along menyapanya. Dia sengaja berdiri di situ, mungkin ingin melepaskan lelah di dada.
“Er.., Belum Along. Sekejap lagilah, masih ada tetamu tu..” Jawab Haikal sambil memuncungkan mulutnya ke arah tetamu yang hanya tinggal beberapa kerat je tu, itupun mereka dah mula bergerak untuk beredar. Along Aiman menggelengkan kepalanya. Dia tahu apa sebenarnya yang Haikal fikirkan.
“Kea mana?” Soalnya.
“Tadi dia kata nak mandi, mungkin masih dalam bilik lagi…”
“Lar, Kenapa kamu tak ikut dia?” Soal Alongnya lagi. Haikal sekadar tersenyum.
“Tak apalah Along, biarkanlah dia dahulu… lagipun apa pula orang kata kalau tiba-tiba pengantin hilang.” Haikal cuba untuk bergurau.
“Alahh… Kalau hilang pun, orang tau ke mana..” Selamba je Along menuturkan kata, ni kalau Kea dengar, mahu disorokkan dirinya bawah meja menahan malu. Haikal tertawa kecil. ‘Boleh tahan juga Along ni’ Getusnya.
“Haikal, jom duduk di sana… kita sembang-sembang sikit, men’s talk.” Pelawa Along. Haikal angguk menurut. Perlahan-lahan mereka melangkah merapati meja yang berhampiran dengan mereka.
“Kamu tak sihat ke?” Along memulakan kata.
“Eh tak. Saya okay je Long. Mungkin letih sikitlah, tapi setakat ni tak ada apa-apa… Kenapa?
“Tak adalah, Along perhatikan kamu dari tadi macam ada sesuatu yang berat je yang kamu tengah fikirkan. Ada apa-apa yang kamu tak puas hati dengan majlis ni ya?” Along meneka.
“Eh, tak adalah Along… Semuanya fine for me. Ada-ada je Along ni..” Soalan Along membuatkan Haikal sedikit gugup untuk berhadapan dengannya.
“Kalau ada apa-apa beritahulah… Kami open, semua boleh masuk punya…”
“Erm… InsyaAllah Along…”
“Kea tu satu-satunya adik Along, Haikal. Kamu jagalah dia baik-baik, Along bukan nak cakap apa, tapi kamu faham-fahamlah sendiri ya. Kea tu manja, kadang-kadang perangainya macam budak-budak sikit. Degil pun satu hal lagi, A kata dia, A la kita kena ikut. Tapi hati dia rapuh, mudah terasa. Sekarang kamu dah jadi suami dia, belajarlah perlahan-lahan untuk memahaminya…” Terang Along, bahu lelaki itu di pegangnya.
“Saya faham Along, InsyaAllah saya tak hampakan Along, Ibu dan Nek Cu, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjaga Kea hingga hujung nafas saya… Hmm.. Err… Along.., nak tanya sesuatu boleh?” Lambat-lambat saja Haikal mengajukan soalan.
“Soalan apa? tanya jelah…”
“Macam mana penerimaan Kea, waktu Arwah Baba tinggalkan dia dulu?” Soalan Haikal di sambut Along dengan keluhan.
“Dia okay, lagipun waktu tu dia masih kecil, tak faham apa-apa… kenapa?” Along menjungkitkan keningnya sedikit. Pelik dengan soalan Haikal.
“Kalau Haikal yang tinggalkan dia nanti, macam mana penerimaan dia agaknya Along… lagi-lagi dalam keadaan kami yang dah pun jadi suami isteri ni.” Berkerut dahi Along mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
“Haish budak ni… Kenapa cakap macam tu pulak? Time-time macam ni pula tu.. Dahlah, tak payah fikir bukan-bukan, isteri kamu tu kuat… Along tahu apa-apa pun yang jadi nanti, dia mampu hadapinya. Kea dah matang, dah boleh fikir rasional…”
“Tapi saya takut Kea tak boleh nak terima…”
“Don’t think too much Haikal, lagipun ajal maut ni kerja Tuhan, tak semestinya sakit macam kamu ni penghujungnya cuma mati. Doa banyak-banyak… Kita berusaha, selebihnya nanti kita berserah je pada Dia…” Along cuba menenangkan perasaan Haikal yang bercelaru. Haikal tersenyum mengganguk mengiyakan kata-kata Along. Dia mula bersemangat kembali!
“Sudahlah Haikal, pergilah masuk tidur… Takkan nak biarkan pengantin perempuan tunggu lama-lama kan, nanti merajuk terus tidur pulak dia, silap-silap kamu yang tidur luar.. Ha, melepaslah kamu!!!” Along Aiman sejak dari hari tu tak habis-habis menyakat mereka. Tunggulah turn Along pula nanti.
“Baiklah… Saya ke dalam dulu ya.” Ujarnya sambil tersenyum penuh makna. Along mengganguk sambil mengenyitkan matanya ke arah Haikal.
‘Amboii… kemain Along!!~’
……… “ASSALAMMUALAIKUM…”
“Waalaikummussalam…” Sahut Kea, bibirnya menguntum senyum ke arah Haikal. Lelaki itu turut membalas senyuman isterinya. Segala pergerakkan Kea di teliti dengan ekor matanya. “Kenapa you pandang I macam tu?” Soal Kea, dahinya berkerut.
“You?”
“Eh! Sorry, dah terbiasa…” Sengih Kea. Dengan perlahan Haikal melangkah menghampiri isterinya yang nampak sibuk menyusun baju di rak almari, mungkin ingin berkemas serba sedikit, Fikirnya. Pinggang Kea dipaut dan dipeluk kemas. Kea agak tersentak, tapi cuba berlagak tenang.
“So?” Haikal menyoal.
“So? So apa??” Kea menggarukan kepalanya yang tak gatal.
“Isteri Abang ni, nak kena ya? Dah terbiasa bahasakan diri I and you, then sekarang takkan nak biasakan lagi?”
“Oh… So, sekarang nak suruh I panggil you, Abang?” Duganya.
“… and no more you and I lagi, Kea and Abang kan lagi mesra… atau sayang dan Abang pun laaagi mesraa..” Ucap Haikal. Kea terkedu! Nak bahasakan dia Abang pun terbelit-belit lidah, ni kan pula nak bahasakan diri aku sayang…~ lagilah aku rasa macam nak pitam! Geli arrr!
“Err… I prefer the first one, Kea and Abang…” Balasnya. Haikal tertawa kecil, hidung isterinya yang mancung tu di tarik lembut.
“Abang dah agak dah… Kea malu lagi ke dengan Abang?” Soal Haikal. Pinggang Kea masih di dalam pelukkannya.
“Bukan malu, segan…”
“Eleh… Sebelum kahwin tak malu pun? Siap ajak Abang kahwin lagi…” Usik Haikal, muncung Kea sudah sedepa panjangnya.
“Eh, siapa kata tak malu… malulah, Cuma sekarang malu tu jadi bertambah-tambah, tak tahulah.. mungkin hormon dah mantul kut!” Tingkah Kea.
“Hormon??” Mata Haikal tajam merenung isterinya. Kea tiba-tiba jadi tak tentu arah. ‘Erk! Aku salah cakap ye?? Ye ke salah??’ dia pandang Haikal yang masih merenungnya. ‘Err… mungkin memang salah!!’ Untuk seketika mereka terdiam, dan tiba-tiba Haikal ketawa, mungkin geli hati melihat reaksi isterinya yang seakan takut bila di renungnya begitu. Dia memang sengaja mahu mengusik. Kea memukul lengan lelaki itu.
“Apa Abang ni gelak macam tu!” Marahnya. Pelukkan Haikal di leraikan. Tubuhnya di larikan sedikit membelakangkan Haikal. Lelaki itu masih lagi begitu, menghabiskan sisa tawanya.
“Eh, Abang belum cerita kat Kea lagi, macam mana Abang jumpa rantai Ibu ni?” Soal Kea, rantai emas Ibu yang sudah pun berada di lehernya disua pada Haikal.
“Kea ingat tak waktu kita terperangkap dalam lif dulu? Waktu Kea bukan main eksyen marahnya dekat Abang, dah marah-marah lepas tu boleh pula Kea cakap… ‘Err.. boleh tolong pegang saya, please…’, haha… teringat-ingat lagi Abang muka Kea time tu, muka seposen!” Haikal sambung ketawa. Kea bengang.
“Eeeii! Mana adalah, bila?? Kea okay je time tu… Abanglah.” Kea sembunyi malu. Haikal masih terus ketawa. ‘Entah apalah yang di fikirkan dia waktu tu kan? Nak tanya, nanti lagi teruk aku kena… ish!’
“Eh Abang pula yang kena… Hmm… tapi waktu tu hati Abang dah mula mengharap pada Kea tau. Entahlah kenapa, mungkin sebab Kea garang sangat kot, dan mata ni, mata dengan pandangan berkaca, sebab mata ni lah buat Abang tak dapat tidur malam…” Ujar Haikal sambil merenung tepat ke arah anak mata Kea.
“Hmm… Cantik Isteri Abang ni… Untung Abang dapat memiliki Kea..” Puji Haikal, tersipu-sipu Kea menahan malu, marahnya yang tadi sudah lega. Aisey!~
“Alah, Abang ni adalah tu nak mengusik Kea! lain orang tanya, lain yang dia jawab. Kea tanya mana Abang jumpa rantai ibu ni, bukan tanya macam mana Abang jumpa Kea…”
“Ouh… Yang tu ke? Ermm… tak silap Abang, masa tu rantai ni dah termasuk dalam poket coat yang Abang pakai hari tu… tapi tak tahulah, termasuk atau di masukkan..” Tak habis lagi akalnya untuk mengusik Kea.
“Eh, tolong sikit ya… Takkanlah Kea nak masukkan…” Tingkahnya.
“Eh, Abang tak cakap Kea masukkan… Ha… siapa makan cili dia yang rasa pedas…” Haikal senyum nakal. Kea mencebik.
“Kea takkan buat macam tulah…”
“Ye ke? Boleh percaya ke ni? Manalah tahu Kea nak mandremkan Abang ke..”
“Nak mandremkan Abang dengan rantai emas tu?? Huish! Mahal tuuu… Membazir, orang tak mandrem guna barang kemas, dia tiup-tiup jee…” Bidasnya.
“Betul Sayang, Abang serius ni… Sejak hari tu Abang… Iskk…. aduhhh!” Haikal tiba-tiba mengaduh, dengan pantas Kea menoleh dan mendekati Haikal.
“Eh Abang! Abang okay tak ni?” Cepat dia menahan Haikal yang hampir jatuh. Kuat tangannya memaut tubuh lelaki itu.
“Aduhh… Sakitnya Sayangg…” Keluh Haikal sambil tangannya memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.
“Abang baring dulu… Mungkin terlalu penat ni, rest dulu. Nanti Kea ambilkan ubat.” Arah Kea, di bantunya Haikal untuk baring. Haikal menurut. Perlahan-lahan dia merebahkan badannya di atas katil.
“Abang tahan sikit ya..” Kata Kea, dia kelihatan sangat cemas.
“Sayang.…” Tangan Kea di pegangnya. Haikal kelihatan sedikit tenang daripada tadi.
“Ye.., Abang okay ke? Jangan buat Kea risau…” Raut wajah Kea kelihatan mendung. Haikal menghela nafas panjang.
“Abang okay, dah kurang sikit...” Jawab Haikal.
“Hmm…betul ni?”
“Ye sayang, tiba-tiba je tadi Abang rasa sakit.”
“Hmm… Alhamdulilah. Mungkin reflection saraf sedang bertindak balas. Itulah aktif sangat nak sakat Kea!” Haikal senyum mendengar rungutan isterinya.
“… Dahlah, Abang tidur dulu ya. Get enough rest…” Sopan Kea menyelimutkan suaminya.
“Hmm… I’m sorry Sayang…” Redup mata Haikal memandang Kea.
“Sorry untuk apa? Abang tak buat salah apa-apa pun dengan Kea… Biasalah tu, Kea tak pernah ambil hati dengan usikkan Abang… Kea kenal Abang, satu hari kalau Abang tak kacau Kea memang tak sah…” Balas Kea, anak rambut Haikal di usapnya lembut.
“Bukan… Bukan pasal tu Sayang...” Kea angkat kening.
“Habis tu pasal apa?” Dia mula tertanya-tanya.
“Maafkan Abang… Abang rasa Abang tak mampu nak jalankan tanggungjawab
Abang sebagai seorang suami dengan sempurna…” Air mata lelaki itu menitis.
“Abang, Kea tak kisah langsung. Lagipun Ibu ada pesan, tanggungjawab seorang suami tu besar… Sebagai Isteri, Kea kenalah tolong Abang. Abang tak payah risau ya, Kea ada, dan akan selalu ada buat Abang…” Kata-kata Kea sedikit sebanyak di palingkan kepadanya.
“Tipulah kalau Kea tak kisah langsung… Kea tak teringin ke nak jadi macam Isteri yang normal? Ada suami yang kuat dan sihat, mampu jaga Kea dengan baik……
“Alahh… Suami Kea ni pun kuat apa, handsome segak bergaya lagi tu.., Kea memang tak kisah, as long as kita happy, Abang sayang Kea, Kea sayang Abang, ha.. macam lagu dalam kartun Barney tuuu…
“…..I love you… You love me, we were happy family~ with a great big hug and a kiss from me to you…. Won’t you say you love me too…~” Sempat Kea menyanyikan lagu tema untuk kartun barney and friends tu sambil membuat memek muka yang comel. Haikal tertawa kecil, pipi Kea dicubitnya.
“Thank you Sayang, Abang janji Abang akan cuba buat Kea bahagia hingga hujung nyawa Abang… Abang janji Kea…” Kata-kata Haikal begitu meyakinkan. Sesak nafas Kea menahan sebak di dada. Dia faham perasaan Haikal sekarang, lelaki itu terlalu menderita. Terlalu jauh dia menolak dirinya hingga ke saat ini.
“Kea faham… Kea takkan merungut. Kea tak perlukan apa-apa pun. Cukuplah dengan kehadiran Abang disisi Kea… Kea dah sangat-sangat bersyukur” Pujuk Kea. Di rebahkan badannya baring di sebelah Haikal. Tanpa di sedari, dia juga turut mengalirkan air mata. Tubuh suaminya itu di peluknya erat. Haikal turut membalas pelukkan Kea, dia juga tidak mampu untuk berkata apa, tidak seperti pasangan-pasangan pengantin yang lain, tiada istilah ‘Malam Pertama’ buat mereka berdua. Entah bila dan waktunya, mereka terlelap sehinggalah bunyi azan subuh berlagu mengejutkan mereka.
6 comments:
ermm best sgt2 cter nie...harap2 kea n haikal dpt bersama :) romantik sgt dia owg berdua :)
Anonymous - thank u for reading.. insyaAllah, tunggu... hehe
Ara..smbg lg ye?kasi tripple pnjg..hahahah...membygkan yg kea tarik tgn haikal...then jln pgg tgn together2...hahahahah...mesti romantik... ;p
yup smbg lg ye sara kasi pjg2 :)
sarah & danishatul : InsyaAllah... tungguu.. thank u tau.. hehe..
p.s: si sarah ni suka sgt kan bab2 romantik niee..hehe :P
yunk..beshhh la..nxt chapter kasi pnjang lg k..dlm pale otak i ni dh ade mcm2 reaction kea...huhu
p/s:. i pon mmang suke sgt part romatic ni..same la ngan u dear!!!