Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 22

**KLIK : K.E.A 21

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Arggghhhhhh!!! Ya Allah, sakitnyaa!!!”

“… Eh!?” Jururawat-jururawat yang berada di sekitar kaunter terkejut bila terdengarkan suara seorang lelaki yang sedang menjerit kesakitan di wad 403-B. Dengan cepat mereka bergegas ke bilik itu.

“Encik, Encik kenapa ni!?”

“Argghhh!! Sakittttt!!!!” Habis semua barang-barang jatuh bersepai di lantai.

“Arggghhhhhh!!!”

“… Nurse, kenapa ni??”

“Doktor Yusoff, patient’s pressure suddenly dropped down!”

“Okay, let me have the summary!”

“Blood pressure less than 60/90, 55/87 to be exact! Heartbeart slow; 45 beats per minutes, patient now having shortness of breath..….

“Ya Allah! Encik Haikal, calm down… Bertenang Encik Haikal.”

“Argghhh!!”



‘EH, banyaknya miscall dari hospital?? Di antara pukul 10:35 malam hingga 11:00 malam!’ Di kerlingnya jam di tangan. ‘Ya Allah, pukul 12:00 malam dah!’ Cepat-cepat Kea mendail nombor yang sama menghubunginya. Mesti ada apa-apa yang tak kena ni. Hatinya mula berdebar-debar, jantungnya berdegup kencang! ‘Hish, my bad! Kenapalah aku ni selalu cuai, selalu saja phone tertinggal dalam kereta!’ Marah dia pada diri sendiri. Dia memang tak perasan yang telefon bimbitnya tu tertinggal di dalam kereta sewaktu menghantar Izat untuk boarding.

“Hello HUKM…” Suara operator kedengaran lembut dihujung talian. Mujur Kea ingat nombor sambungan Doktor Yusoff, kalau tak memang langsung tak boleh nak tembusi talian, waktu-waktu begini memang tiada siapa di kaunter utama.

“Hello, who’s that?”

“Faezah here…”

“Faezah, I ni Kea, I received calls from this number, but didn’t manage to pick up. Anything??”

“Oh Doktor Kea, yes we called you as regards to your patient, Haikal Hakimi Ashraf…”

“Hahh!! What happened to him??”

“He’s now under critical conditions, his pressure suddenly dropped. Doktor Yusoff now in charge.”

‘Ya Allah Haikall!!’

“Okay, okay. Thank you, I’ll be there in 30 minits!”


“DOKTOR YUSOFF, kenapa dengan Haikal….”

“Kea, Kea.., bawa bertenang. Dia dah stabil sekarang. Mari kita bincang dalam bilik.” Kea menurut arahan Doktor Yusoff, dia perlu bertenang. InsyaAllah, tak akan ada apa-apa terjadi dengan lelaki itu. Ya, tak akan! Dari jauh dia hanya dapat memandang Haikal yang sudah pun lena, mungkin telah di suntik dengan ubat pelali untuk menenangkannya.

“Kea, pesakit menderita gangguan saraf otak yang sangat teruk. Keputusan biopsi masih lagi di makmal, which is in process. Tapi untuk sementara waktu ni kami bimbang pesakit tak mampu untuk mengawal kordinasi badannya sendiri. Hmm, dia mungkin akan lumpuh buat sementara waktu atau masih berjalan tapi tak mampu untuk bergerak sendiri….”

“… and the result might be not good as what we expected….”
Terduduk Kea mendengar kata-kata Doktor Yusoff. Seserius itu???


“KEA…..”

“Ye sayang, you dah sedar. I’m here…” Kea mengusap lembut ubun-ubun lelaki itu. Haikal nampak tak bermaya, berbeza dengan keadaannya sewaktu dia meninggalkannya kelmarin. Dia tak sangka keadaan Haikal akan jadi bertambah teruk.

“I dahaga….”

“Dahaga? Sekejap ya, I ambilkan air untuk you.” Sahut Kea seraya menuangkan air kosong ke gelas dan kemudian menyuakannya kepada lelaki itu. Dengan cermat Kea membantu Haikal untuk bangun dari tempat pembaringannya.

“Perlahan-lahan Haikal…” Seteguk demi seteguk dia melihat aliran air melalui tekak Haikal. Haus benar agaknya.

“Erm, okay…”

“Okay, tidur lagi ya…” Haikal hanya mengganguk lemah, sekali lagi Kea membantu Haikal untuk kembali ke tempat asalnya.
Suasana sepi seketika.

“Kea… Masa I dah tak banyak….” Tersentak Kea bila terdengarkan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Syhhh… Kenapa cakap macam ni Sayang?”

“I dapat rasa Kea… I tak akan lama lagi dapat hidup….”

“Haikal… Jangan macam ni…”

“…… Kea, you boleh janji dengan I?” Pinta Haikal dengan matanya tepat memandang ke wajah gadis itu. Kea mengeluh, dia tak pasti janji apa yang di maksudkan oleh lelaki itu.

“Apa saja untuk you Haikal…”

Haikal menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya yang terhenti.

“Janji dengan I, kalau apa-apa jadi kat I nanti, you takkan menangis meratapi pemergian I, dan lagi…, I nak you selalu doakan supaya I boleh hidup tenang di sana, I dah terlalu banyak buat dosa Kea…, tak tertanggung rasanya untuk di pikul…”

“Haikal… I janji, I janji I akan tunaikan segalanya. But for now, please… I tak nak dengar semua ni, I yakin you akan selamat, kita masih ada banyak masa………

“…… I nak you selalu tahu yang I betul-betul sayangkan you, If there is another life to live, I will choose the life where I can be with you. Masa tu I akan jadi lelaki yang baik… I tak mahu ulangi apa yang I dah buat sekarang… I menyesal Kea, mungkin ini balasan Allah pada I…….”

“….. I selalu berharap untuk hidup bahagia bersama you, Kea...”
Air mata Kea sudah tak mampu di tahan lagi. Setiap bait kata-kata Haikal menembus terus ke hatinya. Dia takkan pernah berputus asa untuk meyakinkan Haikal yang dia masih mempunyai masa untuk mengecap kebahagiaan itu.

“Haikal…, tolong halalkan hubungan ini. Tolong halalkan hubungan kita, dengan setulus hati.., I mahu menjaga you hingga ajal yang memisahkan kita………”

No comments: