Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Showing posts with label Short Story 1. Show all posts
Showing posts with label Short Story 1. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Dan dengan ini, Aku berjanji...............................................

Psst : Percubaan pertama untuk menghasilkan cerpen yang ber-genre agak serius as compared to ADJ. afraid tak berjaya... hihi.. So, enjoy reading guys, and do drop some comments so that Ara boleh improve di masa akan datang...



PRANGGGGG!!!~

“Ya Allah!” Fatin tersentak bila pinggan yang berada di tangannya terlepas jatuh ke lantai. Habis berkecai. ‘Haishh! Satu kerja pula aku nak bersihkan ni.’ Dia merungut dengan kecuaian diri. Dicapainya penyapu dan kain basah untuk membersihkan serpihan kaca. Dia perlu cepat-cepat membersihkannya. Dia tunduk mengutip serpihan kaca sebelum disapu.

“Aduhh!!” Entah mana silapnya serpihan kaca itu tiba-tiba terkena jarinya. Apa lagi menggelupurlah dia bangun mencari sinki. Meleleh-leleh darah mengalir keluar dari lukanya.

‘Haishh..bala apalah pulak nie..’

“Sayang… kenapa??”

“Eh, Abang… Maaf ganggu Abang tidur. Aten terpecahkan pinggan ni. Mungkin tangan Aten licin, tu yang terlepas tu.”

“Hah?? Sayang.. kan Abang dah cakap, hati-hati. Sayang degil ya? Tengok sekarang, habis dah berdarah…Hmm” lantas saja tangan si isteri dipegang dan dibeleknya.

“Hah.. teruk nih, nak kena jahit lapan puluh empat jahitan ni.” Si suami cuba untuk berseloroh. Wajah isteri tersayang dipandangnya. Tersengih Fatin mendengar kata-kata suaminya itu. Takdelah besar sangat kesannya pun. Luka-luka manja jer… ‘lapan puluh empat jahitan!? Dasyhattt…!~’

“Sakit tak nie Sayang?” Fatin menggeleng.

“Tak sakit, suka!” jawabnya dengan suara yang sengaja dimanjakan.

“Mengada ya…”

“Alar..dengan suami Aten sendiri apa salahnya…” Tubuh lelaki itu dipeluknya mesra. Suaminya turut membalas pelukan si isteri. Fatin merasa saat ini sangat indah walaupun luka ditangannya sudah mula berdenyut.

“Abang… terima kasih sebab jaga dan sayang Aten…”

“Alah… kan Abang dah janji…..” Fatin tersenyum bahagia mendengar ungkapan suaminya. ‘Ya! Dia sudah berjanji… dan sudah pun mengotakan janjinya.’ Bisiknya perlahan, sambil kotak ingatannya menerawang mengingatkan masa lampau.

+++++++++++++++++++++++++++

“Hahhh! Pecah lagi! Apa saja yang tak kena lagi kat dapur tu!” Bising mulut Datin Maimon bila terdengarkan bunyi pecahan kaca di dapur. Keras saja langkahan kakinya menuju ke bahagian belakang.

“Hoi! Apa lagi yang kau buat ni!!? Habis semua barang dalam rumah ni kau nak jahanamkan ke??” jerkahan Datin Maimon mengejutkan Fatin yang memang dah sedia ada terkejut. Pucat muka anak gadis itu bila terpandangkan Datin Maimon yang dah macam Singa kelaparan. Bila-bila saja tunggu masa untuk menerkam!

“Err..ma.maa.afkan Aten Auntie…Aten tak senga..jaa…” Terketar-ketar dia meminta maaf.

“Minta maaf! Minta maaf!! Itu je yang kau boleh cakap?? Kau ingat kau anak tokey, sesuka hati je buat barang dalam rumah ni macam harta mak bapak kauu?? Hahh?? Cakapppp!!!” Makin kuat pula suara Datin Maimon menengkingnya.

Fatin terkedu. Sarang tebuan jangan dijolok.

“Hishhhhh!! Benci betul aku tengok muka kau nih! Patutnya mak kau dulu tanam kau hidup-hidup je, daripada dah besar menyusahkan orang! Tak gunaa!!” Datin Maimon macam dah kena rasuk, habis tubuh kecil itu dipukulnya. Berkali-kali pipinya ditampar. Tak cukup dengan tangan, hanger besi digunakannya. Terjerit-jerit Fatin itu merayu agar dilepaskan.

“Maafkan Aten Auntiee…maaf.. Aduh!! Sakit Auntie… Sakitttt!! Maaf.. tolonglah Auntie. Aten janji Aten tak buat lagi… Tolong Autiee…Aduhhh!!!” Mengeletar badannya bila dilibas dengan hanger besi tu.

“Maaf? Maaf kau tak jalan dengan aku. Kau ni memang nak kena ajar! Dah lama sangat tak kena kan!?” ditunjalkan pula kepala Fatin ke dinding cabinet. Habis rambut anak gadis itu dicarik-cariknya. Datin Maimon memang dah tak sedarkan diri!

“Aduh Auntiee.. sakitt! Tolong Auntie…” Tidak dihiraukan rayuan anak gadis itu. Selagi boleh badan kecil itu mahu dikerjakannya.

“MAMA!!!” Irham yang entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul, mengejutkan Datin Maimon yang sedang kerasukkan. Cepat-cepat Fatin berlari menyembunyikan diri di belakang washing machine. Teresak-esak dia menangis.

“Mama, apa yang Mama buat ni? Mama dah hilang akal ke buat Aten macam tu?” bertalu-talu Irham mengajukan soalan pada Datin Maimon.

“Apa?? Kau nak salahkan Mama pulak? Budak tak guna tu kau biarkan je??”

“Maa… Aten tu kecik lagi Ma. Apa sangatlah ‘tak guna’nya tu…Hmm.” Irham betul-betul kesal dengan sikap Mamanya. Nasib baiklah dia beringat untuk pulang awal malam ni. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi, mungkin Fatin dah layu terkaku tak bernyawa agaknya.

“Ahhh!~ yang kau asyik nak menangkan dia kenapa?? Aku ni Mama kau tahu, apa yang aku buat semuanya untuk kebaikan dalam rumah ni. Kau apa tahu? Keluar pagi balik malam!” tingkah Datin Maimon. Suaranya masih seperti tadi, kuat menyalak!

“Ma…”

“Sudahlah! Malas aku nak layan orang dalam rumah ni. Semuanya nak menyusahkan aku!” Datin Maimon berlalu meninggalkan Irham yang termanggu-manggu. Sepi seketika keadaan itu, yang jelas kedengaran hanyalah esak tangis Fatin. Perlahan-lahan Irham menghampiri Fatin.

“Fatin…..”Lembut saja sapaannya. Irham tak mahu Fatin terkejut dengan kedatangannya. Fatin masih lagi menangis. Tersedu-sedu dia menahan tangis yang masih berbisa. Simpati Irham melihat keadaan anak gadis itu. Rambutnya kusut masai, bajunya dah tertarik sana sini. Tiba-tiba mata Irham terpandangkan pipi Fatin yang akhirnya jatuh ke tepi bibirnya yang berdarah. ‘Ya Allah, apa yang Mama dah buat ni…’ bisiknya dalam hati.

“Fatin… Mari sini, Abang Ir tolong bersihkan luka tu…” Sekali lagi Irham cuba untuk memujuk. Fatin hanya menggeleng. Dia masih lagi takut untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Dia takut Auntienya itu akan datang balik dan memukulnya lagi.

“Fatin… jangan takut. Abang Ir ada ni… keluar yer..jom kita duduk kat buaian luar.” Kali ni Irham cuba menarik lembut tangan Fatin untuk keluar. Mustahil lah dia nak masuk duduk sekali di belakang washing machine tu. Fatin mula menggerakkan badannya sedikit demi sedikit. Irham tersenyum bila Fatin sudah mula memberi responses. Perlahan-lahan Fatin menggesotkan dirinya keluar dari tempat persembunyian.

…………………………………………………………………….

“Aduh…”sekali sekala terdengar Fatin mengaduh sakit bila Irham menyentuh kesan pukulan di badannya. Kesian Irhan melihat kesan-kesan hanger dan tangan yang masih melekat di tubuh anak kecil itu. Belum ditambah lagi dengan kesan lebam di pipi. Hurmm… Dia rasa bersalah pada Arwah Mak Uda, orang gajinya yang meninggal dunia tahun lepas ketika cuba untuk menyelamatkannya dari dilanggar. Mak Uda sanggup mengorbankannya nyawa semata-mata untuknya. Dia sangat terhutang budi dengan Arwah. Permegian Mak Uda meninggalkan gadis manis yang sangat cantik pada pandangan matanya. Fatin Ilya, tahun ini dia berumur 12 tahun. Baru sahaja menghabiskan peperiksaan UPSR pada bulan lepas. Bagi membalas jasa Arwah Mak Uda, dia dan keluarga telah sepakat untuk mengambil Fatin sebagai anak angkat mereka. Kebetulan pula Irham tidak mempunyai adik, kedatangan Fatin menyerikan hari-hari sepinya. Dia juga secara peribadi sudah berjanji untuk menjaga Fatin. Tapi entah kenapa sejak diceraikan Papa, Mamanya bersikap dingin terhadap Fatin. Tidak tahu dimana silapnya, pantang ada yang tak kena, siaplah anak gadis itu akan dimarahinya. Dia pun sekarang agak sibuk dengan kuliah luar dan study group. Tahun ini tahun terakhir dia di UITM.

“Sakit sangat yer?” Anak gadis itu menganguk.

“Maaf yer Abang Ir lambat datang.”

“Em. Takpe. Sikit je.” Fatin tersenyum tawar ke arah Abang Ir nya, dia takkan salahkan Abangnya itu sebab terlalu lambat datang untuk menyelamatkannya. Irham tunduk memandang lantai. Berkira-kira apa yang patut dilakukannya untuk menjauhkan Fatin dari Ibunya. Dia bimbang Fatin akan di apa-apakan lagi. Kebetulan pula awal tahun depan dia akan ke Ausie untuk menyambung pelajarannya.

“Fatin nak masuk sekolah asrama penuh tak?” Ideanya datang tiba-tiba.

“Maksud Abang Ir?”

“Untuk sekolah menengah nanti, kalau Fatin nak, Abang Ir boleh daftarkan.”

“Boleh ke?”

“Kenapa pula tak boleh? Boleh… kalau Fatin nak, minggu depan jugak Abang Ir pergi sekolah tu.” Lantas Fatin mengganguk tanda setuju. Kelihatan sinar di matanya. Irham juga turut tersenyum, Alhamdulilah lega hatinya. Sekurang-kurangnya dia tahu Fatin akan selamat disana. Tidak ada lagi sepak terajang yang perlu dilaluinya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Nanti Abang Ir jangan lupakan Aten ya.” Tersentuh hati Irham bila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mungil anak gadis itu. Dia tersenyum.

“Takkanlah Abang Ir nak lupa. Fatin jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal. Dah sampai nanti Abang Ir call Fatin ya.” Janji Irham. Dibongkokkan badannya sedikit mengadap Fatin.

“Abang janji tau…” lantas dia memeluk tubuh lelaki yang sudah dianggap sebagai Abang kandungnya sendiri. Teresak-esak dia menahan tangis. Irham juga sedih bila mengenangkan Fatin yang akan ditinggalkannya. Bila sudah berada di Ausie nanti entah bila pula yang dia akan pulang. Selain untuk melanjutkan pelajaran, ada kenalan di sana yang sudah menawarkan pekerjaan kepadanya. Entahlah, dia pun belum pasti bagaimana keadaannya di sana nanti. Fatin dipeluknya erat. Sungguh dia sayang pada anak gadis ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++

8 tahun kemudian.

“Baby…” Fatin menoleh ke arah suara yang memanggil. Dia tersenyum mesra.

“Bie…” Balasnya pula. Biasalah muda mudi zaman sekarang, kalau bercinta macam-macam nickname yang nak diberikan pada pasangan masing-masing.

“How’s your day? Rindu I tak?” soalan si lelaki sambil melemparkan senyuman yang nakal.

“Rindu…rindu sangat. Bie kenapa tak call I?”

“Alaa... I’m sorry sayang. I busy lar. Banyak assignment.” Jawapan cliché student kolej. Ehem! Fatin sengaja memasamkan mukanya. Ala, merajuk lah tu!

“Alaa… janganlah merajuk sayang.. Jom I belanja you tengok wayang.” Fatin tersenyum. Ah~ pandai saja dia ni nak memujuk aku.

“Jom!” lantas mereka berdua berlalu sambil beriringan tangan berjalan menuju ke kereta.

Fatin Ilya, gadis manis yang kini sudah pun berusia 20 tahun. Sekarang sedang menuntut di KLMU. Lapan tahun berlalu meninggalkan semua kenangan pahit yang pernah singgah di dalam dirinya.

+++++++++++++++++++++++++++

+ Irham Aizam : Fatin, Abang Ir akan balik Malaysia hujung bulan ni J
- Fatin Ilya : What?? Serious??
+ Irham Aizam : Yes, 27.12 nanti, Fatin ambil Abang Ir kat airport ya?. Boleh tak?
- Fatin Ilya : Boleh, boleh. InsyaAllah.. Seronoknya, Abang Ir dah nak balik! Tak sabar Aten nak jumpa Abang.
+ Irham Aizam : Yelah, Abang Ir pun dah tak tahan nak tengok Adik abang yang sorang ni. Macammanalah keadaannya sekarang yer. Mesti makin cantik.
- Fatin Ilya : Mana adalah Abang. Aten masih macam dulu, budak comot!;P
+ Irham Aizam : Hehehe. Well~ will see nanti. J
- Fatin Ilya : Okay!!! ;D

Fatin mencapai kalendar di hujung katil. 27.12.2010, dipangkahnya besar-besar nombor tu ‘ABG IR NAK BALIK!’. Tersenyum dia seketika bila mengenangkan Abang Ir nya itu. Sudah hampir sembilan tahun dia tak berjumpa dengan dia. Yang menjadi penghubung hanyalah Yahoo Messanger, Email dan phone. Lima tahun setelah tamat pengajiannya, Abang Irham memilih untuk bermastautin dan bekerja di Ausie. Nak cari pengalaman katanya. Mungkin sekarang pengalamannya dah penuh dan kini mahu pulang ke Malaysia. Mungkinlah!~ Fatin berteka-teki sendiri. Wahh!~ tak sabarnya nak jumpa diaaaa!! Anak patung Bear pemberian Irham dipeluknya erat.

+++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum….” Hati Fatin berdegup dengan kuat bila terdengarkan suara yang sangat dirinduinya. Dipalingkan badannya menghadap si empunya suara.

“Waalaikumussalam….. Abang Ir…..” Bagai mahu luruh jantungnya ketika menatap wajah Itu.

“Hai Fatin…”

“Abang Ir ke ni?? Wah… segaknya!” Fatin tergamam sebentar. Abang Ir nya dah banyak berubah. Kacak dan kemas penampilannya.

“Yelah… Abanglah ni. Ala, Fatin pun sama. Dah anak dara dah, Berseri-seri sekarang ni. Apa rahsia?” Irham cuba untuk menyakat Fatin. Tersipu-sipu dia malu.

“Datang dengan siapa ni?” Soal Irham.

“Dengan kawan, tu..” Dia menjuihkan bibirnya ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka.

“Hello…” Sapa lelaki itu setelah kini berhadapan dengan mereka berdua.

“Hariz, kenalkan Abang I, Irham… Erm, Abang Ir… ni kawan Aten, Hariz.” Mereka sekadar tersenyum mengganguk, sambil berjabat tangan.

“Abang?” Hariz seakan terkejut.

“Abang daripada keluarga angkat I..”

“Oh, Abang Irham… Patutlah beriyer-iyer je ajak saya teman ke airport, rupanya nak jemput Abang tersayang… Naik berdarah dah telinga ni asyik dengar dia sebut nama Abang je… Abang Ir tu, Abang Ir ni, tak sangka pula hari ni dapat berjumpa.” Hariz cuba mengusik. Irham tersenyum bersahaja, dia memang agak kekok untuk memulakan bicara dengan orang yang baru dikenalinya. Tak tahu nak mula, katanya.

“Fatin selalu mengumpat pasal Abang Ir ya?” Duga Irham. Fatin tersipu-sipu malu.

“Mana ada Abang Ir, memandai je Hariz ni… Err.. dahlah, jomlah balik, nanti Mama marah pula sebab bawa Abang Ir balik lambat.” Tingkahnya, cuba untuk menukar topik perbualan. Ah~ malulah aku kalau diusik macam ni. Merah mukanya menahan malu.

Mereka berdua tergelak melihat telatah Fatin yang malu diusik.

“Oklah, jom. Abang pun dah letih seharian dalam flight ni.” Ajakkan Irham melegakan hati Fatin, selain tak mahu diusik lagi, dia bimbang akan tanggapan Auntie Maimon jika anaknya itu dibawa pulang lewat.

Tanpa berfikir panjang mereka bertiga serentak menghayun langkah menghampiri kereta. Tak banyak yang dibualkan sepanjang perjalanan. Mungkin masing-masing sudah letih, atau kekurangan idea untuk menuturkan kata. Alih-alih semuanya senyap sehinggalah sampai ke destinasi yang hendak dituju.

+++++++++++++++++++++++

“Baguslah kamu dah balik Irham… bolehlah kamu tolong siapkan majlis si Fatin tu..” kata-kata Auntie Maimon kepada Abang Ir mengejutkan Fatin dari suapannya. ‘Majlis aku??’

“Majlis apa Mama? Fatin tak bagitahu apa-apa pun?” Irham menoleh memandang Fatin yang juga kehairanan.

“Aten pun tak tahu Abang Ir…” Jawabnya. Mama Maimon yang bersahaja menyuapkan nasi ke mulutnya dipandang dengan seribu makna tersirat.

“Mama nak kahwinkan Fatin dengan Tuan Zaki.” Hampir tersembur air yang diminum oleh Fatin ketika itu.

“Apa maksud Auntie?” Soalnya.

“Yer, kahwin! Kau tak faham maksud kahwin!? Tuan Zaki tu dah lama nak kat kau, kau pun sekarang bukannya kecil lagi. Dah tak larat aku nak menanggung kau! Dari kecil sampailah dah besar macam ni, cukup-cukuplah tu hidup menyusahkan aku sekeluarga…”

Pedih hati Fatin mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Datin Maimon. Hina sangat dia pada pandangan wanita itu.

“Auntie, apa Auntie cakap ni? Aten masih muda… belajar pun tak habis lagi, dan lagi Aten tak kenal pun siapa lelaki yang Auntie maksudkan tu..” Mutiara jernih sudah mula terbit dari kelopak matanya. Entah apalah salahnya pada keluarga itu. Dari dulu sampai sekarang, tak sudah-sudah wanita itu mengherdiknya.

“Yelah Mama, kenapa tiba-tiba nak kahwinkan Fatin?” Irham pula mula bersuara. Dia pelik kenapa Mamanya beriya benar menyuruh gadis itu untuk berkahwin.

“Aku dah tak sanggup nak bela budak ni! Banyak dah duit aku habis sebab nak menanggung makan minum dia. Lagipun biarlah dia kahwin, senang, ada orang yang boleh jaga dia.” Mudah saja Datin Maimon menuturkan kata, sesenang menjual ikan di pasar yang itu pun belum tentu habis jualannya.

“Hmm… Kenapa buat macam ni Ma?.. Fatin ni bukannya sesiapa, dia kan keluarga kita juga.” Irham cuba memujuk Mamanya. Dia bersimpati dengan nasib Fatin. Ingat kan dah bertahun-tahun duduk merantau, Mamanya akan berubah, tapi layanannya terhadap gadis itu masih tetap sama. Umur Mamanya bukannya muda lagi, sudah mencecah 50 tahun… Apa sangatlah dosa yang dilakukan oleh Fatin sampai Mama membencinya. Kebenciannya tak pernah surut, semakin bertambah lagi ada.

“Yang kau ni dari dulu sampai sekarang nak manjakan dia kenapa?? Aku dah pun berjanji dengan Tuan Zaki tu, bulan depan nak taknak diorang mesti kahwin! Persiapan semua aku dah atur, tinggal nak duduk dan sanding je. Senang kan? Apa lagi yang dia nak??” Bentak Datin Maimon. Pinggan nasi yang masih lagi bersisa ditolaknya ke tepi, hampir saja jatuh menyembah bumi.

“Batalkan saja perjanjian Mama dengan lelaki tu!” Tingkah Irham tiba-tiba. Hampir tersembul biji mata Datin Maimon bila Irham bersuara.

“Kau nak bantah kata-kata aku pulak??” Datin Maimom seperti hilang kewarasan. Anak lelakinya pula menjadi mangsa tempikkan. Fatin yang sedari tadi hanya mampu mendengar pertengkaran diantara dua beranak itu sudah mula teresak-esak menangis.

“Bukan membantah, Ir Cuma mahu membetulkan keadaan. Apa yang Mama buat ni salah. Fatin ada hidup dia sendiri, Mama pun tahu kan?” Irham cuba mengawal perasaannya sebaik mungkin. Dia tak mahu disebabkan hal ini nanti dia digelar anak derhaka.

“Aku tak tahu! Aku tak tahu apa-apa, dan tak ingin nak amik tahu. Dia bukan sebahagian daripada keluarga aku, dia Cuma anak yang ditinggalkan, hidup menumpang di rumah aku!”

“Hmm… Baiklah… Baiklah kalau Mama dah putuskan macam tu. Ir izinkan Mama untuk teruskan majlis tu… Mama nak Fatin kahwinkan? Okay dia akan kahwin…”

“Abang Ir…….” Fatin bersuara lemah. Lengan lelaki itu digoncangnya. Dia tak sangka lelaki yang selama ini mempertahankannya tegar membiarkan dia diperlakukan begitu. Punah sudah harapan untuk berpaut. Dipandangnya Datin Maimon yang sedikit demi sedikit sudah pun mengukir senyuman sinis diwajah tuanya.

“…… Fatin akan berkahwin, tapi Cuma dengan Ir..…”

Tersentak Datin Maimon mendengar kata-kata tegas yang keluar dari mulut anak lelakinya itu. Fatin apatah lagi, hampir saja dia jatuh terduduk rebah diatas lantai rumah itu.

‘Ya Allah………….’

Suasana rumah menjadi lenggang, sunyi sepi seperti tak berpenghuni.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Fatin… Maafkan Abang…” Bahu gadis itu yang kini telah pun sah menjadi isterinya dipegang lembut. Dia tahu gadis itu kini sangat membencinya. Sejak dari mulanya majlis sehinggalah tetamu terakhir mengangkat kaki untuk pulang, wajah gadis itu tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda gembira di atas perkahwinannya. Irham sedar akan hal itu, dia tahu apa yang baik untuk Fatin, dia bukan sengaja ingin mengambil kesempatan, dia kenal Mamanya, dia tahu apa yang mampu Mamanya buat jika arahannya ditolak. Demi Allah, dia hanya mahu melindungi gadis itu.

“Fatin marahkan Abang ya?”

Fatin masih lagi mendiamkan diri. Wajah Irham tidak langsung dipandangnya.

“Fatin… Jangan macam ni, kan Abang dah minta maaf? Apa yang Abang buat ni semuanya untuk kebaikkan Fatin…” Pujuk Irham lagi, resah dia memikirkan keadaan Fatin ketika itu.

“Untuk kebaikkan sehingga sanggup menghancurkan hidup Aten?? Abang Ir dengan Auntie sama saja! Aten benci Abang Ir!! Seumur hidup Aten takkan maafkan!!” Tingkah Fatin kuat, sambil berlalu menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Terkesima Irham mendengar luahan yang keluar dari mulut gadis itu. Dia tak sangka Fatin akan berkata begitu. ‘Hmmm… Fatin….’ diraup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Dia yakin satu hari nanti, gadis itu akan mengerti.

………………………………………………………………………

Pili paip dibuka sehabis boleh, air yang keluar deras dibiarkan mengalir laju. Di dalam bilik itu, dia menangis semahu-mahunya. Di dalam bilik itu jugalah dia meratap nasib malang yang menghantuinya.

‘Apa salah aku!!?………… kenapa sebegini berat ujian yang Kau timpakan padaku? Terlalu sukar untuk aku hadapinya Ya Allah…….’

Sudah terbayang kesulitan yang terpaksa dihadapinya nanti. Hariz?? Ya Allah, apa yang harus aku katakan padanya? Dapatkah dia menerima semua ini? Dapatkah dia menerima aku yang kini sudah pun bergelar isteri orang?? Wajah Hariz berlegar-legar dipandangan matanya. Lelaki itu sudah hampir setahun menjadi peneman hatinya. Argghhh!! Dia kusut, kepalanya serabut memikirkan cara untuk melepaskan diri dari situasi ini… Matanya di pejam erat, tidak mampu lagi untuk dia terus bertahan… dan entah bila dan ketikanya, dia terlena. Lena dibuai mimpi yang amat menakutkannya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Fatin mari makan sekali…”

“Tak apalah, Saya tak lapar, lagipun saya dah lewat…” Jawab Fatin acuh tak acuh, ajakan Irham tidak langsung dipedulikannya. Sakit hatinya masih lagi penuh terbuku di hati.

“Alah, biarkanlah dia! Tak habis beras kat rumah aku ni nanti.” Datin Maimon yang duduk sekali di meja makan menyampuk keras.

“Fatin dah jadi isteri Irham, Mama… Dia tanggungjawab Ir sekarang….”

“Alahhhh! Kau je yang sibuk nak buat baik dengan dia, tapi dia? Kau tengoklah macam mana dia layan Kau!”

“Hmm… Saya pergi dulu.
“….. Erm, mungkin tak balik malam ni…..” Akhirinya sambil berlalu.

“Fatin……..”

“Fatin, tunggu dulu.” Pantas Irham mengejar Fatin yang sudah pun hilang dari pandangan matanya.

“Fatin… tunggu Abang….”

Fatin menghentikan langkah kakinya.

“Ada apa?” Soalnya. Tidak sedikit pun matanya memandang Irham.

“Fatin nak pergi mana malam ni? Kenapa tak balik?” Soal Irham. Atas bawah matanya memerhatikan isterinya.

“Saya ada hal.” Jawabnya ringkas. Irham memandang lembut wajah Fatin. Ada sesuatu yang lain dalam perbualan mereka. Saya? Fatin membahasakan dirinya sebagai Saya? Irham sedikit kecewa, Fatin memang langsung tak bagi muka padanya, sejak dari majlis perkhawinan mereka minggu lalu, tiada lagi masa yang diluangkan bersama.

“Hal apa? Bagitahulah Abang, kalau ada apa-apa nanti senang Abang nak cari…”

“Tak perlu susah-susah nak cari Saya, Saya boleh jaga diri Saya sendiri.” Tingkahnya sambil melangkah keras meninggalkan Irham yang sedikit terkejut mendengar kata-katanya.

‘Hmmmph…’ Irham mengeluh. Tak tahu apa lagi yang harus dicakapkan. Fatin terlalu marah dengan dirinya. Handphone di kocek seluar dikeluarkannya. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya dan dia tahu siapa yang boleh memujuk Fatin untuk keluar dari kepompong kemarahannya.

“Hello………”

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Hai baby.” Fatin menoleh ke arah suara yang menyapa.

“Hariz…” Sayu hatinya menyebut nama lelaki itu.

“Kenapa ni sayang? Muram je, siapa kacau sayang I nie?”

Fatin tersenyum pahit. Dia menarik nafas panjang. Dia tak boleh lagi merahsiakan status dirinya daripada lelaki itu. Dia harus berterus terang. Ya! Harus.

“Hariz, I ada sesuatu nak bagitahu you…” Ujarnya perlahan tetapi dalam nada serius.

“I… I… dah.. kha..win…” tergagap-gagap dia menuturkan kata. Matanya dipejam erat. Tak sanggup rasanya dia hendak berlaga mata dengan lelaki itu. Lama dia tunggu sebelum Hariz bersuara.

“I dah tahu…” Jawapan Hariz benar-benar mengejutkan Fatin. Fatin membuka matanya dan sedar-sedar tangannya sudah pun berada di genggaman lelaki itu.

“Dah tahu??” Soalnya.

“Ya, Abang Irham yang bagitahu…”

“Abang Ir??? Bila?? Dia cakap apa??”

“Tentang itu, you tak perlu tahu. Man’s talked. I tak kisah dengan status you sekarang.” Ujar Hariz sambil tangannya lembut mengelus rambut Fatin yang masih lagi kebingungan.

“Are you sure Hariz? I mean you tak kisah langsung dengan…..

“Syhh Sayang… Dahlah, I’m serious, tak perlu lagi kita ungkit pasal hal ni. Benda dah jadi, kita tak boleh elak, kita tunggu dan lihat jelah apa kesudahannya nanti..” Bidas Hariz tanpa sempat Fatin menghabiskan kata-katanya.

Fatin terdiam. Dia tak sangka Hariz sanggup menerima dirinya seadannya. Dia tak sangka Hariz sebaik itu! Hatinya berbunga kembali, dia tahu dia tak perlu takut untuk ditinggalkan oleh lelaki itu. Dia yakin satu hari nanti Abang Ir akan menceraikannya dan di saat itu dia pasti akan menjadi milik Hariz sepenuhnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terjungkit-jungkit Fatin melangkah masuk ke bilik itu. Bilik yang pada mulanya disediakan untuk malam pertamannya. Malam pertama?? Huh! Mustahil! Sejak dari hari pertama perkhawinannya sehinggalah sekarang, inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke dalam bilik itu. Dia mahu mengambil barang-barang miliknya. Kata Bibik, pagi tadi semua barang kepunyaannya telah dialihkan ke dalam bilik itu.

“Atas arahan siapa??”

“Arahan Tuan Irham Bu…” Hish!! Bengang hatinya tak terkata. Tak cukup dengan menyakitkan hatinya, kini barang-barangnya pula yang menjadi mangsa.

‘Ish, kat mana ni…’ Terkial-kial dia memandang sekeliling. Fuh!~ besar betul bilik nie.

“Assalamualaikum Fatin….”

“Err!
“Wa..alaikum.musalam…” Tergagap-gagap dia menjawab salam yang diberikan Irham. Entah bila masanya lelaki itu sudah berdiri tegak memerhatikannya.

“Fatin cari apa?”

“Cari barang.” Jawabnya ringkas sambil matanya masih liar memandang sekeliling.

“Barang apa?” Soal Irham lagi.

“Hish! Barang sayalah. Kenapa pandai-pandai alihkan ke sini??” tingkahnya agak kuat.

“Dalam bilik ni semuanya barang kita. Ambil saja apa yang Fatin mahu.”

Fatin mendengus geram.

“Fatin, we need to talk”

“Tiada apa yang perlu kita cakapkan… Oh ya! By the way, thanks sebab bagitahu Hariz tentang hal kita dan lagi, saya harap awak akan lepaskan saya secepat mungkin.” Hilang sudah rasa hormatnya pada lelaki yang dulu dianggapnya sebagai abangnya sendiri. Tiada lagi panggilan ‘Abang’ yang selalu digunakannya.

Fatin mula menghayun langkah untuk meninggalkan bilik itu, tapi sempat ditahan oleh Irham. Lengan Fatin dipegangnya dan tak sampai beberapa saat Fatin menepis kasar pegangan itu.

“Fatin please, let me explain. Bagi Abang peluang untuk menerangkan keadaan sebenar. Kalau Fatin bersikap macam ni, sampai bila pun masalah kita takkan selesai. Please?” Dengan penuh sabar Irham memujuk isterinya.

‘Hmmmm…….’ Fatin mengeluh. Perlukah aku beralah? Untuk pertama kali selepas dari majlis hari tu dia mengangkat muka memandang wajah lelaki yang dianggap pemusnah hidupnya.

“Fatin, percayalah. Abang buat semua ni untuk kebaikkan Fatin, Abang tak berniat pun untuk mengambil kesempatan, apatah lagi nak menghancurkan hidup Fatin. Abang buat semua ni sebab Abang nak selamatkan Fatin dari rancangan Mama. Fatin tahukan apa yang Mama boleh buat kalau kita bantah arahannya?”

“Tapi ada banyak cara lain yang awak boleh fikirkan, selain cara ni!”

“Apa cara lain yang boleh Abang fikirkan selain cara ni? Waktu tu Abang dah terdesak. Abang dah tak boleh nak fikir cara lain. Apa yang terlintas itu yang Abang cakapkan. Abang tak sanggup tengok Fatin khawin dengan lelaki yang entah dari mana usal usulnya tu…” terang Irham dengan panjang lebarnya.

Fatin mencebik ‘Aku ni dah umpama keluar mulut naga masuk mulut buaya tahu tak???’ dipandangnya wajah lelaki atau lebih tepat suaminya dengan pandangan yang tersirat. Sebenarnya dia sudah terfikir untuk memaafkan Irham pabila mendapat tahu yang lelaki itu menghubungi Hariz untuk menceritakan hal yang sebenar. Tapi, hatinya tak selembut fikirannya….

“Saya tak tahu nak cakap apa… Hariz pun dah kata, benda dah jadi, dah tak boleh nak patah balik. Saya harap awak boleh fikirkan cara untuk lepaskan saya secepat mungkin…” Berkerut dahi Irham mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Fatin. Masuk kali ini dah dua kali Fatin mengingatkan dia untuk melepaskannya.

“Hmmm… Fatin.. Okay, okay.. Abang akan lepaskan Fatin, tapi dengan bersyarat…..”

Mata Fatin buntang memandang Irham. ‘Dahlah kau musnahkan hidup aku, dan sekarang bila aku tuntut balik, kau nak bersyarat-syarat segala!’ bentak hatinya.

“Syarat apa??” Soalnya keras.

“Satu, Abang akan lepaskan Fatin bila Abang yakin Mama takkan bahayakan Fatin lagi…. Dua, Abang nak Fatin panggil Abang, Abang… dan Fatin bahasakan diri Fatin macam yang selalu Fatin buat…”

Dahi Fatin berkerut.

“Macam yang Fatin buat?”

“Ya, Kalau betul pun Fatin nak marahkan Abang, tolong jangan bahasakan diri Fatin, saya dan awak lagi. Atleast, hormat Abang sebagai orang yang lebih tua dari Fatin…”

“Em, okay. Lagi? ada lagi??”

“Dan yang terakhir, Abang nak Fatin tidur dengan Abang…”

“Hahhh!!??”

“Maksud Abang, tidur satu bilik dan satu katil dengan Abang. Jangan risau, Abang takkan sentuh Fatin. Abang Cuma taknak Mama fikir lain kalau nampak kita tidur berasingan… Fatin boleh buat tu?” Soal Irham kepada Fatin yang terkebil-kebil memandangnya.

Fatin melepaskan keluhan berat. ‘Boleh caya ke dia ni? Kalau ikan dah tergolek-golek di depan mata, takkan tak terusik hati si kucing untuk menerkam kan!?’

“Err… yang terakhir tu memang kena buat ke?...”

“Kena kalau Fatin nak Abang lepaskan Fatin… It’s all up to you..” Katanya sambil berlalu meninggalkan Fatin yang masih tercari-cari jawapan untuk syaratnya yang ketiga.

Glurppp!~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perlahan-lahan Irham merapati katilnya yang kini sudah pun berpenghuni. Dia tersenyum puas, Alhamdulillah… Dia tahu sedikit sebanyak Fatin sudah pun memaafkannya. Diperhatikan wajah Fatin yang sudah pun lena dibuai mimpi. Untuk pertama kali dia dapat melihat muka Fatin dengan jelas dan sedekat ini. Diselak anak rambut yang jatuh mengenai dahinya. Dia tak pernah sangka anak gadis yang selalu dibelanya kini sudah pun menjadi isterinya yang sah.

Comforter yang sudah pun jatuh ke pinggang Fatin, dibetulkannya. Sekarang gilirannya pula untuk mengambil tempat. Dia juga sudah letih seharian cuba untuk menyelesaikan masalah yang datang bertimpa-timpa. Dia baring mengadap Fatin yang membelakanginya. Dia tak kisah, biarlah kalau ada yang mengata dia sebagai lelaki yang dayus atau apa. Yang penting sekarang, keselamatan dan kebajikkan Fatin harus dijaga. Dia sudah berjanji, dan sekarang dia sedang cuba untuk mengotakannya.

‘Mak Uda… Irham janji akan jaga Fatin walau nyawa Irham yang menjadi taruhannya…’ Matanya tertutup kejap selepas membisikkan ayat itu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Fatin, nak pergi mana?” Soal Irham bila terlihat isterinya yang sedang bersiap-siap untuk keluar. Jam di dinding dikerlingnya. Hampir pukul 10.00 malam.

“Fatin nak jumpa Hariz!” Jeritnya dari arah tangga. Dia lupa yang dia berada dirumah keluarga Irham. Dia lupa ada orang lain yang boleh mendengar jeritannya.

“Kau nak pergi mana Fatin!?? Lelaki mana yang kau nak jumpa??” Soal Datin Maimon yang entah dari mana munculnya.

“Err… A..tenn, Aten….” ‘Aduh! Macammana nihh…!?’ menggeletar badannya ketika itu.

“Sayang, dah siap? Jomlah…” Irham tiba-tiba datang menyelamatkan keadaan.

“Er, okay, okay dah siap…” Tergagap-gagap Fatin menyambut panggilan Irham.

“Ma, kami pergi dulu…” Dengan selamba Irham menarik tangan Fatin untuk mengikutinya. Datin Maimon hanya memerhatikan tingkah mereka dengan ekor matanya.

“Kau jangan nak bela sangat isteri kau tu Irham…..” sayup-sayup kedengaran suara Datin Maimon melemparkan kata-kata sinis.

‘Kau orang jangan ingat aku tak tahu…’

………………………………………………………………………….

“Fatin nak jumpa Hariz di mana?” Soal Irham setelah mereka berdua Berjaya melepaskan diri daripada Datin Maimon. Enjin kereta BMW milik Irham sudah mula dihidupkan.

“Err, Restoran Gazebbo. Em, Abang Ir hantar Aten kat bus stop hujung jalan tu jelah. Aten boleh naik teksi.” Pintanya.

“Tak mengapa. Abang hantarkan. Dah lewat ni, takkan nak biarkan isteri Abang jalan sorang-sorang.”

Fatin terasa agak kekok bila Irham menyebut perkataan ‘isteri’ dihadapannya dan bertambah kekok lagi bila Irham ingin menghantarnya. Suami menghantar isteri untuk berjumpa dengan kekasih isteri? Dia pelik, betul Irham tak kisah atau pura-pura tak kisah?? Dia semakin gelisah.

“Fatin jangan bimbang, Abang takkan ikut sekali, Abang hantar then maybe Abang keluar dengan kawan-kawan Abang… Once finish, Fatin call Abang, kita keluar berdua, balik pun mesti berdua…” Arahnya dalam nada tegas.

Fatin hanya mengganguk. Dia pun kurang pasti apa yang sedang dia lakukan…

……………………………………….

“Okay, Abang dropped sini. Dah siap nanti call Abang, I’ll be around here je… Take your time, no rush.” Kata Irham seraya memecut laju keretanya meninggalkan Fatin yang termanggu-manggu.

‘Ah lantaklah!’

………………………………………..

Dari jauh sudah kelihatan kelibat Hariz yang menantinya. Dia tersenyum manis memandang Hariz. Tampak segak dia malam ni, memang kalau nak dibandingkan dengan Irham, Hariz pasti jauh ketinggalan, tapi dia tak kisah. Hariz terlebih dahulu Berjaya mencuri hatinya.

“Sayang…. Sorry I lambat.”

“It’s okay Sayang, I pun baru je sampai ni. You datang dengan apa?” Soal Hariz.

“Err… Abang Ir hantar.” Jawapnya ringkas.

“Oh… Emm, okay… Jom order makan dulu.” Fatin nampak Hariz cuba untuk tidak bercakap mengenai perihal Irham. Dia faham, dia takkan paksa. Dia tak mahu merosakkan mood mereka. Menu ditangan ditelitinya.

“……. Eh sayang, you orderlah dulu… I nak pergi toilet jap, nak terkucil lah..hehe..” Fatin tersengih mendengar kata-kata Hariz.

“Okay, apa saja I order, you makan tau?”

“Anything from you Darling…” Jawabnya sambil bergegas pergi mendapatkan toilet. ‘Dah tak tahan sangatlah tu!’ menggeleng Fatin dengan kelakuan Hariz.

“Dik, bagi dua beef steek, 1 fresh orange, 1 watermalon juice..” Pintanya. Si pelayan mengganguk faham sambil mencatatkan makanan yang dipesan.

“Itu saja kak? Ada apa-apa lagi nak tambah?”

“Takde dah. Terima kasih ya…” Ujarnya sambil tersenyum.

“Okay..”

Fatin memerhatikan sekeliling. Tak ramai seperti selalu. Restoran ni memang terkenal dengan masakan western-nya. Datang sekali, pasti nak datang selalu!

Tiba-tiba matanya terpaku pada handphone blackberry kepunyaan Hariz.

‘Hish dia ni, letak handphone merata-rata… kang tak pasal-pasal pula kena curi!’ bebelnya didalah hati. Handphone itu dicapainya. Entah kenapa hatinya tergerak untuk memeriksa BBM-nya, lantas…

+ Natasya : Baby, where are you? I miss you badly… :(
- Hariz Zali : Sorry Hun, I dengan kawan, I miss you too! Later I meet u k? :-*

Terbeliak mata Fatin membaca message itu. Hampir luruh jantungnya!

“Eh sayang, buat apa dengan handphone I tu. Pulangkan balik…”

“Who’s Natasya, Hariz??” Jelas Hariz terkejut dengan soalan cepumas yang diberikan Fatin.

“Natasya?? Ouh, my friend’s girlfriend. Tadi dia pinjam handphone I, handphone dia bateri kong.” Yakin saja mukanya memberikan keterangan. Fatin masih tak berpuas hati.

“Are you sure?”

“Oh, come on sayang… Don’t you trust me?” Hariz menuturkan kata sambil membuat memek muka kesian. Dan seperti biasa, Fatin mengalah, dia percaya Hariz takkan mempermainkannya.

“Buang message tu, I tak suka.”

“Okay sayang… ish, dahlah... spoiled mood lar! Tu makanan dah sampai, kita makan dulu ya.” Pujuk Hariz. Fatin hanya mengganguk mengiyakan ajakkan Hariz. ‘Dahlah Fatin, takde apa-apa tu…’ Bisik hati kecilnya.

“Errmmm….”

………………………………………………………………………………….

“Fatin!”

“Err… Mama..” Terkejut Fatin bila tiba-tiba disapa oleh Datin Maimon. Langkah kakinya terbantut.

“Tak payah kau nak panggil aku Mama, benci aku dengar!” Balas Datin Maimon kasar. Fatin mengeluh, sampai bila wanita dihadapannya ni nak berubah, dia pun tak pasti.

“Ada apa Ma, eh Auntie..?”

“Aku nak kau suruh Irham ceraikan kau dan tinggalkan kami!” Ucap Datin Maimon. ‘Wahh! Semudah itu dia menyuruh aku untuk berbuat itu dan ini!?’ Bentaknya didalam hati. Dia sendiri sangat menginginkan hal itu, tapi anaknya saja yang tak mahu melepaskan dia.

“Auntie beritahulah dia sendiri, saya dah banyak kali cakap, tapi Abang Ir tetap tak mahu…” Balasnya. Jarang sekali dia dapat berbuat begitu, selalunya dia hanya mampu tunduk memandang lantai.

“Dah pandai menjawab kau sekarang ni??” Datin Maimon tiba-tiba naik angin.

“Bukan macam tu, Auntie kan Mamanya Abang Ir, mungkin kalau Auntie yang cakap, Abang Ir akan dengar….”

“Kau ni macam takde otak nak fikir kan!!!” Marah Datin Maimon, ringan saja tangannya menolak Fatin. Tapi entah di mana silapnya, Datin Maimon tak perasan yang kedudukan Fatin terlalu hampir dengan tangga. Mungkin tolakkannya terlalu kuat sehingga menyebabkan Fatin terdorong ke belakang, dan…

“Auntie!!!” semuanya sudah terlambat, Fatin kini sudah pun terbaring kaku di kaki tangga. Darah pekat mula keluar mengalir melalui kepalanya. Dari atas tangga, Datin Maimon kelihatan tersenyum puas.

……………………………………………………………..

“Isk! Sa..kit…”

“Fatin…. Alhamdulilah, Fatin dah sedar. Jangan banyak bergerak ya…” Irham lega, ubun-ubun gadis itu diusapnya lembut… sedari pagi dia di situ. Panggilan telefon dari bibiknya benar-benar membuatkan jantungnya berhenti berdegup. Mujurlah tiada apa yang serius. Cuma luka di kepala dan pergelangan kakinya yang retak sedikit. Walaupun begitu, hatinya tetap risau.

“Hariz…,” Irham tersentak bila nama itu yang disebut Fatin. Air mukanya berubah.

“Hariz takde kat sini Fatin… Fatin berehatlah dulu, jangan banyak bercakap…” Irham masih mampu memujuk, walau dia tahu hatinya sakit. Sakit?? Kenapa perlu aku rasa begitu?? Wajah pucat Fatin dipandangnya. Mungkinkah aku sudah mula menyayanginya? Atau lebih tepat mencintainya?? Irham berteka-teki sendiri.

“Abang Ir… tolong cari Hariz, Aten mahukan dia…” Balas Fatin dalam nada seakan mahu menangis. ‘Abang ada disini Fatin, kenapa mesti dia?’ Soalnya seakan mahu isterinya mengerti tentang kehadirannya disini.

“Syhh… sudahlah Fatin, nanti Abang cari dia..” Putusnya. Dia mengalah. Sebuah keluhan berat dilepaskannya.

Sesudah saja Irham berjanji untuk mencari Hariz, Fatin terus senyap, mungkin kesan ubat masih lagi berbaki, dia terlena. Irham membetulkan selimut isterinya dengan penuh kasih sayang, anak rambutnya diusap lembut dan sebuah kucupan hinggap di dahi Fatin. Dia kemudiannya berlalu keluar dari bilik itu, ada hal yang mahu ‘diselesaikan’! Desisnya. Tentang Hariz, dia akan cuba mencari, tapi dia tak ‘janji’ dia akan membawanya kepada Fatin.

……………………………………………..

“Mama yang tolak Fatin kan??” Soalan itu dibalas dengan jelingan tajam.

“Kau jangan nak salahkan aku pula! Aku takde kena mengena dalam hal ni, dia jatuh sebab dia tu bodoh! Cuai!” Bidas Datin Maimon.

“Irham kenal Mama, Irhan tahu Mama yang rancang benda ni!” Irham sudah mula meninggikan suara.

“Kau jangan nak menangkan sangat betina sial tu lah!! Aku ni Mak kau, tak masuk syurga kalau kau menderhaka dengan aku!!” Datin Maimon cuba mengugut.

“Ma… kenapa Mama? Kenapa Mama bencikan sangat Fatin tu, apa salah dia? Irham tak pernah Nampak pun Fatin berbuat silap dengan Mama…”

“Aku benci dia sebab dia dah merampas kasih sayang aku!!”

“Apa maksud Mama??”

“Sejak dia tinggal sini, semua orang dah tak pedulikan aku! Sikit-sikit dia, sikit-sikit betina tu!! Sampailah Papa kau tinggalkan aku, nama FATIN yang dia sebut-sebutnya. Aku langsung tak dipedulikkan. Entah apa betina tu dengan Mak dia dah guna-guna Papa kau sampai dia tinggalkan aku! Kau takkan tak pernah sedar, selepas saja Mak betina tu mampus, Papa kau terus ceraikan Mama?? Aku dah lama fikirkan hal tu, Papa kau memang curang, sanggup dia pilih perempuan yang tua tu daripada aku. Kalau aku dah benci mak dia, dengan anak-anak dia sekali aku benci!! Fatin tu pembawa sial! Perampas kebahagian aku!!! Kalau dia minta maaf sekali pun, sampai mati aku takkan maafkan dia! Sampai mati!!” Datin Maimon seperti hilang akal.

“Astaghfiruallahalazim Mama… apa yang Mama cakap ni?? Bawak mengucap Ma… Kasih sayang apa yang dia rampas dari Mama? Kami semua sayangkan Mama, tiada tolok bandingan Ma… dan kalau Mama anggap Papa ceraikan Mama disebabkan hal arwah Mak Uda dan Fatin, Mama silap. Itu semua berpunca dari sikap Mama sendiri… Sikap Mama yang terlalu mengongkong Papa dan cemburu buta. Arwah meninggal kerana nak selamatkan Irham Ma, selamatkan Irham daripada mati dilanggar kereta, kalau tiada dia, sudah pasti tempat Irham bukan disini lagi. Hmmm… Tolonglah faham. Dalah hal ni, Irham rasa Mama yang patut minta maaf dengan dia. Dia Cuma menumpang kasih sayang dari kita Ma… Tak lebih dari tu.” Pujuk Irham. Dia tak sangka selama ini Mamanya bersikap dingin adalah disebabkan hal itu, hal ‘kasih sayang’ yang direbut dari seorang anak yang yatim piatu!

“Aku tak peduli!! Aku tak mahu tengok dia lagi dalam rumah ni!! Aku nak kau ceraikan dia, dan halau dia dari sini!! jangan kata dia, bayang-bayang dia sekalipun aku tak mahu lihatt!!”

“Hmm… Baiklah Mama… Kalau itu yang Mama nak sangat, Irham akan buat dia hilang terus dari bayangan Mama, tapi Irham takkan ceraikan dia. Sampai akhir nyawa Irham pun, tak akan! Irham akan bawa dia keluar dari rumah ini, dan… Irham juga akan ikut dia.” Putus Irham.

“Hah?? Irham nak tinggalkan Mama juga?” Nada suara Datin tiba-tiba berubah berlahan. Dia panik! Hanya Irham yang dia ada sekarang, takkan dia pun nak tinggalkan aku!!?

“Fatin isteri Irham Mama… Dia tanggungjawab Irham… Irham akan selalu bersama dia, walau kemana sekali pun…” Balasnya.

“Tanggungjawab Irham pada Mama pula bagaimana??”

“Irham tak lupa tanggungjawab Irham pada Mama, tapi tolonglah Mama… Tolonglah berubah. Irham tak sanggup untuk lihat dua wanita yang Irham sayang bertelagah sesama sendiri. Hmm.. Irham akan pulang, bila Mama sudah betul-betul insaf dan ingin berubah.” Akhirinya serius, sambil berlalu meninggalkan Datin Maimon yang terkapai-kapai sendirian.

“Irham… jangan tinggalkan Mama….” Hanya itu yang mampu diucapkannya. Anak lelaki itu sudah semakin hilang dari pandangan matanya.

++++++++++++++++++++++++++++++

“Eh, Abang Ir mahu bawa Aten ke mana??” Soal Fatin bila dirasanya Irham membelok ke laluan yang salah. ‘

“Ke rumah baru kita.” Jawab Irham ringkas, dia masih lagi focus dengan pemanduannya.

“Rumah baru?? Kenapa ada rumah baru pula??” Soal Fatin sedikit terkejut.

“Fatin masih lagi nak tinggal serumah dengan Mama?” Soalan Fatin berbalas soalan. Dahinya berkerut.

“Err… Aten.. Atenn…

“Sudahlah Fatin… Abang faham perasaan Fatin, kita tinggal dulu disini sampai keadaan reda ya. Bila semuanya sudah kembali normal, kita akan balik lagi tinggal dengan Mama…” Balas Irham. Sebuah senyuman terukir diwajahnya. Fatin hanya tersenyum mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya, eh suami?? Hihi.

‘Baiknya dia ni…’ Hati kecil Fatin berbisik. Irham dipandangnya tanpa suara. ‘Kacak juga lelaki ni, tulah… belum sempat mereka habis bergosip dulu, sudah dikhawinkan, lepas tu macam-macam issues baru yang timbul. Tak sempat dia nak meneliti setiap inci wajah lelaki yang kini sudah pun sah menjadi suaminya.

“Jangan dipandang Abang macam tu, nanti takut Fatin terjatuh cinta pula dengan Abang…” Seloroh Irham. Fatin tersentak, cepat-cepat dia alihkan pandangan matanya keluar tingkap kereta.

‘Alamak, malu!’

Irham hanya tersenyum didalam hati. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang berlaku diantara mereka. Terutamanya dia, tapi dia tak pasti ‘apa’ disebalik sesuatu itu.

………………………………………………………………

“Dah sampai………”

Bulat mata Fatin memandang kearah rumah banglo yang tersergam indah di depannya.

“I… I..ni rumah Abang Ir?” Soalnya tergagap-gagap.

“Ini rumah kita sayang…” Jawab Irham mesra. Panggilan ‘sayang’ itu bisa menggetarkan jantung sesiapa yang mendengar. Termasuklah Fatin, lidahnya menjadi kelu untuk membalas.

“Fatin tunggu disini dulu… Biar Abang unlocks semua dulu, nanti senang sikit Fatin nak masuk… lagipun kaki tu masih belum pulih lagi.”

“Eh, tak apalah… Fatin boleh..” dan seperti biasa ada saja yang akan dilawan Fatin. Dia bukan apa, tak mahu dilayan begitu. Terlalu baik dengannya? No, jangan! Dia taknak nanti tiba-tiba dia teralih arah dari Hariz ke Irham… Err.. tak mungkin!

“Fatin please… jangan degil. Duduk sini dulu ya.” Arahnya lagi, belum sempat Fatin membalas Irham sudah pun hilang dari pandangan matanya.

…………………………………………………..

“Bilik kita diatas… Sorry, bilik bawah masih belum siap sepenuhnya.” Terang Irham. Fatin hanya memandang lelaki itu atas bawah, ‘tak siap atau sengaja?’ dia mula berfikiran negative. Diperhatikan tangga rumah tu yang kini betul-betul bertentangan dengannya. ‘Aduh! Trauma!’ bisiknya. Risau hatinya terpancar jelas diraut wajahnya.

“Aten nak bilik sendiri…” Eh! Apa yang difikir tak sama dengan apa yang hendak dicakapkannya.

“Kenapa? Kenapa taknak sebilik dengan Abang?” Soal Irham kehairanan.

“Sebab dulu Abang Ir kata, kita sebilik sebab taknak Mama fikir bukan-bukan tentang hubungan kita. Sekarang kita dah tinggal asing dari Mama, so, bilik kita pun kenalah asing…” Jawabnya. Irham hanya mampu menggarukan kepalanya yang tak gatal.

“Tapi…

“Kalau Abang Ir tak kasi, Aten tidur di sofa tu sajalah..” Bidas Fatin sambil menundingkan jarinya ke arah sofa putih yang terletak di ruang tamu itu. Irham mengeluh.

“Hmm… okaylah, Abang takkan paksa. Tapi bilik atas ya.. sebelah bilik Abang..” Pintanya. Orang tak sudi takkan nak paksa pula kan.

“Atas?? Kat bawah takde bilik ke??” Soalnya, ‘Ni yang malas nih! Macam mana nak naik kalau kaki pun dah tempang!’ Rungutnya.

“Kan Abang dah cakap, bilik bawah tak siap lagi…”

“Sure?” Soal Fatin lagi, dia agak was-was untuk mempercayainya.

“Betul, Fatin nak tengok ke?” Pelawa Irham.

“Ermm… takpelah!”

“Fatin kenapa ni, cemas je.. Fatin tak selesa ya? Jangan risau, Abang takkan buat apa-apa, Abang tau batas-batas Abang…”

“Bukanlah macam tu…” Fatin mula rasa serba salah. “Aten cuma tak berapa yakin nak naik tangga ni…” Beritahunya. Irham mengganguk, dia faham. Kaki Fatin masih berbalut.

“Mahu Abang tolong?” Soalnya. Fatin mengerutkan dahinya.

“Tolong macam mana?”

“Abang dukung Fatin sampai ke bilik..” Terbeliak mata Fatin bila mendengarkan cadangan itu.

“Err… takpelah. Not a good idea I guess.”

“Fatin.. Anggap saja Fatin sakit dan perlukan bantuan seseorang. Jangan fikirkan sangat pasal perasaan Fatin tu. Okay?” Irham cuba meyakinkannya.

“Hmmm…”

“Please… atleast bagi Abang peluang untuk jalankan tanggungjawab Abang sebagai seorang suami. Abang taknak tanggung dosa sebab mengendahkan isteri Abang yang sedang sakit…”

‘Aduh, kalau dah masuk bab-bab agama ni, perlukah aku berbidas lagi??’ Soalnya pada diri.

“Hmm..Okaylah…” Akhirnya dia mengalah. Aku tak perlu untuk pentingkan diri sendiri. Semua ni untuk kebaikkanku juga. Fikirnya untuk menyedapkan hati.

Selepas kata setuju dari Fatin, perlahan-lahan Irham merapatinya. Jantung Fatin bergerak laju saat ini. Peluh sudah mula memercik keluar dari badannya. Dengan lembut Irham memaut kaki dan bahu isterinya. Kini Fatin sudah pun berada di dalam rangkulannya. Hatinya turut berdebar-debar disaat kulitnya bersentuhan dengan isterinya itu. Wajah Fatin ditenungnya.

“Fatin jangan takut, Abang takkan cederakan orang yang Abang sayang…” Ucapnya seraya mula melangkahkan kakinya. Fatin seperti tadi, diam membisu. Yang jelas kedengaran hanyalah bunyi dengupan jantung mereka yang sedang bergerak pantas.

……………………………………………………………..

“Aten nak jumpa Hariz, Abang Ir bawa Aten pergi jumpa dia esok ya?” Pinta Fatin. Irham yang agak terkejut dengan permintaan itu cuba berlagak tenang. Wajah isterinya yang sedang asyik menonton televisyen direnungnya tajam.

“Kenapa Fatin nak jumpa dia?” Soal Irham, walau dia tahu jawapan yang akan diberikan.

“Rindu” Jawab Fatin selamba seraya memasukkan keropok twisties ke mulutnya. Tiada langsung rasa bersalah yang dalam dirinya.

“Erm. Okay.” Jawab Irham ringkas. Dia mengalah, tidak perlu lagi membantah kalau itu yang sudah dipersetujui olehnya sendiri. Fatin menoleh memandang lelaki itu. ‘Mudah benar berkata okay!’ Getusnya.

“Kenapa pandang?” Fatin tersentak bila Irham menyergahnya secara tiba-tiba.

“Err… nothing!” Balasnya. Dipalingkan kembali wajahnya mengadap tv.

“Lately ni Abang tengok Fatin selalu curi-curi pandang Abang…” Mendatar saja itonasi Irham. Hampir terkeluar biji mata Fatin bila ‘dituduh’ begitu.

“Eh, perasan!” Tingkahnya.

“Itu cuma perasaan Abang je, kalau Fatin nak deny pun, Abang tak boleh nak cakap apa. Hmm… Oklah, Abang masuk tidur dulu. Fatin nak ikut? Fatin pun belum sihat sepenuhnya lagi…”

“Takpe, Abang Ir pergi dulu. Nanti Aten menyusul.” Jawabnya.

“Okay, nanti dah nak tidur panggil Abang.” Arahnya.

“Buat apa panggil?” Fatin pelik. ‘Nak solat sunat ke?’ Fikirnya.

“Nak dukung Fatin naik ataslah.”

“Err… tak perlu dah, Aten boleh naik pelan-pelan. Don’t worry.” Fatin mengelak. Apa kes setiap kali nak kena berdukung. Irham mengeluh. Satu sikap yang dia pasti tentang isterinya ini adalah sikap degilnya. Tak boleh dipaksa, kalau tak panjanglah muncungnya sedepa. Hmm.

“Okay, tapi kalau ada apa-apa panggil. Jangan senyap sorang-sorang. Abang suami Fatin, kena selalu ingat tu… Erm, Abang naik dulu ya…” Kata Irham. Fatin mengganguk, tapi sebenarnya dia pun taklah berani mana nak duduk kat bawah ni mengadap tv sorang-sorangkan. Action je lebih!~ Dipandangnya Irham yang sudah semakin jauh meninggalkannya dan tiba-tiba tak semena-mena dia terasa ada sesuatu yang meniup angin ke telinganya. Gulpp!!~

“Eh, Abang Ir!!” Laungnya. Langkah kaki Irham terhenti tatkala laungan Fatin menerjah ke telinganya. Dia menoleh. Dia tersenyum melihat gelagat Fatin yang kelam kabut untuk mendapatkannya. ‘Adalah tu~’ Desisnya.

“Dah kenapa?? Tukar fikiran pula?” Soalnya.

“Err… Aten dah ngantuk. Aten nak tidur…” Ngomelnya. Alahai, manjanyaa~ Berderau darah Irham ketika itu.

“Jomlah! Apa tunggu lagi…” Sergahan Fatin mengejutkan Irham dari angan-angannya. Dia tersengih.

“Tadi ngantuk sangat, sekarang dah tersengih macam kerang busuk pula!” Bebel Fatin sambil berjalan mendahului Irham yang masih lagi tersenyum simpul. Entah apalah yang disenyumkannya tu. Grr!~

“Esok pergi pagi tau? Nak suprisekan Hariz!” Ujarnya sekaligus mematikan senyuman di wajah Irham.

‘Tak habis-habis dengan Hariz dia! Hmm…’ Tingkah Irham seraya mengekori langkah Isterinya.

++++++++++++++++++++++++

“Fatin tunggu dalam kereta ni kejap. Abang nak pergi bank, alang-alang dah kat sini Abang malas nak berulang.” Fatin dipandangnya dengan pandangan mengharap. Dia sengaja sebenarnya mahu melengah-lengahkan pertemuan Fatin dengan Hariz.

“Erm… Cepat sikit, nanti tak sempat nak jumpa dia.” Fatin memberi keizinan tapi dengan ayat yang bisa membuatkan hati lelaki itu mual! Tanpa sedar, Irham mencebik.

“Abang Ir kenapa? Tiba-tiba buat mulut macam tu?” Soal Fatin hairan.

“Err, takde apa-apa. Ok, Abang pergi dulu.” Jawab Irham lantas keluar dari keretanya. Fatin hanya memerhatikan Irham dari jauh. Dua tiga langkah lagi untuk sampai ke pintu bank, Irham tiba-tiba disapa oleh seorang perempuan. Siapa tu?? Cantiknya…. Persis model! Bisik hati kecil Fatin, dengan ekor mata dia memerhatikan gerak geri mereka.

…………

“Irham!”

“Eh, Bella!” Jelas kelihatan raut wajah Irham yang sangat gembira bila tiba-tiba saja dia disapa oleh gadis itu.

“Oh My God! Long time no see… What are you doing here?” Lantas mereka berpelukkan mesra.

…………

“Erk!! Apa niee??” Fatin yang sedari tadi asyik memerhatikan gerak geri mereka terkejut, adrenalin darahnya dirasakan mengalir laju ke seluruh urat sarafnya. ‘Kenapa peluk?? Siapa perempuan tu?? Ishh!!’ Pelbagai soalan yang berlegar di kotak pemikirannya… Cemburu?? dan tidak semena-mena dia membuka pintu kereta dan tahu-tahu saja sudah berada dihadapan mereka berdua. Lengan Irham dipautnya.

“Eh Fatin… Lar, kan Abang dah cakap tunggu dalam kereta. Panas ni kat luar…”

“Kat ‘dalam’ lagi ‘panas’…” Jawabnya. Perempuan dihadapannya itu ditenung tajam.

“Eh, bella kenalkan my wife, Fatin… Fatin ni cousin Abang sebelah Papa, Bella…… Kami memang close sejak kecil, since Papa dan Mama divorce kami dah terus lost contact, tak sangka boleh jumpa kat sini.” Terang Irham. Jelas dan nyata, mereka adalah saudara. Air muka Fatin berubah terus.

‘Erk! La cousin rupanyaa… err! Malunya! Malunya!!’ Tanpa sedar pautannya di lengan Irham semakin kuat. Irham perasan dengan situasi itu, hatinya entah kenapa berbunga kembang, Fatin cemburu??

“Hai Fatin…” Tegur Bella, tangan dihulur tanda perkenalan. Fatin teragak-agak untuk menyambut, perasaan malu kerana berprasangka buruk sudah bermaharajalela di dalam dirinya.

“Wah! Cantiknya wife you Ir… Tak bagitahu pun dah kahwin! Ha, ni yang nak marah ni…” Bella pura-pura tarik muka. Irham tersengih, Fatin? Entah, susah nak gambarkan bagaimana emosi di raut wajahnya ketika ini.

“Bukan taknak inform Bell, tapi rushinglah sebab I pun tak lama lagi nak balik UK, further study dan kerja terus di sana… so, nak taknak, kena kahwin cepatlah… senang, dah halal bolehlah dibawa kesana kemari. Kan sayang?” Pipi Fatin dicuitnya. Mahu terencat rasa hati Fatin, bila mendengar ayat yang baru saja keluar dari mulut Irham, ‘Balik UK?? further study dan kerja disana??’ Apa maksud dia ni?? Betul ke atau tipu-tipu?? Hatinya berteka-teki sendiri. Tak tahu apa yang harus dibalas.

“Err.. Ha’ah.” Itu saja yang mampu dikeluarkan dari mulutnya. Bella dan Irham hanya memandang satu sama lain, entah apa yang bermain difikiran mereka ketika ini. Mulalah Fatin rasa makin tak selesa.

“Abang Ir, kita dah lambat.” Ucapnya.

“Oh, yelah! Oklah Bell, we need to go lah… Ada hal sikit, maybe later kita boleh hang out sama-sama.”

“Okay, maybe later kita sembang lama. I pun ada kerja sikit ni” Jawab Bella, mereka kemudiannya bersalaman dan membawa haluan masing-masing.

……………………

“Kenapa Fatin keluar dari kereta tadi?” Soal Irham bila kedua-dua mereka sudah pun selesa berada di dalam perut kereta, perjalanan yang terhenti disambung semula.

“Entah, tiba-tiba je nak keluar” Jawab Fatin, Irham senyum.

“Fatin cemburu ya?” Duga Irham. Fatin tersentak, ‘Cemburu?? Erkk, obvious sangat ke?’ Hatinya berdegup kencang.

“Taklah, nonsense! Fatin saja keluar, atleast dapat juga Fatin berkenalan dengan cousin-cousin Abang Ir.. Cantikkan dia...” Fatin cuba mengelak.

“Alah, Isteri Abang ni lagi double triple cantik dari dia, plus comel lagi…” Irham cuba mengambil hati Fatin, ego wanita itu terlalu tinggi untuk ditumbangkan. ‘Cakap sajalah yang Fatin cemburu, Abang akan bahagia bila mendengarnya…’ Bisik hati kecilnya dengan senyuman masih terlakar jelas diraut wajahnya.

“Dah tak payah nak puji Aten lebih-lebih, cepatlah kita dah lambat ni, nanti tak sempat nak jumpa Hariz!”

‘Erkk!! Ish, lagi-lagi Hariz!!’ Irham geram! Pedal minyak ditekan sehabis boleh.

“Abang Irr!!!”


++++++++++++++++++++

“Okay, Abang Ir baliklah…” Arah Fatin, muka Irham masih masam mencuka. Fatin tidak menghiraukan langsung reaksi Irham, yang difikirkan sekarang hanyalah Hariz. Dibetulkan make up dan rambutnya serba sedikit. Tak sabar saja gayanya nak bertemu dengan lelaki itu.

“Macammana Fatin nak balik nanti? Nak Abang ambil?” Irham masih berusaha untuk berlembut dengan isterinya, walaupun hatinya sakit.

“Tak apalah, Fatin boleh suruh Hariz hantarkan.” Jawabnya lantas keluar dari kereta. Macam takde perasaan langsung terhadap suaminya yang masih setia tercongok didepan mata. Irham mengeluh. Dia terasa hati dengan sikap Fatin, tapi nak buat macam mana dia yang bersetuju untuk diperlakukan begitu, tapi… mana nak tahu perasaannya akan jadi sampai begini. Soal hati, siapa yang tahu! Hmmm…

‘Wahai Isteri… tidakkah kau mengerti, hati ku juga perlu dijaga…..’ Sebuah keluhan berat dilepaskan.

…………………………………

Fatin kelihatan tak sabar untuk menemui kekasih hati yang sudah lama tidak dijumpainya. Time-time sekarang dia akan keluar untuk lunch, Fatin sengaja mahu mebuat kejutan pada Hariz, Masa dia terlantar di wad, tidak sekali pun Hariz datang menemuinya. Menelifonnya juga tidak. Ermm… Mungkin dia malu, sebab Irham sentiasa ada disisi. Handphonenya juga sudah pecah dek kejadian yang menimpanya tempoh hari. Habis berkecai! Belum sempat lagi untuk dia dapatkan yang baru, nak minta dari Irham, malu, takut difikir bukan-bukan. Niat hati mahu saja dia merajuk dan memarahi Hariz, tapi bila fikirkan hal itu, Fatin tak jadi langsung nak marah dengan lelaki itu. Kesian Hariz, mungkin dia pun sedang sangat merindukannya saat ini. Fikirnya. Pandangan dilemparkan jauh, tak sampai beberapa minit, dia sudah nampak kelibat Hariz yang segak mengenakan kemeja dan Tie, hari ni hari Isnin, so nak taknak memang kolejnya mewajibkan semua student-nya untuk memakai pakaian formal. Bibirnya mengukir senyum. Langkah kaki mula diatur perlahan.

“Sayanggg….!” Langkah kaki Fatin terhenti bila mendengar laungan itu. Tidak, bukan dia yang melaungnya. Hatinya berdebar bila terlihatkan seorang wanita yang boleh dikatakan agak seksi datang menghampiri Hariz. Mesra saja Hariz menyambut wanita itu dengan senyuman.

‘Ish! Siapa lagi nie?? Takkan cousin Hariz juga?? Apa hari ni hari bertemu sedara mara ke??’ Fatin menduga. Gelagat mereka berdua diperhatikan dari jauh. Mereka berpelukan sambil berjalan berpegangan tangan dan berbual mesra. ‘Takkan cousin boleh serapat ini!!?’

“Hariz!” Fatin mula hilang sabar. Lelaki itu mencari kelibat suara yang memanggil. Jelas kelihatan wajahnya yang terkejut bila terlihatkan Fatin.

“Eh, Fatin… Lama tak nampak? Ingat ke dah berhenti kolej… Senyap je…” Macam tu saja sapaan yang diberikan padanya?? Macam tiada apa-apa yang jadi??

“Siapa perempuan ni Hariz?” Soal Fatin.

“Oh, let me intoduce you, my future fiancé, Natasya… and Natasya meet my colleague, Fatin.” Wanita yang diperkenalkan sebagai ‘Future fiance’ tu menghulurkan tangan. Natasya? Fatin macam pernah kenal nama itu, Hariz ditenungnya tajam.

“Future fiancé?? Apa maksud you Hariz? I ni siapa?” Soalnya. Air matanya sudah bertakung.

“You? You kawan I lah! Ouh come on, jangan nak buat ayat kontroversi kat sini ya and please jangan nak berdrama.” Tingkah Hariz. Air mata Fatin mula mengalir perlahan melalui pipinya. Dipandangnya ‘Natasya’ yang masih lagi memaut pinggang Hariz dengan pandangan berkaca, wanita itu hanya mendiamkan diri sambil tersenyum sinis memerhatikannya.

“Apa semua ni Hariz?”

“Enough is enough Fatin, I malas nak kacau hubungan you dengan suami you, I masih muda, I nak enjoy! I tak suka terikat! ...and by the way…” Pelukkan mereka dileraikan, dan Hariz perlahan menariknya ke tepi, agak jauh sedikit dari wanita itu.

“Thanks to your husband.” Bisiknya ke telinga Fatin.

“Thanks for what?? Thanks sebab buat hubungan kita jadi macam ni???” Marah Fatin. Air mata yang semakin laju mengalir dikesatnya perlahan.

“Nope, thanks untuk duit yang dia ‘hadiahkan’ pada I…”

“Duit? Hadiahkan pada you?? Apa maksud you?”

“Yup! You ingat tempoh hari? Yang dia datang jumpa I untuk terangkan semuannya pada I?” Hariz menyoal. Keningnya diangkat sedikit. Fatin mengganguk.

“Dia datang bukan dengan tangan kosong….” Ujar Hariz membuatkan Fatin curiga.

“Habis tu?” Soalnya.

“Well… I offered him, I’ll let you go if he willing to give me anything that I want…. And guess what? I choose money …” Kata Hariz bersahaja.

“What???” Hampir terkeluar bola mata Fatin ketika ini.

“You cakap dengan I, siapa yang taknak duit kan??”

“Berapa dia bagi you???”

“Tak perlulah you tahu, tapi cukuplah kalau I kata cukup untuk sara hidup I…”

“Hariz, perbuatan you memang keji!! You jual cinta I dengan duit???” Marahnya pada lelaki itu meluap-luap, dada bidang lelaki itu dipukulnya beberapa kali.

“Hey!! Kau tak perlu nak sedih sangatlah! Kau tu pun apa kurangnya… sudah bersuami tapi masih mengharap kat orang lain! Berseronok dengan aku tapi tidur dengan lelaki lain!”

Pangggggg!! Tanpa sedar Fatin menampar pipi lelaki itu.

“You memang lelaki tak guna Hariz!! You tahu I tak buat semua tu! You tahu I hanya sayang you seorang kan??” Hariz senyap, mungkin masih terkejut bila Fatin menamparnya, pipinya dikesat beberapa kali.

“Hmm… Baiklah! I pun tak ingin nak jumpa you lagi, but please remember one thing, with all my heart, I nak you tau, I sangat-sangat menyesal sebab pernah kenal dan bercinta dengan lelaki yang macam you!!” Herdik Fatin, lantas berlalu meninggalkan Hariz yang masih sepi tanpa sebarang kata.

………………………………………………..

‘Harap maaf, nombor yang anda dial berada di luar kawasan……………’

“Fatin…. Please pick up your phone… Mana Fatin pergi ni??” Irham cuba lagi. Sejak petang tadi, dia cuba menghubungi Fatin, tapi tak Berjaya.

Tuttt…Tuttt..

“Hello.” Akhirnya… Alhamdulilahhh… Lega hati Irham bila Fatin menjawab panggilannya.

“Fatin? Fatin kat mana? Puas Abang call……

“Fatin okay, balik lambat sikit, ada hal. Jangan tunggu Fatin, Abang Ir tidurlah dulu…….”

“Fatin…..

Tutt…Tutttt….Tuttt… Talian dimatikan. Irham mendengus. Terduduk dia di bangku sofa mengenang nasib dirinya.

‘Fatin kenapa buat Abang macam nie… I am worried about you..’ Keluhnya.

‘….. Hmm… mungkin dia sedang happy dengan Hariz.’ Tidak mahu terlalu berfikiran negative, hanya itu yang mampu dia fikirkan. Dihayun kakinya longlai melangkah masuk ke bilik.

…………………………………

Fatin mematikan handphonenya dan dimasukkan kembali ke dalam beg. Dia tahu lelaki itu pasti sedang merisaukannya. Dipandangnya sekeliling, entah kenapa hatinya tergerak untuk kesini. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid yang digelar sebagai Masjid besi di Putrajaya. Segah namanya. Akur dengan kata hati, setelah apa yang jadi pada hari ini, mungkin Allah yang menggerakkannya untuk kesini… supaya dia lebih mengingatkan Dia, yang Maha Pencipta. Pili air di buka….

‘Sahaja aku mengambil wudu’, tunai kerana ALLAH Taa’la……..’

………………………………..

“……….. Adapun Syurga seorang Isteri itu terletak dibawah telapak kaki Suaminya…. Oleh itu taatlah anda Para Isteri dengan Suami anda, nescaya balasan Syurga yang menanti anda kelak… Selalulah kembali kepada Suamimu dan carilah Maafnya, Sabda Rasulluah S.A.W, “Mahukah aku beritahu kepada kalian-kalian semua, Isteri kamu yang menjadi ahli-ahli syurga adalah Isteri yang mentaati suaminya dengan penuh kasih sayang, yang selalu kembali pada suaminya dikala tenang atau marahnya……….................. Tidak bau syurga kamu Wahai para Isteri jika kamu mengingkari dan tidak mentaati suami kamu sendiri…………………………..

Kata-kata dari seorang ustazah itu disambut Fatin dengan linangan air mata, teringat kembali layanan yang diberikannya pada Irham, suaminya sendiri;

“Ya Allah… Berdosanya aku pada suami ku sendiri…. Aku khilaf Ya Allah, Aku berdosa kerana tidak mentaatinya dan selalu tidak menghiraukannya…. Aku berdosa Ya Allah…… Kau bantulah aku untuk kembali padanya………. Bukakanlah hatiku untuk ikhlas menerimanya sebagai suamiku... Bantulah aku hamba mu yang hina ini…… Amin Ya Rabbalalamin..” Di dalam masjid itu sambil bertemankan cahaya lampu suram Fatin menangis semahu-mahunya menyesali kesalahan diri. Tak pernah dia sedar, sudah terlalu banyak kesalahan yang telah dia lakukan pada suaminya sendiri… Entah kenapa, tiba-tiba dia sangat merindukan Irham… Tersedu-sedu dia menahan tangis.

……………………….

Pintu bilik dikuak perlahan... bimbang akan mengejutkan Irham yang mungkin sedang nyenyak tidurnya. Setelah hampir separuh pintu terbuka, jelaslah kelihatan Irham yang sedang tidur membelakangkannya. Sepi tanpa sebarang bunyi dia merapati katil itu dan dengan perlahan dia merebahkan dirinya bersebelahan Irham. Sebak hatinya bila terkenangkan kejadian yang menimpa dirinya siang tadi, lagi sebak bila terkenangkan Irham, lelaki yang tidak pernah dianggapnya sebagai suami. Fatin menangis lagi, ditekup mulutnya dengan tangan bagi menyembunyikan esak tangis. Untuk pertama kali dia memberanikan diri untuk bersentuhan dengan suaminya, pinggang lelaki itu dipaut dan dipeluknya erat. Dirapatkan pula tubuhnya dengan tubuh Irham. Dan sampai ditahap itu, dia tak mampu lagi untuk menyembunyikan esak tangisnya, jelas kedengaran di cuping pendengaran Irham. Lelaki itu tersedar dari tidurnya.

“Fatin…. Eh Fatin, Kenapa ni?...” Soal Irham hairan dengan tingkah isterinya. Tambah hairan bila Fatin memeluknya erat sambil menangis teresak-esak. Dipalingkan tubuhnya mengadap Fatin. Rangkulan yang agak kuat menyukarkannya untuk mengerakkan badannya.

“Syhh… Sayang, kenapa ni? Kenapa menangis ni?... Ada apa-apa yang jadi ke tadi?, Cakap dengan Abang…” Pujuk Irham. Anak rambut Fatin diusapnya lembut. Risau pula hatinya bila melihatkan keadaan Fatin.

“Tak ada apa-apa, Aten cuma rindukan Abang….” Irham agak terkejut bila Fatin mengutarakan hal itu, Fatin rindukan aku?? Isteri aku rindukan aku?? Berkali-kali dia mengosok matanya, takut kalau-kalau dia hanya sedang bermimpi. Tapi nyata! Dia bukan bermimpi, isterinya memang sedang dan telah pun berada didakapannya kini.

“Tapi, takkan………………”

“Abang…. tolong peluk Aten….” Pinta Fatin sebelum sempat Irham menghabiskan ayatnya. Irham kehilangan kata, lidah kelu untuk meneruskan ayatnya yang masih lagi tergantung dan perlukan jawapan. Tak mahu berfikir terlalu panjang, Irham terus membalas pelukkan isterinya kemas.

“I just want to be in your arms tonight….” Ucap Fatin penuh syahdu. Tanpa sedar kata-katanya disambut dengan linangan air mata seorang suami. Tak pernah Irham sangka akhirnya akan begini.

‘Ya Allah….. Terima kasih kerana telah membukakan hatinya untuk menerima ku……. Jika ini adalah permulaannya, Kau satukanlah hatiku dan hati isteri ku dalam cahaya kasih sayang mu…’ Dengan penuh rasa rendah diri, dia memanjatkan syukur kehadrat Illahi…

++++++++++++++++++++++

“Abang, Aten nak shopping baju kemeja hari ni… Nak pakai time pratikal” Bangun tidur saja Fatin terus mengajaknya untuk keluar membeli belah, entah apa yang membuatkannya jadi begitu, Irham kurang pasti. Dia takut untuk bertanya. Bimbang kalau-kalau soalannya nanti akan merosakkan mood Fatin, biarlah dia begitu, setidak-tidaknya Irham bahagia. Wajah Isterinya dipandang dengan penuh kasih sayang.

“Fatin nak shopping kat mana?” Soalnya.

“Any place will do…” Jawab Fatin dengan jelingan manja. Terpana Irham melihat tingkah isterinya.

“KLCC?” Soalnya lagi.

“Boleh!!”

“…. Abang pergilah mandi dulu, Aten siapkan breakfast.” Arah Fatin, Irham senyum menurut, dia pantas bangun meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik air. Dalam diam sebenarnya Fatin menyedari tindak tanduk Irham yang sering memerhatikannya, dia tahu suaminya itu hairan dengan perangainya yang secara tiba-tiba saja berubah. Dia biarkan hal itu menjadi tanda tanya Irham, dia tak mahu untuk menerangkan apa-apa, biarlah bahasa tubuh dan percakapannya sahaja yang menerangkan segalanya.

……………………………………………………

“Abang…” Panggil Fatin bila kedua-duanya ingin melangkah masuk ke dalam mall. Irham menoleh.

“Ada apa? Barang tertinggal?” Soalnya.

“Tak…” Fatin menggeleng, dengan langkah perlahan dia berjalan menghampiri suaminya. Irhan kerut dahi.

“…. Nak pegang tangan Abang je. Dah, jom!” Jawabnya seraya menarik tangan Irham ke dalam genggamannya. Terpinga-pinga Irham dibuatnya.

…………………………………

“Warna pink ni cantik tak??” Soal Fatin, Irham menggeleng.

“Girlish sangat…”

“Hijau?”

“Taknaklah, macam pokok berjalan.”

“Er! Kuning?”

“Lagi taknak, malu orang tengok Abang jalan dengan kerabat raja…”

“Ha, Merah Mak Ngah??” Fatin geram. Dihalakan baju itu betul-betul dihadapan muka Irham. Irham ketawa.

“Nope! Nampak ‘pedas’!” selamba dia menjawab.

“Eh, kesitu pula dia… Erm, cari tempat lain lah~…” Fatin meletakkan balik baju kemeja yang dipegangnya, itu tak nak, ini tak nak, itu tak suka, ini tak suka… haishh! Susahlah Aten bang!~ Matanya masih melilau-lilau mencari kemeja yang diidam-idamkan. Diangkat satu, ditolak satu, ditarik yang itu, yang ini dicampakkan, mesti bengang salesperson kedai ni bila tengok aku buat sepah-sepah macam nih! sempat juga dia berikir begitu, tapi hampeh, tangannya tak seiring fikirannya.

“Fatin….” Fatin tersentak bila disapa dengan suara itu. Hariz?? Suara itu mirip Hariz! Dipalingkan mukanya mengadap belakang.

“You!!??” Tepat tekaannya, Hariz benar-benar kini berada di hadapannya.

“Err… can we talk for a minute?” Pinta lelaki itu, mukanya kelihatan sangat mengharap. Fatin hilang kata, Irham disebelahnya yang juga kelihatan terkejut dipandangnya.

“Its okay, take your time. Abang tunggu sana…” Ujar lelaki itu. Fatin menarik nafas panjang. Tangan lelaki itu dipegangnya. Irham agak tersentak bila Fatin menarik tangannya.

“Ada apa lagi?” Soalnya pada Hariz.

“Err… boleh kita bincang berdua? I mean, between you and I?” pinta Hariz mungkin tak selesa dengan kehadiran Irham. Fatin menggeleng pantas…,

“I don’t think so… Irham suami I, so dia patut ada sekali… Hal I hal dia juga. Kalau tak puas hati, you may go. Lagipun, takde apa yang perlu kita bincangkan lagi. it’s over now!” Tegas Fatin menuturkan katanya. Hariz kelu lidah, tak tahu bagaimana nak mulakan ayat.

“Erm… Kembali pada I, I want you back.” Fatin senyum sinis bila terdengarkan ayat itu.

“Kenapa? Duit you dah habis??” Soalnya bersakrastik, kali ini Irham pula yang terkejut. Bulat matanya memandang Fatin… ‘Fatin dah tahu hal yang sebenarnya?’ Jantungnya bergerak laju.

“Bu..kan… Bukan sebab tu. Hm… I miss you honey… Please, I can’t live without you… I want you…” Hariz merayu. Sumpah setelah apa yang terjadi semalam, dia benar-benar menyesal, disebabkan duit dia lupa diri, dia lupa pada Fatin, gadis yang dikasihinya. Dia benar-benar mahukan gadis itu kembali.

“Your words are all rubbish Hariz, you ingat I barang? Time you suka you datang, time taknak you campak I sesuka hati…”

“But please Fatin, I menyesal. Truly sorry… please, maafkan I…”

“Hariz, cukuplah. You pergilah balik, I dah taknak tengok muka you lagi. I dah ada suami, and betul kata-kata you, tempat I disini, di sisi suami I, I tak perlukan you untuk berseronok… happy dan sedih I sekarang dah jadi milik mutlak Irham. I maafkan you, tapi ingat I takkan pernah lupa setiap satu perkataan pun yang you lemparkan pada I…”

“Tapi….

“Cukuplah Hariz… Abang, jom kita pergi.”

“Fatin, tunggu dulu! I boleh jelaskan semua ni… Please bagi I peluang.” Tangan Fatin di rentap dari pegangan Irham.

“Hey! Jangan kurang ajar…” Irham menolak Hariz hingga menyebabkan lelaki itu terdorong sedikit ke belakang. Mahu saja dia menumbuk lelaki itu, tapi ditahannya…

“Abang, dah… Jom, biarkan dia..” Pujuk Fatin. Irham dengus marah, isyarat mata diberikan agar Hariz berundur. Lelaki itu tunduk malu, tiada sepatah kata yang mampu dia utarakan. Matanya mengekor pasangan yang sudah jauh menjauh tu.

……………………………….

“Fatin okay?...” Tegur Irham. Sejak dari dalam kereta hinggalah sekarang, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut wanita itu. Fatin angguk.

“I’m okay…” Jawabnya. Irham mula resah bila teringatkan hal tadi.

“Fatin marahkan Abang?” Soalnya.

“Marah sebab?”

“Err… Abang rasa Fatin dah tahu hal sebenar. Pasal Abang dan Hariz, err… pasal duit……
Fatin menoleh memandang Irham yang agak gementar. Bibirnya menguntum senyum.

“Terima kasih Abang….” Ucapnya. Irham kerut dahi. Fatin menarik nafas panjang, seperti ada sesuatu yang mahu dibicarakan…

“…. Terima kasih sebab selamatkan Aten dari lelaki tu... Aten taknak ambil tahu pasal hal Abang dengan dia, apa yang Abang buat atau bagi pada dia, Aten Cuma nak abang tahu, Aten menyesal… Aten silap sebab tak pernah pandang Abang, Aten silap sebab Aten abaikan Abang, Aten berdosa. Maafkan Aten…” Kata-kata itu diucap dengan ikhlas. Irham mengelus rambut Fatin penuh kasih. Demi Allah, dia cukup gembira saat itu. Dahi Fatin dikucup lembut.

“Tiada apa yang perlu dimaafkan sayang, Abang bersyukur sangat Fatin dah mula terima Abang sebagai suami Fatin… Abang bahagia sayang…” Tubuh Fatin dirangkul dalam pelukkannya.

“Kita mulakan hidup yang baru ya, kita mulakan segalanya yang baru. Kita bina keluarga kita...” Tambah Irham lagi, Fatin senyum mengganguk, dibalasnya pelukan Irham erat. Sungguh dia selesa berada di dalam dakapan lelaki itu.

“Abang….” Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pelukkannya dileraikan.

“Kenapa?”

“Aten dengar Abang cakap dengan Bella tempoh hari, Abang nak stay overseas? Further study dan kerja di sana??” Fatin mula teringatkan kembali hal itu. Irham senyum mengganguk mengiyakan kata-kata Isterinya.

“Dah lama Abang cadang nak tinggal kat sana… Abang tak sempat nak bagitahu Fatin…” Balasnya.

“Bila Abang nak pergi sana?” Soal Fatin.

“Erm… As soon as possible. Kenapa?”

“Aten macammana?”

“Hmm… Fatin nak ikut Abang atau……

“Aten nak ikut!” Potong Fatin, belum sempat pun Irham menghabiskan ayatnya. Tertawa kecil Irham melihat tingkah Fatin. Dicubitnya pipi isterinya itu.

“Eh, Abang ingat Fatin nak tinggalkan Abang… sekarang dah lain pula?” Usik Irham. Fatin cebik bibir.

“Itu dulu…..” Jawabnya.

“Sekarang macam mana pula? Masih nak tinggalkan Abang atau….

“Sekarang Aten nak selalu bersama Abang, Abang pergi mana pun Aten nak ikut… Kat mana ada Abang, kat situ ada Aten… dan begitulah sebaliknya…” Tambahnya manja disisi Irham. Lelaki itu menguntum senyum.

“Okaylah… Abang pun akan selalu bersama Fatin, isteri Abang yang manja nieee…!” Ucap Irham, dicapainya jemari Fatin dan dikucupnya mesra.

“Eh Abang, Mama? Mama macammana?” Tiba-tiba Fatin teringatkan Datin Maimon. Sudah agak lama mereka tak dengar khabar berita dari wanita itu.

“Fatin dah bersedia nak jumpa Mama?” Soal Irham. Lama Fatin diam sebelum akhirnya dia mengganguk. Sampai bila mereka harus melarikan diri dari Mamanya.

“Fatin dah bersedia, kesian Mama, dia mesti rasa sunyi sekarang… Erm… Kita balik rumah Mama ya?” Pujuk Fatin. Irham senyum. Dia bangga mempunyai isteri semurni Fatin. Pipi mulus isterinya itu dielus perlahan.

“Okay sayang, kita balik jumpa Mama…” putusnya.

………………………………………………..

“Assalammualaikum…. Assalammualaikum………….”

“Waalaikummusalam…..” Kelihatan kelibat Bibik berjalan menghampiri mereka. Irham dan Fatin berpandangan sesama sendiri.

“Eh, Tuan Irham samanya Ibu Fatin…” Mesra wanita itu menyambut mereka berdua. Pintu pagar dibuka bagi membolehkan mereka berdua masuk.

“Mama mana Bik?” Soal Irham. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.

“Datin ya? Sejak kelmarin sudah ngak ada. Dia pergi kerjain umrah.” Terang Bibik. Irham kelihatan terkejut, begitu juga Fatin.

“Pergi Umrah?? Kenapa saya tak tahu?” Soal Irham.

“Datin ngak mahu saya bilang pada sesapa. Tapi, dia ada tinggalkan surat untuk Tuan. Nanti bibik ambilkan.” Belum sempat Irham menjawab, bibiknya sudah pun menghilangkan diri ke dapur. Seketika kemudian dia keluar dengan sepucuk surat di tangan. Disuakan pada Irham. Terketar-ketar tangan Irham menyambutnya. Perlahan-lahan dia membukanya.

Irham….
Mungkin semasa kamu sedang membaca nota ini, Mama sudah pun sampai ke kota Mekah. Maafkan Mama sebab tinggalkan kamu tanpa pesan, Mama malu untuk bertemu kamu setelah apa yang jadi. Semenjak kamu tinggalkan Mama, tiada apa yang tinggal dengan Mama, melainkan diri Mama sendiri. Mungkin Allah telah membukakan hati Mama untuk bertaubat dan kembali padaNya. Mama betul-betul menyesal dengan apa yang yang telah Mama buat. Mama malu pada diri sendiri, malu pada semua orang, terutamanya pada kamu dan Fatin. Mama dah banyak buat dosa dengan Fatin, mudah-mudahan saja dia dapat memaafkan Mama.

Irham Sayang,
Mungkin sekarang tiba masanya Mama dijemput untuk menginsafi segala kesalahan Mama di rumah Allah. Mama akan pulang bila hati terdetik untuk berbuat begitu, tolong redhai pemergian Mama, doakan Mama selamat disini... Kamu jagalah diri baik-baik, dan jagalah Fatin, jangan dikasari dirinya sebagaimana yang Mama pernah buat dulu. Bantu Mama untuk tebus balik segala kesalahan Mama padanya. Tolong Mama untuk bahagiakan dia. Dia gadis yang baik Irham, dan dialah yang terbaik untuk kamu… Mama maafkan segala kesalahan kamu, Mama halalkan segalanya. Mama harap kamu juga begitu.
Akhir kata, Mama sayangkan kamu……..

Terduduk Irham selesai saja membaca surat itu.

“Abang…..” Fatin memaut lembut bahu suaminya. Hatinya juga turut tersentuh. ‘Alhamdullilah, akhirnya Mama sudi untuk terima aku…’ Desisnya.

“……. Abang, kita doakan saja mudah-mudahan Mama jumpa apa yang dicari di sana… Selamat pergi dan balik.. ” Pujuknya. Irham mengganguk mengiyakan kata-kata isterinya.

“Mudah-mudahan sayang…..” Jawabnya. Tidak tahu apa yang patut dia rasakan kini, tapi yang pasti hatinya lega. Lega kerana syurga dunia yang dia cari-cari selama ini semakin hari semakin dekat padanya.

+++++++++++++++++++++++

“Sayang….” Fatin yang sedang leka membaca novel menoleh memandang suaminya. ‘Lain macam sangat bunyi panggilannya nie..!’ Bisik hati kecilnya.

“Ada apa Abang?” Soalnya. Irham senyum tersirat.

“Kan seronok kalau rumah kita ni riuh dengan suara baby….” ‘Aaa!’ Fatin mula menggagak.

“Takpe, nanti esok kita pergi rumah sebelah, bibik kata anak Datin Sofea dah bersalin kelmarin… Nanti kita pi tengok ya…” Fatin cuba menukar tajuk perbualan. Jantungnya usah cakaplah, berdegup seakan mahu keluar dari paksinya. Irham ketawa.

“Alaaa… Abang nak ada baby sendiri.” Rengek Irham, sengaja mahu bermanja dengan isterinya. Ditarik novel yang berada di tangan isterinya.

“Abang, Aten kan tengah baca…” Tingkah Fatin apabila bacaannya diganggu. Ditenung suaminya dengan pandangan yang tajam.

“Sayang… please. Malam ni?” Pinta Irham mengharap. Fatin mengerutkan dahinya.

“Kalau tak?” Dia angkat kening.

“Abang merajuk…” Jawab Irham, dipalingkan badannya membelakangkan Fatin.

Fatin ketawa. ‘Eleh, ngade!’

“Tak sangka suami Aten ni manja juga orangnya…Alololo…” Dia cuba berseloroh. Irham masih lagi mendiamkan diri.

“Abang….” Panggil Fatin, kali ini itonasi suaranya berubah. Lembut dan manja. Irham menoleh. Bibir isterinya terlakar sebuah senyuman yang indah.

“Abang nak berapa orang baby?” Soalan Fatin membuatkan Irham tersenyum sampai ke telinga. Dengan perlahan dia merapati isterinya. Dikucup mesra dahi dan kedua belah pipinya. Dicepung Fatin dalam pelukannya dan dibaringkannya perlahan. Fatin membiarkan Irham, memang hak dia. Hak yang sudah lama dia ambil daripada lelaki itu.

Irham membisikkan sesuatu ke telinga Fatin…

“Sayang…. Abang janji, Abang akan jaga dan sayang Fatin seumur hidup Abang….. Takkan pernah sekali pun Abang akan biarkan Fatin keseorangan… Abang telah berjanji, dan sekarang Abang sedang cuba untuk menunaikannya… Fatin segalanya buat Abang, Abang sayang Fatin dunia akhirat…………………….”


-TAMAT-

++++++++++++++++++++++++++++++++

Thanks Love!

XoXo - Ara :)

Sunday, August 7, 2011

Aiseyman, Driver Jer!

JAWATAN : PEMANDU PERIBADI DIKEHENDAKI (Full time / Part time)
JANTINA : LELAKI / PEREMPUAN
UMUR : 25 TAHUN KE ATAS


……………………………………………………………………………………………………………

“Aiseyman, Driver jer?? Oklah daripada takde. Esok boleh try……” helaian surat khabar berita harian itu dilipat dan disisip rapi kedalam beg sandang yang dibawanya. Sudah hampir satu hari dia mencari kerja. Bukan nak yang full time, part time je pun. Tapi nak mencarinya…fuhh, hilang semangat. Matanya melilau memandang sekeliling. Busy! Busy! Semuanya dirasakan bergerak pantas. Digagahkan kakinya untuk melangkah. Dia pun perlu pantas menyusur masa. Ah! Sekarang bukan masa untuk give up.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

“Safiya!!” suara lantang si majikan memecahkan keheningan ofis.

“Err..err.. yes Encik Farid.” Terketar-ketar si setiusaha menyambut panggilan.

“Apa rubbish yang you bagi dekat I nie?? Dah berapa lama you jadi PA I? I need a driver, bukannya tukang kebun! You should do some screening test before proposed them to me, understand!?” Jerkah Farid. Hatinya panas! Susah betul nak cari driver, pak Harun ni pun satu! Time-time ni la dia nak berhenti, nak balik kampung katanya. Nak usahakan tanah terbiarlah, nak jaga kambing lah, lembulah!

“Err..maaf Encik….”

“Anyone else!?”

“Ada…taa..pi..tapi..

“Tapi apa!? Bring him in…” belum sempat safiya menghabiskan ayatnya. Him?? He is she Encik Farid… She! Gumannya dalam hati. Susah sangat nak bagi aku habiskan cakap. Lantaklah! Orang muda kalau jadi boss memang macam tu, emosi tak stabil! Bentaknya malas nak melayan ‘tuan besar’ yang banyak kerenah.

“Miss, you may come in…” Safiya memandang gadis itu atas bawah, biar betul budak ni nak jadi driver. Mahunnya aku kena tengking lagi dengan Encik Farid ni. Hajat dihati untuk menahan dibiarkan terkubur tatkala melihat langkah si gadis yang sudah pun memasuki ruang bilik boss-nya. Gulp!! Ditunggu beberapa saat setelah yakin namanya akan dipanggil. 3 saat, 4 saat, 5 saat…dan saat-saat seterusnya.. eh! Senyap je…

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pandangan Farid tertumpu kearah ‘bakal-pemandu-peribadi’ yang tercegat dihadapannya. kali ini calonnya adalah seorang perempuan. Hatinya menggelegak tunggu masa untuk meledak. Memang nak kena Safiya ni! Wajah gadis itu diamati.

“Err…Encik…” Gadis itu memulakan bicara. Mungkin rimas dengan tingkah laku si penemuduga.

“Your name?” Soal Farid. Dipalingkan badannya mengadap keluar tingkap.

“Pelangi…” jawapan dari gadis itu membuatkan Farid tergelak besar. ‘Pelangi!? Like what…’

“Yes, Pelangi binti Abdullah…but you can call me Lani, If you want to… ”

“Why Pelangi? Parents you memang dah takde nama lain ke nak bagi?” dugannya sinis. Pelangi hanya menundukkan wajahnya ‘kurang asam betullah mamat nie!’

“Im sorry sir, Late grandma yang bagi nama tu. But there is nothing wrong with my name kan?” Pelangi cuba untuk bersarkastik. Terdiam Farid mendengar ungkapan dari gadis itu. Tapi dibiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Resume di atas meja diteliti dan diselak satu persatu helaian kandungannya. Setelah puas, dengan ringannya dia mencampak resume itu ke hujung meja. Tersentak Pelangi melihat perlakuan yang kurang sopan itu. Diambilnya fail yang sudah hampir terburai.

“This is not a right way to reject people, Encik Farid.”

“So what? Teach me then…” Pelangi dihadapan direnungnya lagi. Kali ini dengan pandangan yang tajam. Pelangi yang pada mulanya ingin melawan, hanya mendiamkan diri. Tidak tahu tindak balas apa yang perlu dia berikan. Berdirinya jadi serba tidak kena, rasa macam nak tercabut kakinya ketika itu, dahlah dalam perjalanan ke sini dia terpaksa menapak sejauh 10km, ceh! Bangunan je besar, tapi kemudahan hampeh! Public transport pun tak dibenarkan untuk melalui kawasan bangunan tersebut. Mengancam keselamatan katanya. Hmm.

“Dah! you may go, I don’t need you.”

“Err..tapi Encik belum interview saya lagi..” berani saja mulut ni nak menjawab. Encik Farid menjengilkan matanya.

“Erm. Ok” Keluh Pelangi. Nak bergaduh pun tak guna. Orang dah taknak, takkan kau nak terhegeh-hegeh pulak kan? Dipulasnya tombol pintu dengan perasaan hampa. Tapi tak semena-mena pintu itu ditolak dari arah luar dan menyebabkan dia terdorong kebelakang.

“Eh..sorry! sorry…” Safiyah membantu Pelangi untuk bangun.

“Kau ni kenapa Safiyah?? Aku dah cakap, kalau masuk ketuk pintu, jangan nak main terjah je!”

“Maaf Encik Farid, tapi ini kecemasan. Datin Zakiah admitted hospital, Datin..Datin pengsan.” Tergagap-gapap Safiya menuturkan kata.

“Whatt!! Bila? Hospital mana??” Farid cemas. Soal Ibu memang tak boleh diendahkan.

“Tengah hari tadi, sekarang ada di hospital Sunway.”

‘Holy Shit! Macammana aku nak kesana!? Takkan nak naik public transport kot! Aduhhh! Pak Harun, Pak Harun!’ Sejak kemalangan yang menyebabkan dia hampir-hampir lumpuh 3 tahun dahulu, dia tidak pernah ingin memandu sendiri. Traumanya masih kekal hingga ke hari ini. Tidak sekali-kali dia akan memegang stereng kereta, never! Itu janjinya pada diri. Tiba-tiba dia terpandangkan Pelangi. Ah! Untuk emergency, Apa yang ada sauk jelah! Diambilnya kunci dan dicampaknya betul-betul mengenai kasut yang dipakai oleh Pelangi.

“Kau drive aku sekarang!”

…………………………………………………………………………………………………………………………

“Ibu…”

“Farid…” Ubun-ubun kepala Ibu diusap lembut. Lega hatinya tatkala mendengar sahutan dari ibunya itu. Doctor kata ibu mungkin terlalu letih. Mana taknya sana sini kehulu hilir sibuk menguruskan butiknya. Sudah berapa kali dipesan, jangan buat kerja berat-berat lagi, serahkan saja kerja-kerja butik dekat pekerja mereka. Ibu pun bukannya muda, dah nak masuk 50 tahun dah. Tapi Ibu degil. Kata Ibu, selain Khazanah Holding, butik itu satu-satunya harta peninggalan arwah Papa, dia mahu menghargai kurniaan itu dengan penat lelahnya sendiri. Hmm.. Farid hanya mengeluh apabila mengenangkan sikap Ibu. Nak cakap lebih-lebih takut digelar anak derhaka. Sudahnya dipendamkan saja kata-katanya. Tapi bila dibiarkan, ini pulak jadinya. Haish!

“Ibu minta maaf sebab susahkan Farid.” Ibu bersuara, walaupun muka Ibu nampak pucat, dia tetap kelihatan anggun dan cantik. Tangan si anak diusap lembut. Farid lemah dengan tindakkan ibu. Memang dia sangat menyayangi ibunya. Bagi Farid, hanya ibunya yang benar-benar memahami dirinya. Ibu adalah segala-galanya. Dicium pipi tua itu dengan mesra.

“Takde apa yang nak dimaafkan ibu, Farid kan anak ibu. Memang tanggungjawab Farid untuk jaga Ibu. Dah, Ibu tak payah banyak bergerak k. Ibu relax je, chill-chillkan diri.” Tertawa Datin Zakiah dengan pujukkan anak terunannya itu.

“Hah..see… baru Farid lega, dari tadi Farid mencari…” tingkah Farid, sambil cuba untuk mengusik Ibunya.

“Farid cari apa?”

“I’m looking for a hot smile of my lovely mummy..” Jawab Farid sambil tersengih. Datin Zakiah menampar lembut lengan anaknya.

“Farid, main-mainkan ibu ya, I am too old to be hot tahu.”

“Eh…mana ada, Ibu Farid bergetah lagi tau!” serentak dengan itu pecah tawa mereka anak beranak. Ibunya dipeluk erat. Farid memang tiada siapa-siapa lagi di muka bumi ni. Ayahnya telah dijemput mengadap Pencipta 5 tahun yang dulu akibat kanser usus. Lapang rasa hati Farid bila melihatkan wajah ibu yang semakin berseri. Tanpa mereka sedari nun jauh di suatu sudut ada sepasang anak mata yang asyik memerhatikan gelagat mereka. Si empunya mata itu sangat mencemburui suasana itu

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Emm..Encik Farid, ni kuncinya. Kereta saya park dekat basement. Ini card parking, saya dah dapatkan cop untuk flat rate……………”

“Habis tu siapa yang nak drive aku balik??” tersentak Pelangi mendengar ungkapan dari mulut lelaki dihadapannya itu. Err..maksudnya?? ligat otaknya meneka.

“Aku bagi kau tiga kali tempoh percubaan, waktu kerja kau 8.30 pagi sampai 5.30 petang, dan mesti sedia tapi kali bila aku call kau. 8.30 pagi kau mesti dah ada di depan pintu rumah aku. Setiap saat kau lambat, gaji kau akan ditolak. Aku bagi kau seribu lima ratus sebulan. Lepas probation, aku naikkan lagi. Tapi itu depends macam mana kau buat kerja. Esok datang ofis, jumpa Safiya sign offer letter. Tapi ingat, lapan se..te..ngah! lapan setengah!!” Ayat itu ditekankan banyak kali. Pelangi terkesima. Nak melompat kah, menjerit kah, atau buat-buat tak tahu saje kah?? Sumpah dia gembira! Tidak perlu lagi dia kusut-kusut fikirkan mana lagi nak dapat wang untuk tanggung kehidupannya sebagai pelajar kolej. Wang biasiswa memang ada, tapi semuannya hanya cukup untuk menjelaskan yuran semesta. Faham sajalah yuran kolej tak kurang lebih beribu-ribu. Itu belum ditambah dengan duit sewa rumah lagi. Dia tersenyum sampai ke telinga. Terima Kasih Ya Allah kerana memudahkan segalannya….

“Hoi!! Apa yang kau terjegat kat situ lagi! Cepat!!” laung Farid. “Hish, lembab!”

“Ehhh. Ok…ok!” berlari-lari anak Pelangi merapati Honda Accord yang bakal dipandunya. Dibukanya pintu bagi memudahkan ‘Tuan Besar’ untuk masuk, dan..

“Habis kau nak duduk mana??” sergah Farid. Erk! Pelangi menepuk dahinya. ‘Bodohnya aku nie!’ pintu kereta bahagian pemandu ditutup balik. Nervous dow!

“Err.. maaf Encik, sila masuk…” menggeleng-geleng kepala Farid melihat kelakuan driver barunya itu. Nasib baik kau comel. Eh, tetiba! Hehe.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Aduhhh!! 8.10 minit dah nie. Hish! Hari ni pulak la kau nak jem jalann! Selalunya elok jer aku menyelunsur laju. Pedal minyak ditekan selagi boleh. Ada 15km lagi untuknya sampai ke halaman rumah atau lebih specificnya pintu rumah Encik Farid. Sempatkah?? Sempatkah?? Dia berkira-kira sendiri.




+++++++++++++++++++++++++++++++

8.33AM.

Dari jauh sudah kelihatan kelibat Encik Farid yang sudah tercongok macam tiang elektrik kat depan pintu rumahnya. Pelangi gementar. Di-ushanya jam di tangan. Lambat 3 minit! Diberhentikan kereta betul-betul di hadapan Encik Farid. Dengan lagak cool yang sengaja dibuat, dia keluar dari tempat duduknya dan berjalan tenang ke arah tuannya.

“Morning Encik Farid” ucapnya tatkala briefcase sudah berada ditangan. Encik Farid hanya mendiamkan diri. Aaa’ tidak, Eee’ pun tidak. Mukannya masam mencuka. “Eh, Encik Farid tak baik masam-masam muka pagi-pagi ni. Rezeki tak masuk. Cer senyum..” akal Pelangi untuk meng’havoc’kan suasana. Encik Farid tetap mendiamkan diri. Pelangi termalu sendiri dengan lawaknya yang tak menjadi. Kalau masuk Raja Lawak sah-sah dialah orang yang pertama terkeluar, ntah-ntah tak tersenarai langsung. Hahah! Malas nak dipanjangkan cerita, cepat-cepat Pelangi membuka pintu belakang. Alas tempat duduk ditepuk-tepuk agar Tuannya dapat duduk dengan selesa (Ah! Time ni jugaklah kau nak menepuk Pelangi…) Selang berapa ketika, dapat dirasakan tubuh Encik Farid terlalu dekat menghampirinya. Pelangi resah. ‘nak good morning kiss kah?’ desis hati nakalnya.

“KAU DAH LAMBAT 3 MINIT TAHU TAKKKK!!??” Oh mak kauu! Macam nak pecah gegendang telinga Pelangi mendengar pekikan dari Encik Farid tu. Digosok-gosok kedua belah telinganya, panas berdesing! Agak-agaklah dia ni, aku bukannya jauh pun yang kau sampai nak menjerit-jerit ni. Suara macam petir! Rungutnya didalam hati.

“Maaf Encik. Jalan jem tadi….”

“Jalan jem ke, jalan itu ke, ini ke, aku tak peduli! Aku dah banyak kali remind kau kan, lapan se..te..ngah mesti dah sampai sini. Bukannya 8.30 baru terhegeh-hegeh nak masuk pintu pagar rumah aku tu! Aku memang pantang kalau nak kena menunggu ni!

“Tapi encik…..

“Ahh! Aku tak kira, kau ada 2 peluang lagi! Cepat masuk! Kau ingat semua orang nak tunggu kau ke??” cepat-cepat Pelangi masuk ke dalam kereta. Hamboi. Garang betul! Mentang-mentanglah kau ni boss! Enjin kereta dihidupkan. Lama dia terdiam sebelum..

“Encik Farid… seat belt..” Dia memang berani dan tak makan saman.

“Kau siapa nak suruh aku buat macam-macam!” Wah! Lagak boss zaman terrorist tau!

“Encik Farid, jangan macam tu. Encik sekarang dibawah tanggungjawab saya. Saya taknak jadi apa-apa kat encik nanti ((walaupun aku rasa macam nak sepak jer kau keluarr. Huh!))” Farid pura-pura tidak mendengar. Tapi secara perlahan-lahan tangannya menarik seat belt dan akhirnya terpasang dibadannya. Pelangi tersenyum puas, untuk harini dia belajar, Majikannya adalah seorang yang sangat ego! Kereta mula digerakkan. Nak dengar radiolah. Bisik hatinya. Tangan terdorong kearah button on.

“JANGAN PANDAI-PANDAI KAU NAK BUKA RADIO!!” Erk..Kuss semangat~ sekali lagi dia tergamam. Kalau lama-lama aku kerja kat sini, sahih mati dalam keadaan terkejut!

Dan mereka akhirnya terdiam sehingga tiba ke destinasi yang hendak dituju.

+++++++++++++++++++++++++++++++

“Datin discharge wad hari ni, pukul 5 petang kau mesti dah ada sini. Jangan nak terhegeh-hegeh macam tadi. Ingat!” arah Encik Farid.

“Err…maksudnya saya kena tunggu sini sampai pukul 5 petang ke?” Soal Pelangi. Encik Farid hanya membulatkan mata mendengar soalan yang dianggapnya kurang challenging.

“Apa ke lembabnya kau ni! Haish, susah sangat ke nak faham arahan aku? Dah berapa lama jadi driver??” jerkah Encik Farid.

“Err..2 hari.” Pelangi menjawab dengan selamba. Serious dia takde niat apa-apa selain untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Tuannya.

“Menjawab! Menjawab! Suka hati kaulah nak buat apa atau pergi mana lepas nie. Yang perlu kau tahu, aku ni boss kau, kau tu driver aku dan sebagai driver, aku nak kau selalu available untuk aku. Kalau aku kata kau kena ambil aku pukul berapa pun, kau kena datang sharp-sharp. Maintenance kereta pun kau kena jaga. Kalau ada apa-apa, pergi hantar bengkel. Kalau takde duit ke apa, pergi minta dekat Safiya. Itu tugas kau, senang kan!? Dan untuk kemudahan kau, aku bagi kau pakai handphone nie, nah ambil!” kotak berisi handphone di campaknya ke arah Pelangi. Pelangi mengamati kotak itu yang akhirnya membuatkannya tersenyum meleret. Huyooo! Blackberry bold tu! Sumpah seumur hidup menatang ni lah benda yang paling mahal pernah dia dapat! Dicapainya dan sebuah senyuman yang dirasakan manis dihadiakan kepada Tuannya.

“Dah! Kau tak payah nak buat muka macam tu, handphone tu bukan aku bagi terus, bila kau dah berhenti pulangkan balik! Dan aku taknak kau gunakan handphone tu untuk urusan peribadi. Faham!?” Tegas sahaja suara Encik Farid member peringatan. ‘ah, lantaklah. Atleast sekarang handphone ni sedang jadi milik aku. Yeayy!’

“Eh, kau ni boleh pantas bergerak tak!!?? Aku ada meeting nih! Cepat buka pintu!!”

“Lar…saya ke yang kena buka pintu??” soal Pelangi. ‘Buka pintu untuk Encik Farid ada dalam Job Desription aku ka??’ Farid hanya menepuk dahinya mendengar soalan Pelangi.

“Ya Allahhh!! Macammanalah aku boleh hired kau nih Pelangiii!!”

“Errkk..ok.okay.” berlari Pelangi membuka pintu Tuannya. Bingit telinganya bila terdengar pekik jerit Encik Farid. ‘Laki ni memang tak reti nak cakap perlahan-lahan agaknya’ bisik hati kecilnya.

…………………………………………………………………………………………………………………………………
Tett. Tett. Tettt.
+ Lani, awak di mn? Your manual book ada dgn Ash, nak dtg amik @ nak Ash antar?
Message dari Ashfar dibaca dan direply pantas. Dek kerana menghantar Encik Farid ke hospital semalam, dia terpaksa missed kelas. Pelangi Abdullah, pelajar Part time jurusan Fashion dan Designer. Tahun ini tahun ketiga dia dalam course itu. Dia memang sangat-sangat menyukai bidang Fashion dan design ni. Sejak dari kecil lagi dia suka mereka-reka dan berangan untuk menjadi seorang Pereka fashion yang terkenal. Habis semua penghuni rumah anak-anak yatim taman wawasan menjadi modelnya. Tersenyum Pelangi bila terkenangkan kehidupannya sebagai salah seorang penghuni di rumah itu. Pelangi dibesarkan oleh Mak Ida, penjaga rumah Anak Yatim Taman Wawasan. Ibu bapanya meninggal akibat kemalangan sewaktu dia baru berusia 2 bulan. Berkat ehsan Mak Ida, dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

- Ash, thanx so much! Lani jumpa Ash kejap lagi boleh? Dlm stgh jam?
+ Ok! I’ll wait for you. Dkt tmpt biasa, ok?
- Ok! Thanx again. C u :)
Handphone ditangan bertukar tempat. Dicapainya kunci kereta. ‘Eh, amboi! Sejak ada kereta ni scooter dilupakan’ tersengihnya sendirian dengan kealpaan diri. Diletak balik kunci kereta dan dicapainya kunci scooter hadiah daripada fashion design contest event yang diwakilinya tahun lepas. Alhamdulilah, walaupun hanya berada di tempat kedua, dengan hadiah scooter inilah kehidupannya dapat dimudahkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Ash!!” Laung Pelangi tatkala melihat kelibat Ashfar menghampirinya.

“Hai Lani” Pelangi tersenyum manis kearah Ashfar. Terkedu Ashfar melihat senyuman Pelangi tu. Manis, cukup manis! Ashfar suka melihat Pelangi bila dia tersenyum. Gigi arnab dua batang dan lesung pipit di kedua belah pipinya menyerlahkan kecomelannya.

“Lani ok? Kenapa semalam tak datang kelas?” soalnya.

“Lani dah kerja Ash, semalam ada emergency. Ada apa-apa ke?”

“Dah kerja? Kerja mana? Tak bagitahu Ash pun?”

“Driver je.” Ringkas sahaja jawapan Lani. Buku manual di tangan Ash diambil. “Eh, berapa ringgit nie?” Soalnya malas nak memanjangkan kisah kerjaya part timenya.

“What!! Driver!?? Are you insane??” Tingkah Ash tiba-tiba. Terkejut Pelangi dengan tindakkan Ash yang tak semena-mena tu.

“Hoi!” Ditepuknya bahu Ash. ‘Dah kenapa semua orang nak terjerit-jerit ni. Terenjat otak aku!’ bentaknya. “Kenapa Ash jerit-jerit ni?, Lani oklah. Biasalah tu, nak hidup kan, kenalah kerja. Lani bukan hidup senang macam Ash. So…” tak sempat Pelangi menghabiskan ayatnya, Ashfar terus menarik tangan Pelangi dan menggengamnya erat. Pelangi terkesima dengan tindakkan Ashfar. Perlahan-lahan dia ingin meleraikan genggaman itu, tapi pegangannya terlalu kuat.

“Ash…kenapa ni?”

“Lani jangan cakap macam tu. Ash kan ada. Lani tak perlulah nak kerja-kerja ni. Ash boleh tanggung Lani. Kita couple?” beriya-iya Ashfar meyakinkan Lani. Pelangi terdiam. Dia tahu ini bukan kali pertama Ashfar mengajaknya untuk menjalinkan hubungan. Bukannya sengaja dia menolak, tapi dia sedar siapa dirinya. Perempuan yang tiada apa-apa. Masih terngiang-ngiang lagi herdikkan yang diterimanya dari mama Ashfar. Memang hatinya pernah terbuka untuk Ashfar, tapi disebabkan Mama Ashfar, perasaannya telah tawar. Hina sangat dirinya dimata Datin Maria, mama Ashfar. Dilemparkan pandangan matanya jauh.

“Ash fahamkan situasi kita sekarang ni. Lani tak rasa Lani perlu terangkan lagi. Jelas Ash tahu keadaan kita macammana.”

“Lani…please, Ash akan try cakap dengan Mama lagi. Bagi Ash peluang, bagi kita peluang. Lani…” Lirih sahaja Ash memujuknya. Pelangi masih cuba untuk meleraikan genggaman tangan Ashfar. Dan sekali lagi dia tidak Berjaya.

“Ash…tolonglah jangan buat Lani macam ni.. Orang tengok tu”

“Hmmm…”Ash mengalah. Genggaman tangan Pelangi dilepaskan. Dia mendiamkan diri sebelum tersenyum memandang Pelangi. Merah wajah Pelangi ketika itu. Mungkin malu atau terasa bahang matahari. Dipanjangkan akalnya. Disentuh lesung pipit Pelangi. Pelangi menepis perlahan dan tanpa sedar dia menjuihkan bibirnya. Ketawa Ashfar melihat telatah Pelangi, rasa mahu dicium-cium pipi itu.

“Ala sayang… janganlah buat muka macam tu. Luruh jantung Ash nih.” Usik Ashfar sambil memegang dadanya. Pelangi masih diam. Mungkin masih terasa dengan tindakkan Ashfar sebentar tadi.

“Lani…nak Ash kiss pipi tu ke??” Duga Ashfar. Pelangi hanya menjeling. Dihempasnya manual yang dipegang ke riba Ash.

“Aduhh! Garangnya sweetie pie Ash nih.”

“Gatal yer!” Pecah gelak tawa Ashfar melihat Pelangi termalu-malu. Diselaknya helaian rambut yang mengenai dahi gadis manis tu. Pelangi hanya membiarkan sahaja. Walaupun dia selalu mengendahkan Ashfar. Dia tidak pernah mengelak tindakkan Ashfar. Dia tahu kadang-kadang dia mahu bermanja dengan Ashfar. Ashfar sangat menjaga dirinya. Tapi dia cepat-cepat tersedar. Hmm. Apalah salah anak yatim piatu macam dirinya ni. Dia bukannya mahu dilahirkan begini.

“Hey, jauh menggelamun nie..” Sapa Ashfar menghentikan lamunan Pelangi. Pelangi hanya tersenyum. Dipandangnya Ashfar dengan pandangan yang tersirat. Ashfar membalas senyuman Pelangi. Susah nak digambarkan perasaannya terhadap Pelangi. Mahu saja dia menculik Pelangi dan membawanya lari kemana-mana kaki berhenti, tapi dia masih waras. Air muka Papa dan Mamanya sebagai ahli korporat terkenal perlu dijaga.

“Pelangi, sabar yer sayang…Ash minta maaf.”

Tett..Tett….

“Eh!” handphone blackberry pemberian Encik Farid berbunyi.

 Where are you?? Almost 5pm, we’ll go early. Come here before 4.30pm.
4.30pm!? Gulpp! Jam ditangan dipandang. 4.10pm dah!!
 Ok boss!

“Eh Ash, I need to go now. Boss dah panggil.” Kelam kabut Pelangi bangun.

“Alar.. nantilah dulu, Ash tak lepas rindu lagi nie…” Rengek Ashfar. Ditariknya beg sandang Pelangi.

“Ash, jangan manja-manja boleh tak? Lani betul-betul have to go ni. Nanti Lani kene buang kerja kang” Kata Pelangi sambil menyentap beg ditangan Ashfar.

“Hmm.. Okay! Okay!. Take care tau. Jangan flirt dengan boss pula” Ashfar member amaran. Pelangi hanya menjeling memandang Ashfar. ‘Nak flirt? Mati hidup semula pun dia tak hingin!’

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Eh, siapa ni Farid? Manis budaknya.” Soalan Ibu membuatkan Farid menjuihkan bibir. ‘Manislah sangat!’ gumannya perlahan. Pelangi hanya tersenyum mendengar pujian itu.

“Dah, kau pergi kemas baju Datin then tunggu kami di kereta” Arah Farid. Datin Zakiah sempat memukul bahu anaknya itu.

“Kenapa kasar sangat dengan perempuan Farid? Ibu tak ajar layan perempuan macam tu kan?”

“Eh, mana ada bu. Hmm.. Ok, ini Pelangi, driver baru Farid. Baru start kerja semalam. Pelangi, ni Ibu a’..erm saya, Datin Zakiah” terbelit-belit nak bahasakan diri.

“Datin, saya Pelangi.” Pelangi menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

“Eh, panggil saya Auntie je, tak payah berdatin-datin. Apalah ada pada pangkat kan.” Datin Zakiah menyambut salam Pelangi dengan mesra. ‘Wahhh! Baiknya hati Datin ni. Lembut je orangnya, tak macam anaknya yang macam singa kelaparan setiap masa!’ Farid dikerlingnya. Tuan Besar itu turut merenungnya dengan pandangan yang tajam.

“Ok dah sesi suai kenal, Ibu nak berehat. Ambil ni Pelangi, tunggu di kereta.” Beg berisi baju dicampaknya ke Pelangi. Pelangi sedikit terdorong ke belakang menerima balingan itu. ‘Hish! Kurang asam betullah dia ni, bagilah elok-elok!’

“Eh Farid, kamu ambil beg tu, biar Pelangi tolak kerusi roda Ibu. Kamu selesaikan dulu bil-bil hospital tu, Ibu dan Pelangi akan tunggu di kereta.” Farid terkena lagi.

“Alah… Ibu ni..” Dia merungut. “Hmm.. Yelah, yelah..”Akhirnya dia mengalah.

“Jaga Ibu baik-baik” Pesan Haikal. Pelangi sekadar mengganguk sambil tersenyum. Dia bangga bila ada orang yang menyebelahinya. Padan muka kau Tuan Besar! Kehkehkeh.

++++++++++++++++++++++++++++

“Pelangi tinggal di mana?” Datin Zakiah memecahkan kesunyiaan dengan mengajukan soalan ke arah Pelangi.

“Tinggal menyewa di wangsa maju Datin… Eh, Auntie.” Tersasul-sasul Pelangi memanggil Datin Zakiah.

“Oh, tinggal dengan parents?”

“Tak Datin, Pelangi sorang je. Parents dah meninggal masa Pelangi baby lagi. Adik beradik pun takde.” Jawab Pelangi jujur. Ditolehnya sekilas ke arah Farid yang asyik memandang ke luar tingkap. Entah apalah yang di tengoknya tu.

“Ouh, sorry to heard that. So sekarang Pelangi menyewa soranglah yer? Selain buat kerja ni Pelangi buat apa lagi?” Soalan bertubi-tubi diberikan Datin Zakiah. Cukup berminat dia untuk mengenali gadis manis ini dengan lebih mendalam lagi.

“Yer Auntie, menyewa sorang je. Pelangi buat part time study, ambil course fashion designer. Malam kelas, siang jadi driver Encik Farid…” Farid yang terdengar namanya disebut, terbatuk kecil.

“Eh, kebetulan. Auntie ada buat business butik, kalau ada apa-apa Pelangi bolehlah bantu Auntie kan?”

“Ye ke Auntie?? Wahh.. InsyaAllah, Kalau ada apa-apa Auntie bagitahulah. Pelangi pun bukannya arif sangat, sikit-sikit tu bolehlah.” Pelangi cuba untuk merendah diri. Datin Zakiah tersenyum mendengar kata-kat Pelangi. Sopan budak ni, sesuai dibuat menantu. Desis hatinya.

“Hah, kebetulan rumah Auntie ada banyak bilik kosong. Tak payahlah Pelangi susah-susah nak menyewa. Tinggal saja di rumah Auntie. Duit sewa tu boleh dibuat belajar. Lagipun senang kalau Farid nak pergi mana-mana. Ye tak Farid?”

“Hahh.. Ibuu…!?” “Datinn..~” Pelangi dan Farid memandang sama sendiri. Mata mereka berlaga. ‘BALA!’ masing-masing bermonolog di dalam hati.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Ha Pelangi, masuklah. Jangan malu-malu. Farid, bawa beg Pelangi tu masuk bilik.” Arah Datin Zakiah.

“Ibuu….” Farid memprotes suruhan Ibu. ‘takde kerja pula aku nak mengangkat beg minah ni, dahlah menumpang je!’ Pelangi ditenung tajam.

“Eh, takpe Auntie. Pelangi bawa sendiri, tak banyak barang pun.” Pelangi mula terasa tak sedap hati. Dia berkira-kira samada keputusannya untuk tinggal serumah dengan majikannya adalah sesuatu yang betul, atau….. dipandangnya Farid yang sedang memerhatikan gerak-gerinya. Err..sah, keputusannya salah!

“Ok Pelangi, jalan-jalanlah dulu di sekitar rumah ni ya. Auntie nak keluar, ada hal di butik. Farid, bawa si Pelangi ni tengok-tengok rumah ni.”

“Err….” Belum sempat Pelangi berkata apa-apa, Datin Zakiah dengan cepat meloloskan dirinya kedalam kereta. Tinggal lah dia dengan Singa lapar, eh, Encik Farid. Gulpp!~

“Hishhh!! Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni. Makin lemaklah bila Ibu dah mula suka dekat kau kan?” Farid tiba-tiba meninggikan suara ke arah Pelangi. ‘Tolong yer Encik Farid, bukan aku yang nak, Ibu kau yang beriyer-iyer mengajak aku tinggal sini! Banyak bunyi plak kau~’ Bentak Pelangi didalam hati.

“Kalau Encik Farid tak suka, saya boleh keluar sekarang. Ok, jumpa Encik esok pagi.” Ujar Pelangi seraya mengangkat beg bajunya untuk keluar.

“Dah, tak payah kau nak main tarik tali pula! Kang tak pasal-pasal aku yang kena. Suka hati kaulah nak buat macam mana pun. Cuma aku nak ingatkan kau, jangan menyesal tinggal serumah dengan aku!” Pesan Farid keras sambil berjalan meninggalkan Pelangi yang masih termanggu-manggu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Nah!” Farid mencampakkan selonggok baju ke arah Pelangi.

“Apa ni Encik Farid? Soal Pelangi.

“Baju aku untuk seminggu. Kau kena iron. Jangan ingat aku nak bagi kau duduk bersenang – lenang je kat sini.”

“Mak Munah?” Pelangi bertanyakan orang gaji di rumah besar itu. ‘Hishh! Aku nak buat assigmentlah!’

“Dia aku dah suruh berehat, alah takkan dengan orang tua pun kau nak berkira?” Sergah Farid sambil membulatkan matanya memandang Pelangi. Dia ketawa didalam hati. Suka dia dapat mengenakan gadis itu. Masam muka Pelangi mengambil baju yang dicampakkan majikannya. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah Farid.

“Tak payah nak sumpah seranah aku, ambil je baju tu. Buat biar ikhlas, kang terbakar pula baju aku tu, gaji kau sebulan pun belum tentu boleh ganti tau!” Pelangi hanya mencebik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tuannya itu. ‘Ceh, berlagak!! Aku bakar betul-betul baru kau tau!’

“Okay, nanti dah siap, saya panggil.”

“Tak payah nak panggil-panggil. Letak je dalam wadrobe aku. Aku nak tidur sekarang. Ingat, gosok sampai habis! Selagi tak siap, jangan tidur. Dan lagi, esok aku ada meeting dengan client penting, so kita keluar awal. Make sure pukul 7 pagi tepat-tepat kau dah siap kat luar!”

“Hmm… Okay Encik Farid.” Ringkas jawapan Pelangi. Malas dia nak melayan Tuan Besar yang banyak kerenah tu. Dia melihat jam di dinding, lagi 10 minit nak pukul 12 malam. Nak gosok baju sebeban ni dah makan masa sejam lebih. Assignment masih menunggu untuk disiapkan. Esok dahlah due date! Argghh~ sabar yer assignment, nanti aku siapkan kau.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Lani, kenapa muka you pucat je ni? Lani tak sihat ke?” Ash meletakkan belakang tangannya ke dahi Pelangi. Risau bila melihatkan wajah kesayangannya yang nampak lesu tak bermaya. Pelangi perlahan menepis tangan Ashfar dari terus merayap ke tempat lain. Bukan boleh sangat budak ni, cepat aje tangannya berjalan!

“I’m okay, penat sikit. Semalam tidur lambat sebab nak siapkan assignment ni” Ujar Pelangi. Memang lambat! Sempat tidur setengah jam je semalam. Matanya sekarang memang betul-betul berat. Mahu saja dia melentukkan kepalanya di bahu Ash. Tapi ditahannya. Teringat kembali kejadiaan semalam. Hampir saja dia bergaduh dengan Farid, macam-macam gangguan yang diterima dari lelaki itu. Nak airlah, nak makan roti lah, tolong picit kaki lah, nak itulah, inilah..Grr!!

“See, Ash told you kan, kalau ada apa-apa bagitau Ash. Apa guna ada Ash, kalau semuanya Lani nak buat sendiri?” Soalan Ashfar bagaikan angin bayu yang menghembus lembut melalui cuping telinganya. Tidak larat rasanya dia nak menjawab soalan dari lelaki didepannya itu.

“Lani penatlah Ash. Kita sembang lain kali. I got to go lah. Nak ambil bos. Kang bising pula orang tua tu. Sorry tau… I’ll text you later.” Pelangi bingkas bangun. Ashfar hanya membiarkan Pelangi berlalu pergi. Dia tak sempat untuk menghalang, Pelangi terlalu cepat melangkah. Hmm! Pelangi memang degil! Bisik hati kecilnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pelangi memandu perlahan Honda Accord milik majikannya menuju ke tempat parking. Ada 15 minit lagi sebelum masa yang dijanjikan. Dia memang sengaja datang awal. Niat hati ingin melelapkan mata barang seminit dua. Badannya memang letih saat ini. Huwarghh!~ masuk kali itu sudah lebih sepuluh kali dia menguap. Dia mematikan enjin dan entah bila saat dan tikanya, dia terlelap.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Hoi, bangunn!!” Bahu Pelangi ditolaknya selamba. Pelangi tidak sedikit pun terjaga. Nyenyak benar nampak tidurnya. Farid memerhatikan setiap inci wajah manis itu. Berderau naluri lelakinya tatkala pandangan mata terhenti ke atas wajah mulus itu. Walaupun dalam tidur, Pelangi nampak cantik. Kulitnya putih bersih. Terkesima Farid dengan apa yang dilihatnya. Rasa simpatinya pada Pelangi tetap ada, walaupun dia sering membulinya. Dia taklah zalim mana, dia cuma mahu menguji sejauh mana kekuatan seorang perempuan dihadapannya ini. Entah kenapa dia mahu berbuat begitu, dia sendiri pun tak pasti, mungkin dia ingin melampiaskan marah dan dendamnya pada perempuan-perempuan yang sering menyakitinya sehinggakan Pelangi yang menjadi mangsa.

“PELANGI!!!” Jerkahnya.

“Hahh, mana? Mana? Encik nak pergi mana?? London? Jepun? Thailand?” Pelangi yang terkejut dengan sergahan majikannya tiba-tiba jadi tak tentu arah. Dibetulkan side mirror dan cermin pandang belakang, sambil memusing-musingkan stereng kereta. Tercengang Farid memerhatikan kelakuan Pelangi. ‘Apa ni? baru tengking sikit, dah mantul??’

“Apa yang kau buat ni Pelangi? Tulah maghrib-maghrib kau tidur. Dah kena sampuk dengan hantu jebon agaknya kau nie!” Farid cuba berseloroh tapi dalam nada tegas. Dia tidak mahu Pelangi terlalu selesa dengan dirinya. Pelangi tiba-tiba tersedar. Majikannya dipandang sepi.

“Err.. maafkan saya Encik. Saya tertidur.” Farid merasa ada getaran dalam nada suara Pelangi. Ditolehnya sekilas kearah Pelangi. Nampak benar letihnya. Mungkin dia dah ter-over buli Pelangi semalam.

“Kau boleh bawak ke kereta ni?” Soalnya ingin mendapatkan kepastian.

“Eh, boleh. Kenapa Encik?” Soalan Farid berbalas soalan dari Pelangi.

“Aku tengok kau macam dah tak larat sangat je, kau marathon ke tadi? Kalau tak larat pergi basuh muka dulu. Aku ni belum khawin lagi. Kang tak pasal-pasal gol!” Farid mengarah Pelangi untuk pergi menyegarkan diri. Tapi Pelangi tidak berganjak. Dia malas. Dia mahu segera sampai ke rumah. ‘Aku jadi macam ni sebab kau lah! Pura-pura tak tahu pulak! Benci!’ Marah Pelangi didalam hati.

“Tak payahlah Encik, dah malam ni. Nanti risau pula Ibu Encik.” Pelangi menghidupkan enjin. Belum sempat Farid berkata apa, kereta sudah laju menyusur jalan. Dia terus mengunci mulut. ‘Ah, Lantaklah!~ janji aku sampai rumah.’ desisnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum Tuan…”sapa Mak Munah sambil mengambik briefcase di tangan Pelangi.

“Waalaikumusslam… Ibu mana Mak Munah? Senyap je?” Soal Farid. Dihenyakkan badannya keatas sofa.

“Datin ada dinner. Tak tahu pula Mak Munah kat mana tempatnya. Eh, Tuan nak makan? Mak Munah sediakan.”

“Em. Boleh juga Mak Munah.” Jawab Farid sambil tersenyum manis ke arah orang gajinya itu. Pelangi yang masih tercegat dihadapan mereka, hanya memerhatikan gelagat penghuni rumah itu. Dia cemburu melihat layanan yang diberikan Farid kepada Mak Munah. Sangat lembut dan sopan. Tapi dengan dirinya, kemain garang! Dia pelik, conflict apa yang sedang cuba dimainkan oleh majikannya ni? Hmm..

“Kau apa tercegat lagi dekat situ?” Soalan Farid mengejutkan Pelangi.

“Err.. kalau takde apa-apa, saya masuk bilik dulu.” Ujar Pelangi.

“Siapa suruh kau masuk bilik? Ibu takde, so sekarang kau kena teman aku makan. Jom!” ‘Ini adalah suatu arahan atau…?’ Pelangi mengetap bibir. ‘Aku penatlah giler!!~ bentaknya didalam hati. Geram sungguh dia dengan kelakuan Majikannya yang seakan anak kecil itu.

“Tapi….”

“Takde tapi-tapi, cepat! Masa tak tunggu kau!”

“Hisshhh!!” berat kakinya melangkah. Selama aku takde boleh pulak kau makan sorang-sorang kan? Sekarang nak mengada-ngada pulak!’

+++++++++++++++==

“Kau depan rezeki boleh buat muka elok sikit tak? Kalau dah macam tempoyak baik kau tak payah duduk sini! Bubuh nasi dalam pinggan aku ni. Pantas! Hish!” Bebel Farid memarahi Pelangi. Dia sengaja, dia tahu Pelangi memang dah tak larat nak melayannya. Dia tak kisah!

“Encik Farid ni boleh cakap baik-baik tak? Depan rezeki ni tak baik cakap kasar dan lagi satu, cuba perlahankan sikit volume suara Encik Farid tu. Telinga saya ni nak pakai lama lagi tau.” Sindir Pelangi. Dicedoknya sambal udang ke pinggan majikannya itu.

“Nampak pedas sambal ni. Kalau ‘TAK TAHAN’ jangan ‘MAKAN’” Pedas sambal udang tu, pedas lagi sindiran Pelangi. Mak Munah hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Nampak sepadan kalau disatukan. Bisik hatinya.

“Hamboii.. lawan tokey nampak!? Ha Mak Munah, duduklah makan sekali. Hilang selera kalau makan berdua dengan dugong terlepas nie!”

“Yelah Mak Munah, saya pun tak selera nak makan berdua dengan babun bontot merah nie!” Hambik! Aku memang dah letih sangat dah nak melayan kerenah kau ni, Tuan Besar! Farid kehilangan kata untuk membalas perlian Pelangi. Dicapainya gelas berisi air putih didepannya. Wajah Pelangi dipandangnya, selamba saja mukanya menjamah nasi. Tidak sedikit pun rasa tergugat dengan kehadirannya di sebelah. Akhirnya dia mengalah. Dinner malam itu dilalui dalam suasana yang sangat sepi dan tegang!

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Gedeganggg!
“Aduhhh!!~” Farid terkejut bila terdengarkan hentakkan yang kuat di sebelah dapur. Dia bingkas bangun. Ada saja yang menganggu waktunya untuk menonton bola. Hish!

“Ya Allah Pelangi! Kenapa kau tidur kat dapur nie? Dah tak larat sangat ke sampai tak boleh masuk ke bilik?” soal Farid tatkala melihat Pelangi yang sedang terbaring di lantai dapur.

“Aduhh! Orang jatuh tanggalah~.. tolonglah, tak boleh nak bangun ni!!” Pelangi merintih kesakitan. ‘Aduh sakitnya kaki aku………..! dah patah dua ke, tiga ke, empat nie?’ Farid terpana tidak tahu berbuat apa.

“Hish kau ni! Jalan tak tengok bawah ke? Mata letak kat lutut? Ni satu hal pulak aku nak kena angkat kau!” Marah Farid. Pelangi dicepungnya. ‘Ish, kau ni hidup macam takde perasaan je?? Tak payahlah nak membebel! Aku suh minta tolong je, bukan minta duit!’

“Hish! Kau ni beratlah!” Tak habis-habis lagi Farid membebel. Cepat-cepat dikendungnya Pelangi ke atas sofa. ‘Boleh tahan juga beratnya minah ni!’ Pelangi tidak mengendahkan rungutan Farid, dibenamkan mukanya ke bantal kecil, nampak teruk sangat sakitnya.

“Kau ok tak? Nak aku bawak pegi hospital?” risau juga Farid bila melihatkan keadaan Pelangi. Kakinya sudah mula membengkak.

“Tak, tak payah. Nanti saya urut, oklah.”

“Nanti, nanti, nak tunggu bila?? Nak tunggu kaki tu membengkak macam kaki gajah??” sinis saja kata-kata Farid. Dia mencari-cari sesuatu. Habis semua kabinet dibukannya. Ha ada pun! Dia tersenyum bila ternampak benda yang dicari. Minyak gamat rupanya~ Pelangi dihampirinya. Diangkat sedikit kaki Pelangi dan diletakkan ke atas ribanya. Perlahan tangannya melekap pada kaki Pelangi, sesekali terdengar Pelangi mengadu kesakitan. Dibiarkan saja Farid mengurut kakinya, ni nak belagak concerns atau ada agenda disebaliknya? Desisnya sendirian.

“Ok dah!” ‘Hai, cepat je urutnya. Minyak pun tak habis meresap lagi. Ala! Nak lagi! Nak lagi!’

“Kalau nak lebih-lebih bayar lah!~” Tingkah Farid seakan tahu saja apa yang dibisikkan oleh Pelangi.

“Ermm.. terima kasihlah Encik Farid, buat susah-susah je.”

“Memang susah pun! Nanti kau dak okay, jangan lupa belanja aku. Aku taknak kau terhutang budi dengan aku!” ‘Erk! Macam tu pulak? Apa punya oranglah majikan aku ni!’ Pelangi mengomel didalam hati. Dia malas nak melayan kerenah Tuan Besarnya itu. Perlahan-lahan dia cuba bangun.

“Ha itu nak pergi mana pulak tu??” Soal Farid, Pelangi hanya membatukan diri. ‘Itu pun nak Tanya, sibuk!’ getusnya. Kakinya masih tak kuat, sekejap saja dia dapat berdiri tegak, beberapa saat selepas itu dia jatuh kembali.

“Aduh!”

“Itulah! Jadi manusia tu jangan nak bodoh sombong, kalau nak minta tolong, cakap!” Farid menarik Pelangi dalam rangkulannya. Gadis itu didukungnya. Kejap sekali pegangan tangan Farid sehingga Pelangi dapat rasa degupan jantung majikannya itu. Dia tiba-tiba jadi malu. Muka majikannya pun tak sanggup untuk dipandang. Aisey…~

+++++++++++++++++++++++

Perlahan-lahan Farid membaringkan Pelangi ke atas katilnya. Bantal kekabu yang menjadi alas tidur di tepuk-tepuknya. Nak hilangkan hama agaknya. Setelah selesai, dia membaringkan pula Pelangi, sempat juga diusapnya lembut ubun-ubun gadis itu. Tak cukup dengan itu, di ambilnya pula comforter di hujung katil, dan diselimutkan badan Pelangi. Pelangi hanya membiarkan saja kelakuan Tuan Besarnya itu. Pelik! Tiba-tiba jadi baik. Agaknya dia yang tersampuk hantu jebon maghrib tadi. Ish!~ minta simpang.

“Dah, kau tidur. Kalau ada apa-apa jerit je. Jangan menggatal nak bangun. Aku kat hall depan nak tengok bola. Kau duduk diam-diam, kalau tak kang aku yang ‘bolakan’ kau pulak.” Farid membuat lawak selamba seraya meninggalkan Pelangi yang sedang tergelak kecil mendengar lawaknya. Farid juga turut tergelak dengan lawaknya sendiri, tapi ‘Cover beb!’ Bahagianya Pelangi rasa bila dilayan begitu. Takdelah jahat sangat Tuan Besar aku nih… Romantik auww… Nah kau~ senyuman meleret sampaI ke telinga… Hehe..

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Tidak senang duduk Farid sekarang. Posisi badannya berubah-ubah, kejap ke kiri, kejap ke kanan. Hish!~ dia rimas. Jarang sekali dia mengendahkan pasukan kegemarannya beraksi. Dikerlingnya jam di tangan, pukul 1 pagi. Dah tidur ke minah ni. Senyap jer. Dia taknak bangun ke? Taknak gi toilet? Dia berteka-teki sendirian. Dipandangnya pintu bilik Pelangi yang tertutup sepi. Nak masuk tak?? Nanti takut menggangu pulak, atau lebih teruk dia akan ingat aku nak rogol dia. Hishhh…masuk jelah, banyak sangat fikirnya. Rumah aku kot, so bilik tu consider bilik aku jugak lah! Apa ada hal~

Pintu bilik dikuaknya perlahan bimbang kalau-kalau dia menggangu si penghuni bilik. Dijengketkan sedikit kaki dan dipanjangkan lehernya menjenguk masuk ke ruang bilik. Tak puas! Jauh sangat jarak diantara mereka. Perlahan-lahan Farid melangkah masuk menghampiri Pelangi. Dilihatnya sekeliling katil. Ish! Ish! Lasaknya budak ni tidur. Bantal-bantal habis berselerak jatuh ke lantai. Dikutipnya satu persatu dan disusunnya di hujung katil. Comforter yang menutup kaki Pelangi yang tercedera diselak. Dibelek-belek dan diteliti, Emm.. dah kurang sikit bengkaknya. Dia tersenyum puas. Pandai jugak aku mengurut orang…ihiks~ Dilabuhkan punggungnya di sisi Pelangi, dibetul-betulkan comforter yang sudah separuh pinggang bawahnya. Dialihkan pula pandangan mata ke wajah Pelangi. Sejuk mata bila terpandangkan gadis itu yang sedang nyenyak tidur, macam baby. Entah kenapa dia ingin sekali menyentuh wajah itu. Wajah itu nampak menyenangkan. Tangan diangkat dan dihalakan ke arah Pelangi, tetapi untuk seketika dia membatalkan hasrat hati. Eh! Kenapa dengan aku nie!?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Encik Farid, boleh singgah ke kolej saya sekejap tak?” Soal Pelangi meminta izin. Alang-alang dah lalu, baik disinggahnya sekejap. Malas dia nak berulang 2-3 kali. Lagipun lepas ni memang destinasinya terus sampai ke rumah.

“Nak buat apa?” Farid dengan lagak bossie, sambil mata masih melekat pada surat khabar yang berada ditangannya.

“Nak ambil nota.” Ringkas saja jawapan Pelangi.

“Em. Not more than 5 minits.” Pelangi tersenyum dengan green light yang diberikan majikannya.

“Okay!”

++++++

“Ash, thanks tau bagi Lani pinjam nota ni. Lani tak boleh lama, bos tengah tunggu tu.” Kata-kata Pelangi menyebabkan muka Ash berubah. ‘Yang kau pergi hangkut bos kau sekali buat ape? Hish! Potong stim betul lah!~’

“Alahh… sekejap sangat, tak sampai 5 minit pun. I miss you tahu.” Ashfar mengusap pipi Pelangi lembut. Dia memang rindukan gadis itu. Sejak Pelangi pindah masuk ke rumah majikannya, jarang sekali mereka dapat berjumpa.

“Eh, Ash… jangan macam ni. Boss Lani nampak tu. Nanti ya, nanti Lani call Ash. Thanks again tau.” Dengan cepat Pelangi pergi mendapatkan kereta. Sempat juga dilambainya Ash yang mencuka.

“I promise will call you.” Laungan Pelangi, sedikit sebanyak memujuk hati lelakinya. Ah, rajuk lelaki tidak kemana.

“Err..sorry, sorry Encik. Kita gerak sekarang yer.”

“Siapa tu?” Soalan dari Farid sedikit memeranjatkannya. ‘Sibuk pula nak tahu hal aku’ getusnya.

“Ashfar, my classmate.” Ringkas jawapan yang diberikan. Citer lebih-lebih pun bukannya dia faham.

“Lain macam je, siap usap-usap pipi bagai. Kalau boyfriend cakap jelah. Aku tak kisah pun.” Ujar Farid, mendatar saje itonasinya. Pelangi tersenyum. ‘Jealous ke Tuan Besar dia ni??’ soalnya pada hati.

“So!?”

“So? So apa Encik Farid?” Pelangi pelik. Tak habis lagi ke soalan dia ni.

“So, you tak jawab lagi soalan I tadi. Classmate saje atau boyfriend?” Eh, dah ber-I, you, I, you bagai. And soalannya berbaur ke-jealousan. Pelangi tersengih memandang Farid melalui kaca cermin pandang belakang.

“Eh, Encik Farid cemburu ke? Kenapa nak tahu sangat? Itu dah termasuk dalam personal life saya tau.” Pelangi cuba untuk menebak. Dia perasan air muka majikannya yang sudah berubah merah.

“Aku jealous? Kau yang tak betul adalah. Aku Cuma tak suka kau campur adukkan urusan kerja dan peribadi. Dah! Aku tak suka kau jumpa budak tu lagi. Nampak tak matured, tak sesuai dengan kau!” Pelangi tergelak mendengar statement dari majikannya itu. Wah!!~ nampak sangat Tuan Besarnya cemburu dengan keakrabannya dengan Ashfar.

“Kau tak payah nak suka sangat. Cepat! Dah tak larat aku nak pandang muka kau satu hari ni.” Farid cuba menukar topic. Nampak sangat dia sudah ketahuaan. Kantoi!~ dia memang cemburu melihat Pelangi dengan lelaki itu. Ewah! Sedap saja kau nak usap-usap pipi anak dara orang yer. Aku yang tinggal serumah pun belum tentu dapat. Eh! Teringin juga ke? Kehkehkeh.

+++++++++++++++++++++++++++++

“Ibu tengok Pelangi tu baik budaknya. Ibu suka kalau Pelangi jadi sebahagian dari keluarga kita. Umur Farid pun bukannya muda lagi. Kalau boleh, ibu nak tengok rupa cucu ibu sebelum melelapkan mata. Farid nampak sempurna bila berdua dengan Pelangi. Ibu dapat rasa yang Pelangi boleh menjaga Farid sebaik ibu. Sudahlah, lupakan kisah lama. Buang segala dendam yang masih berbuku di hati Farid tu. Ibu tahu Farid pun ada perasaan dengan Pelangi kan? Luahkanlah sayang, ibu kenal anak ibu ni. Ikut kata hati Farid. Kalau Pelangi orangnya, bukakanlah hati seluas-luas untuk menerima dia…..” kata-kata ibu tempoh hari masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Betul kata ibu. Mungkin ini masanya untuk dia melupakan kisah lama. Kisah cinta yang begitu menyakitkan hati. Dia perlu membuka hatinya untuk menerima wanita lain. Sudah tak tertahan lagi untuk dia terus berlakon menolak rasa cinta dan sayangnya pada Pelangi. Ya! Dia sudah mula menyayangi dan mencintai gadis itu. Hatinya tersenyum. Dia sudah mula terbayangkan sinar bahagia yang sedang menantinya.

+++++++++++++++++++++++++++

“Wahhh… cantiknya Pelangi. Bersinar-sinar macam ‘Pelangi’ jugak.” Datin Zakiah tiba-tiba memuji Pelangi yang baru turun dari bilik. Farid yang sedang sibuk menonton tv turut menoleh ke arah Pelangi. Gulpp!!~ cantiknya diaaa… Farid terkesima. Pelangi dipandangnya tidak berkelip. Dia ni driver aku yang selalu blur tu ke?? Aduhai… melting siott~
Pelangi tersipu-sipu bila dipandang macam tu. Ye ke? Cantik ke aku ni?? Sempat juga dia memperasankan diri. Datin Zakiah dihampirinya.

“Auntie, thanks tau sebab bagi pinjam baju ni. Kalau takde Auntie, mesti saya tak jadi pergi.” Manis lembut tutur perkataannya.

“Alah, takpe… apalah yang di-terima kasihkan. Baju Auntie kat butik tu banyak. Bukan semua pun dibuat jual, ada yang untuk dijadikan baju peragaan. Baju ni nampak lagi cantik bila Pelangi yang memakainya. Hah, tengok si Farid ni, tak berkelip-kelip pandang Pelangi, sampai ternganga mulut.” Datin Zakiah mengusik anak terunanya. Tapi memang betul pun! Bukaan mulut Farid ketika ini cukuplah kalau nak sumbat bola besbol sebiji. Kemain!~ Pelangi tergelak mendengar jenaka Datin Zakiah. Lagi nampak manis bila gigi arnab dan lesung pipitnya terserlah.

“Eh Ibu ni… Ada-ada jelah. Takdelah cantik mana pun, baju Ibu yang memang dah tersedia cantik, so si pemakai kalau tak cantik pun nampak vogue!” Farid cuba tidak memuji Pelangi depan-depan, walaupun dia sememangnya sedang terpesona dengan kecantikkan Pelangi.

“Hah, Awak nak ke mana, tak sedar ke dah malam nie??” bebel Farid, lagaknya dah macam mak tiri dalam fairytale story cinderella. Eh tak, bapak tiri!

“Err.. saya…” belum sempat dihabiskan ayatnya, kedengaran bunyi hon dari luar rumah. Mereka serentak memandang ke luar.

“Eh Autie, saya pergi dulu ya.” Akhiri Pelangi, Datin Zakiah hanya tersenyum memerhatikan Pelangi yang semakin hilang dari pandangan. Farid tercengang! Bengang juga bila soalannya tidak berjawab.

“Dia nak pergi mana Bu? Malam-malam macam ni keluar. Esok bangun lewat, lepas tu Farid pula yang lambat ke kerja.” Farid merungut tak pasal-pasal.

“Dia kata kawannya nak belanja dinner, siapa ntah nama budak tu, Ash.. Ash ape kebenda nama budak tu. Alah, biarkanlah dia. Nak sambut birthday lah tu.”

“Ashfar?? Hah? Birthday??”

“Lar… yelah, harini kan birthday Pelangi. Takkan tak tahu tarikh lahir pekerja sendiri tuan besar ooii.” Farid melompat dari atas sofa. Terkejut Datin Zakiah melihat telatah anaknya yang tidak semena-mena tu. Sahlah kau yang kena sampuk dengan hantu jebon Farid! Ceh~ suka sangat dengan hantu jebon….

‘Ish, birthday dia ke hari ni?? Macammana aku boleh tak tahu, dan lagi, dia.. Dia nak ber-dinner dengan si Ashfar tu. Oh. Noooo!!~’ cepat-cepat dicapainya handphone.

“HELLO TEKSIIII……..!?”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Ash, sedap makanan tadi. Thanks tau belanja Lani.” Pelangi tersenyum mesra kearah Ashfar. Ashfar mengganguk dan turut sama membalas senyuman Pelangi. Mereka kini berjalan beriringan ke kereta. Tak sia-sia Pelangi setuju dengan pelawaan Ashfar petang tadi. Pada mulannya dia mati-mati tak mahu keluar dengan lelaki itu, bimbang kalau-kalau Mama Ashfar tahu dan akan memarahinya lagi. Tapi, setelah dipujuk, dia akur, apa salahnya dia setuju, bukan selalu pun dia keluar dengan Ashfar.

“It’s nothing my dear as compare to you. Ha, by the way, Ash ada satu lagi surprise tau.” Ujar Ash sambil mengenyitkan matanya kearah Pelangi.

“Lar, macam-macamlah Ash ni, cukuplah dengan bawak Lani makan je, dah memadai.”

“Ehhh.. Mana boleh, Ash kan sayang Lani… mestilah Ash nak Lani happy. Ok dah, tutup mata cepat!” Arah Ash.

“Alah, harus ke?”

“Yer, wajibbb!!~ cepatlahhh…” Ash menggesa Pelangi untuk mengikut arahannya. Pelangi ketawa. ‘macam budak-budak!’, dia menutup mata dengan kedua belah tangannya.

“Taraaaaaaaaaaaaaa……….. Ok, boleh buka mata sekarang!” Pelangi terkejut dengan surprise yang dikatakan Ashfar. Sebentuk cincin bertakthakan hati terpampang didepannya. Dia tergamam seketika.

“Apa ni Ash? Lani tak faham…”

“I bought this ring just for you, I want to propose you… terimalah~” Pelangi masih lagi terkejut.

“Ini mustahil Ash……”

“Ye! Memang mustahil!! Mustahil akan terjadi!!!” Mama Ashfar yang entah dari mana datangnya tiba-tiba bersuara. Keras dan lantang bunyinya. Ashfar dan Pelangi tersentak.

“Eh, mama… apa yang Mama buat kat sini?” Soal Ashfar, terkejut dengan kehadiran Mamanya. Pelangi cemas. Peluh sudah mula memercik jatuh ke mukannya.

“Hey Pelangi, Aku dah cakap dengan kau kan? Aku dah banyak kali bagi amaran jangan jumpa dengan anak aku lagi! Kau degil!! Kau tak sedar ke yang kau langsung tak setaraf dengan Ashfar mahupun keluarga kami. Kau tu anak pungut je! Entah dari mana asal usul kau! Aku jijik nak tengok muka kau, apatah lagi nak bagi kau masuk dalam keluarga kami!! Kau tak faham bahasa ke hah? Anak yang tak tahu asal usul memang macam ni ke perangainya?? Kurang ajar!” Pappp!! Papp!! 2-3 kali tamparan hinggap ke wajah Pelangi, dan menyebabkannya tersungkur jatuh ke belakang.

“Aduhh!~”

“Mama… apa yang Mama buat ni? Lani tak salah, Ash yang ajak dia keluar. Mama tak patut buat dia macam ni.” Ashfar cuba untuk membangunkan Pelangi.

“Hey Ash! Kau pun sama, agaknya dah kena guna-guna dengan budak sial ni. Kau balik, atau kau nak Mama kau ni mati. Kau pilih!!” Ashfar terpingga-pingga mendengar kata dua dari Mamanya. Nak diluah mati mak, ditelan mati ayah. Dia sayangkan kedua-dua perempuan dihadapannya ini. Dia mati akal.

“Ohhh, jadi kau nak Mama kau ni mati yer? Baikk! Kau yang mintak! Kau jangan menyesal!”

“Eh, Ma!! Ok, ok, Ash ikut Mama…”putusnya. Dipandangnya Pelangi yang tertunduk memandang tanah. Argghhhhhhhh!!~ dia berlari mendapatkan Mamanya yang sudah jauh meninggalkannya. Tinggallah Pelangi keseorangan merintih nasib seorang anak yatim piatu. Air matanya meleleh. Hatinya lebih sakit jika ingin dibandingkan dengan tamparan yang mengenainya. Dalam kesuraman malam dia tidak sedar ada mata yang sedang memerhatikannya. Mata itu mempunyai hati yang sama sakitnya dengan Pelangi.

++++++++++++++++++++++++

“Nah tisu…” Pelangi terkejut. Ditolehnya ke arah suara yang menyapa.

“Eh, Encik Farid…” ‘Haish, macam mana dia boleh ada kat sini? Dia nampak ke apa yang jadi tadi??’ Pelangi tersenyum pahit ke arah Farid. Tisu yang dihulur diambilnya dan dengan perlahan dia mengesat air mata yang masih berbaki. Kesan tamparan masih perit dirasakannya. Sah-sahlah nanti akan meninggalkan kesan.

“Meh aku tengok pipi kau tu” Pelangi tidak sempat berkata apa, tangan Farid sudah pun menjamah pipinya. Dipusingkan badan Pelangi mengadapnya. Mereka bertentangan.

“Hmm.. teruk ni.. Sakit tak?” Soal Farid, tangannya masih melekap di pipi Pelangi, dia seakan bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh gadis itu sekarang. Dia dengar semua maki hamun yang dihujahkan kepada Pelangi.

“Kau kuatkan? Nape kau tak pukul je orang tua tu tadi?? Yang si jantan pun kenapa biar je kau kena tampar dengan dia? Tak guna!!” bentak Farid. Marah sangat dia pada kejadian tadi. Pelangi terkedu mendengar kata-kata majikannya itu. Dipandangnya Farid dengan pandangan berkaca. Dia sebak. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi, dengan tidak semena-mena dia memeluk Farid. Di dada lelaki itu dia menangis semahu-mahunya. Farid membiarkan Pelangi melepaskan apa yang terbuku di hati. Dengan perlahan dia membalas pelukkan Pelangi. Dia mahu Pelangi rasa selamat di sisinya.

“Syhh… dah-dah, things happened. Aku tahu kau kuat kan. Banyak benda yang kau dah lalui sebelum ni, Hal ni macam angin je.” ‘Dan aku akan pastikan ‘angin’ ni berlalu dari hidup kau…’ Bisik Farid perlahan. Tubuh gadis itu dipeluknya dengan lebih erat.

+++++++++++++++++++++++

Pelangi terhidu bau jemput-jemput ikan bilis dari dalam bilik. Awal dia bangun hari ni. Dijenguknya ke dapur. Kelihatan Farid yang sedang sibuk-sibuk membasuh pinggan dan mengemas dapur. Dipandangnya sekeliling. Senyap je, tak dengar pun suara Datin Zakiah dengan Mak Munah. Selalunya pagi-pagi macam ni dah dengar gelak tawa mereka.

“Hah, dah bangun pun kau. Duduklah, aku buat breakfast pagi ni. Breakfast kampung, jemput-jemput ikan bilis dengan air kopi. Nyummm.. nyummm!!~” Pelangi tergelak kecil melihat gelagat Tuan Besarnya itu. Baik pula mood dia ni hari ni. Nak kata hari ni hari Ahad, dah banyak kali hari ahad dah yang dilaluinya bersama Farid, tapi hari ni Tuan Besarnya berbeda.

“Mana Auntie dengan Mak Munah? Senyap je pagi ni?” Soal Pelangi.

“Oh, dorang ke pasar. Pagi-pagi lagi dah keluar. Eh, dah elok muka kau?” pantas saja tangannya memegang pipi Pelangi.

“Eh, dah…dah…” tergagap-gagap Pelangi menjawab.

“Erm…dah kurang sikit merahnya. Nanti sapu ubat yang aku bagi tu, bagus ubat tu, recommendad by doctor. Ada lagi kan? Jangan malas, nanti lambat baik.” Pesan Farid sambil menuangkan sos ke piring dihadapannya.

“Err…ada lagi. Ermm… Encik Farid, terima kasih pasal hal semalam, kalau Encik Farid takde tadi, saya tak tahu apa akan jadi dengan saya.” Pelangi bersuara perlahan.

“Hmm.. yelah, lepas ni kalau nak kemana-mana bawak aku. Memang aku dah takkan lepaskan kau keluar sorang-sorang macam semalam lagi.” Farid memberi peringatan keras. Pelangi mengganguk. Kalau ini yang dinamakan arahan yang boleh membawa kebaikkan buat dirinya, dia akan patuh.

“Dah, makan jemput-jemput ni. Aku buat lembut je, senang kau nak kunyah. Kau larat tak nak kunyah? Kalau tak aku buatkan…” selamba saja pelawaan majikkannya itu. Pelangi tersenyum.

“Eh. Larat…larat..” ‘hishh.. takkanlah sampai nak kunyahkan untuk aku kan.’ Pelangi mengambil seketul jemput-jemput dan disuapkannya ke dalam mulut. Mereka terdiam seketika, sebelum…

“Sedapnya jemput-jemput ni, pandai Encik Farid masak…” Puji Pelangi. Dia bangga dengan kepakaran Tuan Besarnya memasak. Alah, jemput-jemput je ponn…. Kata kau!~ dihirupnya pula kopi yang masih berasap, nampak sedap juga, hitam melekat…

“Hmm… Kau khawin dengan aku nak??” tersembur kopi yang diminum Pelangi. Soalan Farid benar-benar menyentap dadanya.

“Khawin??? Encik Farid main-mainkan?” Soal Pelangi. Berdegup kencang jantungnya saat ni. Diperhatikan gerak-geri majikannya itu. Farid bangun dan menghampirinya, tangan Pelangi dicapai dan pipinya diusap lembut.

“Tak, aku tak main-main Pelangi, aku serius. Tolong izinkan aku untuk jaga kau sampai akhir hayat aku…” Kata-kata Farid menyusuk tepat ke hati Pelangi. Terlalu luhur ungakapan itu. Tangannya kini erat berada di genggaman Farid.

“Hahhh…………….”Pelangi dapat rasakan yang dunia seakan berpusing 360 darjat saat itu. Dia pitam…..pandangannya kabur dan entah bila dia terjelepuk jatuh ke pangkuan Majikannya itu.

………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Pelangi……..” suara itu lembut mengejutkannya dari lamunan. Pelangi tersenyum manja ke arah si empunya suara.

“Abang….”jawabnya. Sebuah ciuman singgah didahinya. Tak cukup dengan kucupan, pinggang si isteri pula dipeluknya erat. Mesra dan terserlah kasih sayang sang suami. Pelangi hanya membiarkan sahaja kelakuan suaminya. Dia seronok dimanja begitu, sangat selesa dan disayangi.

“Rindu abang tak?” Pelangi malu-malu untuk mengganguk. Alaa~ dah jadi suami aku pun masih nak malu-malu.

“Rindu tak?” Soalan itu diaju lagi. Tak puas agaknya hanya melihat dari gesture badan.

“Rindu, rindu sangat…” Jawapan dari si isteri membuatkan hati sang suami menjadi tak keruan. Sumpah! Dia amat menyanyangi Pelangi. Sayangnya pada gadis itu tak bisa untuk digambarkan.

“Apa saja yang dimenungkan sayang dari tadi? Kusyuk betul Abang tengok. Hah… lelaki mana yang sayang duk ingat sangat tuh!~”

“Eh, pandai-pandai je abang ni. Pelangi tengokkan si Qaseh tu. Seronok benar tengok dia main kereta mainan tu.”

“Qaseh… mari sini sayang, Papa ada bawakkan Barbie doll nih.” Terkedek-kedek Qaseh berlari mendapatkan Papa dan Mamanya. Tahun ini umurnya dah menjangkau 3 tahun. Baby di dalam perut Pelangi juga sudah berumur 4 bulan, raya tahun ni insyaAllah dapatlah Qaseh adik dan ini bermakna usia pernikahannya dengan Farid juga sudah nak masuk 4 tahun. Dipandangnya Tuan Besar, eh yang kini telah sah menjadi suaminya dengan penuh kasih sayang. Cepat saja masa berlalu. Farid menjaganya dengan begitu baik sekali, tidak sehari pun Farid meninggalkannya. Farid benar-benar mengotakan janjinya. Dia bersyukur kerana memilih Farid sebagai suami. Ashfar? Entahlah. Selepas kejadian itu, dia tidak lagi berjumpa dengannya. Ah, biarlah~ dia tidak mahu lagi mengingatkan lelaki itu. Dia kini bahagia dengan kehidupannya sekarang.

“Alaaa… Qaseh taknak Barbie doll… Qaseh nak kete mainan, kete besarrr…”

“Eh, Qasehkan girl, girl mana main kereta sayang” Pujuk Papanya.

“Takmo, takmo, nak kete gak! Kalau Papa beli kete, Qaseh leh bawak Papa gi jalan-jalan, Qaseh nak jadi Dreber Papaa..”

“Hahh!!” Pelangi dan Farid memandang satu sama lain.

“AISEYMAN, DRIVER JER…………..!?~”

-TAMAT-
Thanks for reading. Sorry kalau ada mana-mana yang kurang, saya orang baru, ambil galah tolonglah jolok-jolokkan..hihi. Anyhow!!~ Thanks sgt2…

Till now, take care guys!!~

Spread Love!~ - Ara :)

***************************************************************