Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara

Wednesday, September 11, 2013
"Aiseyman, Driver Aje - Bab 30"
“LAGI lima minit birthday awak kan?”
Pelangi tersentak. Dikerling jam loceng di atas meja. Sebelas lima puluh lima minit malam. Pelangi menoleh kembali ke skrin telefon bimbitnya. Nama ‘Amer_tuankecik’ tertera di situ. Ha’ah Amer, esok birthday saya! Tapi macam mana awak tahu?
“Err… Macam mana awak tahu?” Soal Pelangi sedikit gusar. Hairan sungguh! Semua benda pun dia tahu. Bahaya ni.
“Saya tahulah. Hebat kan saya?” Suara Amer kedengaran agak bangga di situ.
Bibir Pelangi menjuih. Hebat apanya. Menakutkan aku lagi adalah. Dah macam stalker mengintip orang.
“You just made me wonder. Would you mind to tell me the truth?” Luah Pelangi.
Amer ketawa kecil. “Takut ke?” Soalnya.
Eh. Eh. Of course! “… Tak adalah takut… Cuma, nak tahu aje.” Lain yang dirasa, lain pula yang diluah. Ego Pelangi. Ego.
Amer masih lagi dengan tawanya. Entah apa yang lawak.
“Cakaplah betul-betul. Janganlah ketawa…”
“He He. Kalau awak marah lagi saya nak ketawa.”
“Kenapa? Marah saya ni nampak macam kelakar ke?” Pelangi makin hairan. Geram pun ada ni.
“Eh taklah. Dia bukan kelakar, dia macam adorable sangat…”
Sigh! Keluh Pelangi. “Lain yang kita tanya, lain pulak yang awak jawab, Amer…” Nada suaranya mendatar.
“Okey. Okey. Let me tell you this. Ingat tak petang tadi waktu saya pulangkan balik beg awak yang terputus tu?”
“Erm, ha’ah.” Tak payahlah nak mentioned ‘terputus’, cakap pulangkan beg sudah. Duh!
“… Err, saya ternampak IC awak time tu.” Lambat-lambat Amer memberitahu.
“Oh! So awak tahu tarikh lahir saya dari IC saya tu lah yer?” Pandai!
“Yup, exactly! Awak marah ke?”
“Hmm… Tak adalah nak marah. Bukannya apa pun…” Senada tone suara Pelangi ketika itu. Betullah tu. Tak sengaja nak nampak kan? Kalau sengaja memang padahlah, mungkin sekarang ni dia dah get ready nak buka langkah silat gayung untuk mengayung lelaki itu. Amboiii… Biasa ni tengok IC orang.
“Glad to hear that.” Amer senyum dalam hati. Dia risau jugak tadi kalau-kalau Pelangi fikir lain. Yelah… Manalah tahu, kalau-kalau cik gadis terasa hak peribadinya telah dicerobohi. Almaklumlah, Pelangi, effect dia mesti nak over react sikit…
Pelangi hanya diam. Diam sebab mengantuk. Berulang kali jugalah dia menguap sampai meleleh-leleh air mata. Jangan dia tertidur sudah. Kasihan nanti Amer cakap sorang-sorang. Steady Pelangi. Steady!
“… Awak nak tahu sesuatu tak Pelangi?”
Kening Pelangi terjongket sedikit. Apa lagi ni… Aku ni dah pejam celik pejam celik nak padam ni… “Tahu apa?” Nak tak nak dia menyoal.
“Erm… Bagi saya lah kan, kalau awak buat apa pun semuanya nampak sweet. Semuanya kena dengan awak. Tenang saja hati saya ni bila dapat tengok muka awak tu. Rasa lapang. Rasa macam semua masalah dalam dunia ni boleh settle bila tengok muka awak. Bila awak senyum, bila awak gelak, saya rasa bahagia. Bila awak marah, awak comel sangat…” Beritahu Amer. Ikhlas. Kalau boleh semua pujian yang ada, yang dia tahu dia nak hadiahkan pada gadis itu. Sungguhlah rasa sayangnya pada gadis itu semakin menebal. Sepanjang dari perjalanan balik ke rumahnya tadi, wajah Pelangi tak lekang dari mindanya. Sekejap-sekejap dia tersenyum, sekejap-sekejap dia ketawa. Entahlah kenapa. Dah macam orang kurang waras pun ada. Kalau diikutkan hatinya, memang sekarang ni jugak dia nak culik Pelangi lepas tu bawa pergi jumpa tok kadi suruh nikahkan terus!
Pelangi terdiam. Berkerut seribu terasa dahi dan hidung ketika itu. Ni sesi luah perasaan ke apa ni? Agak-agak sikit bro! Dah tengah malam buta ni. Mabuk ke? Atau deman kepialu? Ke senggugut? Eh.
“… Saya ikhlas ni Pelangi.” Sambung Amer lagi bila Pelangi diam seribu bahasa. Memang rasanya terlalu awal untuk dia meluahkan isi hatinya. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan pergi sejauh itu. Dia cuma takut. Takut pada satu perkara yang masih belum pasti. Setiap kali bila dia lihat Pelangi, dia rasa macam dia sudah temui ‘mrs right’ yang akan sehidup semati dengannya, dia dah jumpa bidadari yang selama ini dia cari. Memang dia tahu semua ni agak tergesa-gesa. Dia tahu risiko yang bakal dia terima. Tapi biarlah. Setidak-tidaknya dia berani. Lebih baik dia mulakan langkah pertama sebelum terlambat. Lagi-lagi selepas melihat kemesraan yang semakin berputik di antara Irham dan Pelangi petang tadi, lagilah dia risau. Rasa macam nak terus cakap ‘Pelangi, I love you… Jom kita kahwin!’
“Err… Dah cukup kut Amer. Seram sejuk pulak saya rasa ni. Awak sihat ke tak?” Teragak-agak Pelangi nak membalas kata-kata Amer. Ikhlas memang dia tahu lelaki itu ikhlas. Tapi macam over sangat pulak ni. Desisnya sendiri.
Amer senyum. Senyumannya meleret. Dia membayangkan riak Pelangi ketika itu. Dia sedar Pelangi tidak biasa dengan semua ini. Mungkin baginya terlalu awal. “Don’t worry. Saya tahu batas saya. Saya cuma bagitahu apa yang saya rasa…”
“Err… Okey. Hiee…” Eh, ape ke ‘hiee’ pulak yang aku balas? Pelangi tepuk dahinya sendiri. Silly me!
“Eh, dah pukul dua belas sepuluh minit dah! It’s your day! Happy birthday, dearie Pelangi… May you have all the joy your heart can hold, all the smiles a day can bring, all the blessings a life can unfold. May you get the World’s best in everything! May Allah bless you… May all dream comes true. Be a good girl even though I know you will. Right?”
“Ya… ya right. Inshaa’Allah…” Ayat Pelangi mati di situ. “Thank you. Thank you, Amer. Terharu saya...” Tambahnya lagi. Suaranya bergetar sedikit. Nak nangis! Dah lama dia tak dengar ucapan hari lahir sebegitu. Kali terakhir pun rasanya waktu dia di sekolah rendah dahulu.
“I sweet kan? I tahu…”
“Sweet talker yes you are!”
“Oh well, boleh je kalau awak nak menangis…” Amer mengusik.
Pelangi tertawa kecil. “Big girl don’t cry…” Balas gadis itu walau pada hakikatnya dia kini sedang mengesat air mata yang mengalir. Sampai hati awak, Amer. Awak buat saya nangis. Wuwuwuwu…!
“Esok awak cuti kan? Jom celebrate?”
“Esok?” Cuti memang cuti. Tapi… “Err… Saya kena tanya…-
“Alah… Please, no more rejection this time.” Laju Amer memotong. “I akan minta izin dari Irham.” Sambungnya.
“Ehhh… Tak payah. Tak payah.”
“Laaa… Kenapa? Takut?”
“Err… Bukan. Cuma… Tak apalah, biar saya yang beritahu dia esok.”
“Oh okay. As you wish.... So?”
“So. So?”
“Jangan main-main, Pelangi. So meaning? Esok confirm?” Amer mula teruja.
“Awak rasa?” Turn Pelangi pula nak mengenakan Amer.
Lelaki itu mengeluh. “Awak nak kenakan saya pulak ke apa ni?"
Pelangi diam. Dia masih berfikir sebenarnya. Boleh ke dia keluar dengan Amer esok? Takpe ke? Erm… Takpe kut! Tawakkaltu‘Ala-Allah ajelah… “Inshaa’Allah. Dengan Izin Allah…” Putus Pelangi akhirnya sekaligus membuatkan hati Amer menjerit kegembiraan. Rasa macam nak terjun katil pun ada ni!
Alhamdulillah… Alhamdulillah… First step dah berjaya! Ini baru permulaan. More steps to come, Amer.
‘ENCIK Irham… Saya off hari ni. Nak keluar dengan kawan’
Send!
Menunggu.
Tunggu.
Masih menunggu.
-
-
Beep. Beep.
‘Okay’
Senyum. Meleret.
“FOR you.”
Masuk saja ke dalam kereta Pelangi sudah dihadiahkan dengan sejambak bunga rose berwarna pink.
“Roses untuk?”
“Well… It’s another day for you. God picked another petal on your flower. So, we should start our extremely happy-to-be day with something yang simbolik and roses are something yang saya tahu akan buat awak happy whole day…” dengan senyum manis Amer menjawab.
“Oh.” Pelangi terharu. Apa ni… Saya belum panas lagi awak dah nak buat saya nangis… “Nice roses by the way.” Puji Pelangi. Dear bad feeling, please stay away.
“No problem. For your info, pink roses for thank you and appreciations… Cuba count.”
“Err, kira total bunga?” Soal Pelangi teragak-agak.
“Yes!”
Dahi Pelangi berkerut. Dah kenapa aku nak kena kira bunga pulak ni… “Erm. Okey. Satu, dua, tiga…. Lima belas. Enam belas… Dua puluh, dua puluh satu, dua puluh…” Walaupun macam weird, dia gagahkan juga kiraannya. “Total dua puluh empat?”
Amer senyum. Angguk. “Dua puluh empat kuntum bunga untuk tanda saya tak boleh berhenti dari teringatkan awak dua puluh empat jam.” Tudiaaa… Ayat-ayat cinta Amer sudah mula keluar.
Pelangi malu. Pipinya dah berubah warna. Terasa semua darahnya dah menyerbu ke muka. Alahai Amer… Janganlah buat saya malu-malu macam ni. Tak tenang duduk dah saya ni.
“Suka?” Soal Amer bila Pelangi hanya mendiamkan diri.
Pelangi angguk. Suka sangat! Jeritnya dalam hati.
“Malu?”
Pelangi angguk lagi. Gila tak malu!
“Don’t be. Baru nak start ni… Will see how long you can stand”
Pelangi jongket kening. Ayat berbaur ugutan nampak.
“So, shall we?”
Pelangi diam. Dalam kepalanya sekarang ni bersarang pelbagai soalan.
“Birthday girl… Are you ready?”
“Err… Yes. Yes.” Jawab Pelangi teragak-agak.
“Good. Seatbelt please.”
Pelangi menarik seatbelt nya perlahan. “Done” sengih.
Amer masih dengan senyum manisnya. Kereta digerakan tanpa sebarang kata.
Pelangi tunduk. Ya Allah… Lindungi hamba-Mu ini dari sebarang perkara yang tidak baik. Amin. Doannya di dalam hati.
“BARU bangun, Ir?” Soal Datin Yuhanis sebaik saja melihat kelibat Irham berjalan melintasinya.
“Ha’ah bonda. Semalam tidur lewat. Tengok football match.” Jawab Irham sambil merebahkan tubuhnya di atas sofa.
Datin Yuhanis menggeleng. Boleh pula dia tidur balik kat atas sofa tu.
“… Sayang buat apa tu?” Soal Irham pada Alice yang sedang duduk membelakangkannya. Rasanya sedang menulis sesuatu. Fokus aje tengoknya tu.
“Dowing.” Jawab Alice ringkas.
Irham tercengang. Dowing? Dowing apakah?
“Nah, bangun minum susu ni dulu. Alas perut.” Datin Yuhanis menghulurkan segelas susu kepada Irham yang masih berbaring. Macam baru lepas berperang, letih benar nampak gayanya.
Irham menyambut gelas yang berisi susu itu dan terus diteguknya. Laju!
“Bismillah dulu, Ir.”
Errkkk… Alhamdulillah. Gelas kosong dipulangkan. Irham sengih.
Bertuah punya anak. Datin Yuhanis sekali lagi menggeleng melihat gelagat si anak yang dah besar godang tapi perangai masih macam budak-budak kecil!
“Gandma… Engok ni, antik tak Alice buwat?” Alice menunjukan lukisan yang dibuatnya kepada Datin Yuhanis.
Irham disebelah turut melihatnya. Dahinya berkerut. Ada gambar kek, ada gambar budak kecil sorang, Err… Budak. Eh bukan, macam gambar budak perempuan tapi tinggi sikit dari gambar yang lagi satu. Dia macam… Erm. Macam tengah tiup sesuatu… Lepas tu ada tulisan. Ha…PY… BIR… Ada huruf ‘P’ macam ‘D’. Eh ke memang huruf ‘D’. Ada ‘A’ senget, ada dua hurup ‘K’ ditulis senget jugak. Ada huruf ‘T’ tapi terbalik. Err, dahi Irham semakin berkerut. Apa yang awak cuba nak tulis ni Alice sayanggg… Pening Papa Ir nak faham.
“Wahhh… Pandainya cucu grandma ni. You did this Alice?”
“Yesh. For kakak.” Jawab Alice dengan senyum bangga. Proud little girl! Tangan Irham ditariknya. “Papa Ir, today is ber, berday kakak” Beritahu Alice seakan berbisik.
“Hah? Err… Bonda, please translate.” Pagi-pagi ni memang Irham susah sikit nak digest setiap butir patah perkataan yang keluar dari mulut anak kecil itu.
Datin Yuhanis tergelak kecil. “Dia buat untuk Pelangi. Hari ni kan birthday dia.”
“Hah? Ir tak tahu pun!”
“Kamu tahu apa. Tidur pun bangun pukul satu petang. Sebelum keluar tadi dia ada beritahu kami, dia nak keluar celebrate birthday. Dahlah, bersiap. Kita keluar sekejap. Bonda ingat nak buat surprise untuk Pelangi nanti…”
“Surprise?” Irham kembali merebahkan tubuhnya. “Surprise apanya? Tak payahlah. Buat penat aje.”
Datin Yuhanis memukul bahu anaknya itu. “Ek eh, penat apanya. Irham tu yang sepatutnya kena teruja nak sambut birthday dia.”
“Eleh… Driver aje pun. Bukannya girlfriend, Ir.”
“Irham… Hati-hati sikit bila nak cakap apa-apa tu. Nanti takut termakan diri. Mana tahu esok lusa jadi isteri Irham pulak…”
Erk, isteri!? Ishhh… Bonda ni mengarut aje! “Okeylah bonda, Ir nak mandi.” Irham bangun. Bahaya kalau lama-lama di situ. “Alice, nanti kita belikan kakak kek birthday ya?”
Alice angguk. Senyum. “Buy kak beg too…”
“Beg? Kenapa beg?” Soal Datin Yuhanis. Hairan. Dalam banyak-banyak hadiah yang boleh dibeli, kenapa Alice mencadangkan Irham untuk beli beg. Must be something “Ir… Alice? Ada apa-apa yang you all sorokkan dari grandma ya?
Err… Irham terdiam. Terkejut juga bila Alice mengingatkan dia tentang hal itu. Dia pun dah lupa. Lupa yang sebenarnya sengaja dibuat lupa.
“No. No… annot tell gandma, cikret. Alice dah pomish engan papa Ir. Hiee…”
“Amboi… Dah pandah nak ber-secret, secret dengan grandma. Cubit hidung tu baru tahu.” Datin Yuhanis rangkul Alice dalam pelukannya. Terkekek-kekek Alice ketawa bila pinggangnya digeletek oleh grandma angkatnya itu. “Angan gandma, angannn. Geli, hieee!”
Irham masih lagi berdiri tegak di situ. Dia kenal sangat dengan dialog dan memek muka ‘hiee’ yang baru saja dibuat oleh Alice sebentar tadi.
“Ni siapa pula yang ajar Alice cakap ‘hieee’ sambil buat muka innocent tak bersalah macam tu??” Soalnya tak puas hati.
“Ir rasa siapa yang ajar?” Datin Yuhanis sengaja menyoal kembali. Dia tahu Alice sudah terikut-ikut dengan perangai Pelangi. Siapa lagi dalam rumah ni yang suka cakap dan buat memek muka innocent macam tu kalau bukan Pelangi? dan dia juga tahu Irham pantang betul bila mendengar perkataan itu. Rasa macam nak bagi siku! Katanya dahulu.
Irham diam. Dia tahu siapa tapi sengaja tak nak sebut.
“… Alice, cakap ‘hiee’ then show us the ‘hiee’ face please… Papa Ir nak tengok.” Pinta Datin Yuhanis sengaja mahu mengusik Irham.
“Hieeee…” Alice mengikutkan saja.
“Eii-ewww Alice, please stop! Papa Ir tak suka laaa… You don’t give me that face again tau!” Tingkah Irham sambil berlalu. Cukuplah sorang buat aku menyampah dalam rumah ni. Jangan ada dua!
Datin Yuhanis dah meletus tawa. Alice yang tidak tahu hujung pangkal cerita juga turut ketawa bila melihat grandma nya ketawa.
“Good girl, Alice. Next time kita buat lagi.”
Alice angguk.
Hati Datin Yuhanis berbunga mekar. Dia senyum. Senyum yang meleret.
Bersambung :D
+++++++++++++++++++++++
Sneak Peak Next Entry (13.9.13)
“Happy birthday.”
“Erm.” Jawab Pelangi pendek. Sakit hatinya masih bersisa. Milo yang sudah berisi air panas dikacau perlahan. “Kalau tak ada apa-apa. Saya masuk bilik dulu.” Sambungnya lagi. Tak suka! Tak suka! Hati Pelangi membentak. Dia mahu segera berlalu dari situ.
“Hm. Tadi tu so…- tadi tu aku tak maksudkan apa-apa.” Irham bersuara lembut. Cuba memujuk si gadis yang sedang terasa hati. “Kau okey ke?”
Pelangi diam. Senyum sinis. Tak terasa mahu menjawab soalan itu. So? Sorry? Susah sangat ke nak sebut perkataan yang satu tu? Akan mati ke lepas sebut? Atau terus bisu?
“… Aku tanya kau ni, Kau okey ke? Kau ingat aku…-
“Saya okey atau tak itu bukan urusan Encik Irham.” Jawab Pelangi keras seraya berpaling untuk kembali ke biliknya. Airmata yang tadinya sudah kering kembali basah.
“Pelangi!” Irham tarik lengan Pelangi kuat. Dia paling benci kalau ada perempuan yang bersikap kurang ajar dengannya.
“Aduh. Apa ni Encik Irham! Lepaslah... Sakit.” Meronta-ronta Pelangi mahu dilepaskan. Pegangan Irham di lengannya terlalu kuat.
“Kau cakap apa tadi? Aku tanya kau baik-baik kan? Ada aku tengking kau? Hah!? Ada??” Irham mula menyinga.
“Hish, lepaslahh..”. Apa ni Encik…-“
“Diam! Kau jawab soalan aku tadi. Ada aku tengking kau??” Pegangan Irham sengaja dikejapkan lagi.
Pelangi sedaya upaya mahu lepaskan diri. Tapi tak berhasil. “Err… Tak. Tak… Saya. Sa…-
“Jadi!? Yang kau kurang ajar tadi apa hal? Kau suka aku tengking kau? Marah-marah kau macam ni? Hah? Suka!??”
Pelangi terdiam. Kepalanya ditunduk. Dia tahu dia sudah terjolok sarang tebuan.
“Kau ni dah melampau kan! Kau ingat kau siapa nak buat perangai macam ni? Kau ingat kau tu orang besar dalam rumah ni? Kau sedar tak kau tu siapa?? Kau tu driver je Pelangi. Driver! Pemandu! Kuli! Aku punyalah nak berlembut, nak layan kau baik-baik sekarang ni, tapi ini yang aku dapat!?”
“Maaf… Ma…- aduh. Sakit Encik Ir…-“ Pelangi dah mula menangis. Pegangan tangan Irham sangat kuat. Terasa sampai ke tulang.
“Tahu sakit. Tahu kau nak menangis macam ni! Kau cubalah buat perangai macam ni lagi. Nahas kau aku kerjakan nanti. Berambus!” Irham tolak tubuh Pelangi sehingga gadis itu tersungkur ke lantai. Dengan langkah yang keras dia berlalu meninggalkan Pelangi yang teresak-esak menahan tangis. Sedikit perasaan simpati pun tiada untuk dia berikan pada gadis itu.
+++++++++++++++
Okey, jangan panas hati. Hehe. To be continue yer. Jaga diri baik-baik. :D
Monday, September 9, 2013
"Aiseyman, Driver Aje - Bab 29"
Assalamualaikummm :D
New week, new day, new entry, new story. :)
Enjoy reading guys!
Bismillah...
+++++++++++++++
“BELLA...”
“Ir…” Bella bersuara lemah. Akhirnya dia sedarkan diri setelah hampir empat bulan berada di dalam keadaan koma.
“Kau tunggu aku di luar.” Bisik Irham pada Pelangi yang berada dibelakangnya.
“Erm. Okey.” Jawab Pelangi lalu berjalan keluar dari bilik itu. Semasa langkahnya yang terakhir, dia sempat menoleh ke arah Irham.
“Babe… How are you? Thanks God you dah sedar. I miss you…”
“Su..dah. ber.berapa lama, I, tak sedar.kan. diri, Ir…?”
“Almost four months, Bell.”
“Isk..sa.sakit…”
“Syhh… Dah, you baru sedar ni. Don’t talk too much. I’m here.” Irham usap lembut ubun-ubun dan pipi wanita itu. Perlahan-lahan mata Bella tertutup. Badannya masih belum pulih sepenuhnya lagi. Dia masih lemah.
“Ir… I… i…-
“Syhhh… Tidur sayang...”
Pap!
Pintu bila terasa dihempas kuat.
Irham berpaling.
Pelangi………! Hatinya menjerit memarahi gadis itu.
“I’M HERE konon!” Rungut Pelangi sendiri. Entah kenapa dia rasa cemburu bila melihat layanan Irham terhadap Bella. Erk. Cemburu? Pelangi seakan tersedar ke alam realiti. Dia mengetuk kepalanya berulang kali. Sengal! Sengal! Sengal! Dah kenapa dengan aku ni! Tak mungkin aku… Err… Cemburu? Tak mungkin. Tak mungkin. Maybe sebab aku tengah ‘period’ kut. Emosi tak stabil. Erm. Mungkin. Mungkin. Pelangi bermonolog sendiri untuk menenangkan hati.
“Pelangi?”
Pelangi menoleh bila terdengar namanya dipanggil.
“Amer?” Aduhhh… Time-time ni lah mamat ni nak muncul!
“Yes! Surprisingly. Buat apa kat sini?”
“Err…” Nak surprisingly apanya, dah nama pun driver Encik Irham. Dah sah-sahlah ke mana dia pergi aku ikut. “Teman Encik Irham” Jawab Pelangi berbasa basi.
“Oh. Lupa pulak awak kerja dengan dia.”
“Ha’ah. Driver dia.” Pantas Pelangi menambah.
Amer mati kata. Dia sengih. Pelangi juga turut sengih.
Tiba-tiba suasana jadi kekok. Untuk seketika, mereka hanya mampu untuk berpandangan sesama sendiri.
“Awak pun datang sini nak jumpa Puan Bella kan?” Pelangi mula bicara.
“Aa’ ha’ah. Dapat call dari pihak hospital tadi. Tu yang terus ke sini.”
“Oh… Tadi pun orang hospital called Encik Irham. Tu yang dia suruh saya drive ke sini tu. So, samalah kita. Hiee…” Beritahu Pelangi sambil tayang muka comelnya.
Amer ketawa.
Pelangi pelik. “Kenapa ketawa? Saya tak buat lawak pun…”
“Awak sedar tak yang awak ni adorable Pelangi…” Puji Amer. Dia tersenyum penuh makna.
Serta merta Pelangi rasa semua darahnya menyerbu naik ke muka. Dia memang malu kalau dipuji depan-depan begitu. Sumpah ini yang pertama. Cute tu dah biasa, tapi adorable tu yang tak menahan… Mahu senyum sampai ke telinga!
“Eh. Ada-ada saja awak ni, Amer.”
“Tak serius ni. Saya puji bukan saja-saja nak ambil hati awak ke apa. Tapi jujur saya cakap, awak cantik, Pelangi. Tenang hati saya bila lihat muka awak. Takkanlah Irham tak pernah puji awak apa-apa…”
Erk, Irham? lelaki sombong tu? Nak puji aku? Memang masuk kubur keluar kubur pun jangan haraplah dia nak puji. Bukan setakat puji, nak cakap terima kasih pun nan hado ajelah!
Hah… Kenapa senyap pula ni? Saya ada salah cakap ke?”
“Eh. Takde pape. Terkejut bila ada orang puji tiba-tiba. Erm… Awak pergilah lawat Bella dulu…”
“Hai menghalau?”
“Eh, bukan menghalau. Cuma…-
Tak, tak. Saya bergurau saja. Okeylah. Saya masuk dulu ya. Hati-hati. Orang cantik ni selalu kena culik.”
“Kalau saya kena culik memang butalah si penculik tu!” Sempat Pelangi menambah.
Amer berpaling. Dia tersenyum manis.
Pelangi terkesima. Oh, memang sangat manis! Awak… saya nak sikit manis tu boleh tak? nak buat air. Ehe!
“You will never know, sweetie… You will never know.” Jawab Amer. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir. “So.., until we meet again ya!” Dia kemudiannya mengangkat tangan signal melambai.
Pelangi turut membalas sambil tersenyum. Wajahnya ceria. Terpujuk sikit hatinya ketika itu. Dia memerhatikan kelibat lelaki itu sehingga hilang dari pandangannya. Hmm… Sebenarnya boleh tahan juga kawan tuan besarnya itu. Kenapa ya sebelum ini aku selalu fikirkan perkara-perkara yang tidak baik tentangnya? Silap aku sebab menilai terlalu cepat? Atau silap dia sebab terlalu manis?
Awak cantik, Pelangi. Awak cantik…
Senyuman Pelangi semakin meleret. Matanya dipejam rapat-rapat.
Ah! tak salah kalau nak perasan sekejap. Bukan selalu. Well… Kalau tuan besar tak sudi, tuan kecil pun bolehlah!
“SO apa kita nak buat sekarang?”
“Erm… Nak buat apa ko rasa?”
Amer dan Irham berpandangan sesama sendiri. Soalan yang sama cuma frasa ayat yang berbeza.
“Haish, pening!”
Kedua-duanya bersuara serentak.
“Err. Kau cakap dululah. Nak berebut dengan aku apa hal?”
Statement Irham buat Amer tertawa besar. Berebut? Ada-ada saja kau ni, Ir. Bisiknya sendiri. Tapi entah kenapa, tak semena-mena wajah manis Pelangi muncul di depan mata. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.
“Weh… Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba sengih macam tu!?” Tegur Irham. Dia berjalan merapati Amer yang masih tersengih. “Ishhh… Kau ni dah angau eh? Lain macam sangat dah nie…” Irham menyindir. Bahu kawannya itu ditepuk-tepuk berulang kali.
“Angau apanya!” Amer cepat-cepat tersedar. Tangan Irham ditepis. “Aku tanya kau tadi kita nak buat apa sekarang? Bella dah sedar. Lagi dua tiga hari nanti dah boleh keluar. So, siapa yang nak jaga dia nanti?”
Irham terdiam memikir. Betul juga tu. Siapa pula yang nak jagakan Bella nanti. Takkan aku kut? Tapi antara Irham dan Amer, memang Irhamlah calon yang paling layak jika hendak dibandingkan dengan Amer. Hmm… Bella yang masih lagi terbaring lemah dia tatap lama.
Kriukk
Erk!
“Haa bunyi apa tu??” Amer menyoal bila terdengar bunyi pelik.
Irham tersentak. “Bunyi apa?” Soalnya.
“Bunyi.. Syhhh, bunyi ni! Cuba kau dengar baik-baik.” Amer pasang telinga. Sedaya upaya dia cuba menjejaki bunyi pelik itu.
Kriukk. Err…
Mata Amer mencerlung jatuh ke perut Irham.
“Bu… Bunyi tu? Bunyi tu…-“
Irham sengih. Aisey, kantoi! Irham mengeluh. Sesak dadanya menahan nafas.
“Kenapa?”
“Err… Bunyi perut aku.” Jawab Irham jujur sambil tersengih.
“Bunyi pe…-
“Aku lapar lah. Mana sempat makan lagi dari pagi…”
Serentak dengan itu pecah tawa Amer. “Ha’ilahhh… buruknya perangai kau ni! Apsal tak makan?”
“Tak sempat! Masa nurse call tadi menggelabah aku datang ke sini.” Dengan senyum nipis Irham menjawab. Mendatar aje suaranya. Mungkin malu atau mungkin di sebabkan oleh kelaparan yang amat sangat. Masak lemak cili padi yang belum sempat dijamahnya tengah hari tadi tak pasal-pasal menari-nari di depan mata. Ah, sudah!
“Aduhlahhh… Sakit perut aku gelak! Dahlah, jom pergi cafĂ© dulu lepas tu baru discuss” Ajak Amer. Ketawanya masih bersisa. Jarang sekali dia dapat melihat Irham berkeadaan begitu. Terasa macam baru menang hadiah dalam bonus hour aje gayanya. Pakcik menang motor! Ha Ha Ha. Irham, Irham.
Irham seakan anak kecil. Angguk dan menurut. Dia berjalan perlahan meninggalkan temannya di belakang. Dahinya berkerut. Perut ni punnn… Tak menyempat! Sengaja nak malukan aku la tu… Gumannya sendiri.
“PELANGI duduk sini.” Cepat Amer menarik kerusi yang bersebelahan dengannya.
Irham spontan mengangkat kening. Dah nak start lah tu!
Pelangi hanya tersenyum malu. Sebenarnya dia segan bila terpaksa bertiga-tigaan dengan dua lelaki ni. Puas dah menolak. Macam-macam alasan dah diberi, tapi semuanya ditolak mentah-mentah. Yelah, dia ni driver aje. Nak duduk minum semeja dengan dorang ni memang segan-bak-hang la kannn…
“Pelangi nak makan apa? Nak minum apa? Hari tu saya try nasi goreng dia. Boleh tahan jugalah. Erm… Ha, cuba try air…- ” tudiaaa… tak sempat nak buat apa-apa terus Pelangi diterjah.
Irham yang mendengar terasa berasap telinga. Annoying sangat kut! “Eh Am, kau boleh relaks tak? Aku yang kebulur ni pun kau tak tanya macam tu. Lemas weh! Chill…” Tegur Irham. Tu dah tak tahanlah tu. “Kau nak makan apa Pelangi? Order aje. Kau pun tak makan dari tadi kan. Em, ni menu. Pilih mana nak. Aku belanja.” sambung Irham lagi sambil menghulurkan menu ke Pelangi. “Order heavy menu… Bagi gemuk sikit.” Satu persatu Irham menambah.
Pelangi tergamam. Matanya tidak berkelip dari memandang ke arah tuan besarnya itu. Dah kenapa pulak si Irham ni? Tiba-tiba jadi baik. Ni baik ada makna atau baik yang memang baik? Heshh… Air liur yang ditelan terasa mahu diluah balik. “Errmm…” Terkebil-kebil dia mahu membuat keputusan. Nak order makanan pun macam nak pergi berperang. Kau pilih, hidup atau mati? Wah gitu, over Pelangi. Over…!
“Ha’ah Pelangi. Makan banyak sikit. Awak tu saya tengok kurus aje… Irham buli awak ya? Tak bagi awak makan? Kesiannn… Nanti lama-lama saya tengok, bukan awak yang bawa kereta, tapi kereta yang bawa awak…” Amer pula mencelah. Dia ketawa kecil.
Irham senyum sinis. Melayankan saja temannya itu. Entah kenapa dia tidak terasa untuk menjadi penambah,. Cuma yang dia mahu ketika itu hanyalah duduk, diam dan melihat, dan… makan.
Pelangi kerling tajam ke arah Amer. Sebelah keningnya diangkat. Signal tak puas hati. Mulut tu… Mulut tu nak kena cabai?
“Amboi, marah.” Amer mengusik lagi. Alah, setakat kening Pelangi yang diangkat sebelah tu apa sangatlah yang nak ditakutkannya. Lainlah kalau kening the rock ke, mahu dua tiga kali jugalah dia fikir untuk mengusik.
“… Encik nak makan apa?”
“Erm, nasi goreng kampung satu. Air... Lime juice.” Tak tunggu lama, Irham terus memesan. Dia toleh pula pada Pelangi yang masih teragak-agak untuk memilih. “Susah sangat ke nak pilih makan pun?” Soalnya.
“Err… Saya nak… Saya…-
“Bagi dia nasi goreng ayam dengan fresh orange. Tak payah gula.” Laju saja mulut Irham memesan. Tahu pula tu makanan kegemaran Pelangi.
“Kenapa tak payah gula?” Amer menyoal hairan. Dia pandang pada Pelangi yang seakan kaku tak bergerak.
“Dia tak suka.” Selamba saja Irham menjawab.
“Ye…-
“… Eh betul Amer, saya tak minum air manis. Kalau minum pun saya memang tak mahu letak gula.” Pelangi senyum. Hatinya juga tersenyum. Tak sangka Irham tahu tentang pantangnya yang satu itu. Tuan besar, tuan besar… Semakin lama semakin sayang. Ehem!
“Oh” Suara Amer senada. Tanpa sedar bibir mengukir senyum pahit. Dia cemburu. Cemburu dengan layanan prihatin Irham terhadap Pelangi. Seingatnya, Irham dulu tidak begitu. Jangan kata nak prihatin, nak dengar nama ‘Pelangi’ dari mulutnya pun susah. Gerak geri Irham diperhatikan dengan ekor mata. Hailah Irham, time aku dah suka, time tu lah kau nak sibuk!
Untuk seketika tiada suara yang kedengaran. Masing-masing mendiamkan diri sambil melayan perasaan sendiri. Irham dan Pelangi memang senyap terus. Tak ada tenaga rasanya nak buat apa-apa. Irham bersandar mengadap ke kanan, Pelangi bersandar mengadap ke kiri.
“Excuse me… Makanan…- Opsss!”
Tak pasal-pasal lime juice yang dipesan Irham jatuh tertumpah mengenai baju dan sebahagian seluar yang dipakai Pelangi. Habis segelas! Menggelupur dia bangun dari kerusinya.
“Hey, macam mana kau buat kerja ni??” Marah Irham.
“Tak nampak orang ke??” Amer pula menambah.
“So… Sorry…” Takut-takut si waiter bersuara, tangannya terketar-ketar mahu membantu Pelangi. “Sorry cik. Sorry… Saya tak sengaja. Sa…sa..ya…-
“Kau ni…-
“Eh, encik Irham. Takpe, takpe. Sikit aje ni.” Cepat-cepat Pelangi mencelah. “Dik takpe. Takpe… Awak boleh pergi. Tolong gantikan lime juice yang baru ya.”
“Ya, ya… Baik. Sorry ya cik…”
Pelangi mengangguk sambil tersenyum. Tenang. Senyumannya itu bisa menenangkan hati sesiapa yang melihatnya.
“Dah, tak payah!” Tingkah Irham sekaligus mematikan senyuman Pelangi. Dia tercengang. Hai, baju aku yang basah, kau pula yang nak meradang? Terkebil-kebil dia sendiri.
“… Irham, its okay. Calm.” Kali ini Amer pula yang bersuara. “Dik, boleh pergi. Thank you.” Seperti Pelangi dia juga cuba untuk berlagak tenang.
“… yang nak back up dia sangat tu apsal? Huh!” Irham masih dengan sikap panas barannya. Tak puas hati betul bila semuanya nak berlagak macam baik. Salah tetap salah kut!
Pelangi diam. Hasratnya untuk ke toilet membersihkan kesan tumpahan tadi serta merta terbantut. Gigil lutut bila melihat Irham dalam keadaan begitu.
“Pelangi okey?” Soal Amer.
Pelangi angguk. Senyum kelat.
Amer menghulurkan sesuatu. “Nah… Beg awak kan ni?”
Riak Pelangi sedikit terkejut. Bila masa pula beg galasnya itu boleh berada di tangan Amer? Perlahan dia menyambut beg itu dari tangan Amer.
“… Talinya dah putus kut time awak kelam kabut nak bangun tadi. Dompet awak ni pun, habis terkeluar isi-isi semua. Cuba check kalau-kalau ada yang tercicir.”
Pelangi masih seperti tadi. Diam mengangguk. Mungkin dia masih terkejut dengan kejadian tadi. Fikir lelaki itu.
“Awak tak perasan rasanya tadi…” sambung Amer.
“Erm… Mungkin kut. Terima kasih.” Ucap Pelangi senada. Malu. Beg tu pun memang dah rosak. Tunggu masa aje untuk dibuang.
“Nak pergi toilet?”
“Err…” Wajah Amer dipandang. Nak! Jawabnya sekadar di dalam hati. Tak terluah langsung.
“Pergilah… Bersihkan dulu baju tu. Tak apa, kami tunggu.” Beritahu Amer sambil memandang sekilas ke arah Irham. Lelaki itu masih seperti tadi. Muka macam nak telan orang.
“Erm… Bo… Er, boleh ke?” Teragak-agak Pelangi meminta izin. Takut.
Amer senyum. “Sure you can. Just go…”
Pelangi bangun perlahan. Memandang ke arah Irham yang masih mencuka. “En… Encik Irham. Saya ke toilet dulu ya?” Dia meminta izin.
“Erm.” Sahut Irham ringkas.
Pelangi senyum. Dia mula ingin melangkah.
“Pelangi!”
Langkah kaki gadis itu serta merta terhenti. Alahai, tak sampai pun sepuluh saat aku pergi! Dahinya berkerut. Tak payahlah nak main tarik tali. Kejap bagi, kejap tak. Aku nak pergi toilet aje pun, bukannya nak lari….! Rungut Pelangi.
“Eh, biarlah dia nak pergi toilet dulu. Bukannya lama pun…” Amer yang tak tahu hujung pangkal cerita tiba-tiba mencelah.
Irham bangun berjalan ke arah Pelangi. Jaket yang dipakainya segera ditanggalkan dan kemudiannya dihulurkan kepada gadis itu.
Pelangi hairan. Apa lagi lah dia nak buat ni? Dia berteka teki sendiri.
“Buka baju tu, pakai jaket aku ni.” Arah Irham. Tegas.
Bulat mata Pelangi memandang ke arah jaket yang dihulurkan oleh Irham.
“… Tapi Encik Irham, sa…saya…-
“Tapi apa lagi? Nak suruh aku pakaikan pulak?”
“Eh, bukan…”
“Habis tu? Pakai ajelah. Kau nak orang tengok asset kau tu?” Soal Irham sedikit kasar. Matanya jatuh tepat ke dada Pelangi. Sengaja. Dia memang sengaja nak kenakan gadis itu. At least lebur sikit panas hatinya sekarang ni.
Segera Pelangi menyilangkan kedua belah tangannya ke dada. Eeeiii… Biadapnya! Dasar lelaki…!
“Setakat nasi lemak seringgit dua puluh sen kau tu aku memang tak hadap.” Irham memang selamba bila bersuara.
Cisss… Kurang ajaq! Terasa berbahang pula wajah Pelangi ketika itu.
“… Tapi kau kena aware. Kat luar ni manusia macam-macam. Pandai-pandai sikit jaga diri tu. Kau tu dahlah clumsy. Jangan ingat aku ni boleh selalu ada nak ingatkan kau? Dah besar panjang pun masih tak reti-reti lagi. Hish! Dahlah, pergi cepat! Aku cakap banyak-banyak pun kau bukannya faham. Buang air liur aje!”
Ek elehh… Aku tak sempat nak cakap apa-apa lagi. Janganlah nak buat andaian sendiri encik Irham oii… Hishh… Rungut Pelangi di dalam hati.
“Pantas boleh?”
“Yela, yelaaa…” Akhirnya dia mengalah. Penat nak argue lama-lama dengan tuan besarnya itu. Letih…!
Amer yang sejak tadi menjadi pemerhati terasa berpinar-pinar anak mata. Bukan setakat anak mata, anak tekak, halkum semua segala. Perghh! Terasa bagai ada pisau tajam yang menikam jantungnya. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Terasa tercabar kelakiannya bila melihat adegan itu. Irham ni pun… Depan-depan aku pulak kau nak tunjuk hero. Ni yang tiba-tiba rasa nak buka baju seluar terus ni. Sumpah! Demi Pelangi dia sanggup buat apa saja. Sungguh ni! Tak cakap kosong punya. Monolog Amer sendiri. Matanya sejak dari tadi tidak lekang dari mengekori kelibat Pelangi sehinggalah gadis itu hilang dari pandangannya.
Hailah Pelangi... Untuk Pelangi, Amer rela. Cuma tadi tak sempat aje. Percayalah…
Bersambung... :D
+++++++++++++++
** Sneak Peak Next Entry (11.9.13)
“FOR you.”
Masuk saja ke dalam kereta Pelangi sudah dihadiahkan dengan sejambak bunga rose berwarna pink.
“Roses untuk?”
“Well… It’s another day for you. God picked another petal on your flower. So, we should start our extremely happy-to-be day with something yang simbolik and roses are something yang saya tahu akan buat awak happy whole day…” dengan senyum manis Amer menjawab.
“Oh.” Pelangi terharu. Apa ni… Saya belum panas lagi awak dah nak buat saya nangis… “Nice roses by the way.” Puji Pelangi. Dear bad feeling, please stay away.
“No problem. For your info, pink roses for thank you and appreciations… Cuba count.”
“Err, kira total bunga?” Soal Pelangi teragak-agak.
“Yes!”
Dahi Pelangi berkerut. Dah kenapa aku nak kena kira bunga pulak ni… “Erm. Okey. Satu, dua, tiga…. Lima belas. Enam belas… Dua puluh, dua puluh satu, dua puluh…” Walaupun macam weird, dia gagahkan juga kiraannya. “Total dua puluh empat?”
Amer senyum. Angguk. “Dua puluh empat kuntum bunga untuk tanda saya tak boleh berhenti dari teringatkan awak dua puluh empat jam.” Tudiaaa… Ayat-ayat cinta Amer sudah mula keluar.
Pelangi malu. Pipinya dah berubah warna. Terasa semua darahnya dah menyerbu ke muka. Alahai Amer… Janganlah buat saya malu-malu macam ni. Tak tenang duduk dah saya ni.
“Suka?” Soal Amer bila Pelangi hanya mendiamkan diri.
Pelangi angguk. Suka sangat! Jeritnya dalam hati.
“Malu?”
Pelangi angguk lagi. Gila tak malu!
“Don’t be. Baru nak start ni… Will see how long you can stand”
+++++++++++
Letih dah suruh komen banyak-banyak. hieee..
So jaga diri dear readers! Be good aite... :D

Friday, September 6, 2013
"Aiseyman, Driver Aje - Bab 28"
As promised... :))
3 entries per week, sabtu ahad cuti ya...hihi.
Enjoy reading guys!
Bismillah..
+++++++++++++++++++++++
“HOI! Aku lapar!”
Erk! Kuss semangat!
Dia ni sesuka hati aje nak masuk bilik orang tak bagi salam. Nasib baiklah aku tengah tak buat apa-apa. Kalau tengah tukar baju ke apa tadi, tak ke naya! Rungut Pelangi. Cepat-cepat dia bangun dari baringannya. Tuan besar yang berdiri tegak di depan pintu ala-ala tentera tidak cukup zat Pelangi jeling tajam.
“Encik Irham tak malu ke masuk bilik perempuan macam ni?” Tegurnya sambil membetulkan ikatan rambut yang sudah hampir terburai.
“Kau tu yang tak tahu malu biarkan pintu ni tak berkunci siapa suruh?” Jawab Irham selamba.
Pelangi mati kata. Pandai. Jawapan yang ada point. Dia terasa nak ketuk kepalanya sendiri. Balik-balik memang aku jugalah yang kena!
“… Erm. Kenapa Encik Irham cari saya?” Soalnya malas nak dipanjangkan cerita tadi.
“Aku lapar.” Jawab Irham ringkas. Siap dengan riak muka sekali. Habis berkerut-kerut dahi, hidung semua. Betullah dia memang lapar sungguh ni.
Pelangi kerling jam di dinding. Baru pukul 11.30 pagi. Ni mesti kes tak bangun breakfast ni. Tulah! Membuta aje kerja kau kan, mendapat lahh!
“Suruhlah Mak Munah sediakan.”
“Mak Munah tak ada! Entah mana dia pergi jalan-jalan dengan Alice.”
“So? Pergilah makan kat luar.” Jawab Pelangi acuh tak acuh. Dah besar panjang pun tak tahu nak cari makan sendiri. Manja!
“Alah, Aku malaslah! Kau pergilah masak!” Arah Irham.
Membulat mata Pelangi bila mendengar ‘arahan’ yang keluar dari mulut tuan besarnya itu. Amboiii… aku ni driver kau je Encik Irham! Bukan tukang masak! Bebelnya di dalam hati.
“Saya mana reti masak. Err.. Masak air pun kadang-kadang kering macam tu aje.” Jawab Pelangi ingin mengelak. Tak ada kerja aku nak masakan untuk kau. Di luar bidang kerja plus not even in my JD okay!
“Ahh! Aku tak kira! Orang perempuan kalau tak pandai masak, baik direjam aje dalam sungai yang ada buaya! Cepatlahh! Cepatt!! Aku laparrrr!” Tanpa sedar Irham merengek seakan anak kecil. “Cepat…” Tak cukup dengan itu, tangan Pelangi juga turut ditariknya.
“Hishh!!” Rungut Pelangi. Perangai macam budak kecil! Alice pun tak teruk meroyan macam ni.
“Okeyy… Okeyy…! Tapi tak payahlah sampai nak tarik-tarik tangan saya macam ni. Haram tahu tak? Masuk neraka.” Spontas Pelangi menghambur kata.
Irham dengan cepat melepaskan tangan Pelangi.. Ha, tau takut! “Cepat, Aku tunggu kau kat bawah!” Arahnya agak kasar lantas berjalan keluar dari bilik Pelangi. Hayunan langkah kakinya Pelangi pandang dengan pandangan yang meluat. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Arghh! Tensionnn!
“NAK masak apa ni, Encik Irham? Tak ada benda pun dalam fridge ni.” Beritahu Pelangi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal, habis semua tempat dia geledah. Telur dengan susu adalah. Takkan Irham nak makan omelets pula tengah-tengah hari buta macam ni.
“Alah, takkan tak ada apa-apa… Ikan? Ayam?” Soal lelaki itu kembali.
“Yer… Betul. Tak ada apa-apa ni. Encik Irham tengoklah sendiri kalau tak percaya.”
Irham dengan perlahan merapati Pelangi. Fridge yang sememangnya kosong dipandang hampa.
“Hmm! Kau siaplah cepat, kita pergi groceries.” Putusnya.
Pelangi hanya mengeluh dan mengangguk lemah.
Bala baru dah maiii…!
“Cepatlahhh! Yang kau duk buat muka dekat situ buat apa? Nanti kalau aku mati kebulur kau juga yang menyesal!”
Pelangi mencebik. Tak ada maknanya kalau tak makan setengah hari boleh mati kebulur!
“Cepat….!!”
Hailahhh… Dia ni dari tadi duk cepat! Cepat! Entah apa yang nak dicepatkan sangat pun tak tahulahh. Hmm... Tapi, takpelah. Aku pun ada benda nak beli. Ah, alang-alang… Pelangi bermonolog sendiri.
TROLI yang sudah sarat dengan barang-barang dan rencah masakan Pelangi pandang berkali-kali. Penuh! Itu yang dapat dia lampiaskan melalui kata-kata. Ni nak masak buat kenduri seratus orang pun lepas nih! Omelnya sendiri.
“Err.. Encik Irham, saya rasa cukuplah ni… Banyak sangatlah, makan untuk tengah hari ni je kut…”
Kata-kata Pelangi disambut dengan jelingan tajam. Lelaki itu seakan masih tidak berpuas hati. Selagi troli ni tak patah riuk, selagi ada barang dalam kedai tu, selagi tu lah tuan besarnya itu nak kaut semua. Mahu saja dicadangnya agar terus saja dibeli kedai ni, nanti takut dikata lawan tokey pulak. Haish!
“Aku nak makan kenyang-kenyang tengah hari ni. So apa yang aku beli, pandai-pandailah kau masak.” Jawab Irham selamba.
Sigh! Pelangi melepaskan keluhan berat. Sah-sahlah lepas masak nanti aku akan kaku terbongkang keletihan, atau pun terus pengsan dua hari tak bangun-bangun!! Ataupun… Erk, tak, tak, imaginasi terlalu extreme pun tak boleh jugak kan!
“Ermm… Okay dah. Jom bayar!”
“Err… Encik Irham, saya ada benda nak beli. Apa kata Encik Irham yang tolak troli ni sampai ke cashier, nanti kita jumpa di luar…”
“Beli apa?” Soalnya tegas. Terjegil anak matanya memandang Pelangi.
“Err… Adalah, nak beli ‘barang secret’!” Jawab Pelangi sambil terus berlalu meninggalkan Irham yang sedang terkebil-kebil menyoroti langkahnya.
“HISHH! Time nak pakai, time tu lah tak ada!” Bebel Pelangi sendirian. Pack-pack tuala wanita yang disusun kemas di atas rak Pelangi belek lagi. Dia nak cari yang overnight punya, tapi tak ada pulak, yang ada pun semuanya bersayap, Hmmm… tak suka pakai yang ada wing! Boleh je nak pakai yang daily use punya, tapi takut bocor pula. Dahlah first day… Eh. Eh. Details pula explanation kau ni Pelangi…
“Lar! Ni ‘barang secret’ yang kau cari-cari tadi?” Pelangi terkejut bila disergah secara tiba-tiba.
Erk!! Encik Irhammm…!
“Err…Err…-
“Kenapa? ‘Jepun’ tengah menyerang ke?? Kesian…” Sindir lelaki itu.
Pelangi hanya menjuih bibir. Sibuk! Gumannya.
“Haa… Apa lagi, cepatlah ambil. Aku dah lapar sangat ni, kang kalau aku pengsan, tak larat pulak kau nak handle!” Ugut Irham sambil memandang Pelangi dengan pandangan yang tersirat.
Pelangi ketap bibir. Kalau dah pengsan nak handle ape-ke-benda-nye lagi! Tinggal ajelah kau kat situ tuan besar!
“Hm. Tak apalah, apa yang saya nak tak ada. Jom bayar.” Balasnya ringkas. Malas dan malu. Mukanya dah rasa tebal berinci-inci. Aisey… Aku pun tahu malu bila berduaan dengan lelaki di tempat yang macam ni. Sumpah! Tak pernah buat pun sebelum ni, malu mak, nyah!!
“Apa yang kau cari takde? Ni berlambak-lambak ni, pilih ajelahh…” Potong Irham. Pantas saja tangannya mencapai salah satu pack tuala wanita itu dan dihulurkan kepada Pelangi.
“Haa… Nah! Yang ni bagus, boleh serap banyak-banyak, ada ruang bebas udara lagi… Erm, ha, ada sayap pulak tu, boleh bawak kau terbang bila pakai.” Irham cuba buat lawak yang Pelangi rasa agak bodoh dan sengal! Matanya mengecil memerhatikan gelagat Irham. Sempat juga lelaki itu membelek-belek plastic packaging benda alah tu…
Ish, dia ni tak tahu malu ke?? Aku pulak yang dah tersipu-sipu nieee…
“Ha, yang ni pun bagus… nipis dan selesa. Siap ada corak bunga-bunga lagi…. Ambil jelah, Nah, ambil dua-dua.” Sambung Irham lagi.
“Err…” Pelangi jadi lagi tidak tentu arah. Lelaki di hadapannya itu direnung dengan pandangan yang tajam. Melayang jugak backhand aku ni kang! “Memanglah ada… Tapi saya nak yang tak ada wing.” Akhirnya dia mengalah. Dia ambil kedua-dua pack yang dihulurkan Irham dan meletakkan kembali ke tempat asalnya. “…… Dahlah Encik Irham, jomlah… Seganlah saya Encik buat macam ni.”
“Nak segan buat apa?? Bukannya apa pun, dan lagi, apsal kau tak nak pakai yang ada wing? Kau tu tidur lasak tahu tak. Nanti… ha, malaslah aku nak cakap apa-apakan, lu fikirlah sendiri. Dah-dah, ambil aje dua-dua ni!” Keras dan sarkastik sekali bunyi ayatnya.
Adoii dia ni laaa…...! Pelangi tepuk dahi. Ni memang dah dalam kategori malu nak mampus dah ni! “Dahlah.., dah, jomm!” Dia akhirnya menurut. Sekaligus mematikan perbalahan di antara mereka. Dia berjalan tegak, menonong ke kaunter bayaran. Sedikit pun tidak ditoleh ke belakang. Mahu saja disorokkan dirinya di sebalik timbunan barang-barang yang sarat di dalam troli itu. Err, tapikann… Langkah Pelangi terhenti. Dia terfikirkan sesuatu. Sekilas dia menoleh kembali ke arah Irham.
“Apahal?” Irham angkat kening membalas pandangan Pelangi.
“Err… Macam mana, encik…- Erm, nothing.” Pelangi segera memalingkan kembali wajahnya.
“Nothing. Nothing. Adalah tu yang tak puas hati…” Balas Irham senada.
Hurmm… Macam mana dia tahu aku tidur lasak ya? Pelangi berteka-teki sendiri. Eh… Takkan dia skodeng aku tidur?? Haaa… Takkan kut. Dahinya berkerut. Err, tapi… Tak mustahil kut. Ah! Musykil-musykil.
IKAN patin masak lemak cili padi, sup ayam, sayur kailan goreng belacan, telur dadar, sambal belacan, siap!
Pelangi tersenyum puas di sisi meja makan. Menu kampung. Itu aje yang mampu dia masak. Kalau nak makan chicken chop ke, lamb chop ke, chopstick ke, sorry tak pandai buat. Peluh di dahi dan mukanya dikesat dengan hujung baju. Ni kalau Irham tak kenyang, tak tahulah! Sempat dia mengomel sendiri.
“Encik Irham… Makanan tengah hari dah siap!” Laung Pelangi dari dalam dapur.
Sepi. Tiada jawapan.
“Encik Irham…!” Pelangi mengulang sekali lagi.
Senyap lagi.
“Encik Irham?” Ish… Mana pulak pergi mamat ni? Jangan cakap dia pergi makan kat luar pulak kannn… Memang cari nahas lah! Pelangi bergegas ke ruang tamu untuk mencari kelibat Irham.
“Lar… Tidur.” Pelangi mengurut dada. Lega. Setidak-tidaknya dia tahu Irham sedang menunggu masakannya. Segera dia berjalan merapati Irham yang sedang mengerekot tidur di atas sofa. Bergetar hatinya saat terpandang Irham yang sedang nyenyak tidur. Perasaan yang sama dia rasa sewaktu mereka berada di hospital dahulu.
Lesung pipit itu… Ah, indah! Tak payah nak beria senyum bagai. Duk diam tidur macam tu pun dah boleh nampak lesung pipitnya. Eeii… Comelnya! Geram! Terasa mahu disentuh dan dicubit-cubit pipi itu. Perlahan dia menghampiri Irham. Di tepi sofa itu dia duduk bersimpuh mengadap lelaki itu.
“Kau kenapa senyum sorang-sorang ni? Berangan?”
Tup. Tup. Irham terjaga. Pelangi termalu sendiri. Cepat-cepat dia bangun, berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
Terpisat-pisat Irham menggosok mata. “Dah siap masak?” Soalnya perlahan seakan berbisik.
“Err… Apa?”
“Dah siap masak ke belum!? Haishh… Nak ditengking baru jalan!” Suara Irham meninggi.
“Ohh… Dah siap dah. Encik Irham cakap macam dalam kelambu, mana nak dengar.” Ngomel Pelangi.
“Menjawab. Menjawab! Tarik telinga tu baru tahu!” Irham bangun. Menggeliat. “Aku nak makan.” Sambungnya lagi.
“Okey. Okey. Jom!” Tingkah Pelangi seraya berjalan mendahului Irham.
Irham geleng kepala. Siapa yang lapar sebenarnya ni? Gumannya sendiri.
DI dapur, sedang Pelangi menuangkan air ke dalam gelas, tidak semena-mena telefon Irham berdering. Sempat juga dia menjeling. Entah siapa yang menggangu Irham di waktu-waktu begini.
“… Dari hospital ni.” Beritahu Irham seakan tahu apa yang difikirkan oleh Pelangi. “Erm. Hello?” Irham bangun dan menjauhkan sedikit tubuhnya daripada meja makan. Lama juga dia menjawab panggilan tersebut. Selang beberapa minit kemudian dia kembali dalam keadaan tergesa-gesa.
“Pelangi, kita pergi hospital sekarang!”
Pelangi tersentak. Dah kenapa pulak ni? Makanan pun tak sempat nak jamah lagi.
“Ada apa, Encik Irham? Tak nak makan dulu? Tak sedap…-
“Bella dah sedar!”
Oh. Dengar saja nama Bella, hati Pelangi sedikit terusik. Patutlah tergesa-gesa…
“Cepatlah! Biar aje makanan tu kat sini. Nanti pandai-pandailah Mak Munah uruskan.”
Uruskan? Apa maksud dia uruskan? Peluh aku pun tak sempat kering lagi ni. Pelangi seakan kecewa. Tak terasa nak berganjak pun dari tempat duduknya. Penat tau aku masak semua ni... Keluhnya.
“Pelangi, kau nak aku dukung kau ke ape ni? Boleh tak cepat sikit. Nanti balik aku makanlah…”
“Betul Encik Irham akan makan?” Soal Pelangi ingin mendapatkan kepastian.
Irham diam. Berfikir sesuatu. “Erm, tengoklah!” Jawabnya seraya berlalu.
Hmm. Pelangi menghela nafas panjang. Tengoklah. Tengoklah. Maknanya taklah tu! Dia pasrah. Lauk pauk yang sudah tersedia di depan mata dipandangnya sayu.
“Tak apalah lauk-lauk ku yang sedap yang dimasak oleh aku dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang… Jangan bersedih. Balik nanti aku ngap kau ya! Sila bertabah!” Pelangi berbisik seakan mahu memujuk hatinya sendiri. Dia bingkas bangun. Membetulkan baju yang dipakainya.
“PELANGI…….!! Kau nak suruh Bella tunggu kau pulak ke!??”
Hishhh… Siren dah berbunyi. Bising betul lah dia ni…
“Yer…… Kejap. Kejap!”
Bella. Bella. Oh Bella. Diva Bellaaa!
Mata ke atas, tangan ke bahu. Huh…!
Bersambung :D
+++++++++++++
Sneak Peak Next Entry:

++++++++++++++++++
Awak baik hati kalau komen banyak-banyak. Hieee... Jaga diri baik2 aite? :D

Memang ramai perempuan yang tergila-gilakan tuan besar kita tu. Tapi semuanya tak dilayan. Encik Irham tu bukan suka nak ada commitment dengan mana-mana perempuan. Kalau hari ni awak nampak dia dengan perempuan rambut panjang, esok jangan terperanjatlah kalau nampak dia dengan perempuan rambut pendek pula! Erm… Tak payah tunggu esoklah, pagi petang pun dah boleh nampak… Macam tulah perangainya, suka bertukar-tukar perempuan. Ni mata ni dah hari-hari tengok. Dah muak! Tapi Pelangi jangan risau… Encik Irham tu sebenarnya baik hati. Peramah. Penyayang. Tengok sajalah layanannya pada datin. Kadang-kadang kita yang tak ada kena mengena ni pun boleh tersentuh. Memang beruntunglah perempuan yang berjaya melembutkan hatinya nanti.. Ha, Pelangi tak mahu cuba? Mana tahu nasib badan dapat bersuamikan orang kaya… Akak tengok Encik Irham tu suka pada Pelangi…Suka pada aku? Ihiksss… Tak semena-mena bibirnya menguntum senyum. Tak pasal-pasal! Perbualannya bersama kak Saffiya tempoh hari membuatkan hatinya terbuai seketika. Irham suka pada aku? Pelangi senyum lagi. Makin diulang makin meleret pula senyumannya.
“Kau kenapa senyum sorang-sorang ni? Berangan?”
Tup. Tup. Irham terjaga. Pelangi termalu sendiri. Cepat-cepat dia bangun, berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
Terpisat-pisat Irham menggosok mata. “Dah siap masak?” Soalnya perlahan seakan berbisik.
“Err… Apa?”
“Dah siap masak ke belum!? Haishh… Nak ditengking baru jalan!” Suara Irham meninggi.
“Ohh… Dah siap dah. Encik Irham cakap macam dalam kelambu, mana nak dengar.” Ngomel Pelangi.
“Menjawab. Menjawab! Tarik telinga tu baru tahu!” Irham bangun. Menggeliat. “Aku nak makan.” Sambungnya lagi.
“Okey. Okey. Jom!” Tingkah Pelangi seraya berjalan mendahului Irham.
Irham geleng kepala. Siapa yang lapar sebenarnya ni? Gumannya sendiri.
DI dapur, sedang Pelangi menuangkan air ke dalam gelas, tidak semena-mena telefon Irham berdering. Sempat juga dia menjeling. Entah siapa yang menggangu Irham di waktu-waktu begini.
“… Dari hospital ni.” Beritahu Irham seakan tahu apa yang difikirkan oleh Pelangi. “Erm. Hello?” Irham bangun dan menjauhkan sedikit tubuhnya daripada meja makan. Lama juga dia menjawab panggilan tersebut. Selang beberapa minit kemudian dia kembali dalam keadaan tergesa-gesa.
“Pelangi, kita pergi hospital sekarang!”
Pelangi tersentak. Dah kenapa pulak ni? Makanan pun tak sempat nak jamah lagi.
“Ada apa, Encik Irham? Tak nak makan dulu? Tak sedap…-
“Bella dah sedar!”
Oh. Dengar saja nama Bella, hati Pelangi sedikit terusik. Patutlah tergesa-gesa…
“Cepatlah! Biar aje makanan tu kat sini. Nanti pandai-pandailah Mak Munah uruskan.”
Uruskan? Apa maksud dia uruskan? Peluh aku pun tak sempat kering lagi ni. Pelangi seakan kecewa. Tak terasa nak berganjak pun dari tempat duduknya. Penat tau aku masak semua ni... Keluhnya.
“Pelangi, kau nak aku dukung kau ke ape ni? Boleh tak cepat sikit. Nanti balik aku makanlah…”
“Betul Encik Irham akan makan?” Soal Pelangi ingin mendapatkan kepastian.
Irham diam. Berfikir sesuatu. “Erm, tengoklah!” Jawabnya seraya berlalu.
Hmm. Pelangi menghela nafas panjang. Tengoklah. Tengoklah. Maknanya taklah tu! Dia pasrah. Lauk pauk yang sudah tersedia di depan mata dipandangnya sayu.
“Tak apalah lauk-lauk ku yang sedap yang dimasak oleh aku dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang… Jangan bersedih. Balik nanti aku ngap kau ya! Sila bertabah!” Pelangi berbisik seakan mahu memujuk hatinya sendiri. Dia bingkas bangun. Membetulkan baju yang dipakainya.
“PELANGI…….!! Kau nak suruh Bella tunggu kau pulak ke!??”
Hishhh… Siren dah berbunyi. Bising betul lah dia ni…
“Yer…… Kejap. Kejap!”
Bella. Bella. Oh Bella. Diva Bellaaa!
Mata ke atas, tangan ke bahu. Huh…!
Bersambung :D
+++++++++++++
Sneak Peak Next Entry:
“Awak sedar tak yang awak ni adorable Pelangi…” Puji Amer. Dia tersenyum penuh makna.
Serta merta Pelangi rasa semua darahnya menyerbu naik ke muka. Dia memang malu kalau dipuji depan-depan begitu. Sumpah ini yang pertama. Cute tu dah biasa, tapi adorable tu yang tak menahan… Mahu senyum sampai ke telinga!
“Eh. Ada-ada saja awak ni, Amer.”
“Tak serius ni. Saya puji bukan saja-saja nak ambil hati awak ke apa. Tapi jujur saya cakap, awak cantik, Pelangi. Tenang hati saya bila lihat muka awak. Takkanlah Irham tak pernah puji awak apa-apa…”
Erk, Irham? lelaki sombong tu? Nak puji aku? Memang masuk kubur keluar kubur pun jangan haraplah dia nak puji. Bukan setakat puji, nak cakap terima kasih pun nan hado ajelah!
Hah… Kenapa senyap pula ni? Saya ada salah cakap ke?”
“Eh. Takde pape. Terkejut bila ada orang puji tiba-tiba. Erm… Awak pergilah lawat Bella dulu…”
“Hai menghalau?”
“Eh, bukan menghalau. Cuma…-
Tak, tak. Saya bergurau saja. Okeylah. Saya masuk dulu ya. Hati-hati. Orang cantik ni selalu kena culik.”
“Kalau saya kena culik memang butalah si penculik tu!” Sempat Pelangi menambah.
Amer berpaling. Dia tersenyum manis.
Pelangi terkesima. Oh, memang sangat manis! Awak… saya nak sikit manis tu boleh tak? nak buat air. Ehe!
“You will never know, sweetie… You will never know.” Jawab Amer. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir. “So.., until we meet again ya!” Dia kemudiannya mengangkat tangan signal melambai.
Pelangi turut membalas sambil tersenyum. Wajahnya ceria. Terpujuk sikit hatinya ketika itu. Dia memerhatikan kelibat lelaki itu sehingga hilang dari pandangannya. Hmm… Sebenarnya boleh tahan juga kawan tuan besarnya itu. Kenapa ya sebelum ini aku selalu fikirkan perkara-perkara yang tidak baik tentangnya? Silap aku sebab menilai terlalu cepat? Atau silap dia sebab terlalu manis?
Awak cantik, Pelangi. Awak cantik…Senyuman Pelangi semakin meleret. Matanya dipejam rapat-rapat.
Ah! tak salah kalau nak perasan sekejap. Bukan selalu. Well… Kalau tuan besar tak sudi, tuan kecil pun bolehlah!
++++++++++++++++++
Awak baik hati kalau komen banyak-banyak. Hieee... Jaga diri baik2 aite? :D
Wednesday, September 4, 2013
"Aiseyman, Driver Aje - Bab 27"
KERETA BMW 1-Series yang dipandu Pelangi menyusur perlahan. Tidak banyak kereta yang lalu di situ. Panduan Pelangi sekadar mengikut pergerakan arus trafik. Tenang dan relaks. Melalui cermin pandang belakang dia lihat Irham sedang sibuk mencatatkan sesuatu ke dalam organizer.
Flight aku pukul 4.30 petang ni. Hi atau bye!
Mesej berbaur ugutan yang dihantar oleh Farish pagi tadi membuatkan Pelangi tidak senang duduk. Dikerling jam ditangan. Dah pukul satu petang. Ah, nak pergi atau tidak ni?? Dia jadi serba tidak kena. Resah! Bimbang jika Farish benar-benar maksudkan semua benda yang diberitahunya tempoh hari.
“Punggung kau ada bisul eh.?”
Suara garau tiba-tiba menyapa. Sinis sekali sapaannya!
“Eh, tak adalah. Kenapa.?”
“Habis tu macam tak senang duduk je aku tengok.”
Eh. Dalam duk sibuk-sibuk tu, sempat lagi rupanya mamat ni memerhatikan aku.
“Err… Nothing.” Balas Pelangi ringkas.
“Betul nothing?”
“Yup.”
“Are you serious?” Irham mengulang lagi. Organizer nya ditutup dan diletakan ke tepi.
Pelangi senyum. Dikerling sekilas pada Irham yang sedang memandangnya. Kenapa tiba-tiba nak concerns? Hatinya berbisik sendiri.
Irham jongket kening bila melihat Pelangi memandangnya. “Why?” Soalnya.
“Nope. Nothing. Seriously, tak ada apa-apa…” Bibir itu menguntum senyum manis.
“Okay as you said.” Putus Irham. Pelangi masih tersenyum. Hatinya sedikit terusik. Sejak dua tiga hari ni jarang sekali tuan besarnya itu meninggikan suara dengannya.
Beep. Beep.
Seketika kemudian handphone Pelangi berbunyi.
Ada mesej! Seakan sudah tahu siapa penghantarnya, Pelangi segera mengeluarkan telefon itu dari beg galasnya.
Ehem!
“Err… Nak baca mesej sekejap, Encik Irham. Urgent” Beritahu Pelangi bila Irham berdehem. Dia sedia maklum yang tuan besarnya itu tidak suka bila dia menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu. Pantang katanya.
Mesej dibuka. Dari Farish!
Aku…-
“Urgent sangat ke sampai tak boleh nak tunggu?” Soal Irham bernada tinggi.
Aisey! Dapat baca sikit aje! Pelangi kembali berpaling ke arah Irham. “Ha’ah. Antara hidup dan mati.” Balasnya dengan riak yang serius.
“Hurm. Berhenti tepi!” Arah Irham. Kalau dah namanya soal hidup dan mati nak digaduh apa?
“Eh… Tak payahlah, sikit…-
“I said berhenti!” Irham bertegas.
Pelangi mengalah. “Okey, okey.” Ada betul juga kata tuan besarnya itu. Mencegah lebih baik daripada merawat. Signal ke kiri diberikan. Mujurlah tak banyak kereta yang lalu. Sekejap saja mereka sudah berada di bahu jalan.
Aku dah sampai di KLIA. Aku tunggu kau. Jangan kecewakan aku. Please come…
“Farish…” Nama itu meniti di bibir Pelangi. Perlahan seakan merintih.
“Farish? Siapa Farish?” Soal Irham dengan wajah yang serius. Dia pantang betul bila Pelangi menyebut nama mana-mana lelaki di hadapannya.
Pelangi berkira-kira untuk menjawab. “Erm. Kawan.” Jawabnya ringkas. Telefon bimbitnya masih berada di tangan. Dia jadi serba salah. Mahu dibalas atau tidak? Mahu pergi atau…? Haishh!
“So?”
“Err… Encik Irham… Erm, Encik Irham ada benda urgent tak kejap lagi?” Soal Pelangi tersekat-sekat.
“Maksudnya?” Sepatah-sepatah Irham menjawab. Menambahkan lagi kegusaran di hati Pelangi.
“Err… Boleh tak. Boleh tak kalau kita singgah KLIA sekejap. Sekejap je, Encik Irham. Boleh tak?” Banyak kali perkataan ‘boleh’ itu diulang Pelangi.
“Nak buat apa? Aku ada hal kejap lagi!”
“Saya nak jumpa kawan saya sekejap. Dia nak travel-
“Kawan kau yang nama Farish tu?” Tak sempat Pelangi nak menghabiskan ayatnya. Irham dengan pantas memotong.
“Err… Ha’ah. Dia-
“Tak payah! Gerak sekarang! Tak ada masa aku nak layan kau.” Terus-menerus ayat Pelangi dipotong Irham. Pelangi gigit bibir. Tiba-tiba hatinya jadi sebak. Farish…
“Tapi, encik…-“ Pelangi masih tak putus asa.
“Siapa Farish tu sebenarnya? Boyfriend kau? Tunang? Atau suami kau?” Sergah Irham.
“Eh… Tak, tak. Dia cuma kawan baik saya saja. Dia. Dia nak…-“ Kali ini Pelangi tidak menghabiskan ayatnya. Dia terdiam. Air matanya menitik. Dia teresak kecil. Allah… Susahnya nak terangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu tuan besarnya itu tahu apa yang terjadi di antara dia dan Farish. Melihatkan dari gaya Irham, dia tahu apa yang bakal dikatakan oleh lelaki itu dan dia tak mahu Farish kelihatan sangat teruk di mata Irham. Farish tak salah. Dia cuma… Dia cuma keliru. Ya! Keliru.
Irham sedikit tersentak bila melihat Pelangi menangis. Apa aku dah buat?
“… yang kau menangis ni kenapa? Ada aku usik kau?”
“Tak…” Suara Pelangi bergetar. Air mata yang jatuh dia kesat dengan belakang tangan. “Saya… Saya nak jumpa dia…” Dalam sedu sedan Pelangi menyampaikan hasratnya. Sedih betul bila melihatkan keadaannya ketika itu.
Hati Irham sedikit terkesan bila melihat Pelangi dalam keadaan begitu. Siapa Farish ni sebenarnya? Istimewa sangatkah dia sehingga mampu membuatkan airmata seorang gadis yang bernama Pelangi ni tumpah? Soalan itu berlegar-legar di fikiran Irham.
“Hurmmm…” Irham hela nafas panjang. “Kau memang nak pergi sangat ke?” Aduh, lain difikir lain pula yang diluah. Izinkan sajalah Irhammm… Banyak betul soalannya!
Pelangi angguk. Dengan mata yang masih berlinang dia memandang Irham.
Irham terpaku. Aisey… Jangan nak buat muka macam tu boleh? Lemah rasa satu badan...
“Boleh ke, Encik…” Pelangi bertanya lagi.
“Erm… pergilah!” Putus Irham akhirnya.
“Ser…-
“Tapi. Tapi! Bersyarat.”
“Baik. Baik, apa saja syaratnya saya akan buat.” Pelangi kesat airmatanya yang masih bersisa. Raut wajahnya sudah kembali ceria.
“Not more than ten minutes!”
Dahi Pelangi berkerut. “Sepuluh minit je?”
“That is the deal. Aku ni dah cukup baik dah nak izinkan kau jumpa entah siapa kawan kau tu. Aku-
“Okey! Okey! Saya janji. Not more than ten minutes. Terima kasih, Encik Irham. Encik lah satu-satunya bos yang paling baik sekali di dalam duniaaa… Terima kasih!” Amboi melambung pujian yang diberikan Pelangi.
“Time macam ni lah baru kau nak puji aku baik segala. It doesn’t work on me, Pelangi. Now, move your car and settle it fast!” Arah Irham kasar. Dah macam nak telan orang aje lagaknya!
“Baik… Terima kasih, Encik.” Ulang Pelangi lembut. Sebuah senyuman yang dirasakan paling manis dihadiakan kepada tuan besarnya itu.
“Erm” Sahut Irham tanpa sedikit pun memandang ke arah Pelangi yang sudah kembali fokus pada pemanduannya. Dia buang pandang ke luar tingkap. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Perasaannya indah. Dia akui senyuman itu membuatkan hatinya tenang. Sangat tenang sehingga membuatkan dirinya terbuai-buai. Err… Okey, itu over. Dia senyum je Irham oi, bukannya peluk atau cium kau pun! Seakan baru terkena ketukan hammer, Irham tersedar. Dia terbatuk kecil dan segera membetulkan posture duduknya.
Kau dah parah ni Irham!
++++++++
“KAU betul-betul nak pergi?”
“Yes!”
“Tapi Farish…” Pelangi dah rasa nak menangis.
“Don’t start.”
“… sempat lagi kalau nak patah balik.” Pelangi masih berharap. Airmatanya jatuh lagi.
“Lani… Please lah. Janganlah menangis!”
Pelangi diam. Teresak-esak dia menangis. Tidak dihirau pada mata yang memandang.
“Aku… Aku sedih…”
Farish mengosok lembut belakang tubuh temannya itu. Bahunya dipeluk erat. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Selepas seketika Farish melepaskan Pelangi. Dia tidak mahu hanyut dengan perasaannya. Dia juga perlu kuatkan hati demi cita-cita yang diimpikannya selama ini.
“Hmm. I have to go… Aku tak tahu nak cakap apa lagi...”
“Farish… Aku tak boleh kehilangan kau.” Dalam sedu sedan Pelangi memberitahu.
“Aku tak hilang, Lani. Aku masih Farish. Kawan baik kau. Aku cuma nak cari hidup aku yang hilang, identiti aku. Aku…-
“Tapi bukan dengan cara ni, Farish. Sedarlah….”
“This is the only way yang aku dapat fikir. The only way! Sudahlah. Kau doakan jelah aku. Inshaa’Allah, kalau ada umur panjang, kita jumpa lagi. Aku akan cari kau Lani. Aku janji!”
“Farish…”
“Sudahlah Lani… Hmm. Nah, ambil ni.” Farish meletakkan sesuatu ke tangan Pelangi.
“Apa ni?”
“Ambillah… Hadiah dari aku. Aku mungkin pergi lama nanti. Kau gunakan cek tu sebaik mungkin ya…”
“Aku tak nak!”
“Ambil!”
“Aku-
“Kalau kau nak jumpa aku lagi, kau ambil.”
“Kenapa kau buat aku macam ni, Farish. Kau kenal aku kan… Kau-
“Sebab aku kenal kau lah aku hadiahkan kau dengan duit tu. Kau perlukannya, Lani. Tolong terima…”
“Tapi…
“Okay enough. I shall move now.”
“Farish…”
“Kau jaga diri. Please really take good care of yourself and please always remember, apa pun yang jadi kau tetap kawan aku dunia akhirat. Aku pergi sekarang ya.”
“Farish…”
“Bye!”
Farish melangkah dan tidak berpaling lagi selepas itu. Hatinya keras! Pelangi terduduk lemah. Dia dah kalah. Dia tak mampu untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh temannya itu. Dia gagal… Farish… Semua ni salah, Farish. Salah!
“Tisu...”
Suara yang kedengaran secara tiba-tiba membuatkan Pelangi tersentak. Dia mendongakan sedikit wajahnya. Penglihatannya jadi kurang jelas disebabkan oleh tangisannya sebentar tadi. Kelibat seseorang yang sedang berdiri di hadapannya nampak kabur.
“Dahlah… Tak payah menangis lagi. Buruk tahu tak bila kau menangis macam tu. Kawan kau tu bukan nak tinggalkan kau terus kan?”
Irham!
Pelangi sangat kenal dengan suara itu. Dia kesat airmatanya. Perasaan malu serta merta datang menerpa. Wajahnya segera dipalingkan daripada lelaki itu.
“Tak payahlah nak malu sangat. Aku dah nampak dah semua. Menangis macam orang mati laki!” Irham cuba memujuk walaupun dia tahu pujukannya itu keras. “Nah, ambil tisu ni.” sambungnya lagi.
Pelangi dengan perlahan menyambut tisu yang dihulurkan Irham. “Terima kasih…” . Ucapnya lembut. Air mata yang masih bersisa dia kesat perlahan.
Irham sekadar memerhatikan gerak geri Pelangi. Menawan. Itu yang dia nampak di sebalik kesedihan itu. “… Tu air kat hidung tu pun lap sekali.” Irham cuba bergurau.
Pelangi tergelak kecil. Tanpa sedar dia memukul lembut lengan tuan besarnya itu.
Irham sedikit tersentak. Suatu perasaan aneh tiba-tiba menyelinap masuk ke hatinya. Tak semena-mena jantungnya berdegup kencang. Err.
“Encik Irham.”
“Pelangi.”
Mereka bersuara serentak.
“Erm, go ahead.” Irham mengalah.
“Err… Encik Irham cakap dulu.” Pelangi jadi serba tak kena.
Sunyi. Terdiam sejenak.
“Nak makan aiskrim?” Pelawa Irham mematikan suasana kaku. Entah kenapa tiba-tiba moodnya jadi baik begitu. Penangan senyuman tadi ke? Ehem.
“Aiskrim?” Dahi Pelangi berkerut.
“Yup! Nak ke?”
“Kenapa aiskrim? Encik Irham nak makan ke?”
“Taklah. Kau lah yang nak makan. Kau kan tengah sedih.”
“Oh, kalau sedih kena makan aiskrim yer?”
Kali ini dahi Irham pula yang berkerut. “Bukan ke kalau perempuan sedih dia suka makan aiskrim?”
“ClichĂ©!” Tingkah Pelangi.
“ClichĂ©? Pergh! Sombong giler ayat kau!”
“Bukan sombong, cuma saya ni orang miskin, selalu sedih. Kalau dah setiap kali sedih takkanlah setiap kali tu jugak nak kena pujuk dengan aiskrim. Saya mana mampu…” Jawab Pelangi jujur. Dia sudah kelihatan tenang berbanding tadi. Pandai Irham pujuk. Cewah!
“Betul jugak tu. Erm, so, nak ke tak nak ni?” Irham mengulang. Sekali pujuk sudah. Dua tiga kali jangan harap!
“Takpelah, Encik Irham… Tak rasa nak makan… Terima kasih.”
“Eleh, jual mahal!”
“Bukan jual mahal. Saya…-
“Okey. Okey, kalau kau tak nak, tak apa. Tak payah nak explain macam-macam…” Celah Irham malas nak dengar gadis itu membebel. “Tapi… bagus jugak kalau kau tak nak, jimat duit aku.” Sambungnya lagi sambil tayang muka bajet comel.
Dengan ekor mata Pelangi menjeling ke arah Irham.
Ceh! Tak ikhlassss…!
“Ha ni kau dah okey lah kan?”
Pelangi angguk. “Okey” jawabnya perlahan.
Irham sengih. Sengih semacam. Sengih yang ada makna!
“Good. Now move! Aku cakap sepuluh minit je tadi kan? Sekarang ni dah lebih sepuluh minit. Dah nak dekat setengah jam dah pun! Kau ingat aku tak ada kerja lain selain nak layan kau?” Suara Irham tak pasal-pasal kembali meninggi.
Pelangi terkejut. Apakah…!?
“Dah… Dah! Tak payah nak buat terkejut sangat. Cepat!”
Pelangi merenung Irham atas bawah. Terkulat-kulat dia memerhatikan lelaki itu. Mamat ni betul ke tak betul ni!?
“Kenapa? Handsome sangat ke aku sampai kau pandang macam tu?”
“Hah!?” Pelangi melopong.
Irham jongket kening. “Handsome kan? kan? Kan?”
“Eee….euwww! Vomit blood!” Pelangi buat memek muka nak muntah.
“Ha Ha Ha! Dah, jom blah!” Irham gelak besar. Bahu Pelangi ditariknya agar berjalan seiring dengannya. Gadis itu terdorong sedikit kehadapan. “Kau tu dahlah katik! KLIA ni ramai orang. Kang kalau hilang, tak pasal-pasal aku kena cari driver baru! Jalan sebelah aku sini!”
Hailahhhh! Pelangi mengipas-ngipas mukanya yang tengah membahang. Dikerling sedikit pada Irham yang masih tersengih-sengih.
Lelaki ni memang tak kenal apa itu erti penyesalan agaknya! Grr!!
Bersambung :D
+++++++++++++++++++
Sneak Peak Next Entry!
Lesung pipit itu… Ah, indah! Tak payah nak beria senyum bagai. Duk diam tidur macam tu pun dah boleh nampak lesung pipitnya. Eeii… Comelnya! Geram! Terasa mahu disentuh dan dicubit-cubit pipi itu. Perlahan dia menghampiri Irham. Di tepi sofa itu dia duduk bersimpuh mengadap lelaki itu.
Suka pada aku? Ihiksss… Tak semena-mena bibirnya menguntum senyum. Tak pasal-pasal! Perbualannya bersama kak Saffiya tempoh hari membuatkan hatinya terbuai seketika. Irham suka pada aku? Pelangi senyum lagi. Makin diulang makin meleret pula senyumannya.
“Kau kenapa senyum sorang-sorang ni? Berangan?”
Tup. Tup. Irham terjaga. Pelangi termalu sendiri. Cepat-cepat dia bangun, berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
Terpisat-pisat Irham menggosok mata. “Dah siap masak?” Soalnya perlahan seakan berbisik.
“Err… Apa?”
“Dah siap masak ke belum!? Haishh… Nak ditengking baru jalan!” Suara Irham meninggi.
“Ohh… Dah siap dah. Encik Irham cakap macam dalam kelambu, mana nak dengar.” Ngomel Pelangi.
“Menjawab. Menjawab! Tarik telinga tu baru tahu!” Irham bangun. Menggeliat. “Aku nak makan.” Sambungnya lagi.
“Okey. Okey. Jom!” Tingkah Pelangi seraya berjalan mendahului Irham.
Irham geleng kepala. Siapa yang lapar sebenarnya ni? Gumannya sendiri.
++++++++++++++++++++
Readers yang baik hati silalah komen banyak-banyak yer. Nanti ara masuk entry laju-laju lagi. Pinky pomishh! hieeeee..
Jaga diri! :))

Memang ramai perempuan yang tergila-gilakan tuan besar kita tu. Tapi semuanya tak dilayan. Encik Irham tu bukan suka nak ada commitment dengan mana-mana perempuan. Kalau hari ni awak nampak dia dengan perempuan rambut panjang, esok jangan terperanjatlah kalau nampak dia dengan perempuan rambut pendek pula! Erm… Tak payah tunggu esoklah, pagi petang pun dah boleh nampak… Macam tulah perangainya, suka bertukar-tukar perempuan. Ni mata ni dah hari-hari tengok. Dah muak! Tapi Pelangi jangan risau… Encik Irham tu sebenarnya baik hati. Peramah. Penyayang. Tengok sajalah layanannya pada datin. Kadang-kadang kita yang tak ada kena mengena ni pun boleh tersentuh. Memang beruntunglah perempuan yang berjaya melembutkan hatinya nanti.. Ha, Pelangi tak mahu cuba? Mana tahu nasib badan dapat bersuamikan orang kaya… Akak tengok Encik Irham tu suka pada Pelangi…
Suka pada aku? Ihiksss… Tak semena-mena bibirnya menguntum senyum. Tak pasal-pasal! Perbualannya bersama kak Saffiya tempoh hari membuatkan hatinya terbuai seketika. Irham suka pada aku? Pelangi senyum lagi. Makin diulang makin meleret pula senyumannya.
“Kau kenapa senyum sorang-sorang ni? Berangan?”
Tup. Tup. Irham terjaga. Pelangi termalu sendiri. Cepat-cepat dia bangun, berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
Terpisat-pisat Irham menggosok mata. “Dah siap masak?” Soalnya perlahan seakan berbisik.
“Err… Apa?”
“Dah siap masak ke belum!? Haishh… Nak ditengking baru jalan!” Suara Irham meninggi.
“Ohh… Dah siap dah. Encik Irham cakap macam dalam kelambu, mana nak dengar.” Ngomel Pelangi.
“Menjawab. Menjawab! Tarik telinga tu baru tahu!” Irham bangun. Menggeliat. “Aku nak makan.” Sambungnya lagi.
“Okey. Okey. Jom!” Tingkah Pelangi seraya berjalan mendahului Irham.
Irham geleng kepala. Siapa yang lapar sebenarnya ni? Gumannya sendiri.
++++++++++++++++++++
Readers yang baik hati silalah komen banyak-banyak yer. Nanti ara masuk entry laju-laju lagi. Pinky pomishh! hieeeee..
Jaga diri! :))
Monday, September 2, 2013
"Aiseyman, Driver Aje! - Bab 26"
“HOI PEREMPUAN!”
Pelangi tersenyum lebar bila mendengar panggilan itu. Sah!
“Farishhh!!” Dia turut melaung. Tangannya diangkat. Memanggil Farish supaya menghampirinya.
Kalau sombong dengan aku, jangan harap bila kau kahwin aku nak datang!
Begitulah mesej terakhir yang diterima daripada temannya itu. Dua bulan lalu. Ya! Dah dua bulan aku tak jumpa kau, Farish! Rinduuu!
“Farishhhh….” Panggil Pelangi lagi bila temannya itu sudah berdiri betul-betul di depan mata.
Kendengaran Farish mendengus. “Apa Farish, Farish!?” Tingkah lelaki itu. Mukanya mencuka. Merajuk.
Pelangi tergelak kecil. “Aku rindu giler dekat kau, Farish…” Beritahunya.
“Ah! Boleh blah laaa… Rindu aku tapi mesej tak berbalas, call tak angkat! Sakit hati kita ni tau tak!” Rajuk Farish memberitahu.
“Alala… Jangan merajuk. Aku bukan sengaja. Tak sempat! Aku…-
“Tak sempat ke-hape! Sibuk sangat melayan tuan besar kau tu, sampai aku pun kau buat tak tahu! Aku ni dah macam melukut di tepi gantang tahu tak, dah macam lagu Francisca Peter tu, sekadar di pinggiran, dicari bila perlu, ditinggalkan bila tak mahu. Sedih mak, sampai hati!”
Amboi habis semua ayat sedih duk pakat-pakat nak keluar! Hampir berderai tawa Pelangi mendengar ngomelan Farish ketika itu. Cepat-cepat dia tutup mulut. Tahan Pelangi, tahannn… Bahaya! Emosi mamat ni tak stabil lagi ni. Nahas kalau tersalah kata!
“Ala beb! Jangan macam ni… Kau kena faham, aku sibuk. Aku…-
“Sibuk, sibuk! Orang lain pun sibuk jugak! Tapi sempat je nak tanya khabar, teman keluar minum semua. Kau tu je yang…-
“Ia… Aku tahu aku salah. Sorry lah Farish ku sayang… Banyak sangat benda yang jadi lately. Aku ni pun dah dua tiga kali asyik accident je. Kejap kepala berbenjol lah, kaki terseliuh lah. Macam-macam. Tambah pula sekarang ni aku dah jadi driver cum baby sitter, student part-time lagi, tak menang tangan aku dibuatnya Farish. Kau janganlah marah dengan aku, Farish… Kata ‘bff’…”
“Hah kenapa dengan kepala kau? Kaki pun? Mana, mana? Nak tengok!” Bila dapat tahu saja Pelangi accident, beria-ia Farish nak melihat. Dia bukan apa. Risau!
“Ishh… Dah okey dah. Tinggal nak tunggu kaki ni je pulih sepenuhnya, kepala dah okey. Kau jangan risau yer…” Terang Pelangi sambil tersenyum manis ke arah Farish.
Farish pula masih seperti tadi, muncung tu kalau di buat ampaian boleh muat basuhan untuk seminggu.
“Dah tau sakit macam tu tak reti pulak kau nak call aku kan?”
“Err… Lupa! Sowieee…”
“Sorry, sorry! Padanlah tu. Kerja kuat sangat. Memang mendapatlah kannn! Semua benda kau nak buat,. Orang nak tolong tak bagi. Degil! Ego pun satu tu…” Marah betul si Farish ni dengan Pelangi. Habis semua dia luah!
“Hishhh… Dahlah! Kalau jumpa aku nak marah-marah, baik tak payah jumpa. Aku baliklahhh…” Service bertukar tangan. Kali ini Pelangi pula yang merajuk. Bingit betul telinganya! Pura-pura dia capai topi keledarnya ingin berlalu.
“Eh Laniii!” Farish tarik tangan Pelangi.
Pelangi sengih. Proud winner! Ehe.
“Hah ape!? Nak bebel-bebel lagi? Aku balik ni, aku balikk…”
“Alah janganlahhh… Sorry. Sorry. Aku tak marah kau lagi…” Pujuk Farish pula.
Makin lebar sengih Pelangi. “Promise?”
“Pinky promishhh!” Farish tunjuk jari kelingking.
“Okey, pinky promise!”
“Erm…”
Suasana jadi senyap tiba-tiba.
“Farish!”
“Lani!”
Serentak mereka memanggil.
“Err…”
“Okey, kau dulu.” Pelangi mengalah.
Senyap lagi.
“Err… Apsal rasa awkward sangat dowh!?” Tempelak Pelangi tak semena-mena. Serius! Rasa macam kekok giler!
“Itulah tuuu… Baru dua bulan kut tak jumpa, kalau dua tahun tak tahulah aku. Tak bercakap langsung agaknya. Pandang muka pun tak!” Farish menambah. Pelangi sekadar mengangguk mengiakan kata-kata Farish.
“Eh, tapi janganlah sampai macam tu!”
“Manalah nak tahu. kau tu yang si…-
“Hah, jangan mula! Aku balik kang…” Ugut Pelangi lagi.
“Hishh… Ialahh, ialahh…” Farish mengalah. Memang begitulah lazimnya. Apa pun yang berlaku di antara mereka, memang Farish lah yang akan mengalah. Nak harapkan Pelangi, memang taklah! Ego melangit!
“Rindu aku tak?” Duga Pelangi.
Farish pantas mengangguk. “Sangat kut! Rindu nak meninggal!”
Pelangi pecah tawa. “Alaa… Janganlah sampai nak meninggal pulak, sian kat aku nanti takde kawannn…” Lirih Pelangi. Saje nak manja-manja dengan temannya itu.
Farish juga turut ketawa, geli hati dengan ayatnya sendiri. “Kau kena faham, mak ni memang extreme! Ha Ha Ha.”
“Kau memang! Cerita tak ada apa, exaggerate je lebih!” Tokok Pelangi sambil menyambung sisa tawanya.
“Of courseee! Ha, Kau? Kau rindu aku tak?”
“Kau rasa?” Pelangi jongket kening.
“Giler tak rindu, rindulah! Kan? Kau rindu aku kan? Kan??”
Pokk!
Pelangi ketuk kepala Farish.
“Aduhh! Kau ketuk kepala aku kenapa!??” Rungut Farish. Kepalanya digosok-gosok dengan telapak tangan.
“Saje! Rindulah… Rindu nak ketuk kepala kau macam selalu, rindu nak sakat kau, rindu nak dengar suara kepit kau, rindu nak tengok muka kau, rindu, rindu, ishh… Rindu semualahhh!”
“Baguslah macam tu. Bolej belajar.” Tiba-tiba suara Farish berubah nada. Sedikit serius.
“Belajar? Maksud kau?” Pelangi garu kepalanya yang tak gatal. Tak faham!
“Belajar untuk rindu aku lah…”
“Dah kenapa pulak aku kena belajar untuk rindu kau? Takde keje aku!”
“Kau kena!”
“Kenapa pulak??”
“Sebab…-“ Ayat Farish mati di situ.
“Sebab?” Dahi Pelangi berkerut.
“Sebabbb… Tak lama lagi aku dah jadi macam kau!! So, kau dah tak jumpa la Farish yang macam ni lagiii… Yahooo!” Tingkah Farish happy semacam.
“Err… Jadi macam aku? Jadi macam mana tu?” Pelangi masih lagi tertanya-tanya.
“Alahhh, lembab pulak orang tua ni! Jadi macam kau lah, jadi perempuan tulen.”
“Hah!? Perempuan tulen??”
“Yup, yup! Aku dah buat keputusan muktamad. Aku nak jadi Farisha. No more Farish, Farish.”
Pelangi tergamam. “Err…” Otaknya cuba mencerna kenyataan yang baru saja dia dengar.
“Kau happy tak? Mesti kau happy kan? Lepas ni kita boleh pakai baju sama-sama, boleh tukar kasut sama-sama, ehhh… tak boleh, tak boleh, kau tu bukan nak pakai kasut tinggi pun, kan?? Ishhh… Tak kisahlahhh. Tapi kau mesti support aku tau, support luar dalam, kau kena…-
“Eh, jap, jap. Kau nak buat pembedahan tukar jantina ke ape ni?” Pelangi cuba meneka. Suaranya perlahan seakan berbisik. Harap-harap tidak seperti yang dia maksudkan. Takkanlah Farish nak…- Ish, bukan… Bukann… Pelangi cuba sedapkan hati sendiri.
“Ha’ah! Kau happy kan? Aku akan buat di overseas… Aku…-
“Whatt!??” Seakan terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi reaksi Pelangi ketika itu. “Kepala ‘Brain’ kauuu! Kau dah gila? Akal letak mana sampai boleh fikir macam tu?” Habis semua sumpah seranahnya keluar. Hilang sudah keayuannya sebagai gadis melayu terakhir.
“Lar… Kenapa? Tak salah kut. Aku nak cari happiness aku. Bukan nak pergi bunuh orang. Lagipun aku dah lama fikir, ini yang aku nak selama ni, yang aku tunggu-tunggu. Aku nak gembira Lani, aku nak jadi macam kau. Macam perempuan lain. Aku perlukan semua ni… Aku…-
“Kau ni cakap macam tak ada agama kan? Kau lupa ke kau tu orang islam? Ada Tuhan? Kau lupa? Think Farish, think. Jangan buat keputusan melulu… Itu semua nafsu kau aje. Lagipun semua tu bahaya!” Marah Pelangi. Dia tidak pernah sangka, teman baiknya itu sanggup berfikiran begitu.
“Aku dah habis fikir, Lani. Soal bahaya atau tak, itu aku tolak ke tepi dulu. Aku dah buat research semua. Aku dah tanya kawan-kawan aku yang dah buat, semuanya berjaya. Aku yakin Pelangi, aku yakin. Sekarang aku hanya perlukan kau untuk support aku. Itu saja. Lagipun, takkanlah kau tak suka kalau aku dah sama dengan kau nanti, kan?”
Astaghfiruallahalazimmm…
Pelangi mengucap seraya menghela sebuah keluhan berat. Bukan sama atau tidak yang menjadi persoalannya sekarang, Farish… Hmm…
Suasana hening.
Pelangi tunduk, menguis tanah. Dia telan air liurnya sendiri. Perit. Tak terluah rasanya ke anak tekak.
“Lani…” Panggil Farish.
Pelangi angkat muka dan merenung tepat ke anak mata lelaki itu. Sedih! Sedih rasa hatinya bila Farish tewas dengan nafsunya sendiri.
“Please Lani… Cakaplah dengan aku. I need you. Please…”
“Semua ni kerja bodoh, Farish. Kerja sia-sia…” Pelangi mengeluh lagi. Pandangannya dilemparkan jauh. Air mata yang ditahannya sedikit demi sedikit jatuh. Bukan berita ini yang ingin dia dengar setelah hampir dua bulan tidak bersua. Bukan Farish, bukan.
“Tapi ini semua untuk kebahagian aku, Lani. Kau kena faham.”
“Kebahagian apa yang kau mahu kan, Farish? Kebahagian yang bagaimana? Kebahagian yang akan buat kau menderita di kemudian hari? Yang akan buat kau menyesal satu hari nanti? Macam tu? Kau perlu sedar yang semua ni nonsense! Aku… Aku tak boleh terima!”
“Lani, look. I’m happy with my decision. This is all I want. Aku pasti tak ada apa yang akan aku sesalkan nanti. Cuma sekarang ni aku perlukan sokongan moral daripada kau, dari teman susah senang aku. Itu saja. Susah ke, Lani? Susah ke kau nak tunaikan permintaan aku ni? Susah ke?”
“Sokongan untuk kerja bodoh ni?? Kau patut tahu jawapan aku sebelum kau minta aku tunaikan permintaan kau ni semua!” Pelangi merengus kasar. Perkara ni memang tak boleh dipandang ringan! Farish perlu disedarkan!
“Tapi kenapa, Lani? Kau tak nak tengok aku happy ke? Kau tak suka kalau teman baik kau dah semakin hampir nak capai cita-cita yang selama ini dia idam-idamkan? Kau tak suka?” Farish bersungguh-sungguh meyakinkan Pelangi.
“No, Farish. Mustahil! Mustahil aku nak sokong kau untuk perkara sebegini. Aku… Aku kecewa dengan kau, Farish. Sangat kecewa… Aku tak sangka kau boleh terfikir untuk buat kerja ni… Farish…-” Ayat Pelangi putus di situ, jemari temannya itu dicapai dan digenggam erat.. “Kau boleh patah balik, Farish. Kau boleh lupakan semua ni. Aku boleh tolong kau untuk berubah. Kita cuba. Kita…-
“No! Aku tak nak! Aku tetap dengan keputusan aku!” Farish masih berkeras.
“Farish… Please, kau tahu kan semua ni salah. Berdosa Farish. Berdosa. Nabi tak mengaku umat. Cuba bawa mengucap. Istighfar, Farish. Aku sayang kau, aku tak nak kau jadi hamba pada nafsu kau sendiri. Istighfar…”
“Well, it’s okay. Kalau macam ni lah penerimaan kau. Sampai sini ajelah persahabatan kita. Aku tak perlukan kawan yang tak boleh nak terima aku seadaanya, yang tak boleh nak sokong aku, tak boleh bersama dengan susah senang aku…” Ucap Farish. Pegangan Pelangi dileraikannya. Dia berpaling membelakangi gadis itu.
“Farish… Bukan macam tu. Kau kenal aku kan? Aku terima kau seadannya, Aku boleh susah senang dengan kau. Aku cuma tak mahu kau menyesal. Ini semua dah jadi tanggungjawab aku untuk mengingatkan kau. Kau dah jauh, Farish. Terlalu jauh sehingga kau tak perasan apa yang sedang kau buat dan fikirkan. Wake up, Farish. Wake up! Selama ni aku senang berkawan dengan kau, kau lah satu-satunya kawan dunia akhirat aku. Aku tak perlukan Farisha. Aku perlukan Farish. Meor Mohd Farish… Aku…-
“Keputusan aku muktamad!”
“Farish… Istighfar Farish, Istighfar…”
“Flight aku hujung minggu ni. Kalau kau masih anggap aku kawan baik kau, kau datang hantar aku atau kau tak akan nampak aku lagi selepas hari ini. Aku balik dulu…” Putus Farish akhirnya sambil berlalu.
“Farishhh…” Pelangi terduduk. Farish tidak sedikit pun berpaling. Setelah bertahun-tahun berkawan, itulah kali pertama mereka bertengkar dan berada di dalam situasi yang sangat tegang seperti itu.
Ya Allah… Lembutkanlah hatinya, Ya Allah… Masukanlah iman ke dalam hatinya.
Farish…
++++++++
Bersambung :D
** Sneak Peak Next Entry!
“Siapa Farish tu sebenarnya? Boyfriend kau? Tunang? Atau suami kau?” Sergah Irham.
“Eh… Tak, tak. Dia cuma kawan baik saya saja. Dia. Dia nak…-“ Kali ini Pelangi tidak menghabiskan ayatnya. Dia terdiam. Air matanya menitik. Dia teresak kecil. Allah… Susahnya nak terangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu tuan besarnya itu tahu apa yang terjadi di antara dia dan Farish. Melihatkan dari gaya Irham, dia tahu apa yang bakal dikatakan oleh lelaki itu dan dia tak mahu Farish kelihatan sangat teruk di mata Irham. Farish tak salah. Dia cuma… Dia cuma keliru. Ya! Keliru.
Irham sedikit tersentak bila melihat Pelangi menangis. Apa aku dah buat?
“… yang kau menangis ni kenapa? Ada aku usik kau?”
“Tak…” Suara Pelangi bergetar. Air mata yang jatuh dia kesat dengan belakang tangan. “Saya… Saya nak jumpa dia…” Dalam sedu sedan Pelangi menyampaikan hasratnya. Sedih betul bila melihatkan keadaannya ketika itu.
Hati Irham sedikit terkesan bila melihat Pelangi dalam keadaan begitu. Siapa Farish ni sebenarnya? Istimewa sangatkah dia sehingga mampu membuatkan airmata seorang gadis yang bernama Pelangi ni tumpah? Soalan itu berlegar-legar di fikiran Irham.
Thank you, readers! :))

Thursday, August 29, 2013
"Aiseyman, Driver Aje - Bab 25"
“KAKAK… Terima kasih sebab belikan Alice banyak baju tadi…” Tutur Alice perlahan.
“Eh… Apa pula terima kasih pada kakak. Alice kena terima kasih pada Papa Ir. Tu semua Papa Ir yang belikan untuk Alice tau. Kakak tak buat apa-apa pun. Kakak tak mampu lagi nak belikan Alice baju-baju tu semua” Balas Pelangi mesra. Kedua-dua tangan Alice dicapai dan diusapnya lembut. “… Erm, Alice suka semua baju-baju tu?” sambungnya lagi.
Anak gadis itu mengangguk seraya tersenyum. “Suka. Alice suka semuanya. Lagipun dah lama Alice tak ada baju baru…” Tingkah Alice teruja.
Pelangi juga turut tersenyum bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Alice. “Okey, kalau macam tu, esok pagi-pagi Alice kena ucap terima kasih dekat Papa Ir ya? Ha, mana tahu nanti Papa Ir belikan Alice banyak baju lagi… Boleh?” Duga Pelangi sengaja mahu menguji akal anak kecil itu.
Alice terdiam lama sebelum akhirnya tersengih menampakan giginya yang putih bersih. “Erm, esok Alice cakap tima kacih banyak-banyak dekat Papa Ir” Jawabnya penuh yakin.
“Janji?”
“Janji!”
“Good girl! So sekarang Alice tidur dulu. Dah lewat ni, esok kita sambung lagi ya… Ingat janji Alice tadi tau…” Ulang Pelangi mengingatkan Alice.
“Okiesss! Night kakak…” Ucapnya seraya menutup matanya rapat.
Pelangi tersenyum melihat gelagat Alice. Jarang dia segembira ini. “Good night Alice…” Dahi anak gadis itu dikucup lembut. “Mimpi indah sayang…” sambungnya lagi.
Setelah berpuas hati dengan keadaan Alice, Pelangi bingkas bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari bilik itu. Kini tiba gilirannya pula untuk merehatkan diri.
Arghh! Tak sabarnya nak tidur!
Dear pillow and bed, please wait for me. I’m cominggg!!
GEDEGANGGG!
“Aduhhh!!”
Irham terkejut bila terdengar bunyi hentakkan yang kuat dari bahagian dapur. Dia bingkas bangun. “Hishh, apa lagi la ni!!” Rengusnya. Ada saja yang menganggu waktu senangnya saat ini. Dari jauh Irham sudah ternampak kelibat Pelangi yang sedang terbaring di tepi tangga sambil mengerang kesakitan.
“Ya Allah Pelangi! Apa yang kau cuba nak buat ni? Duk terlentang macam nak renang kuak kupu-kupu aje gayanya? Dah tak larat sangat ke sampai tak sempat nak masuk ke bilik?” Sindir Irham tatkala melihat keadaan Pelangi ketika itu.
“Aduhh! Orang jatuh tanggalah! Tolonglah, tak boleh nak bangun ni!!” Keluh Pelangi sambil mengerang kesakitan. Aduh sakitnya kaki aku………..! dah patah dua ke, tiga ke, empat ni??
“Hish tak kuasa aku!” Jawab Irham selamba seraya berpaling untuk pergi.
Pelangi tercengang. Gila keji perangai dia ni!!
“Encik Irham, tolonglah! Saya betul-betul tak boleh bangun ni” Rayu Pelangi lagi. Dia tak peduli. Takkan nak tidur kat sini pulak kan! Oh no! I need my bed!!
Langkah Irham terhenti. Dia kembali berpaling menghadap Pelangi yang masih lagi mengerang kesakitan.
“Kau ni memang clumsy kan! Kalau tak menyusahkan aku satu hari memang tak sah yer? Jalan tak tengok bawah! Mata kau letak kat mana? lutut? Ni satu hal pulak aku nak kena angkat kau!” Bebelnya memarahi gadis itu. Pelangi dicepungnya. Cepat-cepat dikendungnya gadis itu ke atas sofa. “Hish! Kau ni beratlah! Berat dosa ke apa ni!?”
Pelangi jeling tajam. Ish, dia ni memanglah hidup macam tak ada perasaan! Tak payahlah nak membebel! Aku minta tolong aje pun, bukannya minta duit! Haishh… Kecik besar, kecik besar aje aku tengok kau ni tahu tak! Gerutu Pelangi geram.
“… Nasib baiklah kau ni orang, kalau barang tadi memang dah lama aku buat kau jadi bola lambung-lambung.” Tak habis-habis lagi Irham membebel. Dia memang sengaja nak sakitkan lagi hati gadis itu.
Pelangi tidak mengendahkan rungutan Irham, dibenamkan mukanya ke bantal kecil, nampak teruk sangat sakitnya tu.
“Kau okey ke tak? Nak aku bawa pergi hospital?” Dalam pada nak merungut tu, terbit juga rasa risau di hati Irham bila melihatkan keadaan Pelangi ketika itu. Matanya jatuh fokus pada kaki Pelangi yang sudah mula merah dan membengkak.
“Tak, tak payah. Nanti saya urut, okeylah.”
“Nanti, nanti, nak tunggu bila?? Nak tunggu kaki tu membengkak macam kaki gajah??” sinis saja kata-kata lelaki itu. Dia bangun mencari sesuatu. Habis semua kabinet dibukannya. Seketika kemudian dia tersenyum, mungkin telah berjumpa dengan barang yang dicari.
“Ni” Irham tayang sengih. Minyak gamat rupanya. Pelangi dihampirinya perlahan. Diangkat sedikit kaki gadis itu dan diletakkan ke atas ribanya. “Ni aku nak sapu minyak ni, jangan ingat aku nak rogol kau pulak!” Sempat Irham bersarkastik dengannya. Perlahan tangan Irham melekap pada kaki Pelangi, sesekali terdengar gadis itu mengadu kesakitan.
Pelangi membiarkan saja Irham mengurut kakinya. Bila lama-lama disitu, terdetik juga di hati Pelangi untuk meragui bantuan yang sedang dihulurkan oleh tuan besarnya itu. Entah nak belagak concerns atau ada agenda di sebaliknya? Duganya sendiri.
“Ok dah!”
Hai, cepat aje urutnya. Minyak pun tak habis meresap lagi. Ala! Nak lagi! Nak lagi! Tingkah Pelangi di dalam hati. Dalam hati ajelah pun yang dia berani. Ceh!
“… Kalau nak lebih-lebih bayar lah!” Kata Irham seakan tahu saja apa yang dibisikkan oleh Pelangi.
“Err.. terima kasihlah Encik Irham, buat susah-susah aje.”
“Memang susah pun! Jangan ingat terima kasih kau tu laku dengan aku yer. Nanti bila kau dah okey, aku tuntut. Apa yang aku nak, kau bagi! Tak ada benda free dalam dunia ni, so aku tak nak nanti kau terhutang budi dengan aku! Faham?” Bagai tiada rasa bersalah Irham mengungkapkan permintaan itu.
Terkebil-kebil mata Pelangi memandang lelaki dihadapannya itu. Erk! Macam ni pun ada ke? Apa punya oranglah tuan besar aku ni?? Haishh, payah! Pelangi mengomel sendiri. Perlahan-lahan dia cuba bangun. Dah tak sanggup rasanya nak melayan kerenah tuan besarnya yang banyak songeh itu. Bukan banyak, melampau! Melampau banyak tahap gaban!! Huh!
“Ha itu nak pergi mana pulak tu??” Soal Irham keras.
Pelangi hanya membatukan diri. Sibuk nak tanya! getusnya. Namun kakinya masih tidak kuat untuk bertahan lama, sekejap saja dia dapat berdiri tegak, beberapa saat selepas itu dia jatuh kembali.
“Aduh!”
“Ha Itulah! Jadi manusia tu jangan nak bodoh sombong, kalau nak minta tolong, cakap!” Irham menarik Pelangi dalam rangkulannya. Gadis itu didukungnya. Kejap sekali pegangan tangan Irham sehingga Pelangi dapat rasa degupan jantung tuan besarnya itu. Dia tiba-tiba jadi malu. Muka Irham pun tak sanggup untuk dipandangnya. Aisey…
PERLAHAN-LAHAN Irham membaringkan Pelangi di atas katilnya. Bantal kekabu yang menjadi alas tidur di tepuk-tepuknya perlahan. Nak hilangkan hama agaknya. Setelah selesai, dia baringkan pula Pelangi, sempat anak mata gadis itu dia tenung. “… Kau ni memang kesian kan, hari tu kepala ni berbonjol, sekarang kaki pulak… Lepas ni agak-agak bahagian badan yang mana satu yang kau dah tak sayang? Boleh aku ‘uruskan’ cepat-cepat. Senang! Kau pun tak adalah nak menyusahkan aku banyak kali. All in one time!” Perli Irham.
Pelangi buat muka bengang. Nak balas memang tak terbalas. Sudahnya hanya memek muka annoying yang mampu dia pamerkan.
Irham mengambil selimut tebal dan meletakannya ke tubuh Pelangi. Pelangi hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan gerak geri lelaki itu. Pelik! Tiba-tiba jadi baik. Dah tersampuk dengan hantu jebon ke apa dia ni? Err...Minta simpang…
“… Dah, kau tidur. Kalau ada apa-apa kau jerit aje. Kalau aku tak dengar atau aku pura-pura tak dengar, kau jerit aje sampai hilang suara. Jangan menggatal nak bangun! Faham?” Tegas Irham dalam memberikan arahan. Raut wajahnya serius walaupun ayatnya kelakar.
“Err… Faham. Faham” Jawab Pelangi terputus-putus.
“Bagus. Aku kat ruang tamu depan nak tengok bola. Kalau kau tak nak aku ‘bolakan’ kau nanti, ingat, jangan gatal-gatal nak bangun. kau duduk aje diam-diam dalam bilik ni...” tambah Irham lagi dan kemudiannya berlalu meninggalkan Pelangi yang termanggu-manggu sendiri.
“Aa’ okey, Encik Irham…”
“Good!”
TIDAK senang duduk Irham ketika ni. Posisi badannya berubah-ubah, kejap ke kiri, kejap ke kanan. Hish! dia rimas. Jarang sekali dia mengendahkan pasukan kegemarannya beraksi. Dikerlingnya jam di tangan, pukul dua pagi. Dah tidur ke minah ni? Senyap aje. Dipusingkan badanya menghadap ke bilik Pelangi. Terang lagi. Dia tak tidur lagi ke? Err… atau aku yang tak tutup lampu tadi??
Hishhh… Nak pergi sana tak? Nanti takut menggangu pulak, atau lebih teruk dia akan ingat aku nak rogol dia. Irham serba salah. Perasaannya bercelaru. Risau ke? Atau apa?
Ishhh… Pergi ajelahh! banyak sangat yang nak difikirnya. Pusing! Rumah aku kut, so bilik tu pun consider bilik aku jugak lah! Apa ada hal.
PINTU bilik dikuaknya perlahan bimbang kalau-kalau dia menggangu si penghuni bilik. Dijengketkan sedikit kaki dan dipanjangkan lehernya menjenguk masuk ke ruang bilik. Tak puas! Jauh sangat jarak di antara mereka. Perlahan-lahan dia mengatur langkah untuk menghampiri Pelangi. Dilihatnya sekeliling katil. Ish! Ish! Lasaknya budak ni tidur. Bantal-bantal habis berselerak jatuh ke lantai. Dikutipnya satu persatu dan disusunnya di hujung katil. Comforter yang menutup kaki Pelangi yang tercedera diselak. Dibelek-belek dan diteliti, Emm.. dah kurang sikit bengkaknya. Dia tersenyum puas. Pandai jugak aku mengurut orang…ihiks!
Irham melabuhkan punggungnya di sisi Pelangi, dibetul-betulkan comforter yang sudah separuh pinggang bawah jatuhnya. Setelah puas, dia alihkan pula pandangan matanya ke wajah Pelangi. Dirinya terpanar sebentar bila melihat wajah Pelangi sehampir ini.
Cantiknya dia…
Hatinya terdetik sendiri. Sejuk hati bila terpandangkannya walaupun dalam keadaan tidur. Wajah itu nampak menyenangkan. Entah kenapa Irham ingin sekali menyentuh pipi mulus itu. Tanpa sedar tangannya diangkat dan dihalakan ke wajah Pelangi, tetapi selepas seketika niatnya terhenti. Dia bagai tersedar ke alam realiti.
Eh! Kenapa dengan aku ni!? Nak pegang dia? Nak sentuh dia? Nak? Erkkk… Huk Aloh! Irham cepat-cepat bangun dan keluar dari bilik Pelangi. Dah angau ke apa aku ni? Parah! Parah!!
Irham, kau jangan nak layan sangat dengan permainan hati kau ni ya! Tadi pagi di mall, sekarang dekat rumah kau pulak. Ah, sudah. Kau memang dah gila. Confirm gila! She’s not even your cup of tea!
Bersambung.... :D
++++++++++
Thank you, readers! <3

Tuesday, August 27, 2013
"Aiseyman, Driver Aje - Bab 24"
“ASSALAMUALAIKUM…” Sapa Mak Munah mesra menyambut kepulangan mereka. “Alice…” Tegurnya. Raut wajah anak kecil itu kelihatan lesu dan tidak bermaya. Keletihan barangkali.
“Waalaikummusalam…” Jawab Irham dan Pelangi serentak. Kedua-duanya juga kelihatan letih dan tidak bermaya. Di tangan masing-masing penuh dengan paper bag yang beraneka jenis dan warna.
“Pelangi, bawa ni!” Arah Irham sambil menghulurkan kesemua paper bag yang dipegangnya kepada Pelangi.
“Alahhh…. Tangan saya pun penuh ni Encik Irham…” Rungut Pelangi.
Irham menjegilkan matanya. “Apa!? Cakap sekali lagi. Aku tak dengar!”
Pelangi tarik muncung panjang. Dia toleh memandang Irham yang merenungnya. Seakan terkena panahan sihir, Pelangi terus saja mengambil kesemua paper bag itu dari tangan Irham.
Berkerut dahi Mak Munah melihat gelagat mereka berdua. Dalam penat-penat macam ni pun sempat lagi nak bergaduh. Bisik hati kecilnya. “Pelangi… Mari Mak Munah tolong.” Pelawanya. Sekilas dia jeling pada Irham yang sudah pun berjalan masuk ke ruang tamu. Bertuah punya budak, tu sengaja lah tu nak buli si Pelangi ni. Gumannya perlahan.
“Terima kasih, Mak Munah…” Ucap Pelangi lembut.
Mak Munah mengangguk perlahan. Dia hanya mampu membalasnya dengan senyuman. Terusik sedikit hati kecilnya bila melihat raut wajah Pelangi ketika itu. Lembut dan tenang. Ditoleh pula pada Irham yang hanya bersahaja duduk di sofa. Pelik. Dia tak nampak atau pura-pura tak nampak? Gadis seperti Pelangi sanggup dia layan begini. Hmm.
“Err… Mak Munah?” Panggil Pelangi bila melihat wanita itu seakan hilang dalam khayalan.
“Eh, ya, ya. Berangan sekejap Mak Munah.” Jawab Mak Munah sambil tersengih.
Pelangi membalasnya dengan senyuman. Sempat berangan! Desis hatinya.
“Amboi… Banyak shopping ni? Patutlah dah lewat malam baru nampak muka…” Tegur Mak Munah seraya mengambil sebahagian daripada paper bag dari tangan Pelangi.
“Ini semua kepunyaan Alice, Mak Munah…” Beritahu Pelangi. Sempat dia toleh pada Alice yang sedang duduk di sisi Irham.
“Bonda mana Mak Munah? Senyap aje?” Soal Irham tiba-tiba.
“Datin ada dinner dengan kawan-kawan butik. Tapi Mak Munah tak tahu pulak kat mana tempatnya. Datin pergi tadi pun tergesa-gesa. Eh, Irham dan Pelangi dah makan? Kalau belum Mak Munah sediakan” Soal Mak Munah.
“Em. Boleh juga Mak Munah.” Jawab Irham tanpa berfikir panjang.
“Alice… Alice nak makan?” Soalan yang sama diajukan kepada Alice. Anak gadis itu hanya mengelengkan kepalanya.
“Erm… Kalau macam tu Mak Munah ke dapur dulu. Bila dah siap nanti Mak Munah panggil” Beritahu wanita itu lantas dengan tergesa-gesa menghilangkan diri ke dapur.
“Alice… You want to eat something?” Soal Irham untuk kali kedua. Prihatin.
“I don’t want!” Kali ini Alice menjawab dengan nada suara yang sedikit meninggi. Mungkin geram bila diajukan soalan yang sama berulang kali.
“Ish. Garangnya Alice dengan Papa Ir… Okey, okey, kalau tak mahu makan Alice naik atas dulu. Mandi then tidur ya?” Arah Irham lembut. Anak gadis itu mengangguk perlahan lalu berjalan menuju ke tangga untuk ke biliknya.
Irham dan Pelangi hanya menyoroti langkah Alice dengan ekor mata. “Careful” Sempat lagi Irham memberikan pesanan sebelum Alice hilang dari pandangan mereka.
Pelangi yang sedari tadi menjadi pemerhati, hanya mendiamkan diri. Hatinya sebenarnya sedikit cemburu bila melihat layanan yang diberikan Irham kepada Mak Munah sebentar tadi. Bahasanya sangat lembut dan sopan. Layanan yang diberikannya kepada Alice pula membuatkan lelaki itu kelihatan seperti seorang lelaki budiman. Tapi dia hairan, kenapa layanan seperti itu tidak ada untuk dirinya? Selalu sangat dia terasa hati dengan perangai tuan besarnya itu, hina sangat ke statusnya sebagai seorang pemandu di mata Irham? Atau ada conflict apa yang sedang lelaki itu cipta untuknya?
“Kau apa tercegat lagi dekat situ?” Soalan Irham mengejutkan Pelangi dari lamunannya. Bengangnya pada kejadian di mall petang tadi masih lagi bersisa.
Pelangi tersentak. “Err... kalau tak ada apa-apa, saya masuk bilik dulu.” Jawabnya sedikit gugup.
“Siapa suruh kau masuk bilik? Bonda takde, so sekarang kau kena teman aku makan. Jom!”
Erk! Ini adalah suatu arahan atau…? Pelangi ketap bibir.
“Cepatlahhh!!”
Hishhh!! Aku penatlah giler!! bentak Pelangi di dalam hati. Geram sungguh dia dengan kelakuan Irham yang seakan anak kecil itu. Dahlah suka menjerit, lepas tu merengek-rengek macam apa. Pelangi tarik nafas dalam. Dia sedaya upaya cuba menyembunyikan perasaan marahnya yang bila-bila masa saja boleh meletup.
“… Tapi Encik Irham, saya…-”
“Tak ada tapi-tapi, cepat! Masa tak tunggu kau!” Tengking Irham seraya berlalu.
Pelangi hela nafas kuat. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah lelaki itu. Selama aku tak ada boleh pulak kau makan sorang-sorang kan? Sekarang nak mengada-ngada pulak kenapa!? Grr!
“KAU depan rezeki boleh buat muka elok sikit tak? Kalau dah macam tempoyak baik kau tak payah duduk sini! Bubuh nasi dalam pinggan aku ni. Pantas! Hish!” Bebel Irham memarahi Pelangi. Dia sengaja, dia tahu Pelangi memang sudah tidak larat nak melayannya. Dia tak kisah!
“Encik Irham ni boleh tak cakap baik-baik? Depan rezeki ni tak baik cakap kasar dan lagi satu, cuba perlahankan sikit volume suara Encik Irham tu. Telinga saya ni nak pakai lama lagi tau.” Sindir Pelangi. Lantaklah tuan besarnya itu nak fikir apa. Ini dah tahap maksimum dah ni. Dah tak tahan sangat dah ni!
Dalam marah-marah, Pelangi sempat mencedokkan sambal udang ke pinggan Irham. “… Nampak pedas sambal ni. Kalau TAK TAHAN jangan MAKAN!” Pedas sambal udang tu, pedas lagi sindiran Pelangi. Sengaja ayat itu ditekan-tekankannya.
Mak Munah yang sedang menuangkan air ke dalah gelas, hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Padanlah Irham… Baru kena buku dan ruas. Suka sangat menyakat, kan dah kena batang hidung sendiri. Bisiknya sendiri.
Irham tambah berang. “Amboii.. lawan tokey nampak!? Ha Mak Munah, duduklah makan sekali. Hilang selera kalau makan berdua dengan dugong terlepas ni!”
“Yelah Mak Munah, saya pun tak ada selera nak makan berdua dengan babun bontot merah ni!” Hambik! Aku memang dah letih sangat dah nak melayan kerenah kau ni, tuan besar!
Irham kehilangan kata. Untuk seketika dia mati akal untuk membalas sindiran keras itu. Gelas berisi air dicapai dan diteguknya laju. Wajah Pelangi dipandang sekilas. Wajah gadis itu hanya bersahaja menjamah makanan. Eeeii, geram betul tengok muka innocent minah ni! Dia boleh buat selamba aje. Hey, hey! Tak takut ke? Tak rasa tergugat ke dengan kehadiran aku kat sebelah ni?? Irham bermonolog sendiri. Pandangannya masih tidak dialihkan dari wajah Pelangi.
“Kenapa Encik Irham? Nak sambal lagi?”
Sarcastik lagi pertanyaan Pelangi. Irham tertangkap. Cepat-cepat dia alihkan pandangannya.
“… Kalau tak nak, encik kena cepat-cepat habiskan nasi dalam pinggan tu. Malam ni Encik Irham kena tidur awal, esok nak
ke Melaka kan? Erm, jauh jugak nak jalan tu…” Sindir Pelangi. Dia tahu Irham berbohong petang tadi. Tapi bagus juga Irham berbohong, dia pun bukan nak sangat keluar berdua dengan kawan tuan besarnya itu. Bercakap baru sepatah dua, dah pandai-pandai nak ajak dia keluar. Sorry lah, tak layan…
“Eh, betul ke Irham nak pergi Melaka esok? Bukan ke kata hari tu nak teman Datin ke butik?” Datang pula Mak Munah menyambung.
Eh. Eh. Ada yang back up!? Berkerut-kerut dahi dan muka Irham nak menjawab.
Pelangi tersedak. Dia terasa mahu ketawa mengekek. Sempat dia mengenyit mata ke arah Mak Munah yang tersengih.
“Diamlah Pelangi…” Akhirnya Irham mengalah dan memang untuk pertama kalinya dia terasa dirinya macam orang yang baru kalah main judi. Cabut baju seluar semua, yang tinggal hanya kotak kecil yang menutup sebahagian dari tubuhnya.
Oh. Oh. Shame on you, Irhammm…
Akhirnya makan malam untuk hari itu dilalui dalam suasana yang sangat sepi dan tegang!
Bersambung :)
+++++++++++
Nota Kaki :
Ara akan upload "A.D.A" di blog sehingga Bab 36 : Bermakna akan ada 10 Bab lagi sebelum e-novel ini akan dihentikan serta merta. Lepas tu awak semua boleh "peluk" they all terus... Inshaa'Allah! :D
Well! untuk itu. Ara ada good news utk awak semua. Ada sesuatu yang menarik sedang menanti untuk readers yang selalu ada dengan ara, selalu dropped me comments atau apa-apa sajalah yang berkaitan dengannya sepanjang tempoh ara menulis A.D.A. tak kiralah di blog/fb/group/page. You know who you are. Tapi kalau u tak tahu pun takpe, sebab i know you. Thank you :D
More good news to come! Mohon kesabaran yang tinggi ya! :D
Terima Kasih,
Ara <3

Subscribe to:
Posts (Atom)